peraturan pertandingan badminton tertutup

6
PERATURAN KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 2015 1.0 Undang – Undang Kejohanan 1.1 Pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan – peraturan BAM. 2.0 Kategori 2.1 Beregu lelaki dan perempuan 3.0 Sistem Kejohanan 3.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah-keluar(kalah mati). 3.2 Tiada perlawanan yang diadakan pada pasangan yang kalah pada peringkat separuh akhir , kedua dua pemain/ pasangan tersebut adalah pemenang bersama. 3.3 Jika pasangan yang sama telah menang kedua – dua perlawanan. Pasangan tersebut akan dianggap pemenang dan akan mara ke perlawanan seterusnya. 3.4 Permainan dimainkan dengan 30 mata tanpa dius sehingga suku akhir.

Upload: rizza-rashed

Post on 02-Oct-2015

110 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh peraturan

TRANSCRIPT

PERATURAN KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUPJABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN20151.0 Undang Undang Kejohanan

1.1 Pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan peraturan BAM.

2.0 Kategori

2.1 Beregu lelaki dan perempuan

3.0 Sistem Kejohanan

3.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah-keluar(kalah mati).3.2 Tiada perlawanan yang diadakan pada pasangan yang kalah pada peringkat separuh akhir , kedua dua pemain/ pasangan tersebut adalah pemenang bersama.3.3 Jika pasangan yang sama telah menang kedua dua perlawanan. Pasangan tersebut akan dianggap pemenang dan akan mara ke perlawanan seterusnya.3.4 Permainan dimainkan dengan 30 mata tanpa dius sehingga suku akhir. 3.4 Permainan dimainkan satu set penuh (best of 3) termasuk rubber game. Masa 2 MINIT diberi untuk rehat semasa rubber game apabila masuk separuh Akhir.3.5 Mata Penamat bagi setiap set adalah 21 mata dan mata dius dikira pada kiraan 20 - 20. Jika masih seri kemenangan kepada bergu yang memperoleh mata ke-30.

4.0 Borang Penyertaan

4.1 Borang penyertaan perlu diserahkan kepada pihak penganjur selewat lewatnya tiga hari sebelum perlawanan sebenar.4.2 Pendaftaran melalui telefon, TIDAK akan dilayan.4.3 Borang penyertaan yang tidak lengkap atau salah diisikan atau lewat tidak akan diterima.

5.0 Pakaian

5.1 Memakai pakaian yang bersesuaian dengan sukan badminton.5.2 Pakaian pemain yang mempunyai iklan/ cap jenama yang bilangannya tidak melebihi tiga dan berukuran tidak melebihan 20cm persegi setiap satunya kecuali iklan / cap jenama penaja kejohanan ini. 5.3 Pakaian tanpa lengan tidak dibenarkan semasa pertandingan.

6.0 Bulu Tangkis

6.1 Bulu Tangkis akan disediakan oleh pihak pengajur.

7.0 Penangguhan

7.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan mengikut jadual yang ditetapkan oleh penganjur. Permohonan untuk penangguhan, kecuali atas sebab-sebab dibawah tidak akan dilayan. 7.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan/kekejangan otot (cramp) semasa perlawanan berlangsung, akan diberi masa lima minit untuk mendapat rawatan dan tiada masa lebih akan diberi.7.3 Jika mana mana permain yang cedera tidak dapat meneruskan Permainan maka beregu tersebut dikira kalah.

8.0 Pengundian

8.1 Setiap pasangan beregu perlu menghantar wakil untuk cabutan undi.8.2 Jika kedua dua tidak dapat menghadirkan diri, kedudukan dalam jadual akan ditentukan oleh pihak penganjur.8.3 Cabutan undi akan dilakukan pada 5 Mac 2015 ( Khamis) bertempat di Kafeteria pada pukul 5.00 petang.

9.0 Hadiah

9.1 Hadiah disediakan untuk Johan , Naib Johan dan tempat ketiga bersama.

10.0 Bantahan

10.1 Bantahan boleh dilakukan 30 minit selepas perlawanan ditamatkan dengan menyertakan wang pertaruhan RM 100.00.10.2 Jika keputusan memihak kepada pihak yang penganjur, maka wang pertaruhan tersebut tidak akan dikembalikan. 11.0 Juri Rayuan

11.1 Jawatankuasa Rayuan terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Pengerusi Teknik dan dua wakil beregu yang berkecuali.

12.0 Hal hal lain12.1 Penggantian / pertukaran pemain tidak akan dilayan walaupun dengan sebarang sebab setelah tarikh tutup penerimaan boring penyertaan yang ditetapkan.12.2 Pemain pemain boleh menyediakan hakim garis mereka sendiri atau menerima hakim garis yang ditetapkan oleh pengajur.12.3 Pemain pemain perlu melaporkan diri kepada referi terhormat 10 minit sebelum perlawanan mereka yang dijadualkan.12.4 Pemain perlu membawa salinan kad pengenalan atau salinan kad matrik untuk membuktikan kesahihan identiti mereka.12.5 Pemain pemain dikehendaki hadir menepati masa untuk perlawanan mereka serta merta apabila perlawanan diumumkan. Jika mereka gagal memasuki gelanggang selepas tamatnya 5 minit pengumuman perlawanan dimulakan, mereka dianggap kalah tanpa bertanding.12.6 Pemain pemain dibenarkan minum air semasa perlawanan mereka berlangsung dengan syaratnya mereka telah meminta izin daripada pengadil perlawanan pada ketika itu.12.7 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kejadian yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pertandingan.