perbezaan ujub dan riak

Upload: yusmaliza-yusoff

Post on 11-Oct-2015

138 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ujub, riak

TRANSCRIPT

Perbezaan Ujub Dan Riak.

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Kedua-dua penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

mpakkan ibadah dengan niat mencari pandangan manusia, sehingga pelakunya akan dipuji, dan dia mengkarapkan pujian dan pengagungan dan takut kehilangan hal itu. Sum'ah adalah beramal agar didengar orang. Sedangkan ujub merupakan sahabat riya'. Ibnu Taimiyah menerangkan perbedaan keduanya. Riya adalah perbuatan syirik dengan sebab makhluk, sedangkan ujub adalah perbuatan syirik dengan sebab diri sendiri. Adapun perbezaan antara riya' dan sum'ah menurut Al-Hafizh, yaitu riya' merupakan adanya amal yang diperlihatkan seperti solah, sedangkan sum'ah merupakan amalan yang diperdengarkan seperti membaca, memberi nasihat, atau dzikir. Menceritakan amalnya (dengan maksud agar didengar) juga termasuk sumah. Nabi bersabda, 'Yang paling aku atas kalian adalah syirik kecil. Mereka bertanya, 'wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab, Riak. (Riwayat Ahmad, Ath-Thabrani, dan Al-Baghawi) Rasulullah juga bersabda:

: . : :

Mahukah kamu aku beritahu tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khawatirkan terhadap kamu daripada Al-Masih Ad-Dajjal. Para sahabat menjawab, Baiklah, wahai Rasulullah. Beliau pun bersabda, Syirik tersembunyi, yaitu ketika seseorang berdiri solah, dia perindah solahnya karena tahu ada orang lain yang memperhatikannya. (Riwayat Imam Ahmad).

Riak murni, biasanya tidak akan terjadi pada orang mukmin dalam menjalankan kewajiban solah dan puasa. Akan tetapi, terkadang terjadi dalam sedekah yang wajib atau ibadah haji, atau amal-amal lain yang zahir atau yang bermafaat lebih banyak. Dalam amal-amal seperti itu, lebih berat untuk ikhlas. Tak diragukan lagi, jika seorag muslim melakukan yang demikaian akan menggugurkan ibadahnya dan mendapat siksa dari Allah. Terkadang pula orang beramal karena Allah tetapi diiringi dengan perasaan riak. Jika hal itu terjadi sejak awal niat, maka hal itu sama dengan meniatkan ibadah kepada selain Allah. Barangsiapa solah dengan riya', maka benar-benar ia telah menyekutukan-Nya. Barangsiapa berpuasa dengan riak, maka ia benar-benar telah menyekutukan-Nya. Barangsiapa bersedekah dengan riak maka ia benar-benar telah menyekutukan-Nya.

Sesungguhnya Allah berfirman, Aku adalah sebaik-baik pengambil bahagian bagi orang yang membuat sekutu kepada-Ku. Barangsiapa membuat sekutu kepada-Ku dengan sesuatu, kebaikan amalnya sedikit dan banyaknya adalah untuk sekutunya yang dia sekutukan kepada-Ku dengannya. Aku adalah Maha Cukup untuk tidak menerimanya. (Riwayat Ahmad)

UBAT RIAK

Nabi bersabda, Tidaklah Allah menurunkan penyakit, kecuali dengan ubatnya. (Riwayat Bukhari) adapun ubatnya antara lain adalah: Hendaklah seseorang itu mengilmui dengan yakin bahwa dirinya adalah sekadar hamba Allah, sedangkan hamba itu tidak berhak menuntut pemberian atau balasan, sebab dia beramal itu hanya karena tuntutan peribadahan saja. Hendaklah seorang hamba dalam beribadah kepada-Nya dengan penuh cinta, memohon pahala, dan takut terhadap murka-Nya. Sentiasa memeriksa dan mennilai amalan sama ada semuanya dilakukan dengan ikhlas atau riak. Selalu memohon ampun pada Allah dan berlindung dari riak. Memperbanyakkan ibadah sunnah yang terjauh dari pandangan manusia, seperti solat malam, shadaqah siriyyah (sembunyi-sembunyi), menangis karena takut kepada-Nya, dan sebagainya. Kita harus berusaha mengenali riak dan penyebabnya, hingga boleh meragui kehadirannya. Senantiasa memperhatikan akibat riak baik di dunia dan akhirat. Selalu berdoa pada Allah agar ditetapkan hatinya di atas ketaatan kepada-Nya.

Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, balikkanlah hati kami di atas ketaatan-Mu. Nabi bersabda, Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba khamilah (pakaian dari sutera atau wool yang indah). Jika diberi ia senang, tetapi jika tidak diberi ia marah. (Riwayat Bukhari)

i) Ujub : menganggap dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain.bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya.contoh:membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya.Tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupai yang ianya pemberian dari Allah swt kepadanya.*Ujub:punca kepada sifat takabbur.

ii) Riak: Menunjuk-nunjuk depan orang.sifatnya berlawanan dengan ikhlas. tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal.

Riak dan Ujub... Ada beza atau sama sahaja? Apakah itu Riak?Riak ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.Bahasa mudah : Aku nak buat sesuatu yang membuatkan aku dipandang mulia, disanjung tinggi oleh masyarakat. (contoh)

Biasanya manusia riak apabila melakukan amal ibadat kat :1- Badan :- Menampakkan kepenatan kerana puasa (nak tunjuk yang dia tengah rajin berpuasa)- Banyak terjaga tengah malam untuk beribadat (nak tunjuk yang dia rajin bangun malam)

2- Pakaian :- Dekat depan orang waraknya dia dengan memakai serban, tudung labuh. Tetapi belakang tidak pula.(nak tunjuk yang dia baik sangat, ada kepentingan diri, ingin mendapat pujian dan yang pasti bukan kerana Allah).

3- Perkataan :- Ingin menunjukkan dia pandai berkata-kata, bagai seorang penasihat, pandai berkata-kata hikmah beserta hadith tapi pada hakikat dia seorang yang kosong dan mempunyai agenda tertentu.

4- Amalan :- Sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Sering bersedekah secara terang terangan. Padahal ketika bersendirian, amalnya bukan sempurna sebegitu seperti solat cepat, nak bersedekah pula liat tanpa kehadiran orang ramai.

5- Ramai murid dengan pengikut.- Berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai dan menyebut nama2 ulama' hanya untuk menunjukkan dia seorang pengikut ulama.

Peringkat Riak1- Riak Akhbar : Melakukan ibadat untuk mendapatkan sesuatu dari manusia dan bukan untuk beroleh keredhaan Allah. Contoh : Dia beribadat kerana nak sanjungan dari manusia.

2- Riak Asghar : Melakukan sesuatu kerana Allah dan selain daripada-Nya. Contoh : Dia bersedekah kerana melihat si pulan tu glamour dan dalam masa yang sama dia bersedekah kerana Allah.

3- Riak Jali (secara terang) : Memerlukan sesuatu kesan yang nyata mendorong seseorang itu melakukan amal ibadat sehingga tanpa riak dia tidak berminat untuk melakukan amal. Contoh : Dia mesti mencari kemegahan bila bersedekah. Kalau nak bersedekah mesti dapat liputan meluas dalam berita. Jika tidak, dia tidak mahu bersedekah.

4- Riak Khafi (secara tersembunyi) : Tersembunyi di dalam hati dan hanya dia tahu apa yang bermain dalam hatinya. Riak ini juga menjadi pendorong baginya untuk terus beribadat. Contoh : Demi memikat hati pemuda yang kuat beribadat dan kaya itu suka padanya, dia sanggup pakai tudung, sentiasa solat berjemaah di surau, berkelakuan sopan dihadapannya. Di belakang lain cerita.

Punca Riak.1- Sifat suka dipuji oleh orang lain.2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.

Bagaimana mengelak sifat Riak?1- Sentiasa mengingatkan diri tentang perkara yang diperintahkan Allah.2- Menyucikan hati dengan zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.3- Mengawasi diri agar takut akan murka Allah. Ingatlah azab Allah sangatlah keras.4- Berwaspada terhadap perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan.5- Menanamkan di dalam diri bahawa sentiasa melakukan sesuatu KERANA ALLAH.6- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah.7- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

"Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak."

Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi,jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.

Bagaimana pula dengan Ujub?Apakah itu Ujub?- Ujub dikatakan sebagai kesukaan terhadap kecantikan dan kelebihan.Bahasa mudah : Bangga dengan kecantikan diri dari segi rupa paras, kekuatan diri dari segi kepimpinan, kelebihan yang ada dalam diri seperti kepandaian dankepetahan berkata-kata.- Ujub merupakan sepupu sepapat takabbur dan riya'.

Kesan Ujub.Ujub membuatkan kita merasakan kita seorang yang sempurna. Tiada cacat cela pun yang ada dekat diri. Kadang-kadang Ujub boleh melahirkan rasa bangga diri (takabbur) setelah hasil kerja kita lebih baik dari orang lain dan merasa 'Aku lebih layak' berbanding dengan orang lain. Hasilnya kita lebih memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.Malah kita akan menjadi seorang yang suka memperkecilkan kebolehan orang lain.Apabila ada mereka yang berjaya menandingi kita, kita merasa dengki.

Punca Ujub dan cara merawatnya.1- Rasa hebat dengan diri. Jadi, terapkan dalam hati, "Diri Aku milik Allah".Dengan ini adakah kita berani membangga diri kerana secara sah yang diri ini bukan milik kita hakiki?

2- Jika melakukan kebaikan, Jangan cakap "Kita buat". Rahsiakan kebaikan kita dimata dan telinga manusia. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

3- Merasakan bahawa setiap kelebihan adalah anugerah dari Allah semata-mata. Bukan kehebatan kita.

4- Tidak bersahabat dengan orang Ujub. Seboleh-bolehnya elakkan diri dari bersahabat dengan mereka kerana sahabat itu cermin diri kita. Tetapi jika anda kuat dan ingin menarik sahabat anda ke pangkal jalan apasalahnya.

5- Dedahkan diri dengan pelbagai situasi. Barulah kita mengetahui bahawa bukan kita sahaja menpunyai kelebihan.

6- Minta pandangan dari orang lain... "Adakah aku ini ujub?"

7- Menjauhi pujian

8- Mendengar nasihat orang lain.

Apa yang kita lihat Riak dan Ujub tidak sama. Tapi yang sama ialah Riak dan Ujub ialah sebahagian dari penyakit hati yang boleh mengurangkan nikmatnya beribadat serta mengurangkan pahala ibadat kita.

"Terdapat satu kisah seorang pemuda membaca satu surah panjang penuh sampai ayat terakhir (tak ingat nama surah tersebut) lepas solat. Setelah selesai membaca, pemuda tersebut tertidur. Pemuda tersebut mendapat mimpi yang dia mendapat report card hasil bacaan tadi. Apa yang dia lihat, setiap perkataan diberi ganjaran pahala cuma satu baris ayat akhir surah tidak dicatat sebarang pahala. Pemuda tersebut tanya mengapa di akhir ayat ini tiada catatan pahala? Maka jawablah utusan yang menghantar report card tersebut. Ketika kamu baca Al-Quran, Allah memberikan ganjaran pahala setiap huruf. Tetapi tidak pada ayat terakhir ini kerana ketika kamu membaca, ada orang lalu menghampiri rumah kamu. Dalam masa yang sama terdetik di hatimu yang kamu ingin menunjukkan yang kamu pandai mengaji dan membaca satu surah penuh sampai habis. Jadi Allah simpan ayat terakhir ini untuk kamu supaya kamu meminta pahala ayat terakhir ini dekat orang yang lalu tadi."

Lihat betapa parahnya penyakit ini. Adakah kita mahu solat kita, puasa kita, ibadat kita rosak malah tidak diterima angkara penyakit ini. Sama2lah kita menjaga hati kita dari dijangkiti penyakit ini.