peribahasa dan maksudnya

3
Peribahasa dan maksudnya. 1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 2. Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 4. Meninggi diri Maksud : Sombong 5. Bermuka dua Maksud : Tidak jujur. 6 Baik hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. Tulang belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Upload: anuar

Post on 23-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

peribahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa Dan Maksudnya

Peribahasa dan maksudnya.

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. Meninggi diri

Maksud : Sombong

5. Bermuka dua

Maksud : Tidak jujur.

6 Baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. Tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai

kejayaan.

Page 2: Peribahasa Dan Maksudnya

9. Bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. Terang hati

Maksud : Lekas pandai.

16. Rendah hati

Maksud : Tidak sombong

17. Murah hati

Maksud : Pemurah.