perbezaan peradaban sesebuah bangsa

20
1 PERBEZAAN PERADABAN SESEBUAH BANGSA 6.0. PENGENALAN Pendedahan kepada pelbagai peradaban sesebuah bangsa sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian bangsa secara turun-temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara sesebuah bangsa ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan sesebuah bangsa itu sendiri sendiri di tengah-tengah pelbagai bangsa lain yang ada di dunia. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian bangsa dan tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik dan penuh perasaan muhibbah. Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat, perbezaan dan tabiat sesebuah bangsa. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan muhibah antara sesebuah bangsa yang lain sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan ketara antara sesuatu bangsa. Dengan mengakui perbezaan antara sesebuah bangsa, tidak bermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh disepakati bersama. Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang telah kita pelajari banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii. Perkara-perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar potensinya untuk diperkembang ke arah kesefahaman sejagat melalui usaha-usaha dialog antara tamadun. Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang mendatang. Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara alam tabii dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu sendiri. Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang kita jalani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya. Oleh sebab itu, usaha- usaha mengembalikan hikmah dari khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup masyarakat manusia di muka bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata rantai tamaduntamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun -tamadun yang telah kita pelajari. 6.1 DUNIA BERBILANG TAMADUN: APA DUNIA BARAT BOLEH BELAJAR DARIPADA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Bab-bab sebelum ini telah menegaskan hakikat bahawa dunia kita adalah sebenarnya dunia berbilang tamadun. Penganut pelbagai agama ingin melihat dunia global ini terus wujud sebagai dunia berbilang

Upload: azmiaina

Post on 16-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

PERBEZAAN PERADABAN SESEBUAH BANGSA6.0. PENGENALANPendedahan kepada pelbagai peradaban sesebuah bangsa sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian bangsa secara turun-temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara sesebuah bangsa ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan sesebuah bangsa itu sendiri sendiri di tengah-tengah pelbagai bangsa lain yang ada di dunia. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian bangsa dan tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik dan penuh perasaan muhibbah.Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat, perbezaan dan tabiat sesebuah bangsa. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruskan perasaan muhibah antara sesebuah bangsa yang lain sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan ketara antara sesuatu bangsa. Dengan mengakui perbezaan antara sesebuah bangsa, tidak bermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh disepakati bersama. Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang telah kita pelajari banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii.Perkara-perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar potensinya untuk diperkembang ke arah kesefahaman sejagat melalui usaha-usaha dialog antara tamadun. Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang mendatang. Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara alam tabii dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu sendiri.Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang kita jalani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya. Oleh sebab itu, usaha-usaha mengembalikan hikmah dari khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup masyarakat manusia di muka bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata rantai tamaduntamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun -tamadun yang telah kita pelajari.6.1 DUNIA BERBILANG TAMADUN: APA DUNIA BARAT BOLEH BELAJAR DARIPADA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIABab-bab sebelum ini telah menegaskan hakikat bahawa dunia kita adalah sebenarnya dunia berbilangtamadun. Penganut pelbagai agama ingin melihat dunia global ini terus wujud sebagai dunia berbilang

1

budaya dan tamadun. Setelah kita menilai tamadun-tamadun yang dikaji serta memahami nilai-nilai terpenting yang perlu kita ambil dan hayati, maka kini perlu pula kita melihat perhubungan antara tamadun-tamadun sebelah sini dengan tamadun Barat yang dominan hari ini. Tamadun-tamadun sebelah sini sebenarnya telah wujud bersama untuk satu jangka masa yang lama dan kadangkala agak tidak wajar untuk kita membicarakan keperluan mereka untuk berinteraksi. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan bahawa sebelum ini seperti tidak wujud interaksi antara tamadun Islam misalnya dengan tamadun Cina dan tamadun India dan begitu juga sebaliknya. Bukti-bukti sejarah telah banyak menjelaskan interaksi antara tamadun-tamadun ini memang telah sedia wujud dari dahulu kala lagi. Malah yang lebih penting ialah bukti kehidupan yang masih hidup, subur dan segar antara masyarakat dan tamadun yang pelbagai inilah yang lebih penting. Masyarakat negara kita yang berbilang tamadun ini telah pun hidup sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini dengan penuh interaksi dan perasaan muhibah.Justeru kita boleh menyatakan bahawa interaksi antara pelbagai tamadun yang kita lalui i ni ialah suatu yang nyata dan benar-benar hidup. Oleh sebab itu, hakikat ini perlulah difahami dengan baik supaya kita tahu di mana kita berada dan apakah sebenarnya yang perlu kita lakukan. Dialog peradaban ini atau interaksi antara tamadun ini, jika ia diilhamkan ataupun dipelopori oleh tamadun Barat maka orientasi dan hala tujunya sudah pasti berbeza dengan kita. Tamadun Barat sebenarnya sangat miskin dalam soal pengalaman hidup antara tamadun. Dalam sepanjang sejarah tamadun Barat mereka sangat kurang berpeluang untuk hidup bersama dengan tamadun lain seperti yang dialami oleh tamadun-tamadun sebelah sini. Justeru itu jika mereka berbicara mengenai dialog peradaban sifatnya sangatlah teoritikal dan konjektural. Hakikat ini disebabkan mereka sendiri tidak pernah merasai secara realiti dan praktikal pengalaman hidup dalam pelbagai tamadun.Hakikat sebegini sebenarnya merupakan satu kekuatan yang tidak wajar kita perkecilkan kerana ia tidak dimiliki oleh tamadun Barat. Menyedari perkara tersebut, orientasi dan hala tuju dialog peradaban kita tidaklah sewajarnya bersifat teori dan telahan apatah lagi bersifat polemik seperti yang lazimnya wujud dalam tradisi dialog di Barat. Kita mestilah mengungkapkan aspirasi dialog tamadun kita dengan lebih yakin bila berhadapan dengan tamadun Barat kerana kita lebih arif tentang soal ini. Kita memiliki pengalaman beratus tahun hidup bersama (co-exist) dengan tamadun-tamadun lain yang tidak pernah dialami oleh tamadun Barat. Justeru tidak wajar bagi tamadun Barat untuk mengajar kita bagaimana mahu berdialog atau bertoleransi sesama kita. Merekalah yang sebenarnya yang perlu diajar oleh tamadun sebelah sini tentang cara-cara berdialog antara tamadun. Kita bukan sahaja perlu menunjukkan kepada mereka cara bertoleransi, malah yang lebih penting ialah cara bermuhibah atau berkasih-sayang sesama manusia dari kalangan tamadun yang pelbagai ini. Sikap seperti inilah sebenarnya yang perlu kita kemukakan terhadap tamadun Barat. Peranan ini juga merupakan sumbangan paling besar yang boleh diberikan oleh tamadun sebelah sini kepada tamadun Barat khususnya dan tamadun manusia umumnya di tengah-tengah kemelut kehidupan yang tidak putus-putus hari ini. Interaksi sebenar antara tamadun dapat dilihat dari perspektif ini.6.2 DUNIA BERBILANG TAMADUN: CABARAN GLOBALISASI 6.2.1 Dampak Budaya Kebendaan BaratSama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia Barat moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak akan dapat merancang masa depan kita dengan sebaik-baiknya. Kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-ciri jati diri (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun Islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif. Keseluruhan dunia pada hari ini kelihatan seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat hegemonik, yang tidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat.Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam danAsia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya. Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuat dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalami perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri. Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia. Tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri. Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Barat dalam memperkukuhkan dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga har i ini.Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapai kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Bentuk dominasi baru telah muncul sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau. Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan. Kebebasan yang sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi yang baru.6.2.2 Dominasi PolitikKemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa, masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas Perang Dunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto. Negara Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting. Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu. Anadainya sesuai dengan kepentingannya, Amerika Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektifobjektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akan bertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam persitiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas. Pendekatan unilateralisme di dalam politik antarabangsa ini terbukti sekali lagi apabila Amerika Syarikat, tanpa restu PBB telah menyerang dan menakluki Iraq pada 2003.Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Pale stin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung de ngan menggambarkan diri mereka sebagai polis dunia. Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasi dunia. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global adalah disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari. Setela h perang dingin berakhir dengan robohnya tembok Berlin pada 1989, dan perpecahan Soviet Union pada 1991, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak mempunyai saingan, hingga mewujudkan satu dunia unipolar, tanpa imbangan kuasa. Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar dan senjata-senjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh sebuah negara yang mengambil pendekatan hegemonik ke atas masyarakat bangsa-bangsa manusia yang lain. Pada masa yang sama ia melarang dengan keras, usaha negara-negara lain seperti Korea Utara dan Iran, untuk mempunyai program nuklear mereka sendiri.

2

6.2.3 Dominasi EkonomiSekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang hampir sama berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat berkenaan telah mendominasi penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan sains dan teknologi (S&T) sesebuah nega ra. Tidak cukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain.Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8. Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa sehingga segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di hemisfera selatan. Masyarakat manusia di negaranegara membangun dan mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk mencapai kepentingan mereka dan pada masa yang sama, sumber-sumber semula jadi di negara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari. Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan, perdagangan bebas, atau economic globalisation.6.2.4 Dominasi MediaDunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Tidak cukup dengan dominasi dalam bidang politik dan ekonomi, dunia Barat khususnya Amerika Syarikat mahu turut mendominasi media massa. Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat-syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam negara di luar dunia Barat sering dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negarajirannya oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu. Tegasnya, masyarakat di luar dunia Barat melihat jiran-jiran mereka bahkan mereka sendiri sendiri menurut kaca mata Barat.6.2.5 Dominasi BudayaDominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad kebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan budayanya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem, muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia. Rancangan -rancang an televisyen seperti American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negara lain termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya, di mana cita-cita remaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilai-nilai seperti menghormati dan menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi diutamakan, atas nama keterbukaan di dalam memberi pandangan. Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama-janama seperti Coca-cola, McDonalds, Levis dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global. Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika dalam jumlah yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Namun bukan sahaja Amerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka tetapi juga syarikat-syarikat dari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan Amerika Syarikat.Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang-bidang tersebut, dapat diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain

4

termasuklah masyarakat Islam dan Asia. Gergasi media Barat khususnya dari Amerika Syarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam masyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi. Syarikat-syarikat multinasional yang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah menjadi global dari segi pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan. Pedagang-pedagang mata wang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatan pada mana-mana negara.Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barat telah menjadi begitu global atau sejagat, sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidak lagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budaya tertentu. Dominasi Barat daripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana. Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Keputusan-keputusan mereka dalam politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yang besar kepada politik dan ekonomi kita. Mereka telah memakaikan kaca mata mereka kepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka. Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telah menjadikan diri mereka sebagai norma dan mudah diterima di mana-mana sahaja. Menyedari tentang hakikat tersebut, penilaian terhadap kesan dan dampak dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asia bukanlah mudah.Tidak dapat dinafikan, dari sudut yang positif manfaat S&T yang dikembangkan oleh tamadun Barat begitu ketara kepada kita. Bidang S&T ini telah membantu mengurangkan kemiskinan, meningkatkan taraf hidup dan membawa keselesaan material kepada sebahagian daripada masyarakat manusia. Pertumbuhan dan pekembangan ekonomi pasaranjuga telah menambahkan kemewahan golongan menengah di kebanyakan negara-negara di dunia sehingga kepada kadar tertentu. Sebagai kesan daripada pengaruh tamadun Barat juga, idea dan institusi yang berkaitan dengan demokrasi seperti kebebasan individu, hak menyuarakan bangkangan, akauntabiliti awam, perwakilan parlimen yang dipilih rakyat dan kehakiman yang bebas telah mempengaruhi kebenaran di peringkat global. Dunia Barat juga bertanggungjawab menimbulkan kesedaran yang bertambah-tambah berhubung persoalan-persoalan ini dalam tamadun Islam dan Asia. Barat juga kadangkala menggunakan nilai politik sebagai senjata di dalam persaingan perdagangan antarbangsa, di mana negara yang tidak mengamalkan demokrasi ala Barat, atau mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk, akan dikenakan sekatan ekonomi. Namun sifat hipokrit ini terbongkar dengan adanya pendedahan mengenai kekejaman tentera Amerika terhadap tahanan di Iraq, dan di Teluk Guantanamao.Namun dalam konteks tersebut juga terdapat kesan-kesan yang negatif. Kemunculan sistem ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara-negara perindustrian kuat yang kebanyakannya terletak di dunia Barat, sebahagiannya bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang berterusan terhadap golongan tertentu manusia. Jurang pemisahan antara golongan yang berada dan tidak berada semakin melebar. Pada tahun 1960 nisbah pendapatan antara 20 peratus yang golongan teratas dan 20 peratus yang golongan terbawah dalam dunia ialah 1:30. Kemudian pada tahun 1994 nisbah ini semakin melebar kepada 1:78.Bukan sekadar permasalahan kemiskinan dan jurang perbezaan kaya-miskin, tetapi juga pemusatan kuasa di Barat terutama di Amerika Syarikat telah mencipta satu cengkaman ekonomi global yang menjadikan perdagangan senjata dan dadah lebih menguntungkan daripada perdagangan komoditi dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada manusia. Malah lebih parah lagi apabila dalam ekonomi global hari ini, spekulasi mata wang dan kewujudan suasana perjudian telah berleluasa di seluruh dunia yang secara tepat dinamakan sebagai kapitalisme kasino. Melihat kepada situasi tersebut, bagaimana boleh wujud kesaksamaan dalam konteks ekonomi di dunia hari ini.Sesungguhnya ekonomi global yang dipupuk dan ditaja oleh dunia Barat tidak mungkin dilestarikan. Banyak tempat di merata pelosok dunia ini telah mengalami kepupusan sumber semula jadi dan pencemaran persekitaran yang teruk. Demikian juga keadaannya bila sesebuah masyarakat begitu didesak oleh tekanan pertumbuhan ekonomi yang menggila, tekanan sosial dan psikologi turut bertambahtambah justeru memberi kesan yang buruk kepada institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Sama ada disedari atau tidak keadaan yang seperti ini sudah pun berlaku dalam masyarakat Islam dan Asia di tempattempat tertentu.Sekiranya kita melihat kesan pengaruh Barat ke atas sistem pemerintahan dan politik, meskipun semangat demokrasi tersebar, sistem politik global di dominasikan oleh Barat. Pada hari ini kuasa Baratlah sebenarnya yang tidak demokratik dengan membelakangkan kehendak masyarakat dunia melalui kuasa veto yang diberikan pada lima negara kuasa besar. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat boleh mencabuli undang-undang antarabangsa tanpa sebarang pembalasan (impunity). Contoh yang begitu ketara ialah siri -siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusia tiada lagi suara untuk menentukan nasib masa depan mereka sendiri.Dari satu sudut budaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnya tidak banyak peranan besar pada tahap global. Budaya dan tamadun lain sememangnya begitu takut kepada kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimiliki oleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan. Oleh sebab itu, perjuangan untuk menjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakan satu tema perjuangan yang harmonis dengan agama Islam dan agama-agama Asia yang lain. Tema ini akan menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam dan Asia dalam abad ke-2 1 akan datang.Dari sudut yang lain, kita juga harus akur bahawa tamadun dan kuasa Barat bukanlah sinonim dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini jelas terbukti dengan adanya tentangan daripada Jerman dan Perancis terhadap penaklukan Iraq oleh Amerika dan Britain. Namun demikian Jerman dan Perancis dan juga Rusiajuga akhirnya akur kepada kehend ak Amerika Syarikat di dalam isu berkaitan dengan program nuklear Iran pada tahun 2005 ini. Walaupun Barat tidak semestinya bersatu, sebagaimana juga dunia Islam tidak bersatu dan tidak bersifat monolitik, namun pada umumnya terdapat jurang di antara dunia Barat dan Timur, yang sebahagian darinya disebabkan oleh faktor budaya dan ketamadunan.6.2.6 Teori Pertembungan Tamadun HuntingtonPada tahun 1989, menjelang berakhirnya era perang dingin seorang penulis Amerika, Francis Fukiyama telah mengemukakan teori The End of History yang menyatakan bahawa dunia akan menjadi homogen dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat setelah keruntuhan komunisme. Teori Fukiyama ini hampir menjadi kenyataan bilamana kuasa-kuasa besar blok Timur sendiri dilihat mula menerima pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat dalam menentukan halatuju sosial, ekonomi dan politik masing-masing. Negara Rusia dan China yang dilihat sebagai simbol blok Timur sebelum ini sudah mula membuka pintu kepada dunia luar dan memberi lebih kebebasan kepada kegiatan sosial, ekonomi dan politik.Bagaimanapun telahan ini kelihatan pudar apabila seorang Profesor sains politik di Uniersiti Harvard, Samuel P. Huntington mengemukakan teori The Clash of Civilizations (Pertembungan Tamadun). Dalam makalahnya yang diterbitkan oleh jurnal Foreign Affairs tahun 1993 bertajuk The Clash of Civilizations?, Huntington telah menjangkakan akan berlaku pertembungan antara Tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan mencorakkan politik sejagat. Huntington kemudiannya memperkembangkan makalah ini untuk dijadikan sebuah buku dengan judul The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order yang diterbitkan pada tahun 1996. Buku ini telah menghuraikan dengan lebih mendalam tesisnya tentang pertembungan tamadun bagi tujuan menjawab isu-isu yang telah ditimbulkan oleh para pengkritik makalah asalnya.Teori Pertembungan Tamadun yang dikemukakan oleh Huntington telah mengundang pelbagai reaksi baik di kalangan masyarakat Islam mahu pun di kalangan masyarakat Barat sendiri. Secara umum teori Huntington tersebut boleh didasarkan kepada tiga andaian utama:a. Selepas era perang dingin perbezaan yang paling ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi ideologi, politik dan ekonomi tetapi budaya.b. Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar justeru konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yang membawa kepada pertembungan antara tamadun.c. Teras utama kepada isu-isu yang berkaitan dengan agenda antarabangsa sebenarnya berkaitan dengan perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.Menurut Huntington dalam dunia yang berpelbagai tamadun (multiple civilizations), ianya seperti tidak boleh dielakkan lagi. Tamadun Barat akan bertembung dengan tamadun-tamadun lain terutama tamadun Islam. Malah beliau menyatakan antara petanda awal pertembungan tersebut ialah peristiwa Peperangan Teluk pada tahun 1990.Teori Huntington ini dilihat sebagai satu ramalan besar yang harus diberi perhatian oleh semua pihak, di samping tidak kurangnya mereka yang mengkritik pandangan beliau. Para intelektual telah mengkritik pandangan Huntington daripada persoalan konsep seperti takrif tamadun sehinggalah kepada isu-isu yang dibangkitkan seperti perang di Bosnia-Herzegovina. Bagaimanapun, teori Hunti ngton ini sangat penting dari segi mencambahkan disiplin ilmu pengajian tamadun dan sains politik. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun sehinggalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Tamadun seperti yang dicadangkan oleh Presiden Iran ketika itu, iaitu Mohammad Khatami.Meskipun pelbagai kritikan akademik telah dikemukakan untuk menyanggah teori pertembungan tamadun sehingga pernah disebut bahawa teori Huntington ini telah runtuh, perkembangan yang mutakhir telah memperlihat situasi yang berlainan. Bagi sesetengah pihak mungkin situasi yang berlaku ini tidak boleh dikaitkan dengan ramalan akan berlakunya pertembungan tamadun seperti teori Huntington. Namun begitu, konflik antara dunia Barat dengan dunia Islam dengan pelancaran Perang Terhadap Keganasan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya seolah-olah membenarkan teori Huntington. Yang pastinya, dunia Barat dan dunia Islam sedang bergolak sehingga kelihatan tiada titik penghujungnya.6.2.7 Dampak Peristiwa 11 SeptemberPeristiwa 11 September 2001 selalu dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dan dunia Barat. Sebelum peristiwa 11 September, beberapa peristiwa serangan ke atas kepentingan Barat khususnya Amerika Syarikat telah berlaku. Pada tahun 1993, World Trade Center telah diserang oleh Ramzi Ahmed Yousef yang dikatakan seorang fundematalis Islam. Pada tahun 1996 pula, 19 tentera Amerika Syarikat telah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam satu serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi. Kemudian pada tahun 1998, kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam dan Nairobi telah dibom menyebabkan 250 mati. Dan yang terakhir sebelum peristiwa 11 September, pada Oktober tahun 2000, Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan kematian 17 orang dan 38 yang lain cedera.Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim sehingga menimbulkan kecurigaan yang mendalam terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Perjuangan rakyat Palestine yang menuntut kemerdekaan di negara sendiri turut digolongkan sebagai rangkaian pengganas. Begitu juga perjuangan masyarakat Islam lain di Kashmir dan Chechnya turut dilabelkan sebagai kumpulan pengganas. Malah golongan yang disebut sebagai fundamentalis Islam yang sederhana turut dicurigai pegangan mereka. Yang agak boleh diterima oleh dunia Barat ialah golongan Modernist Islam, justeru dorongan ke arah mewujudkan versi Islam yang seperti ini perlu diperluaskan. Kecurigaan dunia Barat ini sudah pasti memuncak selepas peristiwa serangan 11 September 2001.Beberapa operasi ketenteraan yang di ketuai oleh Amerika Syarikat di Afghanistan, Asia Tenggara dan yang terakhir di Iraq dilihat sebagai satu pencabulan ke atas dunia mereka oleh sebahagian besar masyarakat Islam. Sekatan demi sekatan telah dikenakan ke atas masyarakat Islam termasuklah sekatan dari segi penyebaran sains dan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Masyarakat Islam dari kalangan negara-negara Arab khususnya hampir ditutup peluang untuk meneruskan pengajian S&T mereka di peringkat tinggi di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Negaranegara yang sebelumnya dilihat tiada masalah dengan dunia Islam seperti Jepun turut mula memikirkan semula dasar luar mereka berkaitan dengan dunia Islam.Pada umumnya, peristiwa September 11 telah meninggalkan dampak yang besar ke atas hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam, khususnya ke atas peta politik Asia Barat. Hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam menjadi semakin ker uh dan tidak menentu. Banyak pihak di dunia Islam menaruh kecurigaan terhadap tindak tanduk masa depan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. Perubahanbesar yang berlaku di Iraq sebagai akibat daripada pelanggaran Amerika Syarikat akan pastinya merubah peta politik dan agama negara itu dan jiran-jirannya. Bukan sahaja Asia Barat yang menerima padah buruk daripada pencerobohan Amerika Syarikat. Amerika sendiri telah ditimpa krisis ekonomi yang semakin meruncing dengan terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang begitu tinggi. Bagaimana pun, sebagai akibat September 11 juga, dialog antara golongan Islam minoriti dan golongan bukan Islam majoriti semakin meningkat. Menerusi dialog-dialog ini dan juga menerusi bacaan mereka sendiri tentang agama Islam semakin ramai rakyat Amerika yang mendakwa bahawa mereka kini lebih memahami tentang ajaran Islam. Menurut sesetengah pihak, masyarakat Islam di Amerika boleh menyumbang ke arah mewujudkan kesefahaman yang lebih baik antara Amerika Syarikat dan dunia Islam di masa depan.6.3 DIALOG PERADABAN SEBAGAI MEKANISME MENYAHUT CABARANTamadun kontemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan yang timbul melalui sejarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kepincangan, ketidakadilan dan penindasan di dalam hubungan di antara tamadun di dunia hari ini. Selain itu wujud juga salah faham, jurang komunikasi dan prejudis di dalam hubungan antara tamadun. Ini amat jelas dan ketara di dalam hubungan antara dunia Barat dan dunia Islam masakini, di peringkat antarabangsa. Di peringkat dalam negeri, walaupun hubungan antara kaum yang berdasarkan pelbagai tamadun seperti tamadun Melayu, Islam, India dan Cina, adalah agak baik, namun masih wujud rasa curiga di kalangan setengah pihak berdasarkan perbezaan-perbezaan antara mereka. Dengan kata lain, usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum di kalangan rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tamadun, tidak boleh diabaikan dan mesti terus dipupuk untuk memastikan supaya hubungan harmonis di kalangan rakyat Malaysia akan terus terjalin.Di peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi di dalam perhubungan antara tamadun perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi, tetapi menerusi dailog. Maka di sinilah dailog peradaban mempunyai peranan di dalam hubungan manusia dan hubungan antarabangsa masakini. Malahan PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dailog antara tamadun dunia.Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas golongan yang lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan dan politik akan menjadi cabaran terpenting yang bakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi memahami sifat dominasi ini dan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yang besar kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkan hakikat tersebut, sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksa menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minoriti merupakan ketidakadilan yang sangat nyata. Ketidakadilan seperti ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana.Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatu tamadun seharusnya menjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasi kumpulan teratas (elit). Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke peringkat global. Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan elit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakan untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku sama ada di India mahupun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negara membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghomogenan ( homogenesation ) budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yang menjadi ciri penting tamadun Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada kesan dominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, seluruh masyarakat manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu.Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah melalui sesi-sesi dialog di semua tempat. Dalam sesi dialog tersebut, manusia mesti sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilai dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Kesemua nilai dan pandangan semesta tersebut begitu bertentangan dengan tindakan dominasi. Melalui sesi dialog di kalangan manusia di mana-mana sahaja, masyarakat Islam, masyarakat Asia dan lain-lain dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia terutama kuasa Barat dan bonekanya.Sesi dialog antara manusia dalam pelbagai budaya dan tamadun juga banyak membawa manfaat yang lain. Hari ini seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah yang besar seperti pencemaran alam sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit AIDS. Kesemua kemelut ini memerlukan jawapan dan penyelesaian daripada manusia. Kemelut ini telah melanda seluruh dunia tidak terkecuali kepada masyarakat yang berada di dunia Islam dan Asia.Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia masa kini merupakan kesan daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar semula jadi yang tidak lagi diutamakan telah membawa kepada krisis alam sekitar. Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dan sentiasa tercabar dalam rumah tangga moden telah melunturkan ketahanan hubungan kekeluargaan. Nilai etika yang telah diketepikan dalam ekonomi hari ini telah melahir kan kapitalisme kasino yang merebak secara global. Bila persoalan memberi perkhidmatan tidak lagi menjadi tanggungjawab utama politik, maka kesempatan berkuasa dilihat sebagai satu peluang terbuka untuk memperolehi kekayaan dan kepentingan diri. Disebabkan perasaan rendah diri dan pengorbanan telah dipencilkan dalam kehidupan peribadi dan masyarakat, maka sifat tamak dan takbur (ego) menjadi semakin dominan dalam masyarakat.Tamadun Islam dan tamadun Asia sentiasa menekankan penolakan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri. Dalam sistem falsafah tamadun -tamadun ini, nilai-nilai sejagat, kerohanian dan moral sentiasa diutamakan. Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Setiap bidang dalam masyarakat menurut pendirian Islam dan tamadun-tamadun berasaskan agama yang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral. Ke arah melahirkan nilai moral dalam masyarakat kita yang berbilang agama, etnik dan kebudayaan mesti diadakan sesi dialog yang berterusan di kalangan kita semua. Tanpanya kita tidak mungkin dapat membentuk benteng moral yang kukuh. Bila manusia menyedari nilai -nilai yang mereka kongsi bersama dalam pemerintahan dan politik, ekonomi dan pengurusan sumber, keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi, maka ikatan dan perasaan saling hormatmenghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dan membesar dalam masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan agama.

1.8. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUNTerdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari sudut teologi, epistemologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Malahan, percanggahan juga tidak dapat dielakkan berlaku dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang menimbulkan kontroversi. Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan:

5

Alam sekitarHidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (custodian atau steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini, namun tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam sekitar. Keluarga Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya ialah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga tradisional, telah menjadi warisa n turun-temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat melalui konsep kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormatmenghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati. KomunitiKomuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi individu dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Keduadua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme. Kerajaan Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun Cina, tulisan Moh -Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh-tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil. Manakala dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamaduntamadun tradisional. Hubungan ini lazimnya dilandasi oleh semangat feudalisme yang tebal. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas -lunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya. EkonomiDalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks Moral Semesta (Moral Universe). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak-hak kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eightfold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep wang, laba, ganjaran, pasaran dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden. Pendidikan Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat-sifat mulia seseorang (character-building) melalui proses pengajaran ilmu. Menyedari akan perkara tersebut, dimensi inner-Being diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri. Kesihatan Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan. Mengubati penyakit, menurut konsep holistik bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsepkonsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

INTERAKSI ANTARA TAMADUNWalaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya telah wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan -kesan positif meskipun terdapat juga kesan-kesan negatif. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.Perbincangan mengenai interaksi boleh dijelaskan dengan merujuk kepada jenis-jenis interaksi yang wujud, iaitu seperti berikut: Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang SamaInteraksi dalam lingkungan budaya yang sama merujuk kepada hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum seperti contohnya orang Melayu yang terdiri dari pelbagai suku kaum seperti orang Jawa, Banjar, Bugis, Mandaling dan sebagainya yang pastinya mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat resam keturunannya. Begitu juga dengan orang Cina, yang mempunyai pelbagai suku kaum seperti Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya. Manakala bagi orang India seperti Malayalam, Punjabi dan sebagainya.Saling hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India memberi contoh tepat interaksi ini. Walaupun mereka mempunyai pegangan agama yang berbeza tetapi tidak dari segi budaya, seperti golongan masyarakat Hindu di India Utara menerima unsur -unsur keislaman dalam budaya berpakaian, pemakanan dan seni bina. Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu. Secara umumnya setiap satu kelompok masyarakat mengamalkan kebudayaan yang hampir sama, tetapi terdapat dalam suasana

11atau upacara majlis tertentu akan memperlihatkan kelainan budaya yang diamalkan menurut suku kaum masyarakat tersebut. Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang BerbezaInteraksi jenis ini menerangkan bagaimana antara satu kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama dapat saling berinteraksi walaupun tinggal di satu lokasi atau negara yang sama.Interaksi antara masyarakat Muslim dan Buddhisme di Asia Tenggara boleh dijadikan rujukan. Dalam konteks hubungan sosial, masyarakat Muslim berinteraksi dengan masyarakat Buddha di Thailand, Kemboja, Indonesia (Jawa) dan Malaysia sebelum zaman kolonial lagi. Meskipun agama dan budaya hidup mereka begitu berbeza dan segi metafizik dan teologi, hak-hak masyarakat Buddha untuk mengamalkan agama mereka begitu dihormati di negara-negara yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada penganut-penganut Islam. Kewujudan kuil-kuil seperti Borobudur di Pulau Jawa yang majoriti penduduknya penganut-penganut Islam merupakan lambang kepada sikap toleransi seperti ini. Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak DominanInteraksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab memperlihatkan bagaimana interaksi antara peradaban yang dominan dengan yang tidak dominan. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok-kelompok kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Tempat-tempat peribadatan kedua -dua kaum ini diberi perlindungan, malah penganut agama Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka tanpa sebarang ketakutan. Pengiktirafan hak agamaagama bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mereka tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Muslim merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sistem keadilan Islam.Sepanjang sejarah ketamadunan Islam dan zaman pemerintahan Umayyah sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengahtengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti. Selain bebas mengamalkan agama masingmasing, beberapa individu Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki tempat-tempat tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam, terutamanya di bumi Andalusia (Sepanyol). Penulis dan sarjana dari kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam. Contoh Interaksi Dalam SejarahSelain daripada contoh-contoh yang dikemukakan sebelum ini, terdapat banyak lagi contoh dalam sejarah yang boleh diambil sebagai rujuk dan pengajaran yang baik. Antaranya ialah interaksi antara tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme pada zaman silam. Buddhisme sebagai sebuah agama yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri tertentu dan falsafah Hinduisme, termasuklah Karma (Rebirth), Dhamma (Righteou sness) dan Mokhsa (Liberation). Selepas Buddha dan misinya, reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu dan Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah dengan golongan Brahmin, penafian hakhak tertentu kaum wanita dan lain-lain. Situasi seperti ini menunjukkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripada kewujudan interaksi antara tamadun.Saling hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme telah bermula sejak kurun ketujuh Masehi lagi. Pada peringkat awal, interaksi ini berlaku dalam bentuk per dagangan, iaitu antara saudagar-saudagar Arab dan Parsi dengan saudagar-saudagar Cina. Terdapat saudagar -saudagar Arab dan Parsi yang bermastautin di China, dan melalui proses interaksi termasuklah perkahwinan, mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan. Dalam Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam muncul memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan tamadun Cina. Terdapat di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan menjadi gabenor wilayah dan terdapat pula di kalangan mereka yang ditugaskan menjadi panglima tentera laut seperti Zheng He. Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping sumbangan kepada bidang astronomi, seni bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan. Yang lebih menarik lagi, sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa dalam bidang etika, terdapat banyak kesejajaran antara pengajaranIslam dan pengajaran Konfusianisme. Disebabkan hal tersebut, beberapa sarjana Islam berbangsa Cina mempelajari Konfusianisme seperti juga terdapat sarjana-sarjana Konfusianisme menunjukkan minat yang sama terhadap Islam. Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan yang positif daripada interaksi antara tamadun.

RUJUKANAl-Attas, S.M. Naquib, (1996). Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensyen Masyarakat Madani, September 19-21, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.Azizan Baharuddin (ed), Dialog Peradaban Menurut Perspektif Islam, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, 2005 hal. 80-85.Azizan Baharuddin, Communalities in Religious Harmony kertas kerja ASEM Interfaith Dialogue, Bali, 20-22 Julai 2005Bell, Clive., (1938), Civilization: An Essay, London: Penguin BookBertrand Fort, (2005), One Year of Culture and Civilisations Dialogue 2003/2004, Asia-Europe Foundation, SingaporeCollingwood, R.G, (1994 rev. ed.), The Idea ofHistory, London: Oxford University PressEdmund Terrence Gomez, Tracing the Ethnic Divide:Race, Rights and Redistribution in Malaysia in Joanna PfaffCzarnecka et al (eds.) Ethnic Futures-The State and Identitiy Po/itics in Asia, Sage Publications, London, 1999, m.s. 167.Esposito, John L., (1995). The oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, Vol III. Oxford University Press, Oxford.Ibn Khaldun, Abdul Rahman, (1995), Mukadimah Ibn Khaldun (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & PustakaKaren Armstrong, A History of God - The 4000 Year Quest o Judaism, Christianity and Islam, Ballantine Books, New York, l993.Mohd Nor Yusoff & Nafisiah Hj . Abdul Rahman Impak Globalisasi Dalam Sistem Kehidupan Masyarakat Melayu, Jurnal Tasawwur Islam UITM, Jilid 6, Sept m.s. 42-62.Muhammad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassan (ed.), (2005), Readings on Ethnic Relations in a Multicultural Society, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM m.s. 3-10.Nik Aziz Nik Pa, Cabaran Sains Terhadap Umat Islam Masa Kini dan Masa Hadapan dlm azizan Baharuddin (ed.) Pelajar-pelajar Melayu dan Pendidikan Sains, Akademi Pengajian, UM, 1993 m.s. 25-61Osman Bakar, (1997), Islam and civilizational dialogue: The quest for a truly universal civilization, Kuala Lumpur: University of Malaya PressSamuel Huntington (1996) The Clash of Civilisations and the remaking the world order. New York. Simon and SchusterSchweitzer, Albert, (1987 new ed.), The Philosophy of Civilization, New York: Prometheus BooksSwidler, Leonard, Dialogue in Malaysia and the Global Scenario , Centre for Civilisational Dialogue, UM, 2003 ms. 23Syed Ali Tawfik Al -Attas & Ng Tieh Chuan, Abdullah Ahmad Badawi, Pelanduk Publications, Kuala Lumpur 2005The New Encyclopedia Britannica , Vol XVI, Chicago, 1998.Toynbee, Arnold Joseph, (1972), A Study of history , London: Oxford University PressZaid Ahmad, (2003), The Epistemology ofIbn Khaldun, London & New York: RoutledgeCurzonZaid Ahmad, Ibn Khalduns approach in civilisational studies in Massimo Campanini, (2005), Studies on Ibn Khaldun, Corso Milano, Italy: Polimetrica International Scientific PublisherZaid Ahmad, Multiculturalism and religio-ethnic plurality: The Malaysian experience in Culture andReligion: An Intedisciplinary Journal (Routledge Taylor & Francis Group) vol.8 no.2 2007

13