iddah rujuk dan talak

Upload: muhd-nazmi

Post on 02-Mar-2016

194 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pernikahan merupakan suatu ikatan pernikahan yang menghalalkan untuk melakukan perhubungan diantara suami isteri. Biasanya pernikahan dituntut untuk menjaga dan mempertahankan keharmonian dan keutuhan rumah tangga sehingga tercipta keluarga yang sakinah mawaddah wa rohmah. Namun, di dalam rumah tangga sering berlaku konflik keluarga sehingga menyebabkan sesebuah keluarga tersebut berlaku penceraian. Di dalm agama islam penceraian merupakan perbuatan yang halal namun sangat di murkai oleh Allah SWA. Apabila berlaku penceraian maka berlakulah hukum iddah ke atas perempuan begitu juga dengan ihdad dan sebagainya.

TRANSCRIPT

Isi Kandungan

Bil.Isi KandunganMuka Surat

1Penghargaan2

2Pendahuluan iddah rujuk dan talak3

3Iddah I. Konsep dan pengertian IddahII. Jenis-jenis dan tempoh iddahIII. Hak-hak wanita semasa iddah dan permasalahan berkaitan iddahIV. Hikmah iddah456

7

4Rujuk I. Konsep , Pengertian , rukun & syarat-syarat Rujuk. II. Syarat-syarat sah rujukIII. Hukum, dalil, permasalahan dan cara-cara melakukan rujuk.IV. Syarat-syarat kahwin selepas talak 3 dan hikmah rujukV. Enakmen berkaitan rujuk (negeri Kedah)8910

1112

5Ihdad (berkabung)I. Konsep , pengertian, hukum dan cara ihdad.II. Hikmah dan permasalahan1314

6lampiran15

7Kesimpulan 16

8Rujukan 17

Penghargaan

Alhamdulillah dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan kepada ust. Ahmad fikri bin IbrahimKami ingin berterima kasih kepada ust. Ahmad Fikri bin Ibrahim kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu semasa kami membuat tugasan. Kami juga berterima kasih kepada rakan-rakan khususnya ahli kumpulan kami kerana bertungkus-lumus dan bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun agak sukar untuk menyiapkan dua tugasan iaitu dokumen mengenai ihdad, rujuk dan talak dan membuat penerangan tentang tajuk ini, tetapi kami haruginya dengan penuh tabah. Selain itu, buku Pendidikan islam yang diterbitkan oleh pihak Politeknik juga telah banyak membantu selain buku-buku rujukan yang telah kami perolehi. Sumber-sumber ini yang telah banyak membantu sepanjang kami melakukan tugasan yang diberikan. Tuntasya, kami memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan dan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan.

Iddah, Rujuk dan Talak

PengenalanPernikahan merupakan suatu ikatan pernikahan yang menghalalkan untuk melakukan perhubungan diantara suami isteri. Biasanya pernikahan dituntut untuk menjaga dan mempertahankan keharmonian dan keutuhan rumah tangga sehingga tercipta keluarga yang sakinah mawaddah wa rohmah. Namun, di dalam rumah tangga sering berlaku konflik keluarga sehingga menyebabkan sesebuah keluarga tersebut berlaku penceraian. Di dalm agama islam penceraian merupakan perbuatan yang halal namun sangat di murkai oleh Allah SWA. Apabila berlaku penceraian maka berlakulah hukum iddah ke atas perempuan begitu juga dengan ihdad dan sebagainya.

IDDAH

Konsep IddahTempoh masa tertentu yang dilalui oleh seorang wanita selepas berlaku pembubaran perkahwinan iaitu samaada suami meninggal dunia atau diceraikan oleh suami secara talak, fasakh, khuluk atau talik.

Pengertian IddahIddah ialah tempoh menunggu yang wajib bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami. Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku. Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Rajie.

Jenis-Jenis Dan Tempoh Iddah.Jenis iddah Tempoh Iddah

Perempuan yang diceraikan hidupKematian suami

Isteri yang hamiliddahnya dikira dari tamat tempoh kandungannya itu sama ada secara kelahiran biasa atau keguguran, sama adadiceraikan atau kematian suamiiddahnya dikira dari tamat tempoh kandungannya itu sama ada secara kelahiran biasa atau keguguran, sama ada ia perempuan yang diceraikan atau kematian suami

Isteri yang mempunyai haididdahnya cuma 3 kali suci(tiga Quru)iddahnya 4 bulan 10 hari

Tidak datang haid (sama ada disebabkan belum cukup umur/belum pernah datang haid/menopause akibat tua)iddahnya hanya 3 bulan sahajaBeriddah selama 4 bulan 10 hari

Bagi isteri yang belum disetubuhiTidak dikenakan apa-apa iddah ke atas dirinyaWajib beriddah selama selama 4 bulan 10 hari walaupun tidak pernah disetubuhi oleh suaminya

Hak-hak Wanita semasa Iddaha) Perempuan yang taat dalam iddah rajiyah berhak menerima tempat tinggal,pakaian,perbelanjaan makan minum oleh bekas suaminya.Jika isteri derhaka tidak berhak mendapat apa-apa dari bekas suaminya.b) Jika isteri itu dalam penceraian iddah bain, dan dia sedang mengandung, dia berhak mendapat tempat tinggal, nafkah dan pakaian.c) Jika isteri itu dalam penceraian iddah bain dan tidak mengandung, dia berhak mendapat tempat tinggal sahaja.d) Jika isteri itu bercerai kerana kematian suaminya maka dia berhak menndapat tempat tinggal sahaja, nafkah dan pakaian tidak wajib diperolehi kerana balu ini akan mewarisi pusaka suaminya.

Permasalahan berkaitan Iddaha) Jika wanita hamil hasil persetubuhan syubhah( ataupun dari pernikahan yang tidak sah- nikah fasid) kemudian si isteri diceraikan oleh suaminya, tempoh idah si isteri tidak tamat daengan melahirkan anak tersebut, tetapi setelah setelah melahirkan anak isteri hendakklah menyempurnakan idah sebagaiman idah seorang yang telah diceraikan oleh suami.b) Jika seorang wanita diceraikan oleh suami dan keluar haid selepas sedetik dari masa talak dijatuhkan( maknanya si isteri di ceraikan dalam tempoh suci), tempoh idahc) Jika seorang wanita diceraikan di dalam masa haidnya, wanita itu mesti menunggu tiga kali suci(apabila bermula masa haid yang ke empat tamatlah empoh iddahnya.d) Jika wanita hamil yang kematian suami dan kandungan itu bukan dari hasil dari suami, tempoh iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari(tidak mengambil kira sama ada wanita itu masih mempunyai haid atau tidak).

Hikmaha) Bagi memberikan peluang keluarga kedua pihak mengadakan rundingan dalam menyelesaikan suami-isteri yang bercerai merujuk semula dan hidup aman bahagia seperti sedia kala.b) Bagi memberi peluang antara suami isteri berfikir secara mendalam bahawa penceraian itu membawa kepada masalah kepada anak-anak dibawah jagaan mereka. Anak-anak akan hidup terbiar dan kurang kasih sayang.c) Memberi masa yang secukupnya untuk suami isteri menyedari kesilapan yang telah lalu dan mempunyai azam untuk menjadi pasangan yang bertanggungjawab kepada keluarga. d) Sebagai tanda bersedih dan berkabung atas kematian suami.

RujukKonsep RujukIslam adalah agama fitrah. Antara dalilnya adalah rujuk. Dalam alam perkahwinan, penceraian sering berlaku dalam segelintir pasangan suami isteri. Hal ini berlaku disebabkan tiada tolak ansur dalam perhubungan, masalah emosi dan tidak dapat menahan marah. Pengertian RujukRujuk dari segi bahasa adalah pulang atau kembali semula. Manakala mengikut kehandak ahli-ahli fekah ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam masa iddah yang bukan talak bain mengikut syarat-syarat tertentu tanpa akad nikah semula.Rukun dan Syarat Rujuk Rukun rujuk hanya 3 sahaja iaitu:(1)suami yang merujuk.Syarat-syarat sah suami merujuk:a) Berakalb) Balighc) Dengan kemahuan sendirid) Tidak dipaksa-tidak sah merujuk suami yang murtad.(2)suami yang dirujuk.Syarat-syarat isteri yang dirujuk:a) Telah disetubuhib) Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.c) Tidak bercerai dengan khuluk.d) Belum dijatuhkan dengan talak tiga.

(3)ucapan yang menyatakan rujuk:Syarat-syarat lafaz:a) Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suamiaku rujuk engkauatauak kembalikan engkau dengan nikah kub) Tidak bertalik-tidak sah rujuk dengan lafaz bertalik, misalnya kata suami ak rujuk engkau jika kau mahu. Rujuk itu tadak sah walaupun isteri mengatakan mahu.c) Tidak terbatas waktu.-seperti kata suamiak rujuk engkau selama sebulan.

Syarat Syarat Sah Rujuk1. Syarat-Syarat orang yang merujuk(suami)i. Tanpa di syaratkan oleh suami dengan perkara-perkara tertentu.ii. Dengan kerelaan sendiri tanpa paksaan.2. Syarat-syarat orang di rujuk.i. Diceraikan dengan talak raje(talak 1 & 2)ii. Isteri masih dalam iddah.iii. Yang dirujuk adalah bekas isteri yang telah disetubuhi.3. Lafaz rujuk.i. Dengan perkataan yang menunjukkan maksud rujuk.ii. Lafaz rujuk boleh dilakukan dalam bahasa sindiran atau secara toreh( terang )Contohnya:saya jadikan awak milik saya kembali

Hukum Dan DalilHukum rujuk1. Wajib- suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri-isterinya yang diceraikan itu.2. Haram- Apabila rujuk itu mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.3. Makruh- Apabila penceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.4. Harus-Jika membawa kebahagian kepada kedua-dua ahli keluarga.5. Sunat-sekiranya mendatangkan kebaikan.

Permasalahan berkaitan rujuk1. Rujuk tidak disyaratkan keatas kerelaan perempuan kerana rujuk dan talak itu adalah hak suami.2. Perempuan yang ditalak 3 (talak bain), dia tidak boleh (tidak halal) lagi dirujuk oleh bekas suaminya. Sekiranya ingin bersama semula hendaklah dengan akad yang baru.

Cara- Cara melakukan rujuk1.Rujuk dilakukan tidak perlu persetujuan suami.Contoh lafaz: saya rujuk kamu kembali atau lafaz kinayah seperti saya ambil kamu kembali

2.Ucapan lafaz rujuk tidak perlu saksi tetapi sunat mengadakan saksi sekurang-kurangnya 2 lelaki yang adil.Maka apabila mereka mendekati edahnya, rujukilah mereka dengan baik atau melepaskan mereka dengan baik. Persaksikanlah dengan 2 orang saksi yang adil diantara kamu, dan adakan saksi itu kerana Allah semata-mata.

3.Sekiranya suami telah merujuki isteri dengan sembunyi, wajib keatas suami memberitahunya, supaya isteri itu jangan dikahwini oleh orang lain.

Syarat-syarat sah kahwin semula selepas talak 3 ialah:

a) Selesai iddah dari suami pertama.b) Bekas isteri kahwin dengan lelaki lain.c) Suami kedua telah melakukan persetubuhan dengannya.d) Bercerai dengan suami kedua, faskh atau mati(habis iddah).e) Setelah tamat iddahnya, suami pertama boleh kembali kepada bekas isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun yang telah ditetapkan.

Hikmat rujuk

1. Dapat menyambumg semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan rumah tangga.2. Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku penceraian.3. Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumah tangga.4. Perpecahan dalam rumah tangga dapat dihindarkan dan hubungan sesama umat islam menjadi semakin kuat.

Contoh Enakmen Keluarga Islam Berkaitan Rujuk(Negeri Kedah)Bahagian V- Pembubaran PernikahanSeksyen 43. Rujuk

a) Jika selepas penceraian yang boleh dirujuk suami melafazkan rujuk, pihak itu hendakklah melaporkan hal tersebut dalam borang yang ditetapkan kpd Pendaftar bagi daerah di mana mereka tinggal dalam tempoh 7 hari. Pendaftar hendaklah membuat penyiasatan, jika berpuas hati bahawa rujuk telah berlaku hendaklah mendaftar rujuk itu dengan membuat catitan dalam Daftar Daerah berhubung dengan rujuk jika penceraian telah didaftarkan olehnya, dan meminta pihak itu menyerahkan sijil dan catitkan dalam sijil kepada Ketua pendaftar yang hendaklah pula mendaftarkan rujuk itu dengan membuat catitan dalam daftar pusat.b) Pihak yang tidak melaporkan rujuk dalam tempoh yang ditentukan kepada pendaftar adalah bersalah, apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih dari 2 bulan/ denda tidak leih dari 3 ratus ringgit/ kedua-duanya sekali.c) Jika penceraian tidak didaftarkan oleh Pendaftar, ia hendaklah merekodkan dalam butiran-butiran sijil rujuk dan hendaklah menghantar salainan rekod itu kepada pendaftar yang mendaftar penceraian, dan Pendaftar hendaklah mendaftarkan rujuk itu dalam daftar daerah. Pendaftar yang mendaftarkan penceraian hendklah kemudiannya menyerahkan salinan catitan rujuk kepada ketua pendaftar yang hendak mendaftarkan rujuk itu dengan membuat catitan dalam daftar pusat.d) Talak raje ertinya penceraian dengan talak 1 & 2 dan bukan talak bain.

Ihdad( Berkabung)Konsep IhdadWanita islam yang kematian suami waib berkabung bermula dari hari kematian suami hingga tamat iddah. Seseorang itu perlu meninggalkan perhiasan, tidak bermekap, pakai sutera dan pakaian yang elok walaupun hitam. Tidak memakai wangi-wangian, inai, ramuan pencelup harumtermasuk juga ramuan tradisional. Kewajipan ihdad ini perlu bagi menyatakan rasa sedih atas kehilangan suami yang tercinta.

Pengertian IhdadDari segi sudut bahasa ialah membataskan diri. Manakala mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah ialah meninggalkan perhiasan pada diri( kematian suami). Dengan meninggalkan daripada memakai pakaian yang bercelup(berwarna terang) yang di qasadkan(tujuan) memakainya sebagai perhiasan di waktu siang dan malam.

Hukum Dan Cara IhdadBerkabung adalah wajib bagi wanita yang kematian suami. Di samping tu, ada pendapat taeneang hukum ihdad adalah harus bagi sesetengah perempuan yang bukan kematian suami(kematian keluarga terdekat seperti ibu, bapa, anak, dan lain-lain lagi. Ihdad diharamkan dilakukan oleh kaum lelaki.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :dari Ummi r.a. berkata: adalah kami dilarang memakai perhiasan di waktu kematian lebih dari 3 hari, melainkan di waktu kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari, serta kami tidak bercelak, berarum-haruman dan tidak boleh memakai pakaian berwarna.(Riwayat al Bukhari dan Muslim)Hikmah Ihdada) Sebagai menzahirkan rasa sedih terhadap kehilangan seseorang dengan cara terbatas, tidak seperti kelakuan orang jahiliah, mereka akan menangis dan menjerit-jerit, menampar-nampar pipi serta mengoyak-ngoyakkan baju dan berbagai-bagai lagi yang di lakukan oleh syarak.b) Perbuatan berhias atau bersolek boleh menarik perhatian lelaki bahkan tergoda. Oleh itu , perbuatan ini ditegah oleh oleh islam bagi mengelakkan perkara buruk daripada berlaku dan menjaga kesucian syariat Allah S.W.T. Berkabung adalah sebagai pengganti diri suami yang tiada bagi mengawal dan mengawasi isterinya yang ditinggalkan dalam tempoh tertentu.c) Di zaman jahiliah, ihdad merupakan perkara yang sangat kuat dilakukan. Sesiapa yang kematian suami dimestikan memkai pakaian hitam setahun, tidak boleh memakai bau-bauan dan tidak boleh bergaul dengan orang lain melainkan tinggal seorang diri. Islam telah mengatur agar ihdad hanya 4 bulan 10 hari atau sehingga melahirkan anak. Jika mengandung dan selepas tamat tempoh ihdad maka mereka boleh memakai pakaian apa sahaja yang tidak melanggar syariat islam.d) Sebagai tanda kesedihan maka islam mengharuskan perempuan yang kematian kaum kerabat terdekat selain dari suaminya berkabung selama tidak lebih dari 3 hari dan haram jika lebih.Permasalahan Ihdada) Berkabung hanya dilakukan oleh perempuan sahaja bukan untuk lelaki, maka lelaki dilarang untuk berkabung atas kematian kematian sesiapa.b) Jika seseorang itu hanil, tempoh iddah & idah tamat selepas melahirkan anak.c) Haram keatas mana-mana wanita untuk tidak berhias setelah kematian mana-mana lelaki (selaian ahli keluarga) selain dari suaminya lebih tiga hari.

Lampiran

Kesimpulan

Rujukan

~ 17 ~