pergerakan bumi

7
Pergerakan Bumi Pergerakan bumi terdiri daripada dua jenis pergerakan, iaitu: 1. Putaran Bumi 2. Peredaran Bumi Putaran Bumi Bumi berputar pada paksi iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur dari kutub utara ke kutub selatan. Paksi condong 23 1/2 darjah pada satah tegak. Putaran bumi dari barat ke timur Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Satu putaran mengambil masa 24 jam. Rajah 2: Kutub Utara dan Kutub Selatan Kesan Putaran Bumi 1. Kejadian Siang dan Malam Semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang. Manakala permukaan yang terlindung daripada matahari akan mengalamai malam.

Upload: nurul-hidayah

Post on 19-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pergerakan bumi

TRANSCRIPT

Pergerakan BumiPergerakan bumi terdiri daripada dua jenis pergerakan, iaitu:1. Putaran Bumi2. Peredaran BumiPutaran Bumi Bumi berputar pada paksi iaitu satu garis lurus rekaan yang menganjur dari kutub utara ke kutub selatan. Paksi condong 23 1/2 darjah pada satah tegak. Putaran bumi dari barat ke timur Menyebabkan matahari kelihatan terbit dari sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Satu putaran mengambil masa 24 jam.

Rajah 2: Kutub Utara dan Kutub Selatan

Kesan Putaran Bumi1. Kejadian Siang dan Malam Semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang. Manakala permukaan yang terlindung daripada matahari akan mengalamai malam.

Rajah 3: Kejadian Siang dan Malam

2. Air Pasang Surut Kejadian air pasang surut ialah kejadian aras air tinggi dan arad air rendah di laut. Berlaku akibat tarikan graviti bulan dan matahari. Tarikan graviti bulan menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap ke bulan dan menghasilkan air pasang. Air pasang dan surut berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam.

Rajah 4: Kejadian Air Pasang Surut

Terdapat dua jenis air pasang surut : a) Pasang perbani b) Pasang anak Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila bulan dan matahari bertindak bersama menghasilkan air pasang pada paras maksimum. Pasang perbani berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada dalam kedudukan lurus. Jika bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak, maka terjadilah pasang anak.

Peredaran Bumi Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam. Satu peredaran bumi365hari atau setahun. Kesan peredaran bumi: a) Pengiraan tahun dan tahun lompat. b) Gerhana matahari c) Gerhana bulan d) Kejadian empat musim

Kesan Peredaran Bumi

1. Gerhana Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama. Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan. Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari. Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua hingga emapt kali setahun.a) Gerhana Bulan Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Bulan memperoleh cahaya daripada matahari. Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya matahari dihalang oleh bumi. Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan.

Rajah 5: Kejadian Gerhana Bulan

Rajah 6: Fasa Gerhana Bulan

b) Gerhana Matahari Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahri dengan bumi Cahaya matahri terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh pada permukaakaan bumi.

Rajah 7: Kejadian Gerhana Matahari

Rajah 8: Gerhana Matahari

2. Kejadian 4 Musim Kejadian emapt musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari. Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam yang mengambil masa kira-kira365 hari.

Rajah 9 : Kejadian Empat Musim

a) Ekuinoks Musim Bunga1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa2. Musim bunga di Hemisfera Utara3. Musim luruh di Hemisfera Selatan4. Siang dan malam sama panjangb) Solstis Musim Panas1. Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Sartan2. Musim panas di Hemisfera Utara3. Musim sejuk di Hemisfera Selatan4. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan5. Matahari tengah malam di Kutub Utarac) Ekuinoks Musim Luruh1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa2. Musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di hemisfera Selatan3. Siang dan malam sama panjang di seluruh duniad) Solstis Musim Sejuk1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Jadi2. Musim Sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan3. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan4. Matahari tengah malam di Kutub Selatan

Rajah 10: Jadual Rumusan Kejadian 4 Musim

Rumusan1. Sistem suria terdiri daripada matahari dan sembilan planet.2. Putaran bumi pada paksi menyebabkan siang malam serta air pasang surut.3. Peredaran bumi pada orbit menyebabkan kejadian 4 musim dan gerhana.4. Gerhana berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada pada kedudukan selari.5. Gerhana bulan berlaku apabili bumi berada antara matahri dengan bulan.6. Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada antara matahri dengan bumi.