peraturan pertandingan - sepak takraw

3
PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW 1.0. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Sepak Takraw Asia (ASTAF) yang berkuatkuasa ketika ini. 2.0. TARIKH PERTANDINGAN 2.1. Tarikh: 8 April 2013 – Lelaki 15 9 April 2013 – Lelaki 18 3.0. TEMPAT PERTANDINGAN 3.1. Tempat: SMK Teja Putra 4.0. PENDAFTARAN PESERTA 4.1. Setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan mendaftar seramai 8 orang pemain sahaja atau 2 regu. (1 regu untuk L18 dan satu regu untuk L15) 4.2. Pendaftaran Pemain atau Peserta mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Rasmi yang disediakan oleh Pihak Pengelola beserta salinan kad pengenalan pemain/peserta yang telah disahkan. Borang tersebut hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum pertandingan bermula.. 4.3. Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftar di dalam Borang Pendaftaran Pemain. 4.4. Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu yang akan bertanding hendaklah menyerah senarai regu atau barisan pemain termasuk pemain simpanan kepada pengadil rasmi bertugas dengan menggunakan borang yang disediakan. 4.5. Seorang pemain hanya boleh bermain bagi satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan. 5.0. SISTEM PERTANDINGAN DAN PEMBERIAN MATA 5.1. Pertandingan akan diadakan seperti berikut 5.1.1. Sistem liga satu pusingan 2 kumpulan (Pusingan Awal) 5.1.1.1. Menang - (3) tiga mata

Upload: anisbaiduri

Post on 18-Dec-2015

271 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

peraturanj

TRANSCRIPT

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

1.0. UNDANG-UNDANG PERMAINAN1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Sepak Takraw Asia (ASTAF) yang berkuatkuasa ketika ini.2.0. TARIKH PERTANDINGAN

2.1. Tarikh: 8 April 2013 Lelaki 15

9 April 2013 Lelaki 183.0. TEMPAT PERTANDINGAN

3.1. Tempat: SMK Teja Putra4.0. PENDAFTARAN PESERTA

4.1. Setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan mendaftar seramai 8 orang pemain sahaja atau 2 regu. (1 regu untuk L18 dan satu regu untuk L15)4.2. Pendaftaran Pemain atau Peserta mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Rasmi yang disediakan oleh Pihak Pengelola beserta salinan kad pengenalan pemain/peserta yang telah disahkan. Borang tersebut hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum pertandingan bermula..

4.3. Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftar di dalam Borang Pendaftaran Pemain.4.4. Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu yang akan bertanding hendaklah menyerah senarai regu atau barisan pemain termasuk pemain simpanan kepada pengadil rasmi bertugas dengan menggunakan borang yang disediakan.

4.5. Seorang pemain hanya boleh bermain bagi satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.5.0. SISTEM PERTANDINGAN DAN PEMBERIAN MATA

5.1. Pertandingan akan diadakan seperti berikut

5.1.1. Sistem liga satu pusingan 2 kumpulan (Pusingan Awal)

5.1.1.1. Menang

- (3) tiga mata

5.1.1.2. Seri

- (1) satu mata

5.1.1.3. Kalah

- (0) kosong mata

KUMPULAN 1ABC

AXX

BX

C

KUMPULAN 2DEF

DXX

EX

F

5.1.2. Kalah Mati 5.1.2.1. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke peringkat Kalah Mati, kedudukan pasukan akan ditentukan melalui undi.

1

2

3

4

6.0. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

6.1. Semua pasukan dilarang untuk menarik diri dalam pertandingan ini. Sekiranya berlaku, semua keputusan perlawanan sebelum ini akan terbatal dan pasukan akan dikenakan tindakan tatatertib yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

7.0. PEGAWAI PERTANDINGAN

7.1. Jawatankuasa Pengelola bertanggungjawab melantik pegawai pertandingan.8.0. KAWALAN KESELAMATAN DAN KELAKUAN

8.1. Semua pasukan yang mengambil bahagian adalah bertanggungjawab atas kelakuan para pegawai, pemain dan penyokong.

9.0. JAWATANKUASA TATATERTIB/JURI RAYUAN

9.1. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu mengenai disiplin pemain dan pegawai serta sebarang kes yang berkaitan dengan perjalanan kejohanan ini.

10.0. BANTAHAN

10.1. Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan hendaklah diterima dalam tempoh 1 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan dan disertai dengan RM 20.00 yang akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya.

10.2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

11.0. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

11.1. Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini, akan diputuskan oleh Jawatnkuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan itu adalah muktamad.

PAGE