selangor penggerak kemajuan saksama kini · pdf filepemampat sampah atau kom-paktor baru untuk...

Download Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · PDF filepemampat sampah atau kom-paktor baru untuk disewa kon-traktor. Kompaktor baru ini memban-tu kontraktor yang tidak mam-pu membeli

If you can't read please download the document

Upload: hahanh

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • PERCUMA 8 - 15 Jun 2012, 18 - 25 Rejab 1433

    Selangor KiniPenggerak Kemajuan SaksamaPenduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar tangan, alhamdulillah semuanya selesai muka 6

    Menitis air mata terima bantuan SMUE

    muka 11

    RM150,000 untuk gelanggang sukan di Beranang

    muka 14

    Pangsapuri kos rendah dapat diskaun 25% cukai pintuOleh Nazli ibrahim

    Shah alam - Dikutuk, disabo-taj dan dihina. Tetapi akhirnya, pengambilalihan pelupusan sampah daripada Alam Flora Sdn Bhd tahun lalu sudah terbukti memberi faedah kepada rakyat Selangor.

    Minggu ini Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengumum-kan bahawa keputusan itu menji-matkan RM100 juta bagi Selangor dan duit tersebut akan diagih-agihkan kepada rakyat melalui potongan cukai taksiran.

    JENTERA BARU... Bagi memperkemaskan sistem kutipan sampah, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan 50 buah lori pemampat sampah atau kompaktor baru untuk disewakontraktor daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Kelihatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama pimpinan Kerajaan Negeri ketika merasmikan Majlis Penyerahan LoriKompaktor Kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Dataran Majlis Bandaraya Shah Alam di sini.

    lihat muka 2

    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemilik pangsapuri kos rendah di Sela-ngor yang mendiami rumah tersebut akan menikmati po-tongan cukai pintu sebanyak 25 peratus.

    Walaupun nampak kecil, po-tongan tersebut masih memberi kesan kepada Syamsuri Mohd Noor, pemilik rumah pangsa kos rendah di Seksyen 24, Shah Alam.

    Dengan lebihan daripada pemotongan itu nanti boleh juga dibelanjakan untuk keperluan lain.

    Langkah ini memang cukup membantu. Terima kasih kerana kerajaan negeri bersungguh-sungguh nak ringankan be-ban rakyat, katanya apabila ditemui.

    Potongan tersebut akan diberi-kan dalam bentuk rebat melalui Badan Pengurusan Bersama (JMB) di pangsapuri masing-masing.

    Pemilik pangsapuri juga harus mendaftar dengan JMB kerana potongan tersebut hanya diberi-kan kepada mereka yang memi-lik dan mendiami unit mereka.

    Ketika mengumumkan po-

    tongan itu, Abdul Khalid ber-kata, JMB akan memantau dan menentukan pemilik yang layak untuk menerima rebat ber-kenaan.

    Sambil mengalu-alukan kepu-tusan itu, seorang pengerusi JMB di Sungai Buloh berkata, mekanisma pembayaran rebat itu harus dikendalikan tanpa membebankan JMB.

    Saya juga pemilik rumah kos rendah rasa walaupun ni-lainya agak kecil tetapi saya percaya sedikit-sebanyak dapat meringankan beban penduduk di-

    kawasan perumahan kos rendah, kata Pengerusi Persatuan Pendu- duk Apartmen Idaman Daman- sara Damai, Azizan Suradi.

    Apabila Kerajaan Selangor me- ngambil alih pelupusan sampah dari Alam Flora Sdn Bhd bermula Oktober lalu, keputusan itu dike-cam pelbagai pihak.

    Menteri Kerajaan Pusat dan pe-mimpin Umno-BN terutamanya meramalkan yang Selangor tidak ada kemampuan untuk mengutip dan melupuskan sampah.

  • 2 UTAMASelangorkini 8 - 15 Jun 2012

    dari muka depan

    Malah pada awal tahun ini, sistem Kerajaan Selangor disa- botaj pihak tidak bertanggung-jawab yang mengugut kontrak-tor sampah baru yang meng-gantikan Alam Flora.

    Ada juga pihak yang bertin-dak mengumpul sampah dan

    membuang longgokan tersebut di kawasan-kawasan kediaman yang biasanya bersih.

    Tetapi selepas tujuh bulan, kontraktor yang dilantik sendiri pihak berkuasa tempatan mampu menjalankan sistem baru sekali gus menolong menjimatkan RM

    100 juta untuk kerajaan Selangor. Malah Abdul Khalid sendiri

    telah berkata beliau mahu ber-jumpa dengan Menteri Peru-mahan dan Kerajaan Tempatan bagi membuktikan yang sistem pengurusan sampah di Selangor adalah efisen.

    Oleh Nazli ibrahim

    Shah alam - Bagi memperke-maskan sistem kutipan sampah di Selangor, Kerajaan Negeri akan menyediakan 50 buah lori pemampat sampah atau kom-paktor baru untuk disewa kon-traktor.

    Kompaktor baru ini memban-tu kontraktor yang tidak mam-pu membeli lori baru, manakala lori lama kerap rosak.

    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ramai kontraktor terpaksa menyewa kompaktor yang lama, selalu ro-sak dan akhirnya mengganggu prestasi kerja kontraktor.

    Jadi selepas ini mereka boleh menyewa daripada Kerajaan Ne-geri dengan harga yang lebih berpatutan, kata Abdul Khalid ketika menyerahkan 15 kendera- an pengangkut sampah itu yang dibeli oleh syarikat milik Kerajaan

    Shah alam - Penduduk SS7, Kelana Jaya dialu-alukan un-tuk mendengar perbincangan Jawatankuasa Bebas yang akan ditubuhkan Kerajaan Negeri Se-langor bagi menyelesaikan isu padang kompleks Sukan Perba-danan Kemajuan Negeri Sela-ngor (PKNS).

    Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, isu tersebut perlu dinilai secara telus dengan membabitkan penyertaan semua pihak ter-masuk Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).

    Beliau berkata, jawatankua-sa itu akan dikendalikan badan profesional yang terdiri dari-pada bekas hakim serta arkitek perancangan bandar dan desa, tanpa membabitkan individu yang mempunyai kaitan dengan Kerajaan Negeri.

    Jika dilihat secara menyelu-ruh mengenai perkara ini, se-mua pihak terbabit sama ada secara langsung atau tidak lang-sung termasuk Kerajaan Negeri sendiri.

    Jika ada yang mengatakan proses ini dikendalikan oleh Exco atau kakitangan Kerajaan Negeri, maka kita tidak panggil

    ia sebagai Jawatankuasa Bebas. Malah kita tidak akan mempe-lawa penduduk untuk turut ser-ta, katanya.

    Tambahnya, pelaksanaan ter-hadap perkara itu akan dilaksa-nakan dalam masa terdekat de- ngan mengambil kira pandang-an semua pihak.

    Mereka (Jawatankuasa Be-bas) akan mengkaji semula apa yang berlaku supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan kita dapat tahu hal yang sebe-nar, ujarnya.

    Sebelum ini, isu terbabit di-bangkitkan apabila padang PKNS di SS7 Kelana Jaya berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong ingin dimajukan PKNS sebagai projek komersial.

    Hal tersebut menimbulkan bantahan penduduk setempat ekoran kawasan itu diwartakan sebagai kawasan hijau.

    Bagaimanapun, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Roslan Sakiman ba-ru-baru ini mengakui terdapat kesilapan cetak oleh MBPJ da-lam Rancangan Tempatan Peta-ling Jaya (RTPJ2).

    Oleh itu, Roslan memaklum-kan pihaknya akan mengikut buku yang dicetak oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).

    Sedia 50 buah lori sampah, bantu lancar kutipan

    Padang PKNS: MB pelawa penduduk berbincang

    Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

    Beliau berharap kualiti per-khidmatan syarikat-syarikat kon- traktor terlibat akan ditingkat-kan dengan adanya lori-lori ini.

    Kompaktor-kompaktor ini merupakan sebahagian daripa-da 50 buah lori yang lain yang akan diberikan kepada daerah-daerah lain di Selangor.

    Kesemua kenderaan tersebut akan selesai diedarkan selewat-lewatnya pada September nanti.

    Abdul Khalid turut mencabar

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berbincang mengenai isu penstrukturan sampah yang dilaksanakan Ke-

    rajaan Negeri kini.Jelasnya, Kementerian Peru-

    mahan tidak faham tentang pe-ngurusan sampah dengan teli-

    ti. Tetapi membiarkan penyele-wengan, kebocoran dan akhirnya rakyat terpaksa membayar caj lebih mahal dari sepatutnya.

    Saya boleh tolong buatkan kira-kira. Kosnya cuma satu cawan teh sahaja untuk saya terangkan bagaimana usaha me-mantau kualiti, memantau kos dan usaha memantau kecekapan yang dapat diterjemahkan kepa-da manfaat untuk rakyat Sela-ngor, kata Abdul Khalid lagi.

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditera-jui Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung.

    Walaupun disabotaj, isu sampah berjaya diatasi

    SELAMATAN BUMI Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM5 juta dalam Geran Selangorku bagi pemeliharaan dan aktiviti penjagaan alam sekitar di negeri ini. Dalam majlis ini Exco Selangor, Elizabeth Wong menyampaikan bantuan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat dalam kempen Ekonomi Hijau sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Turut hadir isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

    Saya boleh tolong buatkan kira-kira.Kosnya cuma satu cawan teh sahaja untuk saya terangkan bagaimana usaha memantau kualiti, memantau kos dan usaha memantau kecekapan yang dapat diterjemahkan kepada manfaat untuk rakyat Selangor

    - ABDUL KHALIDMenteri Besar

  • 3UTAMASelangorkini 8- 15 Jun 2012

    Oleh lizawati madfa

    Shah alam - Kerajaan Pusat tidak mempunyai hak untuk bersikap diskriminasi dan me-nafikan hak pelajar baru Uni-versiti Selangor (Unisel) untuk mendapatkan pinjaman Per-badanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim berkata, tindakan tidak bertanggungja-wab tersebut jelas bertentang-an dengan prinsip perbadanan itu untuk membantu golongan yang berkelayakan mendapat pinjaman.

    "Walaupun Unisel merupa-kan sebuah universiti negeri tetapi ia juga menyediakan pe-luang pendidikan tinggi kepada pelajar dari luar Selangor se-perti Terengganu, Sabah, Johor dan sebagainya.

    "Jadi tindakan ini sama se-kali tidak adil dan seterusnya membantutkan peluang pela-jar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran," jelas Abdul Kha-lid dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.

    Mengulas cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menghapuskan yuran pengajian Unisel, beliau menjelaskan perkara itu adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

    "Melainkan kalau Khaled Nordin putus asa dengan ke-menteriannya dan memberi kita peluang pegang, nescaya dalam masa 1