peranan pemimpin dan kepimpinan berkesan final

18
PEMIMPIN DAN PERANAN PEMIMPIN YANG BERKESAN 1.0 Pendahuluan: Pemimpin yang baik adalah dihasilkan bukan dilahirkan. Sekiranya ada kemahuan dan azam yang kuat, seseorang itu boleh menjadi pemimpin yang berkesan. Pemimpin yang berkesan terhasil melalui proses yang berterusan berdasarkan latihan, pengalaman, belajar sendiri dan pendidikan (Jago, 1982, m.s 45). Menurut Bass (1990) pada awal abad ke-19 pemimpin umumnya dikenali sebagai individu yang berkedudukan tinggi dan berpangkat kerana mewarisi tuah atau keadaan sosial, memiliki kualiti dan keupayaan yang membezakan mereka dengan masyarakat umum. Pemimpin dikenali dengan pelbagai istilah misalnya ketua, kepala, pengetua, amir, imam dan sebagainya. 2.0 Siapakah Pemimpin? 2.1 Pengertian Pemimpin: Berdasarkan ‘Oxford American Dictionary (2005), ’ Pemimpin’ merupakan individu yang memimpin atau memerintah 1

Upload: idrulhisham-ismail

Post on 27-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

PEMIMPIN DAN PERANAN PEMIMPIN YANG BERKESAN

1.0 Pendahuluan:

Pemimpin yang baik adalah dihasilkan bukan dilahirkan. Sekiranya ada kemahuan

dan azam yang kuat, seseorang itu boleh menjadi pemimpin yang berkesan. Pemimpin

yang berkesan terhasil melalui proses yang berterusan berdasarkan latihan, pengalaman,

belajar sendiri dan pendidikan (Jago, 1982, m.s 45). Menurut Bass (1990) pada awal abad

ke-19 pemimpin umumnya dikenali sebagai individu yang berkedudukan tinggi dan

berpangkat kerana mewarisi tuah atau keadaan sosial, memiliki kualiti dan keupayaan

yang membezakan mereka dengan masyarakat umum. Pemimpin dikenali dengan

pelbagai istilah misalnya ketua, kepala, pengetua, amir, imam dan sebagainya.

2.0 Siapakah Pemimpin?

2.1 Pengertian Pemimpin:

Berdasarkan ‘Oxford American Dictionary (2005), ’ Pemimpin’ merupakan

individu yang memimpin atau memerintah kumpulan, organisasi atau sesebuah negara.

Mendifinasikan pemimpin melalui kewujudan pengikut merupakan tradisi lama tetapi ia

tidak bermanfaat ke arah penambahbaikan kepimpinan sesebuah organisasi. Dalam

konteks penulisan ini, pemimpin merupakan manusia biasa yang mempunyai komitmen

untuk menghasilkan satu hasil atau produk yang pencapaiannya luar biasa berdasarkan

keadaan semasa seperti yang dilihat oleh pihak yang terlibat dan bertanggungjawab

terhadap pencapaian tersebut berdasarkan konsep integriti (Scherr dan Jensen, 2007, m.

s. 5)

1

Page 2: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

2.2 Pemimpin Menentukan Hala Tuju

Pemimpin membuat perkara yang betul dan melaksanakan aktiviti bagi mencapai

visi berdasarkan tindakan dan pertimbangan. Pengikut mengikut pemimpinnya dan

bekerja untuk pengurusnya. Pemimpin merupakan ‘key characteristic’ yang menentukan

sesebuah organisasi itu mempunyai perancangan strategi atau sebaliknya. Menurut Razali

Mat Zin (1996), kepimpinan berkesan ialah kepimpinan yang memberikan kepuasan

kepada pengikut dan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Dalam kehidupan,

kita, terdedah dengan pemimpin dalam keluarga, institusi pendidikan, masyarakat dan

organisasi tempat kita bekerja. Pemimpin merupakan ‘anchor’, menyediakan panduan

ke arah perubahan dan bertanggungjawab terhadap keberkesanan sesebuah organisasi.

2.3 Pemimpin Memotivasi dan Sumber Inspirasi

Apabila kita mula mengamati sifat-sifat khusus dan perlakuan pemimpin, maka kita

mula untuk membina stail kepimpinan kita sendiri. Menurut Barry T. J (1997) seseorang

pemimpin yang berjaya memiliki tiga sifat asas iaitu, disiplin, tekun, tabah dan sabar.

Dalam penulisan ini penulis akan menjelaskan profil pemimpin yang berkesan, ciri-ciri

perlakuan dan lima sifat (five traits) pemimpin yang dikenalpasti. Profil pemimpin yang

berkesan ialah, pemimpin mengekalkan dan mengamalkan sifat hormat menghormati,

bekerja secara berkesan dengan pengikutnyanya, responsif dengan keperluan dan

keinginan orang lain, berilmu pengetahuan, memiliki motivasi yang tinggi, sangat bijak,

berinspirasi dan bersemangat tinggi. Selain itu, pemimpin menggunakan dan

mengenalpasti setiap sumber, menjadikan persekitaran organisasi dan kepimpinan orang

lain sebagai modalnya (Barry, T. J, 1997, m. s 26).

2

Page 3: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

Masyarakat sangat menghormati pemimpin. Apabila membicarakan pemimpin, pasti

kita teringat ciri-ciri perlakuan mereka yang membantu dan menyokong kita. Persepsi

dan pengalaman bersama seseorang pemimpin penuh dengan emosi yang positif dan

pengalaman itu kita inginkan supaya terus berulang. Tidak hairanlah apabila sesetengah

orang menganggap pemimpin itu seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk

bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada

orang yang menaikkan semangat atau mengarah (Ismail dan Ahmad Subki, 2010, m.s

204). Seseorang pemimpin dapat bekerja secara efektif dengan pekerja dan masyarakat.

Justeru perancangan strategi untuk kecemerlangan akan berkesan jika mempunyai

pemimpin cemerlang yang menggerakkannya.

2.4 Pemimpin Menyatukan Pengikutnya (bersepakat dan Bekerjasama)

Pemimpin responsive terhadap keperluan dan keinginan orang lain. Adalah difahami

bahawa pekerja pergi bekerja dengan keperluan yang harus dipenuhi. Mereka faham

keperluan dan keinginan individu dan membentuk suasana dan persekitaran kerja yang

dapat memuaskan keperluan pekerja. Seseorang pemimpin mampu menguruskan

persekitaran kerja yang memotivasikan. Oleh itu, perkara yang perlu dilakukan oleh

pemimpin ialah membina persekitaran kerja yang dapat memotivasikan pekerja atau

individu. Sebagai contoh, pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik

akan melibatkan pengikut dalam membuat keputusan. Biasanya pemimpin jenis ini

disukai ramai kerana pengikut merasakan mereka dihargai dan ada rasa pemilikan dan

kekitaan (sense of ownership). Rasa kekitaan ini akan menyemaikan rasa sayang kepada

organisasi, rakan sekerja dan tugas yang diberikan oleh pihak atasan atau pemimpin.

3

Page 4: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

2.5 Pemimpin Berilmu dan Berkemahiran

Pemimpin ialah seseorang yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Pemimpin

sentiasa mengembangkan pemikirannya dan cuba memahami sesuatu secara mendalam.

Mereka sedar, pengetahuan tanpa pengalaman adalah tidak tulen manakala pengetahuan

dengan pengalaman merupakan satu kebijaksanaan. Pemimpin perlu melengkapkan

dirinya dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan. Sebagai contoh kemahiran teknikal

(memantau), kemahiran interpersonal (memahami emosi dan perlakuan pengikut),

kemahiran konseptual (menggunakan ide untuk menyelesaikan masalah, merancang dan

mengatur) dan kemahiran mentadbir (merancang, membimbing, menurunkan kuasa,

menyelia dan mengendalikan mesyuarat) (Yukl, 1998, m.s. 67).

2.6 Pemimpin Bermotivasi Tinggi

Pemimpin memiliki motivasi yang tinggi. Seseorang pemimpin gigih dan tekun

untuk mencapai matlamat. Pemimpin juga memahami matlamat perlu berterusan untuk

mencapai kejayaan. Pemimpin memiliki dorongan dalaman (inner drive) untuk mencapai

matlamat dan berjaya. Kesemua ini ditunjukkan melalui perlakuan dan tindakan mereka.

Justeru seseorang pemimpin menjadi sumber inspirasi pengikutnya. Perlakuan dan

tindakannya mempengaruhi pengikutnya. Mereka sentiasa sedar bahawa perlakuan

mereka menjadi tumpuan dan sentiasa diperhatikan. Ringkasnya, pemimpin merupakan

seseorang yang mempengaruhi sekumpulan manusia (pengikut) ke arah mencapai

matlamat yang ditetapkan. Pemimpin juga menggunakan dan mengenalpasti semua

sumber yang ada. Pemimpin memahami bahawa mereka harus berusaha dan bekerja

keras untuk memastikan kebeterusan hidup mereka.

4

Page 5: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

2.7 Pemimpin Menurunkan Kuasa dan Mengembangkan Potensi

Pemimpin sentiasa berusaha menggerakkan potensi dirinya dan orang lain ke arah

kecemerlangan dan peningkatan kualiti diri. Justeru, mereka berusaha mencari sumber-

sumber tersembunyi dalam organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Pemimpin

sentiasa membuat andaian yang positif terhadap sifat manusia. Mereka yakin seseorang

akan memberikan komitmen apabila mereka dilibatkan dalam proses membuat

keputusan. Mereka menggunakan kuasa meramal dalam memenuhi keperluan diri.

Pemimpin meletakkan nilai yang tinggi pada harga diri individu. Mereka merangsang dan

memberikan ganjaran kepada aspek kreativiti. Pemimpin menekankan motivasi dalaman

dan menggalakkan pengikutnya mempunyai matlamat diri (self directing).

3.0 Perkara Yang Dilakukan Oleh Pemimpin Yang Berkesan

3.1 Mempunyai dan Membentuk Visi Organisasi

Pemimpin harus melakukan lima perkara sebagai pra syarat untuk menjadi

pemimpin yang berkesan. Kelima-lima perkara tersebut ialah mempunyai visi,

kemahiran berkomunikasi, bermotivasi dan berinspirasi, mengamalkan pemberian kuasa

kepada pengikutnya, dan ‘organisational ability’ (Barry, T. J, 1997, m. s 26). Seseorang

pemimpin memiliki, membentuk visi dan strategi untuk mencapainya. Mereka

memahami persekitaran dan menggerakkan organisasi kepada keadaan yang diperlukan

pada masa depan. Mereka menggunakan potensi enam deria dan mendengar dengan teliti

dorongan hati mereka. Mereka menggunakan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk

membawa pengikut kepada satu pemahaman baru. Visi mereka berdasarkan

kebijaksanaan dan keupayaan melihat masa depan (Kotter, J. P, 1996, m.s 26).

5

Page 6: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

3.2 Berkomunikasi Secara Berkesan

Pemimpin adalah pendengar yang aktif dan berkesan. Pemimpin memahami

bahawa komunikasi bermula dengan mendengar. Sebahagian besar masa mereka di

tempat kerja digunakan untuk berkomunikasi. Mereka menyampaikan visi dan mesej

mereka secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Selain

mesyuarat dan menulis mesej yang hendak disampaikan, pemimpin berkesan mampu

meraih kerjasama kumpulan. Mereka berpengaruh dalam membentuk kumpulan yang

saling bertemu dan memindahkan perasaannya tentang visi dan masa depan organisasi.

Mereka berkomunikasi secara berkesan pada semua peringkat organisasi dan

masyarakat. Mereka mengubahsuaikan mesej untuk disesuaikan dengan pelanggan dan

orang ramai (Kotter, J. P, 1996, m. s 26).

3.3 Membina Rasa Hormat, Yakin dan Percaya

Pemimpin merangsang pengikutnya melihat kerjanya dari perspektif yang berbeza,

membina kesedaran terhadap misi organisasi, membentuk pengikut dan rakan sekerja ke

arah potensi dan keupayaan yang tinggi. Pemimpin mampu melihat mana-mana pihak

yang boleh memberikan manfaatkan kepada kumpulan ke arah pencapaian matlamat.

‘Idealized Influence’ merujuk kepada pemimpin yang berjaya membawa perubahan asas

dan radikal dalam cara bekerja individu dan organisasi akan membina rasa hormat dan

percaya pengikut terhadap pemimpin. Pemimpin akan diminati, dihormati dan

dipercayai. Pengikut akan mengenali pemimpin dan mencontohinya. Tanpa rasa percaya

dan komitmen kepada pemimpin, sebarang cubaan untuk mengubah dan mencapai misi

organisasi akan sukar tercapai (Avolio, 1994,m.s 57).

6

Page 7: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

3.4 Menjadi Rol Model Kepada Pengikut:

Pemimpin yang bersifat transformasi menjadi rol model kepada pengikutnya.

Berikut ialah perlakuan yang perlu dipamerkan oleh seseorang pemimpin tranformasi

dalam menggunakan pengaruhnya (Bass dan Avolio, 1994, m.s 49) iaitu pemimpin

menunjukkan satu standard perlakuan dan moral yang tinggi, berkongsi risiko dengan

pengikutnya dalam merangka dan mencapai matlamat bersama, mempertimbangkan

keperluan orang lain terhadap dirinya dan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk

menggerakkan individu atau kumpulan ke arah pencapaian misi, visi perjuangan bersama

dan bukan untuk kepentingan personal atau peribadi. Pemimpin yang berkesan mampu

menggerakkan pengikutnya atas dasar tanggungjawab dan kerelaan hati.

3.5 Membina Budaya Kerja Berpasukan:

‘Inspirational motivation’ mampu merubah jangkaan ahli kumpulan untuk

mempercayai bahawa masalah organisasi boleh diselesaikan (Atwater dan Bass, 1994,

m.s 112). Pemimpin berperanan membina visi untuk dijadikan panduan mencapai

matlamat organisasi dan cara untuk mencapainya (Avolio, 1994). ‘Inspirational

motivation’ asasnya datang dari perlakuan pemimpin yang menyediakan makna dan

cabaran kepada pengikutnya. Pemimpin tranformasi melibatkan pengikutnya dalam

membina visi organisasi dan berkomunikasi dengan jelas tentang harapan organisasi yang

harus dipenuhi oleh mereka.. Dari sini semangat berpasukan, kesungguhan dan

ketekunan, sifat optimistik, ‘goal commitment’ (iltizam mencapai matlamat) dan visi

yang dikongsi bersama terbina dan bertaut di kalangan kumpulan kerja dan organisasi

(Bass dan Avolio, 1994, m. s 146).

7

Page 8: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

3.6 Menggalakkan Inovasi dan Kreativiti:

‘Intelectual stimulation’ merujuk kepada persoalan kreativiti (Atwater and Bass,

1994, m. s 147). Pemimpin menggalakkan pengikutnya berinovasi dan kreatif dalam

merungkai masalah dan mendekati situasi lama dengan cara baru. Sehubungan itu,

pemimpin menggalakkan kreativiti dalam prosedur baru, program dan penyelesaian

masalah; meningkatkan semangat belajar dan menghapuskan ketetapan melakukan

sesuatu menggunakan cara lama serta tidak mengkritik kesilapan secara terbuka.

Pemimpin menekankan pemeriksaan tugasan secara terbuka dan berterusan. Pengikut

pula merangsang pemimpin mempertimbangkan dan menerima sesuatu mengikut

perspektif mereka. Tidak ada perkara yang terlalu sempurna, tetap, bersifat politik dan

birokrasi yang tidak boleh diubah atau diperjelaskan (Avolio,1999, m.s.149).

3.7 Membangun dan Membina Sumber Tenaga:

Seterusnya ‘individual consideration’ bermakna pemimpin memberikan tumpuan

khusus kepada keperluan setiap individu untuk perkembangan dan pencapaian mereka.

Tujuan pertimbangan individu ialah untuk menentukan keperluan dan kekuatan ahli

kumpulan atau pengikut (Atwater dan Bass, 1994, m. s 45). Berdasarkan pengetahuan

ini, pemimpin bertindak sebagai mentor membantu pengikut mengembangkan potensi

diri ke tahap tinggi (Avolio, 1994, m.s 149). Pemimpin membina peluang-peluang

pembelajaran, mengiktiraf dan menerima perbezaan individu dalam konteks keperluan

dan nilai, komunikasi dua hala dan berinteraksi dengan mereka secara personal, ialah

perlakuan pemimpin yang diperlukan dalam membuat pertimbangan. Individu memang

memerlukan pemimpin yang mendengar suara mereka secara aktif dan efektif.

8

Page 9: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

4.0 Rumusan:

Avolio (1999) merumuskan ‘idealized influence’ dan kepimpinan inspirasi

merupakan cara kepimpinan yang paling berkesan. ‘Stimulasi intelektual’ dan

‘pertimbangan individu’ membantu pemimpin untuk memimpin dengan lebih berkesan

lagi. Keempat-empat cara kepimpinan tersebut membolehkan pemimpin melaksanakan

tranformasi dengan lebih berkesan. Di samping itu, cara kepimpinan berdasarkan

keempat-empat ‘I’ (Idealized influence, Inspirational motivation, Intelectual stimulation,

dan individual consideration), menepati ciri-ciri dan keperluan pemimpin ideal yang

diidamkan oleh masyarakat. Secara praktiknya, pemimpin membina satu jangkaan di

kalangan pengikutnya terhadap pencapaian yang tertinggi. Ringkasnya, pemimpin yang

berkesan, membangunkan manusia (developer of people) dan membina kumpulan

(builder of teams).

9

Page 10: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

BIBLIOGRAFI

Atwater, D. C., and Bass, B. M. (1994). Transformational Leadership in Teams. In B. M. Bass and B. J. Avolio (Eds.), Improving Organizational Effectiveness Through Tranformational Leadership (pp. 48-83). Thousand Oaks, CA: Sage.

Avolio, B. J. (1999). Full Leadership Development. Thousand Oaks, CA: Sage.

Avolio, B. J. (1994). The Alliance of Total Quality and The Full Range of Leadership. In B. M. Bass and B. J. Avolio (Ed.s), Improving Organizational Effectiveness Through Transformational Leadership (pp. 121-145). Thousand Oaks, CA: Sage.

Barry, T. J. (1997). Total Quality Organization: Balance and Harmony for Excellence. Kuala Lumpur: Penerbit Piramid Sdn. Bhd.

Bass, B. M. (1990). Bass and Stogdill’s Handbook of leadership (3rd ed.). New York: Free Press.

Bass, B. M., and Avolio, B. J. (1994). Introduction. In B. M. Bass and B. J. Avolio (Eds.), Improving Organizational Effectiveness Through Transformational Leadership (pp. 1-10). Thousand Oaks, CA: Sage.

Jago. A. G. (1982). Leadership: Perspectives in Theory and Research. Management Science, 28(3), 315-336.

Kotter, J. P. (1990). A Force for Change: How Leadership Differ from Management. New York: Free Press.

Kotter, J. P. (1996). Leading Change. United States of America: Harvard Business School Press.

Mat Zin, R. (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mustapa, I. , & Miskon, A. S. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan multimedia Sdn. Bhd.

Scherr, A. L. and Jensen, M. C. (2007, Aug. 22). A New Model of Leadership. Negotiations, Organizations and Markets Research Papers, 1-36. Retrieved from http://papers.ssrn/com/abstract-920623.

Yukl, G. A. (1998). Leadership in Organization (4th ed.) Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

10

Page 11: Peranan Pemimpin Dan Kepimpinan Berkesan Final

KANDUNGAN

Butiran Halaman

1.1 Pendahuluan

2.0 Siapakah Pemimpin

2.1 Pengertian Pemimpin

2.1.1 Pemimpin Menentukan Hala Tuju

2.1.2 Pemimpin Memotivasi dan Sumber Inspirasi

2.1.3 Pemimpin Menyatukan Pengikutnya

2.1.4 Pemimpin Berilmu dan Berkemahiran

2.1.5 Pemimpin Bermotivasi Tinggi

2.1.6 Pemimpin Menurunkan Kuasa dan Mengembangkan Potensi

3.0 Perkara Yang Dilakukan Oleh Pemimpin Yang Berkesan

3.0.1 Mempunyai dan Membentuk Visi Organisasi

3.0.2 Berkomunikasi Secara Berkesan

3.0.3 Membina Rasa Hormat, Yakin dan Percaya

3.0.4 Menjadi Rol Model Kepada Pengikut

3.0.5 Membina Budaya Kerja Berpasukan

3.0.6 Menggalakkan Inovasi dan Kreativiti

3.0.7 Membangun dan Membina Sumber Tenaga

4.0 Rumusan

BIBLIOGRAFI

11

1112234455667788910