pengenalan dan operasi...kes hiper-inflasi telah berlaku pada tahun 1920-an di negara jerman...

62
PENGENALAN DAN OPERASI Azizi Ali MBA ChFC IFP

Upload: others

Post on 28-Jan-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    PENGENALAN DAN OPERASI

    Azizi Ali MBA ChFC IFP

  • 2

    Dapatkan petunjuk dan bimbingan secara

    peribadi daripada Mentor Jutawan #1 Malaysia.

    Sertai program Inner Circle sekarang!

    www.InnerCircle.my

  • 3

    Diterbitkan oleh True Wealth Sdn Bhd

    Tel: 03-7880 1051

    Faks: 03-7880 8051

    Emel: [email protected]

    Laman Web: www.RahsiaBitcoin.my

    Hak cipta © 2017 oleh Azizi Ali

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

    kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik,

    fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

    Edisi Pertama

    10 9 8 7 6 5 4 3 2

    19 18 17

    Buku ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang

    dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan

    sekuriti.

    Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi individu dan tiada jaminan

    dikeluarkan untuk menghasilkan satu keputusan.

    Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalam buku

    ini. Penulis dan penerbit secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas

    risiko, perbadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung.

    TRUEWEALTH SDN BHD

  • 4

    AZIZI ALI

    RAHSIA BITCOIN

    PANDUAN ASAS TENTANG

    CRYPTOCURRENCY YANG SEDANG

    MENGGONCANG DUNIA

  • 5

    KANDUNGAN

    TOPIK MUKASURAT

    Pengenalan 6

    Operasi

    1. SEJARAH BITCOIN 11

    2. APAKAH ITU BITCOIN? 14

    3. KELEBIHAN BITCOIN 15

    4. KEKURANGAN BITCOIN 18

    5. APAKAH ITU WALLET? 21

    6. APAKAH PERBEZAAN DIANTARA HARD WALLET AND COLD STORAGE? 22

    7. DIMANA UNTUK MENDAPATKAN WALLET? 23

    8. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN? 24

    9. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN DI MALAYSIA? 25

    10. APAKAH ITU EXCHANGE? 26

    11. APA YANG ANDA BOLEH BELI DENGAN BITCOIN? 27

    12. CARA MENJUAL BITCOIN ANDA 30

    13. CARA UNTUK MENDAPATKAN BITCOIN (SELAIN MEMBELINYA) 32

    14. APAKAH BITCOIN MINING? 35

    15. APAKAH ITU BITCOIN MINING POOL? 38

    16. APAKAH PERBEZAAN MINING POOL DAN CLOUD MINING? 41

    17. BERAPA BANYAKKAH BITCOIN YANG TELAH DIMINE SETAKAT INI? 43

    18. APAKAH ITU BLOCKCHAIN? 44

    19. BOLEH TRANSAKSI BITCOIN DIBATALKAN? 47

    20. BOLEHKAH BITCOIN DIGODAM? 48

    21. BETULKAH BITCOIN TIDAK DIPANTAU? 49

    22. APAKAH ITU ‘FORK’? 51

    23. APAKAH ITU ICO? 52

    24. APAKAH ITU CRYPTOCURRENCY? 53

    25. CRYPTOCURRENCY YANG LAIN 55

    26. TAHAP SEKURITI 56

    27. KESELAMATAN BITCOIN ANDA TERLETAK DI TANGAN ANDA 100 PERATUS! 59

    28. TENTANG PENULIS 60

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 6

    1. PENGENALAN

    Apakah yang akan anda lakukan jika anda berdepan dengan satu teknologi baru yang anda tahu akan

    menggoncangkan dunia?

    Apakah yang akan anda lakukan jika anda berdepan dengan satu teknologi baru yang anda tahu akan

    membawa banyak perubahan dalam dunia?

    Apakah yang akan anda lakukan jika anda berdepan dengan satu teknologi baru yang anda tahu akan

    membawa banyak kebaikan pada dunia?

    Jika anda tidak dapat tidur malam, saya faham mengapa.

    Jika anda terus bertindak untuk memastikan yang anda juga akan mendapat manfaat daripadanya, saya

    faham mengapa.

    Itulah yang telah berlaku kepada saya apabila saya mengetahui tentang Blockchain.

    Tuan-tuan dan puan-puan, saudara dan saudari, Blockchain ialah satu teknologi baru yang mampu

    melakukan semua yang saya tulis di atas, malah lebih lagi! Ia akan menggoncangkan dunia dan akan

    membawa ribuan (!) perubahan positif di dunia. Malah dunia kita ini tidak akan kekal sama; ratusan

    praktis yang wujud sekarang akan berubah dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Sepertimana elektrik,

    kapal terbang dan Internet mengubah dunia, teknologi Blockchain pun mampu membawa efek yang sama,

    malahan lebih lagi!

    Apakah itu Blockchain?

    Mengapa ia begitu berkuasa?

    Sabar! Anda akan membaca tentangnya dalam buku ini. Jadi buat masa ini, anda terima sahaja yang

    Blockchain adalah suatu yang positif.

    Dan apabila Blockchain (teknologi baru yang positif) itu berganding bahu dengan Bitcoin (produk

    kewangan dan ehem, ehem, kekayaan), tidak hairanlah jika ianya meletup-letup!

    Nilai Bitcoin telah naik daripada kosong pada tahun 2009 kepada $5,000+ pada tahun 2017! Sebenarnya,

    pulangan ini adalah pulangan infiniti sebab modal permulaannya adalah kosong. Tetapi untuk

    memberikan angka, pulangannya ialah 49,999,900 % atau 415 % setahun (dengan kiraan modal

    permulaannya ialah $0.01). Saya tidak tahu mana-mana produk ataupun instrumen kewangan lain yang

    memberikan pulangan yang begitu tinggi dalam sejarah dunia!

    Dan daripada idea yang hanya disebut-sebut oleh tech geeks semata, ianya kini menggoncang dunia, dan

    menjadi sebut-sebutan berjuta-juta manusia!

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 7

    Tetapi ceritanya tidak indah semata-mata. Seperti kebanyakan produk baru, Bitcoin telah melalui

    beberapa insiden negatif dalam usianya yang masih muda ini. Ini termasuklah menjadi mata wang utama

    untuk penjahat membeli produk dan servis ‘underground’.

    Tetapi, kita ingat yang Bitcoin masih muda remaja – usianya hanya lapan tahun waktu buku ini

    diterbitkan! Berapa banyak kesilapan yang kita lakukan pada waktu kita berumur lapan tahun? Realitinya,

    banyak produk dan instrumen kewangan telah melalui zaman-zaman insiden negatif pada peringkat

    awalnya. Sebagai contoh, mata wang Denarius yang digunakan pada zaman pemerintahan Rom purba

    telah kehilangan nilainya kerana berat mata wang tersebut semakin berkurangan seiring dengan peredaran

    masa. Dan saya boleh memberikan puluhan contoh di mana mata wang kertas kehilangan nilainya setelah

    dicetak dengan rakus oleh pihak yang menerbitkan mata wang tersebut. Tetapi satu dunia masih

    menggunakan kertas sebagai mata wang sehingga kini, bukan?

    Begitu juga situasinya dengan pasaran saham. Banyak insiden negatif yang berlaku dalam pasaran saham

    terutamanya sewaktu ianya mula-mula diperkenalkan. Namun, pasaran saham kini wujud di kebanyakan

    negara di dunia dan kekal sebagai tempat menjual beli saham.

    Jadi poin yang saya ingin ketengahkan ialah Bitcoin masih muda. Jadi kita perlu memberikannya peluang

    serta masa.

    Pokoknya, jika sesuatu produk itu menawarkan banyak kebaikan, kita tidak sepatutnya menolaknya ke

    tepi hanya kerana ada satu dua insiden negatif yang telah berlaku. Sebagai contoh, berpuluh-puluh orang

    kehilangan nyawa ketika industri penerbangan mula-mula bertapak pada awal abad ke 20. Oleh sebab

    industri itu masih muda, banyak yang belum diketahui ramai. Malah, pakar-pakarnya pun masih bergerak

    dalam separuh kegelapan! Namun disebabkan kita semua sedar akan banyak kebaikan yang ditawarkan

    oleh industri penerbangan, dunia terus menerima industri tersebut. Hari ini, kita tidak dapat

    membayangkan dunia tanpa industri penerbangan!

    Dan seperti industri penerbangan, Bitcoin juga menawarkan banyak kebaikan jika dibandingkan dengan

    mata wang yang wujud sekarang. Salah satu kebaikan tersebut ialah kelajuan transaksi. Satu lagi kebaikan

    Bitcoin ialah ia memberikan peluang kepada 2.5 bilion penduduk dunia yang tidak mempunyai akaun

    bank hari ini untuk turut sama berinteraksi dalam ekonomi dunia semasa.

    Jadi kita perlulah memberikan peluang kepada Bitcoin untuk keuntungan kita bersama.

    Lagipun, kemunculan Bitcoin tidak bermakna yang kita perlu berhenti menggunakan mata wang kertas;

    kedua-dua Bitcoin dan mata wang kertas boleh wujud bersama-sama.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 8

    Pokoknya, Bitcoin adalah mata wang yang lebih baik.

    Sekarang kita mempunyai pilihan: kita boleh menolak alternatif yang lebih baik ini ke tepi atau kita boleh

    turut serta dalam produk yang sedang menggoncangkan dunia ini! Saya rasa pilihan yang kedua

    merupakan pilihan yang lebih baik dan bernas.

    Jadi baca buku ini sampai ke akhirnya. Dapatkan ilmu asas tentang Bitcoin dan kemudian buat keputusan

    anda sendiri.

    Semoga buku ini dapat menolong anda membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 9

    Penafian

    Bitcoin wujud di Internet. Dan sepertimana produk lain yang wujud di Internet, Bitcoin boleh berubah

    dengan sekelip mata. Hari ini okey, besok boleh jadi tidak okey!

    Oleh sebab itu, berikut adalah beberapa penafian tentang kandungan buku ini:

    a) Maklumat mungkin berlainan

    Dalam usaha menulis buku ini, saya telah melakukan banyak kajian. Ini termasuklah membaca banyak

    buku tentangnya, membaca artikel-artikel di Internet, menonton video di YouTube, menyertai program di

    Udemy dan bertanya beberapa individu yang terlibat di dalam dunia Bitcoin.

    Walaupun kebanyakan maklumat itu adalah sama, ada beberapa maklumat yang berlainan. Buku A kata

    begini sementara buku B pula kata begitu! Dan oleh sebab tidak ada penerbitan rasmi yang diterbitkan

    oleh mana-mana autoriti Bitcoin (malah terma autoriti Bitcoin pun dah tidak betul kerana autoriti rasmi

    Bitcoin tidak wujud!), maka ada beberapa maklumat dalam buku ini yang mungkin berbeza dengan

    maklumat yang anda peroleh di Internet atau buku-buku lain.

    b) Situasinya mungkin berlainan

    Penafian kedua ialah situasinya mungkin berlainan semasa anda membaca buku ini. Situasinya adalah

    tepat semasa saya menulis buku ini tetapi oleh sebab semuanya boleh bertukar dengan cepat di Internet,

    situasi mungkin berlainan semasa anda membacanya. Sila ingat poin ini semasa anda membaca buku ini.

    c) Terma dalam bahasa Inggeris

    Walaupun saya mahu menggunakan bahasa Melayu dalam buku ini, realitinya Bitcoin ialah produk dari

    barat dan hampir 100 peratus terminologi yang digunakan berkaitannya – proses mendaftar, membeli,

    menyimpan dan menjual – adalah dalam bahasa Inggeris. Walaupun saya boleh mengalih bahasa

    kebanyakan terminologi tersebut, ia akan nampak pelik, berbunyi pelik, malah ramai pembaca yang

    mungkin tidak faham apa yang saya maksudkan. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengekalkan

    dan menggunakan beberapa terminologi bahasa Inggeris di dalam buku ini. Jadi jika ada sesiapa yang

    kompelin dia tidak faham bahasa Inggeris, ini jawapannya – anda tidak sepatutnya melabur dalam Bitcoin

    kerana bahasa Inggeris adalah bahasa utama dalam dunia Bitcoin. Dan jika anda tidak faham bahasa

    Inggeris, anda pasti akan menanggung kerugian kerana anda mungkin akan tersalah tekan butang, tersilap

    sana, tidak faham itu dan tidak faham ini ketika melakukan transaksinya.

    Sila ambil perhatian juga yang saya menggunakan nilai Bitcoin dalam nilai Dolar Amerika – simbolnya $

    – dalam buku ini supaya nilainya kekal konsisten dan ianya pasti akan menolong anda memahaminya.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 10

    d) Buku ini adalah asas-asas tentang Bitcoin

    Akhirnya, saya perlu terangkan bahawa saya bukan seorang pakar teknologi, bukan webmaster, bukan

    hacker dan bukan miner. Saya merupakan seorang usahawan, pengguna dan pelabur Bitcoin, seperti anda

    dan ramai pembaca lain. Lagipun, buku ini ditulis untuk pembaca awam yang ingin mempelajari asas-asas

    tentang Bitcoin. Jadi buku ini menggunakan bahasa yang mudah difahami, senang dibaca dan mempunyai

    jawapan yang straight to the point! Malah tidak ada penerangan teknikal atau rumit dalam buku ini. Jadi

    sesiapa yang hendak tahu dengan panjang lebar tentang hashrate, port 8333, Finney attack dan

    sebagainya, mereka perlulah mendapatkan maklumat tersebut di tempat lain.

    Ada faham?

    Baik.

    Sekarang, kita bermula!

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 11

    1. SEJARAH BITCOIN

    Sebelum saya memberikan definisi Bitcoin – apakah ia digital currency atau cryptocurrency? – ada

    baiknya saya menceritakan dulu asal-usul dan sejarah kewujudan Bitcoin. Saya pasti cerita ini akan

    membuka mata anda serta membuatkan anda lebih menghargai produk yang super-unik ini.

    Dunia sudah sekian lamanya – tempohnya melebihi 200 tahun – menggunakan kertas sebagai mata wang.

    Sudah tentunya banyak kebaikan yang ditawarkan oleh mata wang kertas kerana ia mampu bertahan

    begitu lama. Kebaikan ini termasuklah ianya ringan, boleh dibawa ke mana-mana, senang disimpan dan

    juga cantik dipandang.

    Malangnya mata wang kertas datang dengan beberapa poin negatif juga. Dan salah satu poin negatif yang

    utama ialah pihak yang menerbitkan mata wang tersebut boleh mencetak sebanyak mana wang yang

    mereka mahu! Walaupun situasi ini tidak berlaku setiap hari atau setiap bulan tetapi poinnya tetap sama

    iaitu mereka boleh mencetak sebanyak mana wang yang mereka mahu. Dan oleh sebab nama lain untuk

    ‘pihak yang menerbitkan mata wang’ ialah ‘kerajaan’, mereka memang boleh melakukannya dan tidak

    ada sesiapa yang boleh menahan mereka!

    Untuk menambahkan malangnya, tragedi pencetakan wang berleluasa ini memang berlaku dari semasa ke

    semasa. Dan apabila ianya berlaku, tragedi itu membawa akibat yang amat buruk kepada rakyat negara

    tersebut – hiper-inflasi. Apabila hiper-inflasi berlaku, nilai mata wang jatuh merudum dan ini

    mengakibatkan ribuan syarikat menutup kedai, berpuluh-puluh ribu staf kehilangan kerja, rusuhan, famili

    berpecah-belah dan rakyat merana. Kes hiper-inflasi telah berlaku pada tahun 1920-an di negara Jerman

    (selepas mereka kalah Perang Dunia Pertama), Argentina pada tahun 1981, Mexico pada tahun 1982,

    Yogoslavia pada tahun 1994 dan pada tahun 1990-an hingga 2009 di Zimbabwe.

    Baik. Itu kisah lama. Sekarang kita maju ke zaman moden ini ke tahun 2000 hingga sekarang.

    Atas beberapa sebab tertentu, kebanyakan negara di dunia mula mencetak wang dengan banyaknya pada

    awal dekad 2000. Alasan utama yang diberikan adalah untuk memajukan negara masing-masing. Mereka

    mencetak wang dan juga banyak berhutang. Malah hutang yang ditanggung begitu banyak, bukan hanya

    sampai sekeliling pinggang bahkan sehingga melebihi sekeliling pinggang! Sebagai contoh, hutang

    “Saya fikir Bitcoin adalah mata wang kriptografi pertama

    yang mempunyai potensi untuk mengubah dunia.”

    Peter Thiel

    Pengasas bersama Paypal

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 12

    kerajaan Amerika Syarikat (AS) ialah 55 % Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2000.

    Hutang kerajaan United Kingdom (UK) pula ialah 35 % KDNK sementara hutang kerajaan Jepun ialah 96

    % KDNK.

    Jumlah hutang itu melompat dari setahun ke setahun kerana kerajaan ketiga-tiga negara tersebut (malah

    banyak negara lain juga) dibuai keenakan wang pinjaman. Jadi angka hutang AS pada tahun 2008

    melompat menjadi menjadi 67 % (81 % pada tahun 2009), hutang UK melompat ke 50 % (64 % pada

    tahun 2009) dan hutang Jepun melompat ke 192 % (210 % pada tahun 2009)!

    Untuk menambahkan tahap toksiknya, industri kewangan turut sama memainkan peranan. Bank dan

    institusi kewangan mula bermain api dengan praktis-praktis yang bahaya dan pelik. Antara praktis pelik

    ini adalah dengan menerbitkan produk-produk kewangan yang kompleks (dan mahal) seperti collaterized

    debt obligation (CDO). Lagi satu praktis bahaya adalah apabila mereka memberikan hutang yang dikenali

    sebagai sub-prime loan kepada peminjam yang berkualiti rendah. Malah mereka menghulurkan wang

    pinjaman kepada sesiapa yang mempunyai jantung yang masih berdenyut! Kemudiannya mereka

    membayar gaji masing-masing ke tahap yang menggila sebagai ganjaran mencipta produk-produk toksik

    ini. Sebagai contoh, bekas Setiausaha Kewangan AS, Robert Rubin telah mendapat ganjaran berjumlah

    $126 juta semasa dia menjadi senior eksekutif syarikat Citigroup!

    Sudah tentu parti-parti liar ini tidak dapat bertahan, terutama apabila ianya dibiayai dengan hutang. Jadi

    pada tahun 2008, semuanya meletup!

    Krisis Kewangan Dunia itu mula meletup apabila mortgage-backed securities yang diterbitkan di AS

    gagal. Kegagalan itu menyebabkan industri kewangan di negara itu dan seterusnya satu dunia tunggang

    terbalik. Banyak bank dan institusi kewangan tutup kedai (contoh: Lehman Brothers) sementara beberapa

    bank (contoh: ABN Amro, Northern Rock, RBS dan AIG) dan institusi kewangan (contoh: Merrill

    Lynch) terpaksa diselamatkan oleh kerajaan. Malah, sistem perbankan negara Iceland terus punah dalam

    krisis tersebut.

    Jadi, untuk merumuskan cerita kita ini, sistem kewangan yang wujud di dunia pada waktu ini adalah

    toksik dan ketinggalan zaman. Ianya tidak efisien, perlahan, penuh dengan caj-caj yang pelik dan mahal,

    penuh dengan misteri dan paling utamanya, dikawal oleh mereka yang tidak bisa dan tidak mahu

    mengerti!

    Jadi dunia memerlukan satu sistem kewangan baru yang lebih efektif dan efisien.

    Dan teng! teng! teng! Sistem kewangan baru yang lebih efektif dan efisien itu sudah pun wujud. Namanya

    ialah Bitcoin!

    Apa yang menambah keunikan ceritanya ialah Bitcoin muncul pada zaman kekecohan Krisis Kewangan

    Dunia itu sendiri. Malah kita boleh buat rumusan yang Bitcoin muncul kerana Krisis Kewangan Dunia!

    Pada 31 Oktober 2008, seorang individu bernama Satoshi Nakamoto menerbitkan kertas putih yang

    bertajuk Bitcoin: A Peer-To-Peer Electronic Cash System di Internet.

    Bagaimanapun, kertas putih itu tidaklah menjadi bestseller! Malah ia hanya menarik perhatian pemaju,

    ahli teknologi dan hacker pada awal-awalnya. Konsep Bitcoin menjadi menarik kepada kumpulan ini

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 13

    kerana ianya satu produk yang wujud hanya di Internet dan kerana ianya di luar kawalan bank, institusi

    kewangan dan juga kerajaan. Jadi Bitcoin ialah anti-golongan berkuasa!

    Hari demi hari dan secara perlahan-lahan, konsep Bitcoin menjadi semakin popular.

    Dan mungkin kerana dia tidak mahu dituduh hanya pandai menulis sahaja, Nakamoto betul-betul

    menerbitkan Bitcoin pada tahun berikutnya. Jadi Bitcoin muncul pada bulan Januari 2009 dan dalam

    proses itu, menjadi cryptocurrency yang mula-mula diterbitkan di dunia.

    Mengapakah saya berkata yang Bitcoin lebih efektif dan lebih efisien?

    Berikut adalah beberapa sebabnya: ianya lebih efisien kerana anda boleh menghantar Bitcoin kepada anak

    anda yang belajar di Paris (sebagai contoh) tanpa apa-apa kos. Dia akan menerima wang itu dalam masa

    10 minit sahaja dan akan mendapat keseluruhan jumlah, tanpa apa-apa caj atau fi yang dikenakan oleh

    sesiapa.

    Transaksi ini juga selamat kerana tidak siapa yang tahu identiti anda dan juga anak anda.

    Transaksi ini direkodkan di dalam lejar yang dinamakan Blockchain, dan tidak ada siapa yang boleh

    menukar, mengubah atau mengeditkan rekod itu sampai bila-bila. Jadi tidak ada penipuan yang berlaku.

    Tidak ada autoriti (nama lain untuk ‘kerajaan’) yang boleh menerbitkan Bitcoin kerana Bitcoin tidak

    diterbitkan oleh mana-mana autoriti. Ini bermakna situasi pencetakan wang yang berleluasa tidak akan

    atau boleh berlaku. Malah jumlah Bitcoin yang boleh diterbitkan dihadkan kepada 21 juta unit sahaja.

    Jika anda pergi merantau dunia pula, anda tidak perlu membawa banyak wang di poket anda. Apa yang

    perlu dibawa hanyalah telefon bimbit anda kerana semua bayaran boleh dibuat melalui telefon bimbit itu!

    Dan anda tidak akan rugi kadar pertukaran mata wang kerana nilainya sama di serata dunia. Ini sudah

    tentu membuatkan Bitcoin lebih efektif dan efisien jika dibandingkan dengan mata wang kertas sekarang.

    Jadi Bitcoin bukan sahaja merupakan satu produk kewangan canggih yang wujud di Internet tetapi lebih

    utamanya adalah di luar sistem kewangan dunia sekarang dan di luar kawalan bank, institusi kewangan

    dan kerajaan!

    Ianya mata wang yang diterbitkan oleh rakyat, diselenggarakan oleh rakyat untuk kegunaan rakyat.

    Lebih utamanya, Bitcoin merupakan mata wang yang lebih baik daripada mata wang kertas yang kita

    gunakan sekarang.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 14

    2. APAKAH ITU BITCOIN?

    Jadi selepas bercerita panjang tadi, sekarang barulah boleh saya menerangkan lebih lanjut tentang Bitcoin

    itu sendiri.

    Berikut ialah definisi Bitcoin: ianya merupakan satu sistem pembayaran digital yang wujud di Internet.

    Tetapi sebenarnya Bitcoin bukan hanya ‘sistem pembayaran digital’. Ianya lebih daripada itu.

    Bitcoin adalah satu teknologi yang baru, jadi ianya mungkin mudah untuk anda memikirkannya sebagai

    kombinasi empat perkara:

    1. Pertama, Bitcoin merupakan sistem pembayaran untuk produk dan servis, sama seperti kad kredit.

    2. Kedua, Bitcoin merupakan sistem pembayaran peer-to-peer (individu ke individu) yang tidak

    memerlukan pembabitan orang tengah seperti bank atau institusi kewangan.

    3. Ketiga, Bitcoin adalah seperti emas (sejenis logam berharga) kerana jumlahnya terhad.

    Perbezaannya ialah Bitcoin boleh ditukar milik dengan cepat secara online.

    4. Keempat, Bitcoin adalah seperti Internet di mana tidak ada individu, negara atau entiti yang

    menyelia atau mengawalnya.

    Keempat-empat faktor ini berkerjasama malah saling memperkukuhkan antara satu dengan lain. Jadi

    sekarang kita mempunyai satu produk baru – Bitcoin – yang merupakan sistem pembayaran yang

    berharga, mudah, efektif dan efisien!

    Bitcoin dibahagikan kepada sembilan angka dan unit yang paling kecil (0.00000001) dinamakan satoshi

    sempena nama pengasasnya. Simbol yang digunakan untuk mewakili Bitcoin ialah BTC.

    Dan oleh sebab satu dunia masih pening mengenainya, ada orang mengklasifikasikan Bitcoin sebagai

    currency. Ada pula yang tidak setuju. Lalu mereka memanggilnya digital cash, cryptocurrency, electronic

    money dan malah virtual currency! Pak Husin pula bertanya, “Menatang apa Bitcoin ni?”

    “Pada intinya, Bitcoin ialah mata wang pintar, yang direka oleh jurutera bijak

    yang berpandangan ke hadapan. Ia menghapuskan keperluan bank, menghapuskan

    yuran kad kredit, yuran pertukaran mata wang, yuran pemindahan wang, dan

    mengurangkan keperluan untuk peguam dalam peralihan ...

    semua perkara baik.”

    Peter Diamandis

    Pengasas XPRIZE Foundation

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 15

    3. KELEBIHAN BITCOIN

    Berikut adalah beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh Bitcoin:

    a) Cepat dan pantas

    Transaksi Bitcoin adalah cepat dan pantas kerana ia mengambil masa hanya 10 minit untuk wang itu tiba

    di wallet penerima. (Untuk pengetahuan anda, masa 10 minit itu diperlukan untuk transaksi tersebut

    disahkan oleh para miner.) Ya, itulah masa yang diperlukan untuk Bitcoin tiba di wallet penerima

    walaupun dia berada di Eropah, Amerika Selatan malah di penghujung dunia sekalipun! Jika tempat itu

    mempunyai Internet, transaksi Bitcoin pasti boleh berlaku.

    Anda juga tidak perlu mengisi apa-apa borang untuk menghantar atau menerima Bitcoin. Malah anda

    tidak perlu membawa kad pengenalan, pasport, surat beranak atau surat daripada penghulu! Dan sudah

    tentunya anda tidak perlu hadir di mana-mana pejabat untuk melakukan transaksi Bitcoin.

    b) Kos yang rendah

    Transaksi Bitcoin juga murah jika dibandingkan dengan transaksi mata wang kertas. Fi yang dikenakan

    oleh para miner adalah rendah jika dibandingkan dengan fi yang dikenakan oleh bank dan institusi

    kewangan.

    Kos menghantar Bitcoin ke luar negara juga adalah jauh lebih rendah kerana anda tidak dihentam dengan

    kadar pertukaran mata wang yang tinggi seperti yang berlaku sekarang.

    c) Selamat

    Bitcoin dikunci dalam sistem kriptografi awam yang amat canggih. Dan sistem kriptografi yang canggih

    ini menjadikannya mustahil untuk sesiapapun membolosi skema sistem ini.

    Penghantaran Bitcoin pula hanya boleh dilakukan oleh pemilik private key. Tidak ada orang lain yang

    boleh melakukannya.

    Ini bermakna tahap sekuriti Bitcoin adalah amat tinggi dan ini menjadikannya selamat.

    d) Tidak ada chargeback

    Peniaga juga gembira menerima Bitcoin kerana konsep chargeback atau pulangan wang tidak wujud

    dalam Bitcoin. Selepas pembelian berlaku, si pembeli tidak boleh membatalkan transaksi atau menuntut

    wangnya kembali sepertimana yang berlaku dalam pembelian kad kredit sekarang.

    Ini tidak bermakna bisnes tidak boleh menawarkan money back guarantee dalam Bitcoin. Mereka masih

    boleh menawarkan konsep ini. Tetapi sekarang semuanya dalam tangan si penjual. Jika mereka

    menawarkan konsep ini, mereka boleh memulangkan Bitcoin tersebut kepada si pembeli jika perlu.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 16

    e) Tidak ada cukai

    Apabila anda membuat pembelian menggunakan mata wang kertas di kebanyakan negara, anda akan

    dikenakan cukai. Ini termasuklah cukai perkhidmatan dan cukai GST.

    Bagaimanapun, cukai tidak wujud dalam dunia Bitcoin! Ya, tidak ada cukai jualan, cukai perkhidmatan

    dan GST dalam Bitcoin.

    Ini sudah tentu satu keuntungan kepada pengguna kerana mereka membayar harga yang lebih rendah

    apabila mereka menggunakan Bitcoin.

    f) Telus

    Sistem kewangan yang wujud dalam dunia sekarang menggunakan sistem lejar yang tertutup. Maklumat

    yang direkodkan disembunyikan untuk tujuan sekuriti. Malangnya sistem ini mengundang

    penyelewengan dan penipuan. Kita tidak tahu sama ada semua transaksi direkodkan. Maklumat juga

    boleh diedit, diubah serta dimanipulasi. Oleh sebab itu, banyak penipuan dan salah laku yang berlaku.

    Dan penipuan ini bukan sahaja dilakukan oleh pekerja malahan oleh pemimpin, peneraju syarikat dan ahli

    majlis tertinggi!

    Operasi Bitcoin yang menggunakan sistem Blockchain, yang merupakan lejar yang telus dan terbuka

    sudah tentu lebih baik daripada sistem lejar yang tertutup. Semua transaksi direkodkan dan perlu

    diluluskan sebelum boleh ditambah dalam sistem Blockchain. Dan transaksi serta kelulusan ini dilakukan

    oleh ribuan manusia dan komputer! Rekod transaksi ini juga kekal buat selamanya dan boleh diperiksa

    oleh sesiapa sahaja yang berminat.

    Jika sistem telus sebegini dipraktikkan dalam sistem kewangan dunia sekarang, saya rasa lebih 50 peratus

    daripada insiden pecah amanah dan penipuan tidak akan berlaku.

    g) Tahap privasi

    Dalam masa yang sama, walaupun semua transaksi Bitcoin direkodkan dalam lejar Blockchain dan boleh

    dilihat oleh semua mata, identiti mereka yang melakukan transaksi tersebut – penghantar dan

    penerimanya – adalah tersembunyi. Jika mereka tidak memberitahu pihak ketiga, tidak ada siapa yang

    akan tahu identiti mereka.

    “Apabila nilai naik, kepala mula berpusing dan skeptis mula lembut. Memulakan mata wang baru

    adalah mudah, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Masalahnya adalah untuk memujuk orang

    supaya menerimanya, kerana penggunaan merekalah yang memberikan nilai terhadap mata wang

    tersebut.”

    Adam B. Levine

    CEO Tokenly

    PENGENALAN DAN OPERASI

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 17

    Jadi ini bermakna tahap privasi dalam Bitcoin adalah amat tinggi.

    Informasi pengguna Bitcoin juga tidak boleh dijual atau dicuri sepertimana yang berlaku sekarang. Untuk

    makluman anda, banyak bisnes termasuklah institusi kewangan menjual data anda kepada pihak yang

    berminat. Tetapi oleh sebab identiti pengguna Bitcoin adalah tersembunyi, bisnes tidak boleh menjual

    identiti anda.

    h) Alternatif yang lebih baik

    Lebih 2.5 bilion penduduk dunia tidak mempunyai akaun bank! Ya, mereka tidak mempunyai akaun

    simpanan, akaun semasa ataupun kad kredit. Situasi ini wujud kerana kemiskinan, kos perbankan yang

    tinggi, tahap birokrasi yang tinggi dan kerana mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman.

    Terdapat juga beberapa negara di mana kerajaannya korup, sistem kewangan termasuk bank tidak boleh

    dipercayai dan kadar jenayahnya tinggi.

    Jadi penggunaan mata wang kertas adalah kurang baik untuk mereka ini.

    Bitcoin memberikan golongan ini alternatif yang lebih baik kerana Bitcoin tidak memerlukan campur

    tangan kerajaan, bank atau orang tengah. Bitcoin memberikan kepercayaan dan sekuriti dan dalam masa

    yang sama mengurangkan risiko kerana ianya tidak menggunakan orang tengah.

    Jadi jika dulu 2.5 bilion penduduk dunia ini hanya menjadi pemerhati, Bitcoin membolehkan mereka

    untuk turut serta dan berinteraksi dalam sistem ekonomi semasa!

    i) Anda memilikinya secara mutlak

    Anda memiliki Bitcoin anda secara mutlak kerana tidak ada sesiapa, syarikat, agensi atau kerajaan yang

    boleh mengganggu, mengambil atau membekukan wallet Bitcoin anda. Ianya merupakan sistem

    pembayaran peer-to-peer, anda mempunyai lebih banyak kebebasan menggunakan Bitcoin jika

    dibandingkan dengan mata wang kertas.

    j) Anda boleh mencipta wang anda sendiri!

    Akhirnya, anda juga boleh mencipta Bitcoin – wang anda sendiri – jika anda mahu! Apa yang anda

    perlukan hanyalah komputer mining yang cukup power dan anda sudah boleh turut serta dalam usaha

    mining! Wajah, rupa, darjat, bangsa, kerakyatan malah tahap pelajaran langsung tidak menjadi faktor

    dalam usaha untuk menjadi seorang miner. Sesiapa sahaja boleh menjadi miner.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 18

    4. KEKURANGAN BITCOIN

    Tuan-tuan dan puan-puan, produk kewangan yang sempurna tidak wujud! Semuanya, saya ulang, semua

    produk kewangan mempunyai kebaikan dan kekurangan masing-masing. Jadi sesiapa yang berkata

    sebaliknya seperti produk X adalah yang terbaik dan tidak mempunyai apa-apa kekurangan langsung,

    orang itu ialah (a) penjual X, atau (b) mabuk, atau (c) penjual X yang sedang mabuk!

    Oleh sebab inilah situasinya, dan untuk memberikan anda pandangan 360 darjah tentangnya, berikut

    adalah kekurangan Bitcoin:

    a) Ketidaktentuan nilai

    Sudah tentu kekurangan Bitcoin yang utama ialah ketidaktentuan nilainya.

    Walaupun nilai kebanyakan mata wang, emas, perak malah saham naik turun setiap hari, pada amnya

    nilai semua instrumen kewangan ini agak stabil dari sehari ke sehari.

    Nilai Bitcoin pula boleh naik turun melebihi 10 % dalam sehari!

    Sebagai contohnya, nilai Bitcoin pada 1 Januari 2017 ialah $998.99 sementara nilainya pada 1 September

    2017 ialah $4,904.90 Ini adalah kenaikan hampir 390 % dalam masa hanya lapan bulan (walaupun tidak

    ada seorang pengguna yang memiliki Bitcoin pada waktu tersebut yang akan kompelin!).

    Data ini menarik kerana nilainya naik.

    Malangnya nilai Bitcoin tidak sentiasa naik.

    Sebagai contohnya, nilai Bitcoin merudum dari $4,911.80 pada 2 September ke $4,200.40 pada 4

    September 2017 (setelah Bank Pusat China mengharamkan ICO di negara tersebut). Ini kejatuhan $711

    dalam masa hanya dua hari!

    Jadi Bitcoin mempunyai ketidaktentuan nilainya.

    Dalam masa yang sama, jika anda menerima ‘kekurangan’ ini (seperti yang saya lakukan sendiri), maka

    ianya tidaklah menjadi isu besar.

    b) Transaksi muktamad

    Semua transaksi Bitcoin adalah muktamad. Apabila anda klik butang ‘send’, transaksi tersebut tidak

    boleh ditarik balik, dibatalkan, diedit atau dipertikaikan. Bitcoin itu akan pergi buat selama-lamanya!

    Walaupun fakta ini tidak semestinya menjadi satu kekurangan yang hebat, ia mungkin menimbulkan

    masalah kepada pengguna-pengguna baru. Mereka ambil ringan, cuai atau tidak tahu akan fakta ini. Jadi

    mereka menghantar Bitcoin ke alamat yang salah, dan kemudiannya marah kerana tidak boleh

    membatalkan transaksi tersebut.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 19

    Sebenarnya, kekurangan ini boleh dihapuskan terus oleh pengguna Bitcoin itu sendiri. Pertamanya,

    mereka perlu menerima fakta yang Bitcoin adalah berlainan daripada sistem mata wang kertas. Dan oleh

    sebab ianya berlainan, maka ini bermakna terdapat beberapa praktis dalam Bitcoin yang berlainan

    daripada sistem mata wang kertas. Salah satunya ialah kesemua transaksi Bitcoin adalah muktamad. Jadi

    sebelum mereka klik butang ‘send’, periksa, periksa dan periksa lagi yang jumlah Bitcoin dan alamatnya

    adalah betul.

    c) Masalah scalability

    Lagi satu kekurangan Bitcoin ialah masalah scalability dalam network Bitcoin.

    Masalah scalability ini timbul kerana setiap blok dalam jaringan Bitcoin dihadkan saiznya. (Untuk

    mereka yang berminat, hadnya ialah 1 MB per data blok atau lebih kurang tiga transaksi setiap saat.

    Sebagai perbandingan, kad kredit Visa memproseskan 2,000 transaksi setiap saat.)

    Had ini memang ditetapkan dari mulanya untuk melindungi Bitcoin daripada serangan hacker.

    Malangnya, had ini juga memperlahankan proses meluluskan transaksi setiap blok. Masalah ini menjadi

    kronik kerana jumlah transaksi Bitcoin semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Ini bermakna, kita

    semua perlu menunggu untuk mendapatkan kelulusan setiap transaksi yang dilakukan.

    Walaupun proses meluluskan transaksi setiap blok telah dipercepatkan dengan perlaksanaan SegWit baru-

    baru ini, tempoh kelulusan itu masih perlahan jika dibandingkan dengan transaksi kad kredit dan cara

    pembayaran yang lain.

    Jika situasi ini berterusan, berkemungkinan besar Bitcoin hanya akan digunakan sebagai instrumen untuk

    mengekalkan nilai (seperti emas) dan bukan sebagai mata wang.

    d) Fi

    Semua transaksi Bitcoin adalah percuma sewaktu Bitcoin dilancarkan. Ya, tidak ada fi yang dikenakan

    dulu. Waktu itu, ganjaran yang diterima oleh para miner untuk memproses dan meluluskan setiap blok

    ialah melalui terbitan Bitcoin yang baru semata-mata. Apabila Bitcoin semakin popular dan jumlah miner

    bertambah, kerja untuk memproses dan meluluskan setiap blok menjadi lebih rumit sementara

    ganjarannya berkurangan! Jadi untuk mengekalkan minat mereka untuk meneruskan kerja mining, fi mula

    dikenakan. (Jadi sekarang, ganjaran miner ialah kombinasi Bitcoin baru dan fi yang dikenakan.)

    Walaupun anda tidak diwajibkan untuk membayar fi tersebut, transaksi anda akan mengambil masa yang

    lama untuk diproseskan jika anda tidak membayar fi kerana para miner akan memberi lebih keutamaan

    kepada transaksi yang membayar fi.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 20

    Suatu hari nanti apabila semua Bitcoin telah pun diterbitkan (jumlahnya dihadkan kepada 21 juta unit

    sahaja), para miner akan mendapat ganjaran dalam bentuk fi sahaja kerana tidak ada Bitcoin baru yang

    akan diterbitkan lagi. Waktu itu, fi itu mungkin naik.

    e) Penggunaan elektrik yang tinggi

    Untuk memproseskan setiap blok Bitcoin, para miner perlu menyelesaikan masalah matematik.

    Masalahnya ialah proses ini menggunakan kuasa daya komputer dan kuasa elektrik yang tinggi.

    Inilah sebabnya majoriti gudang-gudang mining Bitcoin terletak di negara China dan Eropah Timur

    kerana kos elektrik di sana lebih murah.

    Seorang profesor di University of Queensland di Australia, Profesor John Quiggin, membuat pengiraan

    yang setiap hari network Bitcoin menggunakan kuasa elektrik yang boleh memberi kuasa elektrik kepada

    50 buah rumah selama setahun!

    Situasi ini akan menjadi lebih kronik apabila lebih ramai orang menggunakan Bitcoin.

    Untuk merumuskan bahagian ini, saya perlu mengingatkan yang Bitcoin bukan sahaja produk baru tetapi

    ianya turut memperkenalkan teknologi baru. Malah teknologi itu ditermakan sebagai disruptive

    technology atau teknologi yang mengacau situasi semasa. Oleh sebab itu, ramai orang tidak

    memahaminya dan tidak selesa dengannya. Dan mereka ini hanya melihat keburukannya sahaja.

    Jadi Bitcoin tidak ubah seperti Uber dan Grab semasa kedua-dua syarikat/servis/teknologi ini mula

    muncul di Malaysia. Ramai orang yang tidak memahaminya, dan ramai yang tidak selesa dengannya.

    “Siapa yang memberikan permit untuk orang ini membawa penumpang? Siapa yang pantau kualiti kereta-

    kereta ini? Siapa yang periksa asal-usul semua pemandu ni?” mereka bertanya. Malah berlaku beberapa

    pergaduhan di antara pemandu teksi dan pemandu Uber/Grab.

    Setelah setahun dua berlalu, kita bukan sahaja menerima Uber/Grab, tetapi ramai orang yang hanya akan

    menggunakan servis kedua-dua syarikat ini dan tidak mahu ambil teksi lagi kerana mereka tahu servis

    yang ditawarkan oleh Uber/Grab adalah jauh lebih baik berbanding servis teksi.

    Begitulah juga situasinya dengan Bitcoin. Walaupun sebenarnya Bitcoin telah wujud lebih lama daripada

    Uber/Grab tetapi oleh sebab tahap penerimaannya di Malaysia masih rendah, ribuan orang masih tidak

    memahaminya dan oleh itu mereka tidak selesa dengannya. Mereka ini hanya nampak kekurangan Bitcoin

    dan mengabaikan berbagai-bagai kebaikan yang ditawarkan oleh Bitcoin. Jika mereka memahaminya dan

    lebih utamanya, menggunakannya sendiri, mereka akan sedar akan kelebihan Bitcoin. Dan saya tidak

    hairan jika masa itu mereka berkata yang mereka hanya akan menggunakan Bitcoin!

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 21

    5. APAKAH ITU WALLET?

    Wallet, seperti namanya, adalah tempat di mana anda menyimpan Bitcoin dan/atau cryptocurrency anda.

    Sebenarnya, wallet ini tidak wujud secara fizikal. Ianya wujud dalam bentuk maya jadi mungkin lebih

    baik untuk anda memikirkannya sebagai akaun digital Bitcoin anda.

    Setiap wallet mempunyai dua data yang penting. Data yang pertama ialah public address (alamat) yang

    mempunyai kombinasi 26+ angka dan huruf (contoh: 1BvPTEYstWetqTFn7Au4m2GFg5xJaNVN3). Dan

    sepertimana anda memberikan e-mel anda kepada orang lain supaya mereka dapat menghantar e-mel

    kepada anda, anda berikan public address ini kepada penghantar supaya mereka dapat menghantar

    Bitcoin kepada anda. Ambil perhatian, anda boleh menjana public address yang berbeza dalam satu

    wallet.

    Apabila anda hendak menghantar Bitcoin pula, anda hantarkan Bitcoin itu kepada public address si

    penerima.

    Data yang kedua ialah private key anda. Private key ini adalah kata laluan (password) anda untuk

    mendapat akses ke dalam wallet anda. Ianya adalah bukti yang andalah tuan punya Bitcoin yang terdapat

    di dalam wallet tersebut. Ianya juga membolehkan anda melakukan transaksi serta menghantar Bitcoin

    keluar dari wallet anda.

    Saya perlu mengingatkan yang anda perlu berhati-hati dengan maklumat private key anda. Pertamanya,

    anda perlu merahsiakannya. Jika ada orang yang tahu maklumat tersebut, mereka boleh membelanjakan

    Bitcoin anda! Keduanya, anda juga perlu membuat backup. Jika anda terlupa atau kehilangan maklumat

    tersebut, anda tidak akan dapat akses ke Bitcoin anda dan ini akan mengakibatkan anda kehilangan

    Bitcoin itu buat selama-lamanya!

    Tahap sekuriti berbeza antara wallet yang berbeza. Wallet yang digunakan secara harian mempunyai

    akses yang pantas (dan oleh itu, tahap sekuriti yang minimal) sementara terdapat juga wallet yang

    mempunyai tahap sekuriti yang amat canggih.

    Terdapat empat jenis wallet:

    1) Wallet software: Bitcoin anda disimpan dalam apps yang terletak di hard drive komputer anda.

    2) Wallet web: wallet anda disimpan oleh sebuah syarikat online.

    3) Wallet hardware: anda simpan Bitcoin anda di dalam sebuah peranti (device) fizikal.

    4) Wallet kertas: anda cetak data Bitcoin di atas kertas.

    Yang mana satu menjadi pilihan anda bergantung kepada tujuan anda berinteraksi dengan Bitcoin, bajet

    dan lokasi anda. Sebagai contoh, jika anda melakukan banyak jual beli (anda seorang trader), maka wallet

    online merupakan pilihan terbaik untuk anda kerana ia tidak memerlukan banyak kerenah atau birokrasi

    untuk membuat pembelian.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 22

    6. APAKAH PERBEZAAN ANTARA HARD WALLET DAN COLD STORAGE?

    Hot wallet ialah jenis wallet yang sentiasa online. Ianya mempunyai talian sambungan yang aktif kepada

    jaringan Bitcoin anda, dan anda boleh membuat pembelian, membuat deposit serta mengeluarkan Bitcoin

    dengannya. Jadi ianya sentiasa panas!

    Cold storage ialah wallet yang offline. Dua contoh wallet cold storage ialah Trezor dan Ledger Nano S.

    Kedua-duanya datang dalam bentuk USB.

    Gambar 6.1: Ledger Nano S

    Anda hanya akan menyambungkan wallet cold storage online apabila perlu sahaja, selalunya apabila anda

    hendak memindahkan Bitcoin dari hot wallet anda.

    Selalunya, pengguna akan menyimpan sedikit Bitcoin di hot wallet untuk kegunaan harian sementara

    kebanyakan Bitcoin yang lain disimpan di cold storage.

    Tindakan begini dibuat adalah untuk tujuan sekuriti. Bitcoin yang disimpan di hot wallet terdedah kepada

    serangan hacker. Ya, walaupun dengan pelbagai tahap sekuriti, selagi mana wallet itu online, ianya

    terdedah kepada serangan hacker. Dan jika hacker itu berjaya membolos masuk ke dalam hot wallet anda,

    mereka pasti akan menyapu bersih semua Bitcoin anda!

    Oleh sebab itulah anda perlu menyimpan kebanyakan Bitcoin anda dalam cold storage kerana ianya

    selamat daripada serangan hacker.

    Mungkin ini boleh menolong anda: fikirkan hot wallet sebagai akaun semasa sementara cold storage

    sebagai dana rizab!

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 23

    7. DI MANA UNTUK MENDAPATKAN WALLET

    Kebanyakan exchange menyediakan hot wallet untuk kemudahan pelanggan mereka. Selalunya mereka

    menguatkuasakan 2FA/MFA (two factor authentication) seperti Google Authenticator apabila anda mahu

    mengeluarkan wang, dan mungkin juga meminta passphrase untuk menambahkan lagi tahap sekuriti.

    Ada juga syarikat yang menawarkan hot wallet walaupun mereka bukan exchange. Exodus menawarkan

    hot wallet yang berada di desktop komputer anda sementara StrongCoin menawarkan hot wallet di server

    mereka. Blockchain.info juga menawarkan servis hot wallet yang bernama Bitcoin Wallet di server

    mereka. Secara kebetulan, Bitcoin Wallet merupakan hot wallet yang paling popular di dunia dengan

    lebih 16 juta pengguna sewaktu buku ini diterbitkan!

    Sebuah syarikat exchange, Coinbase, juga menawarkan cold storage yang mereka termakan sebagai vault.

    Seperti yang telah dijawab sebelum ini, dua contoh wallet cold storage jenis hardware ialah Trezor dan

    Ledger Nano S.

    Gambar 7.1: Trezor

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 24

    8. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN?

    Wah! Nampaknya anda sudah tidak sabar-sabar lagi hendak beli Bitcoin!

    Baik. Anda boleh membeli Bitcoin daripada exchange atau daripada individu yang boleh anda temui di

    marketplace.

    Bayaran yang diterima ialah tunai, kad kredit, kad debit, bank transfer dan malah cryptocurrency yang

    lain. Cara bayarannya bergantung kepada lokasi (negara) anda dan daripada siapa anda membelinya.

    Bagaimanapun, langkah pertama yang anda perlu lakukan untuk membuat pembelian adalah dengan

    mendapatkan wallet. (Sila rujuk jawapan tentang wallet.)

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 25

    9. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN DI MALAYSIA?

    Sebenarnya, anda boleh membeli Bitcoin daripada kebanyakan exchange yang beroperasi di Internet. Ini

    termasuklah Coinbase, BitQuick, BitBargain dan CoinCorner. Tetapi oleh sebab semua exchange ini tidak

    menerima ringgit Malaysia, anda perlu menukar ringgit kepada bentuk mata wang yang mereka terima

    terlebih dahulu (selalunya Dolar AS, pound sterling ataupun Euro) untuk membuat pembelian tersebut.

    Jadi leceh sikitlah!

    Oleh itu, saya rekomen anda untuk menggunakan salah satu daripada dua exchange yang beroperasi di

    Internet dan juga di Malaysia – Luno.com dan LocalBitcoins.com. Saya rekomen mereka kerana kedua-

    dua exchange ini menerima ringgit. Jadi anda hanya perlu depositkan ringgit ke dalam wallet dan

    kemudiannya anda boleh terus membuat pembelian.

    Bila anda jual Bitcoin pula, anda boleh terus menerima ringgit dan kemudian pindahkan wang itu ke

    dalam akaun bank anda. Cepat dan mudah.

    Oleh sebab proses pembelian dan peraturan di antara kedua-dua exchange ini berbeza, anda perlu log

    masuk ke laman web exchange yang berkenaan untuk mengetahui langkah sebenar untuk membuat

    pembelian.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 26

    10. APAKAH ITU EXCHANGE?

    Sepertimana pengguna membeli dan menjual saham di bursa saham, exchange ialah laman web di mana

    pengguna boleh membeli dan menjual Bitcoin dan cryptocurrency lain.

    Contoh exchange ialah Luno, Coinbase, LocalBitcoins, Kraken dan BitPanda. Ambil perhatian yang

    hanya beberapa exchange sahaja yang beroperasi di kebanyakan negara di seluruh dunia (contoh:

    CoinBase dan LocalBitcoins). Kebanyakan exchange beroperasi hanya di beberapa negara tertentu sahaja

    (contoh: Luno yang beroperasi di Afrika Selatan, Singapore, Indonesia dan Malaysia sahaja).

    Untuk bertransaksi di exchange tertentu, pengguna perlulah mendaftarkan diri dengan exchange tersebut

    dahulu. Selalunya mereka akan bermula dengan proses pengesahan identiti mereka.

    Apabila proses pengesahan itu berjaya, barulah akaun dibuka untuk pengguna. Mereka kemudiannya

    perlu memindahkan dana ke dalam akaun ini sebelum mereka dapat membeli Bitcoin. Ada juga exchange

    (contohnya Luno) yang mengehadkan jumlah transaksi bergantung kepada tahap pengesahan diri

    pengguna. Lebih banyak maklumat yang diberikan oleh pengguna, lebih tinggilah jumlah Bitcoin yang

    mereka dapat beli/jual.

    Cara untuk mendeposit dana ke dalam exchange mungkin berbeza antara exchange yang berbeza. Cara

    tersebut termasuklah pindahan atas talian, direct bank-in, draf bank, kad kredit, kad debit dan wire

    transfer.

    Pengguna yang ingin mengeluarkan wang dari akaunnya pula boleh menggunakan opsyen yang

    disediakan oleh exchange seperti pindahan atas talian, PayPal, direct bank-in, cek atau kad kredit.

    Sudah tentu pihak exchange tidak membuat semua kerja ini dengan percuma! Mereka juga mendapat

    habuan mereka. Habuan yang pertama ialah melalui fi yang dikenakan kepada pengguna setiap kali

    mereka membuat transaksi membeli dan menjual Bitcoin. Habuan yang kedua ialah melalui fi yang

    dikenakan kepada pengguna untuk mendeposit dan mengeluarkan wang dari akaun mereka. Selain fi

    transaksi dan yuran pemindahan dana, pengguna juga boleh dikenakan fi penukaran mata wang. Jumlah

    semua fi ini bergantung kepada polisi exchange berkenaan.

    Saya perlu menambah, tidak semuanya indah belaka dalam dunia Bitcoin.

    Satu masalah yang boleh timbul apabila anda menggunakan exchange ialah sekiranya exchange tersebut

    menghadapi masalah kewangan atau masalah dengan bank, wang anda (yang berada dalam pegangan

    mereka) mungkin turut sama tersangkut dalam masalah itu.

    Untuk pengetahuan anda, Mt. Gox (satu exchange yang popular pada awal-awal usia Bitcoin)

    menghadapi masalah ini sebelum exchange itu menutup operasi dan kemudiannya diisytiharkan bankrup.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 27

    11. APAKAH YANG ANDA BOLEH BELI DENGAN BITCOIN?

    Jadi sekarang anda sudah mempunyai Bitcoin di tangan (atau lebih tepatnya di wallet anda). Anda

    teringin hendak membelanjakan sedikit daripada Bitcoin tersebut. Siapakah yang menerima Bitcoin anda?

    Mengikut laporan, lebih 160,000 bisnes menerima pembayaran dalam bentuk Bitcoin. Malangnya untuk

    kita, kebanyakan tempat yang menerima Bitcoin buat masa ini beroperasi di negara-negara barat

    terutamanya Amerika Syarikat. Antara syarikat yang menerima Bitcoin termasuklah Microsoft, Dell,

    DISH Network, Overstock dan Newegg. Kesemua syarikat ini menerima bayaran dalam bentuk Bitcoin

    dan anda boleh memesan produk fizikal dan juga servis daripada mereka.

    Anda juga boleh membeli gift card dengan Bitcoin. Dan gift card ini boleh digunakan di banyak kedai

    seperti Walmart, Amazon, Target and Nike.

    Expedia, sebuah syarikat pelancongan online, menerima tempahan dengan Bitcoin dan juga beberapa

    cryptocurrency yang lain.

    Pembekal platform pembayaran seperti PayPal dan kad kredit juga menerima Bitcoin.

    Anda juga boleh membayar tip dan menderma dengan Bitcoin. Sebagai contoh, Human Rights

    Foundation, Wikipedia Foundation dan TheWaterProject.org menerima derma dalam bentuk Bitcoin.

    Malah, Wikileaks juga menerima Bitcoin! Ini amat menarik jika anda mempunyai apa-apa maklumat

    tentang derma $2.6 bilion (ehem, ehem) yang disebut-sebut oleh orang itu!

    “Okey, okey, okey. Semua maklumat ini nampaknya hanya berguna jika saya tinggal di Amerika

    Syarikat. Bagaimana pula situasinya di Malaysia?”

    Buat masa ini, hanya segelintir bisnes di Malaysia yang menerima Bitcoin. Berikut adalah senarai bisnes

    yang menerima Bitcoin (ambil perhatian, senarai ini saya peroleh daripada laman web Luno.com; saya

    tidaklah pergi periksa sama ada mereka benar-benar menerima Bitcoin atau tidak!):

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 28

    Nama Bisnes

    BolehVPN

    Codashop

    Cygnus IT Solutions

    Dae Jang Geum

    ExpressVPN

    Footsteps

    GeekZen

    HostPro2U

    Ipmart

    Jeq in the House, PJ

    L&W Car Rental

    Nook Bangsar

    One Edu Smart Resources

    OverStock

    PDABase

    RuzNor Corner

    Seishinkan Aikido di Kuching

    Shell Petrol station di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur

    Spyking

    Vape Club International

    Viv’s Boutique Cafe & Restaurant

    Jijah’s NK Stall!

    PENGENALAN DAN OPERASI

    https://www.bolehvpn.net/https://www.codashop.com/my/http://cygnus.com.my/https://www.google.com/maps?q&layer=c&cbll=5.9516406,116.0533197https://www.expressvpn.com/https://www.google.co.za/search?q=footsteps+outdoor+malaysia&oq=footste&aqs=chrome.2.69i60j0j69i59j69i57j69i59j0.2252j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8#q=footsteps+outdoor+malaysia&rflfq=1&rlha=0&rllag=3064336,101614364,8715&tbm=lcl&rldimm=5526465833953529415&tbs=lf_msr:-1,lf_od:-1,lf_oh:-1,lf_pqs:EAE,lf:1,lf_ui:10&*http://www.geekzen.com/http://www.hostpro2u.com/http://www.ipmart.com.my/main/index.phphttps://www.facebook.com/jeqinthehouse/http://www.lwcarrent.com/http://nook.my/https://www.luno.com/blog/en/post/www.shortcoursemalaysia.comhttps://www.overstock.com/https://www.pdabase.com.my/https://www.facebook.com/pg/ruznorcorner/about/?tab=overviewhttp://seishinkanaikido.com/https://www.google.com/maps/dir/3.1513035,101.7059174/@3.1517219,101.6362315,12z/data=!3m1!4b1http://www.spyking.org/https://vapeclubmy.com/https://www.facebook.com/vivsloungettdi/

  • 29

    Saya rasa berkemungkinan terdapat beberapa syarikat dan organisasi lain yang menerima Bitcoin di

    Malaysia tetapi jumlahnya pasti sedikit sahaja. (Saya difahamkan yang Bitcoin semakin rancak dan

    popular di Singapura.) Jadi dalam kata lain, tidak banyak tempat untuk anda membelanjakan Bitcoin anda

    di Malaysia buat masa ini.

    Tetapi tidak perlu risau, bro, sebab apa yang pasti ialah jumlah organisasi dan syarikat yang menerima

    Bitcoin hanya akan bertambah setiap hari.

    Ini adalah berita yang amat baik. Semakin banyak tempat yang menerima Bitcoin, semakin mudahlah

    hidup anda (tidak perlu bawa tunai yang banyak) dan semakin tinggilah nilai Bitcoin!

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 30

    12. CARA MENJUAL BITCOIN ANDA

    Terdapat dua cara untuk menjual Bitcoin anda: online ataupun secara personal.

    Menjual Bitcoin melalui online

    Menjual Bitcoin melalui online adalah amat popular. Dan terdapat tiga cara untuk menjual Bitcoin anda

    melalui online.

    a) Direct Trade

    Dua laman web yang menawarkan jualan secara Direct Trade ialah Coinbase dan LocalBitcoins.

    Anda perlu mendaftarkan diri sebagai seorang penjual di laman web berkenaan sebelum anda dibenarkan

    untuk menjual. Proses pendaftaran ini termasuklah mengesahkan identiti anda. Setelah anda mendaftarkan

    diri, anda boleh membuat tawaran untuk menjual. Laman web tersebut akan memberi alert (amaran)

    kepada anda apabila seorang pembeli ingin berinteraksi dengan anda. Dari situ, anda berinteraksi terus

    dengan pembeli walaupun proses penjualannya masih melalui laman web yang berkenaan.

    b) Exchange

    Anda juga boleh menggunakan exchange untuk menjual Bitcoin anda. Malah, prosesnya lebih mudah

    berbanding menggunakan Direct Trade.

    Pihak exchange bertindak sebagai orang tengah dan memegang currency kedua-dua pihak supaya tidak

    ada penipuan berlaku.

    Proses jualannya begini: Anda post sell order, nyatakan volume (jumlah), jenis currency (contoh –

    Bitcoin) dan harga per unit.

    Apabila pembeli muncul dan order belinya padan dengan order jual anda, pihak exchange akan

    menyempurnakan transaksi tersebut. Setelah transaksi siap, wang belian (tolak fi yang dikenakan oleh

    exchange berkenaan) akan dikreditkan ke dalam wallet anda. Semuanya beres!

    c) Peer-to-peer trading marketplace

    Satu perkembangan terkini ialah kewujudan laman web seperti Brawker dan Purse yang menemukan dua

    kumpulan yang mempunyai kemahuan yang seiring.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 31

    Kumpulan yang pertama ialah mereka yang ingin menggunakan Bitcoin untuk membeli barangan dari

    tempat yang belum menerima cryptocurrency sementara kumpulan kedua ialah mereka yang ingin

    membeli Bitcoin dengan menggunakan kad kredit/debit. Jadi laman web tersebut menemukan mereka,

    yang berakhir dengan satu kumpulan menjual Bitcoin dan kumpulan yang kedua menjual produk dengan

    harga diskaun. Jadi semua pihak menang di sini!

    Marketplace tersebut bertindak sebagai orang tengah di samping menawarkan servis wallet dan escrow

    untuk transaksi.

    Menjual Bitcoin secara personal (face to face)

    Menjual secara personal mungkin cara yang paling cepat dan senang untuk menjual Bitcoin terutamanya

    jika anda menjual Bitcoin kepada orang yang anda sudah kenal seperti rakan atau kaum keluarga. Apa

    yang perlu dilakukan ialah imbas kod QR di telefon bimbit pembeli dan kemudian menerima tunai

    daripada pembeli. Atau anda boleh menghantarkan Bitcoin anda ke wallet mereka dan kemudiannya

    mengutip tunai daripada mereka. Habis cerita!

    Walau bagaimanapun, ceritanya panjang sikit jika anda menjual kepada orang yang belum dikenali.

    Berikut adalah beberapa tip untuk memudahkan transaksi dan juga menjamin keselamatan anda:

    Bersetuju dengan harga awal-awal lagi.

    Gunakan harga di Coin Desk Bitcoin Price Index sebagai panduan.

    Awasi akan naik turun harga Bitcoin dalam ringgit.

    Bertemu di kawasan awam atau pergi dengan teman/rakan.

    Ingat yang anda memegang jumlah tunai yang banyak jadi sentiasa berhati-hati.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 32

    13. CARA UNTUK MENDAPATKAN BITCOIN (SELAIN MEMBELINYA)

    Selain daripada membelinya, anda juga boleh mendapatkan Bitcoin dengan cara lain. Ya, tuan-tuan, anda

    tidak semestinya perlu keluar duit untuk mendapatkan Bitcoin! Berikut adalah beberapa cara tersebut:

    a) Mining

    Cara yang paling nyata untuk mendapatkan Bitcoin adalah dengan menjadi seorang miner dan

    menerbitkan Bitcoin anda sendiri! Sepertimana yang anda mungkin maklum, setiap kali anda berjaya

    mengesahkan satu blok, anda akan mendapat ganjaran berjumlah 12.5 Bitcoin.

    Sekurang-kurangnya itulah teorinya!

    Satu masa dulu, apa yang anda perlukan untuk menjadi miner ialah sebuah komputer dan central

    processing unit (CPU). Kemudiannya, CPU itu digantikan dengan GPU yang lebih efisien. Tidak lama

    kemudian, GPU itu pula digantikan dengan Application Specific Integrated Circuit (ASIC) yang jauh

    lebih efisien untuk mining.

    Malangnya semua peralatan ini pun tidak bermakna anda boleh menjadi seorang miner Bitcoin yang

    berjaya. Hal ini demikian kerana kerjaya mining ini amat kompetitif. Lawan anda termasuklah syarikat-

    syarikat gergasi yang telah membelanjakan jutaan Dolar untuk membeli hardware terkini dan membina

    gudang-gudang yang dilengkapi dengan ASIC berkuasa tinggi yang dicipta khusus untuk mining Bitcoin.

    Jadi peluang anda untuk berjaya mengatasi gudang-gudang ini adalah negatif seribu!

    Bagaimanapun anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan Bitcoin dengan menyertai kumpulan cloud

    mining. Cloud mining ini adalah di mana anda membayar wang untuk menyertai kumpulan atau syarikat

    mining yang memang mempunyai hardware mining mereka sendiri. Jadi anda tidak perlu membeli

    hardware, menyelenggarakan alat, membayar gaji pekerja dan itu dan ini. Semuanya ditanggung oleh

    syarikat.

    Tetapi sudah tentunya habuan anda juga kecil memandangkan mereka yang melakukan semua kerja

    sementara anda duduk goyang kaki sambil menonton Maharaja Lawak Mega!

    Masalah yang lebih besar ialah 90 peratus daripada syarikat yang menawarkan servis cloud mining ini

    adalah scam! Mana tidaknya? Ianya terlalu senang untuk sesiapa sahaja termasuk si badut scammer

    menyediakan laman web yang cantik serta menarik dan menceritakan bahawa mereka menawarkan servis

    cloud mining. Mangsa tertarik dengan kata-kata manis lalu menghantar wang kepada badut ini. Apa yang

    menarik, selalunya si mangsa memang menerima pulangan pada awal-awalnya. Mereka tidak tahu yang

    pulangan awal itu adalah perangkapnya. Kerana sudah diracuni rasa tamak, mangsa pun menambah

    jumlah ‘pelaburan’ mereka. Selepas beberapa ketika, pulangan tersebut menjadi perlahan dan

    kemudiannya terus terhenti. Waktu itu, mangsa hendak buat apa? Semuanya hanya wujud atas talian

    belaka. Laman web tutup, syarikat hilang dan begitu juga wang mereka.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 33

    b) Menerima Bitcoin dalam bisnes anda

    Sudah tentu juga anda boleh menerima Bitcoin dalam bisnes anda. Ya, anda terima Bitcoin (di samping

    mata wang kertas) apabila menjual produk dan servis anda.

    Malah inilah cara yang paling cepat dan efektif untuk menambahkan jumlah Bitcoin anda.

    c) Mencari kerja dan mendapatkan bayaran dalam bentuk Bitcoin

    Anda juga boleh melakukan kerja dan mendapatkan bayaran dalam bentuk Bitcoin. Semakin banyak

    syarikat yang tumbuh dalam industri Bitcoin dan mereka sudah tentu memerlukan tenaga kerja. Jadi anda

    bolehlah mencuba untuk mendapatkan kerja di salah satu syarikat-syarikat ini.

    Berikut adalah beberapa laman web yang menawarkan ganjaran dalam bentuk Bitcoin:

    Coinality.com

    Xbtfreelancer.com

    Reddit.com/r/Jobs4Bitcoins

    d) Faucet

    Salah satu poin yang luar biasa ialah anda boleh mendapatkan Bitcoin dengan percuma! Ya, terdapat

    beberapa laman web yang ditermakan sebagai faucet di mana anda boleh mendapatkan Bitcoin dengan

    percuma. Selalunya laman web ini memerlukan anda melakukan satu atau dua tugas seperti membaca

    buku dan main game!

    Masalahnya ialah jumlah Bitcoin yang diterima adalah terlalu kecil dan remeh! Mungkin jumlah Bitcoin

    yang diterima tidak cukup walaupun untuk membayar harga teh tarik dan telur setengah masak!

    Memandangkan anda dapat Bitcoin dengan percuma di sini, jadi jangan merungut banyak sangat, ya!

    e) Hadiah

    Jangan lupa juga anda boleh mendapatkan hadiah dan tip dalam bentuk Bitcoin. Sebagai contoh, jika

    dulunya hadiah sesuatu peraduan adalah dalam bentuk wang ringgit, kini hadiah tersebut boleh digantikan

    dengan Bitcoin.

    f) Menulis artikel tentang Bitcoin

    Jika anda mempunyai banyak ilmu tentang Bitcoin, anda juga boleh menjana Bitcoin dengan menulis

    artikel tentang Bitcoin di blog dan laman berita tertentu. Saya tidak perlu terangkan yang artikel tersebut

    perlulah dalam bahasa Inggeris!

    Banyak blog dan laman berita ini mempunyai kuota harian untuk post dan berita. Jadi mereka memang

    mencari penulis yang boleh menyampaikan artikel-artikel yang berinformasi kepada pembaca mereka.

    Ganjaran yang ditawarkan adalah lebih kurang $35 untuk artikel sepanjang 1,000 perkataan. Jika anda

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 34

    sudah mempunyai nama (seperti saya (ehem, ehem)), kadar bayarannya mungkin lebih tinggi sedikit

    daripada angka ini.

    g) Berjudi

    Jika anda tidak sabar-sabar hendak menanggung kerugian, maka anda bolehlah juga berjudi dengan

    Bitcoin anda! Terdapat ratusan laman perjudian atas talian dan kasino atas talian yang menerima Bitcoin.

    Mereka menarik hati pelanggan dengan menceritakan bagaimana senangnya untuk menang bila berjudi

    dan malah mungkin menceritakan kisah seorang dua mamat yang telah menang besar.

    Tetapi realitinya ialah majoriti daripada mereka yang berjudi akan menanggung kerugian.

    Dan oh ya, saya tidak perlu terangkan yang berjudi adalah haram dalam Islam – tidak kiralah apa yang

    dipertaruhkan termasuk Bitcoin juga!

    h) Dan bermacam-macam cara lagi

    Sebenarnya terdapat pelbagai cara lagi untuk anda mendapatkan Bitcoin. Ini termasuklah day trading,

    contract for differences (CFD), binary options, menjadi ejen escrow, affiliate marketing dan itu dan ini.

    Malangnya kebanyakan cara tersebut memerlukan banyak ilmu, banyak masa dan dalam masa yang sama,

    berisiko tinggi.

    Kesimpulannya? Beli Bitcoin dan tunggu nilainya naik sahajalah!

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 35

    14. APAKAH BITCOIN MINING?

    Dalam sistem kewangan tradisional, wang diterbitkan oleh Bank Negara (di Malaysia) dan staf bank

    merekodkan setiap deposit dan wang keluar daripada akaun bank.

    Tetapi Bitcoin, seperti yang kita tahu, tidak mempunyai mana-mana autoriti untuk menerbitkan Bitcoin.

    Bitcoin juga tidak mempunyai akauntan untuk merekodkan semua transaksi yang berlaku dalam jaringan

    mereka.

    Jadi bagaimana Bitcoin dicipta? Dan bagaimana semua transaksi Bitcoin diluluskan dan direkodkan?

    Jawapannya ialah kedua-duanya berlaku dalam proses mining.

    Para miner memproseskan transaksi (memeriksa, meluluskan serta merekodkan) Bitcoin dengan

    menggunakan komputer mereka untuk menyelesaikan masalah matematik. Proses ini ditermakan sebagai

    mining. Jadi mining merupakan cara bagaimana Bitcoin baru diterbitkan dan juga cara bagaimana semua

    transaksi Bitcoin direkodkan.

    Dan untuk menjelaskan situasi dengan sejelas-jelasnya, mining inilah satu-satunya cara bagaimana

    Bitcoin diterbitkan. Ini bermakna semua Bitcoin yang telah wujud dan akan wujud terbit hanya melalui

    faucet dan hadiah – sebenarnya adalah untuk mendapatkan Bitcoin yang telah diterbitkan oleh miner.

    Jadi sebenarnya terma mining itu mungkin kurang tepat. Oleh sebab tugas mereka yang sebenarnya

    adalah untuk memproses dan meluluskan transaksi, mungkin terma ‘pakar memproses dan meluluskan

    transaksi (PMMT)’ lebih tepat kut!

    Gambar 14.1: Antminer S9: Sejenis komputer yang digunakan khusus untuk mining Bitcoin

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 36

    “Mengapakah miner melakukan semua kerja ini?” anda mungkin bertanya.

    Jawapannya adalah apabila mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut (iaitu memproseskan dan

    meluluskan transaksi), mereka menerima ganjaran 12.5 Bitcoin sebagai upah mereka. (Pada

    permulaannya dulu, ganjaran itu ialah 50 Bitcoin per blok. Ianya dibahagi dua menjadi 25 Bitcoin pada

    bulan November 2012 dan kemudian dibahagi dua sekali lagi menjadi 12.5 Bitcoin pada bulan Julai 2016.

    Pembahagian dua dalam Bitcoin ini memang sudah ditetapkan oleh penciptanya, Satoshi Nakamoto.

    Beliau menetapkan ganjaran setiap blok dibahagi dua setiap 210,000 blok diterbitkan. Jadi pembahagian

    dua yang berikutnya dijangka berlaku pada tahun 2020.)

    Para miner juga mendapat sedikit ganjaran dalam bentuk fi yang dikenakan untuk memproseskan setiap

    transaksi dalam blok. Buat masa ini, fi adalah rendah. Tetapi fi ini dijangkakan akan naik sikit apabila

    semua Bitcoin telah diterbitkan pada 2140. Malah fi itulah yang akan menjadi satu-satunya ganjaran buat

    miner kerana waktu itu Bitcoin baru tidak akan diterbitkan lagi. Tetapi oleh sebab 2140 adalah lebih 120

    tahun di hadapan, anda tidak perlu pening kepala memikirkan tentang poin ini lagi!

    Kerja mining ini berlaku lebih kurang setiap 10 minit. Dalam tempoh tersebut, koleksi komputer mining

    mengumpulkan beberapa ratus transaksi urus niaga Bitcoin yang belum diproseskan ke dalam satu blok

    dan menukarkannya kepada masalah matematik. Miner yang berjaya menyelesaikan masalah matematik

    tersebut akan mengumumkan kejayaan tersebut kepada miner-miner lain yang berada di dalam network.

    Kumpulan miner ini akan memeriksa sama ada penjual Bitcoin memang benar memiliki Bitcoin dan

    berhak untuk menjual Bitcoin tersebut, dan juga memeriksa jawapan yang diberikan kepada masalah

    matematik tersebut adalah betul. Jika kesemua jawapannya adalah betul, mereka akan memberikan

    kelulusan untuk blok tersebut ditambah kepada lejar yang dinamakan Blockchain. Kumpulan miner itu

    kemudiannya akan memulakan usaha untuk menyelesaikan masalah matematik di blok yang berikutnya.

    Jadi blok itu bersambung-sambung. Itulah sebabnya blok-blok itu ditermakan sebagai Blockchain.

    Seperti yang saya tulis di atas, miner yang berjaya menyelesaikan masalah matematik tadi diberikan

    ganjaran sebanyak 12.5 Bitcoin. Tetapi apa yang menariknya, walaupun mereka menerima ganjaran ini

    sebaik sahaja mereka berjaya menyelesaikan masalah matematiknya, mereka hanya dapat membelanjakan

    Bitcoin tersebut hanya selepas 99 blok lagi ditambah kepada lejar! Ini memberikan insentif kepada

    kumpulan-kumpulan miner untuk terus-menerus berusaha mengesahkan transaksi Bitcoin.

    “Setiap orang yang terpelajar perlu mengetahui tentang Bitcoin kerana ia

    mungkin merupakan salah satu perkembangan yang paling penting di dunia.”

    Leon Louw

    Penama Hadiah Nobel

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 37

    Sistem ini juga menambahkan tahap sekuriti Bitcoin. Untuk para hacker melakukan double-spend Bitcoin

    (membelanjakan Bitcoin yang sama dua kali), mereka perlu berpatah balik dan mengubahkan blok yang

    telah diluluskan. Dan untuk bertindak demikian, mereka perlu menguasai lebih 51 peratus kapasiti kuasa

    daya komputer kumpulan-kumpulan miner. Dan ini adalah satu kemungkinan yang super-tipis berlaku

    kerana kumpulan-kumpulan miner mempunyai di antara komputer yang paling power di seluruh dunia!

    Kuasa komputer-komputer mereka adalah 13,000 kali lebih power dibandingkan dengan kuasa 500 super-

    komputer di dunia!

    Ada mereka yang berpendapat terma mining itu digunakan kerana ia menyerupai aktiviti perlombongan

    komoditi lain seperti emas. Mining memerlukan usaha serta menambahkan jumlah mata wang baru

    dengan perlahan yang memang menyerupai aktiviti perlombongan emas.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 38

    15. APAKAH ITU BITCOIN MINING POOL?

    Pada awal usia Bitcoin, proses mining ini agak senang. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer

    dan CPU dan anda sudah boleh menjadi salah seorang miner Bitcoin. Ganjarannya pula menarik – 50

    Bitcoin!

    Kemudian para miner mula menggunakan GPU kerana ianya lebih berkuasa dan ia menolong mereka

    menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat. Masalahnya penggunaan semua perkakasan dan

    graphic processing unit (GPU) itu makan elektrik! Jadi bil elektrik mereka pun melompat setinggi

    kangaroo.

    Bagaimanapun, disebabkan ganjaran mining ini begitu menarik, jumlah miner semakin bertambah. Apa

    yang bagus dengan pertambahan ini ialah kualiti pemeriksaan transaksi Bitcoin dalam blok meningkat –

    kerana banyak mata yang memeriksanya. Apa yang kurang bagus dengan pertambahan ini ialah masalah

    matematik menjadi semakin rumit! Lihat bagaimana tahap kerumitan itu bertambah dengan peredaran

    masa dalam graf berikut.

    Rajah 15.1: Carta Kerumitan Mining

    Sebenarnya itulah yang ditetapkan oleh Satoshi Nakamoto. Semakin banyak Bitcoin yang diterbitkan,

    semakin rumitlah masalah matematiknya.

    Para miner juga mula berkerjasama sesama mereka. Mereka berganding masa, kuasa komputer dan

    kepakaran untuk menjadikan proses mining ini lebih efektif dan efisien. Kumpulan-kumpulan inilah yang

    dinamakan ‘mining pool’. Ganjaran Bitcoin yang diterima dikongsi sesama mereka mengikut usaha yang

    mereka sumbangkan kepada pool. Lebih banyak sumbangan, lebih tinggilah ganjaran yang diterima.

    Dan untuk menolong mereka menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat, pada tahun 2013,

    para miner mula menggunakan cip ASIC yang lebih berkuasa daripada GPU. Apa yang menariknya ialah

    ASIC ini memang dicipta khusus untuk mining Bitcoin!

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 39

    Ketika inilah syarikat-syarikat muncul dan membina gudang dan gudang tersebut dilengkapkan dengan

    komputer, server dan ASIC khusus untuk mining Bitcoin. Dan untuk menjelaskan situasinya dengan lebih

    jelas (!), gudang-gudang itu bukan mempunyai satu, dua atau 10 komputer mining sahaja tetapi beratus-

    ratus malah beribu-ribu komputer mining di dalamnya! Berikut ialah gambar salah sebuah gudang mining

    yang terletak di China. Seperti yang anda dapat lihat, terdapat berpuluh-puluh barisan komputer mining

    dalam gudang ini. Dan mungkin terdapat lima, enam gudang lagi di sebelah gudang ini!

    Apa yang kekal ialah prosesnya memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. Itulah sebabnya mengapa

    kebanyakan gudang dan gudang mining pool ini beroperasi di China dan di Eropah Timur di mana kos

    elektriknya rendah. Sudah tentu ‘kos elektriknya rendah’ itu relatif kerana gudang Genesis Mining di

    Iceland milik Marco Streng membayar bil elektrik yang berjumlah $1 juta setiap bulan!

    Semua ini bermakna miner yang beroperasi secara solo di rumah sudah tidak mempunyai peluang untuk

    buat duit daripada mining lagi. Miner solo hendak lawan gudang dan gudang yang dibina khusus untuk

    mining Bitcoin? Memang tidak akan menang punya!

    Jadi jika ada mamat yang tiba-tiba muncul dalam hidup anda dan menceritakan yang dia akan menolong

    anda buat duit mining Bitcoin secara individu, saya rasa anda perlu berlari secepat mungkin daripada

    mamat itu! Kalau tidak dapat lari, anda terbang! Ambil perhatian yang saya bermaksud anda mining

    Bitcoin secara solo (tanpa menyertai mana-mana mining pool) di perenggan ini.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 40

    Dalam realitinya (terutamanya di Malaysia), kebanyakkan miner yang mempunyai komputer mining

    mereka sendiri menyertai mining pool. Ya, mereka membeli komputer mining mereka sendiri dan

    kemudiannya menyertai salah satu mining pool yang telah wujud.

    Berikut adalah diantara mining pool yang popular:

    AntPool

    Discuss Fish/F2Pool

    BitFury

    BTCChina Pool

    BW Pool

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 41

    16. APAKAH PERBEZAAN MINING POOL DAN CLOUD MINING

    Walaupun pada asasnya mining pool dan cloud mining adalah kumpulan miner yang berkerjasama untuk

    menjadikan proses mining lebih efektif dan efisien, mereka adalah amat berbeza.

    Mining pool adalah kumpulan persendirian atau syarikat yang berganding kuasa komputer mereka untuk

    mining Bitcoin. Tujuan menyertai mining pool ini ialah untuk meningkatkan peluang anda berjaya dalam

    proses mining. (Ini bermakna anda perlulah mempunyai komputer mining sendiri untuk menyertai mining

    pool ini!) Apabila anda berkongsi kuasa komputer, peluang untuk kumpulan anda menghasilkan blok

    meningkat naik. Walaupun anda perlu berkongsi Bitcoin yang diterima dengan miner lain, ganjaran itu

    diterima dengan lebih konsisten jika dibandingkan dengan mining sendiri.

    Cloud mining pula ialah dimana anda membayar wang (atau Bitcoin) untuk menyertai kumpulan/syarikat

    mining. Jadi anda tak perlu memiliki komputer mining sebab syarikat tersebut mempunyai komputer

    mining mereka sendiri dan merekalah yang akan menjalankan semua kerja mining. Sebagai balasan di

    atas sokongan anda (melalui pelaburan anda), syarikat akan membayar anda sebahagian (kecil) daripada

    Bitcoin yang berjaya mereka lombong. Sudah tentulah bayaran ini dilakukan hanya selepas semua kos

    dan keuntungan syarikat ditolak.

    Jadi dalam cloud mining, syarikat menjalankan semua kerja dan usaha mining – bina gudang, beli

    komputer, baiki, menyelenggarakan, bayar kos eletrik, bayar gaji pekerja dan itu dan ini sementara anda

    duduk goyang kaki tengok Maharaja Lawak! (Saya rasa ini merupakan salah satu daripada tarikan utama

    cloud mining – anda goyang kaki sementara syarikat yang buat semua kerjanya.)

    Oleh kerana inilah situasinya, sudah pasti ganjaran anda yang anda terima daripada syarikat itu adalah

    tempiasnya sahaja! Sesiapa yang memberikan apa-apa jawapan yang lain adalah naif atau tidak tahu

    situasi yang sebenarnya atau tidak menceritakan situasi yang sebenarnya!

    Apa yang membuatkan sesetengah operasi cloud mining begitu mencurigakan ialah banyak maklumat

    tentang syarikat – identiti pemilik syarikat, lokasi gudang, kos, efisiensi, untung, rugi – tersembunyi. Dan

    selalunya, jika banyak maklumat tentang syarikat disembunyikan, operasi itu adalah satu scam.

    Dan untuk menambahkan tahap curiganya, kebanyakkan syarikat yang menawarkan servis cloud mining

    ini mempraktikkan sistem MLM (multi-level marketing). Jadi bila A merekrut B ke dalam bisnes ini, A

    akan mendapat komisen daripada wang yang dilaburkan oleh B. Ramai pakar berpendapat yang komisen

    yang dibayar kepada A datang daripada wang yang dilaburkan oleh B, bukan daripada hasil mining. Jika

    teori ini betul, ini bermakna yang kebanyakkan operasi cloud mining ini adalah skim Ponzi!

    Daripada pandangan mata kasar saya, lebih 50 peratus daripada mereka yang aktif dalam Bitcoin di

    Malaysia ini adalah mereka yang terbabit dalam industri cloud mining.

    Saya rasa inilah satu sebabnya mengapa beberapa personaliti kewangan di Malaysia memandang serong

    terhadap Bitcoin!

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 42

    Akhirnya, saya perlu menjelaskan yang saya tidak berkata yang semua operasi cloud mining adalah scam.

    Saya kata yang sesetengah operasi cloud mining amat mencurigakan. Jadi kalau anda ingin menyertai

    mana-mana operasi cloud mining, buatlah kajian yang menyeluruh dahulu sebelum bertindak. Akhirnya,

    kalau anda berkeras untuk menyertai mana-mana operasi cloud mining yang mencurigakan walaupun

    banyak amaran yang telah diberikan oleh orang dan organisasi lain, itu pilihan anda.

    Dunia mempunyai undang-undang untuk menghukum orang yang menipu tetapi tidak mempunyai

    undang-undang untuk menghukum orang yang bodoh!

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 43

    17. BERAPA BANYAK BITCOIN YANG TELAH DIMINE SETAKAT INI?

    Setakat bulan Julai 2017, jumlah Bitcoin yang telah dimine ialah 16,500,000.

    Carta 17.1: Jumlah Bitcoin sehingga bulan Julai 2017

    Memandangkan jumlah keseluruhan Bitcoin yang akan diterbitkan ialah 21,000,000, ini bermakna jumlah

    Bitcoin yang telah diterbitkan setakat ini ialah 79 peratus daripada jumlah keseluruhan.

    Tetapi anda tidak perlu bimbang kerana jumlah keseluruhan itu hanya akan berlaku pada tahun 2140!

    Situasi ini berlaku kerana semakin banyak Bitcoin yang diterbitkan, semakin rumitlah masalah matematik

    untuk diselesaikan oleh miner sementara ganjaran yang diberikan pula semakin kecil.

    “Mengapakah jumlah Bitcoin dihadkan?”

    Ini adalah satu soalan yang baik dan kita tidak tahu jawapan yang sebenarnya mengapa jumlah Bitcoin

    dihadkan kepada 21 juta unit oleh Nakamoto. (Nakamoto sendiri tidak pernah menjawab soalan ini.)

    Jawapan pertama yang boleh saya berikan (yang mungkin paling tepat) adalah dengan mengehadkan

    jumlah Bitcoin bermakna ianya tidak akan runtuh nilai sepertimana yang berlaku kepada mata wang

    kertas apabila kerajaan mencetak wang tersebut dengan terlalu rakus! Dalam kata lain, hiper-inflasi tidak

    akan berlaku kerana Bitcoin.

    Jawapan yang kedua, dengan mengehadkan jumlah Bitcoin memberikannya nilai terhad sepertimana emas

    yang terhad juga jumlahnya (jumlah emas yang wujud di dunia sekarang hanyalah 187,200 kilogram.)

    Salah satu fakta menarik tentang Bitcoin ialah Nakamoto dikatakan memiliki 1 juta Bitcoin yang beliau

    terbitkan sendiri semasa hari-hari awal Bitcoin. Apa yang tambah menariknya ialah kesemua Bitcoin

    tersebut masih tidak dibelanjakan!

    Malah lebih 35 peratus daripada Bitcoin yang diterbitkan masih tidak dibelanjakan sejak tahun 2011!

    Sesetengahnya mungkin memang disimpan sebagai pelaburan tetapi sesetengah yang lain mungkin hilang

    buat selamanya kerana pengguna terlupa kata laluan, pengguna lupa yang mereka memiliki Bitcoin,

    kehilangan hard drive, hard drive rosak ataupun pengguna meninggal dunia.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 44

    18. APAKAH ITU BLOCKCHAIN?

    Seperti yang saya ceritakan dalam jawapan tentang mining, koleksi komputer-komputer mining

    mengumpulkan beberapa ratus transaksi urus niaga Bitcoin yang belum diproseskan ke dalam satu blok

    dan menukarkannya kepada masalah matematik. Apabila kumpulan miner berjaya menyelesaikan

    masalah matematik tersebut, mereka akan memberikan kelulusan untuk blok tersebut ditambah kepada

    lejar. Mereka kemudiannya akan memulakan usaha untuk menyelesaikan masalah matematik di blok yang

    berikutnya. Jadi blok itu bersambung-sambung. Itulah sebabnya blok-blok itu ditermakan sebagai

    Blockchain.

    Rajah 18.1: Graf Blockchain

    Sebenarnya Blockchain ini ialah lejar di mana semua transaksi Bitcoin direkodkan. Tetapi berlainan

    dengan kebanyakan lejar yang maklumatnya dirahsiakan, Blockchain ialah lejar awam yang telus dan

    terbuka. Jadi semua transaksi Bitcoin direkodkan dan boleh diakses oleh sesiapa. Saya ulang ya, kerana

    poin ini amat penting dan juga menarik: semua transaksi Bitcoin direkodkan dan boleh diakses oleh

    sesiapa sahaja. (Jika anda ingin melihatnya dengan mata anda sendiri, sila login ke

    https://blockexplorer.com.) Sebagai contoh dan untuk hiburan anda, rajah 17.2 ialah screenshot terbitan

    Bitcoin yang pertama dalam sejarah. Blok #0 ini (kini dikenali sebagai Genesis Block) diterbitkan oleh

    pengasas Bitcoin Satoshi Nakamoto pada pukul 2.15 pagi 4 Januari 2009. Seperti yang tertera dalam

    screenshot tersebut, ganjaran Nakamoto ialah 50 Bitcoin.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 45

    Rajah 18.2: Blok #0 Bitcoin (juga dikenali sebagai Genesis Block)

    Berikut pula adalah transaksi Bitcoin yang pertama (jika kita menolak transaksi yang dibuat oleh

    Nakamoto kepada dirinya sendiri). Transaksi tersebut disahkan dalam blok #170 pada 12 Januari 2009

    dan merupakan ganjaran 10 Bitcoin yang diberikan oleh Nakamoto kepada Hal Finney.

    Rajah 18.3: Blok #170 Bitcoin

    Lagi satu poin yang menarik adalah setelah sesuatu transaksi direkodkan dalam sesuatu blok dan blok

    tersebut disahkan oleh para miner, ianya menjadi teramat susah untuk transaksi tersebut diedit, diubah

    atau dibatalkan oleh sesiapa. Dan apabila enam blok berikutnya telah disahkan oleh para miner, ianya

    menjadi mustahil untuk transaksi dan blok tersebut diedit, diubah atau dibatalkan.

    Kedua-dua poin ini menjadikan Bitcoin telus, terbuka, adil dan saksama.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 46

    Saya sambung cerita sikit: konsep Blockchain yang merupakan lejar awam yang telus, terbuka, boleh

    diakses oleh sesiapa tetapi tidak boleh diedit atau ditukar, dan kekal selama-lamanya membuatkannya

    begitu menarik kepada dunia. Jadi sekarang konsep Blockchain dikembangkan dalam pelbagai industri

    termasuklah muzik (menjejak copyright), hartanah (smart contracts), perpustakaan, social network, cloud

    storage dan malah proses mengundi!

    Contoh salah sebuah syarikat yang menggunakan teknologi Blockchain ialah Factom yang membina dan

    menjual software. Lagi sebuah syarikat ialah Storj yang menyewakan tempat simpanan data di Blockchain

    mereka.

    Malah firma audit gergasi Deloitte telah mendedahkan ia sedang berusaha untuk menggunakan teknologi

    Blockchain untuk mengautomasikan pengauditan klien dan memanfaatkan sumber perundingannya.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 47

    19. BOLEHKAH TRANSAKSI BITCOIN DIBATALKAN?

    Transaksi Bitcoin yang telah diambil tidak boleh dibatalkan.

    Transaksi yang berlaku di blok berikutnya mungkin masih boleh diedit. (Saya perlu tambah yang peluang

    untuk situasi ini berlaku adalah amat tipis kerana si hacker perlu menguasai lebih 51 peratus daripada

    kuasa daya semua komputer dalam network Bitcoin!)

    Sebagai contoh, kita berada di blok 10 sekarang. Transaksi berikutnya ialah blok 11 (sudah tentu!).

    Apabila blok 10 disahkan oleh para miner, transaksi yang berlaku di blok tersebut mungkin masih boleh

    diedit (walaupun peluang untuk situasi ini berlaku adalah amat tipis sekali). Tetapi setelah enam blok

    berikutnya disahkan, dan kita sampai ke blok 16, semua transaksi dalam blok 10 memang tidak dapat

    diedit, ditukar, dibatalkan atau diubah lagi. Ianya kekal sehingga ke akhir zaman!

    Situasi ini menerangkan mengapa sesetengah bisnes menunggu enam pengesahan (blok) berlaku sebelum

    memenuhi sesuatu pesanan.

    Kesimpulannya ialah semua transaksi Bitcoin yang telah diambil tidak boleh dibatalkan. Malah transaksi

    itu tidak boleh ditarik balik walaupun blok itu belum mendapat pengesahan daripada pihak miner. Sebaik

    sahaja anda menghantarnya, Bitcoin itu pergi buat selama-lamanya! Tidak ada jalan kembali di sini, bro!

    Oleh sebab itulah situasinya, anda perlu periksa dan periksa sekali lagi yang jumlah Bitcoin dan alamat

    penghantaran itu adalah betul kerana sebaik sahaja transaksi itu berlaku, ianya kekal untuk selamanya!

    Ya, ini memang kes yang serius, bro! Jadi berhati-hatilah sebelum menekan butang ‘send’ itu, ya!

    “Bitcoin ialah ciptaan yang paling penting dalam sejarah dunia sejak Internet.”

    Roger Ver

    Pelabur awal Bitcoin

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 48

    20. BOLEHKAH BITCOIN DIGODAM?

    Salah satu isu penting dalam dunia Internet ialah tahap sekuriti. Dan oleh sebab Bitcoin wujud di Internet,

    isu sekuriti adalah amat penting dan malah kritikal.

    Jawapan kepada soalan “Bolehkah Bitcoin digodam?” ialah, “Tidak boleh!”

    “Mengapa tidak boleh?”

    Jawapan pertamanya adalah kerana Bitcoin wujud dalam jaringan (network) yang decentralized dan tidak

    mempunyai pusat untuk hacker menyerang protokolnya. Walaupun pengguna individu boleh digodam,

    tetapi serangan itu tidak akan menjejaskan jaringan Bitcoin itu sendiri. Malah jika semua pengguna

    Bitcoin di Malaysia digodam pada masa yang sama, jaringan Bitcoin akan terus beroperasi seperti sedia

    kala!

    Jawapan keduanya adalah kerana jaringan Bitcoin menggunakan tahap kriptografi yang tinggi untuk

    memastikan integriti Blockchain dan transaksi-transaksi Bitcoin. Walaupun tahap kriptografi itu boleh

    digodam secara teori, ianya adalah mustahil untuk dilakukannya kerana ia memerlukan gabungan kuasa

    pemprosesan kesemua super-komputer yang wujud di dunia dan mengambil masa beratus-ratus tahun

    hanya untuk mempunyai peluang melakukannya. Dalam kata lain, situasi ini tidak akan berlaku!

    Ini bermakna ianya adalah mustahil untuk jaringan Bitcoin digodam.

    Apa yang boleh (dan pernah) berlaku ialah pengguna individu, exchange dan pembekal wallet online

    diserang hacker. Serangan ini mengakibatkan mereka kehilangan Bitcoin yang mereka simpan di wallet

    online tersebut.

    Sebagai contoh, exchange Mt. Gox (sebuah exchange yang popular satu masa dulu) telah digodam dan

    mengakibatkan kehilangan 650,000 Bitcoin.

    Satu lagi kes penggodaman telah berlaku pada bulan Mac 2012. Mengikut laporan, 46,703 Bitcoin

    bernilai $228,845 (pada waktu itu) telah dicuri dari platform sebuah syarikat cloud server yang bernama

    Linode.

    PENGENALAN DAN OPERASI

  • 49

    21. BETULKAH BITCOIN TIDAK DIPANTAU

    Salah satu kritikan yang sering diutarakan oleh pengkritik Bitcoin ialah ianya tidak dipantau. Dan oleh

    kerana ianya tidak dipantau, apa saja boleh berlaku dalam Bitcoin! Betulkah kritikan tersebut?

    Jawapannya ialah ‘ya’ dan ‘tidak’!

    Saya jawab bahagian ‘tidaknya’ dahulu. Bitcoin tidak dipantau oleh mana-mana bank negara kerana

    bukan mereka yang menerbitkan Bitcoin. Jadi mengapa mereka perlu atau hendak memantau Bitcoin?

    Tetapi statemen Bitcoin tidak dipantau oleh sesiapa adalah salah kerana ianya dipantau oleh miner dan

    juga oleh pengguna Bitcoin. Malah Bitcoin bukan saja dipantau tetapi ianya diterbitkan dan diperiksa oleh

    miner. (Itulah sebabnya saya berkata Bitcoin dicipta oleh rakyat, diterbitkan oleh rakyat, diselenggarakan

    oleh rakyat dan digunakan oleh rakyat!)

    Sepertimana anda sudah tahu, terdapat peraturan yang ketat tentang penerbitan Bitcoin. Ini termasuklah

    bagaimana ianya diterbitkan, bila ianya diterbitkan, jumlah yang telah diterbitkan dan juga jumlah penuh

    yang akan diterbitkan (21 juta). Malah sistem pemantauan ini membolehkan kita tahu bila ianya

    dibelanjakan, jumlah yang dibelanjakan, pemindahan dari wallet mana ke wallet mana dan malah berapa

    jumlah bitcoin dalam sesuatu wallet! (Itulah