bab 1 pendahuluan 1.1 pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/bab_1.disertasi.pdf · 2 abdul halim...

23
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. 1 Matlamat tersebut seiring dengan Pendidikan Islam yang bermatlamat untuk melahirkan insan salih yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak atau insan yang sempurna (insan kamil). Sehubungan itu dalam mencapai matlamat melahirkan insan salih atau insan sempurna ini, antara perkara dasar yang perlu diutamakan dalam Pendidikan Islam ialah membangunkan peribadi yang diisi dengan sifat 1 Adnan Yusopp (2003), “Dasar Pendidikan Islam Negara: Pelaksanaan Dan Keberkesanan Sistem Pendidikan Di Sekolah-Sekolah Kerajaan”, dalam Suzalie Mohamad, Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM, h. 34.

Upload: hakhanh

Post on 15-Mar-2018

319 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.1

Matlamat tersebut seiring dengan Pendidikan Islam yang bermatlamat untuk

melahirkan insan salih yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak atau insan

yang sempurna (insan kamil). Sehubungan itu dalam mencapai matlamat melahirkan

insan salih atau insan sempurna ini, antara perkara dasar yang perlu diutamakan

dalam Pendidikan Islam ialah membangunkan peribadi yang diisi dengan sifat

1 Adnan Yusopp (2003), “Dasar Pendidikan Islam Negara: Pelaksanaan Dan Keberkesanan Sistem

Pendidikan Di Sekolah-Sekolah Kerajaan”, dalam Suzalie Mohamad, Memahami Isu-Isu Pendidikan

Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM, h. 34.

Page 2: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

2

takwa. Manusia yang bertakwa itu ialah yang mengabdikan dirinya kepada Allah

SWT.2 Firman Allah:

Surah al-Dhariyat (27): 56

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak

menciptakan jin dan manusia melainkan untuk

mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”3

Menurut Syed Naquib al-Attas4, seperti yang dipetik dari Wan Mohd Nor

Wan Daud para sarjana Islam menyebut bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh

ideal bagi manusia sempurna atau manusia universal. Oleh itu peraturan pendidikan

dan ilmu pengetahuan dalam sistem Pendidikan Islam perlu mencerminkan manusia

bersifat seperti itu.

Berdasarkan matlamat ini, maka Pendidikan Islam harus diperkenal atau

diajar sebagai al-din untuk memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem

hidup yang shumul (sempurna dan lengkap). Pendidikan Islam bukan sekadar untuk

menyampaikan maklumat atau pengetahuan semata-mata, tetapi hendaklah diamalkan

dan dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah SWT.5

2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik.

Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam, h. 15. 3 Shaykh Abdullah Basmeih (1980), Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Kuala

Lumpur: Darul Fikir, h. 1411. 4 Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed Naquib al-Attas:

Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.117. 5 Zainal Abidin Abdul Kadir (1993), “Reformasi Pendidikan Islam Di Sekolah: Matlamat dan

Harapan”, dalam Ismail Ab. Rahman et al. (ed.), Isu-Isu Pendidikan Islam Di Malaysia: Cabaran dan

Harapan. Kuala Terengganu: KUSZA, h. 18.

Page 3: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

3

Oleh yang demikian melalui penghayatan ibadah yang menyeluruh,

keupayaan peribadi seseorang mampu dikembangkan untuk menjadikannya individu

yang dapat memainkan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi

ini,6 sebagaimana yang ingin dicapai dalam falsafah, matlamat , objektif dan hasrat

Pendidikan Islam KBSM.7

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Penekanan kepada aspek amali dan penghayatan Islam dalam kurikulum

Pendidikan Islam di negara ini adalah ekoran daripada laporan yang dikemukakan

oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979. Dalam laporan tersebut

telah dinyatakan bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama

Islam didapati masih belum mencapai satu peringkat yang diharapkan dan kurang

menitikberatkan aspek amali.8 Laporan tersebut menyebut:

“Mutu pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama

Islam di sekolah-sekolah sekarang ini belum lagi

mencapai satu peringkat yang diharapkan…”

(Perkara 129)

“Pendidikan Agama Islam seperti yang dijalankan pada masa

ini kurang menitik beratkan aspek-aspek amali sebagaimana

yang dijangka dan dikehendaki…”

(Perkara 348.3)

6 Ab. Halim Tamuri et al. (2005), “Penghayatan Ibadah Harian Dan Kecerdasan Emosi Dalam

Pembangunan Diri Remaja Muslim”, dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4). Bangi:

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 109. 7 Zainal Abidin Abdul Kadir (1994), “Ke Arah Amalan Dan Penghayatan Nilai Islam: Satu Pendekatan

Bersepadu”, dalam Abd Halim El-Muhammady (ed.), Pendidikan Islam: Peranannya Dalam

Pembangunan Ummah. Bangi; Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah, h. 110-114. 8 Ibid, h. 107-108.

Page 4: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

4

Daripada laporan yang dikemukakan itu dapat disimpulkan bahawa:

a. Aspek amalan dan penghayatan Islam tidak diberi penekanan dalam

pengajaran dan pembelajaran Agama Islam.

b. Pengajaran guru lebih banyak kepada menyampaikan pengetahuan tentang

Agama Islam dan kurang menunjuk cara secara praktikal atau amali.

Realitinya pada waktu itu kurikulum mata pelajaran Agama Islam

(tumpuan kepada peringkat sekolah menengah) telah dibentuk berasaskan kepada

keperluan dan matlamat untuk memberi pengetahuan mengenai Agama Islam kepada

para pelajar. Oleh yang demikian penekanan pengajaran dan pembelajarannya lebih

mengarah kepada penyampaian maklumat dan ilmu mengenai Agama Islam daripada

pencapaiannya dalam aspek amalan dan penghayatan Islam dalam kalangan pelajar.

Kesan daripada ini pelajar lebih banyak menghafaz fakta daripada memahami fakta

dan mempelajari mata pelajaran ini hanya sekadar untuk tahu dan untuk lulus dalam

peperiksaan.9

Dapatan daripada laporan tersebut, telah membawa kepada berlakunya

reformasi besar kepada sistem pendidikan negara. Reformasi ini telah melihat

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) diganti dengan Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan telah dilaksanakan sepenuhnya di semua

sekolah rendah mulai tahun 1983. Di peringkat menengah pula Kurikulum Baru

9 Zainal Abidin Abdul Kadir (1994), op.cit., h. 106-107.

Page 5: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

5

Sekolah Menengah (KBSM) telah menggantikan Kurikulum Lama Sekolah

Menengah (KLSM) bermula pada tahun 1989.10

Melalui KBSM, struktur dan kandungan kurikulum Pendidikan Islam serta

pendekatan pengajaran dan pembelajarannya jauh berubah dari mata pelajaran

Pengetahuan Agama Islam dalam KLSM.11

Dalam KBSM, pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam telah memberi penekanan kepada

penghayatan dan amalan Islam di samping memberi kefahaman tentang ajaran Islam

keseluruhannya.12

Hakikatnya, penekanan kepada aspek amalan dan penghayatan dalam

Pendidikan Islam adalah sebagai memenuhi kehendak falsafah dan matlamat

Pendidikan Islam serta selari dengan keperluan semasa. Dalam hal ini Professor Dr

Hassan Langgulung13

berpendapat bahawa Pendidikan Islam seharusnya menitik

beratkan aspek praktikal ibadah dalam membentuk disiplin pelajar di sekolah.

Pengajaran yang terlalu menitik beratkan aspek kognitif iaitu hanya untuk lulus

dalam peperiksaan sudah tidak relevan Apa yang diperlukan sekarang adalah

penghayatan pendidikan agama itu untuk membentuk masyarakat yang bermotivasi

tinggi dan berdisiplin.

10

Zainal Abidin Abdul Kadir (1994), op.cit., h. 108-109. 11

Zainal Abidin Abdul Kadir (1993), op.cit., h. 22. 12

Zainal Abidin Abdul Kadir (1994), op.cit., h. 109. 13

Hassan Langgulung (1986), Manusia dan Pendidikan: Suatu Analisa Psikologi dan Pendidikan.

Jakarta: Pustaka al-Husna, h. 401.

Page 6: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

6

Menurut Dr Haron Din14

, memberi pengetahuan sahaja akan melahirkan

manusia yang hanya mengetahui sesuatu („arif), tetapi tidak dapat melahirkan

seorang manusia yang patuh („abid). Sedangkan matlamat Pendidikan Islam adalah

jelas iaitu untuk menjadi seorang „abid, sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT

melalui firman-Nya dalam surah al-Dhariyat ayat 56 itu.15

Menurut Azman Wan Chik16

Pendidikan Islam di sekolah mempunyai dua

peranan yang besar:

i. Memberi pengetahuan agama Islam kepada pelajar sebagai satu pelajaran

untuk peperiksaan.

ii. Membimbing pelajar menghayati agama Islam untuk tujuan amalan dan

penghayatan.

Ini bermakna, di samping pelajar menguasai fakta-fakta untuk digunakan

bagi tujuan lulus peperiksaan, mereka juga harus dibimbing untuk mengamal dan

menghayati agama Islam. Tugas kedua merupakan sesuatu yang tersirat dan ia perlu

disedari oleh setiap guru Pendidikan Islam kerana tugas dan tanggungjawab mereka

tidak terhad kepada memberi pengetahuan agama sahaja sebagaimana yang

digariskan dalam sukatan pelajaran. Tetapi juga termasuk menanamkan minat dan

cinta terhadap agama yang menjadi pegangan hidup mereka.

14

Haron Din et.al. (1988), Masalah Pendidikan Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: al-Rahmaniah, h.

42. 15

Lihat halaman 2 dalam disertasi ini. 16

Azman Wan Chik (1987), Kaedah Hayati Amali: Satu Pendekatan Mengajar Pendidikan

Islam.Kuala Lumpur: Karya Bistari, h. pendahuluan.

Page 7: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

7

Di sinilah pentingnya peranan guru-guru Pendidikan Islam. Oleh itu

pendidikan Islam KBSM memerlukan guru-guru yang memiliki kemahiran dan

kebolehan yang tinggi di dalam penyampaian pengajarannya. Mereka tidak sahaja

berperanan sebagai mu„allim (pengajar dan penyampai), malah harus juga menjadi

seorang naqib, muraji‟, contoh teladan dan murshid dalam usaha ke arah

pembentukan “insan kamil”17

. Mereka juga harus menjadi da„i dengan menanamkan

roh keagamaan dan untuk “mengislamkan” pelajar dengan amalan dan penghayatan

Islam sebagai al-din.18

Usaha-usaha memberi penekanan ke atas amalan dan penghayatan Islam

bukan hanya melibatkan perubahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran,

bahkan juga melibatkan kandungan kurikulum iaitu melalui bidang amali.19

Ia

merupakan satu program khusus ke arah melatih pelajar secara praktik di dalam

melaksanakan solat serta latihan-latihan kerohanian (tazkiyyat al-nafs) seperti wirid

dan doa. Amali solat bukan sekadar menunaikan solat fardu, tetapi juga melatih

pelajar agar melaksanakan solat untuk menepati firman Allah dalam surah al-

„Ankabut ayat 45 iaitu ibadah solat boleh menjauhkan pelakunya dari terlibat dalam

perkara fahsha‟ dan munkar.20

17

Ghazali Darussalam (2001), Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd., h. 177. 18

Zainal Abidin Abdul Kadir et al (1988), “Penghayatan Islam Dalam KBSM: Kaedah dan

Pelaksanaan” (Kertas Kerja Seminar Pemantapan Pendidikan Bersepadu di Maktab Perguruan Islam,

Kuala Lumpur, 03 Ogos 1988), h. 11. 19

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), Panduan Amali Pendidikan Islam Sekolah Menengah. h.

Pendahuluan. 20

Zainal Abidin Abdul Kadir (1993), op.cit., h. 24.

Page 8: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

8

Firman Allah SWT:

Surah al- „Ankabut (21): 45

Maksudnya: “Sesungguhnya sembahyang itu

mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”21

Begitu juga dengan memperkenalkan ujian PAFA (Perkara Asas Fardu

Ain) sebagai satu bentuk kerja kursus untuk calon-calon PMR dan SPM secara tidak

langsung dapat membantu meningkatkan usaha ke arah amalan dan penghayatan

Islam.22

Berdasarkan kajian Normah Yamin23

tentang hubungkait PAFA dengan

pencapaian Pelajar dalam PMR mendapati 85% pelajar (51 dari 60 orang pelajar)

bersetuju bahawa PAFA adalah perlu untuk membantu meningkatkan penghayatan

perkara-perkara asas dalam Pendidikan Islam.

Memandangkan penekanan ke atas amalan dan penghayatan Islam melalui

mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM telah diterapkan hampir 20 tahun, maka

seharusnya para pelajar, khususnya yang berada di Menengah Atas (tingkatan empat

hingga tingkatan 5) telah mampu mengamalkan dan seterusnya menghayati amalan-

amalan ibadah yang telah dipelajari di institusi formal, terutamanya ibadah khusus

harian.

21

Shaykh Abdullah Basmeih (1980), op.cit., h. 1044. 22

Ibrahim Ahmad Bajunid (2003), “Pelaksanaan dan Keberkesanan Pendidikan Islam Di Sekolah

Kebangsaan”, dalam Suzalie Mohammad, op.cit., h. 255. 23

Normah Yamin (1999), “Hubungkaitan PAFA Dengan Pencapaian Pelajar Dalam PMR” (Sarjana

Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya), h. 62.

Page 9: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

9

Justeru itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauhmana

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan kepada

amalan dan penghayatan itu. Kajian memfokuskan kepada penghayatan dalam ibadah

khusus kerana ibadah ini merupakan satu mekanisma yang menghubungkan manusia

dengan Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Di samping itu penghayatan dalam

ibadah jenis ini sangat memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang sama

ada dari segi jasmani, rohani, emosi dan juga akhlak.

1.3 MASALAH KAJIAN

Berdasarkan penulisan-penulisan dan laporan-laporan oleh media-massa

tentang masalah akhlak dan disiplin golongan remaja atau pelajar menunjukkan

bahawa penghayatan Islam yang menjadi tumpuan utama dalam KBSM khususnya

penghayatan dalam ibadah sehingga kini masih belum benar-benar berjaya

sebagaimana yang dikehendaki. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi melalui dapatan

daripada kajian-kajian terdahulu.

Antaranya, Che Noraini Hashim24

dalam tulisannya mengenai Keruntuhan

Akhlak Di Kalangan Remaja telah mengulas tentang peningkatan kes-kes gejala

keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ini walaupun langkah-langkah telah dan

sedang diambil untuk membendungnya. Penglibatan remaja dalam gejala sosial

seperti penyalahgunaan dadah, jenayah bunuh, rompakan dan rogol seperti yang

24

Che Noraini Hashim (2005), “Keruntuhan Akhlak Dan Pembangunan Remaja Masa Kini: Cabaran

Pendidikan Islam Di Malaysia”, dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4). Bangi: Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 19.

Page 10: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

10

dilaporkan oleh pihak media menimbulkan persoalan tentang keberkesanan

pengajaran agama sama ada di rumah mahu pun di sekolah.

Mohd Tajudin Abdul Rahman25

yang menulis mengenai Masalah Disiplin Di

Kalangan Pelajar Sekolah berpendapat bahawa pelbagai kes mengenai kemerosotan

akhlak golongan remaja yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan hampir setiap

hari itu hakikatnya secara tidak langsung sama ada dinyatakan secara tersurat atau

tersirat adalah mengarah untuk memperkatakan tentang kemerosotan disiplin dalam

kalangan pelajar terutamanya pelajar di sekolah menengah.

Melalui laporan-laporan akhbar tempatan mengenai masalah akhlak dan

disiplin pelajar atau remaja ini yang terlibat dengan gejala negatif26

seperti mengasari

guru27

dan disyaki terlibat dalam jenayah seksual28

merupakan satu gambaran

menunjukkan pendekatan penghayatan Islam yang ditekankan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah belum dapat dihayati sepenuhnya oleh

sebahagian pelajar.

Kajian menunjukkan antara punca pelajar atau remaja terlibat dalam gejala

negatif seperti itu adalah disebabkan kurangnya penghayatan agama dalam kalangan

25

Mohd Tajudin Abdul Rahman (1995), “Masyarakat Melayu: Masalah Disiplin Di Kalangan Pelajar

Sekolah Dan Penyelesaiannya” (Kertas Kerja Seminar Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial: Proses

Penyelesaian Ke Arah Pembinaan Masyarakat Melayu Cemerlang Abad Ke 21 di Kuala Lumpur, 17

Januari 1995), h. 2-3. 26

Johan Jaaffar (2006) “ Disiplin Usah Salahkan Guru Saja ". Berita Minggu, Oktober 1, h. 13. 27

New Straits Times, April 17, 2006:4 “ Teacher alleges assault by students ". 28

Ibid., June 5, 2006: 8 “ Teen held over sodomy ".

Page 11: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

11

masyarakat.29

Sekiranya ajaran Islam itu diamalkan dan dihayati sudah tentu gejala-

gejala negatif dapat dihindarkan dari mempengaruhi kehidupan pelajar atau remaja

tersebut. Kajian Fadzliyah Hashim30

mengenai Kesan Pendidikan Islam Terhadap

Cara Hidup Pelajar membuktikan bahawa pelajar yang memperolehi pencapaian

cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam mampu membentuk peribadi yang

baik serta dapat menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.

Menurut Hamka31

dalam tafsirannya ke atas ayat 27 surah al-Dhariyat:

Menjelaskan bahawa ibadah solat lima waktu yang dilakukan dengan sempurna

mampu menghalang seseorang dari melakukan perbuatan-perbuatan keji seperti

berzina, merompak dan menipu kerana dari ibadah solat yang dilakukan itu

menjadikan dirinya sentiasa mengingati dan berhubungan dengan Allah.

Antara kajian terdahulu yang membuktikan bahawa amalan dan penghayatan

ibadah dalam kalangan pelajar masih belum memuaskan dan belum berkesan ialah

kajian Ahmad Sabri Osman32

yang mengkaji Keberkesanan Penghayatan Pendidikan

Islam Di Kalangan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara Kampus Arau, Perlis

29

Che Noraini Hashim (2004), op.cit., h. 22. 30

Fadzliyah Hashim (2004), “Kesan Pendidikan Islam Terhadap Cara Hidup Pelajar: Suatu Kajian Di

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah” (Disertasi

Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), h. 135-136. 31

Hamka (1987), Tafsir al-Azhar, juz. 21. Singapura: Pustaka Nasional, Pte. Ltd., h. 5441. 32

Ahmad Sabri Osman (2002), “Sistem Pendidikan Islam: Suatu kajian Tentang Keberkesanan

Penghayatannya Di Kalangan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara Kampus Arau, Perlis” (Disertasi

Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

Page 12: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

12

mendapati penghayatan ibadah dalam kalangan pelajar tidak memuaskan . Contohnya

hanya 52.7% daripada jumlah responden seramai 300 orang yang menunaikan solat

fardu penuh lima waktu. Bagi solat sunat pula seramai 58.3% responden jarang-

jarang melakukannya. Manakala solat Jumaat masih terdapat pelajar lelaki yang tidak

pernah menunaikanya iaitu seramai 1.7% dan tidak menunaikan setiap minggu

seramai 17.9%.

Kajian Azizah Zakaria33

yang mengkaji tentang Penghayatan Terhadap

Beberapa Aspek Dalam Falsafah Etika al-Ghazali Di Kalangan Pelajar Universiti

Teknologi Mara, Shah Alam mendapati terdapat pelajar yang tidak komited dan

konsisten dalam menunaikan solat. Buktinya hanya 107 orang daripada jumlah

responden seramai 250 orang yang mengerjakan solat lima waktu secara tetap dalam

waktunya. Malah jumlah pelajar yang selalu lewat mengerjakan solat agak tinggi iaitu

seramai 97 orang. Jumlah yang jarang-jarang solat pula seramai 44 orang. Bagi

ibadah sunat seramai 97 orang (79.2%) kadang-kadang melakukannya. Sementara

mereka yang kerap melakukannya berjumlah 36 orang (14.4%). Majoriti pelajar iaitu

seramai 198 orang hanya mengerjakan sesekali sahaja.

Kajian Mohd Suhardi Mat Jusoh34

yang mengkaji tentang Pengabaian

Solat Fardu Di Kalangan Remaja Di Sekitar Daerah Pasir Putih, Kelantan, juga

mengukuhkan dapatan kajian terdahulu bahawa penghayatan Islam, khususnya

33

Azizah Zakaria (2004), “Penghayatan Terhadap Beberapa Aspek Dalam falsafah Etika al-Ghazali:

Kajian Di Kalangan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam” (Disertasi Sarjana

Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 34

Mohd Suhardi Mat Jusoh (2004), “Pengabaian Solat Fardu Di Kalangan Remaja: Kajian Di Sekolah

Menengah Di Sekitar Daerah Pasir Putih, Kelantan” (Disertasi Sarjana Syariah, Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya).

Page 13: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

13

penghayatan ibadah masih belum memuaskan, di mana dapatan kajian beliau

mendapati 98 orang daripada responden seramai 467 orang, masih tidak menunaikan

solat fardu penuh lima waktu. Berdasarkan temubual penyelidik dengan beberapa

orang pelajar35

juga membuktikan bahawa amalan dan penghayatan ibadah khusus,

terutamanya kewajipan solat fardu masih belum disempurnakan oleh kebanyakan

pelajar, apatah lagi untuk menghayatinya.

Berdasarkan permasalahan yang ditimbulkan dan dapatan daripada kajian-

kajian terdahulu telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian sejauhmanakah

pula tahap penghayatan ibadah khusus harian pelajar-pelajar Islam di Petaling Jaya.

Sekiranya benar kurang memuaskan, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi

keadaan tersebut. Serta adakah terdapat perbezaan tahap penghayatan disebabkan

berbeza jantina, pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, minat terhadap

mata pelajaran Pendidikan Islam dan status sosio ekonomi. Penyelidik membuat

kajian berkenaan penghayatan ibadah khusus harian kerana daripada penghayatan

ibadah ini, ia dapat memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang dari segi

jasmani, rohani dan emosi, malah penghayatan ibadah inilah yang menjadi asas

kepada penciptaan jin dan manusia .

35

Mohd Hafiz B. Ahmad Tarmizi dan Farah Hazwani Bt Dahari, pelajar tingkatan 4 Sains, SMK

Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya merangkap Pengerusi dan Naib Pengerusi Persatuan Pelajar Islam

SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya. Temubual pada 17 Oktober 2006, Hazlinda Bt Yusof dan

Nur Farhana Bt Ahmad, pelajar tingkatan 4 Sains, SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya. Temubual pada

18 Oktober 2006.

Page 14: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

14

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Bagaimanakah tahap penghayatan ibadah khusus harian pelajar.

ii. Sejauhmanakah faktor diri, ibu bapa, guru, sekolah, rakan dan

persekitaran mempengaruhi penghayatan ibadah khusus harian pelajar.

iii. Adakah terdapat perbezaan tahap penghayatan ibadah khusus harian

pelajar berdasarkan jantina, pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam, minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan tahap sosio

ekonomi.

iv. Adakah terdapat hubungan antara penghayatan dalam ibadah khusus

harian dengan cara hidup pelajar.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

i. Mengetahui tahap penghayatan ibadah khusus harian pelajar.

ii. Mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi penghayatan ibadah khusus

harian pelajar.

iii. Mengetahui tahap penghayatan ibadah khusus harian pelajar berdasarkan

jantina, pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, minat

terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan sosio ekonomi.

iv. Mengetahui tahap hubungan antara penghayatan dalam ibadah khusus

dengan cara hidup seharian pelajar.

Page 15: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

15

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Terdapat empat hipotesis positif yang akan diuji dalam kajian ini. Iaitu:

H 1 Terdapat perbezaan yang signifikan antara penghayatan ibadah dalam

kalangan pelajar berdasarkan jantina.

H 2 Terdapat perbezaan yang signifikan antara penghayatan ibadah dalam

kalangan pelajar berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam.

H 3 Terdapat perbezaan yang signifikan antara penghayatan ibadah dalam

kalangan pelajar berdasarkan minat dalam Pendidikan Islam.

H 4 Terdapat perbezaan yang signifikan antara penghayatan ibadah dalam

kalangan pelajar berdasarkan tahap sosio ekonomi.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting berdasarkan perkara-perkara berikut:

i. Dapatan kajian membolehkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung

dengan kurikulum Pendidikan Islam KBSM mengetahui sejauhmana tahap

penghayatan ibadah khusus harian pelajar Islam khususnya di bandar raya

Petaling Jaya. Seterusnya mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan

tahap penghayatan tersebut.

ii. Bagi guru Pendidikan Islam, dapatan kajian membolehkan mereka

merancang dan melaksanakan program-program akademik dan ko

Page 16: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

16

kurikulum untuk meningkatkan budaya penghayatan ibadah dalam

kalangan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

iii. Bagi Jabatan Pelajaran Negeri, dapatan kajian dapat membantu untuk

merangka dan merancang program dan kursus-kursus tertentu untuk

meningkatkan budaya penghayatan ibadah dalam pengajaran dan

pembelajaran yang boleh disebar dan dikongsi kepada setiap sekolah.

iv. Dapatan kajian boleh membantu Kementerian Pelajaran untuk membuat

semakan dan kajian ke atas pelaksanaan kurikulum yang sedia ada,

adakah masih relevan atau perlu kepada pengubah suaian berdasarkan

kepada keperluan dan situasi semasa.

v. Dari segi literatur, kajian ini dapat membanyakkan lagi literatur dalam

aspek penghayatan Islam khususnya dalam kajian berkenaan penghayatan

ibadah khusus harian dalam kalangan pelajar atau remaja.

1.8 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara berikut:

1. Kajian ini hanya dijalankan di sembilan buah Sekolah Menengah Kebangsaan

di bandar Petaling Jaya, Selangor. Sekolah-sekolah tersebut ialah SMK

Assunta, SMK(L) Bukit Bintang, SMK Sultan Abdul Samad, SMK Sri

Permata, SMK Sri Utama, SMK Taman Medan, SMK Kelana Jaya, SMK(P)

Sri Aman dan SMK(P) Taman Petaling.

Page 17: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

17

2. Sampel kajian ialah pelajar Islam tingkatan empat, seramai 450 orang, lelaki

dan perempuan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza

dan datang dari keluarga yang pelbagai status sosio ekonomi.

3. Dari segi aspek kajian, ia dilakukan untuk meninjau sejauhmana penghayatan

ibadah khusus harian dalam kalangan pelajar dalam ibadah sembahyang

(fardu dan sunat), puasa (fardu dan sunat), membaca al-Quran, berzikir dan

berdoa. Kajian juga dilakukan untuk meninjau sejauhmana penghayatan

ibadah khusus harian itu dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Iaitu faktor

diri, ibu bapa, sekolah (program keagamaan di sekolah), rakan dan

persekitaran. Kajian juga dijalankan untuk mengenalpasti adakah terdapat

perbezaan penghayatan ibadah berdasarkan jantina, pencapaian dalam

Pendidikan Islam (berdasarkan keputusan peperiksaan PMR responden),

minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan tahap sosio ekonomi.

Kajian juga dijalankan untuk mengenalpasti adakah terdapat hubungan antara

penghayatan ibadah dengan cara hidup seharian pelajar.

1.9 SOROTAN KAJIAN TERDAHULU

Kajian tentang penghayatan ibadah dalam kalangan pelajar telah ada

dilakukan oleh para penyelidik sebelum ini. Antaranya ialah kajian Ahmad Sabri

Osman36

mengenai Keberkesanan Penghayatan Sistem Pendidikan Islam Di

36

Ahmad Sabri Osman (2002), op.cit.

Page 18: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

18

Kalangan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara Kampus Arau, Perlis. Kajian ini

melibatkan 300 orang pelajar dengan menggunakan instrumen soal selidik. Hasil

kajian mendapati penghayatan ibadah kurang berkesan terutama dalam menunaikan

solat fardu, solat berjemaah bagi pelajar lelaki, solat-solat sunat dan membaca al-

Quran. Contohnya hanya 52.7% pelajar menunaikan solat fardu penuh sehari

semalam. Sedangkan jika melihat kepada umur dan status pelajar sudah seharusnya

peratusnya adalah seratus peratus. Bagi solat sunat pula hanya 15% sahaja yang kerap

melakukannya.

Hasil kajian beliau juga mendapati ada hubungan yang rapat antara

pendidikan agama dan penghayatannya di mana pelajar dari aliran agama atau yang

sedang mengikuti kursus Pendidikan Islam secara formal di UiTM, lebih menghayati

Islam berbanding sebaliknya. Dapatan ini menyamai dapatan Ahmad Latukau37

yang

mengkaji tentang Kehidupan Beragama Di kalangan Pendatang Indonesia Di

Ampang Jaya, Selangor, iaitu mereka yang mempunyai latar belakang Pendidikan

Islam yang baik tidak akan terpengaruh dengan pekerjaannya atau kesibukannya

sehingga meninggalkan kewajipan kepada Allah.

Kajian Ahmad Sabri ini tidak menfokuskan kepada keberkesanan

penghayatan dalam ibadah sahaja. Tetapi melihat juga dari aspek akidah dan akhlak.

Oleh itu dapatan kajian adalah meliputi ketiga-tiga aspek tersebut dan penghayatan

ibadat bukan menjadi persoalan utama dalam kajian ini.

37

Ahmad Latukau (2003), “Kehidupan Beragama Di Kalangan Pendatang Indonesia: Suatu Kajian

Khusus Di Ampang Jaya, Selangor Darul Ehsan” (Disertasi Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya), h. 151.

Page 19: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

19

Kajian lain ialah kajian Mohd Suhardi Mat Jusoh38

mengenai Pengabaian

Solat Fardu Di Kalangan Remaja Di Daerah Pasir Putih, Kelantan. Kajian ini

melibatkan 467 orang pelajar sebagai responden, juga menggunakan instrumen soal

selidik. Hasil kajian beliau mendapati tahap pengamalan solat fardu dalam kalangan

remaja adalah berbeza iaitu ada yang konsisten dan ada yang tidak. Kajian juga

mendapati faktor persekitaran memberi pengaruh terhadap pengamalan solat fardu

remaja. Iaitu pelajar yang tinggal di kawasan kampung lebih konsisten dalam

melaksanakan kewajipan solat berbanding pelajar yang tingal di bandar. Begitu juga

pelajar yang tinggal di asrama lebih komited mengerjakan ibadah solat berbanding

pelajar yang tinggal di rumah sendiri dan rumah sewa. Manakala pelajar yang tinggal

di rumah sendiri lebih baik pelaksanaan ibadah solat berbanding pelajar yang tinggal

di rumah sewa.

Hasil kajian ini juga mendapati ibu bapa merupakan faktor utama anak

mengerjakan solat atau tidak. Kajian Mohd Suhardi ini hanya tertumpu kepada ibadah

solat iaitu ingin mengetahui sejauhmana tahap pelaksanaan ibadah solat dalam

kalangan pelajar dan faktor-faktor yang menyebabkan kepada pengabaian solat dalam

kalangan mereka. Kajian ini tidak menyentuh tentang ibadah lain sama ada yang

wajib atau pun sunat. Sedangkan kajian yang akan dikaji oleh penyelidik melibatkan

ibadah khusus yang wajib dan sunat.

38

Mohd Suhardi Mat Jusoh (2004), op.cit.

Page 20: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

20

Seterusnya kajian oleh Isyah Radhiah Idris39

yang mengkaji mengenai

Pendidikan Solat Oleh Ibu Bapa Terhadap Anak Dan Remaja Di Kota Bharu,

Kelantan. Kajian melibatkan 111 orang responden dalam kalangan ibu bapa. Kajian

beliau mendapati pendidikan solat yang diterapkan sejak kecil menjadikan anak

mampu istiqamah menunaikan solat setelah mencapai umur dewasa. Kajian ini juga

mendapati ketegasan ibu bapa mempengaruhi amalan solat anak-anak. Penyelidik

kajian ini juga telah mengemukakan 10 kaedah pendidikan solat terhadap anak-anak

yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa. Sama seperti kajian Mohd Suhardi, kajian ini

juga hanya menumpukan pada persoalan ibadah solat iaitu mengkaji cara pendidikan

solat oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Kajian lain ialah kajian Zakariah B. Din @ Nasiruddin40

bertajuk Kajian

Kefahaman Terhadap Keimanan Kepada Allah Dan Amalan Harian Pelajar: Kajian

Di Sekolah Menengah Daerah Kerian, Perak. Kajian melibatkan responden seramai

200 orang daripada pelajar-pelajar 6 buah sekolah dalam daerah Kerian. Kajian ini

mendapati tahap pelaksanaan amalan wajib harian iaitu solat fardu adalah pada tahap

tinggi dengan dapatan min 4.18. Manakala bagi amalan sunat harian seperti berdoa,

solat sunat, solat berjemaah dan berzikir selepas solat tahap pelaksanaan adalah pada

tahap sederhana tinggi dengan dapatan min 3.92. Fokus kajian ini didapati lebih

hampir dengan kajian penyelidik, bagaimanapun di samping mengkaji tahap amalan

39

Isyah Radhiah Idris (2004), “Pendidikan Solat Oleh Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak Remaja Di Kota

Bharu, Kelantan” (Disertasi Sarjana Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 40

Zakariah B. Din @ Nasirudin (2005), “Kajian Kefahaman Terhadap Keimanan Kepada Allah Dan

Amalan Harian Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Daerah Kerian, Perak” (Sarjana Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Page 21: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

21

ibadah harian responden, ia juga membuat kajian mengenai tahap kefahaman

responden terhadap keimanan kepada Allah.

Kajian berkaitan juga ialah kajian Azizah Zakaria41

mengenai Penghayatan

Terhadap Beberapa Aspek Dalam Falsafah Etika al-Ghazali : Kajian Di Kalangan

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kajian ini melibatkan 250 orang responden dan menggunakan instrumen soal selidik

dan temubual . Kajian beliau mendapati tiada perbezaan yang ketara dari segi

peratusan responden melaksanakan ibadah solat lima waktu berdasarkan jantina sama

ada tetap dan dalam waktu, jarang-jarang dan selalu lewat. Kajian beliau juga

mendapati ibadah sunat harian seperti solat sunat jarang diamalkan oleh responden.

Kajian juga mendapati ibu bapa pendorong utama membentuk tingkah laku pelajar

dan pengaruh rakan hanya menduduki tempat kedua. Walaupun ada menyentuh

permasalahan ibadah khusus harian sama ada yang wajib mahu pun yang sunat, fokus

utama kajian ini adalah untuk mengetahui sejauhmana penghayatan responden

terhadap nilai-nilai etika dalam kehidupan harian.

Farihah Hussain42

yang mengkaji Keruntuhan Akhlak Di Kalangan

Remaja: Suatu Kajian Di Alor Setar, mendapati tiada penghayatan ibadah khusus

harian terutamanya solat fardu telah menyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam

kalangan remaja. Kajian yang melibatkan responden seramai 250 orang ini mendapati

bagi tahap pelaksanaan ibadah solat fardu hanya 53 orang (21%) yang melakukannya

41

Azizah Zakaria (2004), op.cit. 42

Farihah Hussain (2006), “Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja : Kajian di Alor Setar” (Disertasi

Sarjana Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

Page 22: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

22

cukup lima waktu dalam sehari semalam. Walaupun ada menyentuh mengenai ibadah

khusus harian, fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang

menyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja masa kini.

Oleh itu berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu, didapati penghayatan

ibadah khusus harian dalam kalangan pelajar masih di tahap kurang memuaskan.

Dapatan kajian juga mendapati faktor-faktor tertentu mempengaruhi tahap

penghayatannya. Memandangkan tiada lagi kajian yang memfokuskan kepada

penghayatan ibadah khusus harian dalam kalangan pelajar sekolah menengah di

Petaling Jaya, keadaan ini mendorong penyelidik untuk membuat kajian ini.

Page 23: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALANstudentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf · 2 Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah, Disiplin Dan Peranan Pendidik

23