percuma 19 - 26 disember 2014, 26 safar - 4 rabiulawal ... fileberita di muka 7 mb: demokrasi bugis...

16
PERCUMA 19 - 26 Disember 2014, 26 Safar - 4 Rabiulawal 1436 www.selangorkini.net LAPORAN LANJUT DI MUKA 2 Dua Exco Selangor terima gelaran Datuk BERITA DI MUKA 4 MB: RM5.5 juta atasi banjir di Kajang Tender bermula segera kerana kita mahu kerja dimulakan seawal 2015 BERITA DI MUKA 7 MB: Demokrasi Bugis ilham santuni pembangkang Berilhamkan falsafah Amaradekangeng, pen- tadbiran patik menyantu- ni pembangkang kerana mereka sebahagian dari demokrasi. BERITA DI MUKA 4 Exco Perumahan, Pengu- rusan Bangunan dan Ke- hidupan Bandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Exco Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangun- an Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi menerima anuge- rah itu. Tidak tutup premis pada Jumaat Bagaimanapun, kita boleh buat penguatkuasaan terhadap mana-mana majikan yang menghalang pekerja lelaki menunaikan Solat Jumaat. OLEH NAEEM RAFFI SHAH ALAM - Pembeli rumah Taman Bukit Im- pian, Seksyen U10, Bukit Cherakah yang ter- bengkalai sejak 2005, lega apabila menerima sagu hati Kerajaan Negeri bernilai RM5.6 juta. (gambar di muka 8) Pembeli, Kala Devi A/P Thanjappan, 54, ma- hu menggunakannya untuk melunas pinjaman perumahan sekaligus membersih nama yang disenarai hitam bank. “Malang menimpa-nimpa, sudahlah rumah tidak siap, bank pula senarai hitam. Kehidupan dan urusan saya terjejas selama ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyam- paian Cek Bayaran Saguhati kepada Pembeli Projek Perumahan Taman Bukit Impian, Seksyen U10, Bukit Cherakah, 17 Disember lalu. Sekurang-kurangnya 52 pembeli projek pe- rumahan terbengkalai Taman Bukit Impian menerima sagu hati dari Kerajaan Selangor. Kerajaan Negeri membangunkan semula pro- jek terbengkalai dengan menyerahkannya ke- pada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk dibangunkan semula. Rajasegar A/L Aji, 39, pula terpaksa menyewa rumah lebih enam tahun selepas menghabiskan simpanan untuk membayar pendahuluan rumah. Zulkifli Md Yusuf, 59, pula mahu menyimpan saguhati itu untuk kegunaan masa depan beri- kutan beliau sudah bersara. “Pemaju projek perumahan itu tidak ber- tanggungjawab. Nasib baik Kerajaan Negeri su- di membantu memberi sagu hati. “Buat masa ini, tiada perancangan selain me- nyimpan wang itu,” katanya. 52 pembeli rumah terbengkalai lega terima RM5.6 juta Lebih murah dari PR1MA Rumah Mampu Milik dibina anak syarikat Kerajaan Selangor sedangkan Kerajaan Persekutuan membeli projek perumahan untuk PR1MA, menyebab- kan harganya, mahal. ADUN MUDA... Seorang peserta dikenali sebagai Iman Nabila rancak berbahas di Dewan Negeri Selangor dalam program Adun Muda Selangor pada 15 dan 16 Disember lalu. Ia disertai 38 mahasiswa anak Selangor dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara. BERITA DI MUKA 3 BERITA DI MUKA 6 Siap sedia hadapi cabaran ekonomi 2015 Ada pakar ekonomi negara mengunjurkan pertumbuh- an ekonomi negara jauh lebih rendah daripada ramalan BERITA DI MUKA 2 Gambar oleh Asrie Sapfie

Upload: phunganh

Post on 16-Jun-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERCUMA 19 - 26 Disember 2014, 26 Safar - 4 Rabiulawal 1436 www.selangorkini.net

LAPORAN LANJUT di mUkA 2

Dua Exco Selangor terima gelaran Datuk

BERiTA di mUkA 4

MB: RM5.5 juta atasi banjir di Kajang

Tender bermula segera kerana kita mahu kerja dimulakan seawal 2015

BERiTA di mUkA 7

MB: Demokrasi Bugis ilham santuni pembangkang

B e r i l h a m k a n f a l s a f a h Amaradekangeng, pen-tadbiran patik menyantu-ni pembangkang kerana mereka sebahagian dari demokrasi.

BERiTA di mUkA 4

Exco Perumahan, Pengu-rusan Bangunan dan Ke-hidupan Bandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Exco Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangun-an Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi menerima anuge-rah itu.

Tidak tutup premis pada Jumaat

Bagaimanapun, kita boleh buat penguatkuasaan te r h a d a p m a n a - m a n a majikan yang menghalang pekerja lelaki menunaikan Solat Jumaat.

OlEH NAEEm RAFFi

SHAH ALAm - Pembeli rumah Taman Bukit Im-pian, Seksyen U10, Bukit Cherakah yang ter-bengkalai sejak 2005, lega apabila menerima sagu hati Kerajaan Negeri bernilai RM5.6 juta. (gambar di muka 8)

Pembeli, Kala Devi A/P Thanjappan, 54, ma-hu menggunakannya untuk melunas pinjaman perumahan sekaligus membersih nama yang disenarai hitam bank.

“Malang menimpa-nimpa, sudahlah rumah tidak siap, bank pula senarai hitam. Kehidupan dan urusan saya terjejas selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyam-paian Cek Bayaran Saguhati kepada Pembeli Projek Perumahan Taman Bukit Impian, Seksyen U10, Bukit Cherakah, 17 Disember lalu.

Sekurang-kurangnya 52 pembeli projek pe-rumahan terbengkalai Taman Bukit Impian menerima sagu hati dari Kerajaan Selangor.

Kerajaan Negeri membangunkan semula pro-jek terbengkalai dengan menyerahkannya ke-pada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk dibangunkan semula.

Rajasegar A/l Aji, 39, pula terpaksa menyewa rumah lebih enam tahun selepas menghabiskan simpanan untuk membayar pendahuluan rumah.

Zulkifli Md Yusuf, 59, pula mahu menyimpan saguhati itu untuk kegunaan masa depan beri-kutan beliau sudah bersara.

“Pemaju projek perumahan itu tidak ber-tanggungjawab. Nasib baik Kerajaan Negeri su-di membantu memberi sagu hati.

“Buat masa ini, tiada perancangan selain me-nyimpan wang itu,” katanya.

52 pembeli rumah terbengkalai legaterima RM5.6 juta

Lebih murah dari PR1MARumah Mampu Milik dibina anak syarikat Kerajaan Selangor sedangkan Kerajaan Persekutuan membeli projek perumahan untuk PR1MA, menyebab-kan harganya, mahal.

ADUN MUDA... Seorang peserta dikenali sebagai Iman Nabila rancak berbahas di Dewan Negeri Selangor dalam program Adun Muda Selangor pada 15 dan 16 Disember lalu. Ia disertai 38mahasiswa anak Selangor dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara. BERITA DI MUKA 3

BERiTA di mUkA 6

Siap sedia hadapi cabaran ekonomi 2015

Ada pakar ekonomi negara mengunjurkan pertumbuh- an ekonomi negara jauh l e b i h r e n d a h d a r i p a d a ramalan

BERiTA di mUkA 2

Gam

bar o

leh

Asr

ie S

apfie

Selangorkini 19 - 26 Disember 2014 2Utama2Utama

MB: Rumah mampu milik Selangor lebih murah dari PR1MA

OlEH NAZLi iBRAHim

BANdAR BARU BANGi - Projek perumahan rumah mampu milik di Selangor lebih murah berban-ding Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) berikutan ia di-bina anak syarikat Kerajaan Sela-ngor dan pemaju terlibat.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali, berkata ia ber-beza amalan Kerajaan Pusat yang membeli projek perumahan ter-tentu, menyebabkan harganya mahal.

“Mereka sasar 80,000 unit ru-mah PR1MA, mana dia? Tidak

ada. Apa yang mereka buat? beli projek, bukan bina projek.

“Bila dibeli dari sektor komer-sial, mereka tidak dapat beri harga mampu milik. Maka Kerajaan Ne-geri perlu ambil peranan.

“Bila kita bina rumah, ini mewu-judkan aktiviti ekonomi melibat-kan 27 industri lain, perbankan, simen, besi yang lainnya menjana

pertumbuhan ekonomi,” katanya.Beliau berkata demikian pada

Program Turun Padang Menteri Besar Selangor ke Daerah Hulu langat, 12 Disember lalu.

Mohamed Azmin berkata, pe-maju yang menjayakan sasaran pembinaan 15,000 unit rumah mampu milik turut diberi insentif.

Antaranya, premium tanah

dan caj pembangunan dikurang-kan sekaligus membolehkan rumah boleh dijual pada harga mampu milik.

“Pemaju beri komitmen bina rumah mampu milik dalam tempoh ditetapkan tetapi me- reka mesti memohon kebe-naran merancang pada 2015 dan kita ada ‘fast track’ untuk

luluskan,” katanya.Dalam program lawatan

seharinya ke Daerah Hulu la-ngat, Mohamed Azmin sempat meninjau beberapa lokasi ber-masalah .

Antaranya, Pasar Kajang yang berdepan isu banjir dan Kampung Batu 10 yang berhadapan isu pe-nempatan di tanah rizab jalan.

SHAH ALAm - Semua pihak per-lu bersedia menghadapi cabaran 2015 yang dijangka getir ekoran kejatuhan nilai mata wang dan ekonomi global dan negara yang tidak menentu.

Dato Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia memerlukan kekuatan semua pihak merangka strategi terbaik berhadapan caba-ran itu supaya tidak terperang-kap dalam kesan negatif cabaran ekonomi.

Katanya, beberapa petun-

Siap sedia hadapi cabaran ekonomi 2015juk ekonomi termasuk laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi global tumbuh pada kadar 3.8 peratus pada 2015.

“Ada pakar ekonomi negara mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara jauh lebih ren-dah daripada ramalan,” katanya pada Perhimpuan Bulanan Jaba-tan Kerajaan Negeri Selangor, 15 Disember lalu.

Kata Mohamed Azmin, ia di- sebabkan negara dalam

SHAH ALAm - Kejatuhan nilai ringgit memberi peluang eko-nomi apabila kebanjiran tinggi pelancong asing ke negara ini ekoran faktor kuasa berbelanja lebih, dimiliki golongan itu.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali, berkata Se-langor bersedia menghadapi cabaran itu termasuk merang-ka strategi dinamik.

“Yang saya sebut bila nilai

ringgit jatuh, ia bukan suasana ekonomi yang baik tetapi ada juga kebaikannya untuk kita mendapat sokongan industri seperti pelancongan.

“Kita harapkan lebih ramai pelancong datang ke Selangor dan Malaysia. Sektor pelancong-an harus siap sedia,” katanya.

Selangor menjayakan Tahun Melawat Selangor 2015 dengan sasaran tujuh juta pelancong.

Kejatuhan nilai ringgit rancakkan pelancongan

SENGIT... Selangor Cyber Games 2014 yang berlangsung di The Strand, Kota Damansara 13 dan 14 Disember lalu, mendapat sambutan hangat dari anak muda. Acara yang menawar wang tunai RM30,000 itu sebagai suatu bentuk sokongan dan pengiktirafan Kerajaan Selangor terhadap permainan siber sebagai e-sukan. Ia an-juran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan dengan kerjasama pelbagai pihak.

SHAH ALAm - Tiada layanan istimewa kepada Syarikat Pe-ngeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dalam isu perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor.

“Tidak betul. Kita sudah muk-tamadkan perjanjian dengan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bulan lalu.

“Manakala Splash, berdasar-kan perjanjian asal diberi tem-poh setahun (sehingga 12 September 2015) untuk me-muktamad perjanjian itu.

“Itu ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid,” kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pem-berita, 16 Disember lalu.

Ia sekaligus menafikan dak-waan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Kerajaan Selangor membuka ru-ang kepada Splash untuk tidak memuktamad perjanjian itu.

Sebelum ini, Abdul Khalid mendakwa Splash diberi layan-an istimewa kerana syarikat itu belum tidak memuktamad per-janjian, September lalu.

Air: Tiada layanan istimewa kepada Splash

PETALiNG JAYA - Sebanyak 31 gereja dan persatuan keba-jikan Kristian menerima sum-bangan antara RM5,000 hingga RM25,000.

Sumbangan keseluruhan RM332,550 itu disampaikan pada program Rumah Terbuka Hari Krismas di Kota Damansara di sini, 14 Disember lalu.

Gereja terima sumbangan RM332,550

keadaan statik dan tidak dapat keluar dari kemelesetan ekono-mi baru-baru ini.

“Jepun, negara maju di rantau ini mencatat kemelesetan mulai suku tahun ketiga tahun ini de-ngan KDNK menguncup pada ka-dar 1.6 peratus berbanding per-tumbuhan disasar 2.2 peratus.

“Sudah tentu apabila Jepun mengalami kemelesetan ekono-mi, ia beri kesan kepada pertum-buhan ekonomi dalam negara kita,” katanya.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kepelbagaian agama dan budaya antara kekuat-an masyarakat majmuk bagi me-mastikan keharmonian rakyat.

“Kita mengamal toleransi dan hendaklah menghormati per-bezaan dan sensiviti kepercayaan agama,” katanya depan kira-kira 1,000 hadirin pada majlis itu.

Selangorkini 19 - 26 Disember 2014 3Tempatan

Perbahasan Adun Muda diambil kira DNS

Curah idea isu belia, pendidikanSHAH ALAm - Mahasiswa digalak men-jalankan latihan praktikal di Pejabat Menteri Besar bagi meraih pengalaman. Mengalu-alu permohonan, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata jawat-an baru itu mula diwujudkan pada cuti se-mester.

“Sistem baru ini kita wujudkan untuk mahasiswa yang mahu bekerja semasa cuti semester.

“Ini peluang baik untuk mahasiswa memberi pandangan dan membantu Ke-rajaan Selangor,” katanya pada penutupan

Program Adun Muda Selangor, 16 Disem-ber lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga mengalu-alu pandangan mahasiswa un-tuk membantu wakil rakyat dalam isu bersesuaian untuk dibahas.

“Sebelum sidang dewan, kita perlukan maklum balas mahasiswa untuk memban-tu Adun berhubung soalan dan isu yang perlu dibawa,” katanya.

“Bermakna wujud interaksi antara ma-hasiswa dan pemimpin peringkat negeri,” katanya.

Praktikal di Pejabat MB

OlEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAm - Penganjuran pro-gram Adun Muda Selangor kali kedua disertai anak muda menge-nai proses perjalanan dalam dewan.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata, me-reka didedah dengan tatatertib bertanya soalan dan prosedur pe-raturan tetap.

Meski hanya lima peratus pro-ses sebenar, katanya, ia membuka ruang kepada belia meneruskan karier politik jika berminat.

“Kami mahu menganjurkan pro-gram itu tiga kali setahun. Selepas sidang dewan, kita anjurkan bagi memberi peluang anak muda.

“Peserta berpeluang berjumpa Dato’ Menteri Besar, malah perba-hasan mereka akan diguna pakai da-lam membentuk polisi kerajaan.

“Ini antara cara kita mendengar suara anak muda,” katanya pada sidang media di Dewan Annex, 16

Disember lalu.Sebanyak 123 permohonan di-

terima dari mahasiswa anak Sela-ngor dari pelbagai institusi penga-jian tinggi dalam dan luar negara.

Kata Hannah, beberapa pe-nambahbaikan dibuat, antaranya tambahan masa berbahas dan membuat persediaan berikutan ia berlangsung dua hari.

Katanya, peserta juga diberi usul untuk berbahas berhubung strategi pelaksanaan Dasar Belia Selangor bagi sesi pagi manakala sesi petang fokus kepada Skim Pendidikan Per-cuma.

“Mereka juga bertemu Adun Kelab Penyokong Kerajaan Sela-ngor (BBC) seperti Saari Sungib, Yeo Bee Yin, Haniza Talha, R Rajiv dan Shahrum Mohd Sharif.

“Tahun lalu, mereka bertemu Ketua Pembangkang tetapi kali ini, sudah meletak jawatan. Ia sebagai jalinan bagi mereka menyertai ma-na-mana parti politik,” katanya.

mohamed Azmin beramah mesra dengan mahasiswa program Adun muda Selangor

Peserta program membahaskan usul yang berikan

Abu Zar Ahmad Zubir dinesh kunasekarAisya Bakar

SHAH ALAm - Adun Muda Selangor berpendapat penganjuran itu memberi pengalaman dalam memahami peranan wakil rakyat.

Apatah lalgi, mereka berpeluang berhujah bersama dua Exco Sela-ngor, Amirudin Shari dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Peserta, Abu Zar Ahmad Zubir, 24, berkata ia memberi peluang kepada anak muda mencurah idea sekali gus membantu proses penyediaan dasar berkaitan belia dan pendidikan.

Mewakili Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Selangor, beliau percaya proses pendemokrasian yang baik ialah anak muda dilibat secara langsung dalam proses penggubalan dasar.

“Diharapkan pada sesi depan, le-bih banyak idea dan Selangor men-jadi sebagai tempat berkongsi idea,” katanya.

Peserta, Aisya Bakar, 22, dari Univer-

siti Malaya menyifatkan program itu memberi gambaran jelas mengenai per-jalanan perbahasan dewan.

“Selaku mahasiswa jurusan undang-undang, saya tahu secara teori tetapi proses membuat dasar tidak semudah yang disangka,” katanya.

Bagi Dinesh Kunasekar, 22, program itu perlu dijadikan platform untuk menggalakkan anak muda mengasah bakat kepimpinan.

“Di luar, kita hanya tengok dan tidak tahu apa yang berlaku tetapi apabila terlibat, baru tahu kesusahan yang perlu dilalui,” katanya.

Peserta, Khairy Hazique Muham-mad Asri, 19, menyambut baik usaha memberi peluang kepada anak muda berkongsi pendapat.

Mahasiswa Universiti Islam Antara-bangsa Malaysia (UIAM) itu berharap ia membantu belia berani melibatkan diri dalam proses politik.

4 Selangorkini 19 - 26 Disember 2014

Tempatan

SHAH ALAm - Dua Exco Selan-gor mendahului senarai 11 pe-nerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa ge-laran ‘Datuk’ sempena Hari Ke-puteraan ke-69 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Exco Perumahan, Pengurus-an Bangunan dan Kehidupan Bandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Exco Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pemba-ngunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi menerima anugerah itu.

Penerima lain ialah Duta Malaysia Ke london Datuk Ah-mad Rasidi Hazizi; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Ke-menterian luar Datuk Rustam Yahaya; Panglima latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Je-neral Datuk Suhaimi Mohd Zuki.

Turut menerima, Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan

Armada Pangkalan Tentera laut Diraja Malaysia (TlDM) laksa-mana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli; Asisten Ke-tua Staf Sumber Manusia Mar-kas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany.

Pengarah Urusan NRY Archi-tects Sdn Bhd Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak; Pro-fesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Ino-vasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohd Azmi Mohd lila, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Tim-balan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ir Abdul Ghani Hashim.

Sementara itu, Dato’ Men-teri Besar, Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada dua Exco Selangor itu dan per-caya pemilihan dibuat atas jasa khidmat kepada negeri dan rakyat Selangor.

“Mereka wajar diberi peng-hormatan dan penghargaan kerana kedua-dua tokoh itu banyak menyumbang khidmat kepada rakyat Selangor. Tah-niah,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari sama.

Iskandar dan Yunus menyi-fatkan penganugerahan itu sebagai pengiktirafan dan mo-tivasi untuk bekerja lebih kuat dan menyuntik semangat untuk berkhidmat lebih gigih.

“Ia pengiktirafan dan moti-vasi untuk bekerja lebih keras dalam memastikan Belanjawan 2015 yang dibentang dapat di-laksana dengan jayanya untuk kepentingan rakyat,” katanya.

“Saya sedaya upaya memas-tikan kesejahteraan dan kehar-monian rakyat Selangor dapat terus dijamin,” kata Yunus pula.

Mereka berkata demikian selepas Istiadat Penganugera-han Darjah dan Bintang Kebe-saran Negeri Selangor di Istana Alam Shah, 11 Disember lalu.

kLANG - Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor me-nyantuni Barisan Nasional seba-gai pembangkang berdasarkan prinsip tradisi demokrasi Bu-gis yang menjaga kepentingan rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali berkata, tra-disi Bugis menanam benih demokrasi atau istilah Bugisnya Amaradekangeng menjadi il-hamnya untuk merai pembang-kang dalam pentadbiran.

“Berilhamkan falsafah Ama-radekangeng, pentadbiran pa-tik menyantuni pembangkang kerana mereka sebahagian dari demokrasi.

“Maksud patik hanya se-mata-mata untuk memajukan demokrasi dan agar pembang-kang turut berkhidmat menjaga kepentingan rakyat Tuanku,” ka-tanya sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-69 hari ini di Istana Alam Shah di sini, 11 Disember lalu.

Mohamed Azmin berkata, tradisi keilmuan masyarakat Bu-gis mempunyai pengaruh besar terhadap tradisi keilmuan Me-layu.

“Seperti ditampilkan Tuhfat al-Nafis, teks penting penseja-rahan dan kebudayaan Melayu-Bugis yang ditulis Almarhum Raja Ali Haji, pendita agung Me-

MB: Demokrasi Bugis ilham santuni pembangkang

Dua Exco Selangor terima gelaran Datuk

layu berketurunan Bugis di abad ke-19,” katanya.

Bahkan, katanya, dunia me-nemu kembali epik bangsa Bu-gis bernama I la Galigo, karya yang dikatakan lebih panjang

dari Mahabharata dan dipersem-bah sebagai muzikal di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Singapura.

“Kepelbagaian budaya Me-layu bersekutu dengan kosmo-

politanisme Selangor disubur-kan sesuai cogan kata Malaysia: Bersekutu Bertambah Mutu,” ka-tanya.

Kata Mohamed Azmin, kera-jaan Selangor memberi jami-

nan mengamal pembangunan berteras usaha menjana per-tumbuhan berkualiti dan keadi-lan dalam pengagihan.

Menerusi falsafah pemba-ngunan itu, katanya, kekayaan negeri diagih saksama dan tidak tertumpu kepada kelompok kaya, selain memelihara kelang-sungan dan kesuburan budaya Melayu dengan segala kepelba-gaiannya.

Beliau berkata, pentadbiran-nya melipat ganda usaha me- rancakkan kegiatan kebudayaan dengan mengupayakan dimensi manusiawi dalam pembangu-nan.

“Kepelbagaian agama bukan bertujuan menimbulkan konflik atau prasangka tetapi kepelba-gaian itu dijadikan satu kekua-tan.

“Justeru, pentadbiran patik menjamin keharmonian rakyat Tuanku dipelihara supaya tidak berlaku kekacauan dan konflik dalam masyarakat yang ren-cam,” katanya.

5Selangorkini 19 - 26 Disember 2014

Tempatan

KETUA PENGARANG: Fazallah Pit PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar & Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim

WARTAWAN: Afeeqa Afeera: [email protected], Hafizan Taib: [email protected], Naeem Raffi: [email protected],

Afix Redzuan : [email protected], Lizawati Madfa : [email protected], Norhayati Umor: [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected],

Norfarahidayu Baharudin : [email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

kLANG - dato’ Menteri Be-sar, Mohamed Azmin Ali tetap fokus menggalas tanggung-jawab sebagai Menteri Besar sekalipun tanpa sebarang kurniaan darjah kebesaran.

Malah, beliau menyifatkan tempoh perkhidmatannya yang baru 80 hari terlalu awal untuk dikurnia sebarang bin-tang kebesaran.

“Baru dua bulan,” katanya ketika ditanya mengenai pen-

ganugerahan Darjah Kebe-saran daripada DYMM Sultan Selangor sebaliknya mahu fokus masa bekerja dan mem-beri khidmat terbaik untuk rakyat.

“Dalam tempoh dua bulan ini, saya lihat ada beberapa perkara yang perlu diberi per-hatian,” katanya yang enggan mengulas pelucutan gelaran ‘Datuk Seri’ terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya fokus bekerja

kLANG - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-69 di Ista-na Alam Shah, 12 Disember lalu.

Turut sama, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Se-

langor, Datuk Mohammed Khus-rin Munawi, Speaker Dewan Ne-geri Selangor, Hannah Yeoh dan pimpinan Kerajaan Negeri, hadir sama.

Kira-kira 3,000 jemputan itu turut menyaksikan acara memo-tong pulut kuning dan persem-bahan kebudayaan daripada Per-badanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

3,000 jemputan rai Majlis Jamuan Teh Diraja

kLANG - Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah mendahului se-narai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Nazrin dikurnia Dar-jah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manaka-la Tengku Panglima Besar Sela- ngor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Panglima Tentera Darat Jene-ral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima, Ketua Pe-gawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Sultan Perak mendahului senarai penerima

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif lembaga Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail penerima tung-gal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) membawa gelaran Datuk Setia.

Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II)

Seramai 13 penerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Shara-fuddin Idris Shah (D.S.I.S.) mem-bawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Memetik Bernama, seramai 14 orang menerima Darjah Ke-besaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) manakala 14 lagi me-nerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).

Seramai 20 penerima Dar-jah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) termasuk tiga pemenang pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Se-latan iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan@Krisnamurthy (karate); Ahmad Syukri Abdul Aziz (pe-rahu layar); dan Mohamad Faizal Norizan (perahu layar).

Seramai 18 pula menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh menerima Bintang Per- khidmatan Cemerlang (B.P.C).

Selangorkini 19 - 26 Disember 2014 6Tempatan

MB: RM5.5 juta atasi banjir di KajangOlEH NAZLi iBRAHim

kAJANG - Masalah banjir yang kerap sekitar sini dijang-ka selesai berikutan Kerajaan Selangor meluluskan perun-tukan RM5.5 juta bagi menga-tasi masalah itu.

Keputusan itu dibuat selepas Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menin-jau sendiri lokasi yang sering terlibat dengan banjir di Pasar Kajang.

“Kita melihat tapak lokasi yang menjadi punca seba-hagian masalah banjir Kajang bersama Jabatan Parit dan Saliran (JPS). Selepas dengar taklimat, kita ambil keputusan setuju menerima cadangan JPS menaik taraf sungai di ka-wasan itu.

“Ini melibatkan kos RM5.5 juta. Saya beritahu kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk luluskan perun-tukan yang dipohon JPS.

“Tender bermula segera kerana kita mahu kerja dimu-lakan seawal 2015,” katanya selepas mengadakan tinjauan 12 Disember lalu.

Mohamed Azmin menjang-

ka kerja menaik taraf dimula-kan seawal Mac 2015 sebaik selesai proses tender.

Katanya, ia melibatkan kerja

melebarkan sungai dari lapan ke 12 meter selepas bebera-pa gerai di tanah rizab sungai dipindah ke tanah rizab Kera-

jaan Negeri.Kata beliau, kerja penam-

bahbaikan dimulakan dengan mendirikan tembok penahan

banjir di hadapan Pasar Ka-jang dan mendalamkan sun-gai bagi mengurangkan kesan bencana alam itu.

mohamed Azmin dan Adun kajang, Wan Azizah sedang meneliti pelan langkah menangani banjir di kajang

kREATiF... TVSelangorku menang Anugerah media Baru bagi kategori tv internet menerusi segmen Apa khabar Selangor (AkS) kendalian Allahyarham dJ mansor. Pemangku ketua Jurugambar Selangor kini, muhammad Asri Sapfie pula menang Anugerah Peng- hargaan Fotografi. Hadiah disampaikan datuk Bandar Petaling Jaya, datin Paduka Alinah Ahmad pada majlis Apresiasi media majlis Bandaraya Petaling Jaya (mBPJ) 17 disember lalu

Penduduk, MPKj lega terima peruntukankAJANG - Pemimpin masyarakat di Kajang menyam-but baik pengumuman Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meluluskan RM5.5 juta bagi mengatasi masalah banjir di be-berapa tempat di Hulu langat.

Ketua Kampung Sungai Kan-tan, Khalid Ridhuan, berkata, masalah banjir sekian lama ber-larutan wajar diselesaikan sece-pat mungkin.

“Dulu bila mengadu pada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), mereka kata tiada ba-jet – suatu alasan yang sukar diterima.

"Sekarang, Alhamdullilah, peruntukan diluluskan dan saya harap digunakan sepe-nuhnya RM5.5 juta itu untuk atasi masalah banjir," katanya kepada SelangorKini.

Ahli Majlis MPKj, Radhuan Ahmad pula berharap selain isu banjir yang perlu diatasi segera,

Peruntukan diluluskan dan saya harap digunakan sepenuhnya RM5.5 juta itu untuk atasi masalah banjir

Khalid RidhuanKetua Kampung Sg Kantan

Kerajaan Negeri juga perlu me-nyelesaikan isu sampah yang semakin buruk di Kajang.

“Terima kasih kepada Dato' Menteri Besar baharu kerana walaupun isu ini sepatutnya su-dah lama diatasi.

"Cuma, saya harapkan bu-kan masalah banjir sahaja yang jadi masalah di sini tetapi isu sampah juga perlu diatasi segera,” katanya.

Tempatan7Selangorkini 19 - 26 Disember 2014

OlEH AFEEQA AFEERA

PETALiNG JAYA - Seramai 1,006 ke-luarga asnaf dan fakir miskin di dae- rah Petaling menerima agihan bantuan pendidikan untuk anak-anak mereka bagi sesi persekolahan 2015.

Bantuan berjumlah RM845,660 dari-pada lembaga Zakat Selangor (lZS) itu berbentuk pembiayaan yuran, perala-tan dan pakaian sekolah.

Ketua Pegawai Eksekutif lZS, Mo-

hamed Izam Mohamed Yusof, berkata program kali keempat itu bertujuan meringankan bebanan ibu bapa me-nyediakan kelengkapan persekolahan anak.

Katanya, anak asnaf bersekolah rendah kebangsaan dan agama me-nerima bantuan RM150 untuk yuran manakala sekolah menengah kebang-saan dan agama RM250 dan praseko-lah RM100.

“lebih 44,000 keluarga asnaf fakir

dan miskin menerima bantuan pendi-dikan lZS berjumlah RM15 juta,” kata-nya pada program di Masjid Nurul Eh-san, Taman Medan 10 Disember lalu.

Kata beliau, mereka turut mene-rima bantuan pakaian dan peralatan sekolah bernilai antara RM170 hingga RM200 dalam bentuk baucar.

Berdasarkan agihan itu, katanya, setiap keluarga menerima bantuan mengikut jumlah tanggungan hingga maksimum RM2,000 setiap keluarga.

PETALiNG JAYA - Bantuan agih- an pendidikan untuk anak-anak asnaf fakir dan miskin lZS ternyata membantu meri-ngankan bebanan

golongan berpendapatan ren-dah.

Azizah Nayan, 49, berkata ia membolehkannya menang-gung perbelanjaan membeli pakaian dan peralatan sekolah anak.

Anggota pasukan Relawan Ikatan Rakyat Malaysia (RElA)

itu tiada pendapatan tetap untuk menampung ke-

hidupan bersama tiga anak bersekolah.

“Terima kasih atas sumbangan ke-pada kami untuk membiayai per-sekolahan anak,” katanya kepada Selangor Kini.

SHAH ALAm - Kerajaan Selangor tidak bercadang mengadakan undang-un-dang menutup premis perniagaan dan pasar raya sewaktu solat Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar), berkata, ia sukar dilakukan di negeri yang kepa-datan penduduknya berbilang bangsa dan agama.

“Bagaimanapun, kita boleh buat pe-nguatkuasaan terhadap mana-mana majikan yang menghalang pekerja lelaki menunaikan Solat Jumaat.

“Ada beberapa tempat di Selangor yang menetapkan premis gerai ditutup ketika waktu solat Jumaat,” katanya.

Beliau mengulas keputusan Kerajaan Terengganu mengarahkan semua pasar raya ditutup pada Jumaat antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang mulai tahun depan.

Di Selangor, beberapa DUN yang mem-punyai majoriti penduduk Islam dikatakan menutup premis dan gerai selama dua jam sewaktu solat Jumaat.

SHAH ALAm - Penolong Pendaftar Nikah (PPN) di Selangor berpeluang menikmati pakej menunai umrah tahun depan, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Me-layu dan Warisan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Katanya, Kerajaan Selangor sedia mempertimbang mereka yang layak menyertai program lambaian Kaabah yang sebelum ini dikhusus kepada go-longan pendidik seperti guru agama.

“Tahun ini tidak sempat kerana kita su-dah pilih 60 penerima. Tahun depan, insya-Allah kita akan masukkan PPN. Tetapi perlu memenuhi beberapa kriteria,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pem-berita selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup Program Muzakarah Penolong Pendaftar Nikah (PPN) Negeri Selangor, 10 Disember lalu.

Hadir sama dalam majlis yang diser-tai lebih 300 PPN ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Za-harin Mohd.

Sehingga Disember ini, ada 391 orang PPN dengan sembilan Pendaftar Kanan dan 46 Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk.

Selain itu, Yunus juga akan membawa cadangan mengenai pemberian elaun bulanan untuk dipertimbang Majlis Me-syuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Tidak tutup premis pada Jumaat

Pakej umrah untuk Penolong Pendaftar Nikah

1,006 asnaf terima bantuan pendidikan

Pembantu operator, Azizah majid, 48, yang menerima bantuan sama bersyukur atas agihan yang membantunya menam-pung lima anaknya.

Berpendapatan kecil, apatah lagi suami bernia-

ga kecil-kecilan dan tidak tetap.

“Dapatlah membeli ke-lengkapan sekolah. Saya akan gunakan sebaik mungkin bagi memiliki ke-lengkapan persekolahan yang sempurna,” katanya.

Asnaf, fakir miskin bersyukur

ketua Pegawai Eksekutif LZS, mohamed izam mohamed Yusof bersama anak-anak asnaf yang menerima bantuan

Album8 Selangorkini 19 - 26 Disember 2014

Adun Hulu kelang, Saari Sungip menyampaikan bayaran pertama Rm1,000 Skim mesra Usia Emas (SmUE) kepada salah seorang daripada 4 waris di dUN Hulu kelang

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan hadir dalam kursus membuat Roti bersama Chef Ain kamaludin anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Gombak Setia. kursus di adakan pejabat Pusat khidmat masyarakat dUN Gombak Setia dan dihadiri oleh 20 orang peserta.

Adun Bangi, Shafie Ngah bersama-sama dalam kursus Asas Pertolongan Cemas anjuran Pusat khidmat AdUN Bangi di Pasti Siti Sarah, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Langkah asas yang diajarkan termasuk menyelamatkan mangsa yang lemas, pengsan dan tercekik makanan

Exco Pembangunan Generasi muda, Sukan, dan kebudayaan, Amirudin Shari merasmikan Temasya #Selangor15 di SACC mall, SACC Convention Centre, kompleks PkNS Shah Alam. Pelbagai aktiviti direncanakan meliputi aspek kesenian dan kebudayaan, aktiviti sukan pada 26 hingga 31 disember ini

dato’ menteri Besar, mohamed Azmin mewakili kerajaan Selangor memulangkan kembali sejumlah Rm5.6 juta kepada 52 pembeli rumah projek Taman Bukit impian, Seksyen U10 Bukit Cherakah yang terbengkalai sejak 2005 dalam majlis Penyampaian Cek Bayaran Saguhati di Hotel de Palma.

9Selangorkini 19 - 26 Disember 2014

Tempatan

OlEH AFiX REdZUAN

SUBANG JAYA - Sekolah vernaku-lar perlu kekal tanpa perlu sekolah satu aliran, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, persekolahan menggunakan bahasa ibun-da memudahkan anak belajar meskipun ada cabaran dari segi perpaduan kaum.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan kita hanya perlu ada satu (jenis) sekolah di Malaysia.

“Tidak nafikan ada cabaran dari segi perpaduan apabila kita ada sekolah jenis kebang-saan tetapi itulah warisan kita,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis Program Bantuan Pendi-dikan Sekolah-sekolah Kerajaan Negeri Selangor Fasa 3 Tahun 2014 pada 12 Disember lalu.

Pada majlis itu, Nik Nazmi me-nyerahkan sumbangan Kerajaan Selangor berjumlah RM830,000 kepada 28 sekolah.

Katanya, peranan 97 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor sama penting se- perti sekolah lain dalam membi-na modal insan.

Sejak 2009, Kerajaan Selangor memperuntuk RM20 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Turut hadir sama, Ahli Parli-men Kelana Jaya, Wong Chen, Penolong Setiausaha Unit Pen-didikan Siti Syazwani Abdul latif.

Kekalkan sekolah vernakular - Nik Nazmi

SHAH ALAm - Seramai 600 pelajar keluarga kurang berke-mampuan menerima bantuan kelengkapan sekolah menerusi pemberian baucer RM100 se-orang.

Yang Dipertua Pekawanis, Shamshida Taharin, berkata ia bertujuan meringankan be-ban keluarga miskin membuat persediaan.

“Ia membantu ibu bapa me-ngurangkan kos perbelanjaan bagi penyediaan anak bagi sesi persekolahan,” katanya pada majlis itu di Dewan Megawati, Seksyen 7, 15 Disember lalu.

Hadir sama, Dato’ Menteri Be-sar, Mohamed Azmin Ali; Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

Ia melibatkan 10 DUN

antaranya Seri Muda, Pelabuh-an Klang, Bukit lanjan dan Ta-man Medan serta Parlimen Gombak dan Kuala langat yang setiap satu disertai 50 pelajar.

Baki wilayah lain diadakan berasingan di DUN dan Parli-men masing-masing dalam masa terdekat.

Permodalan Negeri Sela-ngor Berhad (PNSB) selaku ra-kan penaja menyumbangkan RM100,000 manakala Kum-pulan Semesta Sdn Bhd dan Kumpulan Perangsang Sdn Bhd masing-masing RM50,000.

Gedung Textile, Jakel Tra-ding Sdn Bhd pula menaja kasut sekolah manakala Danalis Di- stributors Sdn Bhd dan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd menyumbangkan buku bacaan.

Pelajar 10 DUN terima bantuan sekolah

Nik Nazmi, Wong Chen dan Siti Syazwani Abdul Latif bersama mock-up cek bantuan Sekolah Jenis kebangsaan Tamil

Selangorkini 19 - 26 Disember 2014 10Seni

OlEH HAZAYANi ZAkARiA

Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapaHidup ini sudah terbenam pada persamaan nasib semataKaum pekerja dan petani dalam satu sumber mengalirSama-sama menyanyikan lagu terbagus untuk tanah air

Petikan sajak Pemuda dan Gadis Tionghua karya Sasterawan Nega-ra (SN) Datuk Dr Usman

Awang ini cukup kuat bagi me-nyampaikan mesej perpaduan antara kaum di negara ini.

Sajak itu sebahagian puisi perpaduan yang dinukilkan SN Usman Awang sewaktu hayat-nya selain Salam Benua, Mer-pati Putih Jelajahi Dunia Ini, Suasana, Anak Jiran Tionghua, Penjual Pisang di Kaki lima, Ba-

hasa Bonda dan lain-lain lagi.Terasa damai apabila puisi-

puisi itu dibaca kembali dalam suasana rakyat Malaysia sering dihangatkan dengan bahang perkauman oleh pihak yang bersifat rasis.

Puisi-puisi tersebut dibaca dalam Majlis Penyampaian Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2014 di Berjaya Hotel, Kuala lumpur pada 14 Disember lalu.

lebih menarik apabila puisi-puisi itu dibacakan oleh tiga kaum; Melayu, Cina dan India.

Bukanlah menjadi perkara asing berada dalam satu maj-lis yang dihadiri pelbagai kaum namun apabila ia disertai ba-caan puisi yang mengangkat tema masyarakat, perasaan menjadi lebih teruja.

Dalam pada perpaduan antara kaum cuba dijadikan isu sensi-tif, Yayasan Usman Awang (YUA) dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua-zong) berjaya menganjurkan Anugerah Integrasi Nasional Us-man Awang (AINUA) 2014.

Penganjuran AINUA 2014 ini julung-julung kali diadakan dan diteruskan setiap dua ta-hun sekali.

Bertema perpaduan, anuge-rah diberi kepada individu atau organisasi yang memperjuang perpaduan antara kaum dan berusaha memupuk semangat persahabatan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

AINUA 2014 bertujuan mem-beri sanjungan dan penghargaan kepada individu atau organisasi bukan kerajaan (NGO) yang me-nyumbangkan jasa dalam per-paduan dan integrasi nasional.

Anugerah itu juga bagi menggalakkan lebih ramai in-dividu dan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran

Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang

Membunuh

Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Jabatan Pertubuhan Syarikat (ROC) menyumbang jasa bagi memperkasa perpaduan dan integrasi nasional.

Selain itu, ia juga bertujuan memupuk semangat perpaduan dan integrasi rakyat Malaysia.

Anugerah terbahagi kepada tiga kategori iaitu Anugerah Salam Benua, Anugerah Mer-pati Putih dan Anugerah Khas.

Anugerah Salam Benua di-menangi penulis buku, Anas Zubedy; Majlis Kebangsaan Sedia Bersahabat Malaysia (Na-tional Council of Befrienders Malaysia); dan Datuk Dr. lam Peng Chong @ lam Phar.

Mereka membawa pulang trofi, sijil penghargaan dan wang berjumlah RM30,000.

Anugerah Merpati Putih pula dimenangi Subramaniam Karu-payah; lumat Dadi; lim Thein Phin; Tan Sri Datuk Seri Yahaya Ibrahim; dan Pergerakan Pemu-da Malaysia.

Masing-masing menerima sijil penghargaan dan wang RM10,000 manakala penerima Anugerah Khas ialah Jamaluddin Mat Ali dan Gan leong Piow.

Anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Datuk Seri Pang-lima Joseph Kurup.

Turut hadir, Pengarah De-wan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr. Awang Sariyan yang juga mewakili YUA.

Hadir sama, Presiden Kehor-mat Huazong, Tan Sri Ng Teck Fong; Naib Pengerusi Huazong, lau Chee Boon; Penasihat YUA,

MAAFKAN AKU PENYAIRMaafkan aku penyairaku memilih untuk menemuimu di kafe mahal iniberteman secawan kopi dan menu makanan Barat.Ini zaman bangsa bermartabatkafe ini nyaman dan menyerlahkan darjat.Ini gaya hidup terbaruyang telah sebati dengan diriku.

Maafkan aku penyairaku tidak faham mengapa kau menulistentang setinggan dan kemiskinanmengapa kausibukkan anak siswa yang menanggung hutangIni zaman nikmat melimpah-ruahapa gunanya kau menulis tentang petani kehilangan sawahatau menegur pemerintahapa gunanya bersajak tentang derita di negara majukeprihatinan hanya merugikanmu.

Maafkan aku penyairkita hidup di zaman selesajiranku berpangkat dan bergelaranak-anak mereka tidak terbiar.Mereka memuatnaik gambar makanan di laman mayauntuk bersuka-suka dan berkongsi bahagia.Ini zaman dilimpahi kemewahanmustahil kawan-kawanku kebuluranjika ada yang terpancing selerapasti mereka juga mampu mendapatkannya Maafkan aku penyairkerana membenci sajak-sajakmuaku memusuhimu kerana perbezaankita berdepan dengan perubahantiada apa lagi yang hendak diperjuangkancukuplah menulis tentang keindahanaku mahu terus memetik bintang khayalandari terluka memijak tanah kebenaran.

RAIHANI MOHD.SAAID Kuala Lumpur.

Haslina Usman; Pengerusi De-wan Bahasa dan Pustaka Tan Sri Kamarul Ariffin; pelakon teater dan juga ahli jawatankuasa YUA, Datuk Faridah Merican; dan wa-kil lain dari YUA dan Huazong.

Bagi Pengerusi YUA, Dr Syed Husin Ali, SN Usman Awang menganut fahaman Sastera Untuk Masyarakat.

Oleh itu katanya, sajak-sajak Usman bertunjangkan masyarakat dan banyak mem-perkatakan nasib rakyat jelata.

“Karya Usman penuh de-ngan nilai kemanusiaan yang diucapkan dengan bahasa yang mudah dan seni yang halus. Idea-idea bernas yang disuara-kan dalan ciptaan-ciptaannya bebas daripada unsur propa-ganda yang kasar,” katanya.

Anak Usman, Haslina gem-bira atas penganjuran AINUA 2014 sekaligus memberi se-mangat kepadanya untuk meneruskan perjuangan me-mupuk perpaduan melalui karya-karya Usman.

Majlis diacarakan oleh wa-nita berbangsa Tionghoa yang bukan sahaja fasih berbahasa Melayu, malah kreatif menyelit-kan pantun-pantun indah.

Seperti petikan sajak Bahasa Bonda;

Seribu bahasa kita bicaraManakan sama bahasa bonda

Ya, benarlah. Perpaduan, boleh juga dipupuk melalui satu bahasa.

kecurigaan kaum

keropok lekor tadi. Dia masuk da-lam jamban tinggung dan tak fikir apa-apa. Otak dia memang kosong sekarang. Fitrah manusia yang se-patutnya berfikir tidak dia buat hari ini. Dia jadi kaku dan hanya dengar air paip yang bergaduh masuk ke dalam timba sehingga melimpah-limpah. Dia tak tutup paip air dan terus biar air melimpah terkena kaki. Taik tak keluar lagi tapi yakin yang akan keluar sekejap lagi. Dia jentik-jentik air yang ada dalam timba dan terasa dalam perut yang taik akan keluar. Dia fokus dan tak mahu beraknya terbantut. Dia jen-tik-jentik lagi air yang ada. Plup! Dia rasa lega dan puas. Dia cebok-cebok dan tuang selebihnya air yang ada masuk ke dalam kumbah. Sistem pili tarik tu dah lama rosak. Dia dah malas nak baiki. Kali ini masuk 5 kali kalau dia tukar.

Dia masuk balik dalam bilik dan buka kotak emel. Ada satu emel baru masuk pukul 8 pagi tadi.

“Aku dah masukkan duit dalam bank kau. Terima kasih sebab to-long aku buat kerja tu.”

Yang menghantar emel meng-guna nama tanpanama. Ini mesti pancing nak tipu orang. Aku pa-dam emel. Aku ambil remote dan buka tivi. Terus-terus baru mula Berita Semasa TV3.

Sebuah syarikat Iklan meletup dibom pagi tadi.

Aku tengok dapur dan wap air masih lagi keluar daripada corong cerek dan serbuk Milo masih lagi tak dikacau.

“Kita hendak jual piza, bukan hen-dak jual bra.”

Kalau ikut-ikutkan tarikh dia le-tak jawatan semalam, tak sampai setahun dia bekerja kutip pengala-man dan kritikan. Kadang-kadang dia hairan dengan syarikat yang dia bekerja. Mereka ini anggap klien itu Tuhan. Dia senyu-senyum juga kalau ada majlis makan-makan bertemu klien. Hendak saja dia menjerit ten-tang soal bahasa semasa sedang me-megang secucuk sate daging ketika bertemu dengan klien syarikat pe-nerbangan (nama syarikat terpaksa dirahsiaka). Klien ini lah yang paling banyak menolak ayat-ayat bahasa yang sering dia usulkan.

“Jangan terlalu berbunga-bunga. Kita bukannya nak tulis novel. Kita nak jual tiket penerbangan.”

Tidakkah mereka tahu yang sesuatu transaksi yang berlaku itu datangnya dari cinta? Ternyata bahasa salah satu cara memikat dan memujuk manusia untuk terpikat dengannya. Dia lupa-kan hasrat untuk bersyarah tentang bahasa pada majlis hari itu. Dia ba- ngun dan buang lidi sate dan tuju pula ke arah gerai ais kacang.

Pak! Air dah jerang dan dia pun dah habis makan keropok lekor. Sebe-narnya memang dah jadi kebiasaan sebelum dia pergi kerja, dia akan per-iksa dulu kotak emel yang masuk. Dia tekan ENTER dan skrin komputer kem-bali cerah. Dia tak sempat buka emel dan terasa sakit perut. Mungkin sebab

Dia menggeliat dan masih ada atas katil. Dia ada tengok-tengok juga dalam Job Malaysia kerja yang sesuai pukul 4 pagi tadi selepas jerang air panas. Sekarang dah pukul 12 setengah hari. Entah pukul berapa dia terlelap pun dia tak tahu. Tengok-tengok dah ada terlentok atas katil

Dia bangkit dan pergi ke dapur untuk bancuh air Milo. Dia tekan sekali lagi cerek air yang sudah dimasak air di dalamnya untuk dimasak sekali lagi. Air nak jerang bagi panas sekurang-kurangnya 3 minit setengah. Dia masuk balik bilik dan duduk di atas katil. Dia sebenarnya tak tahu hendak buat apa hari ini

Pak! Air dah jerang dan dia pun dah habis makan keropok lekor. Sebenarnya memang dah jadi kebiasaan sebelum dia pergi kerja, dia akan periksa dulu kotak emel yang masuk. Dia tekan ENTER dan skrin komputer kembali cerah.

OlEH ASYRAF BAkTi

Ali Batisah bangun pagi de-ngan tiada beban. Dia baru berhenti kerja kelmarin. En-tah kenapa dia boleh hantar

surat letak jawatan itu pun dia tidak tahu. Dia duduk lama atas katil fikir sama ada untuk menganggur lama atau cari kerja lain. Dia pandang din-ding bilik yang ada poster filem limit-less. Dia cuba juga cari-cari kalau-ka-lau ada yang nak jual dadah macam dalam filem tu. Dia nak beli sebiji dan dia nak cuba. Mana tahu kalau-kalau boleh jadi broker saham terkemuka.

Dia menggeliat dan masih ada atas katil. Dia ada tengok-tengok juga da-lam Job Malaysia kerja yang sesuai pukul 4 pagi tadi selepas jerang air panas. Sekarang dah pukul 12 sete-ngah hari. Entah pukul berapa dia terlelap pun dia tak tahu. Tengok-tengok dah ada terlentok atas katil. Dia teringat dekat dapur ada cawan isi serbuk Milo yang tak sempat dia bancuh. Tidak apalah. Biarkan dulu. Mujur cerek air elektrik. Kalau tidak, mahunya terbakar rumah dan jiwa raga. Dia capai beg kerja yang ada dekat kaki katil. Keropok lekor yang dia beli dekat pasar malam semalam dia lupa hendak keluarkan. Mungkin

dia terlalu rungsing dan tak mampu fikir secara waras. Dia seluk dalam plastik dan capai keropok lekor. Rasanya boleh ma-kan lagi. Dia gagau lagi dalam beg dan ada botol air mineral yang tinggal sepa-ruh isi. Dia isi perut dengan air mineral dan dengan tak basuh gigi, dia kunyah ke-ropok lekor perlahan-lahan.

Dia masih lagi ada atas katil. Dia te-ngok lampu komputer masih lagi berde-nyut-denyut. Mungkin dia lupa nak matikan semalam. Baki keropok lekor tak banyak pun, ada lagi 2 jurai saja. Dia bangkit dan pergi ke dapur untuk ban-cuh air Milo. Dia tekan sekali lagi cerek air yang sudah dimasak air di dalam-nya untuk dimasak sekali lagi. Air nak jerang bagi panas sekurang-kurangnya 3 minit setengah. Dia masuk balik bilik dan duduk di atas katil. Dia sebenarnya tak tahu hendak buat apa hari ini. Sela-lunya hari-hari bekerja, pukul 6 pagi dia dah bangun.

Pukul 8 bertolak pergi kerja dan pu-kul (tak menentu) balik ke rumah ba-

lik. Dengan vespa buruk dia yang abang dia bagi itulah dia cari reze-

ki. Dia kerja di syarikat iklan dekat Damansara Perdana. Sebagai orang iklan dan berjawatan se-bagai penulis iklan, dia dah lali dengan kritikan-kritikan klien. Ada klien yang kata Dewan Bahasa tidak lulus laras bahasa yang sebegini. Ada klien yang kata laras bahasa begini terla-

lu berunsur seksual.

Selangorkini 19 - 26 Disember 2014 11Cerpen

Sasar pendapatan petani RM1,500OlEH LiZAWATi mAdFA

kUALA SELANGOR - Deretan majlis kenduri-kendara di hu-jung minggu dan cuti perseko-lahan tidak menghalang pen-gunjung membanjiri program Jelajah Tani 2014 di Sungai Bu-rong, 14 Disember lalu.

lebih 300 orang seawal jam 8 pagi mengunjungi pekarangan Masjid At- Taqwa di Kampung Sungai Tengi Kanan bagi men-yertai pelbagai acara antaranya bowling kelapa, pertandingan memasak dan gubahan.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata pen-ganjuran Jelajah Tani khusus untuk menghargai petani, pen-ternak dan nelayan di Selangor.

“Kita hargai mereka dan mahu mereka menambah pendapatan melalui program pemodenan pertanian dan ke-luar dari kemiskinan, daripada pendapatan RM800 kepada RM1,500 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Jelajah

Bantu Putrajaya hapus rumput miang MexicokUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam usaha menghapus rumput mi-ang Mexico (Parthenium hys-terophorus) di Selangor.

Exco Infrastruktur, Kemudah- an Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata pihaknya menanti laporan Ja-batan Pertanian berhubung kewujudan tumbuhan berba-haya itu.

“Kita sedia bekerjasama se-penuhnya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutama di Selangor,” katanya.

Jabatan Pertanian mengu-mumkan pembentukan jawa-tankuasa bertindak bagi meng-hapus rumput miang Mexico yang memberi alahan kulit dan gangguan pernafasan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata, rumput itu dikesan merebak ke kawasan seluas 28.28 hektar di enam negeri ter-masuk Selangor.

Negeri itu ialah Perak (lapan hektar), Selangor (0.7 hektar), Kedah (13 hektar), Negeri Sem-bilan (5.6 hektar), Johor (0.9 hek-tar) dan Melaka (0.08 hektar).

Tani DUN Sungai Burong. Turut hadir Pengurus Pusat Khidmat DUN, Misran Serman.

Zaidy sempat membuat tiga balingan boling kelapa dan me-luangkan masa singgah ke gerai pameran serta bermesra dengan pengunjung.

DUN Sungai Burong antara tu-juh DUN yang dipilih khusus bagi Program Jelajah Tani tahun ini.

Kita hargai mereka dan mahu mereka menambah pendapatan melalui program pemodenan pertanian dan keluar dari kemiskinan, daripada pendapat-an RM800 kepada RM1,500 sebulan

Zaidy abdul TalibExco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani

Zaidy Abdul Talib bertanya sesuatu kepada pemilik gerai di Jelajah Tani 2014

Selangorkini 19 - 26 Disember 2014 12Tempatan

Selangorkini 19 - 26 Disember 2014 13Tempatan

SHAH ALAm - Kerajaan Se-langor disaran menganjurkan program khas yang menemu-kan semua cendekiawan pel-bagai agama bagi membin-cangkan perbezaan pendapat antara mereka.

Mencadangkan demikian ekoran pelbagai isu melibat-kan hubungan antara agama di negara ini, Adun Meru, Dr Rani Othman (gambar) berka-ta, ia membantu meredakan perbezaan pendapat.

“Saya cadangkan satu se-minar khas yang menemukan cendekiawan dan pemimpin pelbagai agama dan aliran pe-mikiran berdiskusi secara ma-tang.

“Saya sudah hubungi Exco Selangor, Datuk Dr Ahmad Yu-nus dan kami akan bertemu bagi perbincangan lanjut,” ka-tanya 16 Disember lalu.

Cadang temukan cendekiawan agama

SHAH ALAm - Adun Bukit Mela-wati, Jakiran Jacomah (gambar) mahu Kerajaan Selangor perlu memberi tumpuan dalam as-pek pertanian dan bekerjasama memajukan bidang itu.

Bercakap kepada SelangorKini, beliau berkata aspek yang perlu diberi perhatian ialah penyedi-aan dan kebenaran tapak untuk pertanian dan penternakan.

“Selangor ada penduduk le-bih kurang lima juta orang dan bekalan makanan perlu dipasti-kan mencukupi setiap masa.

“Selain mengimport makanan dari luar negara, kita perlu mem-perkasa pengeluaran makanan dalam negara bagi menjamin bekalan mencukupi,” katanya.

Jakiran mengingatkan Kera-jaan Selangor, soal makanan bu-kan isu politik kepartian kerana

Selangor patut sediakan tapak pertanian

dul Talib, berkata, Kerajaan Neg-eri berusaha meningkatkan hasil pertanian dengan mengekal 12 Taman Kekal Pengeluaran Maka-nan (TKPM) Selangor.

“Kita kini kenal pasti beberapa tanah kosong untuk diwarta dan dimajukan sebagai TKPM.

“Program Pembangunan Ta-nah Terbiar pula menjadikan ta-nah diusahakan lebih produktif dan memberi pulangan kepada pengusaha,” katanya kepada Se-langor Kini.

TKPM berperanan mengeluar-kan hasil tanaman, ternakan dan perikanan untuk rakyat negeri.

Antara lokasinya ialah Sungai Batangsi, Semenyih, Hulu Yam, BUkit Changgang, Kundang, Sun-gai Kelambu, Bistari Jaya, Serdang, Hulu Chuchuh, Sungai Blankan, Batu Arang dan Sungai Panjang.

Dipetik oleh The Malaysian Insider, Dr Rani mendapati Acheh juga ada masalah sama tetapi diselesaikan melalui dia- log dan perbincangan.

“Kita perlu berfikiran ter-buka untuk terima perbezaan. Semua pihak perlu ditemukan. Sebagai kerajaan yang ada ke-pelbagaian, Selangor wajar anjurkan majlis ini,” katanya.

ia keperluan kehidupan semua rakyat di negara ini.

“Maka, Kerajaan Negeri perlu serius mendepani masalah ini sepertimana Kerajaan Pusat,” ka-tanya.

Bagaimanapun, Exco In-frastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Ab-

fasiliti asas,” kata Na-zima Rosli.

A z a m u d i n Azam pula ber-harap stesen bas Seksyen 17 memi-liki kemudah- an lebih baik ber-banding sekarang

apabila ia siap kelak.Katanya, pihak berwajib

perlu menyediakan ruang letak kenderaan lebih besar teruta-ma motosikal.

“Harapan saya agar keadaan jauh lebih baik. Contohnya ke-dai makan lebih bersih, tandas lebih besar dan selesa, ruang menunggu lebih besar.

“Tak lupa juga tempat letak kenderaan. Kalau boleh, biarlah

Selangorkini 19 - 26 Disember 2014 14Tempatan

Antara kaunter tiket yang sudah beroperasi

Gambar hiasan

Ean Yong (tengah) turun padang meninjau lokasi kilang haram

SIAR MASALAH ANDA! HANTAR KEPADA [email protected]

OlEH NAEEm RAFFi

kAJANG - Penduduk Kampung Kwan Tung Baru, Sungai Chua mahu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tegas menangani kewu-judan 18 kilang haram yang me-nimbulkan pelbagai masalah.

Pengerusi Jawatankuasa Ke-majuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kwan Tung Baru, lim Thian Ser, berkata penduduk berdepan pencemaran bunyi dan ancaman keselamatan ekoran kekerapan lori keluar masuk di jalan utama.

“Masalah sejak tahun 2000 se-makin bertambah. Kami kenal pasti ada dua lagi kilang haram dalam pembinaan.

“Jika ia tidak diselesaikan, masalah besar kepada 78 keluar-

18 kilang haram di Sg Chua

SHAH ALAm - Kebanjiran penia-ga warga asing disyaki didalangi warga tempatan, kata Ahli Maj-lis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Zon 4, Anizan Othman.

Katanya, MBSA tidak pernah mengeluarkan lesen penjaja ke-pada warga asing, sebaliknya se-setengah warga tempatan yang memiliki lesen menyewakannya kepada golongan itu.

Beliau tidak menolak kemung-kinan warga asing dibayar gaji oleh warga tempatan, malah wu-jud kes, perniagaan di luar petak didalangi warga tempatan.

“Mereka tiada lesen, ambil jalan mudah dengan buka meja dan berniaga di luar pasar de-ngan mengajikan warga asing,” katanya yang mengakui ia su-kar dicegah biarpun berulang kali mengadakan operasi.

Sebelum ini, Pengerusi Persa-tuan Peniaga Pasar Pekan Subang, Johare Mohammad mengesa

MBSA meningkatkan penguat-kuasaan ke atas perniagaan war-ga asing di luar kawasan pasar.

Ia dimonopoli warga Indone-sia, Myanmar dan Bangladesh hingga menjejaskan perniagaan warga tempatan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata MBSA tidak akan berkompromi de-ngan peniaga warga asing dan mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan.

“Kami tegas kerana ia me-libatkan kebajikan dan nasib perniaga tempatan. Mereka yang didapati bersalah berde-pan dengan tindakan kompaun dan sitaan,” katanya.

“Biasanya, pelanggan akan membeli barangan di gerai luar yang kebanyakannya diuruskan warga asing, jadi ia menjejaskan perniagaan kami yang berada di dalam,” katanya.

Pengguna mahu kemudahan selesa di stesen bas sementara

Peniaga asing didalangi rakyat tempatan

SHAH ALAm - Pengguna mahu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kemudah-an mencukupi di stesen bas se-mentara di Seksyen 13.

Ia berikutan MBSA memin-dah sementara stesen bas di Seksyen 17 ke Seksyen 13 un-tuk kerja naik taraf.

Berdasarkan perbincangan di laman Facebook Shah Alam Resident (SAR) mendapati, mereka menyambut baik ini-satif menaik taraf infrastruktur stesen bas Seksyen 17.

Namun, mereka bimbang keadaan lalu lintas di Seksyen 13 kerana kedudukan-nya berhampiran Stadium Shah Alam yang menjadi lokasi pelbagai perlawan-an bola sepak.

Ia termasuk per-lawanan akhir ke-dua Piala AFF Suzu-ki antara Malaysia dan Thailand, 20 Disember ini.

Mereka berharap kemudahan asas seperti tandas dan tempat menunggu sesuai disediakan untuk keselesaan pengguna.

“Seksyen 13 adalah tempat terbaik. Keluasan tapak cukup baik daripada dibiarkan ka-wasan tidak digunakan.

“Cuma harap pihak berwajib, ambil tanggungjawab dan inisia-tif pastikan tapak sementara ada

berbumbung untuk motosikal. Kalau hujan topi keledar dita-kungi air,” katanya.

Tinjauan mendapati kerja akhir sedang dibuat sebelum beroperasi minggu ini. Beber-apa individu dilihat melakukan kerja penurapan jalan selain memasang bumbung.

Sebanyak 24 kaunter tiket disediakan untuk memudah-kan pengguna membeli tiket bas.

ga di kampung ini,” katanya yang beberapa kali membuat teguran kepada pemilik kilang tetapi tidak diendah.

Justeru, Exco Kerajaan Tempat-an, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah menggesa MPKj bertindak tegas.

“Kilang tidak boleh beroperasi di kampung tradisi atau kam-pung baru.

“Kita tidak mahu kes keba-karan di kampung berpunca dari aktiviti kilang haram,” katanya ke-tika meninjau lokasi kilang haram di Kwan Tung Baru, Sungai Chua di sini, 15 Disember lalu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu langat, Dr Che Rosli Che Mat dan Timbalan Pengarah Jabatan Per-

ancangan Pembangunan MPKj, Reduan Idris Reduan berkata, MPKj maklum aduan penduduk dan mengeluarkan notis kepada

pengusaha kilang haram. Jika ing- kar, katanya, MPKj akan memba-wa kes ke mahkamah.

“Sehingga kini, sebuah kilang

haram dibawa ke mahkamah dan pengusahanya berdepan tindak-an meroboh binaan serta denda RM2,000,” katanya.

15Selangorkini 19 - 26 Disember 2014

Tempatan

WAKTU SOLAT SELANgOR19 - 26 Disember 2014

26 Safar - 4 Rabiulawal 1436H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala langat

19 Jumaat 5:41 5:51 7:14 1:13 4:36 7:09 8:2420 Sabtu 5:42 5:52 7:14 1:13 4:36 7:10 8:2421 Ahad 5:42 5:52 7:15 1:14 4:37 7:10 8:2522 Isnin 5:43 5:53 7:15 1:14 4:37 7:11 8:2523 Selasa 5:43 5:53 7:16 1:15 4:38 7:11 8:2624 Rabu 5:44 5:54 7:16 1:15 4:38 7:12 8:2625 Khamis 5:44 5:54 7:17 1:16 4:39 7:12 8:2726 Jumaat 5:45 5:55 7:17 1:16 4:39 7:13 8:27

19 Jumaat 5:43 5:53 7:16 1:15 4:38 7:11 8:2620 Sabtu 5:44 5:54 7:16 1:15 4:38 7:11 8:2621 Ahad 5:44 5:54 7:17 1:16 4:38 7:12 8:2722 Isnin 5:45 5:55 7:17 1:16 4:39 7:12 8:2723 Selasa 5:45 5:55 7:18 1:17 4:39 7:13 8:2824 Rabu 5:46 5:56 7:18 1:17 4:40 7:13 8:2825 Khamis 5:46 5:56 7:19 1:18 4:40 7:14 8:2926 Jumaat 5:47 5:57 7:19 1:18 4:41 7:14 8:29

OlEH AFEEQA AFEERA

SELAYANG - Kolam Air Panas Selayang bakal berwajah baru berikutan proses naik taraf dan penambahbaikan Majlis Perban-daran Selayang (MPS) bermula Februari tahun depan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata RM2.5 juta diperuntuk bagi menaik taraf yang dijangka mengambil kira-kira setahun setengah.

“Sudah sampai masanya un-tuk MPS menambah baik kolam air panas supaya menjadi mercu tarikan pelancong di Selangor.

“MPS perlu memperbanyak

atau membina kolam air panas lain yang lebih besar, di samping landskap menarik kerana ia aset semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kolam Air Panas Selayang 2014 peringkat MPS, 13 Disember lalu.

Daroyah berkata, penganjuran karnival itu harus dicontohi PBT lain bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk menikmati kemudahan kolam air panas.

Selain riadah, beliau meng-galakkan pengunjung menikmati khasiat dan manfaat kolam air pa-nas yang mampu merawat pelba-gai jenis penyakit antaranya sakit kulit dan migrain.

Wajah baru kolam Air Panas Selayang

1800-88-2824

Talian bebas tol pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri Selangor (SUK)

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd (140879-U), No. 8, Jalan Sekinchan 26/9, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-51929800 Faks: 03-51929819

mUkA 10

OlEH LiZAWATi mAdFA

SHAH ALAm - Exco Pembangu-nan Generasi Muda, Sukan dan Ke-budayaan, Amirudin Shari men-gajak orang ramai memeriahkan Temasya #Selangor15 pada 26 hingga 31 Disember ini.

Katanya, ia bersempena sam-butan Ambang Tahun Baru 2015, sambutan 100 Hari Pentadbiran Dato’ Menteri Besar dan pelancar-an Tahun Melawat Selangor 2015.

“Ada pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan, sukan dan sesi memperkenal pemain Selangor FA bagi liga Super 2015,” katanya pada sidang media, 16 Disember lalu.

Amirudin berkata, Temasya #Selangor15 diadakan di SACC Mall, SACC Convention Centre, Kompleks PKNS Shah Alam dan sekitarnya.

“lokasi dipilih berdasarkan ins-pirasi Kerajaan Selangor untuk menjadikan Shah Alam sebagai Kota Seni yang moden,” katanya.

Aktiviti lain ialah pameran kese-

nian, pertandingan grafiti, lukisan jalanan dan buskers, larian Selan-gorPlus 5 km dan Pertandingan Muay Thai.

Kemuncak acara ialah pelan-caran Tahun Melawat Selangor 2015 yang bakal disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

mUkA 14

Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang

Temasya #Selangor15 26-31 Disember

Rosnan Hassan, peserta dari Pulau Pinang terjun ke dalam tasik setelah muncul juara kategori ‘Best of the Best’ dalam Kejohanan Perlumbaan Power Boat PJRC 2014.Penganjuran Kejohanan Perlumbaan Power Boat PJRC 2014 kelima itu disertai 121 peserta termasuk dari Thailand, Brunei, Singapura dan Indonesia, anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Taman Tasik Kelana Jaya, 15 Disember lalu,Gambar oleh MBPJ

JUARA

Ada pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan, sukandan sesi memperkenal pemain Selangor FA bagi liga Super 2015

GEMBIRA… Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) muncul juara Kejohanan Liga Futsal Piala Dato’ Menteri Besar selepas menewaskan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Ampang Puteri. MPAJ menggondol wang tunai RM3,000 dan piala iringan manakala KPJ Ampang Puteri membawa pulang RM2,000. Hadiah disampaikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.Pemain MPAJ, Azizi Azman dianugerah pemain terbaik manakala penjaga gol KPJ Ampang Puteri, Muhammad Nasrun penjaga gol terbaik. Kejohanan yang disertai 64 pasukan itu bermula 8 November di Sport Planet, Ampang.

Peniaga asing didalangi rakyat tempatanMereka tiada lesen, ambil jalan mudah dengan buka meja dan berniaga di luar pasar dengan mengajikan warga asing,” katanya yang meng-akui ia sukar dicegah biarpun berulang kali mengadakan operasi.

Karya Usman penuh dengan nilai kemanusiaan yang diucapkan dengan bahasa yang mudah dan seni yang halus. Idea-idea bernas yang disuarakan dalan ciptaan-ciptaannya bebas daripada unsur propaganda yang kasar.