peranan pelajar dalam pengorganisasian dan dakwah islam kini

22
PERANAN PELAJAR DALAM PENGORGANISASIAN DAN DAKWAH ISLAM KINI Abas Haji Khatib Yang dipertua PEPIAS 1979-1980 Dialah yang mengutuskan rasulnya dengan membawa petunjuk dan Agama yang benar agar dia menangkan di atas segala Agama-Agama lain meskipun orang-orang musyrik benci - As Shaf : Ayat 9 Bagi manusia Muslim atau ummat Islam tugas dan tanggung jawab mereka telah pun termaktub di dalam Al-Quran - sebagai Hamba Allah dan sebagai khalifah Al Ard. Dua kewajipan yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia ini adalah penerusan seruan risalah kebenaran yang disampaikanNya melalui Rasul-Rasul dan Nabi yang mana ia merupakan suatu usaha mengajak manusia mentauhidkan Allah. Tugas dan tanggung jawab tersebut dapat diertikan dengan perkataan yang lebih tepat iaitu " Dakwah". Maksudnya menyeru, menuntun atau mengajak manusia mengerjakan yang makruf dan mencegah atau meninggalkan yang mungkar. Dakwah Islamiah mencakupi segala kegiatan-kegiatan yang jelas, jujur dalam menuntun manusia kepada Allah dan menghayati tuntutan Agama sepenuhnya. Firman Allah yang bermaksud : " Hendaklah ada diantara kamu ummat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf dan melarang dari yang mungkar dan mereka itulah yang menang " " Janganlah kamu seperti orang-orang yang berpecah-belah dan berselisih setelah datang kepada mereka beberapa keterangan dan untuk mereka itulah siksaan yang besar " " Pada hari (kiamat) ada yang putih muka dan ada yang hitam muka. Adapun orang-orang yang hitam mukanya (dikatakan kepadanya) : " Mengapakah kamu

Upload: whl1437

Post on 14-Jun-2015

1.133 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

PERANAN PELAJAR DALAM PENGORGANISASIAN DAN DAKWAH ISLAM KINI

Abas Haji KhatibYang dipertua PEPIAS

1979-1980

 

Dialah yang mengutuskan rasulnyadengan membawa petunjuk dan Agama yang benar

agar dia menangkan di atas segala Agama-Agama lainmeskipun orang-orang musyrik benci

                                                     - As Shaf : Ayat 9                                                

Bagi manusia Muslim atau ummat Islam tugas dan tanggung jawab mereka telah pun termaktub di dalam Al-Quran - sebagai Hamba Allah dan sebagai khalifah Al Ard.

Dua kewajipan yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia ini adalah penerusan seruan risalah kebenaran yang disampaikanNya melalui Rasul-Rasul dan Nabi yang mana ia merupakan suatu usaha mengajak manusia mentauhidkan Allah. 

Tugas dan tanggung jawab tersebut dapat diertikan dengan perkataan yang lebih tepat iaitu " Dakwah". Maksudnya menyeru, menuntun atau mengajak manusia mengerjakan yang makruf dan mencegah atau meninggalkan yang mungkar. Dakwah Islamiah mencakupi segala kegiatan-kegiatan yang jelas, jujur dalam menuntun manusia kepada Allah dan menghayati tuntutan Agama sepenuhnya. Firman Allah yang bermaksud :

" Hendaklah ada diantara kamu ummat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf dan melarang dari yang mungkar dan mereka itulah yang menang "

" Janganlah kamu seperti orang-orang yang berpecah-belah dan berselisih setelah datang kepada mereka beberapa keterangan dan untuk mereka itulah siksaan yang besar

"

" Pada hari (kiamat) ada yang putih muka dan ada yang hitam muka. Adapun orang-orang yang hitam mukanya (dikatakan kepadanya) : " Mengapakah kamu kafir sesudah

kamu beriman ? Sebab itu rasailah olehmu siksaan kerana kamu kafir "

" Adapun orang-orang yang putih mukanya, mereka dalam rahmat Allah (Syurga) serta kekal didalamnya "

" Demikianlah ayat-ayat Allah, Kami bacakan kepada engkau dengan sebenarnya dan Allah tiada hendak menganiaya orang-orang dalam alam "

Page 2: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

" Bagi Allah apa yang dilangit dan apa yang dibumi dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan "

" Adalah kamu sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi manusia supaya kamu menyuruh dengan makruf dan melarang dari yang mungkar serta  beriman kepada Allah. Kalau

berimanlah ahli kitab, nescaya lebih baik bagi mereka tetapi setengah mereka beriman dan kebanyakkan mereka fasik "

{Surah  Ali Imran:  Ayat 104-110}

Tugas manusia ialah mengajak kepada Islam dan mengamalkan sifat-sifat Islam yang kemudiannya akan melahirkan manusia yang bergelar manusia Muslim. Ini kerana sifat-sifat Islam yang diamalkan akan mencerminkan satu keperibadian yang luhur pada individu Muslim itu sendiri maupun masyarakat Muslim. Malahan kehidupan bermasyarakat semuanya dicetuskan atas dasar Islam, aman, bebas, tenteram serta sejahtera baik dari segi akhlak, ekonomi, sosial, pendidikan, politik dan lain-lain. Inilah yang dikatakan manusia Muslim dan ummat Muslim yang contohnya dapat dilihat di zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Zaman di mana Al-Quran itu direalisasikan sebenar-benarnya dalam kehidupan seharian yang merupakan suatu generasi Al-Quran yang unik.

Para sahabat Rasulullah di dalam generasi pertama tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran untuk mencari pelajaran dan bahan bacaan, atau mencari hiburan dan penglipurlara. Bahkan tiada seorang pun yang belajar dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu atau menambah bahan ilmu serta akademik untuk mengisi dada mereka. Mereka mempelajari Al-Quran adalah untuk mengetahui arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat serta urusan hidup mereka sendiri dan hidup masyarakat mereka. Mereka juga mempelajarinya untuk dilaksanakan serta merta seperti seorang perajurit yang menerima arahan harian atau surat pekeliling bagi dilaksanakan segera.

Bila disorotkan persoalan dakwah kepada keadaan sekitar masyarakat Islam di Malaysia, adakah dakwah yang diertikan sebelum ini telah mencapai matlamatnya? Apakah seruan kepada Islam dengan pengalaman sifat-sifat Islam itu telah wujud pada individu dan masyarakat sekarang? Sekiranya ada, sejauh manakah kita dapat buktikan kebenarannya? Pembuktian atau penafian tentunya dapat difikirkan tetapi selama hampir 500 tahun Islam bertapak di Malaysia belum dirasakan satu suasana keIslaman yang benar-benar wujud.

Masyarakat masih lagi terbelenggu dengan sistem-sistem yang berdasarkan kepada sistem jahiliyyah, nafsu, akal yang merosakkan keperibadian insan. Bukan saja dari segi duniawi seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan, rumahtangga dan lain-lain. Apa yang lebih dari itu ialah dari segi ibadahnya. Penyembahan kepada Tuhan-Tuhan lain daripada Allah. Amalan-amalan khurafat dan berbagai-bagai amalan yang bertentangan dengan konsepsi Akidah Islam dan hidup insan masih berlaku dalam masyarakat kita. Pengalaman cara hidup barat yang bertentangan dengan cara hidup masyarakat timur dan cara hidup masyarakat Islam. Sedangkan kehidupan teknologi masyarakat barat jauh

Page 3: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

berbeda dengan masyarakat kita ummat Islam. Pada masa sekarang, ummat Islam umumnya atau sebahagian besar sudah kehilangan sifat-sifat keimanan dan keIslaman mereka. Contohnya " keberanian " yang telah ada pada nenek moyang atau leluhur mereka dahulu dan perangai serta sifat yang sebaik itu kini telah diambil oleh para musuh Islam yang kitab-kitab Agama mereka itu tidak memerintahka supaya berperangai dan bersifat berani.        

Kemajuan dari barat yang diamalkan di negara ini bukanlah kemajuan yang memberi manfaat dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam itu yang ingin dipersoalkan tetapi kemajuan yang membawa keruntuhan nilai peribadi insan telah melahirkan manusia yang takabbur, angkuh dan tidak mengEsakan Penciptanya. Itulah yang menjadi pokok perbincangan kita. Matlamat insan itu dijadikan adalah untuk beribadat kepadaNya tetapi semakin tinggi ilmu pengetahuan semakin qarib kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud :

" Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaku "

{Surah Az-Zariyat: Ayat 56}

Modenisma, Sains modenlah satu-satunya jalan untuk mencapai kebenaran. Oleh kerana kebenaran yang didapati oleh Sains moden hanya pada taraf  ' factual truths ' ( kebenaran faktual ) dan Sains moden tak dapat menjangkau Kebenaran Mutlak maka, modenisma menafikan atau meragui adanya apa yang dinamakan Kebenaran Mutlak.  

Oleh yang demikian, pengambilan terhadap kemajuan Sains dan teknologi barat oleh masyarakat Islam kita malah seluruh masyarakat Islam telah meruntuh dan menggugurkan nilai-nilai keIslaman yang terpancar dari sistem 'Akidah' dan ' Ibadah 'nya kepada Allah. Penghapusan terhadap nilai-nilai Islam itu terus berlaku seperti yang berlaku di zaman pemerintahan Kamal Attartuk di Turki pada abad ke 19.

Dalam bidang ibadah terdapat penyelewengan yang mengujudkan masyarakat yang memahami ibadah terbatas seperti puasa, solat, zakat, haji dan ibadah-ibadah yang khusus.

Ibadah ialah nama yang menggabungkan setiap perkara yang disukai dan diredhai Allah samada dari jenis perkataan atau perbuatan, zahir atau batin. Ia meliputi segala jenis amalan fardhu dan syiar Islam yang wajib. Bila kita faham Agama dan seluruh ajarannya adalah ibadat dan mengetahui bahawa Agama Islam membawa sistem hidup yang lengkap bagi manusia dari segi lahiriah dan rohaniah serta membataskan gerak-geri manusia dan perhubungan antara mereka sesuai dengan sistem ciptaan Illahi. 

Kita sebagai masyarakat pelajar seharusnya memahami keadaan masyarakat yang dapat disimpulkan dalam kejahilan mengenai Islam.

Antara mereka yang terdiri  dari beberapa golongan yang berilmu pengetahuan :

Page 4: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

Pertama : Golongan yang tidak berpelajaran

Kedua : Golongan berpelajaran barat; dan

Ketiga : Golongan yang berpelajaran Agama

As Shahid Abdul Qadir menjelaskan lagi :

Seluruh ummat Islam adalah sama-sama memikul tanggung jawab di atas segala kelemahan dan kehinaan yang sedang menyeludup masuk ke dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Meski pun tanggung jawab itu merupakan suatu beban yang bertingkat-tingkat menurut taraf kedudukan masing-masing. Namun begitu, setiap kaum Muslimin tidak boleh melepaskan diri daripada memikul bebanan dan tanggung jawab yang besar ini.

Adalah menjadi kewajipan kepada kita generasi pelajar agar memahami keadaan ini dan ianya sebagai suatu amanat atau tugas yang besar yang mesti dijalankan dan diselesaikan. Peranan individu pelajar hendaklah ditentukan dan seterusnya dikerahkan seluruh daya fikir dan tenaga yang ada bagi mempastikan bahawa pelajar-pelajar tidak akan terlibat sama terjerumus dalam masyarakat yang jahil mengenai persoalan Agama mereka iaitu Islam. Setidak-tidaknya pelajar-pelajar ini mempunyai cita-cita dan berkeinginan untuk memahami serta memperdalami Agama Islam.

Peranan yang harus dimainkan oleh pelajar-pelajar Islam kini disimpulkan dalam dua perkara :

1.    Peranan pelajar yang tersedia ada sebagai seorang pelajar :

       i.    Pelajar dengan dirinya sendiri sebagai seorang Muslim adalah berkewajipan menuntut ilmu. 

       ii.    Pelajar dengan alam pelajar dan ilmu pelajaran mereka. Di sini terdapat peranan utama pelajar untuk menerapkan                nilai-nilai hidup yang harmoni dan menentukan peranan setiap individu pelajar Muslim dalam melaksanakan tugas                sebagai bakal cerdik pandai Islam.  

2.    Peranan pelajar dengan alam luar pelajar :

i. Pelajar dengan masyarakat umum - memahami masalah masyarakat dalam hal-hal fahaman, anutan Agama, kehidupan,  cara hidup dan masalah mereka dalam bidang Agama Islam.

Page 5: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

ii. Pelajar dengan masyarakat guru mereka - menentukan bahawa guru-guru adalah guru-guru yang benar-benar mahu  mendidik dan bukan mahu memberi pelajaran sahaja.

Pelajar-pelajar tidaklah perlu meragui akan kemampuan Islam yang boleh mengatasi masalah yang ada hari ini. Haruslah diakui bahawa Islamlah satu-satunya Agama yang menuntun setiap penganutnya kembali kepada kehendak fitrah manusia itu sendiri dan kepada hukum Allah SWT. Islam adalah Agama fitrah seperti yang telah dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

" Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama ( Allah ); ( tetaplah atas ) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan

atas fitrah Allah. ( Itulah ) Agama yang lurus; tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui "

{Surah Ar Rum: Ayat 30}

Supaya lebih jelas kepada generasi pelajar dalam memainkan peranan mereka dalam dakwah Islam, Syed Abul Al A'ala Al Maududi menjelaskan :

Sesungguhnya apa yang patut diberi perhatian yang lebih berat dari yang lain ialah bahawa pelajar yang mempunyai kesedaran keIslaman hendaklah bangun menentang segala gerakan anti Tuhan dan fahaman kebendaan yang bergerak untuk mengaburkan atau meragu-ragukan akidah Islam serta melemahkan orang yang beriman kepadaNya.

Inilah peranan utama pelajar-pelajar yang tidak dinafikan penglibatannya dalam dakwah Islam kini iaitu pembersihan akidah atau penerapan Tauhid yang sebenar. Mereka mesti berusaha menghapuskan segala macam gerakan penentangan kepada Tuhan.

Peranan kedua bagi pelajar ialah persiapan akhlak dan nilai-nilai Islam kerana akidah yang benar akan mencerminkan akhlak yang mulia dan luhur. Orang Islam tidak akan melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh perasaan memberontak kepada Allah dan RasulNya serta perasaan yang tidak memperhitungkan lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan. Begitulah penjelasan Al Maududi pada peringkat kedua peranan pelajar dan akibat dari tidak adanya akidah dan akhlak yang mulia.

Ketiga, pelajar-pelajar haruslah memahami serangan tamadun-tamadun barat dan insan lain yang bertentangan dengan Islam dan fitrah insan itu sendiri dihapuskan. Kita hendaklah menyedari sejarah ummat kita terdahulu yang hanyut dalam arus tamadun yang merosakkan itu. Ianya merosakkan akidah dan prinsip-prinsip Iman. Akhirnya melahirkan manusia yang mengingkari hukum Allah dan perintah RasulNya.   

Page 6: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

Masalah tamadun merupakan masalah yang amat besar. Ummat Islam telah begitu sebati dengan fahaman-fahaman yang disebut moden dan maju. Dari segi cara berfikir hinggalah kepada cara hidup. Sesuatu yang bukan diistilahkan sebagai moden, bukan datang dari kemajuan orang-orang barat atau ciptaan orang barat, tidak ' up to date ' tidak akan diterima dan ditolak sama sekali. Kenyataan-kenyataan seperti ini timbul apabila adanya usaha-usaha mengajak mereka kembali kepada peradaban timur / sendiri dan cara hidup Islam.

Muhammad Iqbal dalam menghuraikan pengaruh peradaban barat ' Sebagai semboyan yang menyerang perikemanusiaan dan membunuh setiap keperibadian, sedang usaha-usahanya yang tidak henti-henti ialah berdagang '. Iqbal menyatakan lagi bahawa manusia moden telah menjadi rabun disebabkan kegiatannya dalam berfikir, tiada mengharapkkan rohnya kepada kehidupan kerohanian yang sempurna, yakin terhadap kehidupan kejiwaan yang meresap dalam lubuk hati.

Kesimpulannya, Iqbal telah menyarankan dalam ucapannya sebagai pemimpin dari Liga Partai-Partai  Islam di Delhi tahun 1939 yang ditujukan kepada kaum Muslimin :

" Agama yang panji-panjinya tuan-tuan pikul ini mengakui harga diri peribadi dan melatihnya hingga rela memberikan apa juga yang dimilikinya fi sabilillah dan untuk kepentingan hamba-hambanya "             

Tiga peranan yang telah dijelaskan tadi merupakan penyatuan kesimpulan kepada masalah pendidikan. Pendidikan merupakan faktor terpenting dalam menentukan usaha-usaha penerapan akidah, kemuliaan akhlak dan keluhuran peradaban Islam yang sebenarnya. Allah telah menganugerahkan insan dan memuliakannya dengan akal serta kemampuan untuk berilmu. Ilmu dijadikan sebagai pensyaratan atau sebab manusia itu diangkat menjadi khalifah dimuka bumi.

Dasar-dasar pendidikan hendaklah diantara berikut :

i. Pendidikan untuk semua anak-anak samada lelaki atau perempuan dalam usia persekolahan - haruslah     diwajibkan. Ini kerana " Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap kaum Muslimin dan Muslimat " - hadith.    " Malah ayat Al-Quran yang pertama turun yang membawa maksud : " Bacalah dengan nama Tuhanmu".

ii. Menyusun suatu perencanaan yang kemas dan terperinci untuk menghapuskan buta huruf yang merata    dikalangan ummat.

iii. Mempelbagaikan bidang pendidikan hingga merangkumi berbagai cabang yang bersifat keAgamaan atau    keduniaan.  

Seterusnya tiga belas saranan oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qarwadi dalam penyelesaian mengenai pendidikan.

Page 7: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

Disinilah letaknya peranan guru-guru dalam usaha mendidik anak-anak kerana tujuan pendidikan mengikut kata sepakat ahli-ahli pendidikan Islam adalah pendidikan dan pengajaran bukanlah memenuhi otak anak iaitu dididik dengan segala macam ilmu yang belum mereka ketahui tetapi mendidik akhlak dan jiwa mereka dengan kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan untuk sesuatu kehidupan yang suci seluruhnya dengan ikhlas dan jujur.

Al Maududi dalam melanjutkan saranannya terhadap peranan pelajar ialah menghapuskan guru-guru yang dicurigai merbahayakan kepada Islam. Maksud beliau bahawa terdapat guru-guru yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam yang menyatakan bahawa Islam tidak mempunyai tamadun, kemajuan, dasar politik dan ekonomi. Apa yang lebih daripada itu ialah pelajar-pelajar dilalaikan pemikiran mereka dengan galakan kepada penceburan dalam aktiviti-aktiviti sukarela.

Aktiviti-aktiviti seperti kelab drama, tarian, muzik, pertunjukkan pentas, majlis keraian atau jamuan yang kesemuanya menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan. Islam tidak menggalakkan percampuran bebas kerana dikhuatiri mendatangkan fitnah dan zina.

" Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat "

{Surah Al-Israk: Ayat 32}

Malahan manusia berkeinginan antara lelaki dan wanita tetapi ditakuti nanti mencetuskan kerosakan ummat yang tidak dapat diubati lagi.

" Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat ( keinginan nafsu ) seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup didunia

dan disisi Allah tempat yang sebaik-baiknya (Syurga) "

{Surah Ali Imran: Ayat 14}

Dalam mengatasi masalah guru-guru yang mencurigai dan supaya pelajar memahami dengan jelas peranannya dalam membina ummat Islam maka diwujudkan satu sistem pelajaran yang lengkap merangkumi segala bidang yang dapat dipraktikkan dalam dua aspek :

i. Merupakan hakikat dan undang-undang tabie yang diketahui oleh manusia setelah ia melalui beberapa      perubahan, ujian dan renungan. Aspek ini bercorak antarabangsa.

ii. Merupakan bentuk pemikiran yang mencipta atau merakamkan hakikat-hakikat dan maklumat tersebut.    Kemudian, diletakkan di atas asas teori yang tertentu. Tergolong dalam aspek ini bahasa yang dipilih.

Page 8: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

Tidak memadai sekiranya dalam pendidikan itu tiadanya kurikulum. Prof. Dr. Mohd. Athiyah menjelaskan bahawa ada beberapa peringkat pendidikan Islam :

i. Peringkat kanak-kanak - Al Quran dan sendi-sendi Agama, membaca, menulis, berhitung, bahasa, sajak dan lain-lain. Ibn Khaldun mengisyaratkan kepada pentingnya penghafalan Al Quran bagi anak-anak kerana pengajaran Al Quran sendi semua pendidikan dalam semua rencana pelajaran sekolah.

ii. Peringkat pertengahan

iii. Peringkat yang lebih tinggi - Institusi pengajian dan secara ilmiah dan mendalam dalam mempelajari sesuatu  ilmu itu.

Apabila pelajar-pelajar telah memahami peranannya kepada masalah yang berlaku terhadap Agama, Islam dan masyarakatnya, dengan sendirinya pelajar-pelajar itu akan melibatkan diri mereka dalam organisasi Islam iaitu suatu organisasi yang bergerak melancarkan revolusi menegak yang makruf dan mencegah yang mungkar. Suatu organisasi yang bergerak dan berusaha meluntur dan meruntuhkan segala macam perkara yang menyeleweng dari konsep akidah, menyesat dari program yang diatur oleh program Islam yang benar dan mampu menyelesai dan memenuhi kehendak fitrah insan bersama alam sekitarnya.

Organisasi pelajar hendaklah berusaha ke arah menghapuskan kebatilan dan menegakkan yang hak. Organisasi ini merupakan organisasi yang bersifat KETAHANAN kerana persoalan ketahanan adalah yang bersifat 'global' dan ianya persoalan yang paling mendesak yang harus segera digarap dengan penuh rasa tanggung jawab.

Organisasi Islam adalah organisasi atau gerakan yang mendokong cita-cita Islam. Angkatan yang dipilih khusus untuk memikul tugas jihad, ummat Islam harus sentiasa dalam keadaan siap sedia dengan segala keperluan yang maksima - rohani dan jasmani.

Pelajar-pelajar hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan semangat jihad. Semoga organisasi yang dipimpin akan berjaya membawa masyarakat pelajar dan umum kepada beriman kepada Allah. Susunan organisasi hendaklah teratur dan padu antara individu pimpinan organisasi itu. Allah berfirman yang membawa maksud :

" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjihad di jalanNya dalam keadaan barisan yang teratur atau tersusun seumpama bangunan yang tersusun kukuh "   

{Surah As Shaf: Ayat 4}

Sifat-sifat organisasi Islam itu tentunya berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah. Malahan bukan sahaja kepada gerakan atau organisasi sahaja tetapi kepada individu dalam organisasi juga diserapkan atau panduannya Al Quran dan As Sunnah. Dalam gerakan pelajar, ianya mestilah bersifat yang telah dijelaskan tadi. Cuma dalam cara dan metodnya agak berbeda dengan gerakan-gerakan Islam yang lain.

Page 9: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

Gerakan pelajar Islam ini meneliti dan memahami keadaan-keadaan di bawah yang memberi pengertian mengenai gerakan atau harakah Islam :                                               

1. Fikrah - fahaman-fahaman yang ada dalam masyarakat Islam baik dari segi duniawi atau ukhrawi.

2. Tujuan - menjayakan cita-cita Islam dari segi pengalaman sifat-sifat individu, masyarakat dan negara yang kesemuanya berjalan atas aturan-aturan hukum Illahi.

3. Wadah - menyampaikan wadah Islam yang sempurna dan lengkap mencangkupi segala bidang rohani dan jasmani insan.

4. Tenaga Kerja - menyediakan tenaga-tenaga kerja yang menjadikan perjuangan Islam ini sebagai suatu yang mesti kepadanya sehingga mati dalam menegakkan Agama Allah iaitu mati syahid.

5. Uslub - mengatur kaedah-kaedah bagaimana hendak menyampaikan dan menerapkan nilai-nilai Islam kepada manusia.

6. Wasilah - menentukan cara-cara dalam bertindak menyampaikan wadah Islam dan persiapan kepada individu serta organisasi itu.

7. Bidang Operasi - menentukan tempat, masa, pendengar, kedudukan kawasan - kampung atau bandar, kehidupan dan cara hidup masyarakat untuk menyampaikan dakwah Islam.

Ianya akan kembali kepada persoalan peribadi manusia atau penerima dakwah iaitu :

i. Akalii. Perasaan

iii. Amalan-amalan

Kesemuanya bertujuan untuk mengisi hati dan akal manusia dengan kehalusan jiwa dan peribadi. Agar setiap individu itu akan melaksanakan :

i. Taubat - apabila merasai atau melakukan dosa atau kesalahan.ii. Zikir - sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah dengan penuh rasa

tawaduk. Semoga hati dan jiwanya tenteram dan tergolong dalam hamba-hamba yang soleh. 

iii. Perkara Amaliah - memakan makanan yang halal dan melakukan perbuatan yang tidak bertentangan dengan hukum Allah.

iv. Berilmu - bertujuan membimbing dan mengetahui rahsia-rahsia penciptaan Allah di atas muka bumi serta menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

Page 10: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

Kita tidak mahu masyarakat manusia Muslim atau golongan pelajar Islam tergolong ke dalam golongan yang dimurkai oleh Allah dan dimasukkan ke dalam api neraka kerana tidak mensyukuri nikmat Allah seperti firman Allah yang bermaksud :

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk ( isi neraka Jahannam ) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami

( ayat-ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata         ( tetapi ) tidak dipergunakan untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah ) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak

dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "

{Surah Al Araaf: Ayat 179}

Organisasi pelajar Islam bukannya menyediakan pemuda-pemuda yang leka dan lalai. Fikiran dan seluruh tenaga ditumpukan dan diarahkan kepada perjuangan Islam. Segala program dan rencananya adalah bersifat Islam. Tidak ada tempat bagi organisasi pelajar ini untuk meneruskan dan mengadakan program jahiliyah dan nafsu. Tidak seperti organisasi lain yang menuntun tenaga, fikiran, masa dan kehendak pelajar kepada hiburan, pergaulan bebas lelaki dan wanita dan lain-lain rencana serta program yang merosakkan. Bagi ummat Islam sebagai pelajar yang membina ummat Islam akan datang merasakan penyelesaian terhadap masalah pelajar sekarang ini samada dari bidang sosial, pendidikan dan organisasi adalah dengan penyelesaian Islam. Kita harus akui bahawa musuh-musuh sedang dan akan merencanakan program-program untuk menghancurkan Islam. Sasaran utama mereka ialah golongan pemuda Islam.       

Mereka ini mengumpul seluruh tenaga untuk melalai dan melekakan pemuda-pemuda Islam dengan hiburan, kelab-kelab sukan, sosial seperti Lions Club, Rotary Club, Pengakap, Bulan Sabit, Theater Club, Music dan pertandingan-pertandingan yang diadakan. Kesemua program itu menggalakkan pelajar-pelajar kepada hiburan dan pergaulan bebas. Mereka juga didedahi dan diserapi dengan idea-idea bercorak penentangan terhadap Agama. Akhirnya akan menarik pelajar-pelajar melupakan Agama mereka. Bagi musuh Islam atau penjajah pemikiran bukanlah penting untuk mengajak kepada Agama mereka tetapi mengajak kepada meninggalkan Agama.

Mereka mengkehendaki supaya pemuda Islam yang terpengaruh meninggalkan Agama Islam iaitu dari cara hidup, berfikir serta suruhan-suruhan Agama. Penerapan faham 'free-thinker', atheist, sosialis, komunis, kapitalis dan berbagai-bagai isu diserapkan. Pelajar-pelajar ini tidak lagi mengharapkan pertolongan dan penyelesaian kepada Islam bila memerlukannya. Mereka mengambil idea-idea dari kaum-kaum orientalis dan barat yang mereka dapati dari orientasi musuh Islam tadi.

Justeru itu, bangunlah wahai angkatan muda Islam. Tegaklah Agama dan masyarakatmu dengan cahaya Islam. Ingatlah musuh-musuh sekarang ini berusaha memadamkan cahaya Islam. Mereka lupa bahawa Islamlah yang telah menerangi kegelapan hidup masyarakat barat sedikit masa dulu. Allah telah berfirman dan menjelaskan kegiatan mereka yang bermaksud :

Page 11: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

" Mereka mahu memadamkan cahaya kebenaran jalan Allah dengan mulut mereka tetapi Allah enggan memperkenankan sebaliknya Allah tetap menyempurnakan sinaran

cahayaNya meskipun orang-orang kafir tidak menyenanginya " 

{Surah At Taubah: Ayat 32}

Pemuda-pemuda Islam dididik dan dibimbing dalam orientasi Islamiah sehingga hidupnya terkawal dan terpelihara dari diracuni oleh pengaruh luar yang serba cabul dan serba lacur. Kewujudan generasi muda yang beriman dalam seluruh kekuatan tenaga muda dan seluruh aktiviti kehidupannya dicurahkan untuk kebaktian dan pengabdian kepada Yang Maha Esa.

Kekuatan organisasi kita terletak pada kekuatan para pendukungnya. Logiknya gerakan Islam memerlukan perhatian khusus kepada 3 unsur :

i. Susunan organisasiii. Matlamat gerakan

iii. Kemampuan pendukung-pendukung

Di antara persoalan-persoalan organisasi yang terpenting ialah yang bersangkutan dengan kepimpinan dengan sifat-sifat dan ciri-cirinya yang utama. Di bawah ini digarapkan secara kasar mengenai kepimpinan dalam organisasi :

i. Apakah kepimpinan ii. Kebersihan jiwa dan rohani

iii. Kesihatan badan dan kekuatannya

iv. Keupayaan mental dan fikiran

Hal ini dijelaskan lagi oleh Fathi Yakan mengenai ciri-ciri kepimpinan :

1. Mengenali Dakwah2. Mengenali Jiwa

3. Perhatian kepada Para Anggota

4. Tauladan yang baik

5. Pandangan yang tajam

6. Kemahuan yang kuat

7. Daya tarikan semulajadi

Page 12: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

8. Optimisma

Di samping itu, organisasi pelajar Islam haruslah mengawasi dan menghindarkan daripada masalah berikut :

1. Kumpulan dalam kumpulan - adanya golongan yang tidak puas hati terhadap pimpinan dan terus keluar dan membuat kumpulan yang baru. Sedangkan pertikaian yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara syura atau perundingan hati ke hati. Akhirnya mengambil keputusan yang berdasarkan tuntutan Islam.

2. Penyakit fikiran yang sempit. Tidak menerima pendapat atau syura orang lain dalam membina dan membaiki segala kelemahan yang ada. Baik kepada individu atau organisasi atau memahami perjuangan Islam hanya terbatas kepada sesuatu bahagian dari ajaran Islam. Selain daripada itu tidak perlu diutamakan.

3. Mengelakkan setiap ahli menolak kumpulan-kumpulan yang cita-cita dan hasrat atas sebab perbedaan yang kecil dari segi cara atau kaedah maka dikeluarkan kenyataan bahawa kumpulan itu tidak mengikut garis panduan perjuangan Islam yang sebenarnya.

4. Meyakinkan setiap individu pendukung gerakan Islam ingin meneruskan gerakan sehingga akhir hayat - menghindarkan dari sikap lemah dalam gerakan apabila ditimpa kesusahan atau bala bencana.

Para pendukung organisasi pelajar Islam haruslah memenuhi syarat-syarat ini. Semoga dengan adanya organisasi, mampu menghadapi sebarang ancaman dari luar mahupun dari dalam.

i. Kefahaman yang betulii. Usaha-usaha Amaliah

iii. Antara rahsia dan terang-terangan

Jelaslah bahawa organisasi Islam dilakukan dalam bentuk 'Amal Jama'i.Tidak bersendirian dan mendukung cita-cita murni dan suci. Mendukung cita-cita dengan wadah dan harakah Islam itu sendiri. Ia patut dijelmakan dalam bentuk 'amal jama'i yang selaras dan berencana jika sebenarnya hasil yang berkesan hendak diperolehi.

Perorganisasian pelajar Islam dewasa ini menghadapi berbagai-bagai masalah dan rintangan. Di antaranya disimpulkan dalam golongan berikut :

1. Golongan pelajar yang tidak memahami dakwah dan mengambil sikap endah tak endah.

2. Golongan pelajar-pelajar yang simpati dan memahami dakwah tetapi tidak melibatkan diri dalam gerakan / organisasi pelajar Islam Sekolah - PPI.

Page 13: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

3. Golongan yang menyokong, memahami dan melibatkan diri dalam dakwah dan organisasi.

Golongan-golongan yang di atas wujud berdasarkan sebab-sebab berikut :

i. Kurang mendapat pendidikan Agama. Kalau ada hanya dalam bentuk keturunan tradisi. Tidak dimengertikan bahawa Islam itu suatu yang merangkumi cara hidup iaitu sebagai Ad Din.

ii. Orientasi hidup moden hari ini yang melalaikan, melupakan serta menghendaki setiap individu mengejar kemajuan. Siapa yang tidak bersama akan hidup menderita dan dikatakan ketinggalan zaman sehingga tidak ada masa hendak mempelajari persoalan Agama.

iii. Adanya usaha-usaha dengan unsur-unsur untuk melemahkan, meruntuhkan dan mengelirukan masyarakat Islam khasnya generasi pelajar iaitu dengan kenyataan-kenyataan yang disebut sebagai alasan menyekat perkembangan dakwah yang sihat.

Organisasi dakwah pelajar membawa wadah dengan penonjolan dan pendedahan kepada idea-idea Islam bersama kefahaman dan amalannya. Maryam Jameelah menyatakan :

" The ideal of Islamic culture was not mechanical evolutionary progress but the permanent, immutable, transcendental, divinely-revealed moral, theological and spiritual values of the Quran and

Sunnah "   

Selanjutnya beliau menegaskan bahawa mestilah ada sikap keyakinan terhadap perjuangan Islam. Keyakinan ini sebagai asas dalam menentukan :

1. The fundamental sources of Islam - the Quran and the Sunnah are uncorrupted and intact. No other religion can claim the advantage.

2. An Islamic teachins are comprehensive, all-ambracing in scope and entirely self-sufficient, Islam does not tolerate electicism of compromise with any culture in conflict with its principles. Islam alone provides adequate guidance for life in its totality. Not only does Islam tell us what to do but also specifically how to do it. The excant teaching of all other religion are limited, restricted and fragmentary.

3. The determination to preserve and propagate Islam in its original purity has been practically implemented in every period of Islamic history simultaneously Muslim country by a long series of Mujaddid. Although with the support and encouragement of Western scholars and politician, the modernists attempt to force their distorted interpretation of Islam upon their a entire community, happily they are encountering stiff resistance on every side from those who are not decided by this hypocrisy and are determined to preserve an unadulterated Islam intact.

Page 14: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

4. From Morooco to Indonesia the overwhelming majority want Islam and once inspring leadership is provided, they will be ready to follow most enthusiastically.

Wadah organisasi pelajar ini memberi pengertian Islam yang menyejahtera dan mengwujudkan keamanan insan - zahir dan rohaninya. Kesejahteraan ini melahirkan perasaan kasih sayang antara individu Islam itu.

Syed Qutb menyatakan :

" Islam appeals to the individual's conscience and humanitarian feelings. Islam reminds people of their creation from one soul and awakens in them the awareness of their God who created them and to whom everyone shall return. Such awareness inclines people towards clemency and trinquility and make them more responsive to laws insituted for the establishment of peace. Such people would guarantee social justice and the smooth management of society. " 

Allah berfirman yang bermaksud :

" Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya. Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan namaNya dan (takutlah akan memutuskan) silaturahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu. "

{Surah An Nisa': Ayat 1}

Dapatlah difahami dan disimpulkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai peranannya yang amat berat. Mereka memikul amanat untuk merubah dan membentuk generasi akan datang dengan perubahan dan pembentukan berlandaskan kepada Islam. Kita bukan memuliakan ketinggian darjat seseorang kepada hartanya tetapi terhadap jiwanya. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

" Bukanlah yang dinamakan kaya kerana berlimpah ruah hartanya tetapi yang dinamakan kaya ialah kaya jiwa "

Begitulah peranan utama pelajar dalam membina generasi akan datang kerana kita sedang menghadapi satu gelombang dakwah setiap tahun yang harus diisi dan diarahkan. Pengisian dan pengarahan yang dilakukan dalam bentuk jemaah atau organisasi. Dengan rencana dan program di antaranya seperti berikut :

i. Ceramahii. Kursus / Seminar

iii. Penerbitan risalah

iv. Latihan-latihan amali kerohanian

Page 15: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

Kegiatan-kegiatan yang tersebut janganlah hanya berlaku dalam masa-masa tertentu atau bermusim. Ianya berdasarkan kepada perseimbangan ' intrinsic ' dan ' extrinsic '. Mampu memperlihatkan kegiatan yang mekanisma hidup samada pada organisasi mahupun individunya.

Perimbangan dan kesederhanaan antara Agama dan kebendaan atau Agama dan dunia merupakan prinsip kelima daripada prinsip-prinsip yang diseru dan dipelihara oleh Islam untuk membaiki kerosakan-kerosakan yang dilakukan oleh penyeleweng-penyeleweng Agama dalam bidang ibadah. Dengan itu, kegiatan dakwah pelajar mudah dan jelas untuk dilaksanakan. Ini kerana peranan dan organisasi yang wujud merupakan peranan yang menerapkan nilai-nilai keIslaman dan organisasi yang berjemaah dan kepelbagaian aktivitinya. Tidaklah harus ada pada fikiran masyarakat mencurigai kegiatan organisasi dan peranan pelajar Islam ini.

Pelajar-pelajar ini membawa cahaya Islam yang bukan membelakangkan atau menidakkan tuntutan hidup tetapi tegak untuk mencapai kesempurnaan hidup (lifefullment). Ini bermakna pendidikan kita mesti menyediakan belia-belia untuk memahami selok-belok hidup, melatih mereka dengan serba seni dan kemahiran kehidupan dan sanggup menguruskan segala keperluan masyarakat.

Allah telah menegaskan di dalam Al Quran yang bermaksud :

" Katakanlah ( kepada mereka ): Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik (yang Dia

sediakan untuk mereka) ?"

{Surah          :Ayat 32}

Gerakan dakwah pelajar juga mengajak kepada persaudaraan dan perpaduan. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

" Jadilah kamu sekalian hamba Allah bersaudara "

Riwayat Bukhari dan Muslim

Bagi golongan yang berfikir dengan akal yang sempurna tentunya dapat memahami dakwah yang harus dilakukan oleh pelajar-pelajar. Tidaklah timbul nanti penafsiran yang keliru dan merosakkan yang akhirnya memberi kesan kepada jiwa dan fikiran pelajar dalam memahami persoalan berikut :

i. Agama Islam - tidak memberi satu kemajuan kepada mereka. Di mengertikan Islam keturunan hanya amal ibadat yang sempit.

ii. Pengertian dakwah yang terpisah dari segala persoalan semasa dan hidup insan.

iii. Menganggap bahawa gerakan dakwah yang ada sebagai satu gerakan menyekat kegiatan seharian dan kemajuan hidup. Tidak bebas dan terkongkong.

Page 16: Peranan Pelajar Dalam Pengorganisasian Dan Dakwah Islam Kini

Untuk akhirnya dalam menjawab persoalan di atas Syed Qutb menyatakan :

Kekuasaan yang mengatur hidup manusia haruslah kekuasaan yang mengatur adanya manusia itu. Manusia tidak boleh menyeleweng dan mengadakan sistem sendiri, kekuasaan sendiri, kebijaksanaan sendiri, lain dari sistem, kekuasaan dan kebijaksanaan Dia yang telah mengatur adanya manusia itu sendiri dalam kehidupan manusia yang diluar kehendak mereka.

Manusia tunduk kepada undang-undang fitrah yang telah diciptakan Tuhan dalam kejadian dan pertumbuhan mereka samada sihat atau sakit, hidup atau mati. Begitu juga manusia itu harus tunduk kepada undang-undang di dalam persatuan sosial dan akibat yang mereka tempohi sebagai hasil dari kebebasan mereka sendiri. Mereka tidak sanggup merubah sunnatullah. Allah ada berfirman yang bermaksud :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang

nyata bagimu. "

{Surah Al Baqarah: Ayat 208}

 

   Saudara Abas Haji Khatib

Yang Di Pertua PEPIAS