peraturan uniform pelajar banin dan banat

5
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BARU PERATURAN PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR SMIH JB 1. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 1.1 Baju Pelajar Lelaki a) Baju hendaklah berwarna putih berlengan panjang. Baju daripada jenis kain berkilat tidak dibenarkan. b) Baju tidak boleh berlengan besar. c) Kocek saku hendaklah di sebelah kiri dada. d) Baju mesti berkolar. e) Baju hendaklah dimasukkan ke dalam sewaktu sekolah, dalam perjalanan ke sekolah atau balik dari sekolah. f) Butang baju hendaklah sentiasa dikancing. g) Semua pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher pada setiap hari persekolahan. 1.2 Baju Pelajar Lelaki Islam Pada Hari Jumaat a) Baju Melayu putih cekak musang sepasang atau baju Melayu cekak musang dan seluar berwarna putih kain bukan dari jenis jeans atau sutera, baju dimasukkan ke dalam kain sampin. b) Kain sampin warna kunng berjalur biru dan merah. (boleh dibeli di koperasi sekolah) 1.3 Seluar , tali leher dan tali pinggang pelajar lelaki a) Semua pelajar lelaki dari tingkatan satu hingga tingkatan lima dikehendaki berseluar panjang berwarna beige. b) Semua pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher sepanjang sesi persekolahan. c) Seluar hendaklah potongan biasa dan tidak berfesyen. Seluar juga hendaklah tidak terlalu ketat. d) Panjang atau labuh seluar hendaklah menutup sepenuhnya nkedua- dua buku lali kaki manakala buka lilitan kaki seluar panjang ialah 16 18 (40 cm 45 cm). ”– e) Seluar sekolah tidak boleh diperbuat daripada kain jenis “jeans” atau yang sejenis dengannya. f) Saku/kocek bahagian belakang seluar mestlah dari jenis bertebuk (bukan bertampal). g) Butang-butang logam tidak dibenarkan. h) Hanya tali pinggang jenis nylon/polister/PVC/kulit, besar tidak melebihi 3 cm dan berkepala (buckle) plat dari koper dibenarkan dipakai di sekolah (TIDAK BERMOTIF GAMBAR). Tali pinggang mesti berwarna hitam dan tiada sebarang logam pada bahagian tali. i) Pelajar juga dikehendaki sentiasa memakai tanda nama sepanjang waktu persekolahan. 1.4 Baju Pelajar Perempuan

Upload: siti-suhailah-tasmon

Post on 16-Apr-2015

49 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Uniform Pelajar Banin Dan Banat

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BARU

PERATURAN PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR SMIH JB

1. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

1.1 Baju Pelajar Lelaki

a) Baju hendaklah berwarna putih berlengan panjang. Baju daripada jenis kain berkilat tidak dibenarkan.

b) Baju tidak boleh berlengan besar.c) Kocek saku hendaklah di sebelah kiri dada.d) Baju mesti berkolar.e) Baju hendaklah dimasukkan ke dalam sewaktu sekolah, dalam perjalanan ke

sekolah atau balik dari sekolah.f) Butang baju hendaklah sentiasa dikancing.g) Semua pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher pada setiap hari

persekolahan.

1.2 Baju Pelajar Lelaki Islam Pada Hari Jumaat

a) Baju Melayu putih cekak musang sepasang atau baju Melayu cekak musang dan seluar berwarna putih kain bukan dari jenis jeans atau sutera, baju dimasukkan ke dalam kain sampin.

b) Kain sampin warna kunng berjalur biru dan merah. (boleh dibeli di koperasi sekolah)

1.3 Seluar , tali leher dan tali pinggang pelajar lelaki

a) Semua pelajar lelaki dari tingkatan satu hingga tingkatan lima dikehendaki berseluar panjang berwarna beige.

b) Semua pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher sepanjang sesi persekolahan.

c) Seluar hendaklah potongan biasa dan tidak berfesyen. Seluar juga hendaklah tidak terlalu ketat.

d) Panjang atau labuh seluar hendaklah menutup sepenuhnya nkedua-dua buku lali kaki manakala buka lilitan kaki seluar panjang ialah 16” – 18” (40 cm – 45 cm).

e) Seluar sekolah tidak boleh diperbuat daripada kain jenis “jeans” atau yang sejenis dengannya.

f) Saku/kocek bahagian belakang seluar mestlah dari jenis bertebuk (bukan bertampal).

g) Butang-butang logam tidak dibenarkan.h) Hanya tali pinggang jenis nylon/polister/PVC/kulit, besar – tidak melebihi 3 cm

dan berkepala (buckle) plat dari koper dibenarkan dipakai di sekolah (TIDAK BERMOTIF GAMBAR). Tali pinggang mesti berwarna hitam dan tiada sebarang logam pada bahagian tali.

i) Pelajar juga dikehendaki sentiasa memakai tanda nama sepanjang waktu persekolahan.

Page 2: Peraturan Uniform Pelajar Banin Dan Banat

1.4 Baju Pelajar Perempuan

a) Baju kurung berpesak yang berwarna kuning langsat.b) Lengan baju hendaklah mempunya “cuff”.c) Bersarung kain lipat beralun berwarna beige.d) Jenis kain yang digunakan untuk pakaian pelajar hendaklah dari jenis

cotton(jenis berkilat tidak dibenarkan)e) Baju kurung Johor hendaklah berkancing di leher. Kancing baju hendaklah

kecil dan berwarna putih.f) Labuh baju hendaklah 2” – 3” di paras lutut.g) Kain hendaklah menutup buku lali.h) Pelajar perempuan diwajibkan memakai tudung labuh (sekurang-kurangnya 5”

di bawah pinggang dan tidak pendek dari siku di bahagian sisi), berwarna putih tanpa berbunga atau berenda sepanjang waktu persekolahan (tidak dibenarkabn memakai purdah).

i) Serkup/anak tudung berwarna putih atau hitam dan tidak berhias.j) Pelajar perempuan dikehendaki memakai kain dalam yang labuh dan simis

(singlet wanita).

1.5 Kasut dan Stokin

a) Semua pelajar mesti memakai kasut berwarna hitam sama ada yang diperbuat daripada kulit, kain kanvas atau PVC dan tdak mempunyai label yang berwarna atau garisan.

b) Kasut “high-cut”, dan juga kasut sukan berwarna selain dari warna hitam, tidak dibenarkan.

c) Semua pelajar mesti memakai stokin berwarna hitam dan panjang melebihi buku lali.

d) Stoking mestilah menutup penuh kedua-dua buku lali.

1.6 Pakain Tambahan & Barang Kemas

a) Semua pelajar sama ada lelaki atau perempuan tidak dibenarkan memakai semua barang perhiasan seperti rantai leher, cincin, dan gelang.

b) Para pelajar juga dilarang membawa alat tulis yang bernlai lebih daripada RM 20 kecuali mesin kira-kira elektronik.

c) Hanya subang /kerongsang yang kecil berukuran 5 cm berwarna putih/hitam/biru dibenarkan bagi pelajar-pelajar perempuan sahaja.

d) Tali jam tangan hendaklah tidak berfesyen dan diperbuat daripada kulit/PVC/logam selain emas dan perak.

e) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap(sunglass) atau berbentuk luar biasa.

f) Pelajar lelaki hanya dibenarkan memakai songkok berwarna hitam atau biru tua sahaja.

Page 3: Peraturan Uniform Pelajar Banin Dan Banat

2. PAKAIAN PENGAWAS, PRS, SARJAN DAN STAF SARJAN

2.1 Pengawas lelaki dikehendaki berseluar warna beige tua, berbaju lengan panjang warna beige muda dan bertali leher merah pulasan dan songkok hitam atau biru tua.

2.2 Pengawas perempuan dikehendaki memakai baju kurung berpesak dan berlengan “cuff”, warna beige muda dan bersarung kain ombak beralun warna beige tua dan bertudung warna beige muda, tanpa berbunga dan berenda merah.

2.3 PRS lelaki dikehendaki berseluar warna beige tua, berbaju lengan panjang warna beige muda dan bertali leher biru muda.

2.4 PRS perempuan dikehendaki memakai baju kurung berpesak, berlengan “cuff”, warna beige muda bersarung kain ombak beralun warna beige tua dan bertudung warna beige muda, tanpa berbunga dan berenda biru muda.

2.5 Sarjan dan Staf Sarjan lelaki dikehendaki berseluar warna beige tua, berbaju lengan panjang warna putih dan bertali leher hijau tua.

2.6 Sarjan dan Staf Sarjan perempuan dikehendaki memakai baju kurung berpesak, berlengan “cuff”, warna beige muda bersarung kain ombak beralun warna beige tua dan bertudung warna beige muda, tanpa berbunga dan berenda hijau tua.

2.7 Semua Pengawas, PRS, Sarjan dan Staf Sarjan hendaklah berstokin hitam dan berkasut hitam dari jenis PVC atau kulit.

3. PAKAIAN SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI

3.1 Semua pelajar yang tidak ada surat akaun doktor diwajibkan mengambil bahagian dalam Pendidikan Jasmani.

3.2 Semua pelajar lelaki dikehendaki memakai seluar track panjang berwarna gelap dan t-shirt pasukan rumah sukan/t-shirt KRS/ t-shirt Sekolah/t-shirt putih kosong berkolar tanpa sebarang lambang.

3.3 Semua pelajar perempuan dikehendaki memakai seluar track panjang berwarna gelap dan t-shirt pasukan rumah/t-shirt KRS/t-shirt Sekolah/ t-shirt putih kosong tanpa sebarang lambang berserta tudung.

3.4 Kasut sukan sebarang warna dari jenis kanvas, PVC atau kulit hanya dibenarkan dipakai semasa latihan sukan atau mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

4. PAKAIAN KELAS TAMBAHAN DAN KOKURIKULUM

4.1 Para pelajar diwajibkan memakai pakaian kemas dan berkasut untuk kelas tambahan.

4.2 Para pelajar diwajibkan memakai pakaian kokurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk akativiti kokurikulum.

4.3 Bagi aktiviti KRS, ahli-ahli berkenaan diwajibkan berpakaian seragam seperti yang telah ditetapkan oleh badan-badan berkenaan.

5. RUPA DIRI

Page 4: Peraturan Uniform Pelajar Banin Dan Banat

5.1 Rambut pelajar lelaki

a) Tebal rambut bahagian atas kepala tidak melebihi 4cm.

b) Tebal rambut bahagian tepi (kiri kanan) kepala tidak melebihi 4 cm.

c) Tebal rambut bahagian belakang kepala tidak melebihi 3 cm.

d) Rambut di depan tidak melebihi separuh paras dahi.

e) Rambut di tepi tidak menutup kedua-dua belah telinga atau sebahagian

daripadanya dan ‘sideburn’ tidak melebihi tengah hidung.

f) Rambut di belakang mestilah nipis dan tidak melebihi garisan di bawah

cuping dua telinga.

g) Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti ‘punk’, diwarnakan,

berekor terjuntai di hadapan serta memakai jel dengan tujuan fesyen

dan potongan lain yang diiktiraf sebagai fesyen.

h) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyimpan misaim atau janggut atau

kedua-duanya sekali.

i) Pelajar dilarang bersikat di dalam kelas.

5.2 Rambut pelajar perempuan

a. Rambut yang panjang hendaklah diikat atau ditocang kemass dengan

getah atau reben berwarna gelap.

b. Tidak dibenarkan menggunakan jel.

c. Alat perhiassan kepala yang dibenarkan ialah klip atau cekak berwarna

gelap.

d. Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti ‘punk’, diwarna,

dinaikkan, terjuntai dihadapan serta memakai ‘jelly’ dengan tujuan

fesyen.

e. Pelajar dilarang bersikat rambut di dalam kelas.

f.

5.3 Persolekan

a) Pelajar dilarang bersolek dan memakai alat solek ke sekolah.

b) Pelajar dibenarkan membawa sikat yang panjangnya tidak melebihi 12

cm dan apabila diletakkan di dalam kocek di belakang, sikat itu tidak

kelihatan.

c) Sikat yang tajam pemegangnya dilarang dibawa ke sekolah.

Page 5: Peraturan Uniform Pelajar Banin Dan Banat

5.4 Kuku

a) Semua pelajar tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang.

b) Kuku hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, pendek, dan tidak

diwarnakan dengan sebarang jenis varnish atau inai.

5.5 Kebersihan wajah dan badan.

a) Setiap pelajar mestilah berwajah kemas dan rambut disikat rapi.

b) Wajah dan perwatakan mestilah memperlihatkan sebagai seorang

pelajar muslim.

c) Semua pelajar dilarang dari mengenakan tatu (gambar atau tulisan)

pada mana-mana bahagian tubuh badan.

6. PAKAIAN PELAJAR HARI SELASA MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN.

6.1 Para pelajar lelaki wajib memakai pakaian rasmi sekolah iaitu baju batik biru tua

dan bersekuar hitam bukan dari kain jenis ‘jeans’

6.2 Para pelajar perempuan diwajibkan memakai baju batik biru tua.

7. PAKAIAN PELAJAR HARI RABU MINGGU KEDUA SETIAP BULAN.

7.1 Para pelajar lelaki dan perempuan wajib memakai uniform KRS iaitu baju nombor

4 atau T-Shirt KRS lengan panjang hijau tua dan berseluar sukan hitam.