bab 2 tingkatan 5 nasionalisme di malaysia sehingga perang dunia kedua

25
BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Upload: reza-dhika

Post on 14-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

BAB 2TINGKATAN 5

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA

PERANG DUNIA KEDUA

Page 2: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

SEBAB-SEBAB PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

JAJAHAN British mahu meluaskan jajahannya TERIKAT Kawasan taklukan akan terikat dengan

peraturannya NANING Contohnya,Naning dipaksa membayar ufti

kepadanya EKONOMI British berusaha mengeksploitasi ekonomi

tempatan PERJANJIAN Menandatangani perjanjian dengan pembesar

tempatan KUASAI Saudagar Negeri Selat menguasai perlombongan

dan perdagangan bijih timah PENTADBIRAN British memaksa pentadbiran barat kepada penduduk

tempatan CUKAI Pengenalan sistem cukai,undang-undang dan peraturan tanah

bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat

TERENGGANU Contohnya di Terengganu,tanah yang hendak dibuka mesti mendapat keizinan British dan dikenakan cukai

ADAT British mencampuri adat resam tempatan PERAK Di Perak,British melarang amalan gunakan orang suruhan PEMIMPIN Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh PENDUDUK Penduduk tertekan dengan pelaksanaan undang-

undang British SOKONG Mereka memberi sokongan kepada pembesar menentang

British

Page 3: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

MAT SALEH DI SABAH

DUDUKISBUB menduduki Tambunan dan Sungai Sugut yang diperintah Mat Saleh

CUKAI SBUB memperkenalkan cukai kepala dan surat perahu KASAR Pegawai SBUB bersikap kasar dengan penduduk

tempatan RUNDING Mat Saleh ke Sandakan untuk berunding

tetapi tidak dilayan BAKAR SBUB membakar kampung Mat Saleh menyebabkan

beliau melarikan diri BALAS Mat Saleh menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya DAMAI SBUB mahu damai dengan menyerahkan Tambunan

kepada Mat Saleh MUNGKIR SBUB mungkir janji menyebabkan Mat Saleh

menyerang semula TEWAS SBUB menyerang balas menyebabkan Mat Saleh

terkorban

Page 4: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

PENGHULU DOL SAID

JAJAHAN British mendakwa Naning sebagai jajahan takluknya

ENGGAN Dol Said enggan membayar ufti kepada British di Melaka

TENTERA British menghantar tentera untuk menakluki Naning

BANTUPenghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau,Penghulu

Remai,Dato’Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh mengalahkan tentera

British SERANG British menyerang Naning sekali lagi SERAH Penghulu Dol Said menyerah diri dan dibawa ke

Melaka

Page 5: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

DATO’SYAHBANDAR ABDULLAH TUNGGAL DI SUNGAI UJONG

BEREBUT Dato’Syahbandar Abdullah Tunggal dan Dato’Kelana Syed Abdul Rahman berebut kawasan sempadan memungut cukai kepada pedagang Negeri Selat

ENGGAN Dato’Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan British

TENTANG Beliau menentang Dato’Kelana yang mengundang British campur tangan dalam pertikaian antara mereka

KALAH Dato’Syahbandar dikalahkan oleh Dato’Kelana yang bekerjasama dengan British

UNDUR Dato’Syahbandar berundur ke Selangor TANDATANGANBeliau kembali ke Sungai Ujong untuk

menandatangani perjanjian dengan British HIJRAH Dato’Syahbandar meletakkan jawatan dan berhijrah

ke Singapura KUASAI Sungai Ujong dikuasai oleh Dato’Kelana di bawah

penguasaan British

Page 6: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

DATO’BAHAMAN DI PAHANG

HAKIS Dato’ Bahaman menentang undang-undang British yang menghakis kuasanya sebagai pembesar Semantan

TENTANG Mereka menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua

SERANG Menyerang British yang menangkap anak buahnya TAWAN Menyerang dan menawan balai polis Lubuk Terua KUASAI Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan

Jeram Ampai UNDUR Diserang oleh British menyebabkan beliau

berundur ke Kelantan PERLINDUNGAN Dato’Bahaman berpindah ke Bangkok dan

diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn CHIENGMAI Menetap di Chiengmai dan meninggal dunia di

sana

Page 7: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

TOK JANGGUT DI KELANTAN

BANTAH Bantahan Tok Janggut terhadap pelaksanaan Sistem Penasihat dan cukai tidak dilayan

ARAH Arahan dikeluarkan supaya Tok Janggut ditangkap tetapi gagal

MENDUDUK Tok Jnggut bersama pengikutnya menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya

KERAJAAN Mereka membentuk kerajaan dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja,Tok Janggut sebagai Perdan Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah

SERANG British menyerang Kampung Saring TERKORBAN Tok Janggut terkorban dalam serangan itu.

Page 8: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

KECEWA Haji Abdul Rahman Limbong kecewa dengan sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British

TELEMONG Beliau mengetuai penduduk membersih tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah

MAIMUNAH Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British

SENJATA Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya

SULTAN Dengan menggunakan nama sultan,British menghantar pembesar dan berjaya

menangkap Haji Abdul Rahman Limbong BUANG Beliau dibuang negeri ke Makkah.

Page 9: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

FAKTOR KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME DI KALANGAN PENDUDUK DI TANAH MELAYU SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

MUSNAH Sistem politik Barat memusnahkan sistem politik tempatan GANTI Pegawai British menggantikan pembesar tempatan dalam

pentadbiran MARUAH Perubahan menjatuhkan maruah mereka PENDIDIKAN Sistem pendidikan melahirkan intelek Melayu IDEA Mereka menggunakan idea memajukan bangsa dan menolak

penjajahan Barat PERSAINGAN Kemasukan orang asing menimbulkan persaingan kepada orang

Melayu JURANG Jurang ekonomi antara orang Melayu dengan orang asing JEPUN Pendudukan Jepun menjadi pemangkin gerakan nasionalisme PERSAUDARAAN Jepun mengemukakan konsep ‘Kawasan Kesemakmuran Asia’ yang

menggalakkan persaudaraan di kalangan negara Asia JANJI Jepun berjanji memberi kemerdekaan kepada negara Asia SENGSARA Kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun PKM Parti Komunis Malaya memerintah dengan kejam KONFLIK Kekejaman itu menimbulkan konflik perkauman CETAK Kemunculan mesin cetak menyebabkan idea menentang penjajah boleh

disebarkan melalui buku,majalah dan akhbar PAN-ISLAM Gerakan Pan-Islamisme membangkitkan pemahaman terhadap Islam untuk

menentang penjajahan SERANTAU Keadaan politik serantau mendorong kebangkitan nasionalisme BACAAN Karya Indonesia menjadi bacaan penduduk Tanah Melayu MASUK Kemasukan orang Indonesia memudahkan penerimaan unsur nasionalisme

Page 10: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

MESEJ-MESEJ BERKAITAN SEMANGAT KEBANGSAAN YANG DIBANGKITKAN MELALUI NOVEL-NOVEL MELAYU TAHUN 1930-AN PERJUANGAN Semangat perjuangan menentang penjajah

CINTA Semangat cinta akan tanah air TOKOH Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu

Melaka SEJARAHMenggunakan sejarah mendorong semangat perjuangan

bangsa WARISAN Menghargai warisan bangsa TOLAK Menolak kesenangan demi maruah bangsa MARUAHSemangat generasi muda menjaga maruah bangsa KEBOLEHAN Berbangga dengan kebolehan sendiri CINTA Menolak cinta pegawai penjajah demi menjaga maruah

bangsa WANITA Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupannya PENDIDIKAN Mementingkan pendidikan untuk kebaikan diri NEGATIF Mmebuang pandangan negatif untuk menghalang

kemajuan

Page 11: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

MAKSUD GERAKAN ISLAH

Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam

Page 12: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

IDEA-IDEA YANG DISAMPAIKAN MELALUI GERAKAN ISLAH OLEH KAUM MUDA

Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia

Gesaan memajukan ekonomi,pendidikan,politik dan sosial orang Melayu

Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam

Mengkritik raja/pembesar Melayu yang tidak memejukan orang Melayu

Page 13: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

SEBAB-SEBAB GERAKAN ISLAH OLEH KAUM MUDA TIDAK DAPAT DIGERAKKAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU KECUALI DI NEGERI-NEGERI SELAT SAHAJA Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman

Kaum Tua Undang-undang dikeluarkan untuk

menghalang pengaruh Kaum Tua Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali

mendapat keizinan Sultan Dilarang membawa masuk buku-buku dan

risalah Kaum Muda ke negeri itu.

Page 14: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

TUJUAN KAUM MUDA MENUBUHKAN BEBERAPA BUAH MADRASAH Menjalankan pendidikan Islam

Memberi pendidikan yang meliputi dunia dan akhirat

Memberi peluang kepada pelajar wanita mendapat pendidikan

Membendung tekanan British dan Kaum Tua

Page 15: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

AKHBAR-AKHBAR MELAYU YANG DITERBITKAN PADA TAHUN 1930-AN Warta Malaya

Lembaga Malaya Majlis Utusan Melayu Warta Negara Fajar Sarawak

Page 16: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

ISU-ISU EKONOMI YANG DIBANGKITKAN OLEH AKHBAR-AKHBAR MELAYU

Menggalakkan syarikat bekerjasama Meminta British mengurangkan kemasukan

orang dagang Menggalakkan perniagaan di kalangan orang

Melayu Melarang orang Melayu menjual tanah mereka Menyeru orang Melayu berjimat-cermat Meminta British mengadakan kampung khas

Melayu di Kuala Lumpur

Page 17: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN SOSIAL DAN PENDIDIKAN YANG DIBANGKITKAN OLEH AKHBAR MELAYU PADA TAHUN 1930-AN

Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih

kerja dan malas Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris untuk

kemajuan orang Melayu Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberi

nilai ekonomi Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

dalam pentadbiran Menyeru orang Melayu tidak meninggalkan pendidikan

Islam Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Page 18: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

ISU POLITIK YANG DIBANGKITKAN AKHBAR MELAYU PADA TAHUN 1930-AN

Mengkritik British yang mengurangkan kuasa raja-raja Melayu

Mengkritik pembesar dan raja-raja Melayu yang tidak melaksanakan kepimpinan untuk rakyat

Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran

Menuntut diadakan Malay Administrative Service (MAS)

Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan

Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

Page 19: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

PERANAN AKHBAR-AKHBAR MELAYU TAHUN 1930-AN SEBAGAI AGEN GERAKAN NASIONALISME

MAJU Membangkitkan kesedaran untuk memejukan diri/bangsa KRITIK Mengkritik dasar British yang menekan orang Melayu PENDIDIKAN Menggesa supaya memajukan pendidikan tinggi orang Melayu PEREMPUAN Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan SIKAP Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih

kerja/malas KEMAHIRAN Mementingkan kemahiran pertukangan dan kerja tangan BI Mengutamakan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan

diri SEKOLAH Meminta sekolah Melayu diberikan nilai ekonomi BM Memartabatkan Bahasa Melayu dalam pentadbiran British ISLAM Menyeru supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam NILAI Menyeru supaya mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat

Melayu SYARIKAT Menggalakkan penubuhan syarikat bersama DAGANG Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang PERNIAGAAN Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu TANAH Melarang orang Melayu menjual tanah mereka JIMAT Menyeru orang Melayu berjimat cermat KAMPUNG Meminta orang British adakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur RAJA Mengkritik British yang mengurangkan kuasa raja-raja Melayu LAKSANA Mengkritik raja dan pembesar yang tidak melaksanakan kepimpinan

sewajarnya untuk rakyat PILIH Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan MAS Menuntut diadakan Malay Administrative Service (MAS) untuk

melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan BERSATU Menyeru orang Melayu bersatu dalam pertubuhan kebangsaan TUNTUTAN Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

Page 20: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

ISU-ISU BERKAITAN WANITA YANG DIBANGKITKAN DALAM AKHBAR,MAJALAH DAN NOVEL MELAYU PADA TAHUN 1930-AN ANAK Pendidikan untuk anak perempuan

PENDIDIKAN Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan

KESOPANAN Mendorong wanita menjaga nilai-nilai Islam dan budaya Timur

OBOR Menggalakkan wanita menjadi obor memajukan bangsa

KEBEBASAN Kebebasan wanita menentukan hala tuju kehidupannya

NEGATIF Membuang pandangan negatif yang halang kemajuan

PERPADUAN Perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor

Page 21: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

PERANAN YANG DIMAINKAN OLEN MOHAMMAD EUNOS ABDULLAH MELALUI KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS)

Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis

Perundangan Negeri Selat Mendesak British memberi perhatian terhadap

kebajikan orang Melayu Memperoleh kawasan petempatan khas bagi

orang Melayu di Singapura Mendorong penubuhan cawangan khas di

Melaka,Pulau Pinang dan di Negeri-negeri Melayu

Page 22: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN SAHABAT PENA MALAYA (PASPAM)

Menggalakkan ahli berkenal-kenal \Menggalakkan ahli bertukar pendapat

untuk memejukan diri dan bangsa Menggalakkan perpaduan dan

persaudaraan di kalangan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu

Page 23: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

TINDAKAN-TINDAKAN OLEH KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) YANG MENUNJUKKAN KESATUAN INI BERSIFAT POLITIK

Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu

Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun

Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British

Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan

Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif

Menubuhkan tentera semut untuk menentang British

Page 24: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

KEPENTINGAN KONGRES MELAYU YANG DIADAKAN PADA TAHUN 1939 DAN 1940

Kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu Membincang kemunduran orang Melayu dalam

ekonomi dan pendidikan Mendedahkan layanan pilih kasih oleh British dalam

pentadbiran kerajaan Menunjukkan perjuangan kesatuan mendapat sokongan

golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu Mewujudkan perpaduan orang Melayu untuk mengatasi

permasaalahan sosioekonomi dan politik Mengatasi perasaan kenegerian di kalangan orang

Melayu Menunjukkan kesepakatan orang Melayu di seluruh

semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme

Page 25: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

DISEDIAKAN OLEH:-mahfuzah mohd noh

guru sejarah smksr…………………….