peraturan dan undang

15
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH KEBANGSAAN LELAKI BANDAR 86000 KLUANG, JOHOR Falsafah Sekolah Proses pendidikan Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Kluang adalah untuk membimbing dan mendidik murid- murid agar memperoleh kecemerlangan intelek, jasmani, emosi dan rohani serta potensi untuk menjadi insan yang mulia. Matlamat Sekolah Kecemerlangan Budaya Kerja Mewujudkan kecemerlangan budaya kerja dan budaya didik yang mempunyai ciri-ciri positif, kreatif, inisiatif, inovatif, kemas, teliti, menepati masa, profesional dan hasilan yang cemerlang. Kecemerlangan Kurikulum Mewujudkan kecemerlangan kurikulum yang mempunyai cirri-ciri kecemerlangan UPSR, lemah sifar, membaca dan mengira, penggunaan teknologi pendidikan serta kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan Kokurikulum Mewujudkan kecemerlangan kokurikulum yang mempunyai ciri-ciri pengurusan profesional, sentiasa menjalankan aktiviti untuk mengembangkan potensi anak didik bagi mencapai ( 1 ) kecemerlangan dalam penglibatan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kecemerlangan Iklim Sekolah Mewujudkan keceriaan bilik-bilik darjah, bilik- bilik pembelajaran, pejabat, perpustakaan, bilik guru, bilik sumber, bilik gerakan, kantin, tandas, dan persekitaran sekolah. Undang-Undang Sekolah Sekolah merupakan sebuah institusi masyarakat. Dalam masyarakat sekolah inilah murid-murid disemaikan,dipupuk dan disuburkan dengan nilai- nilai murni bagi pembentukan sikap dan peribadi serta pertubuhan fizikal yang sempurna. Beberapa peraturan dan undang-undang perlu diwujudkan di sekolah bagi menjamin kesejahteraan individu dalam masyarakat sekolah ini. Peraturan dan undang-undang ini perlu dipatuhi bagi menjamin

Upload: hazrixx9715

Post on 15-Dec-2015

308 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

disiplin

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Dan Undang

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANGSEKOLAH KEBANGSAAN LELAKI BANDAR

86000 KLUANG, JOHOR

Falsafah Sekolah

Proses pendidikan Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Kluang adalah untuk membimbing dan mendidik murid-murid agar memperoleh kecemerlangan intelek, jasmani, emosi dan rohani serta potensi untuk menjadi insan yang mulia.

Matlamat Sekolah

Kecemerlangan Budaya KerjaMewujudkan kecemerlangan budaya kerja dan budaya didik yang mempunyai ciri-ciri positif, kreatif, inisiatif, inovatif, kemas, teliti, menepati masa, profesional dan hasilan yang cemerlang.

Kecemerlangan KurikulumMewujudkan kecemerlangan kurikulum yang mempunyai cirri-ciri kecemerlangan UPSR, lemah sifar, membaca dan mengira, penggunaan teknologi pendidikan serta kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

Kecemerlangan KokurikulumMewujudkan kecemerlangan kokurikulum yang mempunyai ciri-ciri pengurusan profesional, sentiasa menjalankan aktiviti untuk mengembangkan potensi anak didik bagi mencapai

( 1 )

kecemerlangan dalam penglibatan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Kecemerlangan Iklim SekolahMewujudkan keceriaan bilik-bilik darjah, bilik-bilik pembelajaran, pejabat, perpustakaan, bilik guru, bilik sumber, bilik gerakan, kantin, tandas, dan persekitaran sekolah.

Undang-Undang Sekolah

Sekolah merupakan sebuah institusi masyarakat. Dalam masyarakat sekolah inilah murid-murid disemaikan,dipupuk dan disuburkan dengan nilai-nilai murni bagi pembentukan sikap dan peribadi serta pertubuhan fizikal yang sempurna.

Beberapa peraturan dan undang-undang perlu diwujudkan di sekolah bagi menjamin kesejahteraan individu dalam masyarakat sekolah ini. Peraturan dan undang-undang ini perlu dipatuhi bagi menjamin kesejahteraan diri, masyarakat sekolah, bangsa dan negara.

( 2 )

Page 2: Peraturan Dan Undang

BAHAGIAN APANDUAN DISIPLIN SEKOLAH

Definisi Disiplin

Disiplin ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang memberikan latihan pada pemikiran dan kelakuan agar individu boleh mengawal diri untuk sentiasa berkelakuan baik, disamping sedia mematuhi hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan atau undang-undang.

1. Matlamat

Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu dan prestasi pelajaran murid dari semasa ke semasa.Menambah serta memupuk minat dan semangat untuk belajar bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan murid.Melahirkan generasi terpelajar yang bertanggungjawab serta bersatu padu dan setia kepada negara.Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama.Melahirkan insan yang kamil.Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah.

( 3 )

2 Objektif

1.1 Meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang kurikulum.

1.2 Meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang ko-kurikulum.

1.3 Meningkatkan mutu disiplin murid-murid.1.4 Melahirkan murid-murid yang berwibawa

serta memiliki sifat-sifat kepimpinan.1.5 Mewujudkan persekitaran sekolah yang

bersih, indah dan ceria.

BAHAGIAN BPAKAIAN DAN SAHSIAH MURID

1. Pakaian Seragam Sekolah

1.1 Murid dikehendaki memakai seluar panjang berwarna biru gelap. Sekiranya bertali pinggang, pastikan ia berwarna gelap, tidak terlalu lebar dan tidak mempunyai kepala yang besar atau bertuas.

1.2 Baju putih berlengan pendek hendaklah dipakai dengan sempurna iaitu memasukkan kaki baju ke dalam bahagian atas seluar.

1.3 Murid dikehendaki memakai kasut kanvas (bukan kulit) berwarna putih serta

( 4 )

dipadankan dengan stokin berwarna putih juga.

Page 3: Peraturan Dan Undang

1.4 Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai pada hari persekolahan, hari peperiksaan, kelas tambahan, lawatan dan majlis-majlis rasmi sekolah.

2. Pendidikan Jasmani / Sukan

2.1 Sewaktu menjalani pendidikan jasmani dan latihan sukan, murid-murid dikehendaki memakai baju ‘ T ‘ berwarna putih dan seluar ‘trek’ berwarna gelap. Baju ‘T’ yang ranggi, berwarna warni atau bertulis dengan kata-kata yang tidak sesuai adalah DILARANG SAMA SEKALI.

3. Lencana Sekolah / Tanda Nama

3.1 Murid-murid dikehendaki memakai rencana sekolah dan tanda nama (teg nama) yang disematkan di bahagian dada kiri pakaian seragam sekolah, pada hari-hari persekolahan, hari-hari peperiksaan, lawatan, kegiatan persatuan, badan beruniform dan majlis-majlis rasmi sekolah.

( 5 )

4. Rambut dan Kuku

4.1 Murid tidak dibenarkan berambut panjang iaitu sehingga bahagian belakang mencecah kolar baju dan bahagian tepi mencecah cuping telinga.

4.2 Murid dikehendaki menjaga rambut supaya sentiasa bersih, dan disisir dengan kemas.

4.3 Murid-murid dilarang mewarnakan rambut atau menyimpan fesyen rambut yang aneh seperti ‘punk’ dan sebagainya.

4.4 Murid juga dilarang menyimpan kuku panjang.

BAHAGIAN CTATA KELAKUAN

1. Dalam Bilik Darjah

Semua murid dikehendaki berada di dalam bilik darjah pada setiap masa belajar dengan keadaan senyap dan bersopan.Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru.Murid-murid hendaklah memastikan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan bilik darjah untuk rehat, ke balai bacaan, ke makmal, ke bilik komputer, ke bilik tayang atau balik.

( 6 )

Murid-murid yang mendapati dirinya kurang sihat boleh memberitahu guru untuk berehat di bilik sakit, balik ke rumah atau ke hospital.

Page 4: Peraturan Dan Undang

Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas untuk ke tandas secara berkumpulan atau berteman.Perhimpunan – Murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah apabila loceng pertama dibunyikan sebelum masuk ke kelas untuk pelajaran pertama. Murid-murid juga dikehendaki berbuat demikian apabila loceng akhir dibunyikan sebelum balik.

2. Dalam Kawasan Sekolah

Murid-murid dikehendaki sentiasa berada dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan.Murid-murid tidak dibenarkan keluar meninggalkan kawasan sekolah kecualidengan izin guru besar atau wakilnya.Murid-murid tidak dibenarkan berlari-lari, membuat bising sewaktu pergi ke kantin, ke tempat perhimpunan, ke tandas, ke perpustakaan, ke bilik tayang, ke bilik komputer dan ketempat-tempat lain dalam kawasan sekolah.Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru besar, bilik penolong kanan,pejabat, setor

( 7 ) sukan, bilik SPBT, bilik sumber, bilik komputer dan bilik-bilik larangan yang lain kecuali atas arahan atau dengan izin guru.

3. Perpustakaan

Murid-murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah ketika memasuki perpustakaan.Murid-murid dilarang bermain, berbual-bual atau berbuat bising di dalam perpustakaan.Pinjaman dan pemulangan buku-buku perpustakaan hendaklah mengikut peraturan-peraturan perpustakaan.Murid-murid digalakkan menggunakan perpustakaan dengan sebaik-baiknya.Program nilam boleh dilaksanakan di perpustakaan.

4. Waktu Rehat

Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali dengan izin guru.Murid-murid yang tidak ke kantin hendaklah berada di pondok-pondok bacaan, perpustakaan, atau tempat-tempat rehat yang lain.Murid-murid dilarang bermain, berkejar-kejaran pada waktu rehat kerana ini boleh menyebabkan murid letih dan berpeluh sehingga tidak boleh belajar.

( 8 )Murid-murid yang pergi ke kantin hendaklah makan dan minum di tempat duduk yang disediakan.Murid-murid hendaklah beratur ketika membeli makanan. Dilarang memotong ketika membeli makanan.Murid-murid dilarang makan dan minum sambil berdiri atau berjalan.Murid-murid dikehendaki berhenti makan atau minum sebaik sahaja loceng naik rehat berbunyi.Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman dari penjaja di luar kawasan sekolah.

Page 5: Peraturan Dan Undang

BAHAGIAN D

KEBERSIHAN

1. Bilik Darjah

Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik darjah.Satu jadual tugasan membersihkan bilik darjah hendaklah dipaparkan di dalam bilik darjah.Murid-murid yang bertugas dikehendaki membersihkan bilik darjah, papan hijau, membuang sampah dan mengemaskan susun atur meja dan bangku.

( 9 )

Murid-murid dilarang menconteng meja, kerusi , cermin tingkap, pintu dan dinding bilik darjah.

2. Kantin

Murid-murid dilarang membuang sampah atau sisa makanan di lantai atau di sepahkan di meja, sebaliknya buang segala sampah atau sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan.Pastikan murid-murid membasuh tangan di dalam singki dengan berhati-hati.Selepas makan, segala alatan makanan seperti pinggan, gelas, sudu dan sebagainya diletakkan di tempat yang disediakan oleh pengusaha kantin.

3. Tandas

Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan tandas.Murid-murid di larang membuang air besar atau air kecil merata-rata dalam tandas .Selepas membuang air besar atau air kecil, najis mestilah dibersihkan.Dilarang menconteng dinding bilik tandas.Apabila meninggalkan bilik tandas, pastikan pili air dan suis lampu ditutup.Pembaziran air dielakkan.

( 10 )

4. Kawasan Sekolah

Setiap murid adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah.Sampah-sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.Murid-murid dilarang membuang sampah seperti kertas, botol kosong, bungkusan makanan dan sebagainya dimerata tempat terutamanya di dalam longkang.Murid-murid juga ditegah mematahkan dahan-dahan pokok yang ditanam di kawasan sekolah.

BAHAGIAN EKESELAMATAN

1. Keselamatan Diri

Page 6: Peraturan Dan Undang

Murid-murid dilarang membawa senjata tajam seperti pisau yang boleh mengundang bahaya kepada diri dan murid yang lain.Murid-murid yang berbasikal ke sekolah hendaklah meletakkan basikal mereka di tempat basikal yang disediakan oleh sekolah dengan berkunci.Murid-murid dilarang membawa wang yang terlalu banyak atau barang kemas ke sekolah.Murid-murid dinasihati agar tidak meninggalkan wang atau barangan lain yang berharga di dalam

( 11 ) bilik darjah sewaktu tidak berada dalam bilik darjah

Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barangan murid yang disebabkan kecuaian atau tidak mematuhi arahan sekolah.Untuk perlindungan kemalangan, murid-murid diwajibkan mengambil insuran takaful.

2. Harta Benda Sekolah

Murid-murid adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan semua harta benda sekolah.Murid-murid yang didapati memecahkan cermin tingkap, sama ada disengajakan atau tidak akan dikehendaki menggantikannya.Murid-murid dilarang melakukan sesuatu yang merosakkan harta benda sekolah iaitu meja, kerusi, papan-papan notis,buku-buku perpustakaan, buku-buku SPBT, alatan Bantu mengajar dalam bilik darjah, pili-pili air, dan pelbagai alatan sukan.

Murid-murid juga dilarang melakukan sesuatu yang merosakkan harta benda awam yang diletakkan di premis sekolah seperti peti telefon, alat pemadam api, suis utama bekalan elektrik dan meter-meter bekalan air yang berada di dalamsekolah.Murid-murid tidak dibenarkan mengambil alatan sukan atau pendidikan jasmani kecuali dengan arahan dan izin guru.

( 12 )Alatan sukan dan pendidikan jasmani yang telah dipinjam hendaklah dipulangkan semula ke tempat simpanan asal dalam keadaan baik.Alatan sukan atau alatan pendidikan jasmani yang rosak sewaktu digunakan disebabkan oleh sesuatu yang tidak munasabah, adalah menjadi tanggungjawab kepada mereka yang berkenaan.Adalah menjadi tanggungjawab semua murid untuk mengadukan kepada guru jika terlihat sesiapa sahaja yang merosakkan harta benda sekolah.Murid yang menemui sesuatu benda atau barangan yang berharga, hendaklah menyerahkannya kepada guru.

BAHAGIAN FKEHADIRAN

1. Waktu Belajar

1.1 Persekolahan dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

1.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut:Hari Isnin hingga Khamis:

Page 7: Peraturan Dan Undang

Sesi pagi - 7.30 pagi -12.50 tengah hari

Sesi petang- 12.30 tengah hari- 6.20 petang

Hari Jumaat Sesi pagi - 7.30 pagi - 12.00 tengah hari

Sesi petang - 2.30 tengah hari-6.20 petang

( 13 )1.3 Pada hari Jumaat murid-murid dilarang

berada dalam kawasan sekolahdari pukul 12.10 tengah hari hingga pukul 2.00 petang.

1.4 Murid-murid dilarang datang lewat ke sekolah dan pihak sekolah akan memaklumkannya kepada ibu bapa/ penjaga murid.

1.5 Murid-murid yang tidak dapat hadir belajar disebabkan sakit atau hal-hal lain hendaklah memberitahu sekolah dengan bersurat.

1.6 Kelas-kelas tambahan, jika diadakan oleh seseorang guru, adalah wajib bagi murid-murid menghadirinya.

1.7 Ibu bapa / penjaga yang ingin membawa pulang anak/ jagaan mereka keranasesuatu hal peribadi, hendaklah mendapatkan izin daripada guru besardengan mengisikan maklumat yang dikehendaki oleh sekolah.

1.8 Ibu bapa/ penjaga dilarang membawa kenderaan masuk ke kawasan sekolah untuk menghantar atau mengambil anak/ jagaan mereka.

( 14 )

2. Perhimpunan

2.1 Perhimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin sebagaimana berikut:

Sesi pagi mulai pukul 7.20 pagi hingga 8.00pagi

Sesi petang mulai pukul 12.30 tengahari hingga

1.00tengahari

2.2 Setiap murid wajib menghadirkan diri dalam perhimpunan sekolah.

2.3 Apabila lonceng untuk perhimpunan dibunyikan murid-murid dikehendaki pergi ke tempat perhimpunan dengan segera.

2.4 Murid-murid yang lewat sampai hendaklah berada ditempat yang ditentukan oleh pengawas sehingga perhimpunan selesai.

2.5 Murid-murid dikehendaki menyanyikan Lagu Kebangsaan dan Lagu Bangsa Johor dengan penuh semangat.

Page 8: Peraturan Dan Undang

3. Kegiatan kurikulum

3.1 kegiatan kurikulum adalah sebahagian daripada pendidikan sekolah.

3.2 Murid-murid diwajibkan menghadirkan diri untuk kegiatan kurikulum iaitu sukan, persatuan dan kelab serta badan-badan beruniform.

3.3 Murid-murid digalakkan mengikuti lawatan kem-kem motivasi yang dianjurkan oleh sekolah

( 15 ) tetapi terlebih dahulu murid-murid dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga. 3.4 Sewaktu menjalani kegiatan kokurikulum,

murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian-pakaian yang telah ditetapkan untuk kegiatan tersebut.

4. Ponteng Sekolah

4.1 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang kenyataan adalah dianggap ponteng sekolah.

4.2 Ibu bapa / penjaga akan diberitahu secara bertulis apabila anak / jagaan mereka tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau 10 hari yang berselang seli.

4.3 Murid-murid boleh dikenakan tindakan buang sekolah setelah menerima tiga kali amaran bertulis dari pihak sekolah.

BAHAGIAN GYURAN SEKOLAH DAN PELBAGAI

1. Yuran Khas

Setiap murid diwajibkan menjelaskan yuran khas yang dikenakan oleh sekolah.Yuran khas hendaklah dijelaskan pada awal tahun dan selewat-lewatnya dalam bulan Mac.

( 16 ) Sekolah berhak meminda amaran untuk yuran khas dengan kebenaran pendaftar sekolah-sekolah negeri Johor.

Murid-murid yang pindah masuk dari sekolah lain hendaklah menunjukkan bukti yang yuran khas telah dijelaskan di sekolah asal. Sekolah berhak untuk meminta murid menjelaskan yuran tersebut sekiranya murid gagal berbuat demikian.

Yuran khas ini tidak akan dikembalikan sekiranya murid itu berpindah sekolah atau gagal meneruskan persekolahannya.

2. Insuran Takaful

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan murid-murid menyerti Skim Insuran Takaful ini.

Page 9: Peraturan Dan Undang

Caruman untuk skim ini hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari.Skim Insuran Takaful akan memberikan pampas an untuk rawatan ke hospital kerana kemalangan sahaja atau kematian sama ada yang disebabkan oleh sakit atau kemalangan.Semua tuntutan untuk skim insuran ini hendaklah dimajukan kepada Syarikat Takaful Malaysia melalui sekolah.

( 17 )3. PIBG dan Pelbagai

Sebarang bentuk derma kepada PIBG tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun ibu bapa /penjaga digalakkan menderma agar dapat sama-sama membantu perjalanan PIBG sekolah.Murid-murid akan diminta menjelaskan amaun yang munasabah untuk kegiatan persatuan, kelab, badan-badan beruniform dan kelas tambahan yang disertai oleh murid.

BAHAGIAN HPENGAWAS, KETUA DARJAH DAN PUSTAKAWAN

1. Pakaian

Pengawas hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang biasa serta bertali leher berwarna merah tua.Ketua darjah hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang biasa serta bertali leher berwarna merah muda.

Pustakawan hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang biasa serta bertali leher berwarna hijau.

( 18 )2. Tata Kelakuan

Pengawas, Ketua Darjah dan Pustakawan hendaklah menunjukkan sikap yang terpuji pada setiap masa untuk dicontohi oleh murid-murid lain.Pengawas, Ketua Darjah dan Pustakawan hendaklah sentiasa bersedia untuk membantu guru dan menjalankan tugasan yang diamanahkan.

BAHAGIAN IBERTUKAR SEKOLAH

1. Dokumen

Ibu bapa/ penjaga murid yang hendak menukarkan anaknya ke sekolah lain hendaklah datang sendiri ke sekolah untuk mendapatkan surat tukar sekolah.Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan yang segala yuran telah dijelaskan.Ibu pada / penjaga hendaklah memastikan yang mereka diberikan kad 001, buku kesihatan dan buku PKBS di samping surat tukar sekolah.

Page 10: Peraturan Dan Undang

( 19 )

2. Buku SPBT dan Perpustakaan

Sebelum bertukar murid juga dikehendaki memulangkan buku-buku teks SPBT yang dipinjamkan kepadanya.Murid juga dikehendaki memulangkan buku perpustakaan yang dipinjam.Surat tukar sekolah tidak akan diberikan selagi yuran tidak dijelaskan, buku teks SPBT dan buku perpustakaan tidak dipulangkan.

BAHAGIAN JRAWATAN DI HOSPITAL

1. Surat Pengenalan

Murid-murid yang perlukan rawatan di hospital hendaklah mendapatkan surat pengenalan dari pihak sekolah.Sekiranya murid itu diberikan cuti sakit atau dimasukkan ke wad, ibu bapa hendaklah memberitahu pihak sekolah dengan segera.

( 20 )

BAHAGIAN KKESALAHAN-KESALAHAN TATAKELAKUAN

1. Tingkah Laku Jenayah

Berjudi, bertaruh.Mencuri.Melawan /mengancam/ memukul/ mencederakan guru,kakitangan sekolah, pengawas, ketua darjah atau murid-murid lain.Memeras ugut/ membuli.Membawa senjata/ benda-benda yang boleh dijadikan senjata.Mencabul kehormatan.Menceroboh bilik-bilik khas, kedai buku, pejabat atau surau sekolah.Menunjuk perasaan/ mengganggu ketenteraman sekolah.

2. Tingkah laku Lucah

Membawa bahan lucah ke sekolah.Mengeluarkan katas-kata lucah/ menunjukkan perbuatan lucah.Melukis gambar/ menulis kata-kata lucah.Menulis dan menerima surat cinta.

( 21 )

Page 11: Peraturan Dan Undang

3. Tingkahlaku tidak mementingkan masa

Berkeliaran di kawasan sekolah sewaktu ada pelajaran di kelas.Datang lewat ke sekolah.Lewat hadir ke perhimpunan.

4. Tingkahlaku Kurang Sopan dan Biadap

Berkelakuan kasar terhadap guru/ Pengawas/ Ketua darjah/ murid lain.Tidak menghormati guru/pengawas/ ketua darjah.Berbahasa kesat.Menyimpan/ menghisap/ mengedar rokok.Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

5. Tingkahlaku Tidak jujur/ Menipu

Bercakap bohong / menipu guru, pengawas, ketua darjah dan kakitangan sekolah yang melibatkan harta benda, barangan atau kepercayaan.

6. Ponteng

Ponteng kelas, sekolah atau perhimpunan.Ponteng kegiatan kokurikulum.Ponteng ujian/ peperiksaan.

( 22)

BAHAGIAN LDENDA DAN HUKUMAN

1. Takrif Kesalahan

Mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam undang-undang sekolah adalah ditakrifkan sebagai kesalahan yang boleh dikenakan denda dan hukuman.Murid yang didapati melakukan sesuatu kesalahan akan diberi peluang untuk membela diri.Murid yang didapati sabit melakukan kesalahan akan dikenakan denda atau hukuman.

2. Prosedur Mengenakan Hukuman

Siasatan yang rapi akan dijalankan ke atas setiap aduan mengenai sesuatu salah laku yang dilakukan oleh murid.Setelah didapati sabit sesuatu kesalahan, murid yang melakukan salah laku akan diminta memberikan pengakuan secara bertulis tentang salah laku yang telah dilakukannya.Ibu bapa / penjaga akan dihubungi secara bertulis mengenai salah laku yang dilakukan oleh anak /jagaan mereka.Ibu bapa / penjaga diminta datang ke sekolah untuk membincangkan cara-cara mengatasi agar

( 23 )

salah laku yang sama tidak diulangi oleh anak jagaan mereka

Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid akan direkodkan dalam buku rekod salah laku murid dan dimajukan ke pengetahuan Pegawai Pelajaran Daerah.

Page 12: Peraturan Dan Undang

3. Bentuk Denda dan Hukuman

Murid yang melakukan kesalahan ringan akan diberikan amaran.Murid yang mengulangi kesalahan yang sama sebanyak tiga kali akan dikenakan sebatan.Murid yang melakukan kesalahan yang berat walaupun baru kali pertama, akan diberikan amaran dan dikenakan sebatan.Denda akan dikenakan ke atas murid-murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada secara sengaja atau tidak.Murid yang mengulangi perbuatan merosakkan harta benda sekolah sebanyak tiga kali akan dikenakan denda dan dimaklumkan kepada ibubapa atau penjaga.Hukuman sebat (merotan) akan dilakukan oleh Guru Besar atau guru yang diturunkan kuasa kepada mereka iaitu Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Guru Disiplin.Setiap hukuman sebat yang dijalankan ke atas murid akan disaksikan oleh seorang guru lain.

(24 )