perasmian penutupan seminar ar

4
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IPG KAMPUS KENINGAU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU. TARIKH : 2 OKTOBER 2014 MASA : 11 PAGI TEMPAT : DEWAN TSSK (Sebe!" #e$%b&&' Pe' &)&* IPGKK+ A,,&&"!&&%#!" -&' ,&&" ,e &*$e)& S%-&' *&-%)%' /&' -%"!%&#&' S&&" * )"&$ -&' Se&"&$ -&$&' #e M& %, Pe)&,"%&' Pe'!$! &' Se"%'&) Pe'/e%-%#&' T%'-&#&' IPG K&" !, Ke'%' &!. M& %, #%$& &#&' be)"!& ,ebe'$&) & % %&%$! ,eb&%# ,&*& & #e$%b&&' Y&' Be)* )"&$ P!&' R! %'&* M%#% I',$%$!$ Pe'-%-%#&' G!)! K&" !, Ke'%' &!. Se*!b!' &' %$! %*&# "& %, "e" *' #e) &,&"& &)& *&-%)%' & &) -& &$ : 1. Me"&$%#&' $ee3 ' b%"b%$ &$&! "e'!#&) " - #e &-& " - ,e'/& . 2. Te)!, be)&-& -% -&&" "& %, ,e*%' & &#*%) -&' *&'/& #e!&) ,e$e&* $e$& #e* )"&$ "e'%' &#&' "& %, .Me"%'%"&#&' ,eb&)&' e) e)&#&' ,e &' &' "& %, be) &&'. 4. P&)& *&-%)%' -%"%'$& !'$!# "e"e'!*#&' #e)!,% -% b&*& %&' *&-& &'. (Ketibaan VIP) P5 Me' !"!"#&' Ke$%b&&' Y&' Be)b&*& %& P!&' R! %'&* b%'$% M%#% Pe' &)&* I',$%$!$ Pe'-%-%#&'G!)! K&" !, Ke'%' &! -%%)%' % e* Y&' Be)!,&*& E' B&*&) " b%' M *- N ) T%"b&&' Pe' &)&* IPG K&" !, Ke'%' &! -&' & e',/&)&* "&,!# #e -&&" -e6&'. (N/&'/%&' & ! Ne &)&#!+ L5 B%,,"%&**%))&*"&'%))&*%" Y&' Be)b&*& %& P!&' R! %'&* b%'$% M%#% Pe' &)&* IPG K&" !, Ke'%' &! Y&' Be)!,&*& E'7%# B&*&) " b%' M *- N ) T%"b&&' Pe' &)&* IPG K&" !, Ke'%' &! Y&' Be)!,&*& E'7%# M&8&' b%' N &* Ke$!& J&b&$&' H& E Pe& &) #e$!&9#e$!& &b&$&' #e$!&9#e$!& !'%$ &)& e',/&)&* -&' /&' -%) e&$%* PISMP Se"e,$e) A"b%&' J&'!&)% 2011.

Upload: asanizan-tasim

Post on 07-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

AR

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN IPG KAMPUS KENINGAU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU.

TARIKH: 2 OKTOBER 2014MASA: 11 PAGITEMPAT: DEWAN TSSK

(Sebelum ketibaan Pengarah IPGKK)Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Salam hormat dan Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Berhormat Puan Rujinah Miki, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat :1. Mematikan telefon bimbit atau menukar mod kepada mod senyap.2. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis3. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.4. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.

(Ketibaan VIP)P= Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia, Puan Rujinah binti Miki, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, diiringi oleh Yang Berusaha, En Baharom bin Mohd Noor,Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, dan para pensyarah masuk ke dalam dewan.(Nyanyian lagu Negaraku)L= BissmillahhirrahmanirrahimYang Berbahagia, Puan Rujinah binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau, Yang Berusaha, Encik Baharom bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Yang Berusaha, Encik Mazlan bin Ngah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah dan yang dirai para pelatih PISMP Semester 8 Ambilan Januari 2011.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat datang ke ke Majlis Perasmian Penutupan Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau. Orang Jawa berdagang ke kota, Singgah di Acheh membeli gamat,Tangan dirafak, restu dipinta; Doa diamin moga selamat.P= Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan tunduk tazimnya menjemput dan mempersilakan saudara Mohd Husaini bin Abu Hassan untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.(Bacaan doa)Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohd Husaini bin Abu Hassan atas bacaan doa sebentar tadi.L= Hadirin sekalian,Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau. Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Saudari Siti Laila Amyrah selaku pengerusi Jawatankuasa Kerja Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan...Terima kasih diatas ucapan sebentar tadi. P= Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,Tak lengkap malam tanpa purnama,Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..Untuk itu, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Puan Rujinah binti Miki, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan seminar penyelidikan tindakan institut pendidikan guru kampus keningau. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan.(Ucapan Pengarah)______________________________________L= Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia, Puan Rujinah binti Miki, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau atas ucapannya sebentar tadi. P= Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para pembentang dan penilai. Oleh itu, majlis menjemput yang berbahagia Puan Rujinah binti Miki, pengarah IPG kampus keningau diiringi oleh yang berusaha encik baharom bin mohd noor, timbalan pengarah ipg kampus keningau untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil. Majlis mempersilakan. Majlis menjemput wakil pembentang daripada PISMP BM Kumpulan 1 untuk menerima sijil, dipersilakan. L: Seterusnya, majlis menjemput wakil daripada: L= PISMP BM 2 P= PISMP MATEMATIK L= PISMP PENDIDIKAN JASMANI P= PSIMP PENDIDIKAN SENI VISUAL L= PISMP SAINS P= PISMP TESLL= Seterusnya, majlis menjemput wakil daripada penilai pembentangan penyelidikan tindakan iaitu En Moktar Mokri untuk menerima sijil, dipersilakan. P= Seterusnya, majlis menjemput Saudari Siti Laila Amyrah , selaku pengerusi jawatankuasa kerja seminar penyelidikan tindakan ipg kampus keningau untuk menerima sijil penghargaan daripada puan pengarah. Majlis mempersilakan. L= Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada puan pengarah daripada saudari siti Laila Amyrah selaku pengerusi Jawatankuasa kerja seminar penyelidikan tindakan ipg kampus keningau. Terima kasih diucapkan atas penyampaian sijil dan cenderahati sebentar tadi. P= Tahniah diucapkan kepada semua para pelatih semester 8 ambilan januari 2011 kerana telah berjaya melaksanakan seminar penyelidikan tindakan. Diharapkan agar momentum kejayaan dan kecemerlangan saudara dan saudari akan berterusan hingga ke lapangan pendidikan kelak. L= Hadirin hadirat sekalian, Majlis kita pada pagi ini diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan Guru Malaysia.Para hadirin diminta berdiri.(Nyanyian Lagu)P= Dengan nyanyian lagu sebentar tadi, maka berakhirlah majlis perasmian penutupan seminar penyelidikan tindakan institut pendidikan guru kampus keningau. Kami memohon kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan dan kelemahan yang disedari ataupun tidak.Sekian Terima Kasih. L=Majlis mengumumkan keberangkatan Yang Berbahagia Puan Rujinah binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau, diiringi oleh Encik Baharom bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah dan para pensyarah untuk meninggalkan majlis.