jabatan perangkaan malaysia siaran akhbar …

6
EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1700, Khamis, 26 Julai 2018 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR LAPORAN SOSIOEKONOMI NEGERI 2017

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR …

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1700, Khamis, 26 Julai 2018

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA  

SIARAN AKHBAR

LAPORAN SOSIOEKONOMI NEGERI 2017

Page 2: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR …

PENGENALAN

Mulai tahun 2018, prestasi ekonomi mengikut negeri dipersembahkan dalam Laporan Sosioekonomi Negeri. Statistik ekonomi dan sosial yang meliputi data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Indeks Harga Pengguna, kependudukan, guna tenaga, pengangguran, taburan pendapatan dan maklumat-maklumat utama yang lain diterbitkan dalam 15 laporan yang merangkumi 13 negeri dan 2 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan). 

 

PRESTASI EKONOMI NEGERI 2017

Enam negeri menyumbang 71.2 peratus kepada KDNK nasional pada tahun 2017 berbanding 70.6 peratus pada tahun sebelumnya. Selangor mencatatkan sumbangan sebanyak 23.0 peratus diikuti oleh W.P. Kuala Lumpur (15.6%), Sarawak (9.7%), Johor (9.5%), Sabah (6.8%) dan Pulau Pinang (6.6%) seperti dipaparkan pada Carta 1.

Carta 1 : Pertumbuhan ekonomi dan peratus sumbangan mengikut negeri, 2017

 

Page 3: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR …

Pada tahun 2017, tujuh negeri mencatatkan pertumbuhan melebihi paras nasional (5.9%) iaitu Sabah (8.2%), Melaka (8.1%), Pahang (7.8%), W.P. Kuala Lumpur (7.4%), Selangor (7.1%), Johor (6.2%) dan W.P. Labuan (6.1%).

Selain itu, dua belas negeri mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Secara umumnya, prestasi menggalakkan dalam sektor Perkhidmatan, Pembuatan dan Pertanian telah memacu pertumbuhan bagi beberapa negeri di Malaysia, antaranya Pahang yang melonjak kepada 7.8 peratus (2016: 2.0%), Selangor 7.1 peratus (2016: 4.8%), Johor 6.2 peratus (2016: 5.7%), Perak 5.5 peratus (2016: 4.1%) dan Kelantan 5.0 peratus (2016: 4.8%). Selain daripada kombinasi sektor-sektor utama di negeri-negeri tersebut, prestasi memberangsangkan dalam sektor Pembinaan juga telah mempengaruhi lonjakan pertumbuhan bagi Melaka dengan mencatatkan 8.1 peratus berbanding 4.5 peratus pada tahun 2016, Terengganu 5.9 peratus (2016: 3.1%) dan Negeri Sembilan 4.9 peratus (2016: 3.5%). Manakala pertumbuhan ekonomi Kedah meningkat 5.0 peratus (2016: 3.2%) dipelopori oleh sektor Pertanian dan Perkhidmatan manakala W.P. Kuala Lumpur bertumbuh 7.4 peratus (2016: 5.9%) didorong terutamanya oleh sektor Perkhidmatan.

Pertumbuhan ekonomi Sabah dan Sarawak dipengaruhi oleh prestasi sektor berasaskan komoditi seperti Pertanian dan Perlombongan & Pengkuarian. Sabah merekodkan pertumbuhan 8.2 peratus (2016: 4.7%) manakala Sarawak bertumbuh lebih baik kepada 4.7 peratus (2016: 2.3%).

Pulau Pinang dan Perlis masing-masing bertumbuh 5.3 peratus (2016: 5.6%) dan 2.3 peratus (2016: 3.9%) berikutan prestasi lebih perlahan dalam sektor Perkhidmatan dan Pembinaan. Selain itu, W.P. Labuan meningkat 6.1 peratus berbanding 7.2 peratus pada tahun 2016.

 

KDNK PER KAPITA

KDNK per kapita di peringkat nasional meningkat daripada RM38,915 kepada RM42,228 pada tahun 2017 seperti yang ditunjukkan di Jadual 1. Enam negeri merekodkan KDNK per kapita melebihi paras nasional diterajui oleh W.P. Kuala Lumpur (RM111,321), diikuti W.P. Labuan (RM65,949), Pulau Pinang (RM49,873), Sarawak (RM49,327), Selangor (RM48,091) dan Melaka (RM46,015).

Jadual 1: KDNK per kapita mengikut negeri, 2016-2017 pada harga semasa - RM

Page 4: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR …

INDEKS HARGA PENGGUNA

Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 3.7 peratus pada tahun 2017 (2016: 2.1%). Desakan inflasi ini didorong oleh kenaikan indeks beberapa kumpulan utama di peringkat negeri. Pada tahun 2017, tujuh negeri merekodkan kadar inflasi melebihi paras nasional iaitu Johor dan Negeri Sembilan (4.2%), Melaka (4.1%) dan Pulau Pinang (4.0%) manakala Selangor, Kedah dan Perlis mencatatkan kenaikan yang sama iaitu 3.9 peratus seperti dipaparkan pada Carta 2. Secara umumnya, kadar inflasi dipengaruhi oleh peningkatan dalam kumpulan makanan & minuman bukan alkohol. Selain itu, kenaikan harga purata petrol RON95 kepada RM2.16 seliter berbanding RM1.76 seliter pada tahun 2016 turut mendorong kepada peningkatan inflasi kumpulan pengangkutan.

Carta 2 : Perubahan peratusan tahunan Indeks Harga Pengguna, 2017

 

Page 5: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR …

DEMOGRAFI

Malaysia merekodkan jumlah penduduk seramai 32.05 juta pada tahun 2017. Bilangan penduduk tertinggi dicatatkan oleh Selangor dengan jumlah penduduk 6.38 juta, yang merangkumi 19.9 peratus daripada penduduk Malaysia. Ini diikuti oleh Sabah dan Johor dengan bilangan penduduk masing-masing 3.87 juta dan 3.70 juta (Carta 3). Jumlah sumbangan bagi ketiga-tiga negeri tersebut adalah 43.5 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia.

Selain itu, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dicatatkan oleh Sarawak dengan 75.1 tahun bagi lelaki dan 78.6 tahun bagi perempuan manakala jangkaan hayat ketika lahir terendah dicatatkan oleh Terengganu dengan 68.8 tahun (lelaki) dan 74.6 tahun (perempuan).

Carta 3 : Statistik demografi bagi negeri terpilih, 2017

TENAGA BURUH

Tenaga buruh di Malaysia meningkat 2.0 peratus kepada hampir 15.0 juta orang pada tahun 2017 berbanding 14.7 juta orang pada tahun sebelumnya. Selangor merupakan negeri yang mempunyai bilangan penduduk bekerja tertinggi iaitu seramai 3.4 juta pekerja, diikuti oleh Sabah dan Johor dengan masing-masing merekodkan 1.8 juta pekerja dan 1.6 juta pekerja (Carta 4).

Carta 4: Statistik tenaga buruh bagi negeri terpilih, 2017

Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat 0.3 mata peratus kepada 68.0 peratus berbanding 67.7 peratus pada 2016. Di peringkat negeri, KPTB di Selangor meningkat kepada 75.7 peratus diikuti oleh W.P. Kuala Lumpur dengan 68.7 peratus.

Sementara itu, Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan 1.0 peratus. Antara negeri yang mencatatkan kadar pengangguran di bawah paras nasional (3.4%) adalah Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Dikeluarkan oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDINKETUA PERANGKAWAN MALAYSIAJABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

 DrUzir_Mahidin      Dr_Uzir

 

Page 6: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR …

26 Julai 2018 

Pegawai dihubungi:Ho Mei KeiPegawai Perhubungan AwamBahagian Komunikasi Strategik dan AntarabangsaJabatan Perangkaan MalaysiaTel : +603-8885 7942Faks : +603-8888 9248Emel : mkho[at]dosm.gov.my