perbezaan antara personaliti

1
PERSONALITI WATAK Perbezaan antara personaliti, watak dan trait Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang dapat dibezakan. Personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Daripada huraian tadi jelas diketahui bahawa watak itu hanya merupakan sebahagian daripada personaliti. Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak biasanya merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormat-menghormati dan sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara yang ditentukan oleh sesuatu masyarakat. Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang dinyatakan, trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, tenang, cemas, tanggungjawab, terbuka, mudah mesra dan sebagainya. Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilai personaliti seseorang. Personaliti merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz badan dan juga unsur-unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara dia bertingkah laku, bercakap dan bertindak balas. Sebaliknya watak lebih merupakan suatu penilaian seseorang individu yang ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat atau alam sekitar.

Upload: unknown

Post on 09-Apr-2016

244 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Perbezaan Antara Personaliti

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Antara Personaliti

PERSONALITI

WATAK

Perbezaan antara personaliti, watak dan trait

Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang dapat dibezakan. Personaliti merujuk

kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah

laku seseorang individu. Daripada huraian tadi jelas diketahui bahawa watak itu hanya

merupakan sebahagian daripada personaliti.

Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli

masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak biasanya

merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormat-menghormati dan

sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara yang ditentukan oleh sesuatu

masyarakat.

Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang dinyatakan,

trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, tenang, cemas, tanggungjawab, terbuka, mudah

mesra dan sebagainya.

Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilai personaliti seseorang. Personaliti

merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz badan dan juga unsur-

unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara dia bertingkah laku, bercakap

dan bertindak balas. Sebaliknya watak lebih merupakan suatu penilaian seseorang individu yang

ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat atau alam sekitar.