idul adha : berkorban melaksanakan perintah allahrumi...zulhijjah hinga 13 zulhijjah kita umat islam...

20
Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor 1 " IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH " , , , , , , , , . , , . ﻯ ﺟ ﱠﺬ ﺍﻟ ﺎ، ﹶﻨﺍ ﻟ ﹾﻴ ﺍﻟ ﹰ، ﹺﻴ ﹶﻴ ﹺﻟ ﹶﺎﻉ ﹺ ﺍﺳ ﹾﺤﺎ ﺍﻟ ﹺﻳ ﹶﺮ ﹾﻜ ﺍﻟ ﹺﻪ ﺎ ﻟ ﺎﻟ ﹺﻳ ﺁﺀ . ﹶﻥ ﹶﺷ ﱠﻪ ﺍﻟﻠ ﹶﻪ ﹺﻳﻚ ﺍ ﻋ ﱠ ﻣ ﹶﻥ ﹶﺷ ﹸﻪ . ﱠﻬ ﻟﻠ

Upload: dohanh

Post on 20-Aug-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

1

" IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH

ALLAH "

, , , ,

, , , , و . , ,

.

لعى جالذ ،اا لنديع مواليينا الحج من استطاع إليه سبيال، رض علوف

هتيب جح نمل دعوو مالكري ههجوا لصالخ .جزآء جزيال

شريك له والله وحده أشهد أنهدبا عدمحأن م دهأشوو لهوسرل ا. وص ملله

Page 2: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

2

ملسو دمحا منيدس و هآل أابهوحص نيعمأج.

اتقوا الله، أوصيكم !أيها المسلمونأما بعد، فيآ قال الله. وإياي بتقوى اهللا فقد فاز المتقون

:

.

, , , و . Muslimin Dan Muslimat Yang Dikasihi Sekalian,

Saya berpesan pada diri saya dan seluruh para jemaah yang hadir

marilah sama-sama kita meningkat ilmu dan amal, mengerjakan segala

suruhan Allah, dan meninggalkan dari melakukan perkara yang dilarang

Allah, mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan hamba-Nya yang

bertakwa.

Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah “Idul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah”.

Page 3: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

3

, , , و .

Muslimin Dan Muslimat Yang Dikasihi Sekalian,

Bermula hari ini hingga ke 13 Zulhijjah umat Islam diseru supaya

melaksanakan ibadah korban disamping membanyakkan ucapan takbir,

tasbih, tahmid dan tahlil. Marilah sama-sama kita bertekad untuk menjadi

insan yang sentiasa mengagongkan dan membesarkan Allah, kita mahu

menjadi hamba semata-mata kepada Allah dan kita ikhlas melaksanakan

segala perintah Allah dan kerana Allah. Mudah-mudahan kita semua akan

mempunyai bekalan amalan yang secukupnya untuk dibawa ke hadapan

Allah azza wajalla.

Kita semua menyambut Hari Raya Idul Adha setelah umat Islam

selesai mengerjakan ukuf di Padang Arafah. Sepanjang 4 hari bermula 10

Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang

menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat muakkad untuk

menyembelih binatang untuk ibadah korban. Bagi mereka yang tidak

menunaikan ibadah haji, ucapan takbir, tasbih, tahmid dan tahlil hendaklah

diperbanyakkan sepanjang 4 hari tasyrik. Ianya bertujuan untuk kita sama-

sama mengagongkan Allah serta memujinya atas nikmat kurniaan-Nya

yang tidak terhitung. Demikianlah antara faktor yang mendasari sambutan

yang di kenali sebagai Hari Raya Korban di Negara kita. Apa yang perlu

kita pahami ialah keutamaan tidak mensyirikkan Allah dalam segala

pekerjaan yang dilakukan, samada ada syirik dalam bentuk pegangan

atau iktiqad, syirik dalam bentuk pemikiran yang berlegar dengan berbagai

fahaman ciptaan manusia, syirik dalam bentuk amalan dan syirik dalam

Page 4: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

4

bentuk ucapan. Ingatlah bahawa Allah SWT hanya akan mengampunkan

dosa manusia kecuali dosa syirik.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 116:

“Sesungguhnya Allah swt tidak akan mengampuni dosa syirik

(mempersekutukan Allah dengan makhluk ciptaan Nya), dan Allah akan

mengampunkan dosa selain (dosa syirik) bagi sesiapa yang dikehendakki

Nya, dan barang sesiapa yang mempersekutukan (makhluk) dengan

Allah, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh,

(dari hidayah Alla)”.

, , , و . Muslimin Dan Muslimat Yang Dikasihi Sekalian,

Sesungguhnya perjuangan atau mujahadah manusia untuk

mendekatkan diri kepada Allah SWT boleh kita ambil pengajaran

daripada peristiwa pengorbanan tiga orang insan mulia iaitu Nabi Ibrahim

as, Nabi Ismail as serta isterinya Siti Hajar. Ketiga-tiganya telah

melakukan pengorbanan yang sangat tinggi nilainya disisi Allah SWT

apabila berjaya melaksanan perintah Allah tanpa syarat, dan dilaksanakan

dengan kepatuhan dan keikhlasan tanpa memikirkan natijah baik atau

buruk kepada mereka bertiga.

Page 5: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

5

Mari sama-sama kita hayati perjuangan yang dilalui oleh Nabi

Ibrahim as melalui intisari daripada firman Allah sebagaimana dinukilkan

dalam surah As-Soffat ayat 100 hingga ayat 111, antara intisarinya

adalah;

1. Allah SWT telah memakbulkan permohonan Nabi Ibrahim as untuk

mendapat zuriat seorang putera yang kemudiannya diberi nama

Ismail as yang bersifat sangat penyabar.

2. Nabi Ibrahim as telah menghantar putranya Islmail yang masih kecil

bersama ibunya Siti Hajar ke Lembah Bakkah (makkah) dan

meninggalkannya disitu untuk beberapa tahun.

3. Apabila anaknya Ismail as meningkat umur remaja, ia didatangi

kembali oleh ayahnya Ibrahim as. Pertemuan itu bukan

mendatangkan kegembiraan, bahkan ianya telah membawa berita

yang menyayukan apabila Ibrahim as menyatakan yang dia

bermimpi supaya menyembelih putranya itu. Apabila dikemukakan

kepada putranya lantas dia menjawab, lakukanlah apa yang

diperintahkan Allah kepada mu, necaya kamu akan dapati aku

adalah orang yang sabar menghadapi perintah Allah itu.

4. Kedua-duanya telah berserah diri kepada Allah untuk melaksanakan

perintah tersebut, walaupun beberapa kali di ganggu oleh syaitan

yang menghasut supaya jangan melaksanakannya.

5. Kejayaan Ibrahim as melaksanakan perintah Allah dengan penuh

keikhlasan meembaringkan anaknya dengan lemah lembut untuk

disembelih menyebakan, erta kesabaran anaknya menuruti arahan

ayahandanya, menyebabkan Allah SWT telah menebus gantikan

dengan seekor Kibash yang gemok dan bersih.

Page 6: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

6

6. Allah SWT merakam peristiwa atersebut dengan memerintahkan

umat islam supaya menjalankan ibadah korban pada setiap tahun,

bahkan menjadikan suatu amalan sunnah yang dituntut terutamanya

ke atas Jemaah haji.

, , , و .

Muslimin Dan Muslimat Yang Dikasihi Sekalian,

Mari kita mengambil beberapa pengajaran untuk dijadikan panduan dari

peristiwa agung yang dilalui oleh Nabi Ibrahim as dan anaknya Ismail as,

antaranya;

1. Ketaatan hamba keatas perintah Allah SWT adalah tanpa syarat dan

tanpa soal untuk di ikuti walaupun ianya terpaksa dibayar dengan

harga yang sangat mahal.

2. Menunaikan perintah Allah hendaklah dilakukan dengan sebaik-baik

cara seperti yang dituntut oleh ajaran Islam dan ikhlas kerana Allah.

3. Pengorbanan Ibrahim sebagai suami, dan ketabahan Siti Hajar

sebagai isteri dan kesabaran Ismail sebagai anak bagi mentaati

perintah Allah SWT adalah lambang kepada sebuah keluarga yang

Soleh yang sangat mementingkan dan mengutamakan suruhan

Allah melebihi dari kepenting peribadi masing-masing.

4. Menghadapi ujian dari Allah yang datang dalam pelbagai bentuk

hendaklah dilalui dengan reda, berusaha melaksanakannya dengan

penuh ketaatan dan kesabaran disamping penyerahan segala-

galanya kepada Allah yang akan menetukan natijah dan hikmah

daripadanya.

Page 7: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

7

5. Mencontohi pengorbanan tiga insan mulia dalam melaksanakan

ketaatan kepada Allah SWT dimana mereka berdoa dan memohon

kepada Allah agar amalan kebajikan yang dibuat akan menjadi

ikutan kepada zuriatnya dan diterima disisi Allah.

, , , و .

Sesungguhnya Allah SWT telah merakamkan peristiwa agong

tersebut dalam al-Quran dan menjadikan peristiwa agong itu sebagai

suatu tuntutan sembelihan korban yang di syariatkan Allah. Sembelihan

korban ini hukumnya sunnah yang dituntut dikerjakan oleh setiap orang

Islam yang berkemampuan kehususnya yang sedang menunaikan ibadah

Haji di Makkah. Ibadah ini boleh dilakukan oleh orang islam walau dimana

jua.

Selain itu Allah SWT telah menjadikan sebahagian amalan manasik

haji daripada amalan yang dilalui oleh Nabi Ibrahim as, Ismail dan siti

Hajar seperti ibadah Sae’ diantara Safa dan Marwah dan melontar tiga

jamrah. Demikian juga kesan Nabi Ibrahim (makam Ibrahim) yang terjadi

ketika membina semula Baitullah (kaabah), Hijir Ismail as disebelah

makam Ibrahim, dan telaga Zamzam yang terus dikunjungi oleh umat

Islam. Demikianlah agongnya peristiwa yang dilalui oleh Ibrahim as dan

Ismail as dan ianya suatu kebaikkan yang menjadi ikutan hingga ke hari

kiamat.

Page 8: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

8

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 127-128:

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim as bersama-sama Nabi Ismail as

meninggikan binaan asas (tapak) baitullah (kaabah) itu, sambil kedua-

duanya berdoa dengan berkata “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada

kami (amal kami), sesungguhnya engkaulah yang Maha Mendengar lagi

Maha Mengetahui)”. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-

orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada

keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan

tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadah kami, dan

terimalah taubat kami: sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat,

lagi Maha Mengasihani”.

, , , و .

Page 9: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

9

Muslimin Dan Muslimat Yang Dikasihi Sekalian,

Umat Islam sebagai pewaris ajaran Islam yang diwasiatkan oleh

Rasulullah saw hendakalah menjadikan semangat korban sebagai tunjang

pengakuan kalimah tauhid. Ianya buka sekadar ucapan dibibir sahaja,

bahkan perlu dibuktikan dengan amalan. Sesungguhnya Islam menuntut

kita semua melaksanakan pengorbanan diri dan harta terutama dalam

usaha meningkatkan ilmu agama, meningkatkan keimanan dengan amal-

amal ibadah dan amalan-amalan kebajikan yang diperintah, menjauhi

segala yang munkar demi kesejahteraan sejagat, menginfakkan harta

demi kebajikan ummah, berkorban masa dan tenaga demi penyebaran

dakwah dikalangan ummah. Semuanya itu menuntut kepada kita supaya

berusaha bersungguh-sungguh disamping pengorbanan yang tinggi agar

kita mampu menguasai ilmu dan beramal dengannya dan seterusnya

menyebarkan kepada orang lain.

Sesungguhnya Islam menuntut pengorbanan dengan jihad dalam

apa jua keadaan bagi kita mendepani cabaran semasa khususnya dalam

menegakkan ajaran Islam dalam diri kita, keluarga kita dan masyarakat

amnya. Propaganda yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam

menyebabkan umat Islam tidak lagi berpegang dengan akidah Ahli

Sunnah Wal Jamaah, tidak lagi berpegang dan beramal dengan syariat

Islam dan menjauhkan mereka daripada berakhlak dengan akhlak Islam.

Setiap hari kita di sajikan melalui media massa, surat khabar dan media

elektronik akan gejala keruntuhan akidah, syariah dan akhlak dikalangan

ummat yang sangat memilukan dan mengguris perasaan. Perlakuan

maksiat bunuh-membunuh, judi dan tikam ekor, perzinaan dan sumbang

mahram, sihir-menyihir, fitnah-memfitnah, menyalah guna kuasa, rasuah,

dan lain-lain. Semuanya berlaku seolah-olah tiada Kitab sebagai panduan,

Page 10: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

10

tiada Rasul utusan Allah sebagai contoh ikutan, tiada ulama’ yang

memberi teguran dan ingatan, tiada pemimpin yang memberi ingatan.

Sebelum ianya membarah, membengkak dan membusuk dan menjadi

budaya yang tidak sihat dalam masyarakat marilah sama-sama kita

membendungnya dengan berkorban untuk kembali kepada ajaran Ilahi.

Sedangkan Rasulullah s.a.w menegaskan supaya segala maksiat dan

kemungkaran dapat dibendung dan dicegah dengan sabdanya:

من أرى مكنم ما فكنلريـيغرب هيده ل نإفم يستطبف علانسه ل نإفم يستطبلقبف عه و أضعاإل فيانم.

“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia

mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka

hendaklah mengubah dengan lisannya, sekiranya tidak mampu maka

hendaklah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah

iman”. (Riwayat Muslim)

, , , و .

Muslimin Dan Muslimat Yang Dikasihi Sekalian,

Adalah menjadi tanggung jawab bersama bagi kita mengatasi setiap

permasaalahan yang berlaku dengan meningkatkan penyebaran dakwah

dan memperkemaskan sistem tarbiyah terutama dalam keluarga.

Page 11: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

11

Pengorbanan sewajarnya dilakukan oleh setiap ahli keluarga bagi

pembinaan kehidupan berteraskan ajaran Islam. Berilah pengorbanan diri

dan wang ringgit, masa berkualiti dan hak peribadi bagi mempastikan

kehidupan keluarga berteraskan ajaran Islam. Marilah kita mengambil

contoh perjuangan Nabi Ibrahaim dan ahli keluarganya dalam

melaksanakan perintah Allah SWT, antaranya;

1. Melaksanakan perintah Allah dengan penuh keikhlasan serta yakin

bahawa setiap perintah Allah itu ada kebaikan dan ada hikmahnya.

2. Ibu bapa hendaklah sentiasa menunaikan tanggungjawab dalam

keluarga berpandukan perintah Allah yang terkandong dalam ajaran

Islam.

3. Kedua ibu bapa dan anak-anak hendaklah ada sifat kesabaran yang

tinggi dalam menunaikan tanggung jawab sebagai orang Islam.

Hendaklah membudayakan amalan berpesan dengan perkara

kebaikkan. Dan dilakukan dengan kesabaran.

4. Umat Islam perlu yakin bahawa hanya ajaran Islam adalah yang

terbaik untuk dijadikan pegangan dan diwariskan pula kepada zuriat

keturunan hingga ke akhir zaman.

5. Sebagai umat Islam kita hendaklah berpegang dengan aqidah dan

syariah mengikut ajaran ahli sunnah wal jamaah dan menolak

fahaman-fahaman yang menyeleweng seperti qadyani, syiah dan

lain-lain.

Page 12: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

12

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul

lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut

jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu)

mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah

Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa”.

(Al-An’am : 153)

, آن ولكم بارك اهللا لي نيفعنو نم اتي نيل مقبتو كمنمو التهتوو ,هوإن وه .

Page 13: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

13

يلأقول قو فغتأسو يل ميظاهللا الع رمسلمين والمسلمات، ولكم ولسآئر ال

ورفغتفاسهإن ه فوالغ وهيحالر رم.

, , ,

◌ الله و و .

Page 14: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

14

KHUTBAH KEDUA

, , , ,

, , , , و . , ,

. الله و اهإي

. لالعج يالذ لهلدمال حبيت ثمةاب لاسلن أوـمأن .ان دهأش اهللاهدحو و

له كريوشهدبا عدمحأن م دهأشو ، و لهوسروو. ملسل وص مالله اركبو انيدس

و وحص م بهوإلى ي نيماألكر اةدالهاتقوا الله، !لمونأيها المسأما بعد، فيآ .الدين

. أوصيكم وإياي بتقوى اهللا فقد فاز المتقون

Page 15: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

15

قال الله :

.

Muslimin Dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Idul Adha yang kita raikan pada hari ini dan diikuti dengan

pelaksanaan penyembelihan binatang sebagai amalan ibadah kurban

seharusnya mampu memberikan pengajaran kepada kita akan falsafah di

sebaliknya. Allah SWT mengingatkan kita dalam surah al-Hajj, ayat 37:

“Daging-daging korban serta darahnya sekali-kali tidak akan dapat

mencapai (keredaan Allah SWT, tetapi ketakwaan (orang yang

benunaikan ibadah korban) itulah yang dapat mencapainya, demikianlah

Allah swt telah menunjukkannya untuk kamu supaya kamu

mengagongkan Allah kerana (memberi) hidayahnya kepada kamu. Dan

berilah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik”.

Antara sifat-sifat orang bertakwa yang ditunjukkan oleh Allah ialah

suka membuat kebajikan, bertolong bantu sesama insan, mencari

keredaan Allah dalam setiap amalan yang dilakukan serta melaksanakan

Page 16: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

16

kasih saying dan bertolong bantu dalam perkara kebajikan dan bertolong

bantu dalam membenteras perkara kemunkaran dan perkara yang

membawa kepada dosa.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

“Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan

takwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan perkara

dosa (maksiat) dan permusuhan, dan bertakwalah kamu kepada Allah,

sesungguhnya Allah amat berat Azabnya”.

Umat Islam di sesetengah Negara seperti di Palestin, Iraq, Syria,

Mesir, Kemboja, Cechnya dan lain-lain negara yang hidup menderita

samada disebabkan peperangan dan pencerobohan atau penindasan dan

kezaliman yang di paksakan atas pelbagai alasan. Yang menjadi magsa

tetap menghadapi penderitaan, cacat anggota, kekurangan pakaian.

makanan, kemudahan tempat tinggal, ubat-ubatan dan keperluan asas

yang lain. Mereka semua memerlukan bantuan khususnya dari kita yang

dikurniakan sedikit kelebihan. Demikian juga halnya dengan penderitaan

dan kesusahan yang di lalui oleh rakan-rakan kita samada dalam kariah,

daerah, negeri dan Negara. Semuanya itu memberi peluang dan ruamng

kepada kita semua untuk berkorban menghulurkan bantuan dengan apa

cara yang di benarkan dan diizinkan. Hulurkan bantuan dengan ikhlas dan

yang terbaik. Mudahan dengan pengorbanan dan bantuan yang kita

hulurkan ianya akan merengankan beban mereka yang memerlukan.

Page 17: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

17

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ 114;

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka

kecuali (bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan

atau mendamaikan antara manusia, sesiapa yang berbuat demikian

dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah kami memberi

kepadanya pahala yang amat besar”.

, , , و .

.

محمـد وعلـى آل دناسيعلى هم صلاللدنا إبراهيم مد كما صليت على سيدنا محسي

Page 18: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

18

دنا سـي دنا إبراهيم وبارك على سيوعلى آل د كما باركت دنا محمسيمحمد وعلى آل

دنا إبراهيم سيدنا إبراهيم وعلى آل سيعلى جيدم يدمح كإن نيالمى العف. مالله ـراغف

نيملسلمل ننيمؤالمو اتملسالمو ـاتنمؤالمو ك سميع قريـب موات، إنحيآء منهم وااأل

اتاجالح ىا قاضيو اتوعالد بجيم .لزان الرحةم والسكيةن ـ و الالسةم الوعـ اف ية لعـينا ولطان ىلعظم سعا المنكلم ،

سلطان شرف الدين ادريس شاه احلاج ابـن ح الدين عبد العزيز شـاه رحوم سلطان صالامل

اللهم أدم العون والهدايـة والتوفيـق، .احلاج ،مة منك، لولى عهدوالصحة والسال

Page 19: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

19

لطانن السباه اري شين أمالـد فـرشح وعافيـة وصـال ادريس شاه احلاج فى أمن

ل وبمنك وكرمك يا ذا الجال امكر. مالله ـةيعالرو نيظفـولمن ليحلصا ممهرمل عأط

د، وبلغ مقاصـدهما لطريـق الهـد والبالادشالرو.

Ya Allah Ya Tuhan Kami!,

Lindungilah kami dari segala keburukan dan kejahatan.

Hindarkanlah kami dari segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan.

Pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai. Peliharalah negeri kami

daripada keadaan huru-hara dan segala bentuk ancaman. Peliharakanlah

perpaduan antara kami supaya hidup dalam keadaan aman damai,

selamat sejahtera dan taat setia kepada raja dan negara.

.

.

Page 20: IDUL ADHA : BERKORBAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAHRumi...Zulhijjah hinga 13 Zulhijjah kita umat islam lebih-lebih lagi yang menunaikan ibadah haji di Makkah, dituntut sebagai sunat

Khutbah Eidul Adha 10 Zulhijjah 1434H: “Eidul Adha : Berkorban Melaksanakan Perintah Allah” Jabatan Agama Islam Selangor

20

، عباد اهللا

هوكراشو كمذكري ميظوا اهللا العفاذكر همنع هلفض نم هألواسو ،كمزدي كرلذو كمطعي

.اهللا أكبر والله يعلم ما تصنعون

, , ,

الله و و .