bab 2 : nasionalisme di malaysia sehingga perang dunia kedua

38
BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Upload: marva

Post on 12-Jan-2016

139 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA. Sebab-Sebab Penentangan Dasar Penaklukan British Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan Kesulitan Penduduk Tempatan Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Page 2: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Sebab-Sebab Penentangan(i) Dasar Penaklukan British(ii) Eksploitasi Terhadap Ekonomi

Tempatan(iii) Pelaksanaan Pentadbiran Barat

terhadap masyarakat tempatan(iv) Kesulitan Penduduk Tempatan(v) Pembesar Tempatan Kehilangan

Kuasa Dan Pengaruh(vi) Campur Tangan British dalam Adat

resam tempatan

Page 3: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Dasar Penaklukan British -meluaskan penguasaan politik-Naning dipaksa menjadi jajahan takluk

Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan -Perjanjian dengan Kedah, Perak dan Selangor-Saudagar negeri-negeri selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah

Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan

-Di Terengganu, pembukaan tanah dengan kebenaran BritishBritish memperkenalkan sistem cukai/undang-undang/peraturan tanah

Kesulitan Penduduk Tempatan Pelaksanaan undang-undang British menyulitkan kehidupan orang tempatan dan mereka setia kepada pembesar tempatan.

Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh

Pemimpin tempatan berasa tidak puas hati dan ini mendorong mereka menentang British

Campur Tangan British dalam Adat resam tempatan

British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.

Page 4: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

• Dol Said (Naning)• Rentap (Sarawak)• Mat Salleh (Sabah)• Dato’ Maharaja Lela (Perak)• YAM Tuan Antah (Negeri Sembilan)• Dato’ Bahaman (Pahang)• Tok Janggut (Kelantan)• Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu)

Page 5: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Dol Said (Naning)• British meletakkan Naning sebahagian daripada wilayah

Melaka yang menjadi takluk mereka.• Tindakan British ini ditentang oleh Dol Said.• Beliau tidak mematuhi arahan British supaya Naning

menghantar satu per sepuluh hasil Naning sebagai ufti kepada negeri Melaka.

• Pada tahun 1831, British menghantar tenteranya menakluk Naning.

• Pasukan British ditentang oleh penghulu, Dol Said.• Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada

kerajaan luar.• Pasukan ini dapat menewaskan 150 orang tentera

British di bawah pimpinan Kapten Wyllie

Page 6: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• British menyerang Naning sekali lagi pada tahun 1832

• Dol Said dikalahkan kerana tidak mendapat bantuan luar

• Beliau terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka

Page 7: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Mat Salleh (Sabah)• SBUB (Syarikat Borneo Utara British)• SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai

pemerintah daerah Tambunan• SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh• SBUB melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu• Pegawai SBUB bersikap kasar terhadap penduduk tempatan• Mat Salleh ingin berunding dengan SBUB lalu pergi ke

Sandakan• Tetapi, beliau tidak dilayan• Gabenor Beaufort menyerang dan membakar kampung Mat

Salleh• Mat Salleh terpaksa melarikan diri• Mat Salleh dengan bantuan pengikutnya telah melakukan

serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya

Page 8: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Kesannya, SBUB menyerahkan kawasan Tambunan kepada Mat Salleh sebagai tanda perdamaian

• SBUB mungkir janji, oleh itu Mat Salleh menyerang kubu Mat Salleh

• Mat Salleh tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900

Page 9: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Rentap (Sarawak)• James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak pada 1842 berusaha

untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan.

• Mereka enggan menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke dan ini telah menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.

• Penentangan oleh Linggir, Rentap dan Syarif Masahor, sama coraknya.• Linggir, iaitu pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan

James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.• Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke

dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.

• Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

• Rentap, maknanya penggoncang dunia. Nama sebenar beliau ialah Libau. Beliau berasal dari Hulu Skrang dan bergelar Raja Darat atau Raja Ulu.

Page 10: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Rentap, pemimpin Iban, menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.

• Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.

• Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka.

• Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke.

• Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861.• Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya

semakin lemah.• Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan

Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak

penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857.

• Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.

Page 11: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit.

• Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.

• Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching.

• Bagaimanapun, tentangan mereka gagal.• Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi

beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.

• Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

Page 12: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Dato’ Maharaja Lela (Perak)• Residen memungkiri fungsi sebagai penasihat

seperti termaktub dalam Perjanjian Pangkor.• Sultan kehilangan kuasa pentadbiran.• Pembesar menolak sistem cukai yang

diperkenalkan oleh British.• Sistem cukai British menghapuskan hak

pungutan cukai pembesar.• Pembesar menolak penguasaan British

terhadap kawasan mereka• Pembesar menolak campur tangan British

dalam adapt resam tempatan• British campur tangan dalam hal ehwal

tempatan• JWW Birch tidak menghormati sistem sosial

tempatan• JWW Birch tidak tahu berbahasa Melayu

Page 13: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Penduduk tempatan dipaksa menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan

• Pelaksanaan undang-undang British bertentangan dengan sistem politik tempatan

• Undang-undang British bertentangan dengan sistem politik tempatan

• Undang-undang British menghakis kuasa tempatan• Pembesar kehilangan hak mengutip cukai• Pembinaan balai polis menceroboh kawasan Dato’

Bahaman• British melucutkan gelaran Dato’ Bahaman• Penduduk tempatan menolak sistem pemungutan

hasil tanah/ hasil hutan British• Beliau menolak sistem kehakiman Barat• British menangkap tiga orang pengikut Dato’

Bahaman

Page 14: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Perak• Bantahan terbuka Sultan Abdullah dan pembesar Melayu

Perak terhadap campur tangan British• Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak• Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar

Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British

• Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh JWW Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan pembesar lain di Belanja

• Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut

• Mat Arshad, orang suruhan British dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster di Pasir salak

• Atas arahan Dato’ Maharaja Lela, Seputum, Pandak Lam dan lain-lain membunuh JWW Birch di Sungai Perak, Pasir Salak

• Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ sagor melarikan diri ke Kota Lama

• Perbicaraan diadakan di Matang, Perak• Dato’ Maharaja Lela, dato’ sagor, Pandak Lam, Seputum dan

Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung.• Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor• Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim,Syahbandar dan Laksamana

dibuang negeri ke Pulau Seychelles• Perak dikuasai sepenuhnya oleh British

Page 15: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

YAM Tuan Antah (Negeri Sembilan)• Selain YAM Tuan Antah Sri Menanti, Dato’ Syahbandar Sungai Ujong iaitu Abdullah

Tunggal juga terlibat sama.• Dato’ Syahbandar menentang Dato’ Kelana Sg Ujong iaitu Syed Abdul Rahman yang

mempelawa British campur tangan dalam pertikaian mereka,• Mereka berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih

timah dari Negeri-Negeri Selat.• Dengan kerjasama British, Dato’ Kelana berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar

untuk menguasdai Sungai Ujong.• Dato; Syahbandar berundur ke Selangor.• Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani

perjanjian dengan British pada 10 November 1874.• Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.• Dengan itu, Dato’ Kelana dapat menguasai seluruh Sg Ujong tetapi tertakluk di

bawah penguasaan British• Sebab-sebab penentangan• British menduduki Sungai Ujong• British menyokong Dato’ Kelana menduduki Terachi dan Paroi• British menawan Bukit Putus, Jempol dan Terachi• Pada tahun 1888, YAM Tuan Antah menandatangani perjanjian damai

Page 16: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Dato’ Bahaman (Pahang)• Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam

Rasul telah bersatu untuk menentang British selama lima tahun• Dato’ Bahaman menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua,

kawasan pengaruhnya• Dato’ Bahaman menyerang British yang menangkap anak

buahnya• British meminta bantuan tentera dari Singapura • British memaksa sultan menubuhkan pasukan Gerakan Sultan

untuk menamatkan kebangkitan• Gerakan Sultan menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di

Pahang• Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua• Dato’ Bahaman menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan

Jeram Ampai• Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan akibat tekanan British• Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya mendapat perlindungan

daripada penduduk dan pembesar Kelantan dan Terengganu• Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja

Chulalongkorn• Beliau menetap di Chiang Mai dan diberi wang sara hidup sebanyak 1000 baht

Page 17: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Tok Janggut (Kelantan)• Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem cukai.• Pihak polis telah diarahkan untuk menangkap Tok

Janggut tetapi mereka gagal.• 1915 – Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu

Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.

• Sebuah kerajaan telah dibentuk, dan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.

• Serangan British melumpuhkan perjuangan Tok Janggut.

• Mayatnya diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas

Page 18: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu)

• Beliau tidak puas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British.

• Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang.

• Haji Abdul Rahman Limbong ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

Page 19: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Semangat perjuangan menentang penjajah wajar dicontohi generasi muda

• Sanggup berkorban demi mempertahankan maruah bangsa

• Mempunyai semangat patriotik yang berkobar-kobar dalam menentang penjajahan

• Mempertahankan hak politik yang terhakis oleh penjajah

• Perjuangan mereka menaikkan semangat rakyat menentang penjajahan

• Mereka mempertahankan budaya tradisi bangsa

• Perjuangan mereka menunjukkan semangat kerjasama antara pemimpin dengan rakyat

• Mereka tidak berputus asa dan tabah dalam menghadapi kuasa penjajah yang lebih kuat

Page 20: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

a) Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

• Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan :• British meletakkan seorang Residen• Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan• Pembesar diberikan pencen• Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British• Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem

tempatan/amalan tradisi• Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British• Perkembangan sistem pendidikan :• Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan

bangsa• Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British• Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa

Melayu• Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan

Page 21: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Dasar British dalam sistem pentadbiran:• Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu• Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di

Tanah Melayu• Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap

di sini• Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan

jumlah imigran di Tanah Melayu• Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan• Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.• Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak

dimajukan oleh British• British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran• Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala

kekurangan• Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik /

perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital• Telah meningkatkan taraf hidup di bandar• Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar

bandar dengan imigran lain di bandar• Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu• Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme

Page 22: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.

• konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia

• Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut

• Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu

• Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur

• Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan

• Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu menentang

• Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun

Page 23: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah:

• PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam

• Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun

• Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman• Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh

anggota PKM• Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor

Sembilan/PahangKemunculan mesin cetak:• Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu

pengetahuan• Mendorong kepada penentangan terhadap British• Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain,

idea menentang penjajah dapat disebarkan

Page 24: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat kebangsaan:

• Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam

• Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam

• Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas

• Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat

• Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan• Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar• Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat

yang sama

Page 25: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Kesedaran Politik Serantau:• Indonesia yang rapat dengan Tanah

Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu

• Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual

• Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu

• Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan

• Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

Page 26: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Gerakan Islah• Maksud Gerakan Islah:• Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan

pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.• Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.• dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di MesirTokoh-tokoh /pelopor:• Sheikh Tahir Jalaludin• Syed Syeikh al-Hadi• Dr. Burhanuddin al-HelmyMatlamat / tujuan / isu:• menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan

dunia pada waktu itu.• Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.• Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu• Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.• Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu

Page 27: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Akhbar/ Majalah:• Al-Imam• Neracha• Edaran Zaman• Pengasuh• SaudaraTokoh-tokoh:

• Sheikh Tahir Jalaluddin:• Tokoh gerakan Kaum Muda.• merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada

akhbar al-Imam• menulis dalam majalah al-Manar.

• Syed Syeikh al-Hadi:• tokoh gerakan Kaum Muda• menubuhkan Jelutung Press• menerbitkan majalah Saudara.• mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang• mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.

Page 28: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Halangan/Tentangan:• Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri

daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.

• Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.

• Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.

• Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.

• Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.

• Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.

Sumbangan:• Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang

menjalankan sistem pendidikan Islam.• Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat

seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.• Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan

pendidikan.

Page 29: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Akhbar, Majalah dan Novel: Penggerak Kesedaran Kebangsaan• Akhbar, majalah dan Novel memainkan peranan yang penting

dalam melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.• Salah seorang penulis terkenal pada tahun 1920-an ialah

Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaa’ba ) yang merupakan seorang tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu.

• Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Za’ab ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.

• Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim kajai.

• Tulisan mereka telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu, di samping mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.

• Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu ialah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.

Page 30: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Akhbar:• Warta Melayu• Lembaga Malaya• Majlis Utusan Melayu• Warta Negara• Fajar SarawakAkhbar dan Isu yang dibangkitkan• Sosial/Pendidikan:• Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.• Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan• Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative

seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha• Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk

pendidikan anak-anak.• Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti

pertukangan dan kerja tangan• Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan

orang Melayu• Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya

nilai ekonomi• Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam

pentadbiran British.• Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Page 31: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Aspek ekonomi:• Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi

tempatan• Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi• Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka• Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat• Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di Kuala

Lumpur• Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar dari aspek politik

ialah• Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu• Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak

melaksanakan – kemajuan kepada masyarakat Melayu• Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.• Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi

orang – Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.• Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu

dalam sebuah – pertubuhan kebangsaan• Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan

Page 32: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Majalah• Pengasuh:• Majalah pengasuh ini telah membangkitkan

isu berikut,• Membincangkan soal pentafsiran Islam yang

progresif bagi kemajuan ummah• Menggalakkan pendidikan dikalangan orang

Melayu• Memperluaskan ilmu dalam semua bidang• Memberikan pentafsiran kepada persoalan

orang Islam• Menggesa orang Melayu menjauhkan diri

daripada sifat buruk

Page 33: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Guru:• Pada tahun 19 24, Majalah Guru telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri

daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.• Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ;• Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu• Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.• Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan• Membaiki taraf hidup orang Melayu• Memajukan bahasa dan sastera Melayu• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.• Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.• Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.• Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri• Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur• Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.• Novel:• Novel-novel yang banyak menyempaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah :• Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar• Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad• Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad• Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid

Page 34: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

• Keris Melaka Ahmad Bakhtiar:• Semangat perjuangan menentang penjajah Barat• Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti

Hang Tuah• Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk

mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda• Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad:• Semangat anak muda menentang penjajah• Hargai warisan bangsa• Semangat cintakan tanah air• Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan• Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid:• Emansipasi wanita• Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu• Membuang pandangan negative yang boleh menghalang

kemajuan bangsa

Page 35: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu• Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ):• Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7

April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.

• Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.

• Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A

• Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.

• Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.

• Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.

• Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

Page 36: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan JepunKesatuan Melayu Muda ( KMM ):• KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik• Bersifat radikal dan anti-penjajah British• Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak• Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu• Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu• Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun

untuk menghalau British dari Tanah Melayu• KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar

Warta Malaya• Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan

sokongan KMM telah menubuhkan cawangannya di Maahad Ihya Assyariff di Gunung Semanggol untuk melatih kader-kader yang dikenali tentera semut

Page 37: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

SPM 2008Penentangan masyarakat tempatan terhadap campur tangan British

bertujuan untuk mempertahankan hak mereka daripada dicerobohi oleh kuasa luar.

(a) Huraikan tindakan penjajah British yang membawa kepada penentangan tersebut. (6M)

(b) Ceritakan tentang perjuangan tokoh-tokoh berikut menentang British:

(i)Dol Said (Naning) (5Markah)(ii)Mat Salleh (Sabah) (5Markah)(c) Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya

mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara. (4M)

Page 38: BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

SPM 2010• Penentangan terhadap British berlaku di negeri-negeri

Melayu pada abad ke-19.(a) Mengapakah penentangan terhadap British berlaku di

negeri-negeri berikut:- Perak (4M)- Pahang (4M)(b) Ceritakan peristiwa penentangan di kedua-dua negeri.

(8M)c) Mengapakah semangat perjuangan menentang British

di kedua-dua negeri wajar dicontohi generasi muda masa kini?

(4M)