perbezaan di antara sekolah bestari dan sekolah harian biasa

Upload: veera-kunasegaran

Post on 03-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Perbezaan Di Antara Sekolah Bestari Dan Sekolah Harian Biasa

    1/4

    PERBEZAAN ANTARA SEKOLAH YANG SEDIAADA DAN SEKOLAH BESTARI

    Sepertimana yang telah diketahui, sekolah sedia ada dan Sekolah Bestari mempunyai

    beberapa perbezaan yang nyata. Didapati semua murid berupaya belajar mengikut

    kebolehan, keperluan dan gaya pembelajaran masing-masing. Pedagogi yang terdiri daripada

    pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran, mengambil kira perbezaan

    individu dari segi gaya pembelajaran dan kecergasan pelbagai. Ini bermakna strategi dan

    kaedah yang berbeza digunakan untuk merangsang pemikiran secara kritis dan kreatif.

    Guru juga akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan dengan mengambil kira

    keperluan dan kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid. Pembelajaran

    berpusatkan guru berubah kepada yang berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai

    fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara berterusan. Kurikulum di Sekolah

    Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulumnya dirancang supaya bermakna, mempunyai

    tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ini

    seterusnya, menggalakkan pembelajaran holistik yakni membenarkan kanak-kanak maju

    mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan

    keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak-kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara

    kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni serta digalakkan untuk meningkatkan

    kefasihan berbahasa.

    Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk pelajar mencapai

    perkembangan yang seimbang. Ia cuba untuk membantu pelajar mencapai perkembangan yang

    seimbang; menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul;

    menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang

    berbeza; menawarkan pembelajaran multi disiplinari,bertema dan berterusan; serta memupuk

    pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam era teknologi maklumat.

  • 7/28/2019 Perbezaan Di Antara Sekolah Bestari Dan Sekolah Harian Biasa

    2/4

    Persekitaran sekolah perlulah kondusif agar dapat menggalakkan murid

    mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Teknologi bertindak sebagai medium utama yakni komponen terpenting dalam konsep

    sekolah bestari. Perkakasan yang merangkumi komponen utama adalah seperti komputer,

    peralatan siding video, audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian yang mengandungi

    spreadsheet, perisian penjaringan, email, pelayaran internet, alat pengarang turut

    digunakan.

    Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran turut digunakan di Sekolah Bestari.

    Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan

    rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat,

    memproses maklumat. memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk

    ensiklopedia elektronik; belajar dari courseware elektronik dan komunikasi elektronik.

    Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi

    sebahagian daripada kursus pengajaran dan pembelajaran.

    Guru-guru turut diberikan latihan sepenuhnya. Latihan bagi guru-guru amat penting.Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru

    menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak

    selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam

    perkaedahan dan peranan guru.

    Dari aspek pentaksiran pula, didapati pentaksiran murid dilaksanakan secara

    berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran. Pentaksiran boleh

    dilaksanakan di dalam bilik darjah (on site) ataupun secara dalam talian (on line). Namun

    pentaksiran secara talian hanya terhad kepada sekolah yang mempunyai komputer yang

    dirangkaikan (network) dan aplikasi sistem pengurusan pentaksiran. Fokus pentaksiran ialah

    untuk mendapatkan maklumat kemajuan pelajar tentang sesuatu matapelajaran untuk

  • 7/28/2019 Perbezaan Di Antara Sekolah Bestari Dan Sekolah Harian Biasa

    3/4

    memudahkan sesuatu tindakan susulan. Elemen pentaksiran meliputi kesediaan,

    peningkatan, pencapaian, minat dan tingkahlaku murid. Sistem pentaksiran yang fleksibel

    ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja pada aras yang

    berlainan dalam matapelajaran yang sama, selain membenarkan pelajar terus ke aras yang

    lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila-bila masa. Dengan cara ini, pelajar

    kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.

    Pengetua atau guru besar akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong

    oleh sekumpulan tenaga pengajar yang berkaliber dan professional. Penggunaan teknologi

    maklumat sebagai medium utama akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan

    pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan

    menyampaikan hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu

    meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki akses bagi

    semua yang berkenaan. Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir

    akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan

    berkesan. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih mudah

    didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil kira

    dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan

    sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar.

    Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan

    tepat tentang prestasi pelajar.

    Tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi berbanding

    dengan sekolah yang sediaada. Ini bermakna ibu bapa akan terlibat dalam menentukan

    program pembelajaran anak-anak mereka serta membantu guru-guru dalam pelaksanaan

    aktiviti-aktiviti dalam dan luar darjah. Contohnya, aktiviti lawatan sambil belajar.

    Sesungguhnya, teknologi penjaringan akan memudahkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat

    dalam program-program sekolah dan seterusnya, menjadikan mereka rakan kongsi yang

    berkesan dalam pendidikan anak-anak mereka.

  • 7/28/2019 Perbezaan Di Antara Sekolah Bestari Dan Sekolah Harian Biasa

    4/4

    Bibliografi

    http://www.slideshare.net/-sekolahbestari

    http://www.moe.edu.my/btp/

    http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/sekolah-bestari-konsep-dan-matlamat.html

    Panduan Pembestarian Sekolah (Ogos, 2004), Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

    http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/sekolah-bestari-konsep-dan-matlamat.htmlhttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/sekolah-bestari-konsep-dan-matlamat.html