peribahasa melayu lama

Upload: zayati-omar

Post on 04-Apr-2018

304 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Peribahasa Melayu Lama

    1/6

    WARISAN ZAMAN

    SEHARUM KASTURI Page 1

    PERIBAHASA MELAYU LAMA

    PERIBAHASA MAKNA

    Ada beras, taruh dalam padi Rahsia hendaklah disimpan baik-baik

    Ada biduk, serempu pula Tidak puas dengan apa yang sudahdimiliki

    Ada bukit, ada paya Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya

    Ada jarum hendaklah ada benangnya Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya

    Ada kerak, ada nasi Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada

    bekasnya

    Ada rotan, ada duri Dalam kesenangan tentu ada

    kesusahannya

    Badak makan anak Kiasan kepada orang yang membuang

    anaknya sendiri kerana takut malu atausebagainya.

    Badan sudah dua senyawa Sudah sehidup semati

    Bagai air di daun talas Tidak tetap pendirian, selalu berubah-

    ubah

    Bagi air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan

    tidak henti-henti; usaha dengan tidak

    mengenal jerih perih

    Bagai anak dara mabuk andam Lemah dan lesu tanpa penyakit

    Bagai anak dara sudah berlaki Anak perawan yang tiada malu, pemalasdan pengotor

    Cacing hendak menjadi naga Orang keecil hendak menyamai orang

    besar

    Cakak sudah, silat teringat Perkara sudah selesai, barulah terdengar

    keterangan atau sungutan

    Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut

    di gelegar

    Cakapnya saja yang besar tetapi tidak

    ada satu pun pekerjaan yang dilakukan

    olehnya

    Cakap berlauk-lauk makan dengan samballada Cakapnya seperti orang kaya, padahalmiskin

    Cakapan sejengkal dibawa sehasta Berlebih-lebihan daripada hal yang

    sebenarnya

    Campak baju nampak kurap Mendedahkan keburukan sendiri

    Dalam dua tengah tiga Tidak jujur

    Dapur tidak berasap Terlalu miskin

  • 7/30/2019 Peribahasa Melayu Lama

    2/6

    WARISAN ZAMAN

    SEHARUM KASTURI Page 2

    Dari jauh diangakt telunjuk, kalau dekat

    diangkat mata

    Umpat dan caci kerana kelakuan tidak

    senonoh

    Daripada segenggam jadi segantang Bernasib baik

    Datang tak berjemput, pulang tak

    berhantar

    Tetamu yang tidak penting

    Deras seperti anak panah Terlalu cepat

    Elok arak di hari panas Orang yang bersukacita sebab

    maksudnya tercapai

    Emas berpeti, kerbau berkandang Harta benda harus disimpan baik-baik di

    tempatnya masing-masing supaya

    selamat

    Embacang buruk kulit Kelihatannya tidak baik tetapi yang

    sebenarnya baik sekali.

    Empat sudah bersimpul satu Kesempurnaan yang diperoleh daripadaempat orang: orang yang berilmu, orang

    yang berakal, orang yang mahir dan

    orang yang rajin

    Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata

    diulang-ulang

    Nasihat yang baik perlu diulang-ulang

    menyebutnya

    Enggan seribu daya, mahu seribu patah Kalau tidak suka biasanya banyak

    alasannya

    Gagk bersuara murai Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu

    dan baik budibahasanyaGaharu dibakar kemenyan berbau Memperlihatkan kelebihannya supaya

    dipercayai orang

    Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati

    tersepit

    Kalau raja-raja berselisih, rakyat

    mendapat susah

    Gajah berhati, kuman pun berhati juga Kaya dan miskin sama-sama berfikiran

    dan bernafsu

    Gajah dipandang seperti kuman Terlalu marah

    Gajah mati kerana gadingnya Mendapat kecelakaan kerana

    kelebihannyaHabis kapak berganti beliung Sangat rajin bekerja

    Habis miang kerana bergeser Sesuatu kesukaran akan hilang apabila

    sudah menjadi kebiasaan

    Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair Orang jahat, biarpun diberi kesenangan,

    namun kalau mendapat kesempatan akan

  • 7/30/2019 Peribahasa Melayu Lama

    3/6

    WARISAN ZAMAN

    SEHARUM KASTURI Page 3

    diulangnya juga perbuatan jahatnya itu

    Hari ini terlebih baik daripada besok Yang dapat diusahakan hari ini janganlah

    ditangguhkan sampai besok

    Hari tak selamanya panas Untung dan malang silih berganti

    Hari tidak siang sahaja Tidak selamanya senang terus-menerusIbarat ayam: tiada mengais tiada makan Sangat miskin

    Ibarat burung: mata lepas badan

    terkurung

    Tiada kemerdekaan

    Ibarat pasir: sekali air dalam sekali

    berubah

    Rakyat jelata terpaksa menurut

    perubahan pada tiap-tiap kali

    pemerintahan bertukar

    Ikan digulai sudah melompat Nasib yang malang

    Ikan di hulu tuba di hilir Perbuatan yang sia-sia

    Intan berlian jangan dipijakkan Untung bahagia jangan dielakkanJadi air mandi Sudah jadi kebiasaan

    Jadi bumi langit Orang yang sangat diharapkan

    pertolongannya dan segala nasihatnya

    dituruti

    Jadi kuda beban Orang suruhan

    Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan

    binasa

    Orang yang berani dan tidak memilih

    perbuatannya

    Jambatan emas Jalan mencapai bahagia

    Jangan bercermin di air keruh Jangan menikut tauladan yang burukKhabar jauh dengar-dengarkan, khabar

    dekat fikir-fikirkan

    Tiap-tiap khabar yang diterima

    hendaklah diselidiki dengan saksama

    supaya jangan tertipu

    Kaduk kena baja Orang yang tidak berguna, tetapi amat

    lama hidupnya

    Kain basah kering dipinggang Sangat miskin

    Kalau bukan rezeki, di mulut lari keluar Rezeki (harta) yang belum dapat

    ditentukan

    Kalau tak ada api, masakan ada asap Jika tidak bersalah masakan dituduhorang

    Kapak menelan beliung Yang baik ditukar dengan yang buruk

    Lagi lauk lagi nasi Makin kaya, main banyak sahabatnya

    Lain gatal lain digaruk Lain disoal lain jawabnya

    Lain mangkuk lain cawan Tidak sama pembawaan dan kesukaan

  • 7/30/2019 Peribahasa Melayu Lama

    4/6

    WARISAN ZAMAN

    SEHARUM KASTURI Page 4

    Laksana batik lasam Sesuatu yang makin lama dipakai, makin

    baik

    Laksana kain tiga hasta Serba tanggung

    Laksana layang-layang salah teraju Anak-anak muda yang menurut jalan yang

    salahMacam betung seruas Terlalu jujur; lurus hati

    Macam orang biduk Orang yang makan dan minum bersama-

    sama tetapi bayar sendiri-sendiri

    Main akal Mengenakan tipu daya

    Makan bubur panas-panas Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya

    mengecewakan

    Manis bagai gula jawa Persesuaian dengan segenap hal ehwal

    Marahkan telaga yang kering, timba

    dipecahkan

    Jikalau seseorang itu tidak dapat

    menolong, mintalah pertolongan daripadaorang lain pula

    Naik basuh kaki saja Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan

    mudah

    Naik melompat, turun terjun Hendak memperoleh kejayaan selalunya

    lambat, tetapi hendak jatuh mudah

    sekali

    Naik tak bertangga, turun tak berpintu Melakukan sesuatu perbuatan yang salah

    Nak ditelan termengkelan, nak diludah

    tak keluar

    Dalam keadaan yang serba salah

    Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai

    bertabur urai

    Jimat dan cermat tangga kejayaan,

    murah hati tangga tuah

    Nan jauh telah berjemput, nan hamper

    telah tiba

    Tentang jemputan (undangan) yang telah

    sempurna

    Ombak yang kecil jangan diabaikan Perkara kecil yang dapat mendatangkan

    bahaya, jangan dianggap mudah atau

    jangan disia-siakan

    Orang baru kaya jangan dihutangi, orang

    lepas nikah jangan ditandangi

    Perbuatan yang tidak mendatangkan

    faedahOrang berdendang dipentasnya, orang

    beraja dihatinya

    Orang berkuasa di rumahnya masing-

    masing

    Orang mandi berselam, awak mandi

    bertimba

    Orang mendapat keuntungan besar, kita

    mendapat keuntungan sedikit

    Orang mencubit, kita menampar Berlainan perbuatan tetapi akibatnya

  • 7/30/2019 Peribahasa Melayu Lama

    5/6

    WARISAN ZAMAN

    SEHARUM KASTURI Page 5

    sama merasa

    Orang sukar baru kaya sombong

    Pacat hendak menjadi ular Orang miskin berlaku seperti orang kaya;

    mengharapkan yang bukan-bukan

    Padi masak, jagung mengupih Keuntungan yang berlipat gandaPadi setangkai bernas semuanya Keluarga yang hidupnya beruntung dan

    berbahagia

    Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar Menggunakan waktu dengan sebaik-

    baiknya

    Pantas seperti tangan beruk Kecepatan tangan seseorang yang

    merampas atau mencuri barang orang

    Patah batu hatinya Hilang sama sekali kemahuannya

    Rasa pedih cuping telinga Marah

    Rebus tak empuk Tidak mudah dikalahkanRetak pertujuh Hati yang sangat rindu

    Rosak tapai kerana ragi Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati

    sewaktu melakukannya

    Rumah buruk disapu cat Perempuan tua yang suka bersolek.

    Rupa harimau, hati tikus Rupa sahaja yang hebat dan garang

    tetapi pengecut

    Sakit kepala panjang rambut, patah

    selera banyak makan

    Orang yang pada lahirnya tidak suka,

    tetapi hatinya suka sekali

    Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk Sama-sama ikut bertanggungjawabSama lebur sama binasa Seia sekata

    Sampan ada pengayuh tidak Hendak melakukan sesuatu, tetapi tidak

    lengkap alat syaratnya

    Sebab mulut leher terjerat Kecelakaan yang timbul kerana

    percakapan

    Seekor kerbau berkubang, sekandang

    kena luluknya

    Seorang yang berbuat salah,semuanya

    terbawa-bawa

    Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada

    kilat pada orang buta

    Kias dan sindiran tidak ada ertinya bagi

    orang yang bodohTak ada lalat langau Tak ada orang

    Tak boleh bertemu roma Suka berselisih dan bertengkar

    Tak dan gesek biola hendak menari

    dahulu

    Berbuat sesuatu sebelum sampai

    waktunya

    Tebu pada awak, peria pada teman Disukai oleh seorang, dibenci oleh yang

  • 7/30/2019 Peribahasa Melayu Lama

    6/6

    WARISAN ZAMAN

    SEHARUM KASTURI Page 6

    lain

    Telah menyelam lautan yang dalam-dalam Banyak pengalaman

    Ugut-ugut beruk saja Menunjukkan berani pada orang yang

    takut padanya

    Ukur mata dengan telinga Menurut penglihatan dan pendengaranUlar berlingkar di gulungan tikar Orang jahat yang menyamar diri dalam

    kumpulan orang baik-baik

    Ular telan babi, cacing yang bengkak

    perut

    Iri hati melihat keberuntungan orang

    lain

    Upah bidan pun tak terbayar Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu

    bapanya

    Usul menunjukkan asal Sifat kelakuan seseorang itu

    menunjukkan asal keturunannya

    Walau disepuh emas lancing, kilattembaga tampak jua

    Bagaimana sekalipun diajar orang, yangbiadap kelihatan juga perangainya yang

    kurang ajar

    Walau ikan diam di dalam tujuh lautan

    sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga

    Mengerjakan sesuatu bukan pada

    waktunya

    Walaupun ada umpan, belum tentu ada

    ikan

    Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah

    ada persediaan yang cukup tetapi belum

    tentu akan berhasil dengan baik

    Wau melawan angin Perbuatan yang sia-sia

    Wayang kepadaman damar Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba

    Yang berpayung yang ditembak Orang yang berkuasalah tempat orang

    mengharapkan pertolongan

    Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa,

    yang didengar bunyi

    Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah

    dengan sempurna baik pada rupa,

    pendengaran dan perasaan

    Yang ombak itu ombak juga, yang air itu

    air juga

    Orang kaya itu kaya juga dengan kikir

    dan tamaknya; orang miskin itu miskin

    juga dengan melarat dan sebagainyaZaman beralih, musim bertukar Segala sesuatu hendaklah disesuaikan

    dengan keadaan zaman

    Zaman Tuk Nadur berkajang kain Zaman yang telah berlalu; sudah lama

    sekali