perbahasan ala parlimen

Upload: myroon96

Post on 04-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Perbahasan Ala Parlimen

    1/3

    Perbahasan ala parlimen(kemajuan industri sukan)

    Sukan merupakan satu aktiviti sosial yang semakin popular dalam kehidupan masyarakat

    Malaysia.Ahli-ahli sukan Malaysia telah mencapai prestasi yang cermerlanghususnya dalam

    permainan seperti badminton, sepak raga, dan sebagainya.

    Sebenarnya,sukan dapat dimajukan sebagai satu induatri yang boleh memberi sumbangan yang

    besar dalam bidang sosioekonomi Malaysia.Perhatian kerajaan terhadap bidang sukan sehingga

    menggubal satu Dasar Sukan Negara jelas menunjukkan usaha kerajaan menjadikan bidang sukan

    sebagai penggerak sosioekonomi negara ini.Dalam masyarakat moden hari ini, sukan selain tujuan

    asas membina kesihatan tubuh badan, mental,dan moral, dapat digunakan ke arah memupuk

    perpaduan kaum dikalangan masyarakat yang berbagai-bagai etnik.Perpaduan kaum dapat dipupuk

    melalui akativi-aktiviti sukan yang melibatkan berbagai-bagai kaum seperti bola

    sepak,badminton,dan aktiviti-aktiviti sukan yang lain.

    Dari segi sosial juga kegiatan sukan boleh memupuk dan melahirkan masyarakat yang lebih

    berdisiplin, bersatu padu, dan produktif bagi seseoarang ataupun anggota masyarakat. Hasrat

    demikian dapat dicapai kerana setiap permainan sukan mempunyai peraturan tersendiri yang harus

    dipatuhi oleh setiap pemain. Semangat kerjasama dan kecerdasan sentiasa diperlukan untuk

    mencapai prestasi cemerlang dalam bidang sukan.

    Dari segi ekonomi pula, kemajuan sukan juga memungkinkan ia menjadi satu sumber pendapatan

    bagi rakyat tempatan. Misalnya,dalam siri pertandingan bola sepak semipro di Malaysia, lebiha

    banyak peluang pekerjaan telah diwujudkan seperti pakar perubatan, pengurus pasukan, jurulatih,

    dan seumpamanya. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang meminati bidang sukan dan seterusnya

    mengambil jurusan Pendidikan Jasmani di pusat-pusat pengajian seperti KPLI. Setelah tamat belajar

    mereka terus akan diserapkan sebagai guru-guru sukan di sekolah-sekolah. Jadi masa depan anak-

    anak kita lebih terjamin dengan wujudnya pelbagai kerjaya dalam bidang sukan.

    Di samping itu, perkembangan pesat dalam bidang sukan turut membuka peluang melahirkan

    pekerja yang mahir dan bertaraf profesional. Ini termasuklah mereka cipta alat-alat sukan,

    merancang, dan membina padang permainan, stadium, dan kompleks-kompleks sukan. Jelaslah

    bahawa kegiatan sukan bukan hanya sebagai kegiatan untuk menjaga kesihatan dan kecergasan

    semata-mata, malah merupakan jentera penting bagi pembangunan negara.

    Pembinaan kawasan riadah, gelanggang, dan kompleks sukan bukan sahaja di kawasan bandar

    malah di kawasan luar bandar juga memainkan peranan yang penting dari segi pembangunan dan

    pengembangan wilayah di samping menyediakan peluang dan sumber pendapatan kepada peniaga,

    usahawan, dan golongan profesional.

  • 7/30/2019 Perbahasan Ala Parlimen

    2/3

    konklusinya, sukan memang dapat dimajukan sebagai satu industri dalam dunia moden ini.Di

    samping berfungsi sebagai alat perpaduan masyarakat, sukan juga memberikan sumbangan yang

    besar di dalam bidang sosioekonomi di Malaysia. Peningkatan penyertaan masyarakat dan piahk

    kerajaan mahupun swasta adalah penting jika ingin mengecapi segala sumbangan kegiatan sukan.

    SEKIAN...

    perbahasan ala parlimen(kecemerlangan akademik)

    Kemahiran akademik bukan lagi jadi sandaran.Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduansebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri. Ini memberi amarankepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutankecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.

    Persoalannya??

    Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlanganakademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan. Persoalannya, mengapa masih adatidak mahu membuka minda dan menyalahkan semua pihak lainjika menganggur melainkandiri sendiri? Sudah tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik

    dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai

    kemahiran serta modal insan dan budaya keusahawan harus ditanam.

    Universiti atau mahasiswa itu sendiri haruslah sentiasa bersiap sedia menghadapi fenomena

    perubahan kebolehan pasaran yang semakin ditekankan majikan. Konteks pembelajaran hari ini

    juga bukan lagi statik sebaliknya merangkumi semua aspek seperti elektronik pembelajaran (E-

    learning), pengajaran dan kemahiran modal insan.

    Mahasiswa hari ini bukan saja memerlukan ilmu, tetapi kemahiran bagi memenuhi permintaankebolehan pasaran yang sudah menjangkau tahap global. Justeru, tiba masanya universiti

    menjadi institusi bukan saja berpengaruh kepada masyarakat, malah mampu menukar minda

    warganya mengeluarkan graduan yang memenuhi permintaan negara

    Gandingan universiti dan akademik perlu diseimbangkan dan bukan semata-mata melahirkan

    graduan ulat buku, tetapi tidak tahu hidup bermasyarakat atau kurang nilai di pasaran ekonomi.

    Ia berkait rapat dengan mahasiswa yang dianggap anti sosial bagi akulah.

    Sama ada institusi awam atau swasta perlu berganding dan bekerjasama bagi menjayakanmatlamat pembangunan negara. Gabungan ini merangkumi ilmu, kemahiran dan modal insan.

    Semuanya perlu dikuasai supaya mampu menjadi pelaburan pendidikan dan negara.Menjelang 2012, sektor pendidikan tinggi negara bakal memasuki fasa kedua Pelan Strategik

    Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi empat fasa iaitu

    Peletakan Asas (2007-2010), Peningkatan dan Pemerkasaan (2011- 2015), Kecemerlangan

    (2016) dan Kegemilangan dan Kelestarian ( melangkaui 2020).

    Pelan Tindakan ini memberi tumpuan pada pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan

    rakyat kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis.

    Tiga kelemahan mahasiswa di institusi pengajian tinggi

    1. Kemahiran komunikasi yang lemah,

    2. Sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat3. Pemikiran kurang kritikal.

  • 7/30/2019 Perbahasan Ala Parlimen

    3/3

    Kelemahan ini perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang dikeluarkan mempunyai nilai

    idea baru, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat membantu masyarakat

    dalam penjanaan negara pada masa depan.

    Mahasiswa asset negara yang tak ternilai.

    Mahasiswa hari ini adalah aset terpenting universiti dan negara selain menjadi penentu kejayaan.Kepentingan itu tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata namun turut

    menyumbang kekuatan modal insan atau bakat. Ia kerana, mereka (aku) bakal-bakal penerajunegara kita dan juga menjadi ikon kepada masyarakat setempat.Ia bertujuan melestarikan pembangunan negara pada masa depan yang tidak boleh hanya

    bergantung ada hasil bumi semata-mata, tapi kekuatan masyarakatnya. Kelemahan sedia ada

    perlu dicari penyelesaiannya supaya mereka menjadi generasi baru lebih mantap, berkualiti,

    berdaya saing serta jati diri kukuh.

    Jadinya, memang ada yang demand dengan gaji disebabkan itu ada ramai graduan kita

    berpindah ke luar negara, ataupun semasa belajar di luar negara seperti blogger yang masih

    belajar di luar negara Ariffshah, PascaSPM, JeoGrimJeo dan sewaktu dengannyaberkemungkinan besar mendapat tawaran bekerja di negara sana yang lebih tinggi gaji dan

    income per kapita.

    Bak kata pepatah, Hujan Emas, di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negara

    kita yang kaya dengan hasil pribumi dan juga menjadi kebanggaan anak tempatan.

    NOTA TAMBAHAN.

    Tujuh Teras Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian

    * Meluaskan akses dan meningkatkan kualiti tinggi.

    * Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran.

    * Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi.* Memperkasa institusi pengajian tinggi.

    * Mempergiatkan pengantarabangsaan.

    * Membudayakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

    *Mengukuhkan sistem penyampaian kementerian pengajian tinggi. *Membudayakan/Mewajibkan

    teras dalam keusahawanan dalam meningkatkan ekonomi negara.