perbezaan penggunaan kaedah babywearing terhadap pengunaan tenaga

4
JPASPEX (2014) 2(2), 11-14 http://www.jpaspex .com e-ISSN 2289-5817  Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Penggunaan Tenaga Shamierul Afieda Md Ghani , Asha Hasnimy Mohd Hashim, Halijah Ibrahim, & Zainal Abidin Zainuddin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. ABSTRAK Babywearing adalah amalan membawa bayi dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan baby carrier. Baby carrier merupakan satu bentuk alat untuk membawa bayi manakala babywearer pula merujuk kepada individu yang mengendong bayi. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan  bahawa apabila berat badan individu di tambah dengan beban,  penggu naan tenaga individu akan bertambah dan akan menyebabkan individu tersebut mudah berasa penat. Bagi mengelakkan babywearer kehilangan tenaga dengan cepat, mereka perlu memilih kaedah babywearing yang sesuai. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan tenaga di antara kaedah babywearing yang berbeza iaitu front wrap cross carrier (FWCC) yang menggunakan kain jenis Zen Emerald (Bebe Sachi, Malaysia) dan tanpa menggunakan baby carrier iaitu front in arm (FIA). Kajian ini berbentuk eksperimental dengan menggunakan prosedur ujian Rockport (berjalan 1.6 km). Seramai 22 orang subjek wanita yang berusia antara 20 hingga 30 tahun (24.73±1.91) terlibat dalam kajian ini. Setiap subjek dikehendaki berjalan di atas treadmill (1.6 km) dengan membawa patung bayi (5 kg) menggunakan kaedah FWCC dan FIA. Kajian yang dilakukan ini akan memberikan gambaran awal tentang jumlah penggunaan tenaga ketika mengendong  bayi denga n mengguna kan FWCC dan FIA. Ha sil penganalisa an menggunakan One-Way ANOVA mendapati tidak terdapat  perbezaa n yang signifikan di antara kaedah FWCC dan FIA dengan nilai p=0.966. Namun, min penggunaan tenaga bagi kaedah FWCC adalah lebih rendah (15.90±2.51) berbanding kaedah FIA iaitu (16.09±2.47). Ini menunjukkan bahawa  penggun aan baby carrier jenis FWCC mampu mengura ngkan  penggu naan tenaga ketika mengendong bayi berbanding FIA. Oleh itu, FWCC lebih sesuai untuk digunakan ketika mengendong bayi untuk mengurangkan penggunaan tenaga bagi mengelakkan keletihan. Pengenalan Pelbagai kaedah membawa bayi telah digunakan dalam  budaya serta tempoh masa yang berbeza dan juga umur yang berbeza untuk kanak-kanak. Babywearing atau mengendong adalah merupakan amalan membawa bayi dalam anduh atau dalam bentuk kain. Istilah baby carrier merupakan satu bentuk alat pengangkutan bayi dan ia telah diamalkan selama berabad-abad di seluruh dunia. Babywearer pula merujuk kepada individu yang mengendong bayi. Dengan pemakaian baby carrier ketika mendukung atau mengendong bayi, ibu bapa bebas untuk melakukan perkara-perkara lain tanpa perlu meninggalkan anak mereka di tempat yang tidak selamat. Selain itu,  babywearing juga boleh mendatangkan banyak kesan  positif terhadap bayi dan ibu bapa itu sendiri. Bayi yang sentiasa di kendong lebih cenderung untuk tidur lena pada waktu malam (Harriet, 2010). Selain itu, menurut Miller & Commons, 2010, sentuhan fizikal dan psikologikal mampu mengurangkan kadar tangisan bayi. Bayi yang sentiasa didukung dan sentiasa berada dekat dengan ibu  bapa mereka dikatakan mampu mengurangkan kadar tangisan dan berasa lebih selamat serta tenang walaupun tiada sentuhan antara kulit (Ludingtone-Hoe, 2013). Tenaga boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melakukan kerja. Tenaga diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan seperti bernafas, memastikan jantung berdegup, untuk mengekalkan suhu  badan dan sebagainya. Selain itu, tenaga juga diperlukan ketika melakukan aktiviti fizikal supaya pergerakan yang aktif dan kontraksi otot boleh berlaku. Tenaga boleh di ukur sama ada dalam unit joule ataupun kalori. Satu kalori adalah bersamaan dengan 4,184 joules. Tenaga yang diukur dalam bentuk joule ataupun kalori adalah  perwakilan keupayaan untuk melakukan kerja-kerja dan tenaga yang diperoleh melalui makanan. Jika tenaga daripada makanan tidak digunakan melalui aktiviti, ia disimpan di dalam badan dan jika terlalu banyak boleh membawa kepada indeks jisim badan (BMI) yang tinggi. Oleh itu, seseorang individu memerlukan tenaga yang mencukupi yang boleh didapati daripada sumber makanan supaya dapat melakukan aktiviti harian seperti mendukung bayi tanpa menggunakan alatan baby carrier ataupun dengan menggunakan baby carrier. Metodologi Kajian ini adalah berbentuk eksperimental dan ia an dijalankan ke atas 22 orang golongan wanita yang tidak  pernah mempunyai pengalaman menggunakan  babywearing dan berusia antara 20 hingga 30 tahun. Kajian ini berbentuk eksperimental di mana subjek untuk ujian ini adalah subjek yang tidak pernah menggunakan  baby carrier. Pengujian ini dilakukan mengikut prosedur dan protokol yang telah ditetapkan agar data-data yang diperoleh adalah tepat dan sah.  Sampel kajian terdiri daripada 22 golongan wanita yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun. Subjek merupakan golongan wanita yang tidak pernah Sampel kajian terdiri daripada 22 golongan wanita yang  berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun. Subjek merupakan golongan wanita yang tidak   pernah Research article  11

Upload: asha-hashim

Post on 05-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kajian penyelidikan berkaitan babywearing

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Pengunaan Tenaga

7/16/2019 Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Pengunaan Tenaga

http://slidepdf.com/reader/full/perbezaan-penggunaan-kaedah-babywearing-terhadap-pengunaan-tenaga 1/4

JPASPEX (2014) 2(2), 11-14

http://www.jpaspex.com e-ISSN 2289-5817 

Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Penggunaan Tenaga

Shamierul Afieda Md Ghani  , Asha Hasnimy Mohd Hashim, Halijah Ibrahim, & Zainal

Abidin Zainuddin

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

ABSTRAK Babywearing adalah amalan membawa bayi dari satu tempat ketempat yang lain dengan menggunakan baby carrier. Baby

carrier merupakan satu bentuk alat untuk membawa bayimanakala babywearer pula merujuk kepada individu yang

mengendong bayi. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan

 bahawa apabila berat badan individu di tambah dengan beban, penggunaan tenaga individu akan bertambah dan akanmenyebabkan individu tersebut mudah berasa penat. Bagi

mengelakkan babywearer kehilangan tenaga dengan cepat,mereka perlu memilih kaedah babywearing yang sesuai. Kajianini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan tenaga di antarakaedah babywearing yang berbeza iaitu front wrap cross carrier

(FWCC) yang menggunakan kain jenis Zen Emerald (BebeSachi, Malaysia) dan tanpa menggunakan baby carrier iaitu front

in arm (FIA). Kajian ini berbentuk eksperimental denganmenggunakan prosedur ujian Rockport (berjalan 1.6 km).

Seramai 22 orang subjek wanita yang berusia antara 20 hingga30 tahun (24.73±1.91) terlibat dalam kajian ini. Setiap subjekdikehendaki berjalan di atas treadmill (1.6 km) dengan

membawa patung bayi (5 kg) menggunakan kaedah FWCC danFIA. Kajian yang dilakukan ini akan memberikan gambaranawal tentang jumlah penggunaan tenaga ketika mengendong bayi dengan menggunakan FWCC dan FIA. Hasil penganalisaanmenggunakan One-Way ANOVA mendapati tidak terdapat

 perbezaan yang signifikan di antara kaedah FWCC dan FIA

dengan nilai p=0.966. Namun, min penggunaan tenaga bagikaedah FWCC adalah lebih rendah (15.90±2.51) berbandingkaedah FIA iaitu  (16.09±2.47). Ini menunjukkan bahawa penggunaan baby carrier jenis FWCC mampu mengurangkan

 penggunaan tenaga ketika mengendong bayi berbanding FIA.Oleh itu, FWCC lebih sesuai untuk digunakan ketikamengendong bayi untuk mengurangkan penggunaan tenaga bagimengelakkan keletihan.

PengenalanPelbagai kaedah membawa bayi telah digunakan dalam

 budaya serta tempoh masa yang berbeza dan juga umur

yang berbeza untuk kanak-kanak. Babywearing atau

mengendong adalah merupakan amalan membawa bayi

dalam anduh atau dalam bentuk kain. Istilah baby carrier

merupakan satu bentuk alat pengangkutan bayi dan ia

telah diamalkan selama berabad-abad di seluruh dunia.

Babywearer pula merujuk kepada individu yang

mengendong bayi.

Dengan pemakaian baby carrier ketika

mendukung atau mengendong bayi, ibu bapa bebas untuk

melakukan perkara-perkara lain tanpa perlu meninggalkananak mereka di tempat yang tidak selamat. Selain itu,

 babywearing juga boleh mendatangkan banyak kesan

 positif terhadap bayi dan ibu bapa itu sendiri. Bayi yang

sentiasa di kendong lebih cenderung untuk tidur lena pada

waktu malam (Harriet, 2010). Selain itu, menurut Miller

& Commons, 2010, sentuhan fizikal dan psikologikal

mampu mengurangkan kadar tangisan bayi. Bayi yangsentiasa didukung dan sentiasa berada dekat dengan ibu

 bapa mereka dikatakan mampu mengurangkan kadar

tangisan dan berasa lebih selamat serta tenang walaupun

tiada sentuhan antara kulit (Ludingtone-Hoe, 2013).

Tenaga boleh didefinisikan sebagai keupayaanseseorang untuk melakukan kerja. Tenaga diperlukan

untuk mengekalkan fungsi badan seperti bernafas,

memastikan jantung berdegup, untuk mengekalkan suhu

 badan dan sebagainya. Selain itu, tenaga juga diperlukan

ketika melakukan aktiviti fizikal supaya pergerakan yangaktif dan kontraksi otot boleh berlaku. Tenaga boleh di

ukur sama ada dalam unit joule ataupun kalori. Satu kalori

adalah bersamaan dengan 4,184 joules. Tenaga yangdiukur dalam bentuk joule ataupun kalori adalah

 perwakilan keupayaan untuk melakukan kerja-kerja dan

tenaga yang diperoleh melalui makanan. Jika tenaga

daripada makanan tidak digunakan melalui aktiviti, ia

disimpan di dalam badan dan jika terlalu banyak boleh

membawa kepada indeks jisim badan (BMI) yang tinggi.

Oleh itu, seseorang individu memerlukan tenaga

yang mencukupi yang boleh didapati daripada sumber

makanan supaya dapat melakukan aktiviti harian sepertimendukung bayi tanpa menggunakan alatan baby carrier

ataupun dengan menggunakan baby carrier.

MetodologiKajian ini adalah berbentuk eksperimental dan ia an

dijalankan ke atas 22 orang golongan wanita yang tidak

 pernah mempunyai pengalaman menggunakan

 babywearing dan berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Kajian ini berbentuk eksperimental di mana subjek untukujian ini adalah subjek yang tidak pernah menggunakan

 baby carrier. Pengujian ini dilakukan mengikut prosedur

dan protokol yang telah ditetapkan agar data-data yang

diperoleh adalah tepat dan sah. Sampel kajian terdiri daripada 22 golongan wanita

yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun.

Subjek merupakan golongan wanita yang tidak pernah

Sampel kajian terdiri daripada 22 golongan wanita yang berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun.

Subjek merupakan golongan wanita yang tidak   pernah

Research article 

11

Page 2: Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Pengunaan Tenaga

7/16/2019 Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Pengunaan Tenaga

http://slidepdf.com/reader/full/perbezaan-penggunaan-kaedah-babywearing-terhadap-pengunaan-tenaga 2/4

Shamierul Afieda Md Ghani et al. Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Penggunaan Tenaga 

menggunakan kaedah babywearing yang di pakai di

 bahagian hadapan badan iaitu melalui kaedah front wrap

cross carrier (FWCC) dan front in arm (FIA). Selain itu,

subjek juga bebas daripada sebarang masalahkardiovaskular dan pernafasan yang mungkin akan

mengganggu data-data yang akan diperolehi.

Patung seberat 5 kilogram (kg) digunakan sebagai

 pengganti bayi untuk dikendong. Bagi mengendong bayimenggunakan FWCC, kain wrap yang digunakan iaitu

merupakan jenis Zen Emerlad (Bebe Sachi, Malaysia)

yang mempunyai berat sebanyak 0.1 kg. Manakala

 pengendongan melalui FIA adalah menggunakan kedua-

dua tangan subjek di bahagian hadapan badan.

Apabila subjek telah bersedia dengan pemakaian

Polar Heart Rate subjek akan melakukan aktiviti reganganuntuk mengelakkan kecederaan semasa aktiviti

dijalankan. Kemudian, subjek akan berehat dan memakai

 baby carrier untuk mengendong patung. Subjek akan

direhatkan sehingga mencapai kadar denyutan jantung

yang lebih rendah berbanding semasa melakukan

regangan. Kemudian, subjek akan bersedia dan menungguarahan daripada penguji untuk memulakan pengujian. Jam

Polar Heart Rate akan ditekan sebaik sahaja aktiviti

 bermula dan heart rate akan dicatatkan. Subjek akan

 berjalan selaju yang boleh dalam lingkungan 3.0 mph

sehingga 5.0 mph. Setelah selesai berjalan sejauh 1.6 km,

subjek akan berhenti dan direhatkan. Masa perjalanan dan

heart rate subjek juga akan dicatat. Subjek akan

melakukan pengujian dengan menggunakan kaedah

 babywearing dengan cara FIA pada hari yang lain.

Penganalisaan Data

Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan

Microsoft Excel 2007 dan juga Statistical Package for

Social Science (SPSS) 16.0. Data deskriptif yang

 berkaitan dengan maklumat demografi subjek dan skor

untuk setiap ujian akan dianalisis dengan menggunakan

analisis deskriptif untuk mendapatkan min dan sisihan piawai. Perbandingan untuk perbezaan jumlah

 penggunaan tenaga terhadap kaedah babywearing akan

diperolehi dengan menggunakan kaedah ujian One-Way

ANOVA dan dianalisis dalam analisis inferensi.

Formula untuk penggunaan tenaga digunakan

untuk mengira jumlah penggunaan tenaga bagi setiap

ujian yang menggunakan kaedah babywearing yang berbeza. Formula ACSM Metabolic Equations

digunakan untuk mendapatkan jumlah penggunaan

tenaga. ACSM Metabolic Equations digunakan kerana ia

dapat menentukan menentukan jumlah penggunaan oksi-

gen (VO2) dan daripada maklumat penggunaan oksigen

(VO2) dapat mengira jumlah penggunaan tenaga. Selain

itu, ia juga digunakan untuk mengira pengambilan oksi-

gen dalam METS dan ml/kg/ min serta menentukan peng-

gunaan kalori untuk pelbagai aktiviti

Rajah 3 : Formula Penggunaan Tenaga ( ACSM Meta-

bolic Equations)

Dapatan Kajian

Statistik dapatan kajian dibentangkan di Jadual 1 – 4.

Jadual 1: Analisis Berdasarkan Umur, Berat Dan Tinggi

Pembolehubah Minimum Maksimum Min

(M)

Sisihan

Piawai

(SD)

Umur 23.00 30.00 24.73 1.91

Berat (kg) 47.00 87.00 57.41 9.48

Tinggi (cm) 150 174 1.61 7.63

Jadual 2: Analisis Berdasarkan Kelajuan Dan Masa

Pembolehubah Minimum Maksimum Min

(M)

Sisihan

Piawai

(SD)

Kelajuan

(m/min)

52.67 79.92 66.51 6.40

Masa (min) 20.02 30.38 24.28 2.38

Formula Penggunaan Tenaga

1.  VO2 (mL./kg/min) = Resting component +

 Horizontal component + Vertical

component

2.   Resting VO2 = 3.5 mL O2/kg/min

3.  Speed (m/min) = 1600 (miles) ÷ masa

(min)

4. 

VO2 = Resting VO2 (mL./kg/min) + [Speed

(m/min) × 0.1 ml/kg/min] + [% grade ×

speed (m/min) × 1.8 mL/kg/min]

5.  Kcal/min = VO2 (mL./kg/min) × Body

mass (kg) × 5.05 (kcal/L)

6.  Penggunaan Tenaga = Kcal/min × 5

kcals/liter oxygen

12

Page 3: Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Pengunaan Tenaga

7/16/2019 Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Pengunaan Tenaga

http://slidepdf.com/reader/full/perbezaan-penggunaan-kaedah-babywearing-terhadap-pengunaan-tenaga 3/4

JPASPEX (2014) 2(2), 11-14

http://www.jpaspex.com e-ISSN 2289-5817 

Jadual 3:  Statistik Min dan Sisihan Piawai bagi FWCC

Rajah 1: FWC Rajah 2: FIA

Dan FIA

Jadual 4: Perbezaan Penggunaan Tenaga Bagi Setiap

Kaedah Babywearing (FWCC dan FIA)

Kaedah babywearing  F df p

FWCC 

FIA 0.034 2 0.967

PerbincanganMelalui analisis deskriptif, hasil dapatan kajian menun-

 jukkan min (M) penggunaan tenaga bagi kaedah FWCC

adalah paling rendah manakala kaedah FIA mempunyai

min (M) penggunaan tenaga paling tinggi. Oleh itu, ber-

laku peningkatan min penggunaan tenaga antara setiap

kaedah babywearing yang berbeza.

Penggunaan tenaga ketika berjalan dan berlarimungkin berbeza disebabkan oleh beberapa faktor, seperti

 jumlah berat (berat badan ditambah berat beban luaran),

kelajuan, gred, dan jenis permukaan (Givoni & Goldman,1971; Pandolf et. al, 1977; Keren et. al, 1981). Menurut

Soule & Goldman, 1969; Pandolf et. al, 1977, faktor

 penting dalam menentukan jumlah penggunaan tenagaketika berjalan dan berlari adalah penambahan beban

luaran pada tubuh badan. Patung bayi seberat 5.0 kg dan

ditambah dengan berat baby carrier   akan menyebabkan

 penambahan jumlah berat berlaku dan ini akan mempen-

garuhi jumlah penggunaan tenaga seseorang individu.

Oleh itu, berat baby carrier  yang merupakan beban luaranmerupakan faktor yang menyebabkan setiap kaedah

babywearing 

mempunyai jumlah penggunaan tenaga yang berbeza.

Selain itu, berat beban yang jauh daripada pusat graviti badan boleh mengubah kecekapan dan seterusnya akan

menyebabkan berlakunya peningkatan dalam penggunaan

tenaga. Ini berlaku apabila beban luar dibawa jauh dari

 pusat graviti badan, seperti di pergelangan kaki atau di

tangan (Kamon & Belding, 1971; Robertson 1982; Fran-

cis & Hobler, 1986; Legg & Mahanty, 1986). Kajian

terdahulu mengenai jumlah penggunaan tenaga untuk

kaedah pengangkutan beban yang berbeza telah

menunjukkan bahawa teknik yang paling ekonomi untuk

mengurangkan penggunaan tenaga adalah dengan mele-

takkan beban dekat trunk   (Abe, Yanagawa & Niihata,

2004). Ia telah menunjukkan bahawa apabila beban (jenis

 beg galas, double packs, trunk jackets) yang dibawa dekatdengan trunk , kadar metabolisme kasar adalah berkadar

terus dengan beban (Goldman & Iampietro, 1962; Legget. al, 1985;. Soule et. al, 1978). Melalui penggunaan

kaedah FIA, beban luaran sentiasa bergerak daripada

 pusat graviti badan memandangkan tiada alat sokongan

untuk memastikan patung bayi tidak bergerak ketika ber-

 jalan dengan menggunakan kaedah ini. Oleh itu, pening-

katan jumlah penggunaan tenagayang tinggi berlaku ketika menggunakan kaedah

FIA. Ini kerana jika beban dibawa sama ada dengan

menggunakan kumpulan otot-otot kecil (lengan) atau di

kaki (tangan, kaki), maka kadar metabolisme kasar adalah

lebih besar apabila diberikan mana-mana beban dan kela- juan (Datta & Ramanathan, 1971; Legg 1985; Soule et. al,

1969). Untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan

meningkatkan kestabilan, beban perlu diletakkan seham-

 pir mungkin kepada pusat graviti badan. Adalah di-

cadangkan bahawa berat beban tidak diangkat dengan

menggunakan kumpulan otot yang kecil, tetapi dilakukan

di sekitar pinggang atau dalam beg galas (Soule et. al,

1969; Robertson 1982; Legg et. al, 1985). Oleh itu, jum-

lah penggunaan tenaga boleh meningkatkan akibat keleti-

han otot (Epstein, Rosenblum, Burstein & Sawka, 1988).

Keletihan otot boleh menghadkan jumlah beban yang

 boleh dibawa dan ia juga akan menyebabkan rasa tidak

selesa di bahagian tertentu. Dalam kajian ini, subjek dida-

 pati mempunyai rasa yang tidak selesa di bahagian tangan

apabila menjalankan ujian berjalan sejauh 1.6 km sambil

mengendong patung bayi dengan menggunakan kaedah

FIA.

Dalam kajian ini, objektif kajian juga adalah

mengenai perbezaan penggunaan kaedah babywearing

(FWCC dan FIA)  terhadap penggunaan tenaga. Melalui

analisis data yang telah diperolehi, hasil keputusan per-

 bezaan min (M) penggunaan tenaga antara setiap kaedahbabywearing menunjukkan tidak terdapat perbezaan yangsignifikan antara setiap kaedah babywearing (FWCC dan

FIA) terhadap penggunaan tenaga. Kesemua analisis

inferensi yang dijalankan terhadap kesemua ujian men-

yokong hipotesis nul.

Berdasarkan keputusan analisis tersebut, penye-

lidik berpendapat bahawa tidak terdapat perbezaan yangsignifikan antara setiap kaedah babywearing (FWCC dan

FIA) terhadap penggunaan tenaga kerana jumlah per-

 bezaan yang terlalu kecil antara setiap kaedah babywear-

ing. Namun, walaupun tidak terdapat perbezaan yangsignifikan antara setiap kaedah babywearing (FWCC dan

FIA) terhadap penggunaan tenaga, hasil analisis untuk

Kaedah babywear-

ing 

Min (M) Sisihan piawai

(SD)FWCC 15.90 2.51

FIA 16.09 2.47

13

Page 4: Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Pengunaan Tenaga

7/16/2019 Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Pengunaan Tenaga

http://slidepdf.com/reader/full/perbezaan-penggunaan-kaedah-babywearing-terhadap-pengunaan-tenaga 4/4

Shamierul Afieda Md Ghani et al. Perbezaan Penggunaan Kaedah Babywearing Terhadap Penggunaan Tenaga 

min (M) dan sisihan piawai (SD) telah menunjukkan

 berlakunya peningkatan jumlah penggunaan tenaga untuk

setiap kaedah babywearing yang digunakan.Satu kajian yang membandingkan jumlah peng-

gunaan tenaga apabila mengendong bayi secara in arm 

dan mengendong bayi menggunakan sling  mendapati

 penggunaan tenaga telah dikurangkan dengan penggunaansling (Wall-Scheffler, Geiger & Steudel-Numbers, 2007).Disebabkan oleh penggunaan tenaga yang tinggi apabila

mengendong bayi secara in arm, baby carrier   dicipta

untuk membantu babywearer  mengurangkan penggunaan

tenaga ketika mengendong bayi mereka. Oleh itu, terbukti

 bahawa penggunaan kaedah babywearing  yang berbeza

mempunyai jumlah penggunaan tenaga yang berbeza.

Selain itu, kajian yang telah dilakukan ke atas

 pelbagai jenis kaedah pengangkutan beban mendapati

 bahawa biasanya jumlah penggunaan tenaga semasa

membawa beban di tangan, lengan dan kaki adalah lebih

tinggi berbanding daripada membawa beban yang dile-

takkan hampir rapat dengan trunk   (Soule et. al, 1969;Legg, 1985; Abe et. al, 2004). Oleh itu, membawa beban

sekitar pinggang cenderung untuk menggunakan jumlah

 penggunaan tenaga yang paling rendah bagi beban yang

diberikan, kerana ini mengoptimumkan kestabilan. Kajian

ke atas kaedah membawa stretcher-carrying yang berbeza

telah mendapati bahawa memindahkan beban pengusung

dari tangan dan meletakkan beban di bahu atau di pinggul

mengurangkan jumlah penggunaan tenaga (Lind &

McNicol, 1968;. Knapik, Harper, Crowell, Leiter, Mull,

2000). Contohnya, dalam satu kajian ketenteraan yang

membawa kotak peluru 30 kg ke dada mendapati jumlah penggunaan tenaga adalah lebih rendah apabila membawa

kotak dengan menggunakan kedua-dua tangan berbandingmembawa kotak dengan hanya menggunakan satu tangan

sahaja (Legg, 1985). Penggunaan kaedah FIA di dalam

kajian ini mempunyai jumlah penggunaan tenaga yang

tinggi memandangkan subjek hanyak menggunakan sebe-lah tangan sahaja untuk mengendong patung bayi mana-

kala kaedah FWCC dan FSSC mempunyai kain sebagai

sokongan semasa mengendong patung bayi.

Oleh itu, penggunaan tenaga meningkat dengan

 pertambahan berat beban. Selain itu, kaedah babywearing 

 juga mempunyai pengaruh yang agak besar ke atas jumlah penggunaan tenaga, seperti yang ditunjukkan apabila

subjek yang sama mempunyai jumlah penggunaan tenaga

yang berbeza apabila mengendong patung bayi denganmenggunakan kaedah babywearing yang berbeza.

Berdasarkan kajian ini, hasil kajian mendapati

 penggunaan kaedah FWCC menggunakan jumlah peng-gunaan tenaga yang paling rendah di ikuti dengan kaedah

FSSC. Kaedah FIA  pula merupakan kaedah babywearing 

yang menggunakan jumlah penggunaan tenaga yang pal-

ing tinggi. Oleh itu, berdasarkan hasil kajian ini penye-

lidik berpendapat bahawa penggunaan kaedah  FWCC 

adalah kaedah yang paling sesuai untuk digunakan oleh

golongan ibu bapa untuk mengendong anak-anak mereka

untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang tinggi bagi

mengelakkan keletihan yang cepat.

Kesimpulan Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, keputusan ujian

telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara

 penggunaan kaedah babywearing yang berbeza (FWCC

dan FIA) terhadap penggunaan tenaga. Dengan kata lain,

 jumlah penggunaan tenaga bagi kaedah FWCC dan FIA

tidak menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Namun begitu, hasil analisis inferensi juga menunjukkan

 peningkatan tenaga berlaku apabila subjek menggunakan

kaedah babywearing yang berbeza. Keputusan analisis

menunjukkan kaedah babywearing menggunakan FWCCmenggunakan tenaga yang paling rendah dan kaedah FIAmerupakan kaedah yang menggunakan tenaga paling

tinggi. Secara ringkasnya, keputusan ujian telah

menunjukkan bahawa kaedah babywearing mempunyai

 pengaruh yang agak besar ke atas jumlah penggunaan

tenaga.

PenghargaanPenghargaan kepada Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia

yang menaja penyelidikan ini di bawah Skim Geran

Penyelidikan Fundamental (FRGS): FRGS 2013-2, vot

4F259; Bebe Sachi Malaysia, Snugg Studio Malaysia dan

Universiti Teknologi Malaysia dalam menjayakan kajianini.

Rujukan1.  Abe D, Yanagawa K, Niihata S (2004) Effects of load

carriage, load position, and walking speed on energy cost ofwalking. Applied Ergonomic 35:329–335

2.  Datta SR, Ramanathan NL (1971) Ergonomic comparison of

seven modes of carrying loads on the horizontal plane.Ergonomics 14:269–278

3.  Francis K, Hoobler T (1986). Changes in oxygen consump-

tion associated with treadmill walking and running with lighthand-carried weights. Ergonomics 29:999-1004

4.  Givoni B, Goldman RF (1971) Predicting metabolic energy

cost. J Appl Physiol 30:429 - 433

5. 

Goldman RF, Iampietro PF (1962) Energy cost of loadcarriage. Journal of Applied Physiology, 17:675–676

6.  Goldman RF, Iampietro PF (1962) Energy cost of loadcarriage. Journal of Applied Physiology 17:675–676

7.  Kamon E, Belding H (1971) The physiological cost of

carrying loads in temperate and hot environments. HumanFactor, 13:153 - 161

8.  Keren G, Epstein Y, Magazanik A, Sohar E (1981) The

energy cost of walking and running with and without a backpack load. European Journal of Applied Physiology,

46:317--324

9.  Knapik, J.J., Harper, W., Crowell, H.P., Leiter, K., Mull, B.,(2000). Standard and alternative methods of stretcher

carriage: performance, human factors, and cardiorespiratory

responses. Ergonomics 43, 639e652.10.  Legg SJ, Mahanty A (1985). Comparison of five modes of

carrying a load close to the trunk. Ergonomics 28:1653–1660

11. 

Pandolf K.B, Givoni B, Goldman R.F (1977) Predictingenergy expenditure with loads while standing or walking

very slowly. Journal of Applied Physiology, 43:577—581.

12.  Robertson R (1982). Differentiated perceptions of exertionand energy cost of young women while carrying loads.

European Journal of Applied Physiology, 49:69-7813.  Soule R. G, Goldman RF (1969). Energy cost of loads carried

on the head, hands or feet. Journal of Applied Physiology,

27:687—69014.  Soule RG, Pandolf KB, Goldman RF (1978) Energy expendi-

ture of heavy load carriage. Ergonomics 21:373–381

15.  Wall-Scheffler, C.M., Geiger, K., Steudel-Numbers, K.L.,(2007). Infant carrying: the role of increased locomotory

costs in early tool development. American journal of

Physiological Anthropology, 133, 841-846.

Shamierul Afieda Md Ghani

Universiti Teknologi Malaysia.Email: [email protected] 

14