perbezaan amalan

2
PERBEZAAN AMALAN, PENDEKATAN DAN PROSES AMALAN Amalan boleh didefinasikan sebagai satu bentuk penerusan dalam sesuatu profesi secara aktif atau juga keadaan melakukan sesuatu atau proses secara berulang-ulang (Merriam-Webster). Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sebagai suatu kebiasaan. Manakala pendapat lain pula menyatakan amalan adalah aplikasi sebenar atau penggunaan sesuatu idea, kepercayaan atau metod yang disandarkan kepada teori sesuatu aplikasi atau kegunaan (Cambridge Dictionary Online, 2015) Amalan Kaunseling Menurut Society of Counseling Psychology ( American Psychological Association Division 17,2015 ) amalan kaunseling adalah melibatkan amalan sensitif budaya dan luas yang membantu manusia untuk meningkatkan kesejahteraan diri, mengurangkan distress dan ketidakbolehsuaian diri, penyelesaian krisis dan meningkatkan kebolehkan untuk berfungsi dengan lebih baik dalam kehidupan mereka. Amalan kaunseling juga dimaksudkan dengan bekerja dengan orang ramai sebagai kaunselor profesional yang menawarkan perkhidmatan kaunseling termasuk dan tidak terbatas kepada perkara-perkara seperti kaunseling, aktiviti penilaian, konsultasi, aktiviti 'referral' atau merujuk kepada orang yang lebih pakar dan juga aktiviti penyelidikan (NC General Statutes - Chapter 90 Article 24 ) . PENDEKATAN Pendekatan membawa maksud cara untuk mengendalikan seseorang atau sesuatu. Dengan kata lain, pendekatan juga bermaksud untuk mendekati dari segi kemunculan, kualiti atau keadaan (Cambridge Dictionary Online, 2015). Pendapat lain menyatakan bahawa pendekatan adalah cara untuk menyelesaikan masalah, pekerjaan dan lain-lain (Merriam-Webster). Kamud Dewan Edisi Keempat pula menjelaskan pendekatan sebagai cara atau langkah yg diambil untuk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dan lain-lain. Pendekatan juga adalah cara pemikiran yang khusus dan pengendalian tentang sesuatu perkara (MacMillan Dictionary, 2015). Dalam kaunseling, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan bagi menangani isu dengan klien seperti pendekatan humanistik, psikoanalitik, kognitif

Upload: noraimi-aainaa

Post on 29-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

amalan dan proses kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: PERBEZAAN AMALAN

PERBEZAAN AMALAN, PENDEKATAN DAN PROSES

AMALAN

Amalan boleh didefinasikan sebagai satu bentuk penerusan dalam sesuatu profesi secara aktif atau juga keadaan melakukan sesuatu atau proses secara berulang-ulang (Merriam-Webster). Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sebagai suatu kebiasaan. Manakala pendapat lain pula menyatakan amalan adalah aplikasi sebenar atau penggunaan sesuatu idea, kepercayaan atau metod yang disandarkan kepada teori sesuatu aplikasi atau kegunaan (Cambridge Dictionary Online, 2015)

Amalan Kaunseling

Menurut Society of Counseling Psychology ( American Psychological Association Division 17,2015 ) amalan kaunseling adalah melibatkan amalan sensitif budaya dan luas yang membantu manusia untuk meningkatkan kesejahteraan diri, mengurangkan distress dan ketidakbolehsuaian diri, penyelesaian krisis dan meningkatkan kebolehkan untuk berfungsi dengan lebih baik dalam kehidupan mereka.

Amalan kaunseling juga dimaksudkan dengan bekerja dengan orang ramai sebagai kaunselor profesional yang menawarkan perkhidmatan kaunseling termasuk dan tidak terbatas kepada perkara-perkara seperti kaunseling, aktiviti penilaian, konsultasi, aktiviti 'referral' atau merujuk kepada orang yang lebih pakar dan juga aktiviti penyelidikan (NC General Statutes - Chapter 90 Article 24 ) .

PENDEKATAN

Pendekatan membawa maksud cara untuk mengendalikan seseorang atau sesuatu. Dengan kata lain, pendekatan juga bermaksud untuk mendekati dari segi kemunculan, kualiti atau keadaan (Cambridge Dictionary Online, 2015). Pendapat lain menyatakan bahawa pendekatan adalah cara untuk menyelesaikan masalah, pekerjaan dan lain-lain (Merriam-Webster). Kamud Dewan Edisi Keempat pula menjelaskan pendekatan sebagai cara atau langkah yg diambil untuk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dan lain-lain. Pendekatan juga adalah cara pemikiran yang khusus dan pengendalian tentang sesuatu perkara (MacMillan Dictionary, 2015).

Dalam kaunseling, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan bagi menangani isu dengan klien seperti pendekatan humanistik, psikoanalitik, kognitif

Page 2: PERBEZAAN AMALAN

PROSES

Proses kaunseling adalah sesuatu yang bersifat bersambung dan dalam model berulang di mana kaunselor dan klien bersama-sama menetapkan matlamat, membina plan tindakan dan mengakses perkembangan ke arah pencapaian matlamat.

MODEL MIZAN DAN HALIMATUN