pergerakan dan ritma(soalan)

Upload: cik-gee

Post on 30-Oct-2015

376 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

UPSI

TRANSCRIPT

  • 1. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ketika membuat pergerakan dalam pergerakan gimrama

    ialah

    I Menyimpan alatan dengan selamat

    II Memanaskan badan ,sendi dan otot-otot

    III Menghasilkan rangkaian pergerakan yang lancar dan berterusan

    IV Mempelbagaikan cara penggunaan alatan dengan pergerakan tubuh badan

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    2. Undang-undang dan peraturan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah di

    tetapkan dalam buku undang-undang Code of points . Buku ini disediakan oleh

    A FIG

    B MGF

    C MSSK

    D MSSM

    3. Peralatan yang digunakan dalam gimrama ialah

    I tali

    II reben

    III gelung

    IV lombol

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C I , III dan IV

    D II , III dan IV

    4.

    Bersedia dengan melutut sebelah kaki. Sebelah kaki lagi lurus ke Sisi Rebahkan badan ke sisi Gulingkan badan dengan kaki lurus Teruskan gulingan dan sedia untuk mendarat Mendarat dengan melutut kedua-dua belah kaki

    Apakah nama teknik kemahiran mengikut pernyataan diatas

    A Teknik guling sisi

    B Teknik guling bahu

    C Teknik guling depan

    D Teknik guling belakang

  • 5. Apakah maksud kesedaran ritma ?

    A Corak pergerakan alatan

    B Corak kemahiran manipulasi alatan

    C Corak rangkaian pergerakan yang lancar

    D Corak pergerakan badan yang mengikut rentak ritma

    6. Rentak ritma boleh dihasilkan dengan cara

    I bersiul

    II melambaikan tangan

    III menepuk tangan ke paha

    IV menghentakkan kaki ke lantai

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C I , III dan IV

    D II , III dan IV

    7. Apakah maksud kesedaran kumpulan dalam pergerakan kreatif ?

    A Menunjukkan ahli kumpulan yang ramai

    B Menunjukkan ahli kumpulan bekerjasama

    C Menunjukkan ahli kumpulan mempunyai peranan tersendiri

    D Menekankan kerjasama kumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan

    mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama

    8.

    Aspek pengaturan masa Aspek ruang Aspek beban Aspek aliran

    Apakah tema berkaitan pernyataan diatas ?

    A Formasi sebentuk

    B Kesatuan kumpulan

    C Kesedaran kumpulan

    D Formasi tidak sebentuk

    9. Bagi melahirkan kualiti ekspresif dalam pergerakan, mood juga berperanan penting dalam

    menentukan hasil pergerakan berdasarkan daya kreatif sesebuah kumpulan. Aspek yang perlu diberi

    perhatian dalam kualiti ekspresif ialah

    I Gabungan kemahiran

    II Perbezaan dalam pergerakan

    III Perkaitan antara pergerakan

    IV Idea atau perasaan yang akan disampaikan

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C I , III dan IV

    D II , III dan IV

    10. Apakah peranan yang dimainkan oleh ketua dalam pendidikan kreatif ?

    A Pemimpin dalam sesebuah kumpulan

    B Penyelesaian masalah dalam kumpulan

  • C Ahli kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua

    D Ahli kumpulan akan bergerak mengikut peranan masing-masing

    11. Apakah contoh pergerakan yang di hasilkan dalam tema kesedaran kumpulan

    aspek pengaturan masa dalam pergerakan kreatif ?

    A Melakukan formasi piramid manusia

    B Melakukan lompat bintang secara serentak

    C Melakukan pergerakan terus menerus atau terhenti-henti

    D Melakukan pergerakan dengan penggunaan kawasan disemua arah

    12. Sebelum memulakan aktiviti pergerakan kreatif , kita perlu melakukan aktiviti

    A mengikut giliran

    B memanaskan badan

    C menyejukkan badan

    D membersihkan badan

    13. Apakah maksud pergerakan lokomotor dalam pergerakan kreatif ?

    A Pergerakan tubuh badan secara terus

    B Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain

    C Pergerakan setempat yang melibatkan keseluruhan tubuh badan

    D Pergerakan yang dilakukan dengan menggunakan bahagian kaki untuk

    bergerak

    14. Aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan dalam pergerakan kreatif ialah

    I Berdisplin sepanjang latihan

    II Memastikan kuku jari tangan pendek

    III Memakai eksesori seperti jam tangan , cincin atau rantai

    IV Memastikan kawasan serta alatan hendaklah digunakan dalam keadaan

    selamat dan bebas daripada halangan

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C I , III dan IV

    D II , III dan IV

    15 Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik ialah

    I Kebolehan merangkaikan imbangan , ketangkasan dan melombol dalam satu

    pergerakan

    II Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan

    pergerakan

    III Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestik dan estatik

    IV Meningkatkan keyakinan diri dalam melakukan suatu pergerakan yang

    senang

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C II , III dan IV

    D I ,II , III dan IV

    16 Pola pergerakan yang terdapat dalam gimnastik artistik ialah

  • I Hamburan

    II Waltz

    III Cabriole

    IV Putaran

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    17 Ahmad telah mendarat dari peti lombol dengan sebelah kaki, ramalkan apa yang akan berlaku dari situasi ini ?

    A Mendarat dengan sempurna

    B Menghilangkan imbangan dan jatuh

    C Mendatangkan kecederaan kepada otot kaki

    D Mendatangkan kecederaan kepada otot tangan

    18 Komponen-komponen kecergasan yang perlu ada dalam gimnastik artistik ialah

    A Imbangan , kepantasan dan kekuatan

    B Imbangan , ketangkasan dan fleksibeliti

    C Imbangan , daya tahan otot dan kuasa

    D Imbangan , ketangkasan dan daya tahan otot

    19 Semasa melakukan lakuan lonjakan, lompatan dan mendarat dalam aktiviti lombol lalu, otot-otot utama yang terlibat ialah

    A Gastronemius dan triceps

    B Piceps, triceps dan deltoid

    D Stenorcleidomastoid, triceps dan deltoid

    A Gastrocnemius, quadriceps,deltoid dan triceps

    20 Apakah saranan semasa melakukan hambur tangan dalam gimnastik artistik?

    A Mulakan kemahiran dengan aras tinggi

    B Memakai pakaian yang longgar

    C Mata mesti memandang ke hadapan

    D Melakukan aktiviti tanpa bantuan pembantu

    21 Berikut merupakan teknik lakuan lombol kangkang Susunkan

    mengikut urutan teknik yang betul

    I Mata pandang ke hadapan

    II Letakkan tangan pada tempat yang telah difokuskan ia atas peti lombol

    III Kangkang seluas yang boleh ,lutut diluruskan dan pergerlangan kaki

    difleksibelkan

    IV Lari dengan hujung kaki kearah peti lombol dalam kelajuan terkawal. Lonjak

    dengan kedua-dua belah kaki dengan tangan diluruskan kearah peti lombol.

    A IV, I , III dan II

    B IV,II.III dan I

    C III,IV,II dan I

  • D III,II IV dan I

    22. Duduk cangkung, gerakkan badan ke hadapan dengan ke dua-dua belah kaki dirapatkan. Sebaik sahaja tangan mencecah tilam, letakkan dahi di hadapan

    tangan. Gerakkan kedua-dua belah kaki lurus dalam lakuan dirian kepada

    bersudut. Gerakkan pinggul terus ke belakang melepasi kepala dan ayunkan

    kedua-dua belah kaki dengan pantas ke belakang untuk lentikkan badan. Kedua-

    dua tangan membantu menolak badan ke atas dan mendarat dengan kedudukan

    berdiri. Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas. Apakah nama teknik lakuan seperti kenyataan diatas ?

    A Lombol tegak lalu

    B Lombol kangkang

    C Hambur kepala

    D Hambur tangan

    23. Mengapakah sukan gimrama di katakana sukan yang istimewa dan menarik?

    A Kerana mempunyai kemahiran khusus

    B Kerana pergerakannya berkoordinasi dan estetik

    C Kerana boleh disertai secara individu dan berkumpulan

    D Kerana ianya terdiri daripada kombinasi tarian,pergerakan gimnastik dan

    penggunaan alatan yang dilakukan dengan ritma.

    24. Peralatan digunakan sambil melakukan pergerakan asas . Pilih pergerakan asas

    yang terdapat dalam gimrama

    I lompatan

    II lenturan

    III lombol

    IV hamburan

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    25 Pada tahun 1985 kejohanan gimrama peringkat kebangsaan yang pertama di adakan di Malaysia. Seterusnya pasukan gimrama negara menyertai satu pertandingan yang muncul sebagai johan.

    Semenjak itu gimrama diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah dan

    menengah.

    Apakah nama kejohanan tersebut ?

    A Sukan SEA di Kuala Lumpur

    B Sukan Komenwel di Kuala Lumpur

    C Sukan Olimpik di Kuala Lumpur

    D Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

    26. Lentikan merupakan aspek penting dalam sukan gimrama , cadangkan cara yang

    berkesan bagi peserta gimrama menguasai teknik ini

    A Melakukan latihan sendiri

  • B Melihat pita video pertandingan gimrama

    C Meminta nasihat daripada jurulatih atau guru

    D Mempraktikkan kemahiran dan teknik dengan betul ketika latihan

    27

    Berdiri tegak dengan kaki rapat. Pegang bola dengan sebelah kaki

    Langkah ke hadapan dengan kaki kanan. Bengkokkan kaki kanan dan lonjak dengan kaki yang sama sambil melantun

    bola ke lantai

    Hayun kaki ke hadapan seperti mengayuh basikal di udara Mendarat dengan kaki kiri dan sambut bola dengan sebelah

    tangan

    Namakan jenis pergerakan berdasarkan pernyataan diatas

    A Lompar rusa

    B Lompat gunting

    C Lompat Cabriole

    D Lompat kucing

    28. Pergerakan dalam gimrama boleh dilakukan secara

    I bersaorangan

    II berdua

    III bertiga

    IV berkumpulan

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    29. Gimnastik pendidikan saling berkait rapat dengan kerana kedua-duanya melibatkan anggota badan untuk bergerak secara berterusan.

    A Gimnastik Irama

    B Gimnastik Artistik

    C Pendidikan Kreatif

    D Rekreasi

    30. Kita bebas melakukan pergerakan secara sentuhan berselang seperti berlari, berjalan , pergerakan sentuhan seperti mengengsot badan, dan tanpa sentuhan seperti melompat.

    Apakah nama pergerakan seperti pernyataan di atas ?

    A Pergerakan aliran bebas

    B Pergerakan aliran terikat

    C Pergerakan aliran berstesen

    D Pergerakan aliran bebas dan aliran terikat

    31. Dalam pergerakan kreatif banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar

  • boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, antara nilai-nilai nya ialah

    I bekerjasama

    II berhemah tinggi

    III keseronokan dan kepuasan

    IV kebebasan mencurahkan perasaan,idea dan emosi

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C I , III dan IV

    D II , III dan IV

    32. Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan kreatif ?

    A Pergerakan yang dilakukan secara simbolik melalui pergerakan yang di

    lakukan

    B Pergerakan yang dilakukan di atas lantai dengan iringan muzik

    C Pergerakan asas yang melibatkan bentuk tubuh badan , ruang , ritma dan masa

    aliran

    D Pergerakan yang melibatkan akitivti pendaratan , imbangan dan ketangkasan

    33. Terdapat unsur-unsur dalam pergerakan kreatif untuk memudahkan komunikasi , antaranya ialah

    I Tubuh badan

    II Ruang

    III Masa

    IV Ritma

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C I , III dan IV

    D II , III dan IV

    34 Apakah pergerakan yang menunjukkan contoh pergerakan kreatif yang memberi

    tema pergerakan dimensi ruang ?

    A Menggambarkan kucing berjalan

    B Mnggambarkan suasana dalam pasar

    C Menggambarkan seorang peninju menumbuk

    D Menggambarkan formasi bulatan, bergerak secara bermpat dengan rangkaian

    pergerakan enam dimensi .

    35. Pergerakan berguling dan berpusing dalam gimnastik artistik tergolong dalam kemahiran pola pergerakan

    A Pendaratan

    B Hemburan

    C Statik gerak edar

    D Ayunan dan putaran

    36. Ritma dan turutan putar roda dalam gimnastik artistik ialah

  • I Kaki-kaki

    II Kaki-tangan

    III Tangan-tangan

    IV Kaki-kaki

    A I dan II

    B I , II dan III

    C I , III dan IV

    D I , II , III dan IV

    37. Teknik pada kemahiran putaran roda ialah

    I Berdiri tegak tangan lurus

    II Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan bahu

    ke sisi arah pergerakan.

    III Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan diangkat

    lurus diikuti kaki mendahului, sehingga ke kedudukan dirian tangan.

    Kangkangkan kaki.

    IV Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam

    kedudukan lunge.

    A I dan II

    B I , II dan III

    C I , III dan I

    D I , II , III dan IV

    38. Postur, form kemahiran dan penjajaran adalah penilaian dalam

    A Gimnastik Pendidikan

    B Gimnastik Irama

    C Gimnastik Artistik

    D Pendidikan Kreatif

    39. Gimnastik artistik dipersembahkan dalam bentuk rangkaian pergerakan.

    Rangkaian pergerakan ini seharusnya merangkumi

    A Satu pola pergerakan

    B Dua pola pergerakan yang sama

    C Tiga pola pergerakan yang sama

    D Beberapa pola pergerakan yang berlainan

    40. Antara ciri-ciri pergerakan gimrama yang baik ialah

    I Jari kaki dilunjurkan

    II Dagu didongakkan sedikit

    III Tangan bebas terkawal

    IV Kaki di kuak keluar

    A I dan II

    B I, II dan III

    C II , III dan IV

    D I, II, III dan IV

  • 41. Waltz ialah langkah gerak edar dalam

    A Gimnastik pendidikan

    B Gimnastik irama

    C Gimnastik artistik

    D Pergerakan kreatif

    42. Apakah kebaikan yang di perolehi daripada aktiviti gimrama dalam aspek efektif?

    A Peningkatan daya tumpuan

    B Pembentukan postur yang baik

    C Penghargaan kepada pergerakan yang estetik

    D Peningkatan kecergasan fizikal dan kemahiran motor

    43. Pakaian dan alatan yang digunakan dalam pertandingan gimrama perlu mengikut Code Of Points yang ditetapkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa atau FIG. Berapakah tempoh

    persembahan untuk peserta individu?

    A 60 hingga 70 saat

    B 60 hingga 80 saat

    C 60 hingga 90 saat

    D 60 hingga 100 saat

    44. Langkah gerak edar ini adalah langkah tarian yang asas dan sekata dengan penekanan pada pergerakan keempat dan boleh dilakukan pada semua arah. Langkah ini terdiri daripada tiga

    langkah berjalan diikuti dengan satu langkah ketingting atau lompatan . Apakah nama gerak edar diatas ?

    A Langkah Waltz

    B Langkah Schottische

    C Langkah Silang

    D Langkah Skip

    45. Pergerakan yang dilakukan biasanya berkaitan dengan disituasi kehidupan seharian. Kita bebas melakukan sebarang pergerakan mengikut kreativiti dan

    kemampuan sendiri Apakah pergerakan yang ada kaitan dengan pernyataan diatas.

    A Gimnastik irama

    B Gimnastik artistik

    C Pergerakan kreatif

    D Gimnastik Pendidikan

    46. Pergerakan Staccato ?

    A Pergerakan ini dilakukan dalam tempoh yang panjang.

    Pembebasan tenaga adalah tetap dan berterusan

    B Pergerakan ini bergegar atau mengigil. Kualiti pergerakan ini menjadi lebih

    jelas dengan membayangkan kita adalah sebuah jam loceng yang sedang

    berbunyi.

    C Pergerakan ini membabitkan pembebasan tenaga yang banyak dalam tempoh

    masa yang pendek. Pergerakan ini adalah cepat, tajam, bertenaga dan agak

    berat.

    D Pergerakan ini terputus-putus, tajam,cepat dan ringan yang melibatkan

  • penggunaan tenaga yang banyak dalam tempoh yang singkat.

    47. Apakah kebaikan yang di perolehi daripada aktiviti gimnastik pendidikan

    dalam aspek fizikal?

    A Peningkatan daya tumpuan

    B Pembentukan postur yang baik

    C Penghargaan kepada pergerakan yang estetik

    D Peningkatan kecergasan fizikal dan kemahiran motor

    48. Aspek keselamatan yang perlu di patuhi semasa menjalani latihan gimnastik

    pendidikan di sekolah . Antara berikut yang manakah patut dipatuhi sebelum

    melakukan aktiviti ?

    A Memakai pakaian yang sesuai

    B Melakukan aktiviti menyejukkan badan

    C Melakukan akitviti memanaskan badan

    D Meneroka pelbagai pergerakan yang sesuai dengan arahan

    49. Faedah yang di perolehi daripada pendidikan kreatif adalah

    A Penyelisaian masalah pergerakan dengan cara berkumpulan

    B Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang negatif

    C Perkembangan kemahiran pembelajaran fizikal

    D Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan

    kekuatan

    50. Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu di ambil kira dalam melakukan aktiviti pergerakan kreatif iaitu

    I Melakukan akitviti mengikut kemampuan

    II Memastikan tempat aktiviti bebas daripada bahaya

    III Mematuhi arahan dan panduan guru

    IV Memakai pakaian dan kasut yang sesuai

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C II , III dan IV

    D I ,II , III dan IV

    51. Apakah tema-tema yang terdapat dalam pergerakan kreatif

    I Kesedaran beban

    II Transisi lapan daya asas

    III Kesedaran bentuk-bentuk pergerakan

    IV Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C I , III dan IV

    D II , III dan IV

    52. Transisi dari lakuan daya asas ke lakuan yang lain boleh membawa perubahan kepada

  • A Cepat

    B Kawal-lambat

    C Serta-merta

    D Terputus-putus

    53. Tema transisi lapan daya asas menerangkan tentang perubahan daripada satu lakuan daya asas kepada yang lain. Perubahan ini di kawal oleh 3 aspek iaitu

    A Lemah, ketat, longgar

    B Lemah, ringan, bertenaga

    C Masa , aras , ringan

    D Masa , beban, ruang

    54. Koreografi satu siri pergerakan yang menggabungkan corak lurus,melengkung, zig zag dan bulat. Kamu boleh menggunakan bahagian

    tubuh yang berlainan untuk membentuk corak di lantai dan awangan.

    Bagi menunjukkan mood dan perasaan yang berkaitan, dan menjadi lebih

    bermakna kita boleh

    I Alat-alat genderang, atau rentak ritma

    II Sorakan atau melagukan rentak pergerakan

    III Langkah gerak edar Schottishe

    IV Pola pergerakan pendaratan

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    55. Susun mengikut urutan perlakuan aktiviti jalan tangan I Menapak untuk bergerak ke hadapan

    II Berada dalam keadaan sokong hadapan

    III Angkat kaki satu persatu ke posisi dirian tangan

    IV Stabilkan kedudukan dengan meluruskan kaki dan tangan

    A I , II , III , IV

    B I , III , II , IV

    C I ,II , IV , III

    D III , I , II , IV

    56. Pola gerak edar merupakan pola ketiga dalam gimnastik artistik yang memberi tumpuan kepada kualiti pergerakan yang dilakukan semasa bergerak. Antara yang berikut yang manakah

    merupakan contoh pergerakan yang terdapat pola tersebut?

    A Merangkak

    B Meringkuk

    C Melunjur

    D Menggelongsor

    57. Aspek keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menjalani latihan gimnastik artistik di sekolah . Antara berikut yang manakah patut dipatuhi sebelum melakukan aktiviti ?

    A Menyimpan peralatan di tempat yang selamat

    B Melakukan ansur maju sebelum melakukan sesuatu aktiviti

    C Memastikan alat yang digunakan seperti bangku panjang , peti lombol dan

    lain-lain hendaklah selamat dan tidak membahayakan

  • D Membina keyakinan diri sebelum melakukan sebarang aktiviti

    58. Berjalan , berlari, skip , gelongsor dan kaki bersilang adalah terdapat dalam pola A Pola statik

    B Pola ayunan

    C Pola gerak edar

    D Pola pendaratan

    59. Duduk di atas lantai dengan kedua-dua belah kaki lurus ke hadapan sambil kedua-dua belah tangan menapak di sisi. Angkat badan ke atas dengan menggunakan kekuatan otot. Bengkokkan

    lutut semasa badan tinggi dari lantai. Kedua-dua belah tangan dan kaki menyokong badan Apakah nama gerak edar di atas ?

    A Jalan tangan

    B Jalan ketam di atas lantai

    C Jalinan pergerakan ke hadapan dan ke belakang

    D Jalan dua langkah di atas bangku panjang, lompat dan cangkung

    60. Pergerakan berkoordinasi dan estatik diiringi muzik sambil menggunakan peralatan seperti reben, tali, gelung rotan atau bola adalah pergerakan dalam

    A Gimnastik artistik

    B Gimrastik Pendidikan

    C Gimnastik irama

    D Gimnastik kreatif

    61. Komponen kecergasan fizikal yang diikatkan dengan akitviti gimrama ialah A Kelenturan

    B Kesihatan badan

    C Komposisi badan

    D Kardiovaskular

    62 Susun mengikut urutan perlakuan aktiviti lentik kucing

    I Berada dalam kedudukan merangkak

    II Kedudukan tangan lurus dengan jarak yang selesa

    ringkukkan badan sehingga dagu mencecah dada

    III Perlahan-lahan menukar bentuk daripada bulat ke meleding

    kepala didongakkan ke atas mengikut lentikan badan

    IV Kembali ke kedudukan asal

    A I , II , III , IV

    B I , III , II , IV

    C I ,II , IV , III

    D III , I , II , IV

    63 Aspek keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menjalani latihan gimrama di

    sekolah . Antara berikut yang manakah patut dipatuhi semasa melakukan

    aktiviti ?

    A Memakai pakaian yang sesuai

    B Melakukan aktiviti menyejukkan badan

    C Elak dari kawasan yang tidak selamat

    D Elak melakukan hiperektensi semasa akiviti kelenturan

    64. Pilih yang manakah akitviti yang di lakukan dalam pergerakan gimrama? A Peti lombol

  • B Jalan ketam diatas lantai

    C Meringkuk dan melunjur

    D Jalan dua langkah di atas bangku panjang, lompat dan cangkung

    65.Pergerakan boleh dilakukan dengan pebagai kelajuan seperti cepat,lambat, kawal-lambat dan serta-

    merta. Apakah nama tema ini ?

    A Kesedaran masa

    B Kesedaran aras

    C Kesedaran ruang

    D Kesedaran tubuh badan

    66. Pergerakan menolak awan atau menolak dinding ialah contoh pergerakan secara A cepat

    B lambat

    C serta-merta

    D kawal-lambat

    67. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain seperti tangan dan kaki. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah

    A roda kereta

    B lompat layang

    C hula-hoop

    D ekstensi badan

    68. Aspek keselamatan yang perlu di patuhi semasa menjalani latihan gimnastik pendidikan di sekolah . Antara berikut yang manakah patut dipatuhi selepas

    melakukan aktiviti ?

    A Memakai pakaian yang sesuai

    B Melakukan aktiviti menyejukkan badan

    C Melakukan akitviti memanaskan badan

    D Meneroka pelbagai pergerakan yang sesuai dengan arahan

    69. Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan . Aktiviti yang boleh dilakukan ialah

    A Jalan ketam

    B Roda kereta

    C Merangkak

    D Jalan ulat bulu diatas bangku gimnastik, melompat dan mendarat

    70. Sebelum memulakan aktiviti pergerakan kreatif kita perlu melakukan aktiviti A Membersihkan badan

    B Memanaskan badan

    C Mengikut giliran

    D Menyejukkan badan

    71 Tema penyesuaian terhadap rakan mengaitkan komunikasi atau perhubungan dengan

    rakan melalui

    A perbualan

    B persentuhan

    C penggunaan

    D pergerakan

    72. Pergerakan Kreatif menggalakkan kita mencipta pelbagai pergerakan dengan daya

  • A usaha dan kreativiti

    B usaha dan imaginasi

    C imaginasi dan kreativiti

    D imaginasi dan pergerakan

    73. Apakah otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti cantas A Deltoid, bisep,dan latissimusdorsi

    B Deltoid , bisep dan trisep

    C Kuadrisep,femoris dan hamstring

    D Kuadrisep ,femoris ,hamstring dan gastroknemius

    74. Apung adalah merupakan pergerakan dalam lakuan daya asas dalam pendidikan kreatif. Yang manakah antara berikut merupakan cirri-ciri pergerakan apung

    A Pergerakan yang kuat dan bertenaga seperti menolak kereta rosak

    B Pergerakan serta-merta secara berterusan seperti aksi dalam tarian buluh

    C Pergerakan yang licin, tenang dan terus seperti melintasi lantai yang baru di

    gilap

    D Pergerakan yang lemah lembut dan ringan seperti pergerakan layang-layang

    75. Semasa aktiviti pergerakan manipulatif, murid-murid telah menggunakan gelung sebagai alatan. Alatan yang digunakan dipengaruhi oleh sifat bentuknya. Kemahiran berikut berkaitan dengan

    manipulasi alatan tersebut.

    i. Golek, putar, imbang dan kibar.

    ii. Golek, imbang, leret dan gelecek.

    iii. Golek, hayun, lambung dan putar.

    iv. Golek, lambung, imbang dan lantun.

    76. Salah satu tujuan mata pelajaran Pendidikan Jasmani diajar di sekolah rendah ialah bagi membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan.

    Apakah tujuan mengajar pergerakan asas kepada murid-murid sekolah rendah?

    i. Melatih asas kemahiran permainan sebenar.

    ii. Melatih otot-otot besar sebagai persediaan kepada pembelajaran kemahiran yang lebih sukar.

    iii. Memberi peluang kepada murid-murid melakukan pergerakan awalan bagi membetulkan pola-pola pergerakan.

    iv. Melatih anggota tubuh badan supaya murid-murid mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan menggunakan daya tenaga yang minimum.

    77. Soalan 3 berpandukan kenyataan di bawah.

    Seorang murid melakukan galop zig-zag, kemudian menggelunsur di bawah palang, diikuti

    dengan lentikan badan, seterusnya memusing badan di atas dua kaki dan diakhiri dengan alunan

    badan.

    Urutan pergerakan di atas adalah seperti berikut:

    i. Lokomotor lokomotor bukan lokomotor lokomotor bukan lokomotor

    ii. Lokomotor lokomotor bukan lokomotor lokomotor lokomotor

  • iii. Lokomotor bukan lokomotor bukan lokomotor lokomotor bukan lokomotor

    iv. Lokomotor lokomotor bukan lokomotor bukan lokomotor bukan lokomotor

    78. Aktiviti berpasangan merupakan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas.

    Melalui aktiviti melambung dan menyambut bola secara berpasangan, nilai di bawah dapat

    dipupuk kecuali

    i. bersaing

    ii. kerjasama

    iii. berhati-hati

    iv. seronok

    79. Amalina diminta oleh guru untuk melakukan demonstrasi rangkaian pergerakan ritma sekata.

    Manakah yang berikut merupakan rangkaian pergerakan yang betul dan tepat?

    i. Berlari - melompat - skip

    ii. Skip - galop - polka

    iii. Berjalan - galop - berlari

    iv. Berjalan - berlari - lompat layang (leap)

    80. Kemahiran di dalam manipulasi alatan yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah adalah

    a. Melambung

    b. Mengimbang

    c. Menyambut

    d. Memukul

    i. I dan II

    ii. I, II dan III

    iii. I, III dan IV

    iv. II, III dan IV

    81. Sesuatu pergerakan asas yang lancar dan kemas, licin dan cantik melibatkan kesedaran daya,

    masa dan aliran.

    Konsep di atas merujuk kepada pergerakan dari aspek

    (A) kualiti (B) kuantiti

    (C) tubuh badan

    (D) perhubungan

    82. Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru telah mengarahkan murid-murid untuk skip

    dari satu tempat ke tempat yang lain.

    Kenyataan di atas merujuk kepada pergerakan

    (A) manipulatif

    (B) bukan lokomotor

  • (C) lokomotor beritma sekata

    (D) lokomotor beritma tidak sekata

    83. Manakah kemahiran manipulatif yang boleh dilakukan dengan menggunakan gelung?

    (A) Melambung, menghayun, menggolek dan memutar

    (B) Melambung, menghayun, menggolek dan melantun

    (C) Melambung dan menyambut, menghayun, memutar dan memilin

    (D) Melambung dan menyambut, menghayun, memutar dan mengetuk

    84. Pergerakan asas terdiri daripada pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran

    manipulatif.

    Kombinasi pergerakan asas yang paling tepat ialah

    (A) galop, melompat, dan memutar

    (B) berdiri, membongkok, dan menggolek

    (C) merangkak, menggelungsur, dan melantun

    (D) skip, mengilas pinggang, dan menggelecek

    85. Kefahaman tentang pergerakan bukan lokomotor membantu guru Pendidikan Jasmani untuk

    merancang pengajaran dan pembelajaran.

    Kenyataan di bawah tentang situasi di atas adalah benar kecuali

    (A) pergerakan yang dilakukan tanpa alatan

    (B) pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan

    (C) dasar menyokong individu yang bergerak berubah mengikut pergerakan

    (D) pergerakan yang memerlukan seseorang individu melakukan pergerakan secara statik