peribahasa

Upload: azrizal-ahmad

Post on 18-Oct-2015

302 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    1/92

    Abang angkat

    Seseorang lelaki yang lebih tua daripada kita yang mempunyai pertalian darah dengannya

    tetapi telah sanggup sebagai anak oleh ibu bapanya.

    Contoh: Pemuda itu menjadi anak angkat apabila dia tinggal bersama keluarga kami sejak

    lima tahun lalu.

    Abang ipari. Suami kepada kakak.

    Contoh: Abang ipar saya suka membantu kakak saya ketika memasak di dapur.

    Abang kandung

    Anak lelaki seibu sebapa yang lebih tua daripada kita.

    Contoh: Salah seorang abang kandung saya berkhidmat sebagai tentera di Sarawak.

    Abang tiri

    i. Anak lelaki kepada bapa tiri. ii. Anak lelaki kepada ibu tiri.Contoh: Abang tiri saya sering menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga

    berjaya.

    Abu Dajal

    Orang yang suka menghalang atau mengacau orang lain membuat kebaikan atau kebajikan.

    Contoh: Kami sering diganggu oleh budak-budak yang berperangai seperti Abu Dajal itu

    semasa kami membuat perbincangan bahasa di bilik darjah.

    Abui mataOrang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang

    sebanarnya.

    Contoh: Dua orang warga asing itu berpura-pura bersembahyang di masjid untuk mengabui

    mata pegawai-pegawai polis yang meronda untuk mengesan pendatang tanpa izin.

    Abu Jahal

    Orang yang suka mengacau orang lain yang membuat kebaikan.

    Contoh: Kita jangan berkawan dengan budak itu kerana perangainya seperti Abu Jahal yang

    suka mengacau orang lain membuat kebaikan.

    Abu Nawas

    Orang yang bijak mencari jalan atau membuat muslihat atau helah untuk melepaskan diri

    daripada menerima malu dan hukuman.

    Contoh: Budak itu tidak pernah mendapat hukuman kerana pandai mencari helah seperti

    Abu Nawas supaya terlepas daripada hukuman.

    Acak lengan

    Hendak bergaduh.Contoh: Zahir dan Kamarudin berbahas dalam mesyuarat sehingga mereka mengacak lengan

    masing-masing.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    2/92

    Ada-ada saja

    Menghadapi masalah yang tidak putus-putus atau selalu timbul perkara-perkara yang tidak

    menyenangkan.

    Contoh: Mereka berdua tidak ada jodoh kerana ada-ada saja yang menghalang perkahwinan

    mereka.

    Ada akal

    Ada idea / ada buah fikiran.

    Contoh: Kassim mula ada akal tentang cara untuk menyelesaikan masalah dalam projek

    sekolah yang terbengkalai itu.

    Ada angin

    Seseorang yang mempunyai perangai tidak seperti biasa pada sesuatu ketika atau

    perangainya selalu tidak menentu.

    Contoh: Berhati-hati sedikit kalau berkawan dengan Jusuh kerana dia itu ada angin.

    Ada bakat

    Ada kebolehan dan keistimewaan dalam sesuatu bidang.

    Contoh: Swee Lan ada bakat dalam bidang nyanyian kerana suaranya sungguh merdu.

    Ada dalam hati

    Dari awal-awal lagi sudah dijangka / sudah diduga.

    Contoh: Kegiatan haram oleh pemuda itu sudah ada dalam hati Sarjan Hassan dan beliau

    akan menbuat siasatan lanjut.

    Ada harapan

    Berpeluang.

    Contoh: Doktor menasihati Pak Ali agar selalu makan ubat dan rajin membuat latihan

    jasmani kerana penyakitnya ada harapan untuk sembuh.

    Ada hati

    Seseorang mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.

    Contoh: Kamal hanya bekerja sebagai kerani sementara tetapi dia ada hati untuk berkahwindengan anak hartawan itu.

    Ada jalan

    Ada cara untuk mendapatkan sesuatu atau menyelesaikan sesuatu masalah.

    Contoh: Masih ada jalan untuk kita mengatasi masalah dadah di negara kita.

    Ada lubang

    Mempunyai peluang.

    Contoh: "Ada lubangkah untuk saya menyertai pertandingan itu, sedangkan saya tidakmenjadi anggota pasukan tersebut?" tanya Encik Rosli.

    Ada otak

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    3/92

    Ada fikiran.

    Contoh: "Saya amat kagum akan kebolehan Amin kerana dia ada otak untuk menjawab

    soalan-soalan matematik yang sukar itu," kata Cikgu Salim.

    Ada rezeki

    Ada peluang untuk mendapat sesuatu hasil.

    Contoh: "Kalau ada rezeki, saya akan pergi ke Mekah pada tahun hadapan untukmenunaikan fardu haji," kata Encik Zainal.

    Ada rupaMempunyai paras atau wajah yang cantik atau kacak.

    Contoh: Gadis-gadis yang ada rupa sahaja layak menyertai pertandingan ratu kebaya peringkat

    kebangsaan.

    Ada sengatSeseorang yang disegani dan berpengaruh.

    Contoh: Oleh sebab ada sengat, Haji Abdullah selalu dihormati dan disegani oleh pendudukkampung itu.

    Ada taringAda kuasa.

    Contoh: Semenjak menjadi pengarah, dia ada taring untuk membuat arahan mengikut kata hatinya.

    Adat orang mudaKebiasaan sikap dan gelagat atau kerenah golongan remaja dan belia.

    Contoh: Memang sudah menjadi adat orang muda, suka mengelamun dan berkhayal!

    Adik angkatSeseorang yang lebih muda daripada orang yang tidak mempunyai pertalian darah tetapi telah

    dianggap sebagai anak oleh ibu bapanya.

    Contoh: Walaupun Rusli hanya adik angkat kami, namun ibu bapa kami melayaninya seperti anak

    sendiri.

    Adik iparSeseorang adik lelaki atau perempuan kepada suami atau isteri.

    Contoh: Sekarang Kamaliah sudah menjadi adik ipar Cikgu Ramlan apabila Cikgu Ramlan

    berkahwin dengan kakaknya.

    Adik kandungAdik kepada ibu bapa yang sama.

    Contoh: Walaupun cacat dan rupa parasnya buruk, dia tetap adik kandung saya.

    Adik tiriAnak tiri kepada ibu atau bapa kita dan umurnya lebih muda daripada kita.

    Contoh: Walaupun Ramlah adik tiri saya, saya tetap kasih dan sayang akan dia seperti adik sendiri.

    Adu bukuHendak bergaduh atau cuba hendak menunjukkan kekuatan dan kehebatan terhadap musuh.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    4/92

    Contoh: Ali dan Busu tidak boleh berjumpa muka kerana mereka sering hendak beradu buku.

    Adu dombaPerbuatan melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain

    supaya bergaduh atau bermusuh.

    Contoh: Ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hendak mengadu domba agar anggota-

    anggota persatuan itu berpecah belah.

    Adu mataBertentangan mata antara satu dengan lain.

    Contoh: Jali dan Jalil tidak boleh beradu mata sedikit pun kerana mereka sering sahaja hendak

    bergaduh.

    Adu nasibCuba menceburkan diri ke dalam sesuatu bidang untuk memperoleh sesuatu keuntungan atau hasil.

    Contoh: Pertandingan nyanyian itu berjaya menarik minat ramai peserta untuk mengadu nasibmasing-masing.

    Adu untungAdu nasib.

    Contoh: Pak Salleh berjaya menjadi orang kaya setelah tujuh tahun dia cuba mengadu untung di

    negeri orang.

    Air mataTangisan kerana terlalu sedih, terharu, dan rindu atau penuh semangat.Contoh: "Sekiranya kamu menangis hingga kering air mata sekalipun, kucing kamu yang mati itu

    tidak mungkin akan hidup kembali," kata Kak Leha.

    Air mata buayaBerpura-pura menangis kerana sesuatu muslihat atau helah.

    Contoh: Air mata Salim itu hanyalah air mata buaya sahaja kerana dia berpura-pura sayang akan

    bapa tirinya itu.

    Air matii. Air yang dijerang atau dididihkan telah menjadi sejuk. ii. Air laut atau sungai yang tidak berlaku

    pasang atau surut.

    Contoh: i. "Murid-murid digalakkan minum air mati untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit

    berjangkit," kata Cikgu Zaidi. ii. Pak cik Ali turun ke sungai untuk menjala ikan apabila air mati.

    Air mukai. Rupa atau wajah seseorang. i. Maruah diri atau harga diri seseorang.

    Contoh: i. Air muka budak itu terus berubah apabila Cikgu Hamid membongkar perbuatan

    jahatnya. ii. Kita mesti menjaga air muka kita daripada dihina di khalayak ramai.

    Air pasang

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    5/92

    Paras air laut naik.

    Contoh: Air pasang besar berlaku di laut apabila bulan purnama.

    Air surutParas air turun.

    Contoh: Apabila air surut di laut, ramai kaum nelayan turun ke pantai untuk mencari siput dan

    kepah.

    Air tanganHasil masakan seseorang.

    Contoh: Kasih sayang terhadap ibu semakin bertambah jikalau seseorang itu selalu makan air

    tangan ibunya.

    Air tawar

    Air yang dijampi oleh dukun atau orang lain untuk menjadi ubat atau penawar.

    Contoh: Dengan keizinan Tuhan, air tawar dapat menyembuh pelbagai jenis penyakit.

    Ajak-ajak ayam

    Mempelawa atau menjemput dengan tidak bersungguh-sungguh dan hanya sekadar untuk

    mengambil hati.

    Contoh: Dia ajak-ajak ayam saja untuk makan tengah hari di rumahnya ketika saya pergi

    menemuinya.

    Ajaran sesat

    Ajaran yang menyimpang daripada ajaran agama yang sebenar.

    Contoh: Lebai Deraman dituduh telah mengajar ajaran sesat di sebuah masjid di negeri

    Selangor oleh Majlis Agama Islam Selangor.

    Akal akar

    Menurut perintah.

    Contoh: Sebagai pekerja di sesebuah syarikat, kita hendaklah akal akar agar kita tidak

    dianggap sebagai perosak kepada syarikat.

    Akal belut

    Tipu helah yang licik.

    Contoh: Pengedar dadah itu akhirnya dapat diberkas oleh pihak berkuasa, walaupun dia

    menggunakan akal belut sekalipun.

    Akal budi

    Fikiran yang bijaksana.

    Contoh: Hakim sentiasa menggunakan akal budi apabila hendak menjatuhkan hukuman ke

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    6/92

    atas yang tertuduh.

    Akal kancil

    Mencari ikhtiar dengan bijaksana atau berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan masalah.

    Contoh: Walaupun dalam keadaan terdesak, Abu Nawas berjaya menggunakan akal

    kancilnya untuk melepaskan diri daripada dimurkai oleh raja.

    Akal melintas

    Tiba-tiba mendapat ilham atau idea.

    Contoh: Dalam perbincangan yang hangat itu, saya mendapat akal melintas untuk

    menyelesaikan masalah yang dibincangkan itu.

    Akal panjangFikir dengan teliti dan mendalam.

    Contoh: "Cuba menggunakan akal panjang sebelum kamu keluar rumah ini, Jusuh," Pak

    Sudin memberi nasihat.

    Akal pendek

    Bodoh atau tidak mampu untuk berfikir secara mendalam.

    Contoh: "Kita janganlah bertindak menggunakan akal pendek kerana hal ini boleh

    membahayakan diri kita sendiri," kata Lebai Osman.

    Akal sejengkal

    Fikiran yang cetek.

    Contoh: "Kamu mempunyai akal sejengkal, oleh sebab itu saya fikir kamu tidak perlu masuk

    campur dalam hal ini," kata Kamil.

    Akal singkatMengambil keputusan dengan tergesa-gesa atau terburu-buru tanpa berfikir panjang.

    Contoh: "Oleh sebab menggunakan akal singkatlah, maka kamu berada di penjara ini," kata

    Salleh.

    Akhir kata

    Kesimpulan dalam sesuatu perbincangan, perbualan, syarahan atau ucapan.

    Contoh: "Akhir kata, tindakan yang dilakukan oleh remaja itu bertentangan dengan

    peraturan agama," Encik Karim memberikan kesimpulan.

    Ala kadar

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    7/92

    Setakat mana yang termampu atau ada.

    Contoh: Majlis perkahwinan kakak dibuat dengan ala kadar sahaja kerana ibu bapa kami

    kekurangan sumber kewangan dan tidak mahu dibebani hutang.

    Alang kepalang

    Terlalu atau tersangat sedikit.Contoh: Oleh sebab perbelanjaan pengajian di seberang laut bukan alang kepalang tingginya,

    kerajaan mengeluarkan biasiswa untuk membantu para pelajar kita di sana.

    Alas cakap

    Sopan berbicara atau tutur kata atau bahasa yang digunakan dalam percakapan yang baik

    dan berhati-hati agar tidak menyinggung maruah dan perasaan orang lain.

    Contoh: Semasa bercakap dalam sesuatu majlis, kita hendaklah menggunakan alas cakap

    agar tidak dianggap biadap.

    Alas fikiran

    Fikiran yang bernas.

    Contoh: Orang cerdik pandai selalu menggunakan alas fikiran apabila mereka berbincang

    sesuatu hal.

    Alas kakiMemakai kasut, selipar, terompah, dan sebagainya.

    Contoh: Kamu hendaklah menggunakan alas kaki jika hendak ke belakang rumah.

    Alas kata

    Sopan berbicara atau tutur kata atau bahasa dan berhati-hati atau halus.

    Contoh: Pengerusi dalam pertandingan berbalas pantun selalu menggunakan alas kata yang

    lembut agar tidak menyentuh peribadi para penonton.

    Alas kubur

    Orang yang terpaksa bertanggungjawab atas kesalahan orang lain.

    Contoh: Jamal dijadikan alas kubur atas perbuatan jenayah yang dilakukan oleh kawan

    karibnya.

    Alas perut

    Makan sedikit untuk menahan lapar sebelum mendapat makanan yang mengenyangkan.

    Contoh: Kumari mengambil alas perut semasa rehat di sekolah.

    Ali Baba

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    8/92

    Lesen dan hak perniagaan yang dimiliki diberi kepada orang lain untuk menguruskan sesuatu

    perniagaan atau projek kerana tidak mahu bersusah payah.

    Contoh: Pemegang lesen perniagaan itu telah mengamalkan perniagaan Ali Baba kerana dia

    mahu mengaut keuntungan yang cepat tanpa berusaha.

    Alih anginUbah / pindah perniagaan / tempat kediaman / tempat belajar kepada tempat yang baru

    atau bertukar kepada bidang atau lapangan lain.

    Contoh: Encik Lim cuba mengalih angin perniagaan ke Australia dengan harapan mendapat

    kejayaan.

    Alih langkah

    Mengubah strategi atau taktik yang lain.

    Contoh: Golongan belia kita sekarang harus mengalih langkah baru dalam hidup agar merekatidak ketinggalan.

    Alih muka

    Mengelak daripada dikenali.

    Contoh: Orang yang dikehendaki polis itu mengalih muka supaya tidak dapat dikesan.

    Alim kucingBerpura-pura baik dan boleh dipercayai tetapi dalam masa yang sama sentiasa menunggu

    peluang untuk bertindak.

    Contoh: Jangan percaya akan orang bersikap alim kucing agar kita tidak terpedaya dengan

    tipu muslihatnya.

    Ambil ada

    Sudah memadai apa yang ada atau sekadar memenuhi syarat.

    Contoh: Dia membuat latihan itu sekadar ambil ada sahaja untuk mengelak daripadadidenda oleh gurunya.

    Ambil alih

    Menggantikan tugas atau jawatan orang atau pihak lain untuk menguruskan sesuatu.

    Contoh: Semasa Guru Besar bercuti, Encik Shamsul selaku Penolong Kanan Pentadbiran telah

    mengambil alih tugas Guru Besar itu.

    Ambil anak

    Ambil anak orang lain untuk dijadikan anak sendiri.

    Contoh: Oleh sebab isteri Encik Mahadevan mandul, dia berhasrat mengambil anak untuk

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    9/92

    dijadikan anaknya.

    Ambil angin

    Menghirup hawa yang baik / segar atau berjalan-jalan untuk bersiar-siar sambil melegakan

    fikiran dan perasaan.

    Contoh: Haji Aziz membawa keluarganya mengambil angin di Eropah selepas penat bertugas.

    Ambil bahagian

    Turut serta / melibatkan diri.

    Contoh: Mereka berdua mengambil bahagian dalam peraduan Malam Getaran Jiwa anjuran

    RTM.

    Ambil beratPrihatin, mengambil perhatian / perhatian / tumpuan dalam sesuatu hal.

    Contoh: Cikgu Raju mengambil berat terhadap pencapaian murid-muridnya.

    Ambil berkat

    Tumpang tuah atau berkat daripada pengaruh orang lain.

    Contoh: Atas kegigihan dan kejayaan Haji Ali sebagai pemaju perumahan, adiknya ambil

    berkat beliau untuk membuka perusahaan kilang batu bata di kampungnya.

    Ambil hati

    Rasa tersinggung oleh kata-kata atau perbuatan seseorang terhadapnya.

    Contoh: "Kamu jangan ambil hati atas kata-kata abang kamu tadi, dia memang berperangai

    begitu," ibu Kamil memberi nasihat.

    Ambil kesempatan

    Mengambil keuntungan atau mengambil manfaat atas peluang yang ada.Contoh: Mak cik Halimah ambil kesempatan menjual kuih-muih di pasar malam untuk

    menambahkan pendapatan keluarganya.

    Ambil kira

    Membuat pertimbangan / perkiraan / penelitian / perhitungan.

    Contoh: "Sebelum membuat keputusan, kamu hendaklah mengambil kira beberapa perkara

    yang ada di sekeliling kamu," kata Cikgu Yazid.

    Ambil langkah

    Hendak memulakan sesuatu perkara atau tindakan.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    10/92

    Contoh: Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil langkah berhati-hati untuk mengawal

    pencemaran bahasa yang menular sekarang.

    Ambil masa

    Memerlukan tempoh yang sesuai.

    Contoh: Untuk menyiapkan sesuatu projek yang diarah oleh guru, pelajar-pelajar tidak bolehmenunggu masa yang lama.

    Ambil mudah

    Menganggap sesuatu perkara mudah / remeh / enteng / senang sahaja.

    Contoh: Hafif selalu mengambil mudah sahaja dalam ujian di sekolah dan akhirnya dia

    menemui kegagalan.

    Ambil muka

    Membuat sesuatu dengan harapan untuk mendapat pujian.

    Contoh: Dia menunjuk-nunjukkan hasil usahanya kepada orang ramai untuk mengambil

    muka daripada majikannya.

    Ambil peluang

    Mendapatkan faedah / keuntungan daripada sesuatu keadaan.

    Contoh: Semasa berkursus di Pulau Langkawi, saya mengambil peluang mengunjungi Under

    Water World di sana.

    Ambil pusing

    Memberi perhatian / penelitian terhadap sesuatu / mengambil tahu.

    Contoh: Encik Lim tidak ambil pusing sangat terhadap karenah pekerja-pekerjanya, asalkan

    mereka dapat bekerja dengan baik.

    Ambil untungMendapat faedah / kepentingan/ memanfaatkan peluang yang ada.

    Contoh: Haji Hassan tidak ambil untung lagi kerana beliau mahu barang-barang itu cepat

    habis dijual.

    Anak angkat

    Anak orang lain dipelihara sebagai anak sendiri.

    Contoh: Puan Rosmawati mengambil anak jirannya untuk menjadi anak angkat kerana dia

    tidak mempunyai anak sendiri.

    Anak asak

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    11/92

    Anak patung / boneka.

    Contoh: Puan Tan tidak dapat mencari anak asak kepunyaan anaknya yang hilang itu.

    Anak baju

    Baju kecil yang dipakai di dalam ; baju dalam, singlet atau baju panas.

    Contoh: Anak baju yang dipakai oleh abang itu diperbuat daripada kain kapas.

    Anak bangsawan

    Dramatis, pelakon, atau orang berlakon di pentas atau di layar perak.

    Contoh: Mak Enon ialah anak bangsawan yang termasyhur pada tahun-tahun 60-an.

    Anak bapa

    Anak yang disayangi oleh keluarga, khususnya oleh bapa / ayah.Contoh: Perangai dan tingkah laku Sazali saling tidak tumpah macam ayahnya dan memang

    tepatlah jika dikatakan sebagai anak bapa kepada ayahnya.

    Anak batu

    Antan / alu lesung tumbuk.

    Contoh: Kakak tidak dapat menumbuk sambal lada kerana anak batu tidak ada.

    Anak bilis

    Rakyat biasa, orang miskin atau berpangkat rendah atau golongan yang bertaraf rendah.

    Contoh: Pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur terhadap kegiatan penyeludupan di

    sempadan dan akan membuat tangkapan sama ada ikan bilis atau jerung.

    Anak buah

    Anak saudara-mara atau orang di bawah jagaan.

    Contoh: Encik Lim Ah Chang sentiasa menjaga kebajikan anak buahnya.

    Anak buangan

    Anak yang dihalau oleh ibu bapa atau anak yang tersisih daripada keluarga.

    Contoh: Remaja itu hidup melarat selepas dia menjadi anak buangan kerana dihalau oleh ibu

    bapanya.

    Anak bulanBulan yang baru terbit setiap awal bulan.

    Contoh: Anak bulan Ramadan telah kelihatan pada jam 7:05 malam tadi, maka umat Islam

    dikehendaki berpuasa esok.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    12/92

    Anak busur

    Anak panah.

    Contoh: Encik Ramalingam muncul juara dalam pertandingan memanah kerana anak

    busurnya dapat menepati sasaran.

    Anak dacing

    Batu timbangan.

    Contoh: Haji Daud tidak dapat menggunakan dacing itu untuk menimbang gula kerana anak

    dacingnya telah hilang.

    Anak dagang

    Orang asing / orang merantau dan tinggal di tempat jauh dari kampung halaman.Contoh: "Hamba anak dagang yang baru tiba di tempat ini," kata Damak.

    Anak dara

    Perempuan yang masih perawan atau gadis yang belum kahwin.

    Contoh: Encik Mansur berhasrat masuk meminang anak dara Pak Ayub pada minggu

    hadapan.

    Anak didik

    Anak murid atau anak yang diasuh / dipimpin / diajar oleh seseorang.

    Contoh: Ramai anak didik Mahaguru Silat Gayung itu telah berjaya melepasi ujian peringkat

    akhir.

    Anak emas

    Anak kesayangan ibu bapa atau pekerja yang disayangi oleh majikan.

    Contoh: Encik Ahmad menjadi anak emas kepada Haji Dahlan kerana dia seorang pekerjayang setia dan rajin.

    Anak gahara

    Anak permaisuri raja dengan keturunan raja juga.

    Contoh: Yang Teramat Mulia Tengku Zainal ialah anak gahara kepada Sultan Mahmud.

    Anak gundik

    Anak raja yang dilahirkan oleh isteri daripada orang kebanyakan.Contoh: Tengku Ahmad itu anak gundik kepada raja yang memerintah negeri ini.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    13/92

    Anak haram

    Anak yang dilahirkan tanpa perkahwinan yang sah.

    Contoh: Kasihan anak haram itu kerana tiadalah diketahui siapakah ibu bapanya.

    Anak jantan

    Lelaki yang berani dan sanggup menghadapi cabaran.Contoh: Laksamana Panglima Awang betul-betul anak jantan kerana dia begitu berani

    menentang lanun-lanun itu.

    Anak jati

    Penduduk tempatan yang asal / anak yang lahir di sesebuah tempat itu/ anak watan

    sesebuah negara / negeri.

    Contoh: Anak jati sahaja dibenarkan dikebumikan di tanah perkuburan Datuk Bendahara.

    Anak kandung

    Anak sendiri daripada kedua ibu bapanya.

    Contoh: Dalam hal itu, Encik Jaffar tidak memihak kepada sesiapa, walaupun anak

    kandungnya sendiri.

    Anak kapal

    Kelasi / pekerja atau awak-awak di dalam kapal.Contoh: Kapal yang karam di Laut China Selatan itu tidak dapat diselamatkan, kecuali

    beberapa orang anak kapalnya sahaja.

    Anak mata

    Bulatan kecil di tengah-tengah mata / kelihatan.

    Contoh: Khasidah tidak nampak anak mata pun sejak bapanya meninggal dunia.

    Anak negeri

    Penduduk sesebuah negeri.

    Contoh: Menteri Besar memberitahu bahawa anak negeri akan diberi keutamaan untuk

    mendapat kemudahan yang akan disediakan oleh pihak kerajaan tidak lama lagi.

    Anak panggung

    Anak bangsawan / pelakon pentas / pelakon layar perak.

    Contoh: Pelakon sekarang hendaklah mengambil iktibar daripada apa yang dialami oleh anakpanggung zaman 50-an dahulu.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    14/92

    Buah bibir

    Bahan perbualan.

    Contoh: Kejayaan Datuk Azahar Mansur mengeliling dunia dengan kapal layar menjadi buah

    bibir rakyat Malaysia.

    Buah butirPerkara utama dalam percakapan atau bahan-bahan perbincangan.

    Contoh: Masalah remaja telah menjadi buah butir dalam perbualan mereka.

    Buah fikiran

    Pendapat atau pandangan.

    Contoh: Dalam hal ini, saya ingin meminta buah fikiran Dato' Hashim, moga-moga urusan ini

    dapat berjalan dengan lancar.

    Buah hati

    Orang yang disayangi atau kekasih.

    Contoh: Azmi nampak begitu gelisah kerana buah hatinya tidak kunjung tiba.

    Buah mata

    Orang yang disayangi atau kekasih.

    Contoh: Amira kelihatan ceria sahaja hari ini, maklumlah sudah mendapat buah mata yangsegak!

    Buah mulut

    Bahan perbualan.

    Contoh: Perbuatan sumbang yang dilakukan oleh pendatang-pendatang asing baru-baru ini

    menjadi buah mulut penduduk tempatan.

    Buah pena

    Hasil karya seseorang penulis.

    Contoh: Buah pena sasterawan S. Othman Kelantan sungguh laris di pasaran dan

    diterjemahkan ke bahasa Jerman.

    Buah tahun

    Sesuatu yang jarang-jarang terdapat.

    Contoh: Dugong yang ditangkap oleh seorang nelayan Johor pada tahun lepas merupakanbuah tahun bagi penduduk Malaysia.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    15/92

    Buah tangan

    i. Hasil pekerjaan / hasil usaha. ii. Barang yang dibawa dari perjalanan.

    Contoh: i. Lukisan di sekolah itu adalah buah tangan Cikgu Aji yang pernah mengajar di sini

    dahulu. ii. Encik Karim membeli beberapa helai kain batik Indonesia sebagai buah tangan

    kepada anak-anaknya.

    Buang air besar

    Berak.

    Contoh: Atan cepat-cepat pergi ke tandas kerana dia hendak buang air besar.

    Buang air kecil

    Kencing.

    Contoh: Mak Piah geli hati sehingga terbuang air kecil kerana melihat telatah Mr. Bean di

    siaran televisyen.

    Buang baka

    Mencemarkan nama baik keluarga.

    Contoh: "Ayah tidak mahu mendengar perbuatan yang tidak senonoh itu berlaku lagi dan

    inilah dikatakan membuang baka," kata Haji Hamid.

    Buang belakang

    Tidak peduli.Contoh: "Jangan buang belakang kerana masalah ini harus diatasi," Mak Leha menasihati

    anaknya.

    Buang diri

    Menjauhkan diri daripada masyarakat.

    Contoh: Setelah insaf atas perbuatan jahatnya, Budin membuang diri ke negeri orang.

    Buang kerja

    Dipecat daripada memegang jawatan pekerjaan.

    Contoh: Dia dibuang kerja oleh pihak majikannya kerana didapati terlibat dengan najis

    dadah.

    Buang masa

    Membazirkan masa / mensia-siakan masa.

    Contoh: Ramai remaja suka membuang masa di kaki lima dan melepak di pasar raya.

    Buang mulut

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    16/92

    Tidak berterus terang.

    Contoh: Dia buang mulut semasa disoal oleh guru kerana ponteng sekolah.

    Buat bodoh

    Buat tidak faham atau buat pura-pura tidak tahu.

    Contoh: Pak Kadir buat bodoh semasa mendengar penerangan tentang seni pertukangan,walaupun dia mahir dalam hal tersebut.

    Buat duit

    Membuat sesuatu untuk mendapat keuntungan yang banyak.

    Contoh: Peniaga-peniaga pasar malam buat duit pada musim perayaan kerana jualan mereka

    laris.

    Buat hal

    Menimbulkan masalah / kesusahan.

    Contoh: "Jangan buat hal kerana saya belum dapat memberikan keputusan," kata Tok

    Penghulu kepada beberapa anak pemuda itu.

    Buat helah

    Mencari jalan untuk melepaskan diri.

    Contoh: Jamal buat helah sakit perut kerana dia tidak mahu berjumpa dengan pengurus .

    Buaya darat

    Lelaki yang suka menukar pasangan wanitanya.

    Contoh: Kalau sudah dasar buaya darat, nampak sahaja perempuan yang cantik, dia terus

    hendak menerkam.

    Budaya kuningGaya hidup atau adat resam dari Barat yang tidak sesuai dengan budaya hidup ketimuran.

    Contoh: Ramai remaja kita terikut-ikut dengan budaya kuning dari Barat yang dianggap lebih

    baik dan sesuai dengan zaman.

    Bujang lapuk

    Lelaki yang belum kahwin sehingga lanjut usia.

    Contoh: "Jikalau kamu tidak mencari jodoh sekarang, akibatnya kamu akan menjadi bujang

    lapuk," kata Pak Dolah kepada anak sulungnya.

    Buka hati

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    17/92

    Menerima segala-gala dengan perasaan terbuka.

    Contoh: Jamilah membuka hati untuk menunjukkan kejujuran dan kesetiaan kepada

    kekasihnya.

    Buka jalan

    Beri peluang.Contoh: Alimin membuka jalan kepada Abu untuk bersama-sama berniaga dengannya

    digerai itu.

    Buka kesempatan

    Memberi jalan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu.

    Contoh: Cikgu Lim membuka kesempatan kepada murid-muridnya untuk menyertai

    perkhemahan itu.

    Buka langkah

    Bermula untuk melakukan sesuatu tindakan.

    Contoh: Encik Kasim sudah mula buka langkah dalam bidang perniagaan yang baru

    diceburinya.

    Buka mata

    Sedar daripada kelalaian atau kelemahan serta kelemahan yang ada.Contoh: Setelah beberapa kali mengadakan kursus sivik kepada penduduk di kawasan itu,

    sekarang baru ada yang buka mata bahawa pendidikan sangat penting.

    Buka mulut

    Memberitahu atau bersuara terhadap sesuatu perkara.

    Contoh: Pengganas komunis mengancam penduduk kampung supaya tidak membuka mulut

    kepada pihak berkuasa tentang kegiatan mereka di kampung itu.

    Buka pintu

    Memberi peluang atau kesempatan.

    Contoh: Kerajaan buka pintu kepada para peniaga untuk berniaga di bangunan baru itu.

    Buka suara

    Memberi pendapat tentang sesuatu perkara.

    Contoh: Pak Mamat turut buka suaranya dalam mesyuarat itu.

    Buka telinga

    Ambil perhatian / teliti.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    18/92

    Contoh: "Apabila guru mengajar, kamu hendaklah buka telinga betul-betul, dan jangan

    berkhayal tidak tentu arah," kata Cikgu Zaharah kepada murid-muridnya.

    Buka Tembelang

    Membuka rahsia atau keburukan diri.

    Contoh: Jangan kamu membuka tembelang orang lain dikhalayak ramai, nanti dia mendapatmalu!

    Buku lima

    Penumbuk.

    Contoh: "Kalau kamu tidak mahu bayar hutang aku, aku bagi buku lima!" Rusdi memarahi

    Atan.

    Bulan madu

    Suami isteri yang pergi bercuti atau melancong ke tempat lain selepas berkahwin.

    Contoh: Encik Ong akan berbulan madu dengan isterinya di Taiwan setelah majlis

    perkahwinan mereka selesai.

    Bulat fikiran

    Pendirian yang tetap atau mengambil keputusan yang muktamad.

    Contoh: "Bulatkan fikiran sebelum kamu meletak jawatan itu," nasihat Encik Samad kepadapegawainya itu.

    Bulat hati

    Pendirian yang tetap atau mengambil keputusan yang muktamad.

    Contoh: Ah Kaw bulat hati mahu memulakan perniagaan barunya di Kuala Lumpur.

    Bulat kataMencapai kata sepakat dan bersatu.

    Contoh: Keputusan itu adalah muktamad kerana mereka sudahpun mencapai bulat kata

    dalam perbincangan tersebut.

    Bulat mata

    i. Keadaan ketika hendak marah. ii. Keadaan terperanjat.

    Contoh: i. Tok Mamat membulatkan mata kepada anak buahnya yang sangat degil itu. ii.

    Swee Lan bulat mata ketika terserempak dengan seekor musang.

    Bulat suara

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    19/92

    Maufakat atau mencapai persetujuan dan mendapat sokongan sepenuhnya.

    Contoh: Perkara itu dipersetujui dengan sebulat suara dalam mesyuarat tersebut.

    Bunga bahasa

    Kata-kata dan ungkapan yang indah dalam pertuturan atau penulisan, khususnya dalam

    karya sastera.Contoh: Dalam karya Sasterawan Negara Usman Awang banyak terdapat bunga bahasa yang

    sangat memikat hati.

    Bunga bangsa

    Anak-anak muda yang menjadi harapan bangsa dan negara pada masa hadapan.

    Contoh: "Kamu semua ialah bunga bangsa, maka saya berharap kamu belajarlah

    bersungguh-sungguh, semoga wawasan negara akan menjadi kenyataan," kata Cikgu Yaman

    kepada murid-muridnya.

    Bunga bibir

    Mengeluarkan kata-kata yang manis.

    Contoh: Kakak Norma selalu mengeluarkan bunga bibir apabila berbicara dengan saya.

    Bunga dedap

    Perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.Contoh: Wanita yang menyewa di sebelah rumah saya itu diibaratkan bunga dedap sikap dan

    kelakuannya sungguh kasar.

    Buruh kasar

    Pekerja yang melakukan kerja-kerja yang berat tenaga fizikal.

    Contoh: Negara kita memerlukan buruh kasar dari negara-negara asing untuk menyiapkan

    projek-projek besar negara.

    Buruk hati

    Jahat atau menyimpan perasaan dengki, benci dan dendam.

    Contoh: Kalau kita sudah tahu bahawa dia seorang yang buruk hati, lebih baik kita jangan

    berkawan dengannya.

    Buruk laku

    Kelakuan dan perangai yang tidak baik dari pandangan orang.Contoh: Dia seorang yang buruk laku dan menyebabkan ramai kawan tidak suka padanya.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    20/92

    Buruk makan

    Makan dengan gelojoh / lahap.

    Contoh: Mak Lijah terperanjat melihat bakal menantunya yang buruk makan itu.

    Buruk mulut

    Mengeluarkan kata-kata yang kasar.Contoh: Setiap guru tidak harus buruk mulut terhadap murid-muridnya.

    Buruk perut

    Banyak makan semua jenis makanan dan berselera sekali.

    Contoh: Walaupun buruk perut, dia tetap kuat bekerja.

    Buruk sangka

    Menaruh perasaan syak wasangka / curiga terhadap orang lain / prasangka buruk.Contoh: Jangan amalkan sikap buruk sangka dalam persahabatan kerana boleh

    menyebabkan perpecahan sesama sendiri.

    Buruk siku

    Pemberian diminta semula / sikap mengukit kembali setiap pemberian.

    Contoh: Nampaknya kamu sudah buruk siku sebab kerana sudah memberi sesuatu kepada

    orang, kemudian memintanya semula.

    Buru waktu

    Menjaga masa supaya tidak ketinggalan atau terlewat.

    Contoh: Untuk menyiapkan projek ini, kita harus kejar masa, kalau tidak kita akan kerugian

    besar.

    Busuk hati

    Dengki atau sikap iri hati dan mempunyai niat yang jahat / seorang terhadap orang.Contoh: Sifat buruk hati jirannya telah terdedah apabila dia cuba menggagalkan

    perniagaannya itu.

    Busuk mulut

    Suka memaki / mengeluarkan kata-kata tidak sopan / kesat.

    Contoh: Orang yang busuk mulut tidak boleh dijadikan kawan kerana nanti kita akan

    mendapat malu.

    Busung dada

    Sombong / membangga diri.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    21/92

    Contoh: Dia baru sahaja dapat menjadi pegawai kerani di pejabat kerajaan tetapi sudah mula

    busung dada.

    Buta akal

    Melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu.

    Contoh: "Kalau hendak lakukan sesuatu perkara, jangan buta akal!" Mak Leha menasihatianak perempuannya.

    Buta ayam

    Penglihatan tidak jelas pada waktu senja dan malam.

    Contoh: Malim tidak berani berjalan pada waktu malam kerana dia buta ayam.

    Buta hatii. Bersifat kejam / tidak berperikemanusiaan / tiada perasaan belas kasihan. ii.Tidak

    berpengetahuan.

    Contoh: i. Penjenayah itu sungguh buta hati kerana sanggup merompak dan membunuh. ii.

    Pada zaman sekarang, orang yang buta hati amat susah kehidupannya.

    Buta huruf

    Tidak tahu membaca dan menulis.

    Contoh: Kadar penduduk yang buta huruf di Malaysia kini sudah berkurangan.

    Buta kayu

    Tidak tahu membaca dan menulis.

    Contoh: Walaupun Haji Noor buta kayu tetapi otaknya pintar dan dia berjaya menjadi

    seorang usahawan.

    Buta perutBuat sesuatu perkara dengan tanpa berfikir terlebih dahulu.

    Contoh: Morgan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana dipukul oleh bapanya yang buta

    perut dan tidak berperikemanusiaan itu.

    Buta tuli

    Membuat kerja tanpa tahu pedoman / tanpa usul periksa terlebih dahulu.

    Contoh: Jalil membuat kerja dengan membuta tuli, tidak tahu hujung pangkalnya dan

    akhirnya menyusahkan diri sendiri.

    Buta warna

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    22/92

    Tidak dapat membezakan warna.

    Contoh: Saya tidak boleh melukis lagi kerana sudah buta warna.

    Cabar hati

    Penakut.

    Contoh: Bunyi buah kelapa jatuh pada tengah malam itu mencabar hati Sudin keranadisangkanya usikan hantu.

    Cabut Lari

    Penakut/ Sifat orang pengecut yang tidak sanggup menghadapi musuh atau cabaran.

    Contoh: Budak-budak nakal itu cabut lari apabila disergah oleh Pak Hassan.

    Cabut nyawaMembunuh.

    Contoh: "Jangan kamu bimbang kerana lanun itu tidak boleh cabut nyawa kita," Hang Tuah

    memberitahu Hang Jebat.

    Cacing kepanasan

    Dalam keadaan tidak tenteram / gelisah.

    Contoh: Kasim kelihatan gelisah macam cacing kepanasan apabila pengerusi majlis

    menjemput beliau supaya berucap.

    Cahaya mata

    Mendapat anak sendiri / anak baru dilahirkan.

    Contoh: Setelah berkahwin sudah hampir lima tahun, baharu sekarang Encik Leman

    mendapat cahaya mata.

    Cahaya mukaWajah seseorang yang kelihatan berseri.

    Contoh: Perasaan gembira Cikgu Gopal memang kelihatan pada cahaya mukanya.

    Cakap angin

    Berita yang tidak berasas / berita tidak betul.

    Contoh: Berita yang saudara dengar itu adalah cakap angin sahaja.

    Cakap besarSikap yang suka membesar-besarkan diri sendiri.

    Contoh: Ramai orang tidak suka berkawan dengan Budin kerana dia selalu cakap besar.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    23/92

    Cakap di belakang

    Menceritakan keburukan orang lain ketika orang itu tiada.

    Contoh: Jangan mudah percaya pada cakap di belakang, sebelum ada sebarang bukti.

    Cakap kosongKata-kata yang tidak ada isi atau tidak berfaedah atau berkesan.

    Contoh: Perbualan mereka di kedai kopi itu merupakan cakap kosong sahaja kerana sedikit

    pun tidak boleh dijadikan panduan.

    Cakar ayam

    Tulisan yang amat buruk.

    Contoh: "Tulisan awak seperti cakar ayam sehingga menyusahkan orang lain hendak

    membacanya," kata Cikgu Ramlah.

    Campur tangan

    Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

    Contoh: "Jangan kamu cuba campur tangan dalam urusan keluarga saya," Kamal memberi

    amaran.

    Cangkul anginMembuat kerja yang tidak berfaedah.

    Contoh: Perbuatan kamu itu memang sia-sia sahaja dan boleh dianggap seperti mencangkul

    angin.

    Cari akal

    Berikhtiar atau berfikir untuk mengatasi sesuatu masalah.

    Contoh: Jangan putus asa untuk cari akal kerana masalah harus diatasi dengan baik.

    Cari fasal

    Berbuat sesuatu untuk menimbulkan pergaduhan atau kemarahan orang lain.

    Contoh: Kamu jangan cari fasal di tempat ini kerana di sini bukan tempat untuk bergaduh.

    Cari gaduh

    Membuat sesuatu untuk menimbulkan pergaduhan.

    Contoh: Jangan cari gaduh tentang perkara yang kecil kerana perkara ini boleh diselesaikandengan cara berbincang.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    24/92

    Cari jalan

    Berikhtiar untuk mengatasi sesuatu masalah.

    Contoh: Jangan bertindak terburu-buru kerana kita boleh cuba cari jalan lain untuk

    mengatasinya.

    Cari makanKerja untuk mendapatkan rezeki.

    Contoh: "Bagaimanakah kamu hendak cari makan, kalau kamu malas bekerja?" Mak Limah

    memarahi anaknya.

    Cekal hati

    Tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran.

    Contoh: Datuk Azahar Mansur sungguh cekal hati sanggup mengelilingi dunia dengan

    pelayaran solo.

    Celik huruf

    Tahu membaca dan menulis.

    Contoh: Malaysia mempunyai kadar celik huruf yang tinggi. Kesan daripada perkembangan

    pendidikan yang pesat.

    Celik mataBaru insaf dan sedar.

    Contoh: Sekarang penduduk Seri Wangi baru celik mata bahawa harta benda yang ada

    diperut bumi kawasan itu sudah diangkut oleh pendatang asing.

    Cemburu buta

    Cemburu tanpa sebab.

    Contoh: Isteri Encik Halim cemburu buta menyebabkan rumah tangga mereka tidak aman.

    Cepat kaki

    Pantas berjalan.

    Contoh: Kamu ini sungguh cepat kaki, sekejap sahaja sudah tiba di tempat yang dituju.

    Cepat tangan

    Orang suka mencuri.

    Contoh: Jangan biarkan dia masuk ke dalam bilik ini bersendirian kerana, dia itu cepattangan.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    25/92

    Cermin muka

    Melihat kepada diri sendiri sebelum membetulkan kesilapan orang.

    Contoh: "Cerminlah muka kamu terlebih dahulu sebelum menegur kesilapan orang lain,"

    kata Samad.

    Cicak kubinBadan seseorang yang tersangat kurus.

    Contoh: Badan Pak Mamat itu kurus macam cicak kubin semenjak terkena penyakit kencing

    manis.

    Cina buta

    Perempuan yang ditalak tiga kali oleh suaminya dan kahwin lelaki lain dengan bersyarat

    cerai semula supaya dapat kahwin dengan bekas suami dahulu.

    Contoh: Bidah itu bercina buta dengan Deraman kerana mahu kahwin semula dengan bekas

    suaminya.

    Cinta monyet

    Kasih sayang keanak-anakan yang selalu bertukar-tukar kekasih.

    Contoh: Kebanyakan remaja kita menjalinkan cinta monyet dengan kekasihnya, kemudian

    berpisah kerana mereka belum mengerti cinta sebenarnya.

    Cium tanahJatuh tertiarap ke tanah.

    Contoh: Badan sahaja besar, kena penumbuk sulung sebiji, dia sudah cium tanah.

    Colek hati

    Menggelikan hati / menimbulkan rasa lucu.

    Contoh: Kata-kata YB Encik Jamal itu mencolek hati orang ramai yang hadir di dewan

    tersebut.

    Cuci mata

    Melihat sesuatu yang cantik atau indah untuk menyeronokkan hati.

    Contoh: Azman berehat di bawah sebatang pokok dalam taman itu sambil mencuci mata.

    Cuci tangan

    Sikap ingin lari dari bertanggungjawab dan tidak ingin terlibat.

    Contoh: Baloo tidak bertanggungjawab atas kecuaiannya menyebabkan lembu-lembu itumasuk ke dalam pagar rumah orang.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    26/92

    Cuit hati

    Geli hati atau menimbulkan perasaan lucu dan jenaka.

    Contoh: Ustaz Muin menyelitkan kata-kata mencuit hati supaya orang tidak tertidur ketika

    mendengar ceramahnya.

    Cukup bulani. Genap tempoh bagi perempuan yang mengandung untuk bersalin. ii. Waktu-waktu

    kebiasaan pekerja dibayar gaji.

    Contoh: i. "Dekat-dekat cukup bulan nanti, kamu ambil cuti dan balik bersalin di Hospital

    Kota Bharu," pesan Mak Minah kepada Lisa. ii. "Saya tidak ada duit, maklumlah cukup bulan

    masih jauh lagi," kata Isma.

    Cukup makan

    Tidak lebih dan tidak kurang untuk markah atau pendapatan iaitu di peringkat pertengahan.Contoh: Gaji yang diterima oleh Pak Seman hanya cukup makan sahaja.

    Cukup umur

    Sudah dewasa atau sudah mencapai baligh.

    Contoh: Budak-budak yang belum cukup umur tidak dibenarkan menonton cerita-cerita yang

    berunsur ganas dan seks.

    Curi hati

    Memikat hati / menawan minat dan perasaan seseorang.

    Contoh: Gadis yang baru berpindah ke kampung Ali itu sungguh cantik sehingga dapat

    mencuri hati pemuda-pemuda di situ.

    Curi masa

    Melakukan sesuatu tidak menepati waktu yang ditetapkan.

    Contoh: "Awak selalu curi masa kerana tiap-tiap hari datang lewat," Encik Ismail memarahisalah seorang pekerjanya.

    Curi tulang

    Malas bekerja.

    Contoh: Orang yang selalu mencuri tulang ketika bekerja sangat dibenci oleh majikan.

    Dabik dadaTepuk dada kerana keberanian / sikap ingin menunjuk-menunjukkan kehebatan dan

    kebolehan diri kepada orang lain.

    Contoh: Hassan mendabik dada di hadapan orang ramai sambil berkata, "Siapa yang berani

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    27/92

    lawan saya, sila masuk, saya tunggu!"

    Dada terbuka

    Sedia mendengar atau menerima pendapat kritikan orang lain.

    Contoh: Tok Penghulu mendengar pendapat Salleh dengan dada terbuka.

    Dakap diri

    Berdiam diri atau tidak berbuat apa-apa.

    Contoh: "Lebih baik kamu pergi berkebun sayur daripada asyik dakap diri," ujar Pak Busu

    kepada Abu.

    Daki dunia

    Harta benda dan kemewahan yang dimiliki adalah bersifat sementara sahaja.Contoh: Jangan asyik mengejar daki dunia sahaja sehingga tidak tidur malam, nanti

    kesihatan akan terganggu.

    Dalam genggaman

    Sudah pasti dapat atau berjaya diperoleh.

    Contoh: Juara lumba lari 100 meter sudah tentu berada dalam genggaman Razak kerana

    dialah yang paling pantas berlari.

    Dalam kepala

    Dalam pengetahuan atau sudah ada dalam ingatan.

    Contoh: "Senarai pemenang peraduan mengarang itu sudah ada dalam kepala saya," kata

    Cikgu Zahari.

    Dalam tangan

    Sudah pasti diperoleh atau sudah berjaya dicapai.Contoh: Kejayaan sudah pasti dalam tangan kalau berusaha dengan gigih dan tekun belajar.

    Dapat akal

    Memperoleh idea atau timbul ikhtiar dalam fikiran.

    Contoh: Bapa sudah dapat akal untuk memerangkap musang yang selalu datang mencari

    ayam.

    Dapat hatiMenerima atau memperoleh cinta.

    Contoh: Akhirnya Sudin mendapat hati daripada Haryati setelah sekian lama menunggu.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    28/92

    Dapat terpijak

    Mendapat sesuatu yang berharga / rezeki dengan mudah / senang dan tidak melalui usaha.

    Contoh: Pak Husin menganggap untung lumayan yang diperolehnya itu sebagai dapat

    terpijak kerana jualan duriannya begitu laris.

    Darah daging

    i. Ahli kelurga sendiri. ii. Biasa dilakukan dan sudah sebati dengan kehidupan seseorang

    Contoh: i. Bagaimana buruk perangainya, dia tetap darah daging aku juga. ii. Perkara

    seumpama itu tidak menjadi masalah lagi kerana sudah menjadi darah dagingnya.

    Darah gemuruh

    Mudah gugup, hilang pertimbangan apabila berhadapan dengan cabaran dan situasi yang

    belum pernah dialami.Contoh: Aminah terpaksa berdiam diri seketika untuk menahan darah gemuruhnya setelah

    mendengar berita buruk itu.

    Darah manis

    Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.

    Contoh: "Bakal pengantin adalah darah manis dan lebih baik jangan keluar rumah," Mak

    Som memberi nasihat.

    Darah muda

    Sikap, perasaan dan semangat yang berkobar-kobar, cepat marah atau bertindak.

    Contoh: "Fikirlah baik-baik dan jangan mudah menurut darah muda," kata Pak Mustafa

    kepada Jusuh.

    Darah panas

    Cepat marah.Contoh: Jangan melawan kata-kata Tok Mamat itu kerana dia mudah darah panas.

    Darah putih

    Keturunan orang bangsawan dan kerabat diraja.

    Contoh: Orang yang berdarah putih tidak merasa peritnya hidup yang ditanggung oleh kaum

    petani dan nelayan.

    Datang akal

    Mendapat fikiran / timbul idea dalam fikiran.

    Contoh: Manaf belum datang akal untuk menyelesaikan masalah itu.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    29/92

    Datang bulan

    Masa haid bagi perempuan yang sudah mulai baligh.

    Contoh: Perempuan yang datang bulan tidak boleh duduk di dalam masjid.

    Datang hati

    Tergamak melakukan atau bertindak tanpa membuat pertimbangan yang wajar dan kasihan

    belas.

    Contoh: Datang hati dia mencuri harta bapanya sendiri.

    Diam-diam ubi

    Orang diam tetapi banyak ilmu pengetahuan.

    Contoh: Ustaz ini seorang yang diam-diam ubi sahaja.

    Diam membatu

    Tidak berkata apa-apa atau membisu.

    Contoh: Jenab diam membatu apabila diberitahu bahawa suaminya telah ditangkap oleh

    polis.

    Dingin hatii. Tidak berminat. ii.Tidak riang.

    Contoh: i. Encik Yusoff dingin hati terhadap gadis pilihan ibunya. ii. Semenjak kehilangan

    isterinya, dia kelihatan dingin hati sepanjang masa.

    Dingin kepala

    Berfikiran tenang, tidak terburu-buru.

    Contoh: Haji Ahmad dingin kepala kerana cuba mencari jalan terbaik untuk mengatasi

    masalah itu.

    Dingin tangan

    Selalu berhasil dalam melakukan sesuatu.

    Contoh: Sejak akhir-akhir ini, Pak Utih dingin tangan sahaja sehingga rezekinya melimpah

    ruah.

    Dua hatiRasa bimbang dan waswas atau ragu-ragu.

    Contoh: Rosli berasa dua hati terhadap kejujuran kekasihnya.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    30/92

    Dua sejoli

    Sepasang kekasih yang sangat rapat dan selalu kelihatan berdua-duan.

    Contoh: Dora dan Rahim bagaikan merpati dua sejoli kerana mereka tidak pernah

    berenggang dalam aktiviti kolej mereka.

    Duit kocek

    Peruntukan wang khusus dibawa ke mana-mana untuk kegunaan jika diperlukan.

    Contoh: Encik Amin memberi duit kocek sebanyak RM50.00 kepada anaknya yang mengikuti

    rombongan sekolah membuat lawatan ke Kuala Lumpur.

    Duit kopi

    Wang yang diberikan kepada seseorang dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu atau

    sogokan suatu bentuk rasuah.

    Contoh: Pemuda yang cuba memberi duit kopi kepada pegawai kastam itu telah ditahan olehpegawai pencegah rasuah.

    Duit teh

    Memberi wang kepada seseorang dengan tujuan mendapatkan sesuatu.

    Contoh: Perbuatan menerima duit teh bukanlah suatu amalan yang baik.

    Dunia sudah terbalikKeadaan sudah berubah daripada yang asal atau adat biasa.

    Contoh: Nampaknya dunia sudah terbalik kerana kerana terdapat ibu bapa yang sudah takut

    untuk menegur anak-anaknya.

    Durian runtuh

    Mendapat rezeki dan harta dengan tidak disangka-sangka.

    Contoh: Pak Majid dapat durian runtuh kerana tanahnya akan dibayar oleh kerajaan dengan

    harga yang tinggi.

    Emak angkat

    Wanita yang dianggap sebagai ibu / emak sendiri.

    Contoh: Saya mempunyai seorang emak angkat yang tinggal di Kota Tinggi.

    Emak bidan

    Gelaran kepada wanita yang menjalankan tugas perbidanan.Contoh: Hajah Fatimah adalah seorang emak (mak) bidan yang sungguh baik dan berbudi

    bahasa orangnya.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    31/92

    Emak tiri

    Perempuan yang menjadi isteri kepada bapa.

    Contoh: Walaupun dia seorang emak tiri tetapi dia melayan saya sebagai anak kandungnya

    sendiri.

    Enak hati

    Gembira / senang hati.

    Contoh: Pak Yahya berasa enak hati kerana dia sudah dapat memancing sepuluh ekor ikan.

    Enau di hutan

    Seseorang yang suka hidup bersendirian.

    Contoh: Hidup Khalid seperti enau di hutan kerana dia tidak suka bercampur dengan

    masyarakat.

    Fasih lidah

    Pandai berkata-kata atau lancar bercakap.

    Contoh: Anak saya sudah fasih lidah, walaupun umurnya baru meningkat dua tahun.

    Fikiran buntu

    Tidak dapat berfikir untuk memperoleh idea.Contoh: Fikiran buntu sudah tentu tidak dapat menyelesaikan masalah itu.

    Fikiran kolot

    Fikiran yang ketinggalan zaman.

    Contoh: Fikiran kolot Pak Bedul itu tidak diterima dalam mesyuarat tersebut.

    Fikiran panjangi. Berfikir panjang. ii. Memikirkan sesuatu perkara semula.

    Contoh: i. Selepas mendengar kata dua ayahnya itu, Ali berfikir panjang. ii. Jikalau kamu

    berfikiran panjang tentu kamu tidak akan berlaku sedemikian.

    Fikiran sempit

    Fikiran cetek / tidak mahu menerima perubahan dan perkembangan semasa.

    Contoh: Kita susah hendak berbicara dengan orang yang berfikiran sempit.

    Fikiran sihat

    Fikiran waras atau dapat berfikir dengan baik.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    32/92

    Contoh: Orang yang berfikiran sihat sahaja boleh memberi pendapat yang bernas.

    Fikiran suntuk

    Tidak dapat berfikir dengan jelas.

    Contoh: Keadaan berfikiran suntuk amat sukar hendak mendapat idea yang baik.

    Fikiran tajam

    Cepat memahami dan mudah pelajaran yang disampaikan.

    Contoh: Orang yang berfikiran tajam sahaja yang boleh memberi hujah yang bernas di dalam

    perbahasan.

    Fikiran terbuka

    Sanggup mendengar pandangan orang lain atau mempertimbangkan sebarang cadangan dankritikan serta sentiasa bersedia untuk berubah.

    Contoh: Terimalah sesuatu nasihat dengan fikiran yang terbuka.

    Fikir dua kali

    i. Berfikir panjang sebelum bertindak. ii. Memikirkan sesuatu perkara semula.

    Contoh: i. "Sebelum bertindak sesuatu kamu harus berfikir dua kali, kalau tidak kamu akan

    menyesal nanti," nasihat Lebai Samad kepada Salim ii. "Keputusan kamu itu aku harap kamu

    fikir dua kali," kata Pak Rauf kepada anaknya.

    Gadai nyawa

    Sanggup mati, sanggup berkorban, dan menghadapi risiko.

    Contoh: Tok Janggut sanggup bergadai nyawa untuk menentang penjajah Inggeris.

    Gaji buta

    Menerima upah tetapi kerja atau tugas tidak dijalankan.

    Contoh: Dia dianggap seseorang makan gaji buta kerana sentiasa di tempat kerja dan asyikberbual di kantin pejabatnya.

    Gaji pokok

    Gaji tidak termasuk elaun lain upah yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu tidak

    masuk elaun.

    Contoh: Gaji pokok yang diperoleh dan ditambah dengan elaun lain yang diterima oleh Ah

    Meng agak lumayan juga.

    Galang ganti

    Pengganti diri atau memikul tanggungjawab atau mengambil tugas bagi pihak orang lain.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    33/92

    Contoh: "Awak jangan jadi galang ganti dalam hal ini kerana hal ini adalah antara saya dan

    dia sahaja," kata Sani.

    Galang kepala

    Taat setia.

    Contoh: Hang Tuah sangup galang kepala untuk berbakti kepada Sultan Melaka.

    Ganti rugi

    Bayaran yang dikenakan ke atas kerugian disebabkan sesuatu musibah / kecelakaan.

    Contoh: Encik Jamal menuntut ganti rugi atas kerosakan rumah kedai kerana dirempuh oleh

    lori.

    Ganti tikarBerkahwin dengan bekas adik ipar atau kakak ipar atau abang ipar selepas isteri atau suami

    meninggal dunia.

    Contoh: Zahar ganti tikar kerana berkahwin dengan adik isterinya setelah isterinya

    meninggal dunia.

    Gapil Mulut

    Cerewet / suka berleter.

    Contoh: "Jangan gapil mulut, nanti malu pada semua jiran kita," kata Encik Shamsudinkepada isterinya.

    Gapil tangan

    Suka mencampuri urusan orang lain.

    Contoh: "Dia itu bukan cerewet sahaja, bahkan gapil tangan pula," kata Mak Cik Zaleha.

    Gatal mulutSuka menceritakan keburukan orang lain.

    Contoh: Jangan ceritakan apa-apa kepada Mak Cik Bedah kerana dia memang gatal mulut.

    Gatal tangan

    Gemar melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

    Contoh: "Mengapakah kamu gatal tangan sangat pada perkara yang tidak patut dilakukan,"

    tanya Cikgu Yazid.

    Gelak sumbing

    Ketawa yang dibuat-buat.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    34/92

    Contoh: Orang lain ketawa kerana geli hati tetapi Jalal gelak sumbing kerana mahu ambil hati

    kawannya.

    Gelap fikiran

    Tidak dapat berfikir (sehingga mengamuk) disebabkan terlalu marah.

    Contoh: "Jangan mudah gelap fikiran kerana buruk akibatnya nanti," Rajoo menasihatikawannya.

    Gelap hati

    Susah mengingat apa yang dipelajari.

    Contoh: Berdoalah terlebih dahulu sebelum mengulang kaji pelajaran agar tidak gelap hati.

    Gelap matai. Tidak dapat berfikir dengan waras kerana marah. ii. Lupa diri apabila diberi rasuah.

    Contoh: i. Oleh sebab gelap mata, Pak Atam terus menempeleng muka anaknya. ii. Jangan

    mudah gelap mata apabila disogokkan dengan wang.

    Gelegar buluh

    Bercakap besar tetapi tidak mempunyai apa-apa makna.

    Contoh: Jangan bercakap macam gelegar buluh nanti semua orang benci.

    Geli hati

    Rasa hendak ketawa.

    Contoh: Geli hati saya menonton Jamali Sadat berjenaka di pentas baru-baru ini.

    Gendang deras

    Bertindak mengikut nafsu.

    Contoh: Jusuh bersikap seperti gendang deras menyebabkan dia meringkuk di dalampenjara.

    Gigit bibir

    Berasa marah.

    Contoh: Apabila melihat Pak Mat mengigit bibir, Jumat pun terus cabut lari kerana bimbang

    Pak Mat akan memukulnya.

    Gigit jari

    Berasa kecewa / hampa atau gagal mencapai sesuatu yang diusahakan atau dihajati.

    Contoh: Jalil mengigit jari kerana anak dara Pak Haji Wahab akan berkahwin tidak lama lagi.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    35/92

    Gigit lidah

    i. Tidak malu. ii.Tidak menghirau kecaman orang.

    Contoh: i. Siva menggigit lidah atas perbuatan yang tidak senonoh itu. ii. Walaupun Samad

    berkaki tempang, namun dia tetap menggigit lidah, asalkan dia boleh menyertai

    pertandingan lumba lari itu.

    Gila bahasa

    Fikiran tidak sihat sedikit (cepat marah, berani, malu).

    Contoh: Kadang-kala kami berasa geli hati dengan telatah Akil yang gila bahasa itu.

    Gila bayang

    Mencintai seseorang secara senyap-senyap tanpa diluahkan kepada orang berkenaan.

    Contoh: Jamil sudah terkena penyakit gila bayang terhadap anak gadis jirannya.

    Gila judi

    Suka berjudi.

    Contoh: Pemuda gila judi itu sudah ditahan oleh polis.

    Gila talak

    Keinginan untuk rujuk kembali selepas bercerai.Contoh: Ajang sudah gila talak selepas bercerai dengan isterinya.

    Golok gadai ( bergadai golok)

    Sanggup berbelanja berhabis-habisan.

    Contoh: Encik Yusof sanggup bergolok-bergadai demi kemajuan pelajaran anak-anaknya.

    Goyang kakiBersenang-lenang tanpa membuat sebarang pekerjaan.

    Contoh: Sekarang dia sudah boleh bergoyang kaki semenjak projek tanaman kelapa sawitnya

    sudah berhasil.

    Gugur hati

    Jatuh cinta.

    Contoh: Faruk gugur hati terhadap rakan perempuan sepejabatnya itu.

    Gulung lengan baju

    Bersedia untuk melakukan sesuatu kerja.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    36/92

    Contoh: Kita harus sanggup gulung lengan baju demi kemajuan kampung kita.

    Gulung tikar

    Menutup perniagaan kerana mengalami kerugian.

    Contoh: Syarikat perniagaan itu sudah gulung tikar kerana menanggung hutang yang banyak.

    Gunting dalam lipatan

    Sikap orang yang sanggup atau mengkhianati dan merosakkan sahabat atau ahli-ahli

    kumpulan atau negara sendiri.

    Contoh: Kamaruddin itu nampak sahaja kawan baik tetapi sebenarnya dialah gunting dalam

    lipatan.

    Habis akalSudah puas berfikir dan berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu.

    Contoh: Encik Shahrul sudah habis akal untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh

    keluarganya itu.

    Habis ikhtiar

    Sudah puas berusaha dan mencari jalan untuk mencapai sesuatu.

    Contoh: Encik Zahir sudah habis ikhtiar untuk berjaya dalam pemilihan ahli jawatankuasa

    persatuan itu.

    Habis modal

    Sudah ketandusan idea.

    Contoh: Masing-masing berdiam diri kerana sudah kehabisan modal.

    Halwa telinga

    Sesuatu yang sedap didengar.Contoh: "Kata-kata awak itu biarlah menjadi halwa telinga saya," kata Encik Hasim kepada

    isterinya.

    Hampa hati

    Berasa kecewa.

    Contoh: Betapa hampa hati Aziz apabila mengetahui ayahnya tidak mahu menolong

    langsaikan hutang keretanya lagi.

    Hancur hati

    Terlalu sedih dan kecewa.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    37/92

    Contoh: Hancur hati Mak Tipah apabila mengetahui anaknya terlibat dengan najis dadah.

    Hangat-hangat tahi ayam

    Buat kerja tidak bersungguh-sungguh.

    Contoh: Pak Him buat kerja hangat-hangat tahi ayam sahaja.

    Hangat hati

    Sangat marah.

    Contoh: Pak Badol hangat hati apabila melihat tanamannya habis dimakan lembu.

    Hangat kuku

    Suam-suam / tidak berapa panas.

    Contoh: Mak bidan memandikan bayi yang baru lahir itu dengan air hangat kuku.

    Hanyut fikiran

    Tidak waras lagi.

    Contoh: Dia sudah hanyut fikiran semenjak isterinya meninggal dunia.

    Hapus ke laut

    Perkara buruk tidak perlu ada dalam ingatan.

    Contoh: "Ibu janganlah mengukit-ungkit lagi perkara itu lagi kerana hal itu sudah lama sayahapus ke laut," kata Zamri.

    Harga diri

    Maruah / nama baik.

    Contoh: "Sebagai seorang pendidik, kamu hendaklah menjaga harga diri walaupun di mana

    kamu berada," kata Encik Kamal.

    Harga mati

    Harga tetap / tidak boleh dikurangkan lagi / tidak boleh ditawar lagi.

    Contoh: Senarai harga barang di pasar raya adalah harga mati.

    Harga pokok

    Harga asal iaitu mengikut harga modal.

    Contoh: Saya mengambil untung sedikit sahaja daripada harga pokok.

    Harga tetap

    Harga mati / harga tidak boleh dikurang lagi / harga tidak boleh ditawarkan lagi.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    38/92

    Contoh: Harga barang itu tidak boleh ditawar lagi kerana sudah harga tetap.

    Hari depan

    Masa akan datang.

    Contoh: Kamu hendaklah mencari pekerjaan yang tetap untuk menjamin hari depan kamu.

    Hari kiamat

    Hari akhir zaman.

    Contoh: Sampai hari kiamat pun kamu tidak berjaya, kalau kamu hanya berpeluk tubuh

    tanpa berusaha langsung.

    Hari muka

    Hari hadapan / masa akan datang.Contoh: Kita tidak dapat menduga apa akan terjadi pada hari muka kita nanti.

    Hasil tangan

    Hasil daripada usaha / ciptaan.

    Contoh: Lukisan dinding di sekolah itu adalah hasil tangan Guru Besar yang lalu.

    Hati ayamPenakut / pengecut.

    Contoh: Kalau hati ayam tidak usah masuk tentera, nanti terkencing apabila dengar bunyi

    peluru.

    Hati batu

    i. Degil dan sukar untuk mendengar nasihat. ii. Tidak ada belas kasihan.

    Contoh: i. Ali seorang budak hati batu kerana segala nasihat orang langsung tidak

    diterimanya. ii. Dia betul-betul berhati batu kerana sanggup melakukan perbuatan kejamkepada anaknya sendiri.

    Hati berbulu

    Marah dan bersikap berdengki.

    Contoh: Kalau sudah hati berbulu tentulah tidak senang hati kalau orang lain mendapat

    kejayaan.

    Hati berlian

    Sangat baik hatinya.

    Contoh: Pak Jais mempunyai hati berlian kerana dia memelihara beberapa orang anak yatim

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    39/92

    piatu.

    Hati budi

    Sifat / perangai.

    Contoh: Kamu berkawan dengannya sudah hampir dua tahun, sudah tentu kamu kenal hati

    budinya.

    Hati busuk

    Jahat dan dengki serta berniat serong.

    Contoh: Orang hati busuk sudah tentu tiada siapa yang mahu berkawan dengannya.

    Hati jernih

    Ikhlas / jujur dan baik hati.Contoh: Seorang pemimpin yang mempunyai hati jernih akan mendapat sanjungan daripada

    rakyat.

    Hati kecil

    Perasaan halus yang timbul kesan daripada sesuatu perkara atau tindakan.

    Contoh: Walaupun Mak Minah marah akan cucunya itu hati kecilnya tetap sayang akan

    cucunya.

    Hati muda

    Rasa lebih muda daripada usia sebenar.

    Contoh: Jangan terlalu mengikut hati muda, nanti kita menjadi papa kedana akhirnya.

    Hati perut

    Bertimbang rasa belas kasihan.

    Contoh: Dia memang tidak berhati perut kerana sanggup merampas wang di tangan budakkecil itu.

    Hati terbuka

    Sedia menerima sesuatu pandangan atau teguran atau cabaran dengan perasaan tenang.

    Contoh: Kamal menerima teguran daripada kawannya dengan hati terbuka.

    Hati tungau

    Pengecut.Contoh: Memang benarlah dia seorang berhati tungau kerana tunggul kayu disangkanya

    hantu.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    40/92

    Hati waja

    Keras hati atau berani serta kuat semangat.

    Contoh: Orang yang berhati waja sahajalah yang sanggup mendaki Gunung Tahan itu.

    Hentam kromoMembuat sesuatu dengan secara melulu tanpa berfikir terlebih dahulu.

    Contoh: Suatu kerja tidak akan berhasil kalau dilakukan secara hentam kromo sahaja.

    Hidung belang

    Lelaki yang suka mengusik perempuan .

    Contoh: Pemuda hidung belang itu tersipu-sipu malu apabila dimarahi oleh seorang

    perempuan.

    Hidung putih

    Lelaki yang suka mengusik perempuan.

    Contoh: "Kita harus berhati-hati jika berjumpa dengan lelaki hidung putih, nanti kita tidak

    boleh duduk diam dibuatnya," kata Jamilah.

    Hidung tinggi

    Sombong dan bermegah diri.Contoh: Pemuda hidung tinggi itu tidak pernah menegur kami.

    Hilang akal

    i. Tidak sedar akan diri / pengesan. ii. Gila.

    Contoh: i. Jamil hilang akal sebentar setelah jatuh dari tangga rumahnya. ii. Sekarang dia

    sudah hilang akal semenjak kematian kedua-dua orang tuanya .

    Hilang harapan

    Kecewa atau tidak mempunyai keyakinan diri lagi.

    Contoh: Jangan mudah hilang harapan kerana setiap masalah tentu dapat diatasi.

    Hilang ingatan

    Gila.

    Contoh: Dia sering bercakap seorang diri kerana sudah hilang ingatan.

    Hilang semangat

    Tersentak kerana terperanjat.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    41/92

    Contoh: Mak Piah hilang semangat setelah mendengar berita kemalangan itu.

    Hisap darah

    Mengambil keuntungan yang melampau .

    Contoh: Penjajah British menghisap darah rakyat Malaya dengan mengenakan cukai yang

    tinggi.

    Hitam manis

    Kulit seseorang yang berwarna hitam kemerah-merahan.

    Contoh: Gadis yang berkulit hitam manis itu ialah anak dara Haji Hassan.

    Hitam putih

    Perjanjian yang dibuat secara bertulis.Contoh: Perjanjian Pangkor adalah perjanjian hitam putih antara Sultan Perak dengan

    British.

    Hujung dunia

    Sangat jauh.

    Contoh: Akmal bercita-cita mahu mengembara sehingga ke hujung dunia.

    Hutang budi

    Kebaikan, jasa, pertolongan, dan pengorbanan yang diterima daripada seseorang atau

    sesuatu pihak.

    Contoh: Sesetegah budi orang kepada kita kadang-kadang menjadi hutang budi pula.

    Hutang darah

    Perasaan dendam untuk menuntut bela atas kematian seseorang akibat dibunuh.

    Contoh: "Sekarang aku datang untuk menuntut hutang darah," kata Hang Tuah kepada lanunitu.

    Hutang lapuk

    Hutang sudah lama tidak dibayar.

    Contoh: "Sekarang Ali Baba mahu berhutang lagi, sedangkan hutang lapuknya yang

    bertimbun belum dijelaskan," kata Kasim Baba kepada Mardianah.

    Hutang nyawa

    Nyawa seseorang diselamatkan oleh orang lain.

    Contoh: "Omar sangat terhutang nyawa kepada pemuda itu kerana dialah Omar terselamat

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    42/92

    daripada mati lemas," kata Siti kepada ayahnya.

    Hutang sekeliling pinggang

    Terlalu banyak hutang.

    Contoh: "Kerja tidak mahu, makan besar, mahu hidup mewah, sekarang hutang kamu sudah

    keliling pinggang," kata Haji Daing.

    Ibu angkat

    Wanita dijadikan ibu sendiri.

    Contoh: Puan Hasnah inilah yang menjadi ibu angkat saya semasa saya berada di Kelantan.

    Ibu kandung

    Ibu sendiri, ibu yang melahirkan anak sendiri.

    Contoh: "Inilah ibu kandung saya!" Encik Azmin memperkenalkan ibunya kepada kawan-kawannya.

    Ibu keladi

    i. Orang tua berkelakuan seperti orang muda. ii. Ibu yang beranak banyak

    Contoh: i. Perempuan tua itu digelarkan ibu keladi kerana dia masih gemar berpakaian

    seperti anak muda. ii. Walaupun Mak Gayah digelar ibu keladi tetapi dia bangga kerana

    dapat melahirkan anak banyak.

    Ibu pertiwi

    Negara sendiri; negara yang tempat tumpah darah.

    Contoh: Walaupun ke pelosok dunia dia pergi, namun hatinya tetap sayang dan ingat kepada

    ibu pertiwi yang tercinta.

    Ikal mayang

    Rambut yang berombak-ombak.Contoh: Rambut Tuan Puteri Saadong panjang hingga paras lutut, hitam berkilat, dan ikal

    mayang.

    Ikat janji

    Memeterai / membuat persetujuan.

    Contoh: Persatuan Mahasiswa ikat janji dengan Haji Leman untuk memajak tanah bagi

    melaksanakan projek pertanian kontang.

    Ikat perut

    Mengurangkan makan kerana susah.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    43/92

    Contoh: Pada musim tengkujuh, kebanyakan kaum nelayan terpaksa ikat perut kerana tidak

    boleh mencari rezeki.

    Ikut angin

    Mengikut pendapat orang ramai.

    Contoh: Kita mesti ikut angin orang ramai, kalau tidak tentu kita dianggap penentangmereka.

    Ikut hati

    Mengikut kehendak hati.

    Contoh: "Kalau ikut hati aku, budak itu aku humbankan ke dalam laut sana," kata Pak cik

    Samat dengan perasaan marah.

    Ikut jejak

    Meniru perbuatan / amalan orang yang terdahulu.

    Contoh: Afifi berazam ikut jejak abang dan kakaknya yang berjaya belajar sehingga ke

    peringkat universiti.

    Ikut telunjuk

    Akur akan perintah orang.

    Contoh: Dia itu selalu ikut telunjuk isterinya dan menyebabkan dia kehilangan kawan.

    Iri hati

    Dengki / cemburu.

    Contoh: Dia iri hati atas kejayaan yang dicapai oleh Ahmad dalam perniagaan.

    Isi dada

    i. Perasaan yang terkandung dalam hati. ii. Kepandaian atau ilmu yang dimiliki.Contoh: i. Kamu mesti luahkan isi dada kamu itu kepadanya supaya dia faham akan keadaan

    sebenar. ii. Kamu mestilah isi dada kamu dengan ilmu sebanyak yang mungkin untuk

    mengharungi hidup pada zaman ini.

    Isi hati

    Perasaan / fikiran.

    Contoh: Setelah Hilmi memberitahu isi hatinya kepada saya, barulah saya tahu mengapa dia

    sering termenung sejak akhir-akhir ini.

    Isi perut

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    44/92

    Perasaan / fikiran.

    Contoh: Kami tidak tahu isi perut Nazir kerana dia tidak mahu memberitahu perkara

    sebenar.

    Itik bertaji

    Pengecut tetapi bercakap besar.Contoh: Kamu ini bagai itik bertaji, cakap sahaja besar tetapi kalau nampak musuh kamu

    sudah masuk ke lubang cacing.

    Jadi abu

    Rosak/ musnah sama sekali.

    Contoh: Permuafakatan mereka sudah menjadi abu setelah berlakunya perselisihan

    pendapat.

    Jadi alat

    Berkerja demi kepentingan orang lain tetapi hasilnya tidak dikongsi bersama.

    Contoh: Encik Azahar jadi alat kepada tauke Ah Meng dalam perniagaan itu, sedangkan dia

    tidak mendapat apa-apa habuan.

    Jadi kaki

    Wakil pihak tertentu atau alat untuk mendapatkan sesuatu peluang.Contoh: Pemuda yang pergi ke rumah kamu tadi sebenarnya telah jadi kaki Haji Yusoff

    Tukang Emas pada masa dahulu.

    Jadi landasan

    Orang dijadikan alat demi kepentingan pihak tertentu.

    Contoh: Mogan dijadikan landasan oleh sebuah syarikat kenderaan untuk menarik balik

    kereta yang gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanannya.

    Jadi perkakas

    Bekerja demi kepentingan orang lain tetapi hasilnya tidak dikongsi bersama.

    Contoh: Dia ambil budak itu untuk dijadikan perkakas bagi membuat kerja-kerja dapur

    rumahnya, bukan dijadikan anak angkat sebagaimana yang dijanjikan.

    Jadi sebutan

    Selalu diperkatakan tentang kebaikan atau keburukan.

    Contoh: Sekarang dia sudah jadi sebutan orang, walaupun beberapa kali dia cuba melindungiperbuatan jahat itu.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    45/92

    Jadi umang-umang

    Bergaya dengan pakaian yang dipinjam.

    Contoh: Jenal sanggup jadi umang-umang semata-mata kerana ingin bergaya di atas pentas.

    Jaga diri

    Memelihara tingkah laku dan adab sopan.Contoh: "Semasa berada di kampung orang hendaklah jaga diri, kalau tidak kamu akan

    dibenci orang," nasihat ayahnya.

    Jaga hati

    Memelihara perasaan seseorang.

    Contoh: Jikalau kita mahu berkawan lama hendaklah kita jaga hati kawan kita.

    Jalan belakang

    Tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan atau saluran yang sah dalam sesuatu

    urusan.

    Contoh: Sesuatu perkara atau urusan yang menggunakan jalan belakang adalah dianggap

    sebgai perbuatan yang tidak bermoral.

    Jalan buntu

    Gagal mendapat persepakatan dalam sesuatu perbincangan.Contoh: Perundingan dalam mesyuarat itu menemui jalan buntu kerana tiada kata sepakat.

    Jalan dahulu

    Meninggal dunia.

    Contoh: "Saya ingat saya yang akan mati dahulu kerana luka parah, rupa-rupanya dia jalan

    dahulu, padahal kami sama-sama diserang hendap oleh pengganas," cerita Sarjan Hassan.

    Jalan keluar

    Penyelesaian untuk sesuatu masalah.

    Contoh: "Kita mesti mencari jalan keluar, jangan biarkan masalah ini berterusan sehingga

    boleh membawa kemusnahan pula," kata Cikgu Siva.

    Jalan mati

    i. Jalan yang tidak ada jalan keluar atau tidak boleh diteruskan. ii. Jalan yang tidak digunakan

    lagi.Contoh: i. Rumahnya betul-betul terletak di hujung jalan mati. ii. Semenjak lebuh raya

    dibuka untuk orang ramai, jalan dekat dengan rumah saya menjadi jalan mati kerana tidak

    ada orang menggunakannya lagi.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    46/92

    Jalan pintas

    Jalan terdekat.

    Contoh: Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu telah membuat jejambat untuk kemudahan

    menyeberang jalan tetapi ramai pengguna jalan raya masih menggunakan jalan pintas.

    Jalan tengah

    Tidak menyebelahi mana-mana pihak.

    Contoh: Dalam perkara itu, saya mengambil jalan tengah agar kedua-dua belah pihak

    berpuas hati.

    Jantung hati

    Kekasih atau orang yang sangat dikasihi.Contoh: Ah Ling menjadi jantung hati kedua-dua orang tuanya, lebih-lebih lagi kerana Ah

    Ling adalah anak tunggal mereka.

    Jatuh air muka

    Mendapat malu.

    Contoh: Jaga diri baik-baik semasa kamu berada di sana, jangan sampai jatuh air muka ibu di

    sini.

    Jatuh hati

    Cinta kepada seseorang.

    Contoh: Seng Hock jatuh hati kepada Mei Ling tetapi dia berasa malu hendak memberitahu

    Mei Ling.

    Jatuh sakit

    Tidak sihat / sering uzur / sakit.Contoh: Semenjak ibu jatuh sakit, saya tidak bekerja lagi di sana.

    Jauh hati

    Merajuk.

    Contoh: Tidak baik jauh hati dengan ibu kamu.

    Jejak-jejak baraBerkenaan barang yang bergantung / Hampir sampai ke tanah.

    Contoh: Kain langsir yang baru dibeli oleh Cikgu Minah nampaknya hanya jejak-jejak bara

    kerana kain tidak cukup panjang.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    47/92

    Jejak langkah

    Mencontohi perbuatan orang terdahulu.

    Contoh: Dalam adat-istiadat meminang, cubalah kita ikut jejak langkah orang-orang dahulu

    agar perundingan berjalan dengan lancar.

    Jinak-jinak lalat

    Pergaulan yang tidak begitu mesra.

    Contoh: Mereka masih lagi jinak-jinak lalat, maklumlah mereka baru sahaja berkenalan.

    Jinak-jinak merpati

    (Perempuan) nampak mesra tetapi sukar dipikat.

    Contoh: Anak gadis Pak Akub itu bagai jinak-jinak merpati.

    Jiwa besar

    Bercita-cita tinggi dan akan dilaksanakan cita-citanya.

    Contoh: Usaha pemimpin-pemimpin yang berjiwa besarlah, maka rakyat negara ini dapat

    menikmati kemerdekaan yang sejati.

    Jiwa hamba

    Tidak yakin kepada diri sendiri dan tidak bercita-cita tinggi.Contoh: Jangan sekali-kali kita berjiwa hamba kerana kita dapat bersama-sama memajukan

    negara.

    Jolok hati

    Menguji hati seseorang.

    Contoh: Mak Minah menjolok hati anak gadisnya kerana dia ingin tahu adakah anak gadisnya

    itu sudah mempunyai teman istimewa.

    Jolok Mata

    i. Sangat jelas kelihatan atau sangat nyata. ii. Memberi malu.

    Contoh: i. Gadis-gadis sekarang suka memakai pakaian yang menjolok mata. ii. "Sudahlah

    makan minum kamu itu aku yang tanggung, kini kamu pula menjolok mata aku pada

    masyarakat di sini," kata Mak Yam.

    Jual diriMenjadi pelacur.

    Contoh: Ramai wanita di negara jiran terpaksa menjual diri di negara ini kerana tekanan

    kemiskinan di negara mereka.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    48/92

    Jual mahal

    Tidak mudah menerima atau menyetujui sesuatu.

    Contoh: Dia sengaja bersikap jual mahal kerana dia tidak mahu membantu kita dalam

    masalah ini.

    Jual minyak

    Lelaki yang suka memikat perempuan.

    Contoh: Jangan mudah percaya pada janji lelaki kerana sesetengah lelaki pandai jual minyak.

    Jual murah

    Mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu.

    Contoh: Pak Hamid berasa menyesal kerana dia bersikap mudah jual murah semasa menjualtanah itu.

    Kacang hantu

    Seseorang yang jahat atau nakal.

    Contoh: "Kalau ada budak kacang hantu itu, aku tidak dapat duduk senang dibuatnya,"

    rungut Pak cik Noor.

    Kaki ampu

    Memuji dengan tidak ikhlas / puji dengan harapan mendapat pembalasan.

    Contoh: Encik Adnan seorang kaki ampu itulah sebabnya dia cepat naik pangkat.

    Kaki ayam

    Tidak beralas kaki.

    Contoh: Murid-murid sekolah sebelum merdeka pergi ke sekolah berkaki ayam.

    Kaki bangku

    Tidak tahu bermain bola.

    Contoh: Orang yang kaki bangku layak duduk di tepi padang bola sebagai penonton sahaja.

    Kaki bodek

    Memuji dengan tidak ikhlas / puji dengan harapan dapat balasan.

    Contoh: Orang kaki bodek sering ponteng kerja kerana dia pandai mengampu pegawaiatasan.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    49/92

    Kaki botol

    Orang yang gemar minum minuman keras / ketagih arak.

    Contoh: Kaki botol itu ditahan oleh polis kerana dia memandu motokar dalam keadaan

    mabuk.

    Kaki judiSuka berjudi

    Contoh: Setelah Pak Husin ditangkap oleh polis, barulah kami tahu dia rupa-rupanya kaki

    judi.

    Kaki langit

    Bahagian langit yang kelihatan seperti bercantum dengan bumi.

    Contoh: Pada waktu senja, keadaan di kaki langit sungguh indah panoramanya.

    Kaki lima

    Lantai di hadapan bangunan atau kedai di tepi jalan yang dijadikan tempat orang lalu-lalang.

    Contoh: Pihak berkuasa tempatan melarang penjaja-penjaja berniaga di kaki lima kerana

    menghalang laluan orang ramai.

    Kambing hitam

    Orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian.Contoh: Encik Muthu tidak sanggup menjadi kambing hitam dalam kes bangunan runtuh

    sebelum siap baru-baru ini.

    Kambing keramat

    Orang yang ditakuti dan bebas melakukan mengikut kehendak hatinya.

    Contoh: Semenjak menjadi pengurus besar dalam syarikat, dia dianggap sebagai kambing

    keramat kerana sering melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya.

    Karat hati

    Menyimpan niat yang tidak baik.

    Contoh: Walaupun dia nampak baik tetapi dia adalah karat hati.

    Kata dua

    Amaran terakhir yang mesti diikuti.

    Contoh: Orang-orang along memberi kata dua, sama ada bayar atau mati kepada

    peminjamnya.

    Kata hati

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    50/92

    Bisikan hati / perasaan yang timbul di dalam hati.

    Contoh: Kalau ikut kata hati saya, sekarang juga saya balik ke kampung halaman, tetapi apa

    boleh buat kerana masa belum mengizinkan lagi.

    Kata putus

    Keputusan sesuatu rundingan.Contoh: Mesyuarat itu telah mengambil kata putus bahawa pertubuhan tersebut mesti

    membuka akaun di mana-mana bank yang teguh.

    Kaya hati

    Pemurah / dermawan.

    Contoh: Kita berharap hartawan yang kaya akan mendermakan wang untuk mendirikan balai

    raya di daerah ini.

    Kecil hati

    Kecewa.

    Contoh: Atas kesilapan ibu kamu yang sedikit itu, tidak patut kamu berkecil hati.

    Kecut hati

    Penakut.

    Contoh: Kecut hati saya semasa terjumpa tapak harimau itu.

    Kecut perut

    Penakut.

    Contoh: Apabila mendengar anjing menyalak sayu pada tengah malam, saya rasa seram dan

    kecut perut.

    Kena tanganKena tempeleng.

    Contoh: Pemuda yang cuba meragut beg Cik Zainab itu terus melarikan diri setelah kena

    tangan oleh orang ramai.

    Kepala angin

    Berperangai luar biasa / tidak menentu.

    Contoh: Kami tidak begitu berani menegur Pak Hadi kerana dia kadang-kadang kepala angin.

    Kepala batu

    Bersikap degil.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    51/92

    Contoh: "Kamu semua kepala batu kerana tidak mendengar nasihat saya," kata Cikgu Juriah.

    Kepala dingin

    Tenang dan sabar.

    Contoh: Lim Ah Chai adalah jenis kepala kerana dingin apa jua masalah dia menghadapinya

    dengan tenang sahaja.

    Kepala udang

    Bodoh / dungu.

    Contoh: Walaupun dia berkepala udang, tetapi dengan kesungguhan dan tekun, akhirnya

    berjaya juga mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan.

    Kepiting batuKedekut / lokek.

    Contoh: Orang kaya itu terkenal dengan gelaran kepiting batu kerana dia tidak suka

    menderma untuk kebajikan.

    Keramat hidup

    Orang yang berperangai mulia, yakni jujur dan ikhlas.

    Contoh: Sungguhpun orang tua itu sudah lanjut usianya, namun dia dianggap keramat hidup

    kerana dia memiliki akhlak yang mulia.

    Kerang busuk

    Tersengih-sengih tidak menentu.

    Contoh: Dia tersengih-sengih macam kerang busuk kerana berasa malu setelah kakinya

    terpijak tahi lembu.

    Keras hatii. Cekal / gigih / tidak mudah putus asa. ii. Degil.

    Contoh: i. Robert berkeras hati mahu menyertai pertandingan mendaki gunung itu. ii. "Kamu

    jangan berkeras hati, nanti ayah kamu marah," nasihat Mak Eton kepada anaknya.

    Keras hidung

    Menurut sesuka hati.

    Contoh: Jamilah membuat kerja mengikut keras hidungnya tetapi akhirnya dia terpaksa

    minta abangnya membantu.

    Keras kepala

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    52/92

    Degil.

    Contoh: Mat Jusuh memang keras kepala kerana segala cakap bapanya langsung tidak

    dipedulikan.

    Keras lidah

    Susah hendak menyebut dengan baik.Contoh: Kalau sudah keras lidah baru hendak belajar bahasa Arab, tentu sebutannya tidak

    betul lagi.

    Keras mulut

    Tidak mahu dan tidak mudah kalah dalam pertengkaran.

    Contoh: Mereka berdua itu memang sama-sama keras mulut, masing-masing tidak mahu

    mengaku kesilapan mereka.

    Keras tulang

    Kuat bekerja

    Contoh: Mat Nor memang keras tulang sebab itulah pendapatannya lebih sedikit.

    Kera sumbang

    Berasa serba salah apabila berada dikhalayak orang ramai.

    Contoh: Johan kelihatan macam kera sumbang semasa berada di atas pentas itu.

    Kering darah

    Tersirap darah kerana terlalu terkejut.

    Contoh: "Kering darah saya dibuatnya seekor ular yang hidup dicampakkan kepada saya,"

    kata Jaliah.

    Kering hati

    Kejam / tiada belas kasihanContoh: Orang yang kering hati sahaja sanggup membunuh orang yang tidak berdosa.

    Kerja tangan

    Kraftangan / kerja-kerja seperti anyaman-menganyam, ukir-mengukir, sulam-menyulam dan

    sebagainya.

    Contoh: Tudung saji itu adalah kerja tangan pelajar tingkatan lima sekolah ini.

    Ketam batu

    Pelokek / kedekut.

    Contoh: Bukan Haji Bakri sahaja yang kedekut, Mak Yam pun jenis ketam batu juga.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    53/92

    Khabar angin

    Khabar yang tidak boleh dijadikan panduan / pegangan / dijadikan bukti.

    Contoh: Kamu jangan dengar khabar angin, nanti rosak rumah tangga kamu.

    Kucing bertanduk

    Perkara yang tidak mustahil berlaku.

    Contoh: Kalau menunggu sampai kucing bertanduk pun, masa yang sudah berlalu itu tidak

    akan berulang lagi.

    Kucing kurap

    Orang yang dipandang hina.

    Contoh: "Kalau tidak mempunyai harta dan pelajaran masyarakat akan memandang sepertikucing kurap terhadap kamu," kata ayahnya.

    Kuku besi

    Pemerintahan yang zalim / kejam.

    Contoh: Pemerintah berkuku besi sudah digulingkan oleh rakyat.

    Kurang adabTidak bersopan / tidak beradab.

    Contoh: Jagalah tutur kata kamu dan jangan kurang adab semasa bercakap dengan orang

    tua.

    Kurang ajar

    Tidak bersopan / tidak beradab

    Contoh: Anak yang kurang ajar tentulah akan memalukan muka kedua-dua orang tuanya.

    Kutu embun

    Merayau waktu malam dengan tanpa tujuan atau sebab-sebab yang munasabah.

    Contoh: Pada pukul dua pagi masih kelihatan kutu embun merayau di jalan.

    Kutu jalan

    Suka duduk di tepi jalan tanpa tujuan.

    Contoh: Ayah tidak mahu dengar lagi orang sebut kamu sebagai kutu jalan, Pak Mat marahkepada anaknya yang suka duduk di tepi jalan.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    54/92

    Lampu hijau

    Dapat isyarat kebenaran.

    Contoh: Encik Gang Guan Seng telah mendapat lampu hijau daripada ketua syarikatnya

    untuk membuka perniagaan baru.

    Lancang muluti. Gemar mengeluarkan kata-kata yang menyakiti orang. ii. Gemar membuka rahsia orang

    lain.

    Contoh: i. Rogayah lancang mulut sebab itulah orang tidak suka berkawan dengannya. ii.

    Orang yang lancang mulut menyebabkan ramai orang marah kepadanya.

    Langkah baik

    Permulaan yang baik.

    Contoh: Satu langkah yang baik mesti diambil semoga urusan kerja tidak tergendala.

    Langkah bendul

    Adik perempuan kahwin dahulu daripada kakaknya.

    Contoh: Adat orang Melayu, kalau adik mahu kahwin terlebih dahulu daripada kakak, bakal

    suami terpaksa membawa sedikit barang gantian sebagai bayaran langkah bendul.

    Langkah kananBernasib baik.

    Contoh: Nampaknya kamu ini langkah kanan malam ini kerana dapat hadiah istimewa.

    Langkah kiri

    Tidak nasib baik

    Contoh: Kamu memang langkah kiri apabila kamu tiba sahaja makanan itu habis dimakan

    orang.

    Langkah seribu

    Lari dengan tergesa-gesa kerana takut / pengecut / penakut.

    Contoh: Apabila Pak Mid melihat Encik Nodin datang, dia pun mula buka langkah seribu dan

    keluar ikut pintu belakang kedai.

    Langkah sumbang

    Tersilap langkah dalam persilatan atau tarian.

    Contoh: Penari itu mula langkah sumbang apabila muzik tidak dapat dengar dengan jelas.

    Langkah surut

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    55/92

    Berundur.

    Contoh: Dalam pertempuran itu pihak musuh mula buat langkah surut kerana tidak terdaya

    melawan lagi.

    Lapang dada

    i. Sabar. ii. Berasa senang hati.Contoh: i. Nasib baik saya boleh lapang dada lagi kalau tidak apa akan terjadi kepada budak

    nakal ini. ii. Sekarang saya sudah lapang dada kerana anak-anak sudah kahwin. Saya tidak

    ada tanggungjawab berat lagi.

    Lapang hati

    i. Sabar. ii. Berasa senang hati.

    Contoh: i. Haji Daing memang seorang yang lapang hati segala masalah dihadapi dengan

    tenang. ii. Sekarang Encik Lim sudah lapang hati kerana segala kerja-kerja diserah kepadaEncik Azahar untuk melaksanakannya.

    Lapang perut

    Selalu hendak makan.

    Contoh: "Semenjak dari tadi lagi kamu tidak berhenti-henti makan memang kamu lapang

    perut," kata Lua.

    Lapik perut

    Makan sedikit untuk menahan lapar atau sebelum mendapat makanan yang

    mengenyangkan.

    Contoh: Sebelum Encik Hafif pergi kerja dia mengambil sarapan pagi di kedai sebagai lapik

    perut.

    Lari-lari anak

    Berjalan dengan pantas seperti hendak berlari.Contoh: Mak Yah lari-lari anak sambil memegang kayu di tangan kerana hendak menghalau

    lembu yang masuk kebun sayurnya.

    Laut api

    Kebakaran besar.

    Contoh: Letupan loji minyak di Kurdis itu menyebabkan laut api yang dapat dilihat dari jarak

    yang jauh.

    Lebai malang

    Bernasib malang.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    56/92

    Contoh: Berehim menjadi lebai malang pergi tempat kenduri di hulu nasi belum masak lagi,

    pergi ke hilir jamuan sudah habis.

    Lemah hati

    Tidak tabah menghadap atau tidak tegas.

    Contoh: Encik Tan lemah hati apabila berhadapan dengan perempuan tua terus ia berundur.

    Lemah semangat

    Lekas putus asa / kecewa.

    Contoh: Dalam urusan perniagaan kita tidak boleh lemah semangat nanti kerugian yang

    besar, kata Encik Lim.

    Lembik tulangTidak cergas.

    Contoh: Kalau lembik tulang tidak boleh kerja di sini kerana pekerja-pekerja di sini semuanya

    cergas.

    Lena ayam

    Belum nyenyak lagi.

    Contoh: Raju masih lena ayam, walaupun sudah pukul dua pagi kerana memikirkan nasibnya

    masa hadapan.

    Lengah mata

    Tidak hati-hati.

    Contoh: Kemalangan mungkin dapat dikurangkan jika semua pemandu mengawal diri

    daripada lengah mata.

    Lepas anginSia-sia belaka.

    Contoh: Pergaduhan antara kedua-dua belah pihak itu tidak dapat diselesaikan, bagai

    melepas angin sahaja, kerana masing-masing tidak mahu bertolak ansur.

    Lepas ayam

    Boleh berbuat sesuka hati.

    Contoh: Pemuda nakal itu tidak berani bersikap lepas ayam lagi kerana polis sedang

    memerhati gerak-gerinya.

    Lepas cakap

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    57/92

    i. Terlanjur kata. ii. Suka mengata orang.

    Contoh: i. Saya minta maaf kerana lepas cakap tadi. ii. Kalau kita selalu lepas cakap, nanti

    orang akan marah kepada kita.

    Lepas diri

    i. Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal. ii. Tidak mahu bertanggungjawab.Contoh: i. Hasnah lepas diri daripada apa-apa kegiatan dalam itu kerana dia sangat sibuk. ii.

    Dia lepas diri daripada masalah itu kerana dia memang tidak bersalah.

    Lepas geram

    Lakukan sesuatu bagi menghilangkan rasa marah.

    Contoh: Encik Jone melepas geram dengan menghentakkan kepalanya ke dinding kerana

    terlalu marah.

    Lepas tangan

    Tidak mahu bertanggungjawab atas sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

    Contoh: Dia lepas tangan dengan mudah sahaja, sedangkan dia telah melakukan perkara

    tersebut.

    Lidah bercabang

    Cakap berdolak-dalih (Selalu berubah-ubah).

    Contoh: Encik Moge tidak dipercayai lagi oleh majikan kerana sikap lidah bercabang.

    Lidah biawak

    Cakap bohong / berdolak-dalih.

    Contoh: Disebabkan dia lidah biawak, semua kawannya tidak percaya lagi kepadanya.

    Lidah pendeta

    Kata-kata daripada orang yang bijaksana yang dalam maksudnya.Contoh: Kata-kata hikmat di dalam buku itu merupakan lidah pendeta yang sangat berguna

    untuk dijadikan teladan.

    Lintah darat

    Mengambil hasil / faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan.

    Contoh: Dia tidak ubah seperti lintah darat kerana setiap pinjaman diberi dikenakan faedah

    yang tinggi.

    Lipas kudung

    Pantas dan cekap membuat kerja.

  • 5/28/2018 PERIBAHASA

    58/92

    Contoh: Encik Amin sungguh pantas membuat kerja, bagaikan lipas kudung, kerana sekejap

    sahaja sudah siap kerjanya.

    Luar biasa

    Ganjil / tidak seperti kelaziman.

    Contoh: Budak cacat anggota berjaya memperoleh 5A dalam UPSR adalah kebolehan luarbiasa.

    Luar dugaan

    Tidak disangka-sangka.

    Contoh: Kejayaan sebuah sekolah di pedalaman itu mencatat keputusan UPSR dengan

    cemerlang memang di luar dugaan.

    Lupa daratan

    Berbuat sesuatu yang melampaui batas.

    Contoh: Semenjak dapat harta pusaka yang banyak, dia sudah lupa daratan dengan berjoli

    sesuka hati.

    Lurus hati

    Ikhlas.

    Contoh: Pak Mat memegang bendahari Syarikat Kayu Tanjung Mas sehingga ke akhir hayatkerana dia seorang lurus hati.

    Mabuk asmara

    Keadaan seperti orang gila / hilang akal kerana jatuh cinta.

    Contoh: Orang yang mabuk asmara hidupnya tidak tentu hala bagaikan orang gila.

    Mabuk cendawanKeadaan seperti orang gila / hilang akal.

    Contoh: Sejak bila pula kamu ini mabuk cendawan sehingga pakaian tidak terurus dan makan

    minum tidak terjamah?

    Mabuk darah

    i. Pening kepala kerana melihat darah. ii. Pengsan kerana banyak keluar darah. iii.

    Mengamuk setela