perdagangan t4

5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LABIS PKSM 2 2010 PERDAGANGAN TINGKATAN 5 1 Jam BAHAGIAN A Arahan : Jawab semua soalan. Hitamkan jawapan diruang yang disediakan. 1 Antara berikut, yang manakah bank koperasi? A Bank Pertanian Malaysia B Bank Simpanan Nasional C Bank Bumiputera Commerce Berhad D Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 2 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri perbankan konvensional? I Keuntungan maksimum dari pelaburan II Faedah dikenakan kepada peminjam III Faedah diberikan kepada penyimpan IV Mengamalkan prinsip keadilan A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 3 Pernyataan yang manakah menunjukkan fungsi Bank Negara Malaysia? I Mengeluar dan mengawal mata wang II Memberi pinjaman kepada syarikat korporat III Menetapkan kadar pertukaran mata wang asing IV Menjadi jurubank kepada bank perdagangan A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 4 Peniaga selalu menggunakan cek untuk membuat pembayaran kerana A cek merupakan wang sah B butiran dalam cek mudah dipinda C dijamin pembayarannya oleh bank D cek boleh dijadikan bukti pembayaran 5 Encik Ahmad ingin memiliki kereta seperti dalam iklan berikut. Syarikat yang manakah boleh membiayai pembelian tersebut? A Syarikat pajakan B Syarikat kewangan C Syarikat pemfaktoran D Syarikat Jaminan Kredit Malaysia 6 Maklumat berikut menunjukkan butiran pembayaran yang perlu dijelaskan oleh Encik Azam setiap bulan. Perkhidmatan bank yang manakah boleh digunakan oleh Encik Azam untuk memindahkan amaun pembayaran tersebut? A Cek bank B Draf bank C Debit terma D Perintah sedia ada 7 Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu prinsip. 1 RM800 – ansuran pinjaman perumahan RM120 – premium insurans nyawa Insured mesti memberi maklumat yang benar semasa mengisi Borang Cadangan. Bayaran Pendahuluan RM10 000 Bayaran Bulanan RM900

Upload: irnawajohani

Post on 18-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pertghn tahun

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LABIS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LABISPKSM 2 2010PERDAGANGAN TINGKATAN 51 Jam

BAHAGIAN AArahan : Jawab semua soalan. Hitamkan jawapan diruang yang disediakan.

Antara berikut, yang manakah bank koperasi?Bank Pertanian MalaysiaBank Simpanan NasionalBank Bumiputera Commerce BerhadBank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri perbankan konvensional?Keuntungan maksimum dari pelaburanFaedah dikenakan kepada peminjamFaedah diberikan kepada penyimpanMengamalkan prinsip keadilanI, II dan IIII, II dan IVI, III dan IVII, III dan IV

Pernyataan yang manakah menunjukkan fungsi Bank Negara Malaysia?Mengeluar dan mengawal mata wangMemberi pinjaman kepada syarikat korporatMenetapkan kadar pertukaran mata wang asingMenjadi jurubank kepada bank perdaganganI dan IIII dan IIIIII dan IVI dan IV

Peniaga selalu menggunakan cek untuk membuat pembayaran keranacek merupakan wang sahbutiran dalam cek mudah dipindadijamin pembayarannya oleh bankcek boleh dijadikan bukti pembayaran

Encik Ahmad ingin memiliki kereta seperti dalam iklan berikut.

Bayaran Pendahuluan RM10 000Bayaran Bulanan RM900

Syarikat yang manakah boleh membiayai pembelian tersebut?Syarikat pajakanSyarikat kewanganSyarikat pemfaktoranSyarikat Jaminan Kredit Malaysia

Maklumat berikut menunjukkan butiran pembayaran yang perlu dijelaskan oleh Encik Azam setiap bulan.

RM800 ansuran pinjaman perumahanRM120 premium insurans nyawaRM100 ansurans sewa beli set sofa

Perkhidmatan bank yang manakah boleh digunakan oleh Encik Azam untuk memindahkan amaun pembayaran tersebut?Cek bankDraf bankDebit termaPerintah sedia ada

Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu prinsip.

Insured mesti memberi maklumat yang benar semasa mengisi Borang Cadangan.

Prinsip yang manakah mewakili pernyataan itu?IndemnitiSubrogasiPenuh percaya mutlakKepentingan boleh insurans

Apakah peranan insurer kepada insured?Memberi pertolonganMembayar pampasanMemberi keuntunganMembayar komisen

Puan Aminah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau ingin membuat tuntutan ganti rugi.Apakah prosedur yang betul dalam membuat tuntutan tersebut?Insurer menjalankan siasatanMembuat laporan polis dan memaklumkan kepada insurerMenerima ganti rugi mengikut perjanjian dalam insuransMendapatkan borang tuntutan daripada insurerII, I, IV dan IIIII, IV, I dan IIIIV, II, I dan IIIIV, I, II dan III

Maklumat berikut berkaitan seorang pembeli polisi insurans.

Encik Ali memiliki sebuah rumah bernilai RM90 000. Beliau membeli polisi insurans kebakaran dari Syarikat A, Syarikat B, dan Syarikat C. Rumah tersebut terbakar. Nilai kerosakan adalah sebanyak RM15 000.

Berapakah amaun pampasan yang akan dibayar oleh Syarikat A kepada Encik Ali?RM5 000RM15 000RM45 000RM90 000

Pilih kombinasi yang betul tentang jenis insurans.Insurans AmInsurans Hayat

AInsurans motorInsurans kesihatan

BInsurans liabiliti awamInsurans pendidikan

CInsurans kebakaranInsurans hayat seumur hidup

DInsurans endowmenInsurans hayat sementara

Mengapakah risiko kejatuhan nilai mata wang tidak boleh diinsuranskan?Risiko kerugian terlalu tinggiNilai mata wang yang berbezaKadar premium tidak dapat dikiraKadar tukaran mata wang ditentukan oleh kerajaan

Mengapakah Encik Jumhari boleh menginsuranskan kilangnya daripada risiko kebakaran tetapi tidak boleh berbuat demikian untuk kilang kawan baiknya?Encik Jumhari tidak mempunyai kepentingan ke atas kilang kawannyaEncik Jumhari tidak mampu membayar premium untuk kedua-dua kilangEncik Jumhari tidak membekalkan maklumat lengkap tentang kilang kawannyaEncik Jumhari tidak dibenarkan membeli lebih daripada satu polisi insurans kebakaran

Mengapakah tambang pengangkutan udara mahal?Ruang muatan yang disediakan terhadPersaingan yang hebat antara banyak syarikat penerbanganHanya sesuai untuk barang bersaiz kecil dan ringanKos insuransnya tinggiI, II dan IIII, II dan IVI, III dan IVII, III dan IV

Antara berikut, yang manakah bukan kelebihan pengangkutan jalan raya?Cepat dan fleksibelMurah untuk perjalanan jarak jauhMenyediakan serahan pintu ke pintuKurang kerja punggah-memunggah

Peranan pengangkutan yang manakah memberi kesan secara langsung kepada pengguna?Mengelakkan pembaziranMembantu pertumbuhan ekonomiMempelbagaikan pilihan baranganMenggalakkan perniagaan antarabangsa

Mengapakah penggunaan saluran paip masih kurang popular?Penggunaannya terhadKerja pemunggahan yang banyakKerja pembaikan sukar dilakukanKos pemasangan yang tinggiI, II dan IIII, II dan IVI, III dan IVII, III dan IV

Pernyataan yang manakah benar tentang pengkontenaan?Boleh disusun untuk menjimatkan ruangBoleh mengangkut barang sekali gusKos modal yang rendahKukuh, boleh dikunci dan dipateriI. II dan IIII, II dan IVI, III dan IVII, III dan IV

Bagaimanakah pengangkutan dapat mestabilkan harga barang?Mengurangkan kos penyimpanan stokMeluaskan pasaran perniagaan antarabangsaMenggalakkan pengeluaran secara besar-besaranMengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran

Apakah kelebihan pengangkutan laut?Kerja pemunggahan dapat dikurangkanMengangkut semua jenis barangSerahan dari pintu ke pintuJadual perjalanan boleh diubah

Antara berikut, yang manakah peranan komunikasi dalam perniagaan?Membantu menstabilkan harga barangMengurangkan risiko kerosakan barangMemudahkan aktiviti mempromosikan barangMemudahkan peniaga menghantar barang secara pukal

Apakah perkhidmatan yang diperlukan oleh industri hotel bagi tujuan pengesahan kada kredit pelanggan?Panggilan tanpa tolMel elektronikMAYPACTelefaks

Puan Zakirah ialah pengurus Syarikat Asmat Sendirian Berhad yang berada di Kota Bharu, Kelantan. Beliau terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar jarak jauh dengan Ahli Lembaga Pengarahnya di Johor Bahru, Johor.

Apakah perkhidmatan komunikasi yang membantu beliau?TelefaksTelefon bimbitSidang videoSidang audioI dan IIII dan IIIIII dan IVI dan IV

Antara berikut, yang manakah membezakan antara komunikasi dengan pengangkutan?Mempercepat urus niagaMemperluas pasaranMenerima pesanan dan maklumatMembuat penghantaran dari satu tempat ke satu tempat yang lain

Arif ingin mendapat pengesahan penerimaan surat yang dihantar kepada Benny.

Antara berikut, perkhidmatan yang manakah sesuai digunakan oleh Arif?Surat Berdaftar A.RMel insuransMel berdaftarPos laju

JAWAPAN

1ABCD

2ABCD

3ABCD

4ABCD

5ABCD

6ABCD

7ABCD

8ABCD

9ABCD

10ABCD

11ABCD

12ABCD

13ABCD

14ABCD

15ABCD

16ABCD

17ABCD

18ABCD

19ABCD

20ABCD

21ABCD

22ABCD

23ABCD

24ABCD

25ABCD

BAHAGIAN B

Puan Nabilah mempunyai pengalaman yang mendalam dalam pembuatan pasu bunga. Teknik-teknik pembuatan pasu bunga ini telah diperoleh menerusi bapanya yang pernah menjalankan perusahaan ini secara kecil-kecilan. Kini, Puan Nabilah ingin memulakan perusahaan ini di tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di Banting, Selangor.Berbekalkan modal sebanyak RM40 000, beliau telah membina sebuah bengkel dan dapur pembakar. Beliau mendapatkan bekalan bahan mentah daripada kilang yang berdekatan secara tunai kerana pembekal tersebut tidak mengetahui kedudukan kewangan Puan Nabilah. Beliau juga telah mendapatkan beberapa mesin terpakai daripada kawan ayahnya dengan harga yang murah. Beliau juga telah mengupah 50 orang pekerja sepenuh masa dan 5 orang pekerja sambilan yang dibayar mengikut jam bekerja. Kebanyakan pekerjanya adalah lepasan SPM dan seseorang pekerja terpaksa melakukan beberapa operasi mengikut keadaan seharian.Skop pasarannya adalah di sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Pasu bunga yang dihasilkan oleh Puan Nabilah telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk tempatan. Kini, keluarannya telah bertambah daripada 1 000 pasu bunga kepada 10 000 pasu bunga sehari.Puan Nabilah berjaya memasarkan pasu bunganya ke seluruh Malaysia. Walaupun begitu, beliau telah menghadapi masalah bagi penyimpanan pasu bunganya kerana kapasiti yang boleh dimuatkan dalam bengkelnya adalah kecil.

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut;

(a) Kegiatan pengeluaran pasu bunga yang dijalankan oleh Puan Nabilah digolongkan di bawah sejenis industri. Nyatakan dan terangkan industri tersebut. [7 markah]

(b) Terangkan enam ciri industri yang dimiliki oleh Puan Nabilah? [12 markah]

(c) Jelaskan bantuan perniagaan yang dapat menyelesaikan masalah penyimpanan pasu bunga Puan Nabilah.[6 markah]

3