peranan media massa kontemporari dalam · pdf filekata kunci : media massa kontemporari, tv...

7
285 PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN FITRAH INSANIAH Ahmed S.A Al-Qodsi, Sharifah Norshah Bani Binti Syed Bidin Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu ABSTRAK Kajian ini memilih televisyen sebagai media massa kontemporari yang memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada segenap lapisan masyarakat. Sepanjang kemunculan televisyen selama 53 tahun di Malaysia, iaitu bermula 28 Disember 1963 dengan RTM1, kini dunia penyiaran telah diserikan dengan saluran-saluran yang lebih menitikberatkan rancangan-rancangan Islamik. Hal ini menunjukkan perkembangan yang amat positif kerana televisyen (TV) adalah merupakan medium dakwah dan pendidikan yang amat penting kepada massa. Selain peranan utamanya untuk menyebarkan maklumat, TV juga berperanan sebagai agen mendidik, membujuk dan menghibur. Peranan ini merupakan komponen penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada jiwa manusia yang secara fitrahnya memerlukan unsur-unsur ini. Pendidikan fitrah insaniah yang sejahtera adalah amat penting agar dapat mewujudkan suasana masyarakat yang mementingkan ilmu yang dapat membangunkan akal dan akhlak, bukan masyarakat yang hanya mengutamakan hiburan semata-mata. Fitrah Insaniah merujuk kepada pengakuan setiap insan tentang ketauhidan Allah s.w.t, dan penciptaan mereka dengan fitrah kehambaan yang sama. Ini bererti, seorang individu yang mempunyai fitrah insaniah yang sejahtera adalah yang sentiasa berusaha memelihara norma-norma perilakunya mengikut ketetapan wahyu. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji peranan media massa kontemporari, iaitu televisyen berkonsepkan Islam dalam pendidikan fitrah insaniah. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang berdasarkan kepada analisis dokumen, iaitu rancangan- rancangan TV al-Hijrah yang dipilih sebagai sampel kajian. Rancangan-rancangan TV al-Hijrah dipilih untuk dikaji kerana ia merupakan pelopor yang mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islam. Seterusnya, kajian juga menganalisis keselarian rancangan-rancangan yang ditayangkan di TV al-Hijrah dengan pendidikan Islam yang diasaskan atas pemuliharaan fitrah insaniah dan pembentukan generasi rabbani. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh 7 hari bersiaran bermula jam 12.00 a.m sehingga 9.30 p.m terdapat 49 rancangan berkonsepkan agama yang ditayangkan kepada masyarakat, 10 (20.4%) daripadanya adalah rancangan khusus untuk kanak-kanak. Kesemua rancangan ini adalah berkonsepkan pemupukan akidah, ibadah dan akhlak yang merupakan prinsip-prinsip dalam pemuliharaan fitrah insaniah dan selari dengan pendidikan Islam. Kajian ini mencadangkan kepada massa khususnya ibubapa agar lebih prihatin dalam memantau rancangan-rancangan televisyen yang mampu menyuburkan fitrah yang sejahtera dalam diri anak-anak. Kata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, medium dakwah dan pendidikan Islam, fitrah insaniah ABSTRACT This study chose television as mass media contemporary impact directly or indirectly to all walks of life. During a television appearance for 53 years, starting December 28, 1963, by RTM 1, now the world of broadcasting has been graced with the channels which emphasize on the Islamic programs. It showed a very positive development for television (TV) is a medium of da`wah and education are very important to the masses. In addition to its primary role of disseminating information, the TV also acts as an agent to educate, persuade and entertain. This role is an important component that can profoundly affect the human psyche which naturally requires these kinds of elements. Human nature education is very important in order to create a conscious society environment that can develop the good mind and morals, not the hedonism society. Human nature refers to the recognition of every human being on the oneness of Allah, and the nature of their creation with the same servitude. This means, an individual who has a prosperous

Upload: vanthuy

Post on 07-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM · PDF fileKata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, ... dengan asas-asas pendidikan dalam Islam ... Selari

285

PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI

DALAM PENDIDIKAN FITRAH INSANIAH

Ahmed S.A Al-Qodsi, Sharifah Norshah Bani Binti Syed Bidin

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

ABSTRAK

Kajian ini memilih televisyen sebagai media massa kontemporari yang memberikan kesan secara langsung

atau tidak langsung kepada segenap lapisan masyarakat. Sepanjang kemunculan televisyen selama 53 tahun

di Malaysia, iaitu bermula 28 Disember 1963 dengan RTM1, kini dunia penyiaran telah diserikan dengan

saluran-saluran yang lebih menitikberatkan rancangan-rancangan Islamik. Hal ini menunjukkan

perkembangan yang amat positif kerana televisyen (TV) adalah merupakan medium dakwah dan

pendidikan yang amat penting kepada massa. Selain peranan utamanya untuk menyebarkan maklumat, TV

juga berperanan sebagai agen mendidik, membujuk dan menghibur. Peranan ini merupakan komponen

penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada jiwa manusia yang secara fitrahnya memerlukan

unsur-unsur ini. Pendidikan fitrah insaniah yang sejahtera adalah amat penting agar dapat mewujudkan

suasana masyarakat yang mementingkan ilmu yang dapat membangunkan akal dan akhlak, bukan

masyarakat yang hanya mengutamakan hiburan semata-mata. Fitrah Insaniah merujuk kepada pengakuan

setiap insan tentang ketauhidan Allah s.w.t, dan penciptaan mereka dengan fitrah kehambaan yang sama.

Ini bererti, seorang individu yang mempunyai fitrah insaniah yang sejahtera adalah yang sentiasa berusaha

memelihara norma-norma perilakunya mengikut ketetapan wahyu. Justeru, artikel ini bertujuan untuk

mengkaji peranan media massa kontemporari, iaitu televisyen berkonsepkan Islam dalam pendidikan fitrah

insaniah. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang berdasarkan kepada analisis dokumen, iaitu rancangan-

rancangan TV al-Hijrah yang dipilih sebagai sampel kajian. Rancangan-rancangan TV al-Hijrah dipilih

untuk dikaji kerana ia merupakan pelopor yang mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islam.

Seterusnya, kajian juga menganalisis keselarian rancangan-rancangan yang ditayangkan di TV al-Hijrah

dengan pendidikan Islam yang diasaskan atas pemuliharaan fitrah insaniah dan pembentukan generasi

rabbani. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh 7 hari bersiaran bermula jam 12.00 a.m sehingga

9.30 p.m terdapat 49 rancangan berkonsepkan agama yang ditayangkan kepada masyarakat, 10 (20.4%)

daripadanya adalah rancangan khusus untuk kanak-kanak. Kesemua rancangan ini adalah berkonsepkan

pemupukan akidah, ibadah dan akhlak yang merupakan prinsip-prinsip dalam pemuliharaan fitrah insaniah

dan selari dengan pendidikan Islam. Kajian ini mencadangkan kepada massa khususnya ibubapa agar lebih

prihatin dalam memantau rancangan-rancangan televisyen yang mampu menyuburkan fitrah yang sejahtera

dalam diri anak-anak.

Kata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, medium dakwah dan

pendidikan Islam, fitrah insaniah

ABSTRACT

This study chose television as mass media contemporary impact directly or indirectly to all walks of life.

During a television appearance for 53 years, starting December 28, 1963, by RTM 1, now the world of

broadcasting has been graced with the channels which emphasize on the Islamic programs. It showed a

very positive development for television (TV) is a medium of da`wah and education are very important to

the masses. In addition to its primary role of disseminating information, the TV also acts as an agent to

educate, persuade and entertain. This role is an important component that can profoundly affect the human

psyche which naturally requires these kinds of elements. Human nature education is very important in

order to create a conscious society environment that can develop the good mind and morals, not the

hedonism society. Human nature refers to the recognition of every human being on the oneness of Allah,

and the nature of their creation with the same servitude. This means, an individual who has a prosperous

Page 2: PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM · PDF fileKata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, ... dengan asas-asas pendidikan dalam Islam ... Selari

286

human nature is constantly striving to maintain the norms of behavior in accordance with provisions of

revelation. Thus, this article aims to examine the role of Islamic television program to educate the human

nature This study is a qualitative study based on analysis of documents, namely the program schedules of

al-Hijrah TV which are selected as the sample. The program schedules of TV Al-Hijrah were selected for

the study because it is a precursor to the broadcasting with the concept of Islam. Next, the study also

analyzed the parallelism of the programs aired on TV Al-Hijrah with the Islamic education which is based

on the cultivation of human nature and the formation of rabbani generation. The results showed that within

7 days broadcast from 12.00 am until 9.30 pm there are 49 religious Islamic program concept prepared to

the public, 10 (20.4%) of them are the special program for children. All these programs show the concept

of nurturing faith, worship, and moral principles which constitute the cultivation of human nature and

Islamic education. This study suggests to the masses, especially the parents to be more attentive in

monitoring the television programs that can nourish the good nature in the soul dan spirit of the children.

Keywords: Contemporary Mass Media, TV Al-Hijrah, Islamic television programs, Medium of Da`wah

and Islamic Education, Human Nature

PENDAHULUAN

Media massa mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia, lebih-lebih lagi dengan

perkembangan sains dan teknologi dewasa ini menjadikan media massa bukan hanya sebagai perantaraan

yang memindahkan maklumat semasa kepada sesama manusia tetapi juga berfungsi untuk memindahkan

ilmu pengetahuan yang berguna, juga maklumat-maklumat yang mungkin meninggalkan kesan yang

negatif . Dengan konsep media massa yang boleh ‘menemui’ semua pembaca, pendengar, penonton di

segenap lapisan dan ceruk rantau, maka kehadiran dan penerimaannya dalam masyarakat menjadi suatu

perkara yang wajar diberi perhatian bagi memastikan kandungan yang dibawa dan dipertontonkan selari

dengan asas-asas pendidikan dalam Islam yang menjurus kepada melahirkan insan rabbani yang selari

dengan acuan yang diteapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam perbahasan ini, penulis memilih

televisyen sebagai salah satu media yang cukup berpengaruh dan digunakan hampir dalam setiap rumah

di Malaysia. Justeru, adalah perlu ditonjolkan kriteria program-program televisyen yang boleh membantu

untuk memupuk sifat yang baik dan selari dengan fitrah yang Allah tetapkan dalam diri manusia, agar

kewujudan televisyen bukan sekadar ‘kotak bercakap ’ yang boleh menghilangkan kebosanan, malah lebih

daripada itu ia mampu menjadi ‘guru’ yang baik untuk masyarakat.

Menyorot sejarah kemunculan televisyen pertama di Malaysia, ia bermula pada tahun 1963

dalam hitam putih. Lima belas tahun kemudian, iaitu 28 November 1978 televisyen Malaysia bertukar

wajah dari hitam putih ke tatawarna sehinggalah sekarang (Mohd Nordin Abdul Rahman,2004 : 67 & 69).

Selain stesen televisyen yang telah sedia dikenali seperti RTM, TV3, NTV7, Astro, 8TV, Channel 9, TV

Pendidikan (Mohd Nordin Abdul Rahman,2004 : 69), pada tahun 2009 muncul satu lagi inovasi baru dalam

lanskap dunia penyiaran Islam, iaitu penubuhan stsesn TV AlHijrah dan mewarnai dunia penyiaran dengan

berkonsepkan Islamik. Selari dengan konsep al-thabat(tetap) dan murunah(fleksibel) yang dianjurkan oleh

Islam, penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam dilihat sebagai satu perubahan yang mengikut

peredaran masa dan sesuai di alaf 21 ini( Zulkiple Abd Ghani, 2012 : 427) Pada bulan Mei 2016, TV

AlHijrah telah melancarkan slogan baharunya “ Islam Is First

Class”(https://ms.wikipedia.org/wiki/TV_AlHijrah : 30.12.2016). Melalui siaran rancangan yang

berkonsepkan agama oleh TV AlHijrah, ia boleh menjadi medium dakwah dan tarbiah fitrah kepada

audien. Ini kerana, rancangan-rancangan ini akan dapat memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih

mendalam dan mudah melalui bentuk audiovisual.

Page 3: PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM · PDF fileKata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, ... dengan asas-asas pendidikan dalam Islam ... Selari

287

TELEVISYEN SEBAGAI MEDIUM DAKWAH DAN PENDIDIKAN FITRAH INSANIAH

Media dari segi bahasa didefinisikan sebagai alat atau perantara komunikasi(perhubungan) seperti

radio, televisyen dan akhbar (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=media+/21.12.2016). Pendidikan

pula adalah suatu proses berterusan yang berlaku seawal kejadian setiap insan di dalam rahim ibunya

hinggalah ke hembusan nafasnya yang terakhir. Pendidikan ini berlaku secara langsung dan formal atau

secara tidak langsung atau non formal.

Dalam kaitan di antara media massa dan pendidikan fitrah insaniah, kedua-dua keadaan ini

berlaku. Justeru, tidak hairanlah jika dikatakan bahawa media massa, secara khususnya televisyen adalah

merupakan medium dakwah dan pembentuk akhlak dan pemikiran masyarakat. Peranan utama televisyen

dalam konteks dakwah dan pendidikan fitrah insaniah dapat disimpulkan dalam empat(4) perkara iaitu,

pertama sebagai pendidik. Ia bermaksud televisyen berperanan sebagai pendidik kepada masyarakat agar

melaksanakan segala perintah yang datang daripada Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Tugas

pendidik yang dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan syariat dan ajaran Islam yang syumul. Kedua,

sebagai agen informasi iaitu menjadi penghalang dalam menangkis maklumat yang sering disalah tafsirkan

oleh pihak orientalis Barat dalam memutarbelitkan fakta Islam kepada masyarakat. Oleh itu, ia sebagai

agen informasi dalam menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam dan bertanggungjawab

meningkatkan masyarakat tentang kefahaman Islam. Ketiga, sebagai penyatu yang mana harus mampu

menjadi jambatan yang menyatupadukan umat Islam. Dalam keadaan masyarakat yang tidak bersatu padu,

mereka ini mampu membina kembali hubungan di antara kedua belah pihak yang bertelagah. Keempat,

sebagai pejuang iaitu berjuang dan membela Islam. Pengamal penyiaran televisyen seharusnya bekerja

keras membentuk pendapat umum yang mendorong tertegaknya nilai-nilai Islam.

Keadaan inilah yang dimaksudkan oleh Md Rozalfari Johor,2014: 245, adalah menjadi asas sejak

TV diwujudkan di negara ini, selain telah banyak membantu mendidik, membujuk, menghibur,

membentuk, malah turut merosakkan pemikiran khalayaknya. Justeru, televisyen dilihat sebagai

serampang dua mata yang boleh berfungsi sebagai teman dan guru, juga berfungsi sebagai musuh dan

pembunuh.

TV ALHIJRAH SEBAGAI MODEL STESEN TELEVISYEN BERKONSEPKAN ISLAM

Misi penubuhan TV AlHijrah adalah untuk menjadi stesen TV berkonsep Islam pertama dan terunggul di

Malaysia, menyiarkan kandungan yang berkualiti dan kreatif yang mengajak masyarkat melakukan

penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan. Misi ini akan dicapai melalui :

1. Penyediaan kandungan berbentuk majalah, dokumentari, darama, berita ehwal semasa, hiburan

dan riadah berlandaskan prinsip Islam dan nilai sejagat.

2. Memastikan kandungan menarik, bermaklumat serta sesuai untuk semua lapisan masyarakat

3. Menggunakan teknologi transmisi, penyiaran dan IT yang terkini serta menyalurkan kandungan

dalam pelbagai platform

4. Pengurusan yang professional, berakhlak, telus, berintegriti, dinamik dan kreatif

5. Polisi, prosedur dan proses kerja yang efisien, efektif dan menepati amalan “best practices”

6. Pembangunan modal insan yang berterusan bagi mengharungi industry media yang dinamik

7. Perikatan strategic dengan pelbagai pihak dengan konsep “win-win”

8. Memeperkenalkan sistem prestasi syarikat yang memberi ganjaran dan imbuhan kepada

kakitangan yang cemerlang (www.alhijrahmedia.com/21.12.2016).

Manakala dari segi intipati program pula, TV AlHijrah menawarkan kandungan yang segar serta

program yang memenuhi keperluan penonton masa kini. Setiap kandungan diteliti dan dikembangkan

bukan sahaja untuk menarik perhatian penonton melalui penerbitan yang kreatif, tetapi mengutamakan

Page 4: PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM · PDF fileKata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, ... dengan asas-asas pendidikan dalam Islam ... Selari

288

citarasa semasa yang berlandaskan Islam. Paling penting semua kandungan yang disiarkan berdasarkan

nilai-nilai Islam yang berpaksi kepada :

1. Kejujuran . Tegas berpegang kepada ajaran dan prinsip Islam, pada masa yang sama menghormati

budaya dan tradisi setempat yang tdak menyalahi agama, sekaligus berpegang pada ketinggian

akhlak dan nilai-nilai murni sejagat

2. Keterbukaan. Meraikan ilmu dan idea berinovasi dan juga menghormati kepelbagaian pandangan.

Mengutamakan perpaduan dan mencari penyelesaian melalui ilmu dan maklumat. Al-Quran dan

Hadis sebagai rujukan utama.

3. Progresif. Menggalakkan perbandingan idea yang mampuu mengangkat paradigm dan

penyerapan teknologi baharu terutamanya dalam bidang penyiaran. Menawarkan inovasi dalam

medium multi platform dan media baru

4. Relevan. Kekal terkini dengan tren baharu di peringkat tempatan dan antarabangsa. Memiliki

kandungan yang relevan dengan perkembangan semasa dan situasi dengan menggunakan

pendekatan yang mesra dan interaktif. (www.alhijrahmedia.com/21.12.2016).

Berdasarkan analisis kepada rancangan-rancangan yang disiarkan oleh TV AlHijrah, terdapat 49

rancangan bercorak agama dan memberi manfaat kepada masyarakat. Rancangan-rancangan tersebut

adalah sebagaimana berikut:

Bil. Rancangan Kekerapan

(kali/semingg

u)

Tempoh Siaran

(minit)

1. Kembara Asyraf 2 30 minit x 2 =

60 minit

2. Malam D’Hijrah 8 180 minit x 8 = 1,440

minit

3. Panggilan Agung 26 30 minit x 26 = 780

minit

4. Cinta Ilmu Fiqh Wanita 2016 2 55 minit x 2 = 110 minit

5. Klinik D’Hijrah 7 60 minit x 7 = 420 minit

6. Maahad al-Amin 3 55 minit x 3 = 165 minit

7. Ejen Halal (SS4) 1 30 minit

8. Sahabat Kita 1 30 minit

9. Sekolah Saya Hebat 2 25 minit x 2 = 50 minit

10. Apa Cerita Kome 4 30 minit x 4 = 120 minit

Page 5: PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM · PDF fileKata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, ... dengan asas-asas pendidikan dalam Islam ... Selari

289

11. Malam Cinta Rasul – Masjid

Tanah Melaka 2015

1 120 minit

12. Al-Quran & Sains 1 30 minit

13. Cinta Ilmu Akidah dan Falsafah

2016

4 60 minit x 4 = 240 minit

14. U Turn 1 30 minit

15. Aiman Kembara 1 30 minit

16. Kembara Ilmu 1 30 minit

17. Reflection 2016 3 30 minit

18. Keluarga Adab 6 30 minit x 6 = 180 minit

19. Tetamu Masjid 1 30 minit

20. Impian Remi 1 30 minit

21. Chef Kecil 4 25 minit x 4 = 100 minit

22. Taman Syurga Bersama Habib Ali

2016

4 30 minit x 4 = 120 minit

23. Passport Ziarah 2 30 minit x 2 = 60 minit

24. Tonight With Dr. Zakir Naik 1 60 minit

25. Syamsul Debat : Transformasi

Keluarga Bahagia

3 30 minit x 3 = 90 minit

26. Cinta Ilmu Fiqh Syariah 2016 4 60 minit x 4 = 240 minit

27. Al-Cuit Sikit 1 30 minit

28. Finding Him – with Aliza Kim 1 15 minit

29. Queen of The Deen – with Mizz

Nina

1 15 minit

30. Green Nature 1 60 minit

31. Tatarstan Permata Islam di Russia 1 30 minit

32. Ayat Riwayat (SS3) 3 30 minit x 3 = 90 minit

33. Atlas Quran 1 30 minit

34. Aqil Story 1 30 minit

35. Dapur Chef Ammar 1 30 minit

36. Solat Jumaat 2016 1 30 minit

37. Info Taqwa Mizz Nina 2 60 minit x 2 = 120 minit

38. Tijan Annour 1 25 minit

Page 6: PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM · PDF fileKata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, ... dengan asas-asas pendidikan dalam Islam ... Selari

290

39. Way His Way With Mufti Naik 1 30 minit

40. 30 minit bersama Usatz Don

Danial 2016

1 60 minit

41. The Straight Paith 2016 : Major

Obstacles

1 60 minit

42. Cinta Ilmu Celik Hadis 2016 2 55 minit x 2 = 110 minit

43. Misi Ady 1 30 minit

44. Zon Aulad SS 5 1 25 minit

45. The Truth Islam in Anatolia 1 30 minit

46. Cinta Ilmu Medan Fatwa 2016 2 60 minit x 2 = 120 minit

47. Al-Furqan@Ustaz Nasa 1 30 minit

48. Al-Wildan 2016 1 25 minit

49. Dikir Zikir (SS9) 1 30 minit

Jumlah Keseluruhan ( Jam/Minit) 94 jam 15 minit

Sumber : Rancangan-rancangan TV ALHijrah Seminggu (Ahad hingga Sabtu Disember 2016)

Jadual di atas menunjukkan rancangan-rancangan berkonsepkan agama yang disiarkan di TV

ALHijrah sepanjang seminggu, yang berjumlah 94 jam 15 minit. Ini bererti sekiranya diandaikan ada

seorang penonton yang menonton semua rancangan yang disiarkan ini dalam tempoh seminggu, bermakna

penonton tersebut telah menghabiskan 56% daripada 168jam masanya seminggu. Daripada 94 jam

tersebut, sebanyak 6 jam 25 minit adalah rancangan khusus untuk kanak-kanak. Jumlah jam ini mewakili

6.6% masa yang dihabiskan oleh kanak-kanak yang menonton rancangan yang disiarkan ini dalam

seminggu. Peratus yang besar ini memberi maksud bahawa TV AlHijrah memikul tanggungjawab yang

berat dalam menyediakan rancangan-rancangan yang membawa mesej Islam kepada penonton.

Jika diteliti kepada sinopsis rancangan-rancangan kanak-kanak, didapati ia mengandungi usaha

penerapan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, setia kawan dan usaha keras. Selain itu, rancangan-

rancangan ini turut dimuatkan dengan kisah tauladan dari al-Quran dan hadis, nyanyian berunsur nasihat,

pertandingan membaca al-Quran yang dapat memupuk perasaan cintakan al-Quran dalam jiwa kanak-

kanak. Hal ini sekaligus, akan membawa kanak-kanak mengenal dunia dalam konteks kehidupan Islam.

Rancangan-rancangan lain yang bersifat umum pula, juga mempunyai konsep yang sama iaitu selaras

dengan konsep amar makruf nahi munkar yang dituntut dalam Islam, sama ada secara langsung atau tidak

langsung.

Oleh itu, TV Alhijrah adalah merupakan medium dakwah dan pendidikan fitrah insaniah yang

amat relevan buat masa ini dan penubuhannya adalah satu idea yang realistik untuk maslahah semua.

Meskipun TV berkonsepkan Islam ini hanya berjaya menarik rating penonton beragama Islam, tetapi tidak

mustahil ia juga turut mengetuk hati penonton non muslim yang mula berjinak-jinak untuk mengenali

Islam.

Page 7: PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM · PDF fileKata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, ... dengan asas-asas pendidikan dalam Islam ... Selari

291

PENUTUP

Cabaran usaha dakwah dan pendidikan di zaman globalisasi dan langit terbuka dengan pelbagai media

massa ini memerlukan kerjasama dari semua pihak. Bagi membolehkan media massa kontemporari

berfungsi sebagai medium dakwah dan pendidikan yang selari dengan Islam yang boleh mendekatkan

seorang hamba dengan Tuhannya, ibu bapa perlu lebih peka dalam memilih rancangan yang sesuai dengan

anak-anak khususnya di awal usia mereka yang seumpama kain putih yang boleh dicorakkan dengan

pelbagai warna dan bentuk. Pengamal penyiaran juga perlu ada kesedaran untuk menghidangkan kepada

massa dengan rancangan yang membantu mereka untuk belajar dan menambah maklumat yang berguna

untuk kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Dalam konteks ini, penubuhan TV AlHijrah adalah suatu

usaha yang tepat pada masanya dan amat patut dipuji. Visi, misi dan slogan “ Islam Is First” TV AlHijrah

akan menjadi realiti sekiranya falsafah penubuhannya benar-benar disokong dan dihayati.

RUJUKAN

Mohd Nordin Abd Rahman. 2004. Catatan Media Elektronik di Malaysia : Suatu Catatan Sejarah Ringkas Jurnal Skrin Malaysia. Pusat Penerbitan Universiti, UTM.

Mohd Rozalafri Johori & Megat al-Imran Yasin. 2014. Menyubur Fikrah Islam Penerbit Rancangan TV

Islamik : Suatu Sorotan Pandangan Dunia dan Falsafah Universiti, E-Proceeding of Conference on

Management and Muamalah (CoMM), 26-27 May 2014.

Monika@Munirah Abd Razzak & Nik Mohd Zaim Ab Rahim. 2014. Aplikasi Media Elektronik Sebagai

Medium Pembelajaran al-Quran : Kajian Terhadap Televisyen Islam di Malaysia. Tajdid in Quranic

Studies.Penerbit : Jabatan al-Quran dan Hadith, Universiti Malaya.

Zulkiple Abd Ghani et.al. 2012. TV ALHijrah : Inovasi Baru dalam Landskap Dunia Penyiaran Islam.

Prosiding International Conference on Islamic Leadership-2 (ICIL) pada 26-27 September 2012.

www.alhijrahmedia.com/info korporat/21.12.2016

www.alhijrahmedia.com/ jadual rancangan/ 21.12.2016

www.rtm.gov.my/ms/mengenai - kami/latar - belakang?tmpt=component&print=18page=/21.12.2016

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=media+/21.12.2016