peranan masjid dalam konteks pembangunan ummahprint

25

Click here to load reader

Upload: ubah-hilmi

Post on 28-Jun-2015

2.814 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

1

PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAH.KAJIAN MASJID UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1. PENDAHULUANMasjid merupakan sebuah institusi umat lslam yang unggul. Ia menjadi lambang sebagai pusat pengembangan ajaran dan syiar lslam, tempat sumber maklumat, pusat perhubungan dan sebagainya. Islam mengambil berat peranan masjid dalam membangunkan tamadun dan membahagiakan manusia. Dalam surah at-Taubah, ayat 9, Allah SWT telah berfirman:

Maksudnya: (Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik Yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).

Allah SWT menekankan bahawa hanya orang-orang yang beriman sahaja yang mengambil berat tentang prestasi masjid dalam membangunkan ummah. Orang-orang yang beriman diamanahkan untuk mengimarahkan masjid, kerana pada prinsipnya mereka yang memiliki akhlak dan akauntabiliti yang tinggi dapat melaksanakan amanah Allah SWT.

Kesungguhan Nabi Muhammad SAW menjadikan pembinaan masjid sebagai agenda utama dalam pembangunan negara dan masyarakat, dengan membina Masjid Quba’ setibanya di Madinah, memberi makna yang cukup besar

kepada ummah manusia. Masjid adalah rumah Allah, tempat paling suci dan harta yang amat bernilai kepada umat lslam. Dengan demikian satu kerugian besar kepada umat lslam jika harta yang bernilai itu tidak ditakmir dan diselenggarakan dengan sempurna.

Untuk memastikan masjid dapat berfungsi sebagai asas bagi pembentukan sebuah masyarakat lslam yang cemerlang, ia sebenarnya terletak kepada faktor manusia. Dalam konteks hari ini ialah manusia yang bertanggungjawab dalam mentadbirnya dan manusia yang mendatangi masjid untuk mengimarahkannya. Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. mereka itu ialah orang-orang Yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di Dalam neraka. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.” (At-Taubah: 17-18)

Ayat tersebut jelas menyatakan bahawa yang mampu memakmurkan masjid Allah dalam erti kata memastikan masjid berfungsi seperti yang sepatutnya adalah manusia yang memiliki sifat-sifat tertentu dan kegagalan masjid itu untuk berfungsi juga disebabkan manusia yang mempunyai sifat-sifat tertentu.

2. PERNYATAAN MASALAH

Page 2: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

2

Masjid merupakan institusi keagamaan yang menjadi keagungan tamadun lslam. Antara tujuan awal pembinaannya adalah untuk menegakkan syiar lslam. Malah dengan terbinanya sebuah masjid, maka terlaksanalah satu daripada syariat lslam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW.

Masjid merupakan tonggak utama yang mendasari pembentukan masyarakat lslam yang unggul kerana masyarakat lslam tidak akan terbentuk dengan teguh kecuali dengan komitmen mereka terhadap lslam. Masjid bukan saja tempat untuk menunaikan sembahyang atau ibadah khusus semata, malahan ia juga menjadi tempat penyuluh kehidupan yang menerangi hidup ummah sepanjang zaman.

Namun, permasalahan sosial yang semakin kronik, menimpa masyarakat lslam mutakhir ini kerana terpengaruh dengan budaya kehidupan barat yang memang sudah runtuh nilai-nilai akhlaknya, menuntut peranan masjid yang begitu besar, bagi menjalankan program dakwah untuk menangani masalah kepincangan yang melanda masyarakat lslam seperti kekosongan rohani, jiwa yang tidak mantap, iman yang tidak kukuh dan 1001 masalah krisis sosial yang lain dari terus berlaku secara berleluasa.

Kertas kerja ini akan memfokuskan kajian kes Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai peranannya dalam pembangunan ummah dan pelbagai aktiviti yang dijalankan serta keberkesanan setiap aktiviti yang diadakan.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kertas kerja ini ialah:1- Mengetahui konsep masjid yang sebanarnya2- Mengutarakan peranan masjid sebagai pusat ibadat dan pembangunan masyarakat

lslam3- Menganalisis program-program yang dijalankan di Masjid Universiti Kebangsaan

Malaysia.

4. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dilakukan berdasarkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Penulis terlibat secara langsung dalam aktiviti kajian.

5. KONSEP MASJID

Masjid merupakan ‘Rumah Allah’. Ia bermaksud satu tempat dimana umat lslam berjemaah menunaikan solat. Bacaan-bacaan solat adalah di dalam bahasa Arab. Oleh sebab solat itu mengandungi bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan juga satu set pergerakan badan yang termasuk berdiri, ruku’, sujud dan duduk. Ruang solat di dalam masjid merupakan ruang terbuka tanpa bangku-bangku ataupun kerusi. Di zaman moden ini, lantainya dihamparkan dengan permaidani.(Shaik Kadir, 2009: 63)

Selain itu ciri-ciri yang penting bagi sesebuah masjid ialah mihrab yang terletak di dinding depan yang dikenali sebagai dinding kiblat. Imam mengambil tempat betul-betul di bahagian depan mihrab sewaktu menunaikan solat. Ada juga mimbar yang menjadi tempat bagi imam berdiri ketika menyampaikan khutbah.(Ibid: 64)

Page 3: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

3

Ringkasnya masjid merupakan tempat untuk melakukan ibadat bagi umat lslam. Bahkan masjid juga menjadi institusi yang dapat memberi pelajaran yang berkaitan dengan ajaran agama lslam,tempat untuk membangunkan ukhuwwah lslamiyyah, tempat bermesyuarat bagi menyelesaikan pelbagai perkara. Semua ini antara peranan masjid terhadap masyarakat semasa zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Tidak dapat dinafikan bahawa bangunan masjid disifatkan sebagai simbol kepada syiar lslam dan ketamadunannya.( Abdul Halim Nasir. 1984: 5)

6. MAKSUD MASJID

6.1. Dari Segi Bahasa

Perkataan masjid berasal daripada bahasa Arab iaitu sujud dan sajjadah. Kata dasarnya ialah sajada, yasjudu, sujudan.( Muhammad Zamri Abdul Malik. 2001:28). Perkataan masjid merupakan kata terbitan daripada kata nama tempat iaitu tempat sujud. Istilah ini pertama kali timbul di atas tindakan Rasulullah SAW ketika sujud dan mengerjakan solat bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar yang menjadi makmum di masjid pertama yang didirikan iaitu Masjid Quba. Manakala menurut Gazalba pula asal perkataan masjid adalah sajada dengan makna menyembah (Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi. 2000: 3)

6.2. Dari Segi Istilah

Masjid merupakan tempat untuk melakukan sujud atau sebagai tempat yang digunakan untuk beribadat kepada Allah (al-Sayuti. t.th: 209).Maknanya sujud adalah sebagai unsur dan lambang tunduk dan patuh manusia kepada Allah . Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seluruh alam ini adalah masjid kecuali kubur dan bilik mandi.”

Berdasar kepada maksud hadis tersebut, seluruh bumi adalah tempat sujud kepada Allah. Ini bererti bahawa seluruh bumi adalah tempat untuk memperhambakan diri kepada Allah. Sujud dalam pengertian lahir bersifat gerak jasmani, manakala sujud dalam pengertian batin bermaksud pengabdian.(Sidi Ghazalba. 1962: 112-113)

Secara umum, makna masjid ialah tempat sembahyang seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam surah al-Hajj ayat 40 yang bermaksud: “Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah”

7. Pembangunan Ummah

Pembangunan ialah perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya.(Kamus Dewan. 1998: 103). Ummah bermaksud masyarakat atau umat manusia. Allah SWT menyatakan setiap ummah diutuskan seorang rasul untuk memberi peringatan dan pengajaran tentang syariat Allah. ( Mahayudin Yahaya . 1998: 51 ). Pembangunan yang amat penting dan perlu dibangunkan ialah

Page 4: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

4

manusia itu sendiri, kerana alam ini dan seluruh isinya adalah dijadikan untuk manusia. (Abdullah Mohd Zin. 1998: 185). Justeru tujuan daripada kejadian manusia itu sebenarnya hanyalah untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. (Shafie. 1991: 40). Seperti yang Allah SWT telah nyatakan dalam surah Az-Dzariyaat ayat 56:

Maksudnya: “dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Menurut Wan Mohd Nor (2001), beliau mengatakan pembangunan yang sebenarnya menurut perspektif lslam ialah usaha membangunkan individu dan masyarakat secara bersepadu antara jasad dan roh bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Berasaskan kepada pengertian ini, istilah pembangunan adalah juga merujuk kepada makna ‘pengislahan’ yang didefinisikan sebagai ‘suatu kegiatan penting dan terancang yang menghasilkan kebaikan, iaitu suatu gerak dari keadaan baik kepada yang lebih baik dan mengekalkan keadaan yang baik itu .(Abd.Aziz Mohd Zin. t.th: 4)

Dari keterangan tersebut, dirumuskan bahawa pembangunan membawa maksud semua kegiatan yang dijalankan manusia adalah bertujuan untuk menghasilkan kebaikan dan menghindarkan dari kerosakan di atas muka bumi. Untuk membolehkan manusia melaksanakan proses ini, maka tentu sekali aspek dalaman manusia itu sendiri perlu dibangunkan terlebih dahulu.

Ini tidak bermakna kita mengenepikan pembangunan dari aspek sosioekonomi, sosio-politik dan sebagainya, tetapi penekanan harus diberikan secara yang sempurna terhadap aspek kerohanian kerana aspek dalaman memainkan peranan utama dalam mencetuskan wujudnya nilai dan budaya positif dalam masyarakat.

Dalam konteks ini, peranan hati (qalb) yang terisi dengan pegangan akidah yang mantap akan menentukan seluruh perlakuan manusia secara lahiriahnya menjadi baik dan bermanfaat. Dalam erti kata yang lain, paradigma tauhid yang terpendam mantap dalam hati sanubari manusia akan menentukan gelagat dan praktik kehidupan mereka dalam menguruskan bidang-bidang pembangunan fizikal ditangani dalam bentuk yang tidak bercanggah dengan tuntutan pegangan kepercayaan akidah yang dimiliki mereka (M. Fauzi, 2002).

Realitinya kini umat Islam, khususnya di Malaysia, ummah yang perlu dibangunkan ialah ummah yang memiliki ciri-ciri seperti ummah yang sihat dari segi tubuh badan, yang kuat dari segi kekuatan ekonomi, yang hebat dari segi pencapaian akademik, yang berdaya saing, yang hebat dari segi penampilan diri, yang canggih dari segi pengurusan hidup dan yang unggul dari segi sahsiah dan nilai diri.

Sehubungan dengan itu, kehidupan dan aktiviti manusia mestilah dijuruskan kepada dua fungsinya yang sebenar iaitu mardhatillah ( taabbud) dan pemakmuran alam iaitu khilafah.(Muhammad Abdul Rauf.1987: 6). Di sini jelaslah tugas khalifah ialah untuk membangunkan tamadun iaitu membangun tamadun umat manusia dan tamadun dunia. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang

Page 5: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

5

baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.” (ali-Imran: 104)

Demikianlah al-Quran menjadikan amar ma’ruf itu termasuk persoalan iman dan menjadi salah satu syariat-Nya dengan maksud tiada iman tanpa amar makruf nahi mungkar. Rahsia keagungan umat Nabi Muhammad SAW jelas terpampang di dalam ayat tersebut. Itulah ummah yang terbaik kerana ia mengajak kepada kebaikan, melarang daripada yang mungkar dan teguh dengan imannya kepada Allah SWT serta kepatuhan secara mutlak kepada-Nya adalah ciri-ciri yang membentuk ummah yang diidamkan .

Justeru untuk meneguhkan iman di dada dan membina ummah yang berkualiti dalam era teknologi maklumat memerlukan pengisian ilmu dunia dan akhirat sebagai santapan rohani dan akidah yang akhirnya dapat merialisasikan kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam kehidupan

8. SEJARAH PERKEMBANGAN MASJID ZAMAN RASULULLAH SAW

Apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, bangunan pertama yang didirikan ialah Masjid Quba.(Muhamad Zamri Abd Malik. 2001: 33). Selain Masjid Quba, terdapat masjid lain yang dibina selepas itu, iaitu Masjid Nabawi. Masjid di zaman Rasulullah SAW memainkan peranan yang paling penting iaitu mengeratkan tali persaudaraan umat lslam, tidak kira kaya atau miskin, pemerintah atau rakyat biasa. Lantaran di masjid mereka hanya beribadat kepada Allah dan mahukan keredhaan-Nya. Hal ini kerana masjid dilihat sebagai memperdekatkan lagi antara kaya dan miskin, mereka bersama-sama berdiri semasa sembahyang dalam satu barisan dan sujud kepada Allah.

Di samping menjadi tempat ibadah, ia juga menjadi institusi pengajian yang mengeluarkan cerdik pandai lslam dalam setiap bidang kehidupan. Di masjid itu juga baginda mengajar hukum-hukum agama lslam.( Haron Din. 1988: 211 ). Pendidikan yang pertama dilakukan oleh baginda di Madinah ialah memperkuatkan penyatuan ummah. Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadah dan syariat tanpa melupakan soal-soal lain.( Mahayudin Yahaya. 1998: 301 ). Masjid merupakan sebesar-besar institusi pendidikan yang meliputi pelbagai bidang ilmu.

Oleh kerana pentingnya pengajian ilmu, baginda telah mengkhususkan satu sudut pembelajaran di Masjid Nabawi yang dikenali sebagai al-Suffah, yang menjadi tempat bagi orang-orang fakir berlindung dan mempertahankan diri mereka di situ untuk tujuan menuntut ilmu. Dengan adanya al-Suffah ini yang menjadi tempat tinggal orang-orang yang memeluk lslam yang tidak mempunyai rumah dan keluarga. Masjid Nabawi banyak memainkan peranan dalam sejarah lslam, kerana di sinilah pelbagai perancangan pembangunan masyarakat lslam dilaksanakan. Segala aspek kehidupan dipusatkan di sini.(Mohamad Tajuddin. 1999: 40)

Baginda mentadbir segala urusan negara seperti menyusun dan merancang pelbagai peraturan serta menyelesaikan segala masalah umat semuanya di masjid (Sidi Ghazalba. 1986: 146). Masjid dijadikan pusat pemerintahan lslam yang pertama sebagai tempat pertabalan pemerintahan dan penerimaan delegasi luar negara. Masjid dalam konteks ini juga memikul tanggungjawab sebagai pusat dakwah lslam yang penting.( Mohamad Tajuddin. 1999: 45-46). Maka masjid telah memainkan peranan penting dalam perjalanan sejarah dakwah lslamiah kerana di sanalah direncanakan segala usaha

Page 6: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

6

pelaksanaan dakwah lslamiah dan seterusnya dilatih para pendakwah yang berjuang di jalan Allah.

Rasulullah SAW juga menjadikan masjid sebagai institusi musyawarah. Jika ada sesuatu yang penting terutama perkara yang berhubung kait dengan hal-hal kemaslahatan masyarakat, mereka diminta datang ke masjid. Selain itu masjid juga menjadi pusat kebajikan masyarakat, di mana umat lslam mudah menggunakannya sebagai tempat perlindungan dan menerima sedekah. Seperti ahli suffah di Masjid Nabi, bukan asyik menerima sedekah sahaja, tetapi mereka juga sibuk mempelajari ilmu-ilmu lslam, bekerja mencari nafkah hidup dan rezeki untuk bersedekah dan juga bersama-sama menjayakan program-program di masjid serta menjadi wira apabila seruan jihad dilaungkan.(Ibid: 42-43).

Begitu juga dengan strategi dan perancangan perang dibicarakan dimasjid, seolah-olah masjid adalah sebagai markas tentera. Mujahid lslam yang luka dalam peperangan ditempatkan di khemah di perkarangan masjid untuk diberi rawatan.(Sidi Ghazalba. 1986: 147). Demikian juga dengan urusan perbendaharaan negara, idea-idea ekonomi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibicarakan di masjid.(Haron Din. 1988: 211). Melalui khutbah Jumaat, penyampaian dakwah, musyawarah, penerangan, penghayatan, masjid memberi petunjuk kepada masyarakat supaya mengasaskan kehidupan dan pelaksanaan ekonomi berpandukan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Begitulah luasnya peranan masjid dalam konteks hubungannya dengan kehidupan ummah (M.Quraish Shihab. 1996: 116) yang dapat dirumuskan seperti berikut:

Tempat ibadah ( solat, zikir, iktikaf dan sebagainya) Tempat pendidikan (dari tradisi halaqah hingga ke tahap pelajaran tinggi) Tempat musyawarah Rasulullah SAW dan para sahabat Tempat kebajikan masyarakat Tempat latihan ketenteraan dan persiapan alat-alatnya Tempat rawatan dan pengubatan mangsa peperangan Tempat perdamaian dan pengadilan sengketa Dewan dan tempat menerima tetamu Tempat menawan tahanan Pusat penerangan atau pembelaan agama

9. PERANAN MASJID MASA KINI

Masjid pada masa awal Islam telah mampu berperanan sedemikian luas, disebabkan antara lain:i. Keadaan masyarakat yang masih sangat berpegang teguh kepada nilai, norma dan jiwa agama.ii. Kemampuan pengurus-pengurus masjid dalam menghubungkan kedudukan sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid.( M. Quraish Shihab. 1996: 226 )

Bagaimanapun perkembangan negara-negara Islam dan kelainan corak dan sistem kepimpinan Islam dalam zaman-zaman yang kemudiannya, maka peranan masjid pada zaman Rasulullah SAW tidak lagi berlaku sepenuhnya. Ia lebih tertumpu sebagai tempat ibadat sembahyang, tempat mengaji dan tempat melaksanakan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang sangat terbatas.Keadaan yang telah berubah di atas menyebabkan

Page 7: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

7

timbulnya institus-institusi baru yang mengambil-alih sebahagian peranan masjid pada masa lalu itu, iaitu organisasi-organisasi keagamaan swasta, di samping pihak kerajaan sendiri, yang berperanan sebagai pengarah kehidupan duniawi dan ukhrawi umat lslam.

Institusi-institusi itu memiliki kemampuan material dan teknikal melebihi masjid. Sejak zaman awal Islam, manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid, sama ada melalui peribadi-peribadi pemimpin pemerintahan yang menjadi imam atau khatib mahupun di dalam ruangan-ruangan masjid yang dijadikan sebagai tempat-tempat kegiatan pemerintahan dan syura (mesyuarat).

Masjid-masjid pada zaman Rasulullah, Khulafa’ ar-Rasyidin dan zaman-zaman selepas itu walaupun sederhana dari segi pembinaannya namun telah dapat memenuhi segala keperluan untuk membangunkan umat Islam. Akan tetapi perubahan besar terjadi setelah kelemahan umat Islam semakin ketara sejak kejatuhan Baghdad pada 1258 Masihi, ditambah pula dengan perancangan-perancangan musuh yang tersusun untuk mengadakan perubahan besar di dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi selepas berlakunya penjajahan ke atas negara-negara Islam.

Semua kedudukan masyarakat Islam turut terjajah yang menyebabkan lahirnya masyarakat Islam dalam rupa bentuk baru yang bersifat sekular. Maka berlakulah pemisahan antara agama dengan kehidupan masyarakat yang disogokkan melalui ideologi, nilai akhlak serta sistem asing. Keadaan ini turut sama mempengaruhi semua struktur negara dan masyarakat Muslim.

Maka dalam hal ini masjid-masjid juga turut terjejas dan dengan itu masjid-masjid yang ada pada hari ini tidak dapat menjalankan fungsi-fungsi dan tugas-tugasnya seperti yang pernah dimainkan pada zaman-zaman awal Islam dahulu.( Md. Hashim bin Yahya.1991: 7).

Walau bagaimanapun, kedudukan masjid masa kini seperti yang digambarkan itu bukanlah sesuatu yang menyedihkan kerana sudah menjadi sunnatullah bahawa segala sesuatu pasti berubah dan peranan masjid pada hari ini juga ikut berubah. Berbagai fungsi dan peranan yang dimainkan oleh masjid pada masa dahulu telah diambil alih oleh institusi-institusi khas.

Peranan ketenteraan misalnya , sudah diambil alih oleh institusi ketenteraan, peranan perubatan telah diambil alih oleh institusi kedoktoran, peranan pendidikan sudah diambil alih oleh institusi pendidikan, peranan kehakiman telah diambil alih oleh institusi kehakiman dan seterusnya. ( M. Quraish Shihab. 1996: 87)

Oleh itu, peranan institusi masjid pada hari ini menjadi satu institusi khas yang menjadi tempat ibadat khusus, seperti sembahyang dan kegiatan-kegiatan yang bersesuaian dengan kedudukan masjid yang mulia dan suci. Peranan utama masjid masa kini dapat disimpulkan dalam hal-hal berikut:

i. Pusat Ibadat.ii. Pusat Pendidikan Ummah.iii. Pusat Penyemaian Nilai-Nilai Keislaman.iv. Pusat Rujukan Informasi & Maklumat.

10. MANIFESTASI DARIPADA PERANAN MASJID

Page 8: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

8

Beberapa manifestasi yang dapat dilihat , antaranya:

10.1. Hubungan Ukhuwwah lslamiah

Selepas Rasulullah SAW selesai membina masjid, baginda telah menjalinkan hubungan silaturrahim di antara orang-orang Muhajirin dengan orang-orang Ansar. Di mana persaudaraan yang terjalin itu begitu erat di kalangan mereka seperti saudara kandung sendiri. Dengan itu tiada lagi perbezaan di antara orang Muhajirin dengan orang Ansar dari segi ekonomi dan sosial. Mereka semua bersaudara di bawah lambang ukhuwwah lslamiah. (Dusuki Ahmad. 1982: 83)

Dengan perasaan kasih yang ditanam oleh Rasulullah SAW di hati orang-orang lslam telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat yang padu dan akhirnya melahirkan sebuah keluarga yang besar atas nama ummah wahidah ( umat yang satu) (Haron Din. 1988: 211) Firman Allah

Maksudnya: “Itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah ar-Rum: 30)

10.2. Melahirkan Pejuang dan Pendakwah lslam Yang Kental

Dakwah lslam merupakan suatu risalah llahi yang sentiasa hidup dan berkembang di atas muka bumi ini. Rasulullah SAW merupakan nabi terakhir yang menyampaikan syariat yang sempurna. Hasil daripada tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW pada peringkat awal di masjid telah lahirnya para pejuang dan pendakwah yang cukup kental akidah mereka dalam menegakkan agama Allah.( Yusoff. 1989: 12)

Sesungguhnya dakwah kepada Allah merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan umat lslam. Hasil daripada dakwah baginda telah melahirkan satu golongan manusia yang dikenali sebagai generasi al-Quran yang unik. Perkara yang dapat dilihat dalam konteks kini pendakwah di masjid menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi (1978: 5) menyatakan bahawa dakwah ialah usaha membawa orang lain kepada lslam, mengikut petunjuk agama ini, taat hanya kepada Allah, melepaskan diri daripada belenggu selain Allah, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

10.3. Melahirkan Ummah Yang Berpendidikan Seimbang

Rasulullah SAW diutus oleh Allah untuk membawa syariat lslam kepada seluruh umat manusia. Maka segala yang terbit daripada baginda sama ada perkataannya, perbuatannya atau taqrirnya mengenai perkara-perkara syariat adalah semuanya berupa pengajaran

Hasil pendidikan yang diterima di masjid nabi, maka terbentuklah satu golongan dalam masyarakat lslam yang dinamakan ahli al-ilm yang menyebarkan ajaran al-Quran dan hadis ke segenap negara lslam. Justeru pengisian ilmu dan proses pendidikan tidak pernah terpisah dalam lslam. Pengisian ilmu untuk membina kualiti peribadi bukannya sekadar mengumpul maklumat.

Page 9: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

9

Oleh itu dengan kewujudan masjid sejak lslam lahir di dunia merupakan tempat perhimpunan para ulama seperti ulama tafsir, hadis dan sebagainya dengan menjadikannya sebagai tempat mereka menyampaikan pengajaran mereka. Selepas itu dijadikan sebagai institusi-institusi pelajaran di mana kanak-kanak diajar ilmu bahasa Arab dan Usuluddin.(Hasan lbrahim. t.t: 43)

Suatu amalan baginda yang akhirnya diikuti oleh para sahabat dan kaum muslimin kemudiaannya ialah baginda memerintahkan setiap mukmin yang pandai membaca dan menulis agar mengajar orang yang tidak mengetahuinya dan hanya pendakwah yang pandai membaca dan menulis sahaja akan dihantar di daerah-daerah yang baru masuk lslam.(Mahayudin Yahaya. 1998: 301).

Oleh itu jelaslah bahawa pendidikan yang ditarbiyahkan oleh Rasulullah SAW di masjid pada peringkat awal telah berjaya melahirkan insan yang mampu mengimbangi kehidupan di dunia dan akhirat.

10.4. Melahirkan Ummah Yang Berakhlak Mulia

Rasulullah SAW diutuskan untuk seluruh manusia, menyeru mereka supaya berakhlak dan mengamalkan cara hidup lslam. Akhlak ummah yang tinggi akan menjadi asas kepada perjuangan dan cita-cita hidup setiap individu muslim (Nik Mustapha. 1996: 204). Itulah yang dilalui oleh ummah peringkat awal sebagai manifestasi daripada tarbiyah akhlak yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Baginda sering menyampaikan kisah-kisah daripada al-Quran dan kisah-kisah umat zaman dahulu supaya diambil pengajaran daripada sesuatu kisah. Di samping itu baginda sendiri menonjolkan contoh akhlak yang terpuji (Mahayudin Yahaya. 1998: 301)

Hasilnya umat lslam yang mendapat tarbiyah secara lansung dari Rasulullah SAW itu telah berjaya menunaikan amanah Allah, sehingga terbentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi contoh bagi masyarakat manusia seluruhnya. Dalam konteks untuk membangunkan ummah yang memiliki kriteria yang dikehendaki menurut kacamata lslam, maka umat lslam akan menyedari betapa besarnya peranan masjid di zaman awal lslam.Kesempurnaan lslam sebagai ad-Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah SAW melalui peranan masjid.

11.0 MASJID UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA11.1. Sejarah Penubuhan Masjid UKMPembinaan masjid UKM telah dimulakan pada 16 Mac 1979 dan mula beroperasi pada 14 April 1982.Masjid berkenaan telah diberikan nama khusus iaitu Masjid Universiti. Namun masyarakat kampus dan luar kampus mengenalinya dengan Masjid UKM. Lokasinya yang strategik di hadapan pintu masuk utama UKM telah memperlihatkan kesungguhan pentadbir UKM dalam usaha mengangkat imej lslam.

Kedudukannya juga terletak berhampiran dengan Dewan Canselor Tun Abdul Razak dan Fakulti Pengajian lslam (Rosmarini Yunus. 2003: 7). Kemudian Masjid UKM

Page 10: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

10

telah dinaikkan taraf kepada Pusat lslam, sejajar dengan fungsinya yang amat penting kepada warga kampus dan luar kampus.

11.2. Objektif Penubuhannya

Objektif utama penubuhannya adalah untuk menjadi penggerak utama penyebaran dakwah lslamiyah dan sebagai pusat segala aktiviti keagamaan dan kerohanian. Di samping itu, Pusat lslam UKM telah menggariskan matlamat untuk mentarbiyah dan menjana jati diri lslam ke arah lebih lslamik dan berakhlak mulia. Ini bersesuaian dengan visinya untuk menjadikan Pusat lslam UKM sebagai pusat kecemerlangan lslam dalam melahirkan insan yang kamil.

11.3. Piagam Pusat lslam UKM

Pusat lslam telah menyusun satu piagam yang tersendiri untuk mencapai objektif, misi dan visinya. Berikut adalah piagam yang telah digariskan oleh Pusat lslam UKM:

i. Melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah dengan ikhlas dan jujurii. Sentiasa memberi layanan yang mesra dan bersikap terbuka serta istiqamah

dengan tugas yang diberi.iii. Menyedia dan melaksanakan program dakwah yang berkesan untuk

memantapkan kefahaman lslam kepada semua lapisan masyarakat.iv. Memberi perkhidmatan yang terbaik dalam setiap pengurusanv. Memastikan persekitaran bersih, sihat dan selesa sejajar dengan fungsinya

sebagai pusat aktiviti lslam.vi. Berusaha merealisasikan Pusat lslam sebagai organisasi penyebaran lslam yang

cemerlang.vii. Menjadi tempat untuk menjana sahsiyah umat lslam dengan menyemai nilai-nilai

murni berteraskan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.viii. Menjadi pemangkin dalam merealisasikan masyarakat lslam yang madani dan

dinamis.ix. Bertindak mengorganisasi, menyelaras dan mengimarahkan Pusat lslam UKM

(Noor Hidayah Abdul Ghani. 2004: 67)

11.4. Struktur Organisasi Pusat lslam UKM Sesi 2009-2012Sebagaimana yang termaktub di dalam enakmen pentadbiran Masjid-Masjid Selangor, pembentukan jawatankuasa baru telah dapat dilaksanakan pada 1 Jun 2009 bagi menggantikan jawatankuasa lama yang telah tamat tempoh pada 31 Mei 2009.

Nazir

Timbalan Nazir

Bahagian Operasi Bahagian Pentadbiran

Imam ( 3 orang ) Setiausaha

Bilal ( 3 orang ) Timbalan Setiausaha

Siak ( 3 orang ) Bendahari

Pemeriksa Kira-Kira ( 2 orang )

Page 11: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

11

AJK ( 6 orang )

Wakil Pemuda

Wakil Muslimat

12.0 Program-Program Dakwah Yang Dijalankan Oleh Pusat lslam UKM

12.1. Aktiviti Dan Sumbangan Pusat lslam UKM

Pusat lslam UKM melalui visinya untuk menjadikan Masjid UKM sebagai pusat kecemerlangan lslam dalam melahirkan insan yang kamil, telah berusaha mengatur dan menyusun pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada umat lslam pelbagai lapisan. Sebagai sebuah institusi yang menguruskan pembangunan dan pengimarahan masjid, Pusat lslam cuba untuk merealisasikan konsep pengurusan masjid yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan cuba mengembalikan fungsi sebenar masjid.

Selari dengan kedudukan sebagai masjid dalam kampus, maka setiap program yang dianjurkan oleh pihak Pusat lslam UKM disasarkan kepada warga kampus terutama di kalangan pelajar. Walaupun begitu, masyarakat di luar kampus tidak pula dipinggirkan. Kebanyakan program yang dilaksanakan tidak terhad kepada warga kampus semata kecuali program-program tertentu yang dikhususkan. Pusat lslam UKM sebenarnya dibina untuk memberi sumbangan dan manfaat kepada umat lslam keseluruhannya. Oleh yang demikian, program-program yang dijalankan itu memerlukan keterlibatan dan kerjasama seluruh umat lslam.

Terdapat pelbagai aktiviti dan program dakwah yang dianjurkan oleh Pusat lslam UKM yang merangkumi aktiviti harian seperti solat berjemaah lima waktu, aktiviti mingguan, bulanan dan juga aktiviti tahunan. Biasanya pada setiap minggu dan bulan diadakan ceramah-ceramah khas ataupun kuliah-kuliah. Pusat lslam juga mengadakan mesyuarat kakitangan pada setiap bulan bagi menyelaras dan mengemaskini setiap perancangan yang ditetapkan pada bulan-bulan tersebut.

Aktiviti tahunan yang dijalankan pula biasanya terdiri daripada program sambutan peristiwa-peristiwa penting dalam lslam seperti sambutan Maal Hijrah, Nuzul Quran, Maulidur Rasul dan sebagainya. Selain itu program tahunan juga merupakan program yang telah dirancang sebagai program tetap setiap tahun seperti kursus pemantapan ibadah, program bulan Ramadhan dan sebagainya.

Keseluruhan aktiviti yang disusun ini dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu aktiviti yang bersifat pengajian, bersifat kaunseling, latihan dan amali, bersifat program kebajikan serta program mahabbah.

a- Program Pengajian

Aktiviti yang bersifat pengajian ini dibahagikan kepada formal (contoh: subjek ko-kurikulum bagi pengurusan masjid ), separa formal dan tidak formal.

Page 12: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

12

Aktiviti yang bersifat separa formal yang dijalankan adalah seperti pengajian Tafaqquh iaitu membaca kitab-kitab seperti al-lqna’ dalam bidang fiqh, Fath al-Bari dalam bidang hadis, lbn Kathir dalam bidang tafsir, Jauharah al-Tauhid dalam bidang tauhid dan sebagainya. Turut disediakan juga pakej-pakej pengajian bermodul seperti pengajian pengantar syariah dan pengantar akidah di mana seorang pensyarah akan dikhaskan bagi setiap kursus.

Aktiviti pengajian bercorak tidak formal pula seperti ceramah, forum, seminar, diskusi dan sebagainya. Antara program-program sebegini yang dianjurkan:

i. Forum Perdanaii. Forum Merdeka

iii. Forum Maal Hijrahiv. Ceramah Ramadhanv. Ceramah Bulanan ( malam Jumaat )

vi. Forum Perdana Antarabangsavii. Forum Hari Pekerja

viii. Forum Wanita dan Keselamatanix. Ceramah lsrak Mikrajx. Kem al-Quran

b- Program Kaunseling, Latihan dan Amali

Bagi aktiviti yang bersifat kaunseling, latihan dan amali, Pusat lslam UKM telah menganjurkan pelbagai program berbentuk bengkel serta kursus. Antaranya ialah seperti:

i. Kursus lmam dan Bilalii. Kursus Pengurusan Jenazah

iii. Kursus Pra Perkahwinaniv. Kursus Pemantapan lbadah Puasav. Seminar Saudara Baru

c- Program Kebajikan

Aktiviti yang bersifat program kebajikan yang dijalankan pula adalah seperti:i. Majlis Jamuan Hari Raya

ii. Majlis Sambutan Nuzul al-Quraniii. Majlis lbadah Qurban dan Aqiqahiv. Derma atau sumbangan ikhlas kepada mana-mana pihak yang memerlukan

seperti golongan pelajar, golongan miskin, orang-orang sakit serta sumbangan kepada pembinaan surau, masjid dan sekolah.

v. Perkhidmatan Pengurusan Jenazah

d- Program Mahabbah

Pusat lslam UKM juga sentiasa berusaha mewujudkan suasana mahabbah tidak kira sama ada antara warga kampus UKM mahupun pihak luar. Justeru, pelbagai program sering diadakan bagi merapatkan silaturrahim. Antara program yang dianjurkan ialah:

i. Lawatan ke Pusat lslam USM

Page 13: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

13

ii. Hari Keluarga Pusat lslam UKMiii. Sambutan Hari Asyura

Selain itu, bersempena sambutan Ulangtahun UKM ke 35, Pusat lslam UKM turut mengadakan program-program tertentu bagi menyambut baik upacara tersebut. Tidak ketinggalan juga salah satu hari kebesaran dalam lslam iaitu Maulidurrasul.

Berdasarkan kepada program-program dakwah yang dijalankan oleh Pusat lslam UKM, jelaslah menunjukkan bahawa usaha untuk merubah masyarakat Islam khususnya daripada kurang berilmu bertambah ilmunya, tertutup minda mereka kepada terbuka, berpeluk tubuh kepada peka dan perihatin.

Ringkasnya jawatankuasa yang diamanah untuk mentadbir dan mengurus Pusat lslam UKM sentiasa berfikir dan bertindak bagaimana hendak mengislahkan ummah dengan program-program dakwah yang disusun. Juga bertanggungjawab untuk menarik masyarakat lslam sama ada warga kampus mahupun warga luar kampus untuk beribadat dan menggunakan masjid tersebut untuk kebaikan dan kebajikan masyarakat.

13.0 Cabaran Pusat lslam UKM

Dalam menghadapi kemajuan semasa, Pusat lslam UKM turut menghadapi pelbagai masalah sama ada dalam hal-hal pentadbiran, pelaksanaan aktiviti dan pembangunan. Sistem dan organisasi pengurusan seringkali berubah sejak awal penubuhannya sehingga kini, sedikit sebanyak meninggalkan kesan negatif dalam mewujudkan pentadbir masjid yang mantap. Bagaimanapun, terdapat juga cabaran-cabaran dalam aspek yang lain. Antaranya :-

a- Kekurangan Tenaga KerjaDi bawah pengurusan baru Pusat lslam UKM, timbul pula masalah baru iaitu masalah kekurangan tenaga kerja mahupun kakitangan. Masalah ini merupakan masalah utama yang meninggalkan kesan besar kepada pihak pengurusan Pusat lslam UKM. Ia menjejaskan kelancaran setiap pergerakan dan perancangan. Banyak program yang difikirkan perlu terpaksa diabaikan begitu sahaja kerana kekurangan tenaga kerja untuk menggerakkannya.

Bagaimanapun, pihak Pusat lslam UKM cuba mengatasi masalah ini dengan menganjurkan program bersama iaitu mengadakan kerjasama antara Pusat lslam UKM dan pelajar. Program sebegini sekurang-kurangnya dapat meminimunkan penggunaan tenaga kerja. Biasanya, Pusat lslam UKM hanya membiayai peruntukan program dan menjadi pemantau serta memastikan kelancaran program sementara pelajar akan menguruskan perlaksanaannya.

b- Kurang Kerjasama PelajarSecara umumnya program-program dakwah yang dianjurkan oleh Pusat lslam UKM amat mendapat sambutan daripada orang luar atau bukan pelajar. Namun keterlibatan pelajar dalam program-program yang diadakan semakin hari semakin berkurangan. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia mempengaruhi pembentukan golongan pelajar pada masa hadapan.

Page 14: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

14

Pusat lslam UKM dibina oleh pihak pengurusan UKM semata-mata untuk melahirkan pelajarnya yang berwawasan dengan keperibadian yang membanggakan. Pusat lslam UKM diharapkan menjadi pusat pembinaan keperibadiaan pelajar yang seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Bagaimanapun, mahasiswa dan mahasiswi kini nampaknya semakin tamak mengejar ilmu dunia semata-mata. Dengan tersergamnya masjid yang indah begitu besar di pintu masuk utama UKM ini hanya sebagai tatapan semata tanpa kesedaran untuk mengunjungi dan mengimarahkannya. Usaha Pusat lslam UKM yang bersusah payah menganjurkan program-program dakwah yang mampu membentuk sahsiah pelajar seolah-olah tidak dihargai oleh pelajar sendiri.

Sekiranya program yang diadakan itu hanya mengharapkan keterlibatan pelajar secara sukarela pasti ia mendukacitakan. Oleh itu, pihak Pusat lslam UKM terpaksa mewajibkan kehadiran pelajar-pelajar melalui kerjasama Hal Ehwal Pelajar UKM. Alangkah sedihnya mengenangkan fenomena yang melanda pelajar-pelajar kini. Kebanyakan mereka lebih berminat menghadiri program-program hiburan seperti konsep artis-artis terkenal berbanding mencari keredhaan llahi.

Pusat lslam UKM memandang serius masalah yang semakin meruncing ini. Justeru, pelbagai inisiatif yang dirasakan sesuai dilakukan untuk menarik serta menambat hati pelajar ke masjid tanpa paksaan

c- Kawasan Yang TerhadKawasan dan ruang yang terhad sama ada di dalam ataupun di perkarangan Pusat lslam UKM merupakan masalah utama juga dalam melaksanakan program-program besar. Pihak Pusat lslam UKM juga menghadapi masalah untuk menganjurkan program-program atau kursus yang memakan masa beberapa hari kerana tiada tempat penginapan yang sesuai untuk para peserta di kawasan masjid. .(Jamilah Saodah Mohd Yusof. 2005: 49-51)

14- Beberapa Saranan

Berdasarkan kepada penulisan kertas kerja yang ringkas ini, beberapa saranan dapat diketengahkan. Antaranya:-

1. Menyediakan segala kemudahan yang patut dan segala keperluan masyarakat setempat seperti masjid sebagai pusat ibadah, pusat pendidikan, pusat kegiatan sosial, pusat pembangunan masyarakat, pusat penerangan dan maklumat, pusat perhubungan, pusat interaksi masyarakat, pusat rawatan dan kecemasan serta pusat pemulihan atau apa sahaja yang berkaitan. Dengan kata lain menjadikan masjid sebagai sebuah institusi dan sebagai ‘One Stop Centre’(pusat aktiviti) kepada masyarakat. Apabila masjid benar-benar menjadi pusat atau centre kepada masyarakat Islam dan pengembangan ilmu berjalan dengan lancar serta bersepadu dunia dan akhirat melalui wadah masjid, apabila umat Islam faham Islam secara menyeluruh (syumul) dan

Page 15: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

15

hilang kejahilan,  apabila umat faham tugas dia sebagai hamba, faham tugas dia sebagai khalifah, faham amar ma’ruf dan nahi mungkar dan faham jihad untuk memartabatkan umat Islam dan meninggikan syiar Islam.Dengan itu akan mencetuskan kesedaran bahawa masing-masing ada tanggungjawab, masing-masing ada peranan dan masing-masing ada amanah akhirnya proses untuk mengislahkan ummah dan negara berjalan serentak dan itulah bibit-bibit mula ke arah “Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur”.

2. Menyediakan kemudahan perpustakaan yang lengkap untuk rujukan dan dewan bacaan masyarakat setempat. Ia bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan buku-buku agama dan tafsir Al-Quran, tetapi juga menyediakan bahan-bahan bacaan ilmiah yang pelbagai sebagai rujukan untuk para pelajar .

3. Menganjurkan kursus-kursus yang bertujuan untuk memberi pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skill) yang bersesuian kepada masyarakat setempat.Contohnya, pihak masjid boleh mengendalikan bengkel-bengkel pertanian, keusahawanan, kelas komputer, pusat siber dan sebagainya. Kursus-kursus seperti ini boleh membantu mencapai salah satu dari fungsi masjid yang terpenting iaitu menjadi tempat latihan yang bersesuaian bagi memantapkan kedudukan masyarakat Islam.

15- PENUTUP

Sebagai kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa masih terlalu banyak aktiviti yang perlu dilakukan oleh pihak institusi masjid bagi mempastikan masjid boleh memainkan peranannya yang aktif dalam proses pembangunan ummah. Sebagai pusat tumpuan umat Islam, masjid perlu menjadi pemangkin, penggerak dan pencetus dalam proses untuk meningkatkan pencapaian ummah dalam bidang pendidikan, sosio-ekonomi, politik dan sebagainya. Pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan masjid hendaklah mempunyai minda terbuka, berfikiran kritis dan kreatif dari semasa ke semasa agar institusi ini boleh melahirkan ummah yang cemerlang dari segenap aspek.

Page 16: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

16

RUJUKAN

Al-Quran

Abd Aziz Mohd Zin. t.th . Institusi Masjid Dalam Pembangunan Dalam Buku Seminar Pembangunan Masjid. Selangor

Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot.(pnyt). 1998. Prinsip Dan Kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdul Halim Nasir. 1984. Masjid-Masjid Di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.Bhd

Al-Qardhawi Yusuf. 1978. Saqafah al-Daiyah. Beirut: Muasasah al-RisalahAl-Sayuti, al-Hafiz Jalaluddin. t.th. Sunan al-Nasai, Juz.1. Beirut: Tabaah bi Matabi’ al-Shirkah al-Ammah

Haron Din. 1988. Manusia Dan lslam. Kuala Lumpur: Watan

Hassan lbrahim. t.th. Sejarah lslam. Kuala Terengganu: Yayasan lslam

Kamus Dewan. 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mahayudin Hj. Yahaya. 1998. Tamadun lslam. Shah Alam: Fajar Bakti

Md. Hashim bin Yahya. 1991. “Peranan Masjid Dalam Pembangunan Umat”,kertas kerja dalam Muzakarah Pegawai-pegawai Pengurusan Masjid PeringkatKebangsaan. Kuala Lumpur, 21 November 199l

Mohd Fauzi Hamat .2002. Paradigma Tauhid Sebagai Motivator Terbudayanya Gaya Hidup Sihat Dalam Masyarakat dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran Bersama UUM, JPA dan Kementerian PendidikanMalaysia.

M. Quraish Shihab. 1996. Wawasan al-Quran Tafsir Maudhu‘i atas PelbagaiPersoalan Umat, cet. 3 .Bandung: Mizan

Mohamad Tajuddin Mohamad Rosdi. 1999. Peranan, Kurikulum Dan Reka Bentuk Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi. 2000. The Architectural Heritage Of The Malay World The Traditional Mosque. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: PERANAN MASJID DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN UMMAHprint

17

Muhammad Abdul Rauf. 1987. Management and Administration , An lslamic Perspective. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri

Muhammad Zamri Abdul Malik. 2001. Wadi al-Husein Pattani Masjid Kayu Terindah. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia

Nik Mustapa. 1996. Islam Dan Kemajuan Masyarakat. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman lslam Malaysia

Noor Hidayah Abdul Ghani. 2004. Sejarah Dan Peranan Masjid Dalam Kampus: Universiti Malaya

Rosmarini Yunus. 2003. Masjid UKM Nadi Warga Kampus Bangi. Berita Harian. 15 Julai

Shafie Hj.Mohd Salleh & Mohd Affandi Hassan (pngr). 1991. Kecemerlangan Pentadbiran-Dasar dan Amalan Dalam lslam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran awam Negara

Shaik Kadir.2009. Pendekatan lslam. Marshall Cavendish (M) Sdn.Bhd

Sidi Ghazalba. 1975. Masjid: Pusat lbadat dan kebudayaan lslam. Jakarta: Pustaka Antara

Wan Mohd Nor Wan Daud.2001. Pembangunan Di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur: ISTAC

Yusoff Mohamad. 1989. Bina lnsan-Satu Analisis Kaedah. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise