perceraian dalam enakmen undang-undang · pdf file2.6 pengertian talak 2.7 dalil pensyariatan...

26
PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008. KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PADANG TERAP NOR SHAFIZA BINTI SHOAIB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: haanh

Post on 31-Jan-2018

278 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

(KEDAH DARUL AMAN) 2008. KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

PADANG TERAP

NOR SHAFIZA BINTI SHOAIB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

“Saya mengaku bahawa adalah saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan :__________________

Nama Penyelia : DR. NASRUL HISYAM B.NOR MUHAMAD

Tarikh : __________________

Page 3: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL :PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

(KEDAH DARUL AMAN) 2008. KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

PADANG TERAP

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya NOR SHAFIZA BINTI SHOAIB

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_____________________ _____________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Nama Penyelia

KG. KUALA JANING DR. NASRUL HISYAM B. NOR

MUKIM BELIMBING KIRI MUHAMAD

O6300 KUALA NERANG

KEDAH DARUL AMAN

Tarikh: ___________________ Tarikh: ______________________

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 4: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA

ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008. KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH

SYARIAH PADANG TERAP

NOR SHAFIZA BINTI SHOAIB

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2011

Page 5: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NOR SHAFIZA BINTI SHOAIB

Tarikh : 14 APRIL 2011

Page 6: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala Puji-Pujian Hanya Pada Mu Ya Ilahi

Kutitip Kesyukuran Di Atas Segala Nikmat Yang Kau Anugerahkan Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Mak Dan Ayah Rokiah binti Ismail & Shoaib bin Omar

Setulus Kasihmu Tiada Tandingan Berpeluh Di Kebun, Berselut Dibendang Demi Anak Ini

Ku Pegang Utuh Kata Ayah Tiada Harta Yang Ayah Mampu Beri Kecuali Ilmu Dan Pelajaran

Terima Kasih Mak Ayah Redhamu Ku Damba Selalu

Semoga Allah Sentiasa Merahmati Hidupmu Amin

Abang, Kak Dan Adik Terima Kasih Atas Sokongan Dan Dorongan

Sunyi Duniaku Tanpa Kamu

Warga Pendidik Ibarat Buih Dilautan

Tak Pernah Jemu Tak Pernah Lelah Mengajarku Erti Ilmu Akan Kusemat Segala Ilmu Dalam Meniti Perjalanan Ini

Sahabat Seperjuangan Ukhwah Fillah Demi Mardotillah

Kenangan Terindah Ketika Bersamamu Takkan Luput Dek Masa Yang Berlalu

Terima Kasih Semua Kerna Sudi Menjadikan Aku Sebahagian Dari Coretan Hidupmu Selamanya Cintaku Hanya Demi Redho Dan Cintamu Ya llahi

Insyaallah.. Ameen

Page 7: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

iv

PENGHARGAAN

بسم اهلل الرمحن الرحيم

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnianya, selawat

seta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, akhirnya terjilid jua

Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya.

Setinggi penghormatan kepada ayah dan bonda yang tidak pernah jemu

memberi sokongan dan dorongan dalam menghadapi putaran roda kehidupan ini

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia yang dihormati Dr.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad di atas nasihat, bimbingan dan perhatian yang

sewajarnya dalam memastikan PSM ini disempurnakan dengan baik.

Jutaan terima kasih kepada Hakim Tuan Syeikh Baharuddin bin Che Nen dan

Encik Ahmad bin Mad Isa, Pembantu Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Padang

Terap, kerana sudi meluangkan masa membantu saya dalam mendapatkan maklumat

yang berkaitan sepanjang menjalankan kajian ini. Segala panduan dan nasihat amat

bermakna. Tidak lupa kepada sahabat seperjuangan yang banyak memberi pandangan

dan perkongsian ilmu yang bermakna sepanjang kita bersama.

Akhir kalam, semoga Allah melipat gandakan amalan kalian dan

menimbangnya sebagai caturan pahala dalam memperjuangkan jihad ilmu ini.

InsyaAllah.

Page 8: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

v

ABSTRAK

Satu tinjauan mengenai perceraian menurut Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 telah dijalankan dengan objektif dapat

memberi gambaran ringkas mengenai perceraian dan prosedurnya dari sudut

perundangan Islam. Statistik perceraian dianalisis dan setiap data ditunjukkan dalam

bentuk jadual dan carta untuk memudahkan pemerhatian dan penelitian. Faktor-faktor

pembubaran perkawinan juga dijelaskan. Secara umumnya, kajian ini mendapati

bilangan kes-kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap untuk

tempoh tahun 2000 hingga 2008 adalah meningkat. Metode persampelan (sampling

frame) digunakan dalam menentukan subjek penelitian. Pengkaji juga mendapati

antara faktor utama yang menyumbang kepada perceraian adalah tiada persefahaman.

Beberapa cadangan dan penelitian dikemukakan sebagai pengukuhan dan

penambahbaikan kepada kajian yang dijalankan.

Page 9: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

vi

ABSTRACT

An observation regarding divorsion according to Islamic Law Enacment 2008

(Kedah Darul Aman) has been done. The main objectives are to give brief view on the

divorsion and its procedure according to Islam. The analysis on divorsion and each of

data are presented in tables and charts to simplify the observation and analysis. The

factors of divorsion also stated. Briefly, the divorsion cases at Syariah Subordinate

Court of Padang Terap from 2000 until 2008 are increasing in number. Sampling

method was used to determine the subject One of the main factors of divorsion is lack

of chemistry. The researchers come out with some reccomendations to improve the

investigation which has been done.

Page 10: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI PERUNDANGAN

SENARAI KES

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xii

xiv

xv

xvi

xvii

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1

1

3

4

5

Page 11: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

viii

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop dan Batasan Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Perceraian

1.8.2 Enakmen

1.8.3 Undang-Undang Keluarga Islam

1.8.3.1 Undang-Undang

1.8.3.2 Keluarga

1.8.3.3 Islam

1.9 Kesimpulan

5

6

7

8

8

8

9

9

9

10

10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

2.2 Perlembagaan Persekutuan

2.3 Undang-Undang Keluarga Islam

2.4 Pembubaran Perkahwinan

2.5 Prosedur Perceraian

2.6 Pengertian Talak

2.7 Dalil Pensyariatan Talak

2.7.1 Al-Quran

2.7.2 Sunnah

2.7.3 Ijmak Ulama

2.8 Hukum Talak

2.8.1 Wajib

2.8.2 Sunat

2.8.3 Makruh

2.8.4 Harus

2.8.5 Haram

11

11

14

15

17

17

25

26

26

27

29

29

29

31

32

32

32

Page 12: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

ix

2.9 Jenis Talak

2.10 Kuasa Menjatuhkan Talak

2.11 Hikmah Pensyariatan Talak

2.12 Kajian Terdahulu

2.13 Kesimpulan

33

35

37

38

40

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Metode Penentuan Subjek

3.3 Reka Bentuk Kajian

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

I. Kajian Perpustakaan

II. Pengkajian Lapangan

a) Temu Bual Pakar

b) Kaedah Dokumentasi

3.5 Analisis Data

I. Metode Induktif

II. Metode Deduktif

III. Metode Komperatif

3.6 Kesimpulan

42

42

43

44

45

45

46

46

47

48

48

49

49

49

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

4.2 Statistik Perkahwinan

4.3 Statistik Kes Perceraian

4.4 Analisis Statistik Kedar Perceraian

(2000-2008)

4.5 Analisis Keseluruhan

50

50

51

51

52

58

Page 13: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

x

4.6 Perbandingan Statistik

4.7 Kesimpulan

64

67

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

5.2.1 Tiada Persefahaman

5.2.2 Kurang Penghayatan Agama

5.2.3 Kurang Ilmu Kekeluargaan

5.2.4 Masalah Komunikasi

5.2.5 Wujud Orang Ketiga Dalam

Rumah Tangga

5.2.6 Penderaan Fizikal

5.2.7 Pengabaian Tanggungjawab

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Tindankan

5.4.2 Cadangan Lanjutan

5.5 Penutup

68

68

69

70

71

72

73

74

75

76

77

77

77

79

80

BIBLIOGRAFI 81

LAMPIRAN

Page 14: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

4.2.1

4.4.1

4.4.2

4.4.3

4.4.4

4.4.5

4.4.6

4.4.7

4..4.8

4.4.9

4.5.1

4.5.3

4.5.5

4.6.1

4.6.2

4.6.3

4.6.4

Jadual Pernikahan Daerah Padang Terap

(2000-2008)

Kadar Perceraian Bagi Tahun 2000

Kadar Perceraian Bagi Tahun 2001

Kadar Perceraian Bagi Tahun 2002

Kadar Perceraian Bagi Tahun 2003

Kadar Perceraian Bagi Tahun 2004

Kadar Perceraian Bagi Tahun 2005

Kadar Perceraian Bagi Tahun 2006

Kadar Perceraian Bagi Tahun 2007

Kadar Perceraian Bagi Tahun 2008

Jadual Pengesahan Lafaz Cerai

Jadual Pengesahan Cerai Ta’liq

Jadual Permohonan Perceraian

Jadual Pernikahan Daerah Padang Terap

Jadual Perbandingan Statistik Pernikahan dan

Perceraian

Jadual Perbandingan Statistik Pernikahan dan

Perceraian

Jadual Perbandingan Statistik Pernikahan dan

51

52

53

53

54

55

55

56

57

57

58

60

62

65

65

65

66

Page 15: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

xii

4.7.1

Perceraian

Jadual Jumlah Kes Perceraian (2000-2008)

67

Page 16: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

2.5.1

2.5.2

4.5.2

4.5.4

4.5.6

Proses Kes Perceraian (Secara Talak Dengan

Persetujuan Bersama)

Proses Kes Perceraian (Secara Talak Tanpa

Persetujuan Bersama)

Carta Pengesahan Lafaz Cerai

Carta Pengesahan Cerai Ta’liq

Carta Permohonan Perceraian

22

23

60

62

64

Page 17: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

xiv

SENARAI PERUNDANGAN

PERUNDANGAN HALAMAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia Jadual Kesembilan Senarai 2

(Senarai Negeri)

14

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008

Seksyen 4

Seksyen56

Seksyen 48

Seksyen 47 (1)

Seksyen 47 (2)

Seksyen 47 (3)

Seksyen 47 (4)

Seksyen 47 (5)

14

16

18

18

18,19

20

20

20

21

Page 18: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

xv

SENARAI KES

KES HALAMAN

Abu Hassan Shaari bin Abd. Hamid lwn. Asiah binti Ismail

(Kes Bil 02005-054-0001-2006)

73

Ainun binti Abdullah lwn. Mahid bin Mehat

(Kes Bil 02005-055-0010-2004)

72,73

Che Bedah binti Petri Din lwn. Harun bin Hashim

(Kes Bil 02005-055-0002-2006)

74,75

Norazira binti Zainal Abidin lwn Nordin bin Mat Din

(Kes Bil 02005-055-0228-2009)

70

Siti Selamah bt Shafie lwn. Mohamad Asri bin Awang Besar

(Kes Bil 02005-057-0155-2009)

76

Page 19: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

xvi

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

a.s

H.R

JAKIM

JAWI

lwn.

SAW

SWT

- Alaihi Salam

- Hadith Riwayat

- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

- lawan

- Sallallahualaihiwasallam.

- Subhanahuwata’ala

Page 20: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A

B

Statistik Kes Perceraian Mahkamah Rendah

Syariah Padang Terap Tahun 2000 Hingga 2009

Borang Permohonan Perceraian

Page 21: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkahwinan merupakan satu jalinan yang kukuh berpandukan aspek

penyatuan terhadap beberapa elemen seperti perasaan, kasih sayang, kepercayaan,

penghormatan, komitmen, peranan dan tanggungjawab dan seumpamanya.

Perkahwinan bertujuan untuk memenuhi tuntutan naluri kemanusiaan, dari segi

perhubungan jenis, pergaulan, berkasih sayang, bertimbang rasa dan cara yang halal

untuk mendapatkan zuriat dan keturunan. Ini disebabkan ikatan perkahwinan itu

menghalal dan membolehkan lelaki dan perempuan hidup bersama sebagai suami

isteri melalui akad nikah dengan persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak (Siti

Fatimah dan Haslee Sharil Lim, 2006: 68).

Page 22: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

2

Firman Allah SWT:

Terjemahannya :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan

kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan

untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis

kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup

mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu

(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

(Surah ar-Rum, 30: 2)

Islam sangat mengambil berat tentang kehidupan dalam rumah tangga dan

keluarga. Al-Quran dan Sunnah telah meletakkan panduan dan garis panduan yang

perlu diikuti. Undang-Undang Keluarga Islam memperincikan hukum-hukum

kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad nikah, saksi, hak

dan tanggungjawab dalam ikatan perkahwinan sehinggalah kepada pembubaran

perkahwinan, nafkah, iddah dan hadanah (Abdul Monir Yaacob, 2006:1).

Perundangan sebegini begitu indah diatur oleh Allah SWT demi kemaslahatan

manusia keseluruhannya. Pengabaian kepada peraturan yang ditetapkan boleh

mendatangkan kepincangan dan sengketa dalam rumah tangga.

Page 23: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Agama Islam merupakan agama yang menganjur dan sangat menitikberatkan

kasih sayang, penyatuan dan pemuafakatan. Apabila perceraian berlaku maka nilai-

nilai yang baik itu menjadi rosak dan pecah bertaburan sebagai kesan kepada

persengketaan dan kemelut keluarga

Pensyariatan perceraian membuktikan keterbukaan Islam dalam

menyelesaikan konflik dan menyelamatkan sesebuah rumah tangga daripada terus

dibelenggu masalah. Mengikut statistik perceraian yang dikeluarkan oleh JAKIM,

kadar perceraian di Malaysia membabitkan 22289 pasangan pada tahun 2008. Kadar

peratusan Negeri Kedah menyumbang sebanyak 2407 (10.8%) daripada nilai

perceraian di seluruh Malaysia (http://www.Islam.gov.my, 2.9.2010).

Pelbagai faktor menyumbang kepada berlakunya peningkatan perceraian di

antara pasangan suami isteri. Perceraian biasanya terjadi kerana pasangan kurang

didikan agama, sikap tidak matang suami atau isteri, hubungan pasangan yang tidak

positif serta gagal menjalankan amanah, tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Kasih sayang yang sepatutnya dibajai dalam rumah tangga bertukar menjadi benci

dan dendam.

Oleh itu, pengkaji begitu berminat untuk menganalisis prinsip perceraian

mengikut Undang-Undang Islam di samping mengkaji bidang kuasa perceraian di

dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dan

menganalisis data serta mengkaji faktor perceraian di kalangan pasangan suami isteri.

Page 24: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

4

1.3 Penyataan Masalah

Dewasa ini perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah fenomena

biasa yang amat mudah berlaku. Fenomena ini menjejaskan keharmonian rumah

tangga dan masyarakat. Peningkatan kadar perceraian di mahkamah syariah

merupakan salah satu isu yang perlu dikaji dan diketengahkan secara bersama.

Menyedari hakikat ini, pengkaji tertarik untuk menjalankan satu bentuk kajian

mengenai fenomena ini. Pengkaji telah mengetengahkan secara ringkas prinsip

perceraian mengikut Undang-Undang Islam dan memperincikan mengikut skop

perundangan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul

Aman) 2008.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis statistik kes-

kes perceraian Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap dan mencari punca

berlakunya perceraian di kalangan pasangan Islam di daerah ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut :

Page 25: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

5

I. Menganalisis prinsip perceraian mengikut Undang-Undang Islam.

II. Mengkaji bidang kuasa perceraian di dalam Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008.

III. Menganalisis statistik kes-kes perceraian Mahkamah Rendah Syariah Padang

Terap dari tahun 2000 hingga 2008.

IV. Mengkaji faktor-faktor berlakunya perceraian di kalangan masyarakat Daerah

Padang Terap.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan tersebut :

I. Apakah prinsip perceraian mengikut Undang-Undang Islam ?

II. Apakah bidang kuasa perceraian di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Kedah darul Aman) 2008 ?

Page 26: PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG · PDF file2.6 Pengertian Talak 2.7 Dalil Pensyariatan Talak 2.7.1 Al-Quran ... kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad

6

III. Berapakah statistik perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap

dari tahun 2000 hingga 2008 ?

IV. Apakah faktor-faktor berlakunya perceraian di kalangan masyarakat Daerah

Padang Terap ?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan. Antara kepentingan

kajian ini adalah :

I. Dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada seluruh masyarakat

mengenai prinsip perceraian mengikut Undang-Undang Islam.

II. Sebagai satu pendedahan kepada masyarakat umum untuk mengetahui bidang

kuasa perceraian di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah

Darul Aman) 2008.

V. Menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat untuk mengetahui statistik

kes-kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap dari tahun

2000 – 2008.