peribahasa

29
Peribahasa PERIBAHASA Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah: A. Membina ayat daripada peribahasa: Contoh: 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. 2. seperti katak di bawah tempurung Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung. 3. seperti paku dengan penukul Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. 4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Upload: nurul-dayana

Post on 01-Jul-2015

3.054 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa

Peribahasa

PERIBAHASA

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini

dinyatakan di bawah:

A. Membina ayat daripada peribahasa:

Contoh:

1. bagai menatang minyak yang penuh

Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang

minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurung

Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia

berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.

3. seperti paku dengan penukul

Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat

meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus

Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang

kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Page 2: Peribahasa

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:

Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.

1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang

sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya

itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah

membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima

hukuman yang setimpal.

i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)

ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)

iii. anak emas (anak kesayangan)

iv. air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari

hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan

pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak

ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying

akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua.

ii. sedangkan lidah lagi tergigit.

iii. bagai embun di hujung rumput.

Page 3: Peribahasa

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:

Contoh:

1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa

pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.

* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke

kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.

* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang

lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.

* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

Page 4: Peribahasa

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:

Contoh:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika

mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada

sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka

sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-

kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)

…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk

menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati

semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyi

ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur,

terlajak kata buruk padahnya.

iii. anak buah

Page 5: Peribahasa

Latihan 1:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa

tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga

2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit

3. burung terbang dipipiskan lada

4. menegakkan benang yang basah

5. bagaikan telur dihujung tanduk

6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

7. bagaikan tikus jatuh di kepuk

8. matinya semut kerana gula

9. air dicincang tidak akan putus

10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa

tersebut.

1. seperti mendukung biawak hidup

2. sudah jatuh ditimpa tangga

3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak

5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang

7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina

8. genggam bara api biar sampai menjadi arang

9. bagai mencurah air ke daun keladi

10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak

Page 6: Peribahasa

Latihan 3:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa

tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi

2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain

4. seperti pelanduk dua serupa

5. melentur buluh biarlah dari rebungnya

6. seperti ular kena palu

7. mati semut kerana gula

8. bagai mendapat durian runtuh

9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain

10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Page 7: Peribahasa

Latihan 4:

Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya

itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut

mempunyai maksud yang tertentu.

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang

bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki,

namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung

halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng

Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.

5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya

terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang

ramai.

6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah

itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah

diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam

peperiksaan itu dengan cemerlang.

8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil

bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur.

Page 8: Peribahasa

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan

menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu

supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh

Wong Du Hou.

Latihan 5:

Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki

komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat

digunakan sama sekali.

2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk

memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan

berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.

4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat

berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan

kakinya patah.

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak

menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.

6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya

semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.

Page 9: Peribahasa

7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki,

pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali

janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah

namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang

garang dan pandai bersilat itu.

Latihan 6:

Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai

dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan

Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa

memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa

pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut

menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi

kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut.

Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan

jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.

2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana

bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan

janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai

berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi

Page 10: Peribahasa

jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau

bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat

menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan.

Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat

disempurnakannya.

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya.

Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi

nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika

majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat

disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia

boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.

Latihan 7:

Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai

dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam

perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah

sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat

Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua

minggu ke Eropah.

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou

Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat

baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika

bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama

dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung

itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang

guru yang berdedikasi.

Page 11: Peribahasa

3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam

aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia

sentiasa asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua

pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun

seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka

pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai

kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita

tidak akan berjaya.

-----------------------------------------------------------------------------

JAWAPAN LATIHAN 4 HINGGA 7 SILA KLIK DI SINI !!!!!!!!!!!!!!!!

-----------------------------------------------------------------------------

Page 12: Peribahasa

LATIHAN TAMBAHAN PERIBAHASA

Beri maksud peribahasa di bawah:

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi

2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa

6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga

8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

9. bagai lebah menghimpun madu

10. cepat kaki, ringan tangan

11. genggam bara api biar sampai jadi arang

12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

13. malas bergarit perut perit

14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

15. seperti anai-anai makan kayu

16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang

17. bagai beliung dengan asahan

18. biduk berlalu kiambang bertaut

19. buang yang keruh ambil yang jernih

20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama

22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua

23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga

24. jauh bau bunga, dekat bau tahi

25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Page 13: Peribahasa

26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak

27. seperti pungguk rindukan bulan

28. ikut hati mati, ikut rasa binasa

29. nasi sudah menjadi bubur

30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

31. sudah terantuk baru tengadah

32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya

33. alah membeli menang memakai

34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah

35. biar titik jangan tumpah

36. cencaru makan petang

37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

38. cicir dipungut, hilang di cari

39. ukur baju di badan sendiri

40. sediakan paying sebelum hujan

41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

42. seperti air dalam kolam

43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

44. cacing hendak menjadi naga

45. membujur lalu melintang patah

46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat

47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah

48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni

49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut

50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya

53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek

Page 14: Peribahasa

54. seperti kerbau dicucuk hidung

55. seperti belut pulang ke lumpur

56. seperti gagak pulang ke benua

57. seperti ikan pulang ke lubuk

58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga

59. jangan bermain di air keruh

60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

61. diam ubi berisi, diam besi berkarat

62. bagaikan harimau sembunyikan kuku

63. jauhari juga yang mengenal manikam

64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

66. air yang dingin juga dapat memadamkan api

67. bagai menjaga intan dicanai

68. karam sambal oleh belacan

69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan

70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

71. bagai menatang minyak yang penuh

72. bagai ditatang di anak lidah

73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang

74. pandai menyelam air dangkal

75. timba air mandikan diri

76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang

77. bagai duduk dengan cupak dan gantang

78. seduit dibelah tujuh

79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak

80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak

81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati

82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya

Page 15: Peribahasa

83. bagai kaduk naik junjung

84. bagai laying-layang terputus talinya

85. alah bias tegal biasa

86. ditelan mati emak, diluah mati bapa

87. beras secupak tak akan jadi segantang

88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar

89. bagaikan hidup segan mati tak mahu

90. bagaikan itik pulang petang

Page 16: Peribahasa

Jawapan Latihan Peribahasa SPM 2

Jawapan Latihan 4:

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.Jawapan: Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir(janji yang ada sesuatu di sebaliknya)

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.Jawapan: Biduk berlalu kiambang bertaut (perselisihan faham akan kembali tenang/ baik semula)

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.Jawapan: Bagai itik pulang petang (tiada perubahan sebelum atau selepasnya)

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.Jawapan: Meriam buluh (kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut)

5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.Jawapan: Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup / bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun/ pelepah. (sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan tersebar juga)

6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.Jawapan: Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit / kerana nila setitik, rosak susu sebelanga (seorang ahli berbuat keburukan, nama baik kumpulannya akan tercemar)

7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.Jawapan: Belakang parang jika diasah lagikan tajam (Orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai)

8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Jawapan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (Jika tidak ada kemampuan janganlah melakukan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan)

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.Jawapan: Bagai ikan pulang ke lubuk/ bagaikan belut pulang ke lumpur(balik semula ke kampung halaman setelah lama tinggal di tempat orang)

10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou.Jawapan: Mencurah air ke daun keladi (membuat kerja yang sia-sia)------------------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 5:

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.Jawapan: Bagaikan tikus membaiki labu (menjadikan sesuatu lebih teruk rosaknya)

Page 17: Peribahasa

2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.Jawapan: batu loncatan (menggunakan seseorang untuk mencapai sesuatu maksud)

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.Jawapan: Bagai itik pulang petang (balik dalam keadaan berbaris-baris)

4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.Jawapan: ikut rasa binasa, ikut hati mati (melakukan perbuatan tanpa berfikir akan menyebabkan kesan yang buruk)

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.Jawapan: Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi (Orang bijak yang tidak suka menunjuk-nunjuk)

6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.Jawapan: seperti kaduk naik junjung (semakin berlagak setelah mendapat kenaikan pangkat)

7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.Jawapan: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (mengikut adat resam di mana kita berada)

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.Jawapan: Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.(manusia dipercayai jika menunaikan janjinya)

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.Jawapah: Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (berita kejayaan yang tidak seberapa tetapi menjadi riuh di seluruh tempat)

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai bersilat itu.Jawapan: Kecil-kecil cili padi (walaupun berbadan kecil tetapi amat berani)---------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 6:1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.Jawapan:-anak emas-bagai menatang minyak yang penuh-susu diberi, dibalas tuba

2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-

Page 18: Peribahasa

katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya.Jawapan:-ada udang di sebalik batu-tanam tebu di tepi bibir-(cikgu lupa!!!!!!!! bagi kemudian)

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.Jawapan:-curi tulang-bagai mencurah air ke daun keladi-bagai telur di hujung tanduk.---------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 7:

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.Jawpan:-langkah bendul-atas angin-bulan madu

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.Jawapan:-belut pulang ke lumpur/ ikan pulang ke lubuk-hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri-(cikgu lupa!!!!!!! bagi kemudian)

3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya.Jawapan:-seperti paku dengan penukul-belakang parang kalau diasah lagikan tajam-di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Page 19: Peribahasa

Jawapan Latihan Tambahan Peribahasa

JAWAPAN LATIHAN PERIBAHASA

Maksud peribahasa:

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi

Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya.

2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap sombong.

3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali.

4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya.

5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa

Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untu diri dan masyarakat dan jangan berbuat jahat.

6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga akhirnya.

7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga

Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga.

8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Jawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat hasil yang baik.

9. bagai lebah menghimpun madu

Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta.

10. cepat kaki, ringan tangan

Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.

11. genggam bara api biar sampai jadi arang

Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendapat hasil.

12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Jawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.

13. malas bergarit perut perit

Jawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan kita mendapat kesusahan.

14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

Jawapan: Orang yang malas tidak akan maju.

15. seperti anai-anai makan kayu

Jawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.

16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang

Jawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha yang rajin kerana rezeki tidak

datang dengan sendiri.

Page 20: Peribahasa

17. bagai beliung dengan asahan

Jawapan: Perhubungan sahabat yang sangat rapat.

18. biduk berlalu kiambang bertaut

Jawapan: Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya.

19. buang yang keruh ambil yang jernih

Jawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga

Jawapan: Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita akan merasakan kesusahan itu

juga. 

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama

Jawapan: Perhubungan yang sama taraf.

22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua

Jawapan: Jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut

merasai kesusahannya.

23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga

Jawapan: Jikalau ada jodoh, di mana-mana pun akan ditemukan juga.

24. jauh bau bunga, dekat bau tahi

Jawapan: Kaum keluarga yang tinggal berjauhan akan berasa rindu tetapi jika tinggal berdekatan akan

selalu berkelahi.

25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Jawapan: Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika melibatkan seorang sahaja.

26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak

Jawapan: Hubungan anak dengan bapa yang sangat baik dan saling bertolongan.

27. seperti pungguk rindukan bulan

Jawapan: Seseorang yang sentiasa mengingati dan merindui kekasihnya.

28. ikut hati mati, ikut rasa binasa

Jawapan: Orang yang mengikut kehendak nafsu akan musnah hidupnya.

29. nasi sudah menjadi bubur

Jawapan: Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi.

30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Jawapan: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak menyesal

kemudian hari.

31. sudah terantuk baru tengadah

Jawapan: Sudah ditimpa kemalangan barulah hendak beringat-ingat/ berhati-hati. 

32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Jawapan: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Page 21: Peribahasa

33. alah membeli menang memakai

Jawapan: Biarlah membeli barang yang berkualiti dan lebih mahal harganya asalkan barangan itu tahan

lama.

34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah

Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati.

35. biar titik jangan tumpah

Jawapan: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

36. cencaru makan petang

Jawapan: Mendapat keuntungan atau kemenangan pada saat-saat akhir.

37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Jawapan: Seseorang itu mestilah berhati-hati apabila bercakap atau memberi pendapat tentang sesuatu

perkara.

38. cicir dipungut, hilang di cari

Jawapan: Jangan membazirkan sesuatu makanan hanya kerana ingin berjimat.

39. ukur baju di badan sendiri

Jawapan: Berbelanja atau melakukan sesuatu perkara biarlah mengikut kemampuan diri kita sendiri.

40. sediakan payung sebelum hujan

Jawapan: Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku.

41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

Jawapan: Sekali kita tertipu, akan membuatkan kita lebih berhati-hati.

42. seperti air dalam kolam

Jawapan: Orang yang bersifat dan kelihatan tenang.

43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Jawapan: Berhati-hati apabila bercakan kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

44. cacing hendak menjadi naga

Jawapan: Orang biasa yang cuba bertindak seperti orang besar/ berpengaruh.

45. membujur lalu melintang patah

Jawapan: Seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran.

46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat

Jawapan: Mencapai kata sepakat.

47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah

Jawapan: Pengagihan yang adil dan sama banyak.

48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni

Jawapan: Perhubungan yang sama akrab sehingga susah dan senang sanggup dihadapi bersama.

49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut

Jawapan: Kita hendaklah patuh pada adat dan undang-undang di tempat kita berada.

50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Jawapan: Kita hendaklah patuh undang-undang dan peraturan di mana kita menetap.

Page 22: Peribahasa

51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

Jawapan: Semasa hidup kita mesti mengikut peraturan dan adat, tetapi setelah mati kita akan mengikut

hukum Tuhan.

52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya

Jawapan: Manusia akan dipercayai jika menepati segala janji.

53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek

Jawapan: Seseorang itu mestilah menyesuaikan diri dengan tempat di mana dia berada.

54. seperti kerbau dicucuk hidung

Jawapan: Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain.

55. seperti belut pulang ke lumpur

Jawapan: Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau.

56. seperti gagak pulang ke benua

Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

57. seperti ikan pulang ke lubuk

Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga

Jawapan: Sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya dia akan kembali ke tempat asalnya

semula.

59. jangan bermain di air keruh

Jawapan: Perbuatan yang negative janganlah ditiru.

60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

Jawapan: Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

61. diam ubi berisi, diam besi berkarat

Jawapan: Orang yang berilmu biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak berilmu selalunya

banyak bercakap.

62. bagaikan harimau sembunyikan kuku

Jawapan: Orang berilmu yang menyembunyikan kelebihan dirinya.

63. jauhari juga yang mengenal manikam

Jawapan: Orang yang bijaksana sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara.

64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

Jawapan: Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu perkara, lebih baik jangan melakukannya.

65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Jawapan: Orang yang sama taraf atau sepadan.

66. air yang dingin juga dapat memadamkan api

Jawapan: Kata-kata yang lemah lembut akan dapat meredakan kemarahan seseorang.

67. bagai menjaga intan dicanai

Jawapan: Kasih sayang yang amat tinggi.

Page 23: Peribahasa

68. karam sambal oleh belacan

Jawapan: Seseorang yang dikasihi tetapi merosakkan harta benda yang diberi kepadanya.

69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan

Jawapan: Kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya berkekalan selama-lamanya, tetapi kasih anak kepada

ibu bapa biasanya tidak tetap.

70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

Jawapan: Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan dan jangan terlalui dimanjai bagi mengelakkan

perkara buruk berlaku.

71. bagai menatang minyak yang penuh

Jawapan: Menjaga anak yang dikasihi dengan penuh kasih dan sayang

72. bagai ditatang di anak lidah

Jawapan: Orang yang terlalu kasih akan anak dan isterinya.

73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang

Jawapan: Orang yang pandai membawa diri, ke mana-mana pun mereka pergi pasti akan selamat.

74. pandai menyelam air dangkal

Jawapan: Orang yang pandai membawa diri

75. timba air mandikan diri

Jawapan: Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain.

76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang

Jawapan: Orang kaya dimuliakan manakala orang miskin diberi pertolongan.

77. bagai duduk dengan cupak dan gantang

Jawapan: Rakyat yang hidup di bawah kepimpinan yang adil.

78. seduit dibelah tujuh

Jawapan: Pembahagian yang sama rata.

79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak

Jawapan: Bijaksana dalam menyelesaikan masalah.

80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak

Jawapan: Melaksanakan hukuman secara tidak adil.

81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati

Jawapan: Orang yang berkuasa dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja.

82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya

Jawapan: Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing.

83. bagai kaduk naik junjung

Jawapan: Orang yang mengada-ngada.

84. bagai layang-layang terputus talinya

Jawapan: Hidup yang tiada berpedoman.

85. alah bisa tegal biasa

Jawapan: Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah.

Page 24: Peribahasa

86. ditelan mati emak, diluah mati bapa

Jawapan: Terlalu sukar membuat keputusan.

87. beras secupak tak akan jadi segantang

Jawapan: Kehidupan seseorang atau kemiskinan yang tidak mungkin dapat diubah.

88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar

Jawapan: akibat marah akan seseorang, semua orang dipersalahkan.

89. bagaikan hidup segan mati tak mahu:

Jawapan: Hidup dalam keadaan ala kadar/ sesuatu yang tidak sempurna

90. bagaikan itik pulang petang

Jawapan: Berjalan dalam keadaan berbaris-baris dalam satu kumpulan