buletin pembina zulhijjah 1431

6
PEMBINA Kini, genap sebulan Sekolah Harapan di Jasin, Melaka membuka tirainya kepada pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah yang sedang hamil. Penubuhan sekolah ini adalah hasil inisiatif Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, bagi menempatkan pelajar-pelajar sekolah yang hamil, samada yang telah berkahwin, yang belum berkahwin atau yang menjadi mangsa rogol. Semenjak keputusan beliau menubuhkan sekolah ini diutarakan awal bulan Jun yang lalu, bertali arus respon dikemukakan oleh pelbagai pihak; ada yang menyokong, ada yang menentang. Jika dilihat dari sudut modul sekolah tersebut, silibus matapelajarannya berasaskan silibus sekolah menengah kebangsaan biasa. Di samping itu, kaunseling kerohanian dan kesihatan turut diberi kepada para pelajar. Segala pengurusan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), manakala matapelajarannya pula dikendalikan oleh guru-guru bertauliah dari JAIM. Melihat dari mata kasar, pelajar-pelajar ini betul-betul dibimbing, bukan sahaja masih diberikan peluang untuk terus bersekolah, malahan juga bimbingan dari sudut psikologi. Jika dikaji objektif awal penubuhan sekolah ini, ia bertujuan untuk mengurangkan kadar pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi. Mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, 91 orang anak luar nikah telah didaftarkan pada tahun 2009, dan setakat bulan Julai 2010, 174 orang bayi luar nikah pula didaftarkan dan rata-ratanya dilahirkan oleh gadis dibawah umur 20 tahun. Pada 4 Oktober yang lalu, seorang bayi lelaki selamat dilahirkan oleh pelajar tingkatan 5 Sekolah Harapan ini. Ketika mengesahkan kelahiran itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, "Ingin saya tegaskan bahawa secara langsung sekolah ini telah mencapai matlamat dan visinya menyelamatkan bayi luar nikah daripada dibuang atau ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya." Tujuan penubuhan sekolah ini amat murni kerana menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa. Teringat kisah pada zaman Rasulullah dimana seorang wanita dari daerah Ghamid dari suku al-Azd datang membuat pengakuan kepada Rasulullah bahawa dia telah berzina. Rasulullah meminta beliau ... persatuan belia islam nasional | edisi zulhijjah 1431h | isu 4/2011 buletin 39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor. www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja Sekolah Harapan "Masihkah ada harapan?" " Kini, gena Kini, gena tirainya ke tirainya ke yang seda yang seda ...sekolah ini telah mencapai matlamat dan visinya menyelamatkan bayi luar nikah daripada dibuang atau ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya." "

Upload: pembina

Post on 14-Mar-2016

257 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Edisi 04/2010

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1431

PEMBINA

Kini, genap sebulan Sekolah Harapan di Jasin, Melaka membuka

tirainya kepada pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah

yang sedang hamil. Penubuhan sekolah ini adalah hasil

inisiatif Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam,

bagi menempatkan

pelajar-pelajar sekolah

yang hamil, samada

yang telah berkahwin,

yang belum berkahwin

atau yang menjadi mangsa rogol. Semenjak keputusan beliau

menubuhkan sekolah ini diutarakan awal bulan Jun yang lalu,

bertali arus respon dikemukakan oleh pelbagai pihak; ada yang

menyokong, ada yang menentang.

Jika dilihat dari sudut modul sekolah tersebut, silibus

matapelajarannya berasaskan silibus sekolah

menengah kebangsaan

biasa. Di samping itu,

kaunseling kerohanian dan

kesihatan turut diberi kepada

para pelajar. Segala pengurusan diserahkan kepada Jabatan

Agama Islam Melaka (JAIM), manakala matapelajarannya pula

dikendalikan oleh guru-guru bertauliah dari JAIM. Melihat dari

mata kasar, pelajar-pelajar ini betul-betul dibimbing, bukan

sahaja masih diberikan peluang untuk terus bersekolah,

malahan juga bimbingan dari sudut psikologi.

Jika dikaji objektif awal penubuhan sekolah ini, ia bertujuan

untuk mengurangkan kadar pembuangan bayi yang semakin

menjadi-jadi. Mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara,

91 orang anak luar nikah telah didaftarkan pada tahun 2009,

dan setakat bulan Julai 2010, 174 orang bayi luar nikah pula

didaftarkan dan rata-ratanya dilahirkan oleh gadis dibawah

umur 20 tahun. Pada 4 Oktober yang lalu, seorang bayi lelaki

selamat dilahirkan oleh pelajar tingkatan 5 Sekolah Harapan

ini. Ketika mengesahkan kelahiran itu, Ketua Menteri, Datuk

Seri Mohd Ali Rustam berkata, "Ingin saya tegaskan bahawa

secara langsung sekolah ini telah mencapai matlamat dan

visinya menyelamatkan bayi luar nikah daripada dibuang atau

ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya."

Tujuan penubuhan

sekolah ini amat

murni kerana

menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa. Teringat kisah

pada zaman Rasulullah dimana seorang wanita dari daerah

Ghamid dari suku al-Azd datang membuat pengakuan kepada

Rasulullah bahawa dia telah berzina. Rasulullah meminta beliau...

persatuan belia islam nasional | edisi zulhijjah 1431h | isu 4/2011

buletin

persatuan belia islam nasional|edisi zulhijjah 1431h|39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor.www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja

Sekolah Harapan"Masihkah ada harapan?""

Kini, genap sebulan Sekolah Harapan di Jasin, Melaka membuka

"Kini, genap sebulan Sekolah Harapan di Jasin, Melaka membuka

tirainya kepada pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah

"tirainya kepada pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah

yang sedang hamil. Penubuhan sekolah ini adalah hasil "

yang sedang hamil. Penubuhan sekolah ini adalah hasil

...sekolah ini telah mencapai matlamat dan visinya menyelamatkan bayi luar nikah daripada dibuang atau ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya.""

PEMBINAisu 4/2011

39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor.

PEMBINAisu 4/2011

Page 2: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1431

pulang untuk beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Pada hari

yang lain, wanita itu datang lagi untuk memberitahu bahawa

dia telah hamil. Rasulullah mengarahkannya untuk pulang

sehingga dia melahirkan anak itu. Setelah anak itu lahir, wanita

itu membawa anak tersebut kepada Rasullullah. Sekali lagi

baginda Rasulullah menyuruhnya pulang untuk disusukan anak

itu. Beberapa tahun kemudian setelah anak itu sudah bercerai

susu dan dapat makan dengan sendiri, wanita itu datang lagi

melaporkan diri kepada Rasulullah dan menyatakan bahawa

anak itu sudah boleh hidup tanpanya. Maka Rasulullah pun

menjatuhkan hukuman rejam ke atasnya. Sewaktu hukuman

rejam dikenakan, wanita itu tidak berganjak sedikit pun dari

tempatnya, dan menurut Rasullulah, taubat wanita itu telah

diterima oleh Allah (diolah dari Shahih: Mukhtashar Muslim

no: 1039, Muslim III: 1321 no: 1695). Begitu sekali Rasulullah

mengambil perhatian terhadap penjagaan anak luar nikah

untuk memastikan dia lahir dengan selamat, disusukan dengan

sempurna dan seterusnya dibimbing agar menjadi insan

harapan ummah.

Dari sudut pandangan yang lain pula, Sekolah Harapan ini

hanya mampu menampung seramai 40 orang pelajar dan

setakat ini hanya beberapa orang pelajar sahaja yang baru

mendaftar. Kemungkinan sambutan yang kurang menggalakkan

ini disebabkan pelajar-pelajar atau ibubapa malu untuk

mendaftar. Kemungkinan juga sesi persekolahan sudah

hampir tamat atau mungkin juga pelajar-pelajar takut untuk

menerima tindakan undang-undang yang bakal diputuskan

oleh mahkamah syariah terhadap mereka yang hamil di luar

nikah. Tetapi kalau sekiranya sambutan semakin memuaskan

pada tahun hadapan, adakah perlu untuk menambahkan lagi

bilangan Sekolah Harapan untuk menampung ratusan lagi

pelajar-pelajar yang hamil di luar sana?

Kita sebagai umat Islam seharusnya melihat isu hamil di luar

nikah ini sebagai trend jijik remaja masa kini. Apakah masjid-

masjid dan surau-surau tidak mengadakan ceramah-caramah

agama untuk mendidik generasi muda mengenal agama?

Apakah badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan Islam tidak

mengendalikan program-program dan aktiviti-aktiviti kerohanian

untuk membimbing anak-anak muda membina jatidiri? Apakah

rukun-rukun tetangga tidak membantu menghidupkan budaya

ketimuran di dalam masyarakat Malaysia ini? Apakah sekolah-

sekolah agama sudah berhenti beroperasi? Jawapannya sudah

tentu tidak! Semua inisiatif mencegah kemungkaran telah,

sedang dan akan dilakukan oleh semua pihak yang disebutkan

tadi. Namun, selagi televisyen masih mendedahkan aurat-

aurat manusia, selagi konsert-konsert masih mengumpulkan

para hedonis, selagi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut

semakin bercambah, dan selagi sambutan-sambutan Tahun

Baru dan Merdeka menjadi tumpuan manusia berpeleseran;

selagi itulah atmosfera kita tidak akan membantu apatah lagi

menyokong inisiatif-inisiatif mencegah kemungkaran yang

dilakukan oleh mana-mana pihak. Seandainya pendidikan

tarbiah dapat diberi secaya intensif, bukan sahaja dari Sekolah

Harapan ini, tetapi juga oleh mana-mana pihak dan mana-mana

institusi, tidak mustahil generasi-generasi muda dapat keluar ke

dalam masyarakat dan menjadi pembimbing pula untuk rakan-

rakan sebaya yang lain agar tidak mengulangi kemungkaran

yang sama.

...

Zulhijjah bulan

rahmatAbul-Laits Assamarqandi meriwayatkan

dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:

Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal

soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah

daripada hari-hari ini (yakni permulaan

Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat

bertanya: Walaupun jihad fi sabililah ya

Rasulullah?

Jawab Rasulullah SAW; Walaupun jihad

fi sabilillah kecuali seorang keluar dengan

membawa semua hartanya dan tidak kembali

sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).

"dalam masyarakat dan menjadi pembimbing pula untuk rakan-

"dalam masyarakat dan menjadi pembimbing pula untuk rakan-

"rakan sebaya yang lain agar tidak mengulangi kemungkaran

"rakan sebaya yang lain agar tidak mengulangi kemungkaran

Page 3: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1431

PELAJAR: Ayah dan ibu saya insyallah akan menunaikan

haji pada tahun ini tetapi saya nak tanya bolehkah jika

wang yang digunakan tu adalah wang hasil jualan tanah

kepunyaan ayah dan abang sulung saya yang mana

tanah itu dibeli dengan menggunakan duit pinjaman.

Jadi wang ini dikira pinjaman juga ke?

USTAZ : Tiada masalah, boleh digunakan. Cuma jika cara

ayah membuat pinjaman adalah secara riba. Transaksi

pinjaman ada dosa besar di situ. Tapi tanah yang telah

dibeli dan dijual dengan cara yang betul. Hasilnya adalah

halal.

PELAJAR: Salam, saya ingin bertanya adakah dibenarkan

dalam Islam zakat diberikan kepada bukan Islam?

Adakah sebarang dalil atau pernahkah dilakukan semasa

zaman Rasulullah atau para sahabat? Bagaimana

pula di zaman ini? Adakah sebarang maslahat untuk

memberinya?

USTAZ: Jawapan ringkasnya, boleh beri kepada bukan

Islam yang sedang jinak hatinya untuk pelajari Islam.

Dalilnya fi rman Allah sendiri yang sebut 8 asnaf zakat,

namun tafsiran boleh berbeza mengikut ijtihad ulama.

Bukan beri kepada sembarangan bukan muslim.

PELAJAR: Salam ustaz. Sekiranya suami mengajak isteri

ketiga menunaikan haji mendahului isteri pertama dan

kedua atas sebab tertentu. Apakah isteri ketiga tersebut

perlu mendapat izin dari kedua-dua madunya?

USTAZ: Cara nabi, apabila nak bermusafi r adalah

membuat pengundian agar semua lebih mudah redha

kecuali jika punyai sebab yang boleh memudaratkan, atas

sebab itu tidak mengajak isteri yang lain. Tatkala itu izin

dan makluman amat digalakkan agar lebih lunak kepada

para isteri lain.

*Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali*Solat pada awal waktu. Jadilah ianya amalan harian hendaknya.*Solat sunat qabliyah asar*Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3

kali*Membaca Laillahaillalah wahdahula huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.*Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib*Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 rakaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith. *Jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya.

*Solat sunat tasbih*Solat sunat hajat*Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna

*Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna sebanyak 50 kali

Amalan bulan Zulhijjah

Persoalan Fiqh

Persoalan Fiqh

Persoalan

Page 4: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1431

&Belia Politik&Politik&

“… Kau tahu siapa TPM kita sekarang?”“Ala, aku ingat. Jap…”“Aku bagi hint. Nama dia ada sama macam amalan kebiasaan masyarakat melayu Islam setiap Jumaat malam.”*

****

Di atas ini adalah sebuah perbualan yang saya sendiri

alaminya. Sukar bagi saya sebenarnya untuk menerima

hakikat bahawa rakyat sesebuah negara tidak tahu nama

pemimpin-pemimpinnya sendiri. Bahkan lebih teruk lagi,

fenomena ini turut melanda pelajar-pelajar Malaysia

yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, sedangkan

merekalah orang yang bakal pulang menjadi tonggak

utama negara di masa yang akan datang!

Tak hairanlah jika statistik menunjukkan seramai 1.9

juta orang Melayu atau 43 peratus daripada 4.3 juta

pengundi yang layak mengundi, belum mendaftar dengan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) [1]. Lebih teruk lagi,

secara nisbahnya, hanya SATU orang Melayu Muslim yang

telah berdaftar mengundi berbanding 40 orang bukan

Melayu Muslim. Realiti ini andai berterusan beberapa

tahun lagi bakal membawa implikasi yang besar terhadap

struktur pentadbiran negara kerana Malaysia boleh jadi

terlepas daripada tangan orang Islam! (Na’uzubillah…)

Belia Islam Kurang Cakna

Mungkin ada yang mengatakan bahawa pilihanraya

umum lambat lagi. ‘Nanti-nanti’ adalah yang akan

mendaftarkan diri. Saya pun harap begitulah. Tapi

pendaftaran pengundi mengambil masa hampir 6 bulan.

Siapa jamin yang Pilihanraya Umum seterusnya tak

berlaku pada tahun hadapan?

Sebenarnya, sedikit sebanyak situasi ini memberikan

gambaran kepada kita bahawa masyarakat Melayu

Muslim kurang cakna tentang peri pentingnya penglibatan

kita dalam isu-isu politik dan urusan pentadbiran negara.

Cukup selamat untuk saya katakan bahawa majoriti,

kalaupun bukan semua, 1.9 juta orang yang belum

mengundi adalah dari kalangan belia.

Pada hemat saya, salah satu faktor utama yang

menyumbang

ke arah

berlakunya

fenomena ini adalah kejayaan

musuh-musuh Islam dalam melalaikan

belia-belia Melayu Islam dengan hiburan-hiburan yang

melampau, tenggelam dalam kisah-kisah dan hubungan

percintaan kayangan, dan usaha endoktrinasi mentaliti

yang hanya mahukan perkara-perkara yang ‘simple’

dan tidak menyerabutkan kepala sekaligus melazatkan.

Adapun isu-isu politik pentadbiran negara adalah suatu

yang susah, serius, berat, padat dan ‘menyerabutkan

kepala’. Jadi, mengapa mahu sibuk-sibuk?

Politik Itu Busuk?

Ada pula di kalangan kenalan-kenalan saya yang

menjauhi politik kerana merasakan ia sesuatu yang

menjijikkan. Apa tidaknya. Kita sering disajikan

gambaran-gambaran ahli-ahli politik yang saling

‘membongkar kisah-kisah panas’ lawannya untuk

menjatuhkan maruah, tanpa mengambil kira

kesahihannya; bersungguh-sungguh mencari kesalahan

pada kata-kata dan perbuatan lawannya dan ‘agenda

tersembunyi’ walaupun yang dilakukan itu baik hanya

kerana mereka adalah ‘lawannya’; bertengkar dan

bertikam lidah, sehinggakan ada yang bertumbuk-tampar

dan saling membaling kerusi dan segala macam lagi

perangai kebudak-budakan yang lain. Di penghujungnya,

rakyat masih terpaksa berdepan dengan kehidupannya

yang semakin mencabar dan kemerosotan sosial yang

tak pernah surut. Kalau inilah yang dilihat oleh kenalan-

kenalan saya dan dibenci mereka, maka saya sepenuh

hati bersama mereka.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah wajah politik

yang sebenar. Ini adalah politik busuk murahan yang

diperjuangkan oleh mereka yang berpegang kepada

politik ajaran barat yang bertentangan dengan nilai

Islam. Politik sebegini yang lebih dikenali sebagai ‘Real-

politik’[2] ini didasari oleh prinsip Machiaveli[3] yang

mengajar pengamalnya untuk menggunakan segala

menyumbang

ke arah

berlakunya

fenomena ini adalah kejayaan

musuh-musuh Islam dalam melalaikan

belia-belia Melayu Islam dengan hiburan-hiburan yang

Page 5: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1431

tipu helah tanpa mengambil kira prinsip, moral dan nilai

agama dalam mengejar kuasa dan kekayaan. Atas dasar

inilah, maka “semua jalan!”

Politik Kita

Bagi kita, politik merangkumi dasar yang lebih luas

sekadar memenangi pilihanraya. Izinkan saya petik kata-

kata idola saya, Al-Imam Hassan Al-Banna dalam isu ni:

“Wahai sekalian bangsaku,

Kami menyeru kamu dengan al-Quran yang ada di kanan

kami dan sunnah yang ada di kiri kami, serta amalan

salafussoleh yang menjadi teladan kami. Kami menyeru

agar kamu mengamalkan Islam, ajaran Islam, hukum-

hakam Islam dan petunjuk Islam. Jika ini kamu rasakan

sebagai politik maka inilah politik kami. Jika orang yang

mengajak kamu ke arah prinsip ini kamu anggap sebagai

ahli politik maka syukur kepada Allah, kerana kami adalah

orang yang paling memahami tentang politik. Jika kamu

mahu gelarkan itu sebagai politik maka katakan apa

yang ingin kamu katakan. Gelaran-gelaran ini tidak akan

menggugat kami jika hakikat dan matlamat sebenarnya

telah jelas.

“Wahai sekalian bangsaku,

Janganlah istilah-istilah ini menutup mata kamu

daripada menilai kenyataan. Janganlah nama-nama yang

digunakan ini menutup semua kebenaran. Janganlah

luaran itu menutup segala hakikat. Islam sememangnya

mempunyai dasar politik untuk membawa kebahagiaan

di dunia dan kejayaan di Akhirat. Inilah politik kami dan

kami tidak ada pilihan lain. Oleh itu ketengahkanlah

politik ini dan ajaklah orang lain berlandaskan politik ini,

nescaya kamu akan beroleh kemuliaan di akhirat. Kamu

pasti akan memahaminya bila sampai masanya.”

(Himpunan Risalah, Dakwah Kami)[4]

Marilah bersama-sama kita memahami dan menghayati

bahawa politik yang kita inginkan merangkumi segenap

perkara yang berkait dengan urusan pentadbiran umat

Islam. Selagi mana ia menyentuh hak, kebajikan dan

kehidupan umat Islam walau sekecil mana sudutnya

sekalipun, sepatutnya kita pertahankan dan perjuangkan.

Bukanlah saya mengajak anda untuk terjun ke bidang

politik dan cuba bertanding menjadi wakil rakyat atau

masuk terlibat dalam parti-parti politik. Melibatkan

diri dalam politik dalam erti kata yang luas bermaksud

kita meningkatkan kepedulian kendiri terhadap isu-isu

pentadbiran dan pemindahan kuasa yang di negara

ini, kita memberikan kefahaman kepada orang-orang

di sekeliling kita tentang prinsip kehidupan dan sistem

pentadbiran Islam yang sebenar yang kita mahukan. Dan

yang akhir sekali tetapi bukan terakhir adalah untuk anda

berani memperjuangkan hak anda, mempertahankan hak

anda apabila dicabar dan meletakkan agenda tersendiri

supaya anda tidak dipermainkan oleh agenda orang lain.

Saya berharap, di lain masa saya temui kembali sahabat

saya tersebut, bukan sahaja beliau tahu siapa TPM,

bahkan beliau sendirilah TPM.

Wallahu’alam. Allah sebaik-baik penolong.

*Jawapan: Baca Surah Yaasin tiap malam jumaat.

**Bagi siapa yang masih tak tahu: TPM Malaysia adalah

Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SUMBER:

1) Berita Harian, “1.9 juta Melayu layak mengundi

belum mendaftar”, http://www.bharian.com.my/articles/1

_9jutaMelayulayakmengundibelummendaftar/Article

2) Realpolitik, http://en.wikipedia.org/wiki/

Realpolitik

3) Prinsip Machiavelli, http://en.wikipedia.org/wiki/

Machiavellian

4) Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna, Himpunan

Risalah, Dakwatuna (Dakwah Kami),

Page 6: Buletin PEMBINA Zulhijjah 1431

Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin

Allaitsi berkata;

Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan

alaihissalam "lima doa" untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh

Malaikat Jibril a.s.

La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi

wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in

qodier

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu, semua milik/

kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.

Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu, ilaahan waahidan ahadan

shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu, Tuhan

Yang Tunggal, Yang Dibutuhkan, Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak.

Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadunShomadun lam yalid

walam yakullahu kufuwan ahad.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa, Satu dan sangat

dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan, dan tiada bandingan sesuatu apa

pun.

Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi

wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in

qodier.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,

baginya kerajaan dan pujian, menghidupkan dan mematikan, dan Dia Hidup

tidak mati, di TanganNya semua kebaikan, dan Dia di atas segala sesuatu Maha

Berkuasa.

Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi.

Allah telah menjamin aku, dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang

berdoa, tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat.

Doa corner