peribahasa pt3

Upload: kausalyarani

Post on 01-Mar-2016

282 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peribahasa (bm)

TRANSCRIPT

Bagai murai dicabut ekorBagai cincin dengan permata

Bagaimana acuan begitulah kuihnyaBagai katak di bawah tempurung

Bagai lintah menghisap darahNasi sudah menjadi bubur

Dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkanKecil tapak tangan, nyiru kami tadahkanKaki ayam

1. Ada air adalah ikan.Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.

2. Ada gula adalah semutMaksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

3. Air dicencang tidak akan putusMaksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

4. Air pun ada pasang surutnyaMaksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.

5. Air sama air, sampah ke tepi jugaMaksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.

Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.

6. Air yang tenang jangan disangka tiada buayaMaksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.

7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganMaksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.

Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

8. Alah bisa, tegal biasaMaksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

9. Alah membeli, menang memakaiMaksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.

Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.

10. Alah sabung, menang sorakMaksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.

Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.

Soalan Peribahasa bergambarSila beri maksud peribahasa bergambar dibawah...

1)

Maksudnya: ____________________________________

2)

Maksudnya: ____________________________________

3)

Maksudnya: ____________________________________

4)

Maksudnya: ____________________________________

5)

Maksudnya: ____________________________________

6)

Maksudnya: ____________________________________

7)

Maksudnya: ____________________________________

8)

Maksudnya: ____________________________________