peribahasa dan maksudnya

9
Peribahasa dan Maksudnya Ada hati Ada keinginan Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan Air muka Permukaan air Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) Maruah, harga diri Air seni Air kencing, air kecil Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas Akar umbi Akar tunjang Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya Alah membeli menang memakai Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya) Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan Ambil langkah Mulai hendak berjalan Mulai bertindak Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka) Ayam tambatan Orang harapan Bagaimana acuan begitulah Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya

Upload: anismanis73

Post on 17-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peribahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa Dan Maksudnya

Peribahasa dan Maksudnya

Ada hati Ada keinginan 

Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha 

Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan 

Air muka Permukaan air Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) Maruah, harga diri

 Air seni Air kencing, air kecil

 Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas

 Akar umbi Akar tunjang

Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

 Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya

 Alah membeli menang memakai Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan

sebagainya) 

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan

 Ambil langkah Mulai hendak berjalan

Mulai bertindak 

Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa 

Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa 

Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka) 

Ayam tambatan Orang harapan 

Bagaimana acuan begitulah kuihnya Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka 

Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan 

Bagai ayam disambat helang Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa

 Bagai bulan dipagar bintang Wajah perempuan yang cantik

 Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih

  

Bagai kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan

 Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat

dicampurkan jadi satu 

Page 2: Peribahasa Dan Maksudnya

Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak 

Bagai cincin dengan permata Sama padan, cocok benar  

Bagai menatang minyak yang penuh Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna   Baik sangka Rasa muhibah

Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang 

Banyak makan garam Mempunyai banyak pengalaman hidup 

Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu 

Belut kena ranjau Orang yang cerdik kena tipu 

Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan

 Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa kuat

 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang    

Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam 

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Baik buruk sama-sama dipikul 

Berat tulang Malas 

Berbalik hati Berubah hati 

Berdiri sama tegak, duduk sama rendah

Sama taraf atau sejajar antara dua pihak  

Beri jalan Memberikan idea Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan

 Berkatalah benar walaupun pahit Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati

seseorang 

Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus 

Bermurah hati Suka memberi, tidak kedekut Pengasih dan penyayang

 Berpeluk tubuh Malas berusaha

 Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan

 Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita

bercerai-berai, kita akan menjadi lemah 

Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan 

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja

 Bertikam lidah BertengkarBesar hati Bangga, gembira

 

Page 3: Peribahasa Dan Maksudnya

Besar pasak daripada tiang Besar belanja daripada pendapatan 

Biar mati anak, jangan mati adat Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang dipegang terpelihara

 Bidan terjun Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba

 Buah fikiran Pendapat

 Cahaya mata Anak

Kekasih, buah hati 

Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri 

Campur tangan Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan 

Celik computer Arif atau tahu tentang computer 

Dalam tangan Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi 

Dapat sama laba, cicir sama rugi Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama

 Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

 Darah panas Pemarah, lekas marah

 Darah seni Bakat semula jadi dalam bidang seni

 Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung

Mematuhi peraturan di tempat yang didiami  

Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari

Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan  

Durian rintuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 

Enggang lalu ranting patah Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah 

Genggam bara biar sampai jadi arang Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

 Goyang kaki Bersenang-senang

 Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam

 Habis madu sepah dibuang Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan

 Hancur hati Sedih, putus asa

 Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama 

Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati

Hati gajah sama di lapah, hati kuman Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-

Page 4: Peribahasa Dan Maksudnya

sama dicecah 

sama mendapat sedikit

Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya) 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya

 Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat

 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri 

Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung

Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan 

Ibarat melukut di tepi gantang Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

 Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang

bijak 

Jantung hati Orang yang dikasihi 

Jauhari juga mengenal manikam Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

 Jauh berjalan luas pandangan Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak

pengalamannya dan luas pandangannya 

Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak 

Kacang hantu Orang jahat 

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)

 Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya

 Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya 

Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga 

Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya 

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai 

Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan

Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang 

Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni 

Bekerjasama melakukan sesuatu

Kecil hati Berasa tersinggung 

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa 

Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja

Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan 

Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan

Keras lidah Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul

Page 5: Peribahasa Dan Maksudnya

 Lain lubuk lain ikannya 

Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan 

Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak

Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya 

Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan 

Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

 Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

 Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut 

Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan 

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak 

Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

Mata hati Perasaan hati 

Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea 

Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan 

Membanting tulang Bekerja kerasMembuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri

 Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki 

Baru hendak belajar sesuatu

Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada kekacauan 

Mencolok mata Menyakitkan pandangan 

Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha dan idea 

Mengangkat bendera putih Menyerah kalah 

Menunggu buah yang tak gugur 

Mengharapkan sesuatu yang tak jelas

Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru

 Naik darah Menjadi marah

 Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)

 Orang mengantuk disorongkan bantal 

Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki

Otak batu Bodoh 

Otak cair Pandai 

Padang jarak padang tekukur 

Padang atau tanah luas yang kosong

Panas baran Cepat marah, sangat pemarah 

Pandai makan pandailah simpan Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia

Page 6: Peribahasa Dan Maksudnya

 Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan

 Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap

 Pijak semut tak mati Perihal seorang perempuan yang baik lagi teraturPilih kasih Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan

lain-lain 

Pucuk dicita ulam mendatang Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan 

Rezeki kalau secupak tidak akan jadi segantang 

Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi

Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap 

Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas 

Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki 

Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah

Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama

 Sambil menyelam minum air Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut dilakukan

 Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan 

Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong

Sediakan payung sebelum hujan Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik 

Seperti api dalam sekam Sesuatu yang berlaku diam-diam 

Seperti aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan 

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja

 Seperti kera sumbang Orang yang takut mencampuri orang ramai

 Tajam akal Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

 Sudah terhantuk baru terngadah Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan

 Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah 

Tangan kosong Tidak membawa apa-apa 

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia

Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara

 Tangkai jering Kedekut

 Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan

 Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

 Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita

 Umpama biawak bercabang lidah Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya

 Umpama lebah membuang sengat Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang

Page 7: Peribahasa Dan Maksudnya

 Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang 

Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya 

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran

Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis