peribahasa

13
PERIBAHASA PERIBAHASA

Upload: marina

Post on 21-May-2015

57.832 views

Category:

Education


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa

PERIBAHASAPERIBAHASA

Page 2: Peribahasa

PERIBAHASA

Ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai

susunan yang tetap dan mengandungi pengertian

yang tertentu

Ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai

susunan yang tetap dan mengandungi pengertian

yang tertentu

Page 3: Peribahasa
Page 4: Peribahasa

11

PerumpamaanPerumpamaan

PerumpamaanPerumpamaan

Merupakan jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Biasanya, maksud perumpamaan

berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya.

Biasanya, ia menggunakan kata-kata bandingan seperti bagai, laksana,

seperti, umpama, ibarat dan macam untuk mengiaskan sesuatu secara

perbandingan

Page 5: Peribahasa

Perumpamaan Maksud Contoh ayat

1. Bagai pinang dibelah dua

Pengantin yang sama padan

Pasangan pengantin itu bagai pinang dibelah dua kerana kedua-duanya sama cantik dan berpelajaran

2. Bagai menatang minyak yang penuh

Memelihara anak dengan penuh kemanjaan dan kasih sayang

Encik Rahmat dan isterinya menjaga anak mereka bagai menatang minyak yang penuh kerana itulah satu-satunya anak yang dimiliki mereka.

Page 6: Peribahasa

3. Seperti katak di bawah tempurung

Orang yang cetek pengetahuannya

Seman seperti katak di bawah tempurung kerana dia langsung tidak mengetahui perkembangan dunia

4. Seperti ular kena palu

Keadaan jalan, lorong atau sungai yang bengkang-bengkok

Keadaan jalan Kuala Pilah-Seremban yang seperti ular kena palu membahayakan pengguna jalan itu.

5. Bagai kacang lupakan kulit

Orang yang tidak tahu mengenang budi

Zamani terus menjaga ibu bapa angkatnya yang banyak berjasa kepadanya kerana dia tidak mahu dikatakan bagai kacang lupakan kulit.

Page 7: Peribahasa

S Simpulan Bahasa2

Simpulan Bahasa

Maksud Contoh ayat

1. Ada angin Berubah perangai kerana jiwa tergangu

Adik beradik Abang Rafi tidak berani menganggunya kerana abangnya ada angin.

2. Ada hati Ingin memiliki sesuatu

Walaupun gajinya rendah, Effa tetap ada hati untuk membeli rumah yang besar.

3. Berat mulut Orang yang pendiam

Amir memang berat mulut kerana sepatah ditanya, sepatah dijawab

4. Berat tangan

Bersifat malas Hidupnya agak susah ekoran perangainya yang berat tangan.

Page 8: Peribahasa

Bidalan

33

-Merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar.-Biasanya, ia merupakan ungkapan pendek yang melekat di mulut orang

-Merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar.-Biasanya, ia merupakan ungkapan pendek yang melekat di mulut orang

Page 9: Peribahasa

Bidalan Maksud Contoh ayat

1. Ada gula ada semut

Tempat yang menjadi tumpuan kerana ada sesuatu yang menarik

Ramai buruh asing datang ke negara kaya kerana ada gula ada semut.

2. Ada udang di sebalik batu

Melakukan sesuatu tetapi ada tujuan lain di sebaliknya

Tindakan Amir memberi hadiah kepada Mira ada udang di sebalik batu kerana dia ingin memikat gadis itu.

3. Rosak badan kerana mulut

Mendapat masalah akibat terlanjur kata

Sikap Mak Minah yang suka mengumpat tidak ubah seperti rosak badan kerana mulut kerana dia telah dilempang oleh orang yang diumpatnya.

Page 10: Peribahasa

Pepatah 4

-Ialah sejenis peribahasa yang berangkap

- biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak

disampaikan.

-Ialah sejenis peribahasa yang berangkap

- biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak

disampaikan.

Page 11: Peribahasa

Pepatah Maksud Contoh ayat

1. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Kita hendaklah mematuhi adat dan istiadat di mana-mana kita berada

Robert menjalani hidup mengikut adat resam penduduk setempat kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

2. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya

Perangai Ahmad saling tidak tumpah seperti ayahnya kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

3. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

Tidak mendengar nasihat

Kini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana nasihat ibunya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Page 12: Peribahasa

Kata-kata Hikmat5

Page 13: Peribahasa

Kata-kata hikmat

Maksud Contoh ayat

1. Masa itu emas

Masa sangat berharga Kita tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas.

2. Ilmu itu pelita hidup

Ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang

Kita tidak harus jemu menuntut ilmu kerana ilmu itu pelita hidup.

3. Bahasa jiwa bangsa

Bahasa ialah semanagt sesuatu bangsa

Penduduk negara ini sangat megah menggunakan bahasa kebangsaan mereka kerana bahasa jiwa bangsa.

4. Muafakat itu berkat

Sifat bekerjasama membawa manfaat kepada semua pihak

Seluruh penduduk kawasan itu sentiasa bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerana muafakat itu berkat.