percuma 8 - 14 ogos 2019, 7 - 13 zulhijjah 1440 · kan ala kampung. “penyediaan penginapan jenis...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 8 - 14 Ogos 2019, 7 - 13 Zulhijjah 1440 MUKA 3 RM10 juta atasi masalah lif, ceriakan PPR MUKA 4 Hukuman lebih berat buang sampah haram MUKA 9 Akrilonitril tiada hubungan dengan kanser MUKA 15 Hotel kucing unik guna tiub konkrit OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Selangor meluluskan dana tam- bahan RM123 juta untuk empat Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi membantu rakyat di negeri itu, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau berkata, Dewan Negeri Selangor (DNS) meluluskan peruntukan sepanjang ta- hun ini bagi program air percuma 20 meter padu, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Skim Peduli Sihat dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE). "Terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan atas maklum balas konstruktif," tulisnya di Twitter, baru-baru ini. Kerajaan Negeri menambah RM59 juta un- tuk 1.6 juta penerima air percuma dan RM22 juta untuk 20,000 penerima KISS. Sebanyak RM32.5 juta lagi diperuntukkan kepada 65,000 penerima Skim Peduli Sihat dan RM9.5 juta kepada lebih 60,000 penerima SMUE. Bantuan bagi keempat-empat program berkenaan disediakan sehingga Disember ta- hun ini. Sebelum ini, Kerajaan Negeri mencadang- kan bantuan air percuma itu dikhususkan ke- pada golongan B40, namun usul terbabit masih tidak diterima golongan M40 dan T20. Susulan itu, bantuan air percuma diteruskan kepada semua golongan dengan tambahan peruntukan seperti diluluskan, pada 31 Julai lalu. Sementara itu, tiga lagi program turut disu- sun semula bagi memberi tumpuan bantuan hanya kepada golongan sasar yang sangat me- merlukan. Sejumlah 20,000 penerima manfaat KISS yang layak akan terus menerima bantuan se- banyak RM200 sebulan. Penerima Skim Peduli Sihat pula terus me- nerima bantuan rawatan kesihatan asas seba- nyak RM500 setahun. Manakala peruntukan RM9.5 juta skim SMUE disediakan bagi melangsaikan tuntutan tertunggak membabitkan lebih 60,000 keluar- ga waris. Lulus peruntukan tambahan RM123 juta bantu rakyat Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari mewarnakan bahagian bumbung replika rumah ketika Majlis Pecah Tanah Kampung Resort 'FELDA Bukit Cherakah D'Village' dekat Shah Alam, pada 3 Ogos lalu - Foto Radin Wazir PUTRAJAYA - Tulisan khat adalah satu cabang seni penulisan dan tidak membabitkan elemen keagamaan, demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, pihaknya mengam- bil maklum keresahan masyarakat Cina apabila kerajaan akan memper- kenal tulisan khat dalam mata pela- jaran Bahasa Melayu Tahun Empat, pada tahun hadapan. “Kita akan membincangkannya lebih lanjut, tetapi sebenarnya ia ada- lah seni,” katanya kepada media ber- hubung isu bantahan penggunaan tulisan khat. Terdahulu, Dr Wan Azizah melancarkan Pertandingan Video Kreatif 'Hentikan! Stop It!' dan Soal Selidik Mengenai Gangguan Seksual, di sini, pada 5 Ogos lalu. Pada 3 Ogos lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat boleh diterus- kan dan bantahan sesetengah pihak berhubungnya hanya membabitkan sebahagian kecil masyarakat. Dr Wan Azizah berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, namun akan berjumpa dengan Dr Mahathir untuk berbincang lebih menda- lam mengenainya. “Saya mengambil maklum perkara itu dan akan bincang dengan Perda- na Menteri, walaupun beliau sudah mengelu- arkan kenyataan, namun kita akan berjumpa dan berbincang dengan lebih mendalam,” kata- nya. - BERNAMA KUALA LUMPUR - Pengenalan tulisan khat dalam Bahasa Me- layu untuk sekolah jenis ke- bangsaan bagi murid Tahun Empat pada tahun hadapan ada- lah hasil pengkonsepsian Kuri- kulum Sekolah Rendah, pada 2014. Kementerian Pendidikan da- lam satu kenyataan berkata, ia juga sudah melalui pemetaan kurikulum merangkumi pembi- naan kurikulum Tahap 1 pada 2015 dan pembinaan kurikulum Tahap 2, pada 2016-2017. “Ini bermakna, penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) mem- babitkan pengenalan tulisan khat ini sudah mengambil masa, sejak 2014 lagi. “Usaha ini juga sudah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah ter- pilih,” menurut kenyataan itu. Kementerian Pendidikan juga menegaskan pengenalan tulisan khat tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak akan diuji dalam peperiksaan serta tiada pentaksiran. Kementerian turut mengu- capkan terima kasih kepada rak- yat Malaysia yang menunjukkan keprihatinan terhadap isu ber- kenaan, sekali gus menunjuk- kan agenda pendidikan sentia- sa mendapat perhatian semua. - BERNAMA TPM: Tiada kaitan agama Tulisan khat sejak 2014

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 8 - 14 Ogos 2019, 7 - 13 Zulhijjah 1440

MUKA 3

RM10 juta atasi masalah lif, ceriakan PPR

MUKA 4

Hukuman lebih berat buang sampah haram

MUKA 9

Akrilonitril tiada hubungan dengan kanser

MUKA 15

Hotel kucing unik guna tiub konkrit

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Selangor meluluskan dana tam-bahan RM123 juta untuk empat Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi membantu rakyat di negeri itu, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, Dewan Negeri Selangor (DNS) meluluskan peruntukan sepanjang ta-hun ini bagi program air percuma 20 meter padu, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Skim Peduli Sihat dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

"Terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan atas maklum balas konstruktif," tulisnya di Twitter, baru-baru ini.

Kerajaan Negeri menambah RM59 juta un-tuk 1.6 juta penerima air percuma dan RM22 juta untuk 20,000 penerima KISS.

Sebanyak RM32.5 juta lagi diperuntukkan kepada 65,000 penerima Skim Peduli Sihat dan RM9.5 juta kepada lebih 60,000 penerima SMUE.

Bantuan bagi keempat-empat program berkenaan disediakan sehingga Disember ta-hun ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mencadang-kan bantuan air percuma itu dikhususkan ke-pada golongan B40, namun usul terbabit masih tidak diterima golongan M40 dan T20.

Susulan itu, bantuan air percuma diteruskan kepada semua golongan dengan tambahan peruntukan seperti diluluskan, pada 31 Julai lalu.

Sementara itu, tiga lagi program turut disu-sun semula bagi memberi tumpuan bantuan hanya kepada golongan sasar yang sangat me-merlukan.

Sejumlah 20,000 penerima manfaat KISS yang layak akan terus menerima bantuan se-banyak RM200 sebulan.

Penerima Skim Peduli Sihat pula terus me- nerima bantuan rawatan kesihatan asas seba- nyak RM500 setahun.

Manakala peruntukan RM9.5 juta skim SMUE disediakan bagi melangsaikan tuntutan tertunggak membabitkan lebih 60,000 keluar-ga waris.

Lulus peruntukan tambahan

RM123 juta bantu rakyat

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari mewarnakan bahagian bumbung replika rumah ketika Majlis Pecah Tanah Kampung Resort 'FELDA Bukit Cherakah D'Village' dekat Shah Alam, pada 3 Ogos lalu - Foto Radin Wazir

PUTRAJAYA - Tulisan khat adalah satu cabang seni penulisan dan tidak membabitkan elemen keagamaan, demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, pihaknya mengam- bil maklum keresahan masyarakat Cina apabila kerajaan akan memper- kenal tulisan khat dalam mata pela-jaran Bahasa Melayu Tahun Empat, pada tahun hadapan.

“Kita akan membincangkannya lebih lanjut, tetapi sebenarnya ia ada-lah seni,” katanya kepada media ber-hubung isu bantahan penggunaan tulisan khat.

Terdahulu, Dr Wan Azizah melancarkan Pertandingan Video Kreatif 'Hentikan! Stop It!' dan Soal Selidik Mengenai Gangguan Seksual, di sini, pada 5 Ogos lalu.

Pada 3 Ogos lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Tahun Empat boleh diterus- kan dan bantahan sesetengah pihak berhubungnya hanya membabitkan sebahagian kecil masyarakat.

Dr Wan Azizah berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, namun akan berjumpa dengan Dr Mahathir untuk berbincang lebih menda-lam mengenainya.

“Saya mengambil maklum perkara itu dan akan bincang dengan Perda-na Menteri, walaupun beliau sudah mengelu-arkan kenyataan, namun kita akan berjumpa dan berbincang dengan lebih mendalam,” kata- nya. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Pengenalan tulisan khat dalam Bahasa Me-layu untuk sekolah jenis ke-bangsaan bagi murid Tahun Empat pada tahun hadapan ada-lah hasil pengkonsepsian Kuri-kulum Sekolah Rendah, pada 2014.

Kementerian Pendidikan da-lam satu kenyataan berkata, ia juga sudah melalui pemetaan kurikulum merangkumi pembi-naan kurikulum Tahap 1 pada 2015 dan pembinaan kurikulum Tahap 2, pada 2016-2017.

“Ini bermakna, penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) mem-babitkan pengenalan tulisan khat ini sudah mengambil masa,

sejak 2014 lagi.“Usaha ini juga sudah melalui

pelbagai sesi libat urus dengan pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah ter-pilih,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan juga menegaskan pengenalan tulisan khat tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak akan diuji dalam peperiksaan serta tiada pentaksiran.

Kementerian turut mengu-capkan terima kasih kepada rak-yat Malaysia yang menunjukkan keprihatinan terhadap isu ber- kenaan, sekali gus menunjuk-kan agenda pendidikan sentia-sa mendapat perhatian semua. - BERNAMA

TPM: Tiada kaitan agamaTulisan khat sejak 2014

2Utama

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

FELDA Bukit Cherakah D’Village

Penuhi keperluan pelancong kurang mampuOLEH AFIX REDZUAN

KAPAR - Pembinaan Kampung Resort ‘FELDA Bukit Cherakah D’ Village’ dijangka mampu menarik kehadiran pelancong dalam kala-ngan berpendapatan rendah dan sederhana.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia kerana industri pelancongan tempatan kekuran-gan kemudahan penginapan ka-dar sederhana dan murah seperti chalet, motel, rumah tetamu ser-ta hotel untuk memenuhi ke- perluan pelancong yang kurang kemampuan.

Katanya, pembinaan resort berkonsepkan kampung itu juga selari dengan usaha kerajaan meningkatkan industri pelan-congan tempatan bagi mengu-rangkan pengaliran wang negara ke luar.

“Jika kita lihat aliran pada masa kini, pelancong dalam juga luar negara lebih gemar mencari

tempat penginapan berkonsep-kan ala kampung.

“Penyediaan penginapan jenis sederhana dan murah juga se-cara langsung dapat memban-tu usaha kerajaan meningkatkan pelancongan tempatan.

“Ramai rakyat Malaysia melan-cong dalam negara dengan ha-nya berupaya membayar kadar sewa di penginapan sederhana dan murah,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kampung Resort ‘FELDA Bukit Cherakah D’ Village’ yang berlangsung di Dataran Ko-perasi FELDA Bukit Cherakah Se-langor Berhad, Kampung FELDA Bukit Cherakah, pada 3 Ogos lalu.

Difahamkan, sebanyak 32 unit chalet bakal dibangunkan di kampung resort itu.

Amirudin berkata, pemban-gunan kampung resort itu juga dapat memperkenalkan perkam-

Belanjawan 2020: Tiada langkah pencukaian baharu

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengorek tanah menggunakan jengkaut simbolik ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Kampung Resort ‘FELDA Bukit Cherakah D’ Village’

FUKUOKA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di-anugerahkan Ijazah Doktor Kehor-mat oleh Universiti Antarabangsa Jepun (IUJ) bagi menghargai sum-bangan beliau terhadap hubung- an Malaysia dan Jepun, pada 7 Ogos lalu.

Dr Mahathir menerima ‘Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, ‘hon-oris causa’ daripada Presiden IUJ, Hiroyuki Itami, dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Fukuoka, sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke wilayah itu.

Pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat itu, Itami menegaskan bahawa Dasar Pan-dang ke Timur yang diperkenalkan Dr Mahathir mempunyai impak besar kepada pendidikan tinggi di negara anggota ASEAN.

“Sememangnya diakui dan diiktiraf bahawa ramai anak muda Malaysia yang belajar di Jepun menyumbang kepada pemba- ngunan di Malaysia pada hari ini di bawah dasar ini (Dasar Pandang ke Timur),” menurut kenyataan IUJ yang dikeluarkan sempena penga-nugerahan itu.

Dalam ucapan sanjungannya, Itami berkata, Dasar Pandang ke Timur menjadi asas kepada hubu-

ngan akrab antara Malaysia dan Jepun.

Di bawah Dasar Pandang ke Timur, Kerajaan Malaysia sudah menghantar beratus-ratus pela-jar dan pelatih korporat ke Jepun.

“Apabila kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajian dari universiti atau tamat program di syarikat di Jepun, pelajar Malay-sia memainkan peranan yang aktif dan utama dalam membangun-kan Malaysia serta sebagai jam-batan antara Jepun serta Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, IUJ sudah men-didik lebih 20 pelajar Malaysia yang dihantar oleh Kerajaan Ma-laysia, sejak 1990-an.

Itami berkata, IUJ turut melan-carkan Program Pembangunan Jepun-Global (JGDP) tahun lalu bagi menawarkan peluang pem-belajaran kepada bakal pemim- pin terkemuka dari Jepun, Asia termasuk Malaysia, Afrika dan Amerika Latin berhubung pe- ngalaman orang Jepun dalam bidang ekonomi serta pem-bangunan masyarakat sejak era pemulihan Meiji juga kewajaran di sebalik perkembangan itu.

“IUJ mengalu-alukan penyer-taan pelajar dari Malaysia dalam JGDP,” katanya.

Itami juga menyatakan harapan bahawa hubungan dua hala yang lebih erat antara Jepun dan Ma-laysia akan berkembang di bawah Dasar Pandang ke Timur dalam era baharu ini.

“Kami percaya Universiti An-tarabangsa Jepun akan memain-kan peranan penting dalam Dasar Pandang ke Timur Tun Dr Mahathir serta dalam mengukuhkan hubu-ngan antara Jepun dan Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir dalam ucapan pe- nerimaannya berkata, beliau han-ya menjalankan tugas sebagai se-orang pemimpin.

“Mana-mana juga pemim- pin, jika diberi peluang dan kua-sa, akan melakukan apa yang su-dah saya lakukan. Malaysia adalah sebuah negara pertanian yang miskin, tetapi kerana keperluan mewujudkan pekerjaan, maka kami perlu membina infrastruk-tur untuk melancarkan (keperluan sedemikian).

“Saya berterima kasih kerana diberi pengiktirafan dalam me- lakukan sesuatu yang dianggap luar biasa (menjadikan negara pertanian kepada negara perin-dustrian) dan melaksanakan tu-gas sebagai seorang pemimpin,” katanya. -BERNAMA

Dr Mahathir dianugerah Ijazah Doktor Kehormat IUJ

KUALA LUMPUR - Tiada langkah pencukaian baharu dalam Be-lanjawan 2020 yang akan diben-tangkan nanti, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Belanjawan 2020 dijadual dibentangkan di Parlimen, pada 11 Oktober ini.

“Tidak mungkin ada sebarang langkah pencukaian baharu dilak-sanakan (dalam Belanjawan 2020),” katanya kepada pemberita, di sini, pada 5 Ogos lalu.

Beliau berkata demikian se-lepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan (NTC) 2019, yang dianjurkan bersama Lemba-ga Hasil Dalam Negeri dan Institut Cukai Berkanun Malaysia dengan tema ‘Kemakmuran Ekonomi dan Percukaian’ di sini.

Berhubung langkah China yang membenarkan mata wang-nya, renminbi, susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) beri-kutan krisis perdagangan dengan AS, Guan Eng berkata keadaan itu turut akan menjejaskan Malaysia.

“Pastinya, akan wujud beberapa kesan, kerana anda tidak boleh menafikan bahawa langkah yang diambil oleh satu daripada rakan dagang utama kita akan memberi kesan limpahan ke atas Malaysia, tidak kira sama ada AS atau China. China adalah rakan dagang terbe-

sar Malaysia.“Keadaan ini mendorong kita

memperkenalkan langkah luar jangka dalam belanjawan kita nanti yang mengambil kira kemelut per-dagangan itu yang semakin memu-ncak atau bertambah buruk.

“Sudah tentu akan ada pakej luar jangka untuk cuba seberapa banyak yang boleh bagi melin- dungi Malaysia daripada sebarang kesan buruk pertikaian perdaga- ngan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat walaupun ada pihak yang berpandangan bahawa pertikaian itu dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini,

“Kita perlu tunggu dan lihat (penyelesaian pertikaian perdagan-gan AS-China). Saya berpandangan sudah tentu kita memerlukan be-berapa rancangan luar jangka,” ka-tanya.

Terdahulu dalam ucapan, Guan Eng berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia menunjukkan pencapaian baik seiring sasaran berdasarkan prestasi ekonomi semasa.

Bagaimanapun beliau yang juga setiausah agung DAP berkata, un-tuk negara berada di kedudukan semasa, ia memerlukan kestabilan politik.

pungan terbabit kepada pelan-cong, di samping meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk se-tempat seperti memberi peluang pekerjaan, peluang perniagaan

kepada peniaga tempatan serta dapat menyumbang kepada sek-tor pelancongan negara.

Katanya, langkah itu juga se-bahagian usaha meningkatkan

rasa cinta terhadap negara da-lam kalangan rakyat, di samping kemudahan pelancongan yang terdapat di negara sendiri ber-tambah baik.

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Hampir semua lif pada bangunan perumahan kos rendah di Selangor sudah diganti melalui Skim CERIA sejak penubu-han skim berkenaan, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, walaupun tidak semua lif digantikan tetapi ba-nyak yang sudah digantikan melalui Skim CERIA dan ia ada-lah melalui portfolio EXCO Pe-

rumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha.

“Sementara untuk pemerik-saan lif adalah di bawah Kemen-terian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi berkaitan yang membuat pe-mantauan,” katanya kepada me-dia ketika Karnival 3W peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam di Dataran Kemerdekaan, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ke-

tika mengulas kejadian lif Projek Perumahan Rakyat Kerinchi yang dilaporkan terhempas dari ting-kat lima dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi.

Sebelum ini, SelangorKini melaporkan Kerajaan Negeri melalui Belanjawan 2019 men-cadangkan peruntukan seba- nyak RM10 juta bagi meneruskan Skim CERIA pada tahun ini un-tuk membantu proses baik pulih kerosakan harta bersama pang-

sapuri kos rendah dan sederha-na berharga RM42,000 hingga RM150,000.

Amirudin berkata, sejak mula dilaksanakan pada Disember 2010 sehingga Disember 2017, sejumlah 283 kawasan dengan 849 blok pangsapuri sudah me- nerima manfaatnya dengan ang-garan kos keseluruhan RM92.2 juta.

Langkah itu diambil beriku-tan kos penyelenggaraan sen-tiasa meningkat dari semasa ke

semasa dan ia di luar kemam-puan pemilik dan Badan Pen-gurusan Bersama (JMB) untuk membuat pembaikan.

Skim CERIA adalah elemen penyelamat kepada JMB dalam menguruskan kerja sivil, penye-lenggaraan lif dan pengindahan.

Bantuan Skim CERIA itu meli-puti anggaran manfaat melebihi 171,700 unit kediaman dengan rangkuman seramai 858,500 pen-duduk di pangsapuri berkenaan.

Komited tambah baik fasiliti

Skim CERIA atasi masalah lif

SUBANG - Kerajaan dan agen-si keselamatan hari ini berdepan dengan cabaran untuk menga- wal sentimen serta persepsi ditim-bulkan oleh “pelapor media” yang tidak beretika di media sosial.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, golongan “pelapor media” yang tidak beretika ber- kenaan tidak memahami kesan daripada laporan yang mereka tularkan di media sosial.

“Cabaran komunikasi pada

masa ini semakin pantas, laporan media semakin demokratik tidak seperti zaman dahulu yang ma- syarakatnya hanya bergantung ke-pada akhbar, televisyen. Laporan menerusi akhbar dan televisyen masih boleh dikawal.

“Namun, hari ini dengan kewu-judan apa yang dipanggil media sosial dan berada di tangan se-tiap daripada kita, anak juga ka-wan kita. Pada masa ini, setiap orang boleh menjadi pemilik dan

pelapor media”.“Pelapor media ini tidak mema-

hami etika dan kesan daripada tin-dakan mereka. “Pelopor media” adakala hanya bersifat populis, ingin tular atau mencari kegem-biraan semata-mata,” katanya.

Amirudin berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Dan Table Top Exercise Anjuran Bersama Majlis Keselamatan Ne-gara Negeri Selangor dan Petronas Gas Berhad di Hotel Holiday Villa,

di sini, pada 5 Ogos lalu.Selain itu, beliau berkata, ke-

canggihan teknologi media sosial hari ini juga mampu mengolah dan mengubahsuai imej atau klip video yang kejadiannya mungkin berlaku 10 tahun lalu tetapi ia se-olah-olah baru berlaku.

Bagaimanpun, Amirudin ber-kata, walaupun sukar untuk membendung “pelapor media” berkenaan tetapi pihak berkua-sa perlu mencari jalan untuk men-

gatasi masalah berkenaan.“Bayangkan kalau sentimen 13

Mei 1969 berlaku dalam konteks kita hari ini, pasti ia tidak akan berlaku di Kuala Lumpur saha-ja tetapi di tempat lain juga,” ka-tanya.

Ketika menyentuh kejadian kekacauan di Kuil Sri Maha Mari-amman di sini tahun lalu, Amiru-din menegaskan tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang yang termaktub.

Cabaran atasi ‘pelapor media’ tidak beretika

BATU CAVES - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, meluangkan masa me- lakukan pemeriksaan kesihatan bersem- pena Program Derma Darah dan Saring- an di Dewan Siantan, Sungai Tua, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Beliau yang tiba kira-kira jam 11.45 pagi turut melakukan pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula di kaunter saringan disediakan.

Katanya, program anjuran Persatuan Ajaran Sanmarkam itu dianjurkan buat pertama kali dan diharapkan menjadi acara tahunan di kawasan Sungai Tua.

“Program ini anjuran badan bu-kan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan masyarakat India di kawasan Sungai Tua. Mereka anjurkan pemer-

iksaan kesihatan dan derma darah se-cara percuma.

“Program seperti ini memberi pel-uang untuk komuniti mendapatkan pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, kandungan gula dan pemeriksaan lain,” katanya.

Amirudin berkata, program sede-mikian digalak untuk diadakan di lokali-ti berhampiran penduduk supaya lebih ramai dapat melakukan pemeriksaan kesihatan.

Katanya, walaupun berskala kecil, ia juga seiring dengan Karnival 3W (Wo-men, Welfare, Wellness) anjuran Ke- rajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor.

MB luang masa periksa kesihatan

SUBANG - Selangor tidak akan berkrompomi berhubung isu keselamatan dan ketentera-man awam, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia dengan menjalankan program lati-han keselamatan dan menjalin hubungan de-ngan pelbagai pihak bagi menangani pelbagai ancaman.

“Program yang dianjurkan ini adalah program latihan keselamatan yang kedua dilaksanakan di Selangor bagi 2019 selepas Malaysia Airport Berhad melaksanakan pro-gram Latih Amal Ancaman Keganasan di La- pangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, pada 22 hingga 25 Julai lalu.

“Latihan sebegini amat penting supaya se-tiap agensi berkepentingan dapat mengenal pasti kelemahan yang ada serta menambah baik prosedur dan komunikasi antara agensi yang terbabit sebagai persediaan menghada-pi sebarang ancaman, pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peras-mian Seminar Dan Table Top Exercise Anjuran Bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor dan Petronas Gas Berhad di Hotel Holiday Villa, di sini, pada 5 Ogos lalu.

Amirudin berkata, latihan seperti itu perlu diteruskan dari semasa ke semasa bagi mening-katkan tahap kesiapsiagaan keselamatan dan ketenteraman awam khususnya di Selangor.

Katanya, isu ancaman keselamatan global yang kini turut dihadapi oleh negara dikata-kan bersifat tidak seimbang dan turut mem-babitkan ‘non-state actors’.

Amirudin turut mengimbas beberapa tra-gedi ancaman keganasan seperti ancaman

komunis, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan tragedi pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, pada 2013.

Selain itu, ancaman kumpulan ekstremis IS atau Daesh juga perlu ditangani bersama oleh kerajaan dan rakyat.

“Setakat ini, atas usaha gigih kerajaan dan pasukan keselamatan negara, maka kita berjaya mengekalkan keamanan serta ke- selamatan negara juga kesejahteraan rakyat seluruhnya.

“Dalam tempoh setahun saya menjadi Dato’ Menteri Besar Selangor, hasil daripada kesamaan tampuk pemerintahan di pering-kat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Mesyuarat Keselamatan Negeri yang saya pengerusikan dapat berjalan pada landasan sewajarnya. Insiden tidak diingini juga berjaya ditangani dengan tangkas,” katanya.

Tegas tangani isu keselamatan, ketenteraman awam

Latihan sebegini amat penting supaya setiap agensi berkepentingan dapat mengenal pasti kelemahan yang ada serta menambah baik prosedur dan komunikasi antara agensi yang terbabit sebagai persediaan menghadapi sebarang ancamanAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

4Utama

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

KAJANG - Enakmen baharu bagi membolehkan hukuman lebih berat kepada individu atau pihak yang membuang sampah secara haram dijangka dilaksanakan ta-hun hadapan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pen-gangkutan Awam dan Pembangu-nan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, enakmen berkenaan juga diwujudkan bagi memastikan pi-hak industri menggunakan kon-traktor yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau kontraktor daripada PBT itu sendiri.

“Daripada siasatan yang di-jalankan, hampir semua tapak

pelupusan sampah haram datang daripada industri membabitkan sampah industri binaan, hotel dan pusat membeli-belah.

“Ini kerana kontraktor yang dilantik oleh pihak berkenaan tidak mematuhi syarat dan tidak mengetahui ke mana sampah itu dibuang.

“Justeru, Kerajaan Negeri berte-gas bagi mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau kerja operasi pemadaman api di tapak pelupusan sampah ha- ram yang terbakar sejak 30 Ogos lalu, bersebelahan Plaza Tol Sun-gai Long.

Sze Han berkata, tanpa enak-

men baharu itu, Kerajaan Negeri sukar menangani situasi pem-buangan sampah haram yang se-makin berleluasa ketika ini.

“Apabila berlakunya kebakaran, ia juga menyukarkan pihak bom-ba sedangkan tugas mereka ini tidak hanya tertumpu kepada ke-bakaran seperti ini sahaja.

“Perkara seperti ini sangat seri-us. Kerajaan Negeri sangat komi-ted dalam menangani isu seperti ini dan kita mahu ia ditangani de-ngan segera,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Alam Seki-tar Selangor turut memaklumkan akan menubuhkan jawatankua-sa khas dalam masa terdekat bagi membanteras kewujudan tapak pelupusan sampah haram.

Enakmen baharu tahun depan

Hukuman berat sampah haram

Loy Sian (kiri) dan Sze Han (dua kiri) meninjau kerja operasi pemadaman api di tapak pelupusan sam-pah haram yang terbakar bersebelahan Plaza Tol Sungai Long

SHAH ALAM - Sebanyak 24,243 pemohon berjaya meneruskan pembelian Skim Rumah Selangor-ku yang dibuat secara dalam ta- lian setakat ini, kata Haniza Talha.

EXCO Perumahan dan Ke-hidupan Bandar berkata, semua permohonan terbabit sudah mendapat kelulusan pembiayaan daripada bank.

Bagaimanapun katanya, seba- nyak 48,624 pemohon yang la-yak dan hanya menerima tawaran bagi skim berkenaan tetapi gagal mendapat kelulusan bank.

“Kita sedang mencari bank lain yang turut menawarkan pem-biayaan bagi mereka yang sela-ma ini sukar mendapatkannya memandangkan sebelum ini ha-nya berbincang dengan sebuah bank sahaja.

“Daripada segi syarat kelayakan (pemohon) memang layak, tetapi bank meletakkan syarat ketat se- hingga menyebabkan mereka tidak dapat pembiayaan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pendaftaran Skim Rumah Selangorku kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor, di Lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, baru-baru ini.

Mengulas berhubung pen-daftaran skim itu, Haniza ber-kata, reruai pameran dibuka kepada orang awam bermula 30 Julai hingga 5 Ogos lalu dari jam 9 pagi hingga 5 petang, di pintu masuk DNS.

Katanya, pelbagai peluang me-narik ditawarkan bagi semua jenis skim rumah berkenaan dengan harga serendah RM42,000 hing-ga RM250,000 seunit.

“Antara perkhidmatan dita-warkan adalah membantu proses pendaftaran melalui dalam talian kepada orang awam dan mem-buat pendaftaran secara terus di ‘booth’ pameran yang disediakan

24,243 pemohon dapat biaya bank

SHAH ALAM - KDEB Waste Ma- nagement (KDEBWM) terus mene-mpa nama apabila dipilih mener-ima Anugerah Inisiatif Hijau 2019 oleh Waste Management Associa-tion of Malaysia (WMAM).

Anugerah berkenaan disam-paikan pada Malam Gala Tahunan kelima WMAM 2019 di Grand Ball-room, Hotel The Royale Chulan Da-mansara, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, pengiktira-fan itu diberikan kepada KDEBWM atas usaha inisiatif hijau yang di-jalankan syarikat berkenaan.

“Ini adalah penyertaan ju-lung kali KDEBWM dan berjaya mendapat pengiktirafan oleh

WMAM.“KDEBWM selaku syarikat yang

menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor sentiasa menyokong inisiatif hijau yang dijalankan,” katanya kepada SelangorKini.

Ramli berkata, pelbagai ini-siatif hijau dijalankan KDEBWM melalui aktiviti kitar semula iai-tu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan kempen kese-daran dengan kolaborasi bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), penduduk serta penggunaan pro-duk mesra alam.

Katanya, dalam aktiviti kitar semula, KDEBWM bermula sejak Disember 2018 dengan menubuh-

kan Pusat Pemerolehan Semula Sisa Pepejal dan mampu mem-proses bahan kitar semula seba- nyak 12 tan sehari.

“Manakala melalui aktiviti CSR, KDEBWM menyumbang tong kitar semula serta menyertai program inisiatif hijau bersama PBT, persa- tuan penduduk dan masyarakat.

“Selain itu, KDEBWM juga mem-promosikan produk hijau dengan produk cenderamata syarikat di-hasilkan menggunakan bahan mesra alam dan penghapusan penggunaan plastik juga menja-di salah satu agenda utama pihak syarikat dalam meningkatkan ke- sedaran terhadap alam sekitar,” katanya.

KDEBWM terima Anugerah Inisiatif Hijau

Kita sedang mencari bank lain yang turut menawarkan pembiayaan bagi mereka yang selama ini sukar mendapatkannya memandangkan sebelum ini hanya berbincang dengan sebuah bank sahajaHANIZA TALHAEXCO Perumahan

dengan menyediakan maklumat lengkap.

“Kita juga memberikan nasihat kepada ADN kawasan atau wa- kil pejabat DUN dalam membuat hebahan kepada orang awam dan membantu pemohon yang bermi-nat untuk membuat pendaftaran melalui format Excel tanpa perlu berdaftar dalam talian.

“Dengan bantuan daripada pe-jabat DUN, data pemohon yang dilengkapkan dalam format Excel perlu dikembalikan kepada Lem-baga Perumahan Hartanah Se- langor untuk proses migrasi data kepada sistem dalam talian sete- rusnya boleh membuat semakan terus dalam talian,” katanya.

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat me- rasmikan Festival Kesenian Pribumi Antarabangsa Selangor (SIIAF) 2019 di Taman Botani Negara, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Dengan tema ‘Terokai Khazanah Warisan Negeri Selangor’, festival an-juran Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dengan usahasama Kemente-rian Pelancongan, Seni dan Budaya ini disertai 130 kaum Pribumi tempatan dan antarabangsa.

EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri menyasarkan kemasukan 7.9 juta pelancong ke Se- langor pada 2020.

“Statistik kemasukan pelancong ke

Selangor pada 2018 adalah 7.23 juta dari dalam dan luar negara.

“Pada tahun ini, kita menyasarkan 7.7 juta dan seterusnya 7.9 juta pelan-cong pada 2020.

“Dengan adanya kempen promo-si pelancongan di peringkat negeri seperti Kempen Discover Selangor, #TakeMeAnywhere dan Kempen Visit Malaysia 2020, kita harapkan sasaran ini dapat dicapai dan mampu meningkat-kan ekonomi serta industri pelancon-gan di Malaysia khususnya Selangor,” katanya.

Menurutnya, penganjuran kali ini yang menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung adalah salah satu ini- siatif mengetengah dan memelihara kaum Pribumi di Selangor yang masih mengekalkan ciri-ciri kesenian dan ke-budayaan asli mereka walaupun di era teknologi moden.

Beliau berkata, ia juga menjadi me-

dan terbaik menjenamakan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancon-gan berasaskan kebudayaan pilihan pelancong dari dalam atau luar negara.

Antara negara yang mengambil ba-hagian adalah Afrika, Korea Selatan, Tai-wan, Indonesia dan Sri Lanka.

Tidak ketinggalan penyertaan Kaum Mah Meri dan Temuan (Selan-gor), Kaum Temiar (Perak), Kaum Se-letar (Johor) serta Rantau Lemamang Dance Group (Sarawak).

Edisi kelima SIIAF 2019 berlangsung dua hari sempena Hari Antarabang-sa Pribumi Dunia yang diraikan pada Ogos setiap tahun.

Ia antara lain turut memperkenalkan Recreational Orang Asal Run (ROAR) 2019 dengan lebih 600 penyertaan, pada 4 Ogos.

Jumlah peserta larian dijangka ber-tambah sekiranya ia diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

RMS rasmi SIIAF 2019Sasar kehadiran 10,000 pengunjung

Prihatin nasib kucing jalananSHAH ALAM - Sifat peribadi mu-lia Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Teng-ku Permaisuri Norashikin yang be-gitu menyayangi kucing terserlah apabila baginda di antara yang lan-tang bersuara ketika kes penderaan kucing berlaku sebelum ini.

Namun, Tengku Permaisuri ber-sama DYMM Sultan Selangor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah juga amat prihatin dengan nasib ku-cing jalanan terutamanya yang berada di sekitar kediamam ras-mi baginda.

Itulah rahsia yang dikongsi Pengerusi Bersama Stray Free Se-langor (SFS), Datin Dr Norely Abdul Rahman ketika Program Sembang Santai ‘Cat Adoption’ sempena Kar-nival 3W peringkat Majlis Banda-raya Shah Alam (MBSA), pada 4 Ogos lalu.

Norely berkata, Tuanku Per-maisuri seringkali menyediakan makanan juga minuman buat ku-cing jalanan.

“Sultan dan Permaisuri juga

telah membina ‘dining gazebo’ yang mana rekaannya telah diil-hamkan oleh Tuanku Sultan sen-diri untuk kucing jalanan.

“Untuk makluman, baginda juga turut mengambil langkah menjaga kebajikan kucing jala-nan dengan menjalankan proses pemandulan bagi mengurangkan populasi haiwan jalanan,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka sesi sembang santai bersama Pegawai Veterinar Jabatan Perkh-idmatan Veterinar Selangor, Dr Khairina Akmar Khalid dan Dr Pu-teri Azaziah Megat Abd Rani.

Turut mencemar duli dalam acara berkenaan ialah Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja bagi Kempen Stray Free Selangor (SFS).

Hadir sama, Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari dan isteri, Masdiana Muhamad dan EXCO Ke-sihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mari-ah Mahmud.

Norely berkata, Kempen SFS

Galeri Shah Alam pamer karya selebriti

SHAH ALAM - Buat julung-julung ka-linya lukisan karya selebriti terkenal seperti pelawak, pelakon, penyanyi dan komposer di-himpunkan dalam satu pameran.

Pameran Artis@Pelukis membabitkan 16 selebriti terkenal itu dia-dakan sejak 15 Julai hingga 23 Ogos, di Galeri Shah Alam.

Antara selebriti yang mengambil bahagian adalah Imuda, Ebby Yus, Joey Daud, Zul Handy Black, Dinie Juri, Imuda, Sabri Yunus, Umarul Iklim, Usop Kopratasa, Sani Sudin dan S. Amin Shahab.

Pameran itu turut menampilkan karya seni Yaya Maembong, Fathullah Luqman, Adnan Othman Pop Yeh Yeh, Datuk Khai, Rose Ismail dan Wan Raja.

Kolektor, penerbit dan juga pengarah tersohor, U-Wei Saari berkata, pameran ini mampu memberi peluang kepada penggiat seni tanah air menampil-kan karya seni masing-masing kepada masyarakat.

“Selalunya masyarakat hanya mengenali mere-ka sebagai penyanyi, pelakon, pelawak mahu pun penyair dan tidak menduga bahawa ramai artis kita mempunyai bakat seni lain.

“Maka dengan pameran ini kita dipertontonkan dengan sisi lain bakat yang dimiliki mereka,” katanya ketika merasmikan pelancaran pameran itu di galeri itu di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Penolong Kurator Galeri Shah Alam, Ibrahim Bujal berkata, Galeri Shah Alam akan terus memberi peluang kepada penggiat hiburan tempatan mempamerkan karya masing-masing di galeri itu.

“Ramai tak tahu, ramai artis kita ada bakat lain selain menghibur seperti Datuk M. Nasir, Anzalna Nasir, Puan sri Normala Shamsuddin dan lain-lain.

“Kita akan cuba kumpul artis lain pula untuk ada-kan pameran lain,” katanya.

Ramai tak tahu, ramai artis kita ada bakat lain selain menghiburIBRAHIM BUJALPenolong Kurator Galeri Shah Alam

yang bermula sejak 23 Mac 2017 telah berjaya memandulkan ham-pir 4,500 haiwan jalanan menggu-nakan dana terkumpul.

Katanya, kaedah tangkap dan bunuh sebagai langkah pengawa-

lan haiwan jalanan adalah sudah ketinggalam zaman.

“Kita mesti menjalankan strate-gi pengawalan dengan langkah yang lebih berperikemanusiaan, berkesan, menjimatkan kos dan

inilah konsep SFS.“Dari kempen ini kami mahu

mendidik masyarakat untuk men-jadi lebih peka, prihatin dan ber-tanggungjawab terhadap haiwan,” katanya.

6Utama

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

Mekanisme terbaik bantu masyarakat

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

AMPANG - Kempen “Door-to-Door” dijalankan Pusat Khidmat Masya-rakat (PKM) Pandan Indah dilihat sebagai salah satu mekanisme ter-baik dalam memberi pendedahan kepada masyarakat berhubung ke-selamatan kebakaran di kediaman masing-masing.

Malah, menerusi program den-gan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah itu juga memberi pendidikan ke-pada umum dalam membentuk sebuah masyarakat yang menga-malkan budaya mencegah keba-karan.

EXCO Infrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, kempen fasa pertama itu dijalankan beri-kutan insiden kebakaran yang ke-rap berlaku di kawasan berkenaan.

Katanya, pendedahan awal ke-pada masyarakat membolehkan tindakan proaktif diambil untuk melindungi nyawa dan harta ben-da daripada risiko berlaku perkara tidak diingini.

“Kita memikirkan betapa pen- tingnya aspek keselamatan bagi

penduduk di kawasan peruma-han, khususnya yang bercorak kampung selain banyak kes ke-bakaran berlaku di sini.

“Dua kali kebakaran berlaku sebelum ini, menyebabkan pen-duduk kehilangan harta benda, malahan kebimbangan kita ada-lah ia membawa kesan kepada nyawa jika kempen ini tidak di- buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika berucap pada Majlis Peras-mian Kempen ‘Door-to-Door’ Keselamatan Kebakaran di Ru-mah Kediaman Electrical Safety Roadshow 2019 ‘Plug Into Safety’, di Indian Settlement, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Turut hadir, Yang Dipertua Ma-jlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dato’ Abd Hamid Hussain dan Ketua Balai BBP Pandan Indan, Mohd Faizal Md Zain.

Dalam majlis itu, Ir Izham yang juga Ahli Dewan Negeri Pandan Indah turut melakukan demon-strasi memadam kebakaran dan pemadaman api dapur di hada-pan kira-kira 50 penduduk sekitar kejiranan terbabit.

Terdahulu, kempen fasa perta-ma itu diadakan selama dua ming-

‘Door-to-Door’ pupuk budaya cegah kebakaran

gu bermula 4 Ogos sehingga 18 Ogos ini meliputi kawasan Indian Settlement Pandan Jaya, manaka-la fasa kedua dari 25 Ogos hingga 8 September, di Kampung Pandan Dalam.

Pada masa sama, katanya, sepanjang kempen berkenaan, pihak bomba akan mengadakan

kunjungan dari rumah ke rumah dan memberi penerangan kepa-da penghuni berhubung langkah perlu diambil apabila berdepan situasi cemas seperti kebakaran.

“Kita menyediakan kemudahan alat pemadam kebakaran untuk tujuan kecemasan di setiap rumah dan diharapkan penghuni men-

jaganya dengan baik kerana di-bimbangi tidak berfungsi apabila memerlukan peralatan ini.

“Saya juga akan sentiasa beker-jasama dengan pihak bomba dan Jawatankuasa Perwakilan Pen-duduk serta MPAJ untuk memas-tikan tempat ini dijaga dengan baik,” katanya.

SHAH ALAM - EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wan-ita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud, menyarankan supaya setiap bangunan Kerajaan Negeri menyediakan bilik laktasi, seka-li gus menyokong Kempen Pen- yusuan Susu Ibu.

Katanya, Kerajaan Selangor turut berbangga apabila Bangu-nan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) turut menyediakan kemu-dahan bilik laktasi di foyer ser-ta ‘mobile lactation room’ dan kemudahan itu boleh dibawa ke mana-mana.

“Saya juga sangat berharap supaya usaha menyokong pen- yusuan susu ibu ini akan menja-di permulaan yang baik kepada amalan pemakanan sihat dalam sesebuah keluarga.

“Ini kerana, sudah pasti ibu yang menyusukan sendiri bayi mereka hanya akan mengam-bil makanan sihat untuk dirin-ya. Dia juga akan menyediakan makanan yang sihat dan seim-bang untuk seluruh ahli keluar-ga,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka merasmikan Karnival 3W (Ke-sihatan, Kebajikan dan Wanita) peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam, di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Hadir sama Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim dan EXCO Pembangunan Usahawan, Pem-bangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail.

Karnival 3W yang memasuki siri kelapan kali ini juga dian-jurkan sempena Minggu Pen- yusuan Susu Ibu Sedunia yang

disambut pada 1 hingga 7 Ogos setiap tahun.

Dr Siti Mariah berkata, sambu-tan itu memanifestasikan komit-men Kerajaan Negeri terhadap usaha mempromosi, melindungi dan menyokong sebarang ben-tuk usaha penyusuan susu ibu, di Selangor.

Katanya, melalui komitmen sedemikian anak dapat dilindun-gi daripada penyakit ketika bayi dan mengurangkan isu masalah gizi dalam kalangan mereka se-terusnya mengurangkan risiko penyakit apabila dewasa.

“Kajian mendapati di antara faktor ibu tidak menyusui bayi mereka adalah kerana kurangnya kefahaman berhubung kepentin-gan memberi susu ibu, terlalu sibuk dengan komitmen kerjaya dan tidak mendapat sokongan pasangan.

“Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan kepada ma-na-mana pihak yang menjalan-kan usaha memberi kesedaran dan menyokong penyusuan susu ibu,” katanya.

Sedia bilik laktasi, sokong kempen penyusuan SHAH ALAM - Kerajaan Negeri

meluluskan RM6 juta bagi menja-min kepentingan pembangunan luar bandar tahun ini, kata Rod-ziah Ismail.

EXCO Pembangunan Usaha-wan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi berka-ta, ia membabitkan pembangu-nan infrastruktur dan kemudahan awam, asas luar bandar, naik taraf jalan luar bandar, longkang, de-wan serbanguna serta balai raya.

Katanya, Kerajaan Negeri sen-tiasa komited supaya peruntukan bagi pembangunan luar bandar diteruskan setiap tahun.

“Bagi mekanisme pelaksanaan, setiap lapisan masyarakat sama ada rakyat, ketua kampung atau Ahli Dewan Negeri (ADN) boleh menyalurkan aduan kepada pe-jabat daerah dan tanah (PDT) yang menjadi agensi penghubung an-tara Kerajaan Negeri serta pen-duduk,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan ADN Morib, Hasnul Baharuddin, pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, baru-baru ini.

Rodziah berkata, PDT kemudi-

an akan menyemak aduan terbabit dan membuat permohonan kepa-da Unit Perancang Ekonomi Neg-eri (UPEN) untuk kelulusan.

“Ini untuk memastikan per-mohonan bagi pelaksanaan pembangunan luar bandar dilaksanakan dengan tersusun termasuk mengambil kira perun-tukan sedia ada dan kepentingan projek kepada rakyat,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri turut menyediakan inventori bagi jalan luar bandar dan kampung di seluruh Selangor melalui pendaf- taran yang akan dibuat PDT ser-ta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah seliaan masing-masing.

“Sebanyak RM2 juta diperun-tukkan kepada setiap Ahli Parli-men, sehubungan itu setiap ADN boleh bekerjasama dengan Ahli Parlimen kawasan masing-masing dalam perkara ini.

“Setiap tahun, peruntukan Sis-tem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) yang disedi-akan oleh Kementerian Kewan-gan akan disalurkan kepada PDT dan PBT untuk memastikan kerja penyelenggaraan serta naik taraf dapat dilaksanakan,” katanya.

RM6 juta jamin pembangunan luar bandar

Dr Siti Mariah

Ir Izham Hashim melakukan demonstrasi pemadaman kebakaran ketika kempen ‘Door-to-Door’

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) komited untuk terus memacu pem-bangunan dan memperkukuhkan kedudukan sebagai agensi pem-bangunan sosio ekonomi di negeri berkenaan sempena ulang tahun ke-55 perbadanan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain ber-kata, anak syarikat Kerajaan Negeri itu sudah melalui pelbagai cabaran bagi terus mengukuhkan kedudu-kan yang boleh dibanggakan pada hari ini.

“Bukan sedikit cabaran dihada-pi, namun atas kesungguhan dan kerja keras seluruh warga kerja ser-ta berbekalkan visi untuk ‘Membina Komuniti, Memperkasa Kehidupan dan Merealisasi Impian’, PKNS terus kekal relevan dan lestari sepanjang 55 tahun penubuhannya.

“Antara kejayaan kita ialah mem-bangunkan 11 pusat pertumbuhan baharu meliputi kawasan seluas

lebih 10,000 hektar yang sudah dimanfaatkan sepenuhnya un-tuk membina pembangunan ber-campur terdiri lebih 150,000 unit kediaman dan lapan kompleks per-niagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Khas Sempe-na Sambutan Ulang Tahun PKNS ke-55 di Pusat Konvensyen Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam majlis itu, lebih 1,000 ka- kitangan dirai serta membaca Yasin dan doa selamat untuk kejayaan, kestabilan serta kekukuhan orga- nisasi.

Mohd Azizi berkata, sepan-jang tempoh 55 tahun, PKNS su-dah menerima lebih 50 anugerah berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Katanya, ia sekali gus membuk-tikan komitmen penuh pihaknya dalam menyampaikan hasil ker-ja cemerlang kepada pelanggan, pengurusan pentadbiran cekap dan kebertanggungjawaban PKNS terhadap kemakmuran negeri.

Kekal relevan pacu pembangunan

Komitmen berterusan PKNS

IPOH - Kementerian Pembangu-nan Luar Bandar menyasarkan sebanyak 50 peratus usahawan wanita berdaftar di bawah Suru-hanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata setakat ini hanya 27 peratus usahawan wanita mendaftarkan perniagaan mereka daripada keseluruhan 83,969 usahawan yang direkod-kan.

“Kita dapati ramai lagi yang telah membuka perniagaan tetapi tidak berdaftar. SSM me- rupakan dokumen asas sekiranya usahawan wanita ingin pergi le-bih jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Waca-na Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) anjuran Jabatan Kemajuan Ma- syarakat (KEMAS) Peringkat Ne-geri Perak 2019, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Rina berkata, seramai 204 wa- nita yang menjadi peserta kur-sus KEMAS telah dibantu untuk mendaftarkan perniagaan mere-ka dengan SSM dan menerima Sijil Perakuan Pendaftaran Per-niagaan pada program itu.

“Mungkin mereka tidak tahu bagaimana proses dan di mana

boleh melakukannya, jadi kita bersama SSM membantu mere-ka bagi memastikan wanita ter-utama dari luar bandar untuk melengkapkan diri dengan pel-bagai kemahiran untuk memaju-kan diri,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Srikan-di Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, golongan wanita dinasihatkan supaya membuang perspektif menge-nai kebimbangan bahawa mere-ka tidak layak menerima bantuan seperti Bantuan Sara Hidup apa-bila berdaftar dengan SSM kerana ia bertujuan bagi mengembang-kan keusahawanan mereka.

Dalam pada itu, Rina berkata, peluang pinjaman dari Amanah Iktihar Malaysia (AIM) diharap dapat membantu wanita khusus-nya dari luar bandar dari semasa ke semasa dalam usaha mem-bawa golongan wanita keluar daripada kemiskinan melalui ke-usahawanan.

Program sehari itu diperkenal-kan bagi memperkasakan wanita secara holistik merangkumi aspek ekonomi, kesihatan, kekeluargaan dan perundangan sebagai men-yahut Pelan Harapan Pembangu-nan Luar Bandar. – BERNAMA

Sasar 50 peratus usahawan wanita daftar SSM

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan untuk mewujud-kan budaya keusahawanan yang menggalakkan usahawan menjadi pencipta kerja selain memberikan bimbingan kepada mereka yang bekerja dalam bidang industri masing-masing.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata melalui Dasar Keusahawanan Nasio- nal 2030, kerajaan berharap untuk memupuk budaya keusahawanan bagi memandu sektor itu untuk menyumbang sehingga 50 pera-tus daripada Keluaran Dalam Ne-gara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

“Kita sedang mengusahakan strategi bagi memupuk usahawan muda dan rakan usahawan me-nerusi dasar ini,” katanya semasa berucap di majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpen-garuh 2019, di sini, pada 2 Ogos lalu.

Dr Mahathir berkata, kerajaan berharap dapat melahirkan usaha-wan yang boleh memandu nega-ra ke hadapan dari segi ekonomi, pembangunan dan pertumbuhan.

Katanya, beliau percaya amat penting untuk mewujudkan mo-del ekonomi yang berjaya me-nerusi keusahawanan di mana usahawan tempatan boleh maju bersama dengan nilai-nilai murni, integriti dan ikhlas.

“Nilai ini penting jika usahawan berhasrat untuk terus mampan da-

Wujud budaya boleh cipta peluang kerja

KUALA LUMPUR - Lembaga Pem-bangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan seba- nyak 184 projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada Mac ta-hun ini, membabitkan pelaburan bernilai RM2.97 bilion.

Sebanyak 60 peratus projek yang diluluskan bernilai RM1.60 bilion itu diperoleh daripada syari-kat asing manakala selebihnya syarikat tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azman Mahmud berkata, projek itu melibatkan 77 R&D, 58 R&D da-laman, 30 syarikat R&D yang dilu-luskan dan 19 syarikat status R&D.

“Ini terutamanya dalam indus-tri seperti farmaseutikal, bahan ki-mia, penjagaan kesihatan, jentera, automotif dan juga elektrik dan elektronik,” katanya dalam ucapan perasmian Tahap Inovasi dan Pa-danan Perniagaan (IPBM) 2019 di sini, pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya, projek yang dilu-luskan itu telah mewujudkan lebih 6,500 peluang pekerjaan berkualiti tinggi, terutamanya dalam bidang sains dan teknikal.

Sehingga kini, MIDA telah me- nganugerahkan status R&D ke-pada enam syarikat berkaitan universiti, yang membolehkan pelanggan menikmati potongan dua kali ganda dalam perbelan-jaan R&D, kata Azman.

“Ini adalah cara cekap cukai un-tuk melabur dalam R&D, di mana rakan kongsi industri dapat men-gakses kepakaran universiti sam-bil membenarkan ahli akademik untuk menghasilkan lebih ba-nyak penyelidikan dengan po-tensi komersial yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, MIDA menjang-kakan jumlah perbelanjaan oleh perniagaan bagi aktiviti R&D ta-hun ini adalah kira-kira RM30 juta.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Azman menegas-kan Malaysia sentiasa terbuka kepada pelaburan dari seluruh dunia yang sesuai dengan agen-da ekonomi negara.

“Lokasi Malaysia yang strategik adalah kelebihan kami. Sekiranya pelabur hendak melabur dalam se-ktor yang kita sedang promosikan, termasuk R&D, kita sangat men-galu-alukannya,” katanya, ketika ditanya sama ada perang perda-gangan yang sedang berlaku an-tara Amerika Syarikat-China, akan menggalakkan lebih banyak syari-kat asing menubuhkan atau me-mindahkan pusat R&D mereka dari China ke Malaysia.

Acara terbabit adalah anjuran MIDA dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Per-badanan Pembangunan Teknolo-gi Malaysia (MTDC). - BERNAMA

MIDA lulus 184 projek R&D RM2.97 bilion

“Anugerah ini juga meningkat-kan imej dan keyakinan pelanggan serta pemegang taruh negeri ter-hadap perbadanan ini.

“Buat masa ini, PKNS sedang merangka strategi bersesuaian mengikut arus kemodenan untuk memastikan ia kekal relevan bagi mendepani cabaran revolusi men-datang dan dapat terus menjadi pilihan utama rakyat Selangor un-tuk mendapatkan produk hartanah berkualiti tinggi pada harga kom-petitif,” katanya

Setiap negara amat bergantung kepada belia mereka untuk sama bergerak pantas dan menggunakan keupayaan mereka untuk memanfaatkan perubahan iniDR MAHATHIRPerdana Menteri

lam bidang mereka. Tanpa nilai-nilai ini, kejayaan tidak sempurna, ia kehilangan jiwa.

“Tapi ingatlah, menjadi pe-menang bukan hanya apabi-la kita diberikan pengiktirafan semata-mata, tapi juga bagaima-na nurani kita menerimanya, dan kejayaan tidak seharusnya bererti mengabaikan segala yang lain,” katanya.

Perdana Menteri berkata, usa-hawan muda Malaysia terus mem-buktikan bahawa mereka boleh, dan ramai yang telah memacu ino-vasi serta pertumbuhan ekonomi, dan keupayaan mereka ini mem-bawa perubahan positif kepada masyarakat.

Beliau berkata, kebangkitan usa- hawan yang gigih dan berjaya ini mengukuhkan kepercayaan kera-jaan terhadap belia dan memancar sinar harapan baharu untuk masa depan Malaysia.

“Kita sedang berhadapan kema-juan teknologi yang amat pantas dan gangguan yang belum pernah dihadapi sebelum ini; dengan ke-munculan Revolusi Industri Keem-pat ini.

“Setiap negara amat bergan-tung kepada belia mereka untuk sama bergerak pantas dan meng-gunakan keupayaan mereka un-tuk memanfaatkan perubahan ini.

“Malaysia juga tiada bezanya. Kumpulan belia dilahirkan da-lam suasana teknologi baharu ini

dan mereka membesar semasa teknologi ini berkembang serta mencapai tahap baru dalam ke-majuan dan kecanggihannya,” ka-tanya.

Dr Mahathir berkata, adalah perkara semula jadi bagi golongan belia untuk memiliki kelebihan dan kemampuan dalam mengua-sai teknologi baharu serta maju, namun sememangnya mereka masih perlu memiliki minat, ke-inginan juga kewaspadaan.

Katanya, kefahaman serta ke-bolehan untuk menyesuaikan diri terhadap teknologi baharu ini akan membolehkan mereka lebih berinovatif dan kreatif da-lam keinginan untuk meneroka dan memperkenalkan peluang ekonomi dan industri baharu. -BERNAMA

8Nasional

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

Kurikulum Bahasa Melayu

Dasar khat boleh diteruskan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Melaka pada 3 Ogos lalu. - foto BERNAMA

MELAKA - Penggunaan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Me-layu Tahun Empat boleh diteruskan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad.

Merujuk bantahan sesetengah pihak mengenai perkara itu, Per-dana Menteri berkata, ia hanya membabitkan sebahagian kecil masyarakat. Beliau berkata, ke- rajaan berpegang kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain.

“Kita tak pernah bantah tulisan lain (termasuk) dalam bahasa Cina kerana ini adalah sesuatu yang is-timewa di negara kita ini.

“Tulisan bahasa Cina tidak dibenarkan di negara lain seperti In-donesia umpamanya, Filipina dan Thailand, mereka guna tulisan me-reka,” katanya menjawab pertanyaan seorang peserta Townhall Semarak Merdeka bersama Perdana Menteri, di sini mengenai bantahan peng-gunaan tulisan khat. Kenyataan Per-dana Menteri itu menerima tepukan gemuruh ratusan hadirin pada sesi townhall itu yang diadakan sempe-

na kunjungan Dr Mahathir ke Melaka bagi merasmikan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemi-lang 2019 yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, pada 3 Ogos lalu.

Media sebelum ini melapor- kan beberapa pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa anggota Kabinet daripada parti itu membantah ran-cangan memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum Tahun Em-pat Bahasa Melayu bermula tahun hadapan.

Bagaimanapun Kementerian Pendidikan dalam kenyataan pada 2 Ogos lalu, menegaskan bahawa pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Ta-hun Empat akan dilaksanakan ta-hun hadapan seperti dijadual.

Dr Mahathir berkata, tulisan khat adalah satu seni yang tinggi dan ke-tika kunjungan beliau ke Turki ba-ru-baru ini, beliau melihat rakyat negara itu amat mahir dalam pe-nulisan khat walaupun mereka juga menggunakan tulisan rumi. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal berdiri teguh dalam usahanya me-merangi isu pemerdagangan ma-nusia dan pendirian ini dibuktikan dengan penurunan jumlah mang-sa pemerdagangan di negara ini sejak beberapa tahun lepas.

Sehubungan itu juga, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun kerajaan mengetahui hakikat bahawa je-nayah kejam ini tidak boleh disele-saikan dalam sekelip mata, namun ia tidak akan berlembut dalam memerangi jenayah itu dengan menggunakan undang-undang.

Pegawai penguatkuasa un-dang-undang tempatan juga diin-gatkan supaya terus berdiri teguh dalam melaksanakan tugas mengi-kut lunas undang-undang, kata- nya pada perasmian Persidangan Anti-Pemerdagangan Manusia Kebangsaan 2019 di sini, pada 5 Ogos lalu.

“Memandangkan pemerdaga-

Malaysia serius perangi isu pemerdagangan manusia

ngan manusia juga jenayah meren-tas sempadan yang membabitkan perundangan lain, kerajaan Malay-sia akan bekerjasama dengan pi-hak berkuasa di negara jiran untuk mengesan, mengawasi dan mem-berkas penyeludup,” katanya.

Menteri berkenaan menjelas-kan bahawa Majlis Anti Pemerda-gangan Manusia dan Anti Penyeludupan Pendatang (Mapo), yang diketuai oleh Kementerian

Dalam Negeri, telah melaksanakan banyak penambahbaikan ke arah membendung penyeludupan ma-nusia.

Beliau berkata, ini dibuktikan dengan pengurangan jumlah mangsa pemerdagangan manu-sia di Malaysia sejak beberapa ta-hun lepas, seperti yang dilaporkan oleh Mapo.

Mapo mencatatkan bahawa seramai 543 mangsa pemerda-gangan manusia ditempatkan di rumah perlindungan pada sepa-ruh pertama 2019 berbanding 1,474 mangsa pada 2018 dan 2,945 pada 2017, kata Muhyid-din.

“Dengan statistik kami menun-jukkan satu kejayaan, kami akan terus memberi tumpuan terhadap penguatkuasaan, pendakwaan, kawalan dan perlindungan ke atas mangsa penyeludupan,” katanya pada majlis itu sempena Hari Me-merangi Pemerdagangan Manusia

Sedunia pada 30 Julai.Menteri berkenaan menjelas-

kan bahawa ini jelas dimanifes-to dengan pelantikan pendakwa dan penguatkuasa khas di semua negeri.

Sebagai tambahan, sebuah mahkamah khas bagi mengen-dalikan kes penyeludupan dan satu pasukan petugas pelbagai disiplin ditubuhkan bagi me-mastikan perbicaraan dan rang-ka masa bagi menyelesaikan kes pemerdagangan manusia dapat dipercepatkan.

Dengan menekankan bahawa usaha memerangi penyeludupan manusia sebagai agenda penting negara, Muhyiddin berkata, kera-jaan memandang penyeludupan manusia sebagai isu hak asasi ma-nusia selain satu jenayah kejam.

“Ia satu kesalahan yang serius dan satu pencabulan hak asasi manusia. Tujuan asalnya tidak lain untuk mengeksploitasi hak asasi

manusia bagi kepentingan sendiri yang termasuk eksploitasi seksual dan buruh paksaan.

“Mudah kata, ia satu perham-baan moden,” katanya.

Muhyiddin menjelaskan baha-wa integriti komuniti perniagaan, pegawai kerajaan dan rakyat Ma-laysia penting dalam memerangi jenayah itu.

“Kita perlu ingat bahawa je-nayah seumpama akan berteru-san sekiranya komuniti perniagaan terus mewujudkan permintaan bagi mendapatkan orang yang diseludup dan apabila para pega-wai awam menutup mata dalam hal ini,” katanya.

Beliau menggesa agensi ke- rajaan, pertubuhan masyarakat dan institusi antarabangsa me-ngukuhkan kerjasama dalam me-merangi penyeludupan manusia kerana usaha itu hanya akan ber-jaya sekiranya mereka bertindak secara bersama. -BERNAMA

KUALA LUMPUR - Majlis Tinda-kan Ekonomi (EAC) mengadakan mesyuarat kelima bagi membin-cangkan cadangan yang boleh dilaksanakan segera untuk meng-giatkan semula aktiviti perniagaan serta merancakkan pelaburan do-mestik.

Urus Setia EAC, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam kenyataan-

EAC usaha giat semula perniagaan, rancak pelaburannya berkata, mesyurat yang di-pengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu tu-rut membincangkan cadangan usa-ha meningkatkan perbelanjaan isi rumah.

“Ini adalah selaras dengan usa- ha kerajaan untuk merancak-kan pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan momentum per-

tumbuhan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu,” menu-rut kenyataan itu.

Katanya, isu seperti pembia- yaan perumahan, tahap keber-hutangan isi rumah dan pembia-yaan kepada perusahaan kecil dan sederhana juga turut dibin-cangkan. Pada 5 Ogos lalu, Me-syuarat EAC juga membincangkan

cadangan penambahbaikan Dasar Pendidikan Negara dengan meli-batkan semakan daripada pering-kat prasekolah sehingga universiti.

“Cadangan ini akan dibuat den-gan mengambil kira pandangan dan input daripada semua pihak pemegang taruh dan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kese-

jahteraan hidup rakyat turut diberi perhatian.

“Sejajar dengan hasrat itu, Pro-gram Sarapan Pagi (PSP) sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dibincangkan ke arah mewujudkan amalan gaya hidup sihat terutama dalam kalangan murid di peringkat awal persekolahan,” katanya. – BERNAMA

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

JOHOR BAHRU - Kajian oleh In-ternational Agency For Research On Cancer (IARC) terhadap kes-kes kanser sejak 1970 hingga kini mendapati tiada ‘satu pun per-hubungan’ yang boleh mengait-kan gas akrilonitril menyebabkan kanser.

Ia sekali gus menolak kebim-bangan orang ramai bahawa gas akrilonitril yang dikesan ketika kes pencemaran Pasir Gudang baru-baru ini boleh mengundang kan-ser.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Jabatan Ke-sihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din, berkata risiko sama ada ter-dapat kanser atau kesan jangka panjang kepada kesihatan adalah sangat berkait rapat dengan tahap pendedahan gas tersebut .

Katanya, beliau sudah dimak-lumkan oleh Jabatan Alam Sekitar bahawa tahap pendedahan yang dialami oleh mangsa-mangsa pencemaran baru-baru ini adalah bersifat tidak tinggi dan “kadang-kadang” sahaja.

“Pendedahan itu sangat sedikit,

MUAR - Kementerian Per-tanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan melan-carkan kempen besar-be-saran bagi mempromosi buah-buahan tempatan di luar negara bagi menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Mel-awat Malaysia 2020 (TMM2020).

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia adalah antara inisiatif kerajaan untuk men-jadikan Malaysia sebagai des-tinasi pilihan untuk menikmati buah-buahan tempatan, sekali gus memberi peluang kepada kerajaan memperluaskan pasa-rannya ke luar negara.

Katanya, selain China, kem- pen itu akan dipergiatkan di Sin-gapura, Korea Selatan, Jepun, negara Asia Barat dan Eropah.

“Kita akan terus berusaha memperkenalkan buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, pulasan, manggis dan rock mel-on supaya ia dapat dipasarkan di luar negara terutama China kera-na ia menjanjikan pasaran besar,” katanya ketika ditemui pember-ita selepas merasmikan Karnival Keusahawanan Tani, di Bakri, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Salahuddin berkata, selepas kejayaan mengeksport durian

Apa itu cukai petak?Cukai Petak bukan cukai yang baharu tetapi ia menggantikan cukai tanah yang dikenakan kepada pemilik harta tanah yang memiliki strata.

Kesan jika tidak membayar cukai petak:Pemilik harta tanah strata yang tidak membayar cukai petak akan terdedah kepada risiko perampasan harta tanah strata oleh pihak berkuasa.

Memudahkan urusan urusniaga dan pusaka dilaksanakan.Cukai petak dikenakan secara adil mengikut syarat petak iaitu kediaman, perniagaan dan perusahaan.Memudahkan pemilik petak membuat bayaran cukai secara terus tanpa melalui perbadanan pengurusan

Bayaran boleh dilakukan di:Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis perbandaran dan Majlis DaerahMelalui cawangan POS Malaysia seluruh negara dan POS online Secara “Online” Layari : https://ehasil.selangor.gov.my

Bil tidak diterima?Semak dan kemaskini maklumat anda.

Pencemaran di Pasir Gudang

Akrilonitril tiada hubungan kanser

risiko mendapat kesan jangka pan-jang amat rendah kepada kesihat-an,” katanya dalam Sesi Townhall Isu-isu Semasa Pasir Gudang yang diadakan di Stadium Tertutup Ma-jlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Beliau berkata, satu lagi gas iaitu akrolein yang turut dikesan

Promosi buah di luar negara

Musang King sejuk beku, pi-haknya sedang

mengadakan perbincangan

dengan China un-tuk membawa masuk nangka madu dan buat masa ini be-berapa prosedur serta protokol eksport sedang disiapkan oleh pihak MOA bagi menjayakan hasrat itu.

Katanya, pihak berkuasa ber-kaitan dari negara itu juga akan melawat kebun dan ladang yang diusahakan petani bagi meng-atur protokol serta melihat ta-hap kualiti juga keselamatan buah-buahan itu untuk diek-sport, pada masa akan datang.

“Apa yang penting ialah kita amat mementingkan kualiti se-lain kebun dan ladang terlibat perlu memiliki sijil Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) untuk melayakkan mereka mengeksport buah-buahan ke luar negara.

“Ini antara fokus kemente-rian untuk membangunkan usahawan tani, di samping mem-perkasakan industri hiliran se-terusnya mempertingkatkan ekonomi dan sektor pertanian, di negara ini,” katanya. -BERNAMA

dalam insiden itu pula dikatego- rikan sebagai “unclassified” untuk kanser. Shaharom berkata demiki-an sebagai menjawab soalan seorang bapa yang membangkit-kan soal kebimbangan penduduk Pasir Gudang mengenai risiko kan-ser akibat pendedahan terhadap gas itu, baru-baru ini. – BERNAMA

10Global

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

BANGKOK - Blok ASEAN, yang terdiri daripada 10 anggota, me-ngulangi kesediaan untuk beker-ja dengan komuniti antarabangsa bagi mempertingkatkan kerjasa-ma menghentikan trafik haram pergerakan merentas sempadan bahan kimia dan sisa berbahaya, sejajar persetujuan rangka kerja antarabangsa.

Dalam kenyataan bersama, para menteri luar ASEAN menyatakan kebimbangan mereka berhubung ancaman dan kesan buruk yang kian bertambah kepada kesihatan manusia dan alam sekitar akibat peningkatan haram pergerakan merentas sempadan bahan kimia dan sisa lain ke rantau ini.

“Kami menolak pergerakan merentas sempadan bahan sisa ke rantau ini secara haram dan menekankan bahawa semua nega- ra hendaklah mengambil langkah perlu bagi memastikan penguru-san alam sekitar bagi sisa kim-ia dan berbahaya dalam bidang kuasa masing-masing.

“Ia juga bagi memastikan per-lindungan bagi kesihatan manusia dan alam sekitar dan meningkat-kan kerjasama dengan bidang

BANGKOK - Negara-negara ASE-AN melahirkan kebimbangan mengenai ketegangan yang se-makin memuncak akibat kehadi-ran terlalu banyak kapal perang di Laut China Selatan, kata Men-teri Luar Malaysia, Datuk Saifud-din Abdullah.

“Kita perlu mengurangkan ke-hadiran kapal perang di perairan yang menjadi medan pertikaian demi menjamin keamanan dan kestabilan, keselamatan dan ke-bebasan pelayaran di Laut China Selatan.

“Ia adalah laluan bebas tetapi apabila ada terlalu banyak kapal, kami bimbang,” katanya kepada BERNAMA, di sini, pada 3 Ogos lalu.

Saifuddin mengetuai delega-si Malaysia ke Mesyuarat Men-teri-menteri luar ASEAN ke-52/Pasca Persidangan Menteri dan Mesyuarat Berkaitan (AMM/PMC ke-52) di sini, yang berakhir 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, menteri luar ASEAN yang terdiri daripada 10 negara anggota menekankan tentang pentingnya menghor-mati prinsip “non-militarisation” di Laut China Selatan. Menurut

Demi kesihatan rakyat

ASEAN bukan ‘tong sampah’

kuasa yang lain termasuk meneru-si pertukaran maklumat yang berkenaan dan kapasiti bangu-nan,” katanya.

Kenyataan itu dengan tajuk “Il-legal Trans-boundary Movement of Hazardous Waste and Other Wastes in Southeast Asia” disiar-kan sempena dengan Mesyu-

arat Menteri-menteri Luar ASEAN dan Persidangan Selepas Mesyu-arat Menteri dan Mesyuarat Yang Berkenaan kali ke-52 (AMM/PMC 52), di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas negara anggota ASEAN menerima banyak kontena men-gandungi sisa, beberapa toksik

dalam beberapa bulan lalu.Kumpulan menteri luar itu ber-

kata, terdapat keperluan untuk menggalakkan rantau Asia Teng-gara bebas daripada pergerakan merentas sempadan secara haram bagi sisa termasuk sisa berbahaya dan sisa lain.

Beberapa negara ASEAN men-jadi negara kaya tempat long-gokan sampah termasuk Malaysia, Filipina, Kemboja dan Indonesia.

Pada Mei, Malaysia mengu-mumkan akan menghantar semu-la 3,000 tan metrik sisa plastik ke negara asal.

Pada Jun, kerajaan Filipina

berkata ia akan mengupah syari-kat perkapalan swasta untuk menghantar 69 kontena sampah pulang ke Kanada dan mening-galkannya dalam kawasan per- airannya jika ia enggan meneri-manya kembali.

Kemboja berkata, ia akan meng-hantar pulang 1,600 tan metrik sisa plastik haram yang dikesan dalam kontena kapal.

Pada akhir Julai, Indonesia memulangkan semula tujuh kon-tena berisi sisa haram yang diim-port ke Perancis dan Hong Kong dari pelabuhan Pulau Batam. - BERNAMA

Kurangkan kapal perang di Laut China Selatan

beliau, mereka juga bertukar pan-dangan mengenai Laut China Se-latan di pelbagai landasan semasa AMM dan PMC serta dengan rakan dialog semasa Forum Serantau ASEAN (ARF) dan Sidang Kemun-cak Asia Timur (EAS).

Ketegangan memuncak di ka-wasan yang menjadi medan per-tikaian di Laut China Selatan itu apabila China menjalankan uji-an peluru berpandu balistik anti kapal di kawasan itu bulan lepas manakala Vietnam menuduh Chi-na mencabuli kedaulatannya de- ngan campurtangan dalam aktivi-ti minyak dan gas di kawasan luar pesisirnya.

Pada Jun, sebuah bot nelayan Filipina – dipercayai membawa se-jumlah besar minyak dan gas asli – tenggelam selepas ia dilanggar oleh sebuah kapal China.

Pada 31 Julai lalu, Menteri Luar China Wang Yi berkata, ASEAN dan Beijing telah menyelesaikan pembacaan pertama draf teks tunggal rundingan bagi kod ta- talaku (CoC).

Saifuddin juga berkata, akti- viti navigasi perlu dikurangkan di kawasan Laut China Selatan yang menyaksikan tuntutan bertindih.

“Semasa kita membincang-kan CoC, terdapat juga aktiviti lain yang berlaku di satu atau dua pulau (dipertikaikan) di Laut Chi-na Selatan,” katanya.

Mengenai AMM/PMC ke-52, Saifuddin berkata Malaysia telah mengemukakan kepentingan dan pandangannya mengenai perkara-perkara berkaitan isu-isu serantau dan antarabangsa demi kebimbangan bersama.

“Kami mengadakan perbin-cangan yang baik. ASEAN adalah landasan penting untuk bersuara dan membincangkan mengenai keamanan dunia dan perdagan-gan antarabangsa, “katanya.

“Sekiranya ada tempat-tem-pat yang dituntut mana-mana negara, maka kita jangan me-nambah aktiviti di tempat sama yang boleh menimbulkan tanda tanya,” katanya.

Saifuddin juga mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya di luar AMM/PMC ke-52 untuk membincang-kan isu-isu hubungan dua hala, kerjasama serantau, Laut China Selatan, keadaan di negeri Ra- khine serta keselamatan seran-tau. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Usaha-wan Thailand daripada pel- bagai industri sedang men-cari peluang usaha sama dengan ahli perniagaan Sa-bah dan Sarawak melalui Forum Menyambungkan Perdagangan serta Hubu-ngan Pelaburan antara Thai-land serta Malaysia Timur.

Duta Thailand ke Malay-sia, Narong Sasitorn berkata, fo-rum itu akan berlangsung pada 21 Ogos di Kota Kinabalu dan 23 Ogos, di Kuching. Katanya, ia akan menonjolkan prospek masa hada-pan ekonomi Thailand di bawah kerajaan yang baru dipilih, ter-masuk menggariskan peluang perdagangan berpotensi antara Thailand dan Malaysia Timur.

“Malaysia dan Thailand mem-punyai hubungan perdagangan serta pelaburan yang agak lama. Bagaimanapun, hubungan ini hanya berkisar antara Thailand dengan Semenanjung Malaysia, terutama di Lembah Klang dan Pu-lau Pinang.”

“Dengan sumber alam yang kaya, Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang mempunyai banyak potensi perniagaan.

“Saya benar-benar berharap bahawa acara ini akan mem-buka peluang perniagaan serta perkongsian antara kedua-dua negara dan merapatkan hubu-ngan komuniti perniagaan kita,” katanya dalam kenyataan, pada 6 Ogos lalu.”

Forum itu akan dianjurkan se-cara bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Perdagangan di bawah Ja-batan Penggalakkan Perdagan-gan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Thailand, Perseku-tuan Industri Sabah, dan Perseku-tuan Perniagaan Sarawak.

Thailand cari peluang di Malaysia Timur

Sejumlah 11 syarikat dari Thai-land akan mengambil bahagian dalam sesi padanan perniagaan dengan peneraju perusahaan Sa-bah dan Sarawak yang terlibat dalam industri makanan, auto-motif serta pembuatan.

Sementara itu, Kaunselor Men- teri Thailand bagi Hal Ehwal Perdagangan Thailand, Patcha Wutipan berkata, forum itu akan membuka peluang besar bagi usahawan Thailand, Sabah dan Sarawak untuk membina rang-kaian mereka.

“Kami berhasrat untuk me-ngembangkan perdagangan dua hala termasuk meneroka peluang pelaburan di Sabah dan Sarawak.”

“Bagaimanapun, terdapat juga beberapa cabaran yang kita perlu atasi, terutama kekurangan maklu-mat berhubung satu sama lain, kos logistik serta pengangkutan yang tinggi bagi mengembangkan jum-lah perdagangan sama ada dari- pada segi eksport atau import,” ka-tanya.”

Terdapat beberapa industri dengan Thailand memiliki kele-bihan seperti industri agro, ma-kanan dan minuman, automotif, penyejukan serta penyaman uda-ra, pelancongan juga perkhid-matan kreatif.”

“Ini adalah bidang yang ber-potensi bagi Thailand, Sabah dan Sarawak memulakan usaha sama perniagaan,” katanya. - BERNAMA

Pegawai penguat kuasa memeriksa kontena berisi buangan plastik sebelum dihantar pulang ke negara asal di Pelabuhan Klang pada 28 Mei 2019. - Foto AFP

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

lhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama meman-jatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmatnya, dapat kita berkumpul bersama-sa-

ma dalam program Seminar dan Table Top Exercise yang dianjurkan secara bersama oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Se-langor dan Petronas Gas Berhad.

Program yang dianjurkan ini adalah pro-gram latihan keselamatan yang kedua di-laksanakan di Selangor bagi 2019 setelah Malaysia Airport Berhad melaksanakan pro-gram Latih Amal Ancaman Keganasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 22 hingga 25 Julai lalu.

Latihan sebegini amat penting supaya setiap agensi berkepentingan dapat me-ngenal pasti kelemahan yang ada serta menambah baik prosedur dan komunika-si antara agensi terlibat sebagai persedi-aan menghadapi sebarang ancaman pada masa hadapan.

Oleh demikian, latihan sebegini per-lu diteruskan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan kesela-matan dan ketenteraman awam khususnya di Selangor.

Dalam mengurus sesebuah negeri, kes-elamatan dan ketenteraman awam adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

Apatah lagi dalam konteks Selangor se-bagai sebuah negeri yang terkenal dengan kemajmukan masyarakat dan kosmopoli-tan, ancaman-ancaman yang tidak terduga

Keselamatan dan keamanan tanggungjawab bersama

berpotensi datang dalam apa jua keadaan, sama ada dalam kita bersedia menghadapi- nya ataupun dalam senario yang tidak ter-duga.

Isu ancaman keselamatan global yang kini turut dihadapi oleh negara, dikatakan bersifat asymmetrical, yakni bersifat tidak seimbang dan turut melibatkan non-state actors.

Dalam konteks demikian, jika dahulu, negara ini pernah menghadapi pelbagai cabaran seperti ancaman komunis, peristi-wa berdarah 13 Mei 1969, sehinggalah ke-pada tragedi pencerobohan pengganas di Lahad Datu Sabah, pada 2013.

Beberapa tahun lalu, kita berdepan pula dengan ancaman keganasan, ang-kara kumpulan ekstremis IS atau Daesh, yang perlu ditangani bersama oleh Kera-jaan dan rakyat.

Alhamdulillah, setakat ini, atas usaha gigih Kerajaan dan pasukan keselamatan negara, kita telah berjaya mengekalkan ke-

Demikian juga dalam konteks pihak swasta dan media, ada peranan yang perlu dimainkan dan sifatnya melengkapi inisiatif yang digerak serta dicetus kerajaan.

Kerajaan Negeri tidak berkompromi da-lam soal keselamatan dan ketenteraman awam. Oleh yang demikian, Kerajaan Nege-ri akan sentiasa menyokong pelaksanaan program sebegini seiring dengan komitmen Selangor membangun dalam suasana yang selamat dan aman.

Tahniah saya ucapkan kepada Majlis Ke-selamatan Negara Negeri Selangor dan juga Petronas Gas Berhad kerana menjayakan program ini.

Saya berharap program sebegini akan sentiasa menjadi medan dalam menam-bah baik segala persediaan bagi mengha-dapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin me-ngucapkan setinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas komitmen Jabatan anda semua.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada setiap agensi yang hadir khususnya bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri Selangor.

Program Seminar Dan Table Top Exercise Anjuran Bersama Majlis keselamatan Negara Negeri Selangor Dan Petronas Gas Berhad - Isnin, 5 Ogos 2019 (Victoria Ballroom Holiday Villa And Conference Centre Subang Jaya)

amanan serta keselamatan negara dan kese- jahteraan rakyat seluruhnya.

Sinergi yang mantap antara Kerajaan Negeri dengan semua pihak adalah sesuatu yang bersifat “absolute” dalam usaha untuk mengekalkan keselamatan dan ketentera-man awam.

Dalam tempoh setahun saya menjawat jawatan selaku Dato Menteri Besar, hakikat-nya dari kesamaan tampuk pemerintahan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kera-jaan Negeri, Mesyuarat Keselamatan Ne-geri yang saya pengerusikan dapat berjalan pada landasan yang sewajarnya.

Ada insiden-insiden yang tidak kita ingini dapat ditangani dengan tangkas dan tun-tas, hasil sinergi yang mantap ini.

Sinergi yang sama tidak wajar terhad dalam konteks kerajaan semata- mata, se-baliknya kesefahaman pihak ketiga khu-susnya masyarakat adalah sangat penting dalam usaha mengekalkan keselamatan serta menstabilkan ketenteraman awam.

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

Kerajaan Negeri tidak berkompromi dalam soal keselamatan dan ketenteraman awam. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan sentiasa

menyokong pelaksanaan program sebegini seiring dengan komitmen Selangor membangun dalam

suasana yang selamat dan aman.

Album Klik!13SelangorKini 8 - 14 Ogos 201912 SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

KIRIPelajar bergambar bersama ‘Kak Nam’ pada majlis pelancaran komik Hormat Wanita di Sekolah Kebangsaan Sementa Jalan Kapar, Klangl REMY ARIFIN

KANANPeserta Program Retro Klang bermain congkak di Galeri Diraja, Klang I HAFIZ OTHMAN

KIRIPelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra menunjukkan robot yang dicipta untuk menyiram pokok di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam I REMY ARIFIN

KANANPengunjung melawat ke gerai jualan masyarakat Orang Asal dari Suku Temuan ketika Selangor International Indigenous Art Festival di Taman Botani, Shah Alam I HAFIZ OTHMAN

KIRIKarnival Minggu Sains Negara menarik minat orang ramai di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam I FIKRI YUSOF

KANANPelancong dari Jepun bergambar kenangan ketika berkunjung ke Masjid Negeri, Shah Alam I ASRI SAPFIE

KIRIPersembahan penari MBPJ pada Majlis Makan Malam International Indigenous Art Festival di Acapella Suites & Hotel, Shah AlamI FIKRI YUSOF

KANANPeserta Program Selangor Royal Trail FAM Trip 2019 anjuran Tourism Selangor merakamkan keindahan pemandangan dari atas Bukit Malawati, Kuala Selangor | ASRI SAPFIE

Bergambar bersama penghuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Meru, Klang ADN SEMENTA

Dr. Daroyah Alwi

Memberi sumbangan kepada golongan asnaf dan uzur di Kampung Melayu Batu 16, Rawang

ADN TAMAN TEMPLERMohd Sany Hamzan

Mendengar penjelasan kerosakan rumah di Bandar Damai Perdana dan Taman Damai Gayana, Cheras

ADN BALAKONGWong Siew Ki

Membawa anak-anak Orang Asli Kampung Kemensah ke Zoo Negara, Hulu KlangADN HULU KELANG

Saari Sungib

Melawat anak istimewa di Kampung Sungai Lang Tengah, Kuala LangatADN TANJUNG SEPAT

Borhan Aman Shah

Menziarahi rumah penduduk uzur di sekitar Kampung Kelanang, Banting

ADN MORIBHasnul Baharuddin

YB KitaAhli Dewan Negeri N32 Seri Setia

Turut hadir, EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud; EXCO Infrastruktur dan Ke-mudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim; EXCO Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabati-rau dan Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Sementara itu, Mohamad berkata, pi-haknya akan membantu menaik taraf beberapa fasiliti di Parlimen Kota Raja me-mandangkan terdapat banyak permohonan.

“Kita akan lihat kepada keperluan dari semasa ke semasa dan sekiranya perlu, maka kita akan cuba memberikan peruntu-kan bagi menaik taraf fasiliti di sini,” katanya.

Terdahulu, antara bangunan yang me-nerima peruntukan menaik taraf adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Andalas, SMK Bukit Tinggi, SMK Alam Me-gah, SMK Bukit Tinggi, Sekolah Ke-bangsaan (SK) Johan Setia dan SK Kota Kemuning (2).

Manakala, Persatuan Penduduk Tanjung Api Api, Kampung Dagang Jati dan Kafa In-tegrasi Masjid Proton turut menerima sum-bangan terbabit.

14ADN

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG - Sebanyak RM1.8 juta diperuntuk-kan Parlimen Kota Raja bagi menaik taraf beberapa fasiliti bangunan seperti sekolah, klinik dan Majlis Pengurusan Komuniti Kam-pung (MPKK) di kawasan terbabit.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata jumlah itu diagihkan kepada 45 sekolah, dua klinik kesihatan, lima kawasan rukun tetangga, lima persatuan penduduk dan lima MPKK kawasan berkenaan.

Beliau juga optimis dengan adanya pengagihan aset itu sedikit sebanyak dapat mengatasi kesulitan dan keperitan dihadapi pelajar serta penduduk sekitar.

“Di sekolah, kita memberi peruntukan untuk mengecat dan menambah baik pera-latan, sekali gus akan menghasilkan suasa-na kondusif serta keselamatan pelajar dan guru lebih terjamin.

“Manakala, di sini (Klinik Kesihatan Bukit Naga) pula kita menyumbangkan 30 kerusi menunggu, dua khemah dan satu set alat permainan kanak-kanak.

“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi pihak pengurusan klinik dan memberi kesele-

RAWANG - Kerja mitigasi bagi mencegah banjir di Jalan Kawasan Perindustrian Rawang kini sedang giat dijalankan, kata Ahli Dewan Negerinya, Chua Wei Kiat.

Beliau yakin kejadian banjir kilat pada 22 Julai lalu adalah yang ter-akhir bagi penduduk membuat aduan di media sosial.

“Sebelum ini memang kita sering menghadapi masalah ban-jir kilat, namun ia tidak teruk se- perti dahulu lagi.

“Buat masa sekarang, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melebar-kan Jalan Kawasan Perindustrian Rawang dan menaik taraf Su-ngai Gong dan dijangka selesai, menjelang 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke lokasi ke-jadian banjir kilat bersama Jabatan Pengairan Saliran, JKR, Majlis Per-bandaran Selayang dan Pejabat Ta-nah Gombak, baru-baru ini.

Pada masa sama, Wei Kiat ber-kata, jambatan haram yang dibina pada anak Sungai Gong berham-piran tol Rawang akan diroboh-kan dalam usaha mengurangkan kesan banjir.

“Cadangan perobohan itu dibuat berikutan palong bawah jambatan itu tersumbat dengan sampah yang menghalang kelan-caran air.

“Didapati jambatan itu dibina

Mohamad melihat sebahagian faisiliti yang diserahkan kepada Klinik Kesihatan Bukit Naga, Klang

Atasi kesulitan rakyat

RM1.8 juta naik taraf fasiliti

Giat laksana kerja mitigasi atasi banjir

tidak mengikut spesifikasi ditetap-kan dan tiada penyelenggaraan di-lakukan di kawasan itu,” katanya.

Katanya, kesan banjir juga akan

nNama: Halimey Abu Bakar

nNegeri kelahiran: Selangor

nBilangan anak: 3 Orang

nTaraf pendidikan: Diploma Pengurusan Profesional, Universiti e Asia

nMakanan kegemaran: Asam rebus masakan ibu

nAktiviti masa lapang: Berbasikal

nFalsafah hidup: Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

nPekerjaan sebelum menjadi ADN: Ahli Majlis MBPJ

nAlamat pejabat ADN: No. 6 Jalan SS 5B/3 Kelana Jaya

nNombor Telefon ADN: 03-7866 0107

nE-mel: [email protected]

berkurangan selepas projek kolam takungan banjir di bawah seliaan JPS Gombak siap, pada Septem-ber ini.

saan kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Penyerahan Projek Mesra Rak-

yat dan Pelancaran Program Sayangi Klinik-ku peringkat Parlimen Kota Raja, di Klinik Kesihatan Bukit Naga, di sini, pada 1 Ogos lalu.

Chua Wei Kiat meninjau lokasi kejadian banjir di kawasan perin-dustrian Rawang, baru-baru ini

N32 Seri Setia

15 SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

Gaya Hidup MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

Biasanya kita hanya mendengar manu-sia yang mendaftar masuk ke hotel, na-mun kali ini berbeza

apabila kucing juga sudah mula ‘check-in’ di hotel.

Bagi pemilik haiwan comel itu, ia bukanlah perkara aneh, seba-liknya menjadi kemestian bagi mereka untuk meletakkan hai-wan kesayangan di hotel-hotel kucing sekiranya terpaksa menin-ggalkan haiwan itu dalam tempoh yang agak lama.

Jadi tidak hairanlah sejak akh-ir-akhir ini mula wujud lambakan pengusaha hotel kucing di selu-ruh negara. Salah satu hotel kucing yang menambat hati ialah Taqwa Cat Hotel di Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang.

Menariknya, Taqwa Cat Hotel ini berbeza daripada yang lain apabi-la reka bentuk bangunan pengi-napan kucing menggunakan tiub konkrit sepanjang enam kaki.

Jika disebut tiub konkrit, an-tara lokasi penginapan yang po- pular menggunakan konsep sama ialah Tube Hotel di Langkawi dan Tube Hotel di Sungai Lembing. Na-mun, berbeza di Selangor apabila tiub konkrit itu dibina khas un-

Pertama di Selangor

guna tiub konkritBiasanya kita hanya mendengar manusia yang mendaftar masuk ke hotel, namun kali ini berbeza apabila kucing juga sudah mula ‘check-in’ di hotel.

tuk penginapan kucing. Pegawai Pengurusan Strategik Taqwa Cat Hotel, Muhamad Azree Abd Ra-him berkata, melalui penginapan yang disediakan, pemilik boleh meletakkan kira-kira lima hingga enam ekor kucing di dalam tiub konkrit yang dilengkapi dengan penghawa dingin, sistem kamera litar tertutup (CCTV) serta alatan permainan.

“Kami turut menyediakan perkhidmatan pemantauan kepa-

da pemilik kucing dengan mem-bolehkan mereka melihat aktiviti serta pergerakan haiwan kesaya- ngan mereka secara 24 jam.

“Kami menyediakan CCTV yang boleh diakses melalui aplikasi di telefon bimbit pemilik kucing. Dari situ, anda boleh melihat tingkah laku kucing anda setiap hari.

“Apa yang kami beri makan dan paling penting, kucing boleh men-dengar suara anda,” katanya.

Azree berkata, pihaknya tidak

mahu dilihat sebagai pesaing sahaja sebaliknya mahu men-jadi usahawan hotel kucing yang menawarkan perkhidmatan lebih premium. Harga pakej bagi tiub konkrit yang mampu menem-patkan enam kucing dalam satu masa ialah serendah RM80 dilihat sebagai kategori mampu milik. Jika dibandingkan dengan hotel

kucing lain, ada diantaranya me-letakkan bayaran secara puratan-ya RM20 satu malam bagi seekor kucing.

“Sudah tentu dengan har-ga yang ditawarkan oleh Taqwa Cat Hotel, ia lebih murah walau-pun perkhidmatan ditawarkan berkualiti premium.

“Paling penting, kucing-kucing lebih bebas dan pemilik tidak lagi bimbang sekiranya meninggal-kan kucing mereka dalam tem-poh agak lama,” katanya.

Hotel kucing berkonsep unik ini juga mempunyai lesen daripada Jabatan Veterinar Selangor dan se-tiap kucing yang menginap akan dipantau tahap kesihatannya se-tiap masa.

Sumber : ivet-petcare.com

sebelum menghantar si comel ke hotel kucing:Tips1 Maklumat hotel Dapatkan seberapa banyak maklumat berkenaan tempat penginapan berkenaan seperti masa beroperasi, berapa lama pengalaman dalam industri.

2 TestimoniTidak salah untuk membaca testimoni daripada pelanggan-pelanggan sedia ada atau yang pernah menghantar kucing mereka ke hotel berkenaan.

3 KeperluanPastikan apa keperluan yang diperlukan oleh hotel kucing terbabit untuk menerima kucing anda seperti status vaksin, ubat kutu, status kesihatan kucing anda.

Jadual aktivitiAnda boleh bertanyakan jadual aktiviti harian di hotel kucing kepada staf dan pengurusan hotel.

Arahan pemakananSekiranya kucing anda alah pada sebarang makanan, dan memerlukan makanan khas untuk alahan, sila maklumkan pada staf.

Informasi PemilikPastikan informasi anda lengkap, nombor untuk dihubungi, alamat rumah atau hotel di mana anda berada, siapa perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

Keperluan dan perhatian khasSebarang keperluan khas kucing anda perlulah dimaklumkan kepada staf bagaimana untuk menguruskannya sepanjang ketiadaan anda.

Sejarah kesihatanJika menghantar kucing anda yang sakit untuk menginap di hotel, adalah sangat disarankan dihantar ke klinik kerana terdapat kemudahan perubatan.

KecemasanSekiranya tempat hotel kucing itu tiada kemudahan klinik dan doktor veterinar, anda boleh memberikan nombor telefon klinik/veterinar yang biasa merawatnya.

Taqwa Cat Hotel

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

OLEH MOHAMED NAZREEN SHAHUL HAMID

Kemanusiaan adalah teras kepa-da penciptaan sastera. Tanpanya, sastera akan mati. Sastera kaya dengan kemanusiaan kerana seni

bahasa memerihalkan kehidupan manu-sia. Sains dan teknologi pula tampak ke- ring dengan nilai-nilai kemanusiaan walhal ia dicipta oleh manusia untuk manusia. Se-dar akan keadaan itu, sastera dengan sains dan teknologi dilihat saling memerlukan. Ia mampu dijalinkan bersama serta mem-beri impak besar kepada khalayak. Salah satu hubungan yang terjalin ialah melalui penghasilan fiksyen sains yang menjadi-kan sains dan teknologi sebagai persoalan penting. Salah satu subgenre fiksyen sains yang menarik ialah cyberpunk.

Dalam fiksyen cyberpunk, dimensi kema- nusiaan bersifat positif telah dirosak-kan oleh pengaruh sains dan teknolo-gi. Subgenre itu membincangkan perihal bagaimana teknologi memusnahkan ma-nusia sehingga ia tidak dapat dibezakan antara manusia dengan robot. Garis sem-padan antara manusia dan robot jadi kabur. Malah, ia menimbulkan kekacauan ataupun kekeliruan berterusan. Selain itu, cyberpunk merupakan subbudaya yang terhasil dari-pada keadaan yang dikenali sebagai pas-camodeniti yakni erti kemanusiaan yang difikirkan semula. Dalam pascamodeniti, dimensi kemanusiaan tidak lagi memiliki paksi; perkara yang ada ialah kekeliruan. Manusia tenggelam dalam keadaan biologi, teknologi dan budaya berinteraksi sehingga melahirkan proses dikenali sebagai biologi-zation iaitu teknologi menyerap ke dalam tubuh manusia. Melalui budaya tekno, di-mensi manusia menjadi rencam dan kabur.

Dalam pengertian lebih mudah, fik- syen cyberpunk sebenarnya subgenre kepa-da fiksyen sains dengan latar masa depan yang cenderung untuk memberi tumpuan kepada masyarakat “high tech low life” atau masyarakat berteknologi tinggi tetapi ren-dah nilai kemanusiaan. Ia juga menampil-kan pencapaian teknologi dan saintifik yang tinggi berkaitan teknologi maklumat dan si-bernetik. Semua itu berjajaran dengan dar-jah kerosakan yang tinggi dan perubahan radikal dalam struktur sosial masyarakat.

Plot dalam fiksyen cyberpunk sering tertumpu pada konflik antara kecerdasan buatan (artificial intelligences), penggodam (hackers) dan juga syarikat-syarikat besar atau gergasi (megacorporation). Latar masa dalam fiksyen cyberpunk tidak mengguna-

kepada tahap lebih tinggi. Watak utama atau protagonis dalam fiksyen cyberpunk selalunya adalah antihero dan seorang penggodam. Oleh itu, watak utama tidak memiliki sifat yang lazimnya dikaitkan de-ngan seorang wira seperti keberanian dan kepimpinan. Namun, watak tersebut selalu-nya dimanipulasi, diletakkan dalam situasi terdesak iaitu tiadanya ruang untuk mem-buat pilihan tetapi watak berkenaan akhir-nya dapat mengatasi semua itu. Antihero juga boleh terdiri daripada penjenayah, orang buangan dan kelainan upaya.

William Gibson dengan novelnya Neuro-mancer yang terbit pada 1984 kerap diru-juk dengan istilah cyberpunk. Beliau amat menekankan gaya, daya tarikan dan sua-sana konvensional fiksyen cyberpunk dalam novel tersebut. Melalui Neuromancer, isti-lah ruang siber yang pertama kali diperke-nal menjadi popular. Kehebatan novel itu memang tidak dapat disangkal. Pada awal penerbitannya, Neuromancer diterima baik dan pantas menjadi bualan ramai. Ia juga menjadi novel pertama yang memenangi tiga anugerah fiksyen sains (triple crown) dalam tahun sama iaitu Anugerah Nebula, Anugerah Hugo dan Anugerah Dick K. Phi-lip. Majalah Time juga menyenaraikan Neu-romancer antara 100 novel terbaik dalam bahasa Inggeris sejak 1923. Ringkasnya, novel tersebut mengisahkan watak Case, seorang penggodam yang diberi tugasan berkaitan pencurian data komputer oleh organisasi misteri yang diketuai Armitage. Dengan bantuan Molly, seorang cyborg upa-han, dan seorang pencuri iaitu Peter Riviera, Case melaksanakan tugasan tersebut.

Dari sudut analisis pula, novel Neuroman-cer boleh dikatakan suatu bentuk ramalan penulis tentang dunia moden yang amat teri-kat dengan ruang internet. Hal ini kerana Gib-son mengarang novel tersebut sebelum era internet bermula. Gibson cuba membayang-kan pembaca terhadap masalah yang tim-bul jika teknologi internet tercipta terutama berkaitan pembinaan ruang siber (Matrix). Meskipun ia mendatangkan kebaikan, ruang

siber mengundang masalah berkaitan pen-curian pelbagai data oleh penggodam. Sedar ataupun tidak, masalah ini sedang dihadapi masyarakat masa kini. Satu lagi pemikiran yang diangkat Gibson adalah pengasingan sosial dan emosi antara satu sama lain. Novel ini terhad dalam membicarakan hal hubu-ngan peribadi antara manusia tetapi mem-perlihat jarak yang makin terhasil lantaran kemajuan teknologi. Manusia terlalu terikat dengan komputer dan internet hingga me-ngabaikan masyarakat sekeliling. Hubungan Case dan Molly hanya wujud atas dasar ke-hendak fizikal dan bukannya emosi. Manusia secara drastik berubah menjadi robot tanpa jiwa raga.

Neuromancer terus melebarkan pen-garuh luar biasa, antaranya ia dikatakan penyumbang kepada aspek linguistik apa-bila ia memperkenalkan istilah cyberspace atau ruang siber. Istilah itu sering diikti-raf sebagai inspirasi kepada konsep World Wide Web. Pada 1989, penerbit Epic Com-ics mengadaptasi novel itu kepada novel grafik. Versi hypertext (teks pautan) pula terbit pada 1990 melalui kelolaan Voyager Company`s. Kemudian novel itu menarik perhatian Bruce J. Balfour, Brian Fargo dan Tory A. Miles untuk dibangunkan menjadi permainan video. Dalam permainan video, latar dan tema yang dibawa Gibson masih dikekalkan tetapi watak protagonis dan plot diubah. Seterusnya pada 2002 novel berke-naan diadaptasi kepada drama radio oleh BBC World Service. Mutakhir, Neuromancer dalam perancangan untuk diadaptasi seba- gai filem.

Secara tuntas, pandangan umum yang percaya bahawa sastera dengan sains dan teknologi mempunyai garis pemisah bo-leh dicabar. Meskipun sastera, sains dan teknologi berbeza paksinya tetapi ada peng- hubung yang meruntuhkan garis pemisah iaitu nilai-nilai kemanusiaan. Fiksyen sains yang diasaskan daripada sains dan teknolo-gi merupakan genre yang nyata menjadi wahana untuk menyuntik roh kemanusiaan kepada sains dan teknologi.

Kemarau hujung waktu

Bahkan malam resah melihat seekor katak berteriak menjerit me-manggil-manggil hujan yang seakan-akan tidak lagi menginga- tinya. Saat begini malam berdoa agar suara si katak tidak habis dan hujan kembali menemui telinganya. Aku malam resah itu. Setiap detik aku berharap panggilan katak makbul. Kerana terlalu lama, aku merayu matahari memerah tubuhku, menukar peluh menjadi titis jernih yang boleh memuaskan dahaga. Tapi seperti hujan yang melupakan katak, matahari tidak pernah mengenaliku. Ia bangun selepas subuh, aku tiba sehabis senja. Dan sedang aku menanti-nanti mata siang itu, seekor katak bertukar menjadi mayat.

AB Nurmala

kan masa depan yang terlalu jauh dengan masa sekarang. Pandangan galaksi (galactic vistas) juga tidak digunakan iaitu melibat-kan planet-planet lain. Selalunya latar dalam fiksyen cyberpunk adalah pasca-industri (post-industrial) dengan menampilkan bu-daya luar biasa dan penggunaan teknologi dengan cara yang sama sekali tidak pernah dijangka oleh pencipta asal.

Dalam sesetengah penulisan cyberpunk, banyak latar atau peristiwa berlaku dalam dunia atas talian (online) iaitu ruang siber. Wujudnya kekaburan antara dunia realiti se-benar dengan dunia maya. Semua itu ber-laku kerana wujudnya sambungan terus antara otak manusia dengan sistem kom-puter. Selain itu, latar dalam cyberpunk amat terikat dengan kancah rasuah, komputer dan sambungan internet. Tambahan pula, megacorporation atau syarikat-syarikat ger-gasi menggantikan peranan kerajaan seba-gai pusat kuasa politik, ekonomi dan juga ketenteraan. Malah, syarikat-syarikat berke-naan juga bertindak sebagai kuasa besar kapitalis dalam menindas masyarakat mar-haen demi mengaut keuntungan.

Watak-watak dalam cyberpunk adalah watak terpinggir, menyendiri dan kehidu-pan hariannya amat terjejas dek peruba-han pesat teknologi berkaitan ruang data serta maklumat berkomputer. Ciri-ciri bi-

ologi manusia juga sentiasa di-ubah suai hing-ga mewujudkan manusia sepa-ruh robot atau cyborg. Fitrah manusia yang ditetapkan oleh Tuhan bukan lagi kayu ukur kepada kesem-purnaan. Kecer-dasan buatan yang ditambah menaikkan daya upaya manusia

Sebagai usaha meningkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah membelanjakan sebanyak RM1.1 bilion (dari tahun 2016 sehingga 2018) bagi kerja-kerja perbelanjaan kapital (CAPEX works) membaikpulih dan menaiktaraf sistem bekalan air.

Sepanjang 6 bulan pertama tahun 2019, sebanyak RM196 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja perbelanjaan kapital (CAPEX works). Air Selangor juga telah merangka dan merancang pelaksanaan kerja-kerja kapital secara berterusan melalui pelan perniagaan 30 tahun dengan perbelanjaan (CAPEX) sebanyak RM30 bilion.

Air Selangor Giat Laksanakan Kerja-Kerja Penambahbaikan Sistem Rawatan & Agihan AirMeningkatkan kecekapan sistem rawatan dan agihan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

ANTARA KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKSANAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Kerja-kerja menaiktaraf loji rawatan air

Kerja-kerja pembangunan dan menaiktaraf sistem agihan

(termasuk penggantian paip usang sepanjang 438.49 kilometer)

Kerja-kerja penggantian dan penyelengaraan aset

Program mengurangkanAir Tidak Berhasil (NRW)

PENCAPAIANSegala usaha yang diambil oleh Air Selangor dalam menambahbaik dan menaiktaraf sistem rawatan dan agihan air telah berjaya:

2016:20 kes setiap

100 kilometer

Penggantian paip di 34 hotspot (lokasi

kekerapan paip pecah) telah siap sepenuhnya, manakala 52 hotspot sedang dilaksanakan

dan dijangka siap pada akhir tahun 2019

Pencapaian pematuhan parameter

melebihi 99%(berdasarkan standard

Kementerian Kesihatan Malaysia)

2017:18 kes setiap

100 kilometer

2018:13 kes setiap

100 kilometer

Mengurangkan gangguan bekalan air ekoran insiden paip pecah:

*Pencapaian ini merupakan praktis terbaik(best practice) yang digunapakai oleh industri air di negara-negara lain.

17SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019ADVERTORIAL

18PBT

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG - Kira-kira 2,000 orang memeriahkan acara ‘flash-mob’ bertemakan Keretapi Sa-rong dengan masing-masing berpakaian tradisional Malay-sia, pada program Retro Klang 2019 sempena sambutan Hari Kemerdekaan, tidak lama lagi.

Kumpulan ‘Flashmob’ terbabit berkumpul di Kuala Lumpur Sen-tral seawal jam 8.15 pagi sebelum memulakan perjalanan menaiki komuter ke stesen Klang.

EXCO Pelancongan, Kebu-dayaan dan Pelancongan, Per-adaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari, ber-kata selain memperkenalkan ke-budayaan, acara itu juga bagi mempromosi keistimewaan yang ada di Selangor terutama Bandar Diraja Klang.

“Retro Klang yang memasu-ki tahun kelima penganjuran-nya secara tidak langsung akan menggalakkan pelancong untuk melawat pusat pelancongan se-tempat antaranya Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang seme-mangnya mempunyai pelbagai khazanah milik Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

“Malah, saya yakin pengan-juran program seperti ini turut berfungsi sebagai pemangkin

untuk menjana kemajuan sek-tor pelancongan negeri dengan pertambahan kehadiran pelan-cong tempatan dan luar negara, dalam usaha mencapai sasaran 7.7 juta pelancong ke Selangor tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmi-kan Retro Klang di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, di sini, pada 3 Ogos lalu.

Turut hadir, Yang Dipertua Maj- lis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohd Yasid Bidin; Pengeru-si Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Ibni Tengku Azman Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta-pi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Rani Hisham Samsudin.

Pada masa sama, Abdul Rashid berkata, beliau optimis acara berkenaan bukan yang terakh-ir, namun akan terus ditambah baik bagi memastikan ia terus berkembang dan menjadi salah satu ‘signature event’ dalam diari pelancongan Selangor.

Retro Klang 2019 dianjurkan Unit Perancang Ekonomi Sela-ngor, Local Companion (LOCCO), KTMB, MPK, Tourism Selangor dan Majlis Kebudayaan Selangor.

Selain ‘flashmob’, aktiviti lain turut diadakan antaranya perse-mbahan Joget Selangor, demon-

Retro Klang 2019

Tarikan ‘flashmob’ Keretapi Sarong

strasi kuih Selangor, permainan tradisional, ‘mini treasure hunt’ dan pameran koc sewa Keretapi Tanah Melayu Berhad di galeri diraja terbabit.

Program itu turut disertai oleh rakan komuniti LOCCO, pelajar perubatan Ramsay Sime Darby Healthcare College, pe-lajar jurusan fesyen Tunku Ab-

dul Rahman University College, Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu, Kumpulan Komuniti Blogger dan gerakan sosial, Sus-pended Meal.

KLANG - Program Retro Klang 2019 an-tara landasan terbaik mempromosikan Klang Heritage Walk, kata Yang Diper-tua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin.

Beliau berharap orang awam atau pelancong dialu-alukan mengambil pakej Klang Heritage Walk bagi menye-lusuri pelbagai lagi tempat menarik dan bersejarah yang wujud di daerah ini.

“Sekiranya ada dalam kalangan pelancong luar atau tempatan ingin menerokai bandar Klang, mereka bo-leh mendapatkan pakej Klang Heritage Walk itu daripada kebanyakan pe- ngusaha pelancongan di sini.

“Pakej Klang Heritage Walk ini me-mang sentiasa ada bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Se-langorKini ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Retro Klang di Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, di sini, pada 3 Ogos lalu.

Turut hadir, EXCO Pelancongan, Ke-budayaan Dan Pelancongan, Perada-ban Melayu Dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari; Pengerusi Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Ibni Tengku Azman Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi

Tanah Melayu Berhad, Mohd Rani Hi-sham Samsudin.

Pada masa sama, Mohamad Yasid berkata, beliau turut menggalakkan orang awam untuk memuat naik ap-likasi Loco Mole bagi mengetahui pel-bagai lagi tempat menarik yang ada di sekitar Klang.

“Pelbagai tempat akan disenaraikan di aplikasi Loco Mole itu bagi memu-dahkan mereka yang mahu menero-ka Klang tetapi pada masa sama ingin mengetahui sejarah di sebalik pemba-ngunan di sini,” katanya.

Terdahulu, hampir 2,000 peserta me-meriahkan acara ‘flashmob’ bertemakan Keretapi Sarong dengan masing-ma-sing berpakaian tradisional Malaysia, pada program Retro Klang 2019 sem-pena sambutan Hari Kemerdekaan, ti-dak lama lagi.

Kumpulan ‘Flashmob’ terbabit ber-kumpul di Kuala Lumpur Sentral sea-wal jam 8.15 pagi sebelum memulakan perjalanan menaiki komuter ke stesen Klang.

Program itu bertujuan memperke-nalkan kebudayaan di Selangor dan sebagai landasan untuk mempromo-si keistimewaan yang ada di negeri ini terutama Bandar Diraja Klang.

Landasan terbaik promosi Klang Heritage Walk

KAJANG - Hadiah wang tunai RM1,500 bakal menanti juara Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

MPKj dalam kenyataan me-maklumkan, pertandingan itu terbuka kepada semua komu-niti, persatuan penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sekitar ka-wasan pentadbirannya.

“Penyertaan dibuka hingga 9 Ogos ini dan kita akan memu-lakan kutipan minyak masak terpakai dari 12 Ogos berakhir pada 11 November.

“Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman sesawa-ng MPKj di www.mpkj.gov.my,” katanya.

Naib juara bakal membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta piala dan sijil, ketiga RM800 (piala dan sijil), manaka-la keempat dan kelima masing-masing RM500 serta RM300 (piala dan sijil).

Katanya, pertandingan itu di-adakan sebagai inisiatif ke arah penjagaan alam sekitar bagi ko-muniti di sekitar kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

“Ia juga memberi peluang kepada komuniti dalam usaha memelihara alam sekitar dari-pada pencemaran minyak ma-sak terpakai ke dalam sumber air dengan cara mengumpulnya untuk dikitar semula menjadi biodisel, lilin dan bahan pencu-ci,” katanya.

Wang tunai RM1,500 menanti juara

Penyertaan dibuka hingga 9 Ogos ini dan kita akan memulakan kutipan minyak masak terpakai dari 12 Ogos berakhir pada 11 November. Borang pendaftar- an boleh dimuat turun di laman sesawang MPKj di www.mpkj.gov.my

Kenyataan MPKj

19SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) memperkenalkan kempen 'Katakan Tidak Camel Back'

bagi memberi kesedaran ke-pada kakitangan, kontraktor, pemandu dan operator lori berkenaan pematuhan had muatan lori.

Ketua Jabatan Opera-si, Jafrikhairi Mhd Idris ber-kata, kempen itu bertujuan mengelakkan jalan rosak, kese- lamatan pengguna, disamping memberi imej pematuhan dari tapak operasi KSSB yang men-jalankan aktiviti jualan pasir.

Katanya, muatan berlebihan bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya tetapi akan turut membawa ke-pada kerosakan jalan raya.

"KSSB mahu mendidik kon-traktor bersama pemandu lori supaya mereka sentiasa me-matuhi syarat-syarat Jabatan Teknikal, disamping ianya dapat mengurangkan risiko kesela-matan.

"Malah, struktur jalan juga akan cepat rosak apabila lori berkenaan melebihi muatan menggunakan laluan terbabit.

"Oleh itu, isu dan perkara ini perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kejadi-an tidak diingini berlaku," kata-nya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kempen Katakan Tidak Camel Back, di Tapak Operasi Desa Kita, di sini.

Jafrikhairi berkata, sebanyak 10 lokasi operasi daripada 82 kawasan terdiri daripada lom-bong, sungai dan tapak stock-pile di Utara dan Selatan dipilih

pada peringkat permulaan kem-pen berkenaan.

Antara tapak operasi yang mengambil bahagian secara serentak di Sungai Selangor (Sri Endah), Sungai Pasa-ngan (Plot B), Malaysia Rock Products (MRP), Hasil Perang-sang, Desa Kita, Rock White Sdn Bhd, Mara Majumas, Zin Shen Trading dan Alam Jagat.

Untuk rekod, KSSB mempu-nyai 82 tapak operasi yang me-libatkan sungai atau lombong dan juga stockpile di seluruh Selangor.

Beliau berkata, sejumlah 515 keping pelekat yang me-maparkan gambar had mua-tan pasir yang dibenarkan dengan cogan kata (tagline) 'Tanggungjawab Kita, Katakan Tidak Camel Back' diedarkan dan dilekatkan.

"Aktiviti yang dijalankan pada Isnin lalu membabitkan 10 tapak operasi yang terpilih daripada 82 tapak operasi di seluruh Selangor, sebanyak 515 pelekat telah diedarkan kepada pemandu lori yang membeli pasir di tapak-tapak operasi KSSB.

“Aktiviti pemantauan dan kawalan lebihan muatan telah dilaksanakan sejak KSSB di-tubuhkan, dengan Pelancaran Kempen Katakan Tidak Camel Back ini, pihak KSSB berharap dapat memberikan impak positif kepada pemandu lori,” katanya.

Sehubungan dengan itu, ka-tanya, aktiviti ini akan diterus-kan dari masa ke semasa agar kesedaran terhadap pematu-han kepada pemandu lori dapat dipertingkatkan.

“Pemantauan didalam tapak operasi dilakukan semasa pro-ses pengisian muatan pa-

Katakan Tidak Camel Back

KSSB laksana kempen patuhi had muatan pasir

sir di kawasan stockpile. Pe- ngendali operator mesin akan meratakan pasir mengikut ke-tinggian badan lori,” katanya.

Manakala pemandu lori akan memastikan kanvas di-pasang sebelum proses tim-bang keluar di jambatan timbang.

"Sekiranya syarat-syarat ti-bersihan, malah melakukan pembersihan secara efektif dan selamat.

"Ini lebih efektif dan efisen khususnya membabitkan sisa industri (pasir) di kawasan ter-babit," katanya.

KSSB ditubuhkan sebagai organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengek-strakan, pengeluaran dan pen-jualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di Se-langor.

Ia bertujuan untuk mengop-timumkan pulangan pemegang saham, ditubuhkan pada 26 Jun 2008 KSSB berperanan sebagai peneraju utama dalam pembangunan sumber asli mi-neral di negeri ini.

dak dilaksanakan, lori ini tidak akan dibenarkan melalui proses timbang keluar dan tiada docket dikeluarkan," katanya.

Pada masa sama, Jafrikhairi berkata, pihaknya turut melaku-kan operasi pembersihan jalan menggunakan jentera 'Road Sweeper' sebagai Tanggung-jawab Sosial Korporat (CSR) di sekitar kawasan jalan tapak operasi.

Katanya, operasi itu dilaku-kan setiap minggu pada Sabtu dan Ahad secara rutin ming-guan dengan jarak keseluruhan kawasan pembersihan sejauh 10km.

"Penggunaan jentera berkualiti tinggi itu bukan sa-haja memudahkan kerja pem-

Ahli akademik dipelawa menyumbang artikel kepada SelangorKini. Panjang tulisan antara 600 hingga 700 patah perkataan. Sertakan gambar dan biodata ringkas penulis. Artikel terpilih akan disiarkan di akhbar atau portalSelangorKini. Hantarkan kepada

[email protected]

20Pendidikan

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Inisiatif menarik lebih ramai pelajar mendalami ilmu sains, teknologi dan inova-si (STI) wajar dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjadi-kan Selangor sebuah negeri ber-prestasi tinggi.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inova-si dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian, berkata pihaknya khuatir dengan kadar penurunan pelajar yang mengambil aliran sains tulen di sekolah setakat ini.

“Kita perlu lahirkan pakar sains dan jurutera serta matematik teta-pi malangnya tahap pengambilan pelajar terhadap bidang ini amat berkurang.

“Hanya 40 peratus pelajar me-ngambil aliran sains tulen dan ini memang berbeza dengan sasa-ran kita untuk mencapai 60 pera-tus pelajar yang mengambil aliran berkenaan.

Dalami ilmu teknologi inovasi

Pelbagai inisiatif tarik minat pelajar

“Sebaliknya, mereka lebih ber-minat kepada aliran seni dan sastera,” katanya ketika ditemui SelangorKini pada program Ming- gu Sains Negara Peringkat Negeri

Selangor, di Pustaka Raja Tun Uda, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin;

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Ir Dr San-jayan Velautham dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam

SHAH ALAM - ‘Sains Untuk ke-sejahteraan’ diangkat sebagai tema Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Se-langor tahun ini bertepatan dengan kehidupan seharian manusia yang memberi im-pak besar terhadap kelestari-an alam sekitar.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Ino-vasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, karnival fasa kedua anjuran Kemente-rian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) itu sebagai wa-dah memupuk minat terhadap ilmu sains dalam kalangan rak-yat Selangor.

“Memandangkan pembangu-nan teknologi diperlukan untuk pembangunan negara, adalah sangat penting untuk menye-padukan ilmu sains dan teknolo-gi dengan sains sosial dalam membincangkan isu berkaitan teknologi serta kesannya terha-dap kelestarian persekitaran juga masyarakat.

“Kadar perkembangan tek-nologi yang pesat memerlu-kan pertimbangan teliti ke arah teknologi yang mencerminkan perkongsian nilai masyarakat dan persekitaran,” katanya pada majlis berkenaan, di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, pada 3 Ogos lalu.

Hadir sama, Menteri Tenaga,

‘Sains Untuk Kesejahteraan’ demi kelestarian alam

SHAH ALAM - Tourism Selangor mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Jelajah Skuad Kembara Sekolah untuk mempromosi produk pelancongan di negeri itu ke-pada pelajar dan guru.

Pengurus Promosi dan Pemba-ngunan Industrinya, Khuzaimah Ja-maluddin berkata, siri jelajah kali kedua itu memilih Sekolah Mene-ngah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya sebagai tuan rumah selepas siri per-tama diadakan di SMK Darul Ehsan, Batu Caves, pada April lalu.

Katanya, program itu turut men-dapat kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor dan menerima penyertaan beberapa produk pelancongan uta-ma negeri antaranya Sunway Lagoon, Kidzania, Farm in The City, Palace of the Golden Horses, Persatuan Sekin-chan, Bangi Wonderland serta Jump-street.

“Pelbagai aktiviti menarik kita atur-kan dengan memberi fokus terhadap

jaringan informasi dan taklimat pelan-congan komprehensif untuk mende-dahkan pelajar serta guru SMK TTDI Jaya berkenaan pilihan produk pelan-congan, di negeri ini.

“Program ini turut menjadi lan- dasan bagi penyaluran dan perkong-sian informasi berkenaan industri pelancongan serta kebudayaan, sekali gus memperkenalkan Selangor se-bagai negeri kaya dengan produk menarik selain berpotensi dijadikan sebagai antara destinasi pilihan pelan-cong.

“Malah, program ini juga dianjur-kan bagi memperkenalkan pelajar dan guru kerana ada segelintir mere-ka tidak tahu kewujudan tempat me-narik, di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Skuad Kembara Sekolah ber-sama Tourism Selangor bersempena Festival Antarabangsa #MySchool-Goals 2019, di SMK TTDI Jaya, di sini, baru-baru ini.

Selangor (PPAS), Mastura Muha-mad.

Pada masa sama, katanya, sains dan teknologi memainkan pera-nan penting dalam kehidupan seharian memandangkan setiap pergerakan dilakukan boleh diter-jemah dalam konteks sains serta teknologi.

“Revolusi Perindustrian Ke-empat (IR4.0) meletakkan caba-ran hebat kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan kita melakukan perubahan sei- ring dengan transformasi digital ini untuk kekal berdaya saing sama ada dalam atau luar negara.

“Selain itu, cabaran IR4.0 me-nuntut pembaharuan dan pene-muan pelbagai teknologi dalam bidang seperti automasi robotik, tenaga boleh diperbaharui, ke-cerdasan buatan (AI), realiti maya serta realiti bertambah, sekali gus mengekalkan kelangsungan hidup selain menyemarakkan ke-amanan,” katanya.

Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin; Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tena-ga Lestari (SEDA) Malaysia, Ir Dr Sanjayan Velautham dan Penga- rah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad.

Terdahulu, PPAS buat per-tama kali diberi mandat men- jayakan program yang berlang-sung dari 3 hingga 8 Ogos ini.

Sebelum ini, fasa pertama ber-jaya dilaksanakan pada 1 hing-ga 7 April lalu membabitkan lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Loy Sian berkata, pelbagai aktiviti dijalankan dalam usaha menggalakkan pembangunan

dan kemajuan sains, teknologi serta inovasi (STI) negara sepan-jang Karnival Minggu Sains Ne-gara berlangsung.

“Ia meliputi program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kala-ngan pelajar sekolah di Selangor serta beberapa slot perkongsian ‘Career Aspiration Talk’.

“Terdapat beberapa pertan-dingan membabitkan STEM tu- rut diadakan antaranya pertan-dingan Reka Cipta dan Inovasi STEM, Pertandingan STEM Ac-tion Song, Pertandingan Bercer-ita STEM, Pertandingan Robotik STEM Sekolah Menengah, semi-nar HOT dalam pendidikan STEM Malaysia serta Kem Sains dan Ur-ban Farming Selangor 2019,” ka-tanya.

Skuad Kembara Sekolah dekati pelajar, promosi pelancongan

21SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Skuad Kembara Sekolah dekati pelajar, promosi pelancongan

08 Khamis 5:45 5:55 7:12 1:24 4:43 7:31 8:4309 Jumaat 5:45 5:55 7:12 1:24 4:43 7:31 8:4310 Sabtu 5:45 5:55 7:12 1:24 4:43 7:31 8:4311Ahad 5:45 5:55 7:12 1:24 4:42 7:31 8:4212 Isnin 5:45 5:55 7:12 1:24 4:41 7:30 8:4213 Selasa 5:45 5:55 7:12 1:24 4:41 7:30 8:4214 Rabu 5:45 5:55 7:12 1:24 4:40 7:30 8:41

08 Khamis 5:43 5:53 7:11 1:22 4:41 7:28 8:41 09 Jumaat 5:43 5:53 7:11 1:22 4:40 7:28 8:40 10 Sabtu 5:43 5:53 7:11 1:21 4:40 7:28 8:40 11 Ahad 5:43 5:53 7:10 1:21 4:39 7:28 8:39 12 Isnin 5:43 5:53 7:10 1:21 4:39 7:28 8:39 13 Selasa 5:43 5:53 7:10 1:21 4:38 7:27 8:39 14 Rabu 5:43 5:53 7:10 1:21 4:38 7:27 8:38

08 Khamis 5:44 5:54 7:12 1:22 4:42 7:28 8:41 09 Jumaat 5:44 5:54 7:12 1:22 4:41 7:28 8:40 10 Sabtu 5:44 5:54 7:12 1:22 4:41 7:28 8:40 11 Ahad 5:44 5:54 7:12 1:22 4:40 7:28 8:39 12 Isnin 5:44 5:54 7:12 1:22 4:40 7:28 8:39 13 Selasa 5:44 5:54 7:11 1:22 4:39 7:27 8:39 14 Rabu 5:44 5:54 7:11 1:21 4:39 7:27 8:38

8 - 14 OGOS 20197 - 13 zulHIJJAH1440

SEPANG - Malaysia bangga menerima pujian dan pengik-tirafan daripada kerajaan Arab Saudi dan negara-negara Is-lam atas pencapaian Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengu-ruskan ibadah haji jemaah ne-gara dengan baik, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mo-hamad.

Ketika berucap pada majlis selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi musim haji 1440/2019 di Kom-pleks TH Sepang, Perdana Men-teri berharap TH terus komited dalam meningkatkan tahap perkhidmatan.

“Ini termasuk daripada segi pengurusan haji, simpanan dan pelaburan agar ia sentia-sa berada pada tahap yang ce-merlang dan menjadi contoh kepada negara Islam lain, di se-luruh dunia,” katanya.

Perdana Menteri berkata, je-maah haji Malaysia antara yang paling beruntung berbanding jemaah haji negara lain kerana TH memberi khidmat layanan dan urusan haji dengan lebih teratur yang diuruskan dari awal hingga akhir.

Dr Mahathir turut berpesan kepada jemaah haji Malaysia su-paya mengikut segala nasihat dan panduan kesihatan serta amalan pemakanan yang disa-

Pencapaian Tabung Haji

Malaysia bangga terima pujian antarabangsa

Dr Mahathir bersalaman dengan bakal haji ketika majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji itu ke Tanah Suci Musim Haji 1440/2019M di Kompleks Tabung Haji Sepang, pada 4 Ogos lalu. – fotoBERNAMA

SEPANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, inisiatif Laluan Makkah di Arab Saudi memberi faedah kepada semua jemaah haji ter-masuk, dari Malaysia.

“Oleh itu, bagi pihak rakyat Malay-sia, saya ingin menyampaikan seting-gi-tinggi penghargaan ikhlas kami kepada anda (Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan) dan pasukan anda di atas so-kongan penuh kepada Tabung Haji dan jemaah haji Malaysia sejak bertahun la-manya, lebih-lebih lagi dengan terlak-sananya inisiatif Laluan Makkah, yang terbukti memberi faedah kepada je-maah haji kami.

“Kami berharap hubungan kukuh antara kedua-dua negara akan dite-ruskan bagi faedah jemaah haji kami, InsyaAllah,” katanya pada majlis me-

ngucapkan selamat jalan kepada je-maah haji ke tanah suci musim haji 1440 Hijrah, pada 4 Ogos lalu.

Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Moham-ad Azmin Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mu-jahid Yusof.

Dr Mahathir turut merakamkan penghargaan kepada pihak Kedutaan Arab Saudi di Malaysia di atas kerjasa-ma yang diberikan terutama berkaitan kebajikan jemaah haji.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengingatkan jemaah haji Ma-laysia agar menjaga kesihatan sepan-jang menunaikan ibadah haji.

“Haji adalah ibadah yang memerlu-kan kekuatan fizikal dan emosi. Sema-sa musim haji, jutaan umat Islam dari

pelbagai negara akan berkumpul di Tanah Suci, yang keadaan di sana se-sak serta cuaca yang panas,” katanya.

Jemaah haji pula perlu berulang-alik ke masjid untuk melakukan tawaf, sa’ie, melontar dan lain-lain ibadat su-nat. Dan untuk semua ini tubuh badan perlu sihat dan cergas.

“Jadi, saya ingin pesan supaya ikut segala nasihat dan panduan kesihatan serta amalan pemakanan yang disa-rankan oleh Tabung Haji dan Kemente-rian Kesihatan supaya tahap kesihatan sentiasa baik dan dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, iba-dah ini memerlukan jemaah untuk lebih banyak bersabar, bertoleransi dan prihatin tanpa mengira warna ku-lit, bahasa, adat resam dan budaya.– BERNAMA

Laluan Makkah manfaat buat jemaah

rankan oleh TH dan Kemente-rian Kesihatan Malaysia supaya tahap kesihatan sentiasa baik untuk melaksanakan ibadat dengan sempurna.

“Ketika di Tanah Suci nan-ti, doakanlah supaya negara kita Malaysia terus aman dan sejahtera. Hanya dengan ke-amanan, kita semua dapat melaksanakan ibadat menurut syariat yang dituntut oleh Allah SWT dengan tenang tanpa rasa bimbang atau takut,” katanya.

Beliau difahamkan, sudah lebih 90 peratus jemaah haji Malaysia berada di Makkah sehingga hari ini dan tinggal beberapa sahaja lagi pener-bangan.

Pada majlis hari ini, 483 je-maah haji akan berlepas dari La-pangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.20 petang ke Lapangan Ter-bang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.– BERNAMA

Dr Mahathir dan isteri, Dr

Siti Hasmah bergambar

bersama bakal haji ketika majlis

mengucapkan selamat jalan

kepada jemaah haji itu ke Tanah Suci Musim Haji 1440/2019M di

Kompleks Tabung Haji Sepang, pada

4 Ogos lalu. – fotoBERNAMA

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

PETALING JAYA - Kesedaran ber-hubung amalan penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu di nega-ra ini semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Hannah berkata, berdasarkan data tahunan yang diperoleh Ja-batan Kesihatan Negeri di seluruh negara, kadar penyusuan susu ibu secara eksklusif iaitu enam bulan pertama kelahiran bayi menun-jukkan peningkatan daripada 14.5 peratus pada 2009 kepada 60 pe-ratus, pada tahun lalu.

“Peningkatan dan kesedaran ibu berhubung penyusuan ini sangat memberangsangkan me-nyaksikan peningkatan sebanyak 45.5 peratus, dalam tempoh ham-pir 10 tahun.

“Ia (peningkatan) adalah hasil

daripada program intervensi yang dilaksanakan kerajaan dan usaha advokasi daripada pelbagai orga-nisasi,” katanya selepas merasmi-kan program ‘Gift of Love’ anjuran The Breastfeeding Advocates Net-work (TBAN) bersama Pertubu-han Pertolongan Wanita (WAO), pada 4 Ogos lalu.

Program yang diadakan sempe-na sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2019 yang disambut 1 hingga 7 Ogos itu dihadiri le- bih 130 ibu bersama anak masing-masing.

Hannah berkata, sokongan semua pihak terutamanya keluarga dan majikan adalah penting bagi memastikan ibu dapat menyu- su anak secara berterusan untuk meningkatkan imunisasi badan seseorang bayi.

“Jika di tempat kerja, ibu memer-

lukan fasiliti seperti bilik penyusuan dan penyimpanan sejuk untuk me-nyimpan stok susu mereka.

“Kita harap negeri lain akan mencontohi Melaka apabila semua 19 agensi kerajaan di negeri itu me-nyediakan bilik penyusuan untuk kemudahan ibu,” katanya.

Berhubung cadangan cuti pa-terniti kepada golongan bapa yang bekerja di sektor swasta, Hannah berkata, usaha dan perbincangan sedang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia bersama majikan bagi mempertimbangkan cada-ngan itu.

“Cuti paterniti untuk bapa me-mang penting sebab minggu awal pertama kelahiran bayi, golongan ibu sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami un-tuk menguruskan diri dan anak mereka,” katanya.– BERNAMA

Tingkat 45.5 peratus dalam tempoh 10 tahun

Kadar susuan ibu meningkat

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Teng-ku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menerima menghadap delegasi dari Lemba-ga Kebajikan Perempuan Islam Selangor daerah Klang, pada 2 Ogos lalu.

Pejabat Istana Selangor melalui kenyataan berkata, kunjungan itu diwakili penaungnya yang juga adinda DYMM Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

“Baginda kemudian berkenan menerima mengha-dap Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan yang diwakili Presidennya, Datin Fauziah Idris.

“Tengku Permaisuri adalah Penaung Diraja kepada persatuan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Tengku Permaisuri Selangor terima kunjungan LKPI Klang

TEMERLOH - Had umur bagi penerima manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kum-pulan B40 (PeKa B40) diturunkan daripa-da 50 tahun menjadi 40 tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat pasca Kabinet baru-baru ini bagi mem-bolehkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah melaku-kan saringan kesihatan dan men-jalani rawatan lebih awal.

Selain itu, keputusan terbabit dicapai kerana jumlah mereka berusia 50 tahun yang menggu-nakan kemudahan itu di seluruh negara hanya 40,119 orang ber-banding sasaran 800,000 orang yang ditetapkan sebelum ini.

“Jumlah peruntukan yang dise-diakan bagi pelaksanaan projek rintis PeKa B40 yang dimulakan April lalu ialah RM100 juta bagi 800,000 individu, namun mere-ka yang menjalani saringan ma-sih rendah.

“Kita mempunyai baki perun-tukan yang agak banyak untuk dihabiskan sebelum menerima pe-runtukan baharu, menyebabkan kita menurunkan had usia supaya lebih ramai dapat menikmatinya tanpa implikasi kewangan,” kata- nya pada sidang media, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Berdasarkan statistik, Dr Dzulkef- ly berkata, rakyat Sarawak pa- ling ramai menggunakan perkhid- matan Peka B40 iaitu seramai 9,852 diikuti Kedah (6,324), Pulau Pinang (4,582) dan Perak (4,209).

Ditanya sama ada kerajaan ber-hasrat mewajibkan mereka pada had usia tertentu untuk menjalani saringan PeKa B40, Dr Dzulkefly berkata, setakat ini mereka me-ngambil inisiatif melakukan ker-jasama dengan pihak berkaitan termasuk media untuk menyebar-

Had umur PeKa B40 turun kepada 40 tahun

kan kebaikan program itu.“Kita mahu rakyat mempunyai

kesedaran diri untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Saya bo-leh melakukan pelbagai larangan atau mewajibkan sesuatu, namun yang paling utama dalam kesiha- tan ialah diri sendiri selain ibu bapa yang perlu menunjukkan teladan yang baik,” katanya.

Mengulas berhubung program Kampungku Sihat, Dr Dzulkefly berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetu-ju supaya program itu dibawa ke peringkat nasional bagi meng-hidupkan budaya amalan kesi-hatan yang baik di peringkat akar umbi.

Katanya, pelaksanaan program itu diharap dapat menimbulkan kesedaran, sekali gus mengurang-kan penyakit tidak berjangkit se-perti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung dalam ka-langan rakyat Malaysia. -BERNAMA

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Se-langor (LZS) memulakan operasi cawangan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seksyen 14, sejak 1 Ogos.

Ia berikutan penutupan operasi cawangannya di Kompleks PKNS, pada 8 Julai lalu.

LZS dalam kenyataan memak-lumkan, cawangan baharu itu akan beroperasi mengikut waktu ditetap-kan pengurusan UTC, iaitu pada se-tiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 1 tengah hari hingga 10 malam, sementara Sabtu dan Ahad bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Bagaimanapun, waktu oper-asi ini khusus di cawangan UTC sahaja, manakala waktu operasi di 26 cawangan LZS adalah se-

Cawangan LZS UTC Shah Alam mula beroperasi

perti biasa.“Pembukaan cawangan ini

adalah inisiatif kami bagi memu-dahkan masyarakat terutama di kawasan sekitar untuk beruru-san dengan LZS di luar jangkau-an waktu pejabat dan hari cuti,” katanya.

Antara perkhidmatan disedia-

kan temasuk urusan taksiran zakat dan bayaran zakat, khidmat run-dingan berkaitan agihan zakat, fid- yah, wakaf, sedekah serta wang tidak patuh syariah.

LZS cawangan baharu berke-naan turut menyediakan saluran pembayaran zakat melalui kad kredit Islamik dan debit.

Kita mempunyai baki peruntukan yang agak banyak untuk dihabiskan sebelum menerima peruntukan baharu, menyebabkan kita menurunkan had usia supaya lebih ramai dapat menikmatinya tanpa implikasi kewanganDR DZULKEFLYAHMADMenteri Kesihatan

23SelangorKini 8 - 14 Ogos 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki negara mendapat tonik tambahan menjelang pu- singan kelayakan Sukan Olimpik 2020 To-kyo, November ini, apabila muncul juara Kejohanan Jemputan Empat Negara di Ter-rassa, Sepanyol, pada 4 Ogos lalu.

Skuad Malaysian Tigers dinobatkan juara selepas menamatkan kempen liga sepu-singan itu apabila seri 3-3 dalam aksi ter-akhir menentang pasukan ranking keenam dunia, England.

Sebelum ini, skuad bimbingan Roelant Oltmans mengejutkan Sepanyol 4-3 pada 1 Ogos lalu dan Ireland 2-1 sehari kemudian untuk mengungguli saingan dengan tujuh mata diikuti Sepanyol dengan empat mata manakala England dan Ireland masing-ma-sing memperoleh dua mata.

Pada pertemuan dengan England, skuad negara melakukan kejutan awal apabila mendahului 2-0 seawal 10 minit pertama perlawanan menerusi jaringan sudut pe-nalti oleh Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ketiga dan Mohammad Fitri Saa-

ri pada minit kesembilan.Bagaimanapun, England bangkit me-

nyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Sam Ward pada minit ke-24 dan jaringan Christopher Griffiths pada minit ke-34.

Skuad Malaysian Tigers sekali lagi menda-hului kedudukan menerusi jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-54 tetapi kedudukan tersebut hanya mampu bertahan selama tiga minit apabila Phil Roper menyelamatkan maruah England dengan gol penyamaan.

Skuad kini dalam siri Jelajah Eropah dengan melakukan kejutan besar selepas mengalahkan bekas juara dunia dua kali, Jerman, 4-2 di Krefeld, Jerman, pada 26 Julai lalu dan tewas tipis 1-0 kepada Sepanyol.

Pasukan negara meneruskan siri ujian dengan menentang pasukan ‘ranking’ ke-tiga dunia dan juara dunia tiga kali, Belan-da, pada 6 Ogos dan 7 Ogos, diikuti dengan pasukan nombor dua dunia, Belgium, pada 10 dan 12 Ogos ini. - BERNAMA

Julang gelaran kejohanan empat negara di Sepanyol

Kred

it: F

B M

alay

sian

Hoc

key

Conf

eder

atio

n

SHAH ALAM - Universiti Teknolo-gi Mara (UiTM) melakar kejayaan tersendiri apabila dinobatkan juara keseluruhan Sukan Majlis Su-kan Universiti (MASUM) 2019 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP), pada 3 Ogos lalu.

Ketua Kontinjennya, Mohd Fisol Saud, berkata pasukannya berjaya merangkul 64 emas, 33 perak dan 35 gangsa.

Katanya, ia sekali gus menga-tasi pencabar terdekat, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang meraih 44 pingat emas, 38 perak serta 27 gangsa.

“Acara silat menyumbang tu-juh emas, memanah (empat emas) manakala bola baling wanita, ping pong beregu lelaki, badminton perseorangan lelaki dan boling padang triples wanita masing-masing menyumbang satu pingat

emas, di hari terakhir kejohanan.“Lebih manis lagi, UiTM mem-

pertahankan kejuaraan yang di-menangi pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Universiti Pen-didikan Sultan Idris (UPSI) meraih tempat ketiga dengan kutipan pingat 20 emas, 17 perak dan 28 gangsa.

Beliau yang juga Timbalan Pe-ngarah Pusat Sukan UiTM berka-ta, kejayaan mengungguli sukan berkenaan adalah hasil sokongan berterusan daripada pihak pe-ngurusan tertinggi UiTM selain latihan pusat berkala dan sema-ngat juang tinggi oleh atlet serta jurulatih pasukan.

Terdahulu, MASUM memper-tandingkan 19 acara dan terba-hagi kepada dua fasa, sejak 23 Julai lalu.

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Aksi pemain dram cilik dari Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) ketika per-lawanan Selangor FA menentang Felda United di Stadium Shah Alam baru-baru ini mencuri per-hatian penyokong yang hadir.

Malah, aksi yang sempat di-rakamkan dalam video berdurasi 30 saat itu turut mencuit hati neti-zen dan tular di media sosial.

Sehingga kini, video yang me-maparkan aksi Mohamad Izzfiraf

FAS beri penghargaan

Pemain dram cilik curi perhatian

UiTM juara keseluruhan MASUM

Mohd Asyraf, 5, sedang bermain dram mengiringi lagu Barisan Kita itu ditonton sebanyak 1,273 kali.

Video yang dimuat naik di akaun instagram Pegawai Perhubungan untuk Pasukan Pelawat, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Mohd Zailani Ramli, itu turut menarik per-hatian persatuan terbabit.

Mohd Zailani berkata, FAS me-lancarkan gerakan mencari pe-main dram cilik yang berasal dari Taman Kampung Kuantan, Klang selepas menonton video itu me-lalui kiriman WhatsApp.

“FAS cuba mengesan pemain dram cilik ini sebagai penghargaan untuk memberi hadiah istimewa.

“Kami mendapat tahu dia ber-sama bapanya adalah anggota SSFC dan kami berjaya berhubung dengan mereka untuk diaturkan acara khas penyampaian cende-rahati di Pusat Latihan FAS yang baru dinaik taraf,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Mohd Zailani berkata, selain hadiah istimewa daripada FAS, beberapa pihak turut menyatakan minat untuk memberi hadiah lain berupa wang tunai.

2. Pembekal / Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat tender pada hari dan masa yang telah ditetapkan. Sila bawa bersama sijil asal pendaftaran dengan Kementerian Kewangan yang masih sah. Hanya penama dalam sijil pendaftaran sahaja dibenarkan untuk menghadiri taklimat. Wakil syarikat perlu mengemukakan surat kebenaran / kuasa dari syarikat yang diwakili.

3. Pembekal / Kontraktor juga perlu berdaftar dengan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan dokumen tender boleh dibeli melalui laman web Selangor tender https://tender.selangor.my/ selepas sesi taklimat. Harga dokumen tender adalah RM100.00.

4. Tender akan di tutup pada tarikh seperti di atas. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tender dan jenis bekalan yang berkaitan serta dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40632 Shah Alam sebelum jam 12.00 tengahari. Tender yang lewat tidak akan di terima.

5. Pihak Jabatan Pertanian Negeri Selangor tidak terikat untuk menerima tawaran tender yang terendah atau sebarang tender.

No Tender

PPN.SEL(T)04/2019

Butiran-butiran tender

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Di Pejabat dan Pusat Pusat Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Selangor Bagi Tempoh 2 Tahun1.Pejabat Pertanian Daerah Gombak2.Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjong Karang3.Pusat Pertanian Batang Kali, Hulu Selangor4.Pusat Pertanian Labu Lanjut, Sepang5.Pusat Pertanian Parit Baru, Sabak Bernam6.Pusat Pertanian Meru, Klang7.Pusat Latihan Pertanian Kalumpang , Hulu Selangor

Kod Bidang Pendaftaran

220801

Tarikh Tender Dijual / Taklimat

21 Ogos 2019Taklimat Pada:20 Ogos 2019Jam : 10.00 pagiBilik Mesyuarat Utama Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam

Tarikh TutupTender

3 September 2019

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGORKENYATAAN TENDER

Tawaran tender ini adalah dipelawa kepada Pembekal / Kontraktor Bumiputera Dan Bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian

Kewangan Malaysia di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan menyertai tender seperti berikut :-

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mu-lia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin ber-kenan untuk turut sama menyer-tai acara berjalan 10,000 langkah

Tengku Permaisuri Norashikin sertai acara 10,000 langkah

sempena Program Karnival 3W (Wellness, Welfare and Women), bersama rakyat Selangor, pada 4 Ogos lalu.

Baginda yang mula berjalan dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada jam 7.30 pagi itu tu-rut menyempurnakan pelepasan peserta kayuhan basikal Shah Alam Tanpa Kenderaan.

Tengku Permaisuri Norashikin turut diiringi Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim ser-ta hampir 2,000 peserta termasuk kanak-kanak.

Hadir sama ialah EXCO Kesi-hatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Ma-riah Mahmud dan isteri kepada Dato' Menteri Besar, Masdiana Muhamad.

Program itu adalah inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam un-tuk memberi pendedahan kepa-da orang ramai untuk mengamal-kan gaya hidup sihat dan budaya bersukan khususnya warga Shah Alam.

Orang ramai juga berpe- luang menyertai pelbagai ak-tiviti menarik termasuk acara se-namrobik, persembahan pentas dan ‘wall climbing’.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (empat kanan) berkenan melepaskan peserta 10,000 langkah pada Karnival 3W dan Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. - fotoBERNAMA

GOMBAK - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari memuji semangat kesukanan ditonjolkan pemain muda yang menyertai Kejohanan Bola Sepak bawah 12 Tahun Pia-la Yang Amat Berhormat (YAB) Amirudin Shari.

Amirudin ketika berucap ber- kata, kejohanan berprestij mem-babitkan 32 pasukan dari Sela- ngor dan Pulau Pinang itu seha- rusnya diteruskan, sekali gus da- pat melahirkan bintang bola sepak profesional pada masa depan.

“Bakat yang dicungkil harus diasuh dan dididik supaya da-pat menjelmakan lagenda bola sepak negara seterusnya.

“Dengan wujudnya kejohanan seumpama ini, sudah pasti akan memberikan kesan yang cukup positif dalam pembangunan bola sepak Selangor dan Malaysia ter-utamanya,” katanya.

Karnival 3W dan Hari Tanpa Kenderaan

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Amirudin Shari di Kampung Melayu Wira Damai, Sungai Tua, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Sementara itu, Pengerusi Peng-

gerak Belia Tempatan (PeBT), Khairul Syafiq Mohd Salleh berka-ta, kejohanan itu kali kedua dian-jurkan selepas siri pertama pada 2016 bertujuan membangunkan pembangunan bola sepak di pe- ringkat akar umbi.

“Kami berharap kejohanan ini akan diteruskan pada tahun seterusnya bagi membolehkan penyambungan pembangunan bola sepak memandangkan Se- langor adalah generasi bola sepak Malaysia,” katanya.

Menurut rekod, PeBT Majlis Perbandaran Selayang membina Kelab Bola Sepak Bintang Gom-bak bertujuan melahirkan bin-tang bola sepak profesional dari Dewan Undangan Negeri Sungai Tua.

MB puji semangat pemain bola sepak muda