peranan lemak dalam badan

2
Peranan Lemak Dalam Badan Zat yang diperlukan oleh badan manusia Selain oksigen dan air, manusia juga memerlukan protein, karbohidrat, garam tak organic, vitamin dan sebagainya untuk meneruskan kehidupan. Antara zat-zat yang membekalkan haba untuk kehidupan dan aktiviti harian adalah protein, karbohidrat dan lemak. 1. Protein struktur yang paling asas bagi kehidupan manusia. Protein merupakan bahan asas bagi pembentukan badan. Nilai nutrisi dan kuantiti protein yang diperolehi bergantung pada pengambilan makanan pada setiap hari. Terdapat pelbagai jenis protein dalam alam semulajadi. Nilai nutrisi bagi suatu jenis protein bergantung kepada jenis, kandungan dan nisbah asid-asid amino yang terkandung dalamnya. Setiap aktiviti dan fungsi fisiologi dalam badan manusia dijalankan oleh protein. Tanpa protein, badan kita akan runtuh seumpama runtuhnya rangka keluli pada bangunan tinggi. 2. Karbohidrat sumber tenaga utama bagi aktiviti badan. Karbohidrat merupakan pembekal utama tenaga haba bagi aktiviti badan. Karbohidrat menentukan prestasi kerja, pemikiran dan stamina badan anda. Ia merupakan zat yang amat penting untuk mencapai keadaan fizikal yang optimum, tidak kira sama ada anda duduk berfikir ataupun bekerja. Ini kerana karbohidrat diperlukan untuk aktiviti otak dan fungsi badan secara keseluruhan. Sekiranya pengambilan karbohidrat dalam badan kita tidak mencukupi, maka kita akan berasa letih dan seterusnya tidak dapat bekerja dan berfikir dengan berkesan. 3. Lemak zat yang tidak boleh berlebihan atau berkurangan. Lemak wujud dalam tisu-tisu badan kita dalam pelbagai bentuk. Ia adalah salah satu bahan yang penting untuk membentuk tisu dan sel badan serta sebagai sumber tenaga badan yang utama. Lemak merupakan sejenis zat yang penting dalam badan, akan tetapi ia juga adalah bahan yang sangat bahaya kerana ia boleh mneyebabkan pelbagai penyakit jika berlebihan atau kekurangan. 4. Garam mineral mengekalkan fungsi normal badan. Walaupun garam mineral hanya menyumbangkan 4.0 % daripada berat badan, ia merupakan bahan utama yang diperlukan untuk membentuk tisu-tisu badan serta mengekalkan fungsi organ dan fisiologi badan. Garam mineral tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri, maka ia perlu diperolehi melalui pengambilan makanan. 5. Air asas bagi hidup Air merupakan komponen yang penting dalam badan kita serta zat yang paling penting dalam badan kita serta zat yang paling penting dalam pemakanan. Segala fungsi dalam badan manusia memerlukan air untuk berjalan dengan lancar. Air bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga, malah juga mempunyai fungsi-fungsi penjagaan kesihatan dan rawatan. 6. Serat makanan membersihkan badan manusia. Serat makanan tidak mengandungi zat tetapi ia berupaya merangsang pergerakan usus, menakala serat larut air boleh membersihkan saluran darah dalam badan. Jadi, serat makanan merupakan agen pembersih yang dapat membersihkan badan dengan menyeluruh serta menurunkan kolesterol dan lipid darah. Selain itu, serat pemakanan juga berfungsi menurunkan paras gula dan mengawal kegemukan.

Upload: ct-limah

Post on 29-Jun-2015

344 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Lemak Dalam Badan

Peranan Lemak Dalam Badan Zat yang diperlukan oleh badan manusia Selain oksigen dan air, manusia juga memerlukan protein, karbohidrat, garam tak organic, vitamin dan sebagainya untuk meneruskan kehidupan. Antara zat-zat yang membekalkan haba untuk kehidupan dan aktiviti harian adalah protein, karbohidrat dan lemak.

1. Protein – struktur yang paling asas bagi kehidupan manusia. Protein merupakan bahan asas bagi pembentukan badan. Nilai nutrisi dan kuantiti protein yang diperolehi bergantung pada pengambilan makanan pada setiap hari. Terdapat pelbagai jenis protein dalam alam semulajadi. Nilai nutrisi bagi suatu jenis protein bergantung kepada jenis, kandungan dan nisbah asid-asid amino yang terkandung dalamnya. Setiap aktiviti dan fungsi fisiologi dalam badan manusia dijalankan oleh protein. Tanpa protein, badan kita akan runtuh seumpama runtuhnya rangka keluli pada bangunan tinggi.

2. Karbohidrat – sumber tenaga utama bagi aktiviti badan. Karbohidrat merupakan pembekal utama tenaga haba bagi aktiviti badan. Karbohidrat menentukan prestasi kerja, pemikiran dan stamina badan anda. Ia merupakan zat yang amat penting untuk mencapai keadaan fizikal yang optimum, tidak kira sama ada anda duduk berfikir ataupun bekerja. Ini kerana karbohidrat diperlukan untuk aktiviti otak dan fungsi badan secara keseluruhan. Sekiranya pengambilan karbohidrat dalam badan kita tidak mencukupi, maka kita akan berasa letih dan seterusnya tidak dapat bekerja dan berfikir dengan berkesan.

3. Lemak – zat yang tidak boleh berlebihan atau berkurangan. Lemak wujud dalam tisu-tisu badan kita dalam pelbagai bentuk. Ia adalah salah satu bahan yang penting untuk membentuk tisu dan sel badan serta sebagai sumber tenaga badan yang utama. Lemak merupakan sejenis zat yang penting dalam badan, akan tetapi ia juga adalah bahan yang sangat bahaya kerana ia boleh mneyebabkan pelbagai penyakit jika berlebihan atau kekurangan.

4. Garam mineral – mengekalkan fungsi normal badan. Walaupun garam mineral hanya menyumbangkan 4.0 % daripada berat badan, ia merupakan bahan utama yang diperlukan untuk membentuk tisu-tisu badan serta mengekalkan fungsi organ dan fisiologi badan. Garam mineral tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri, maka ia perlu diperolehi melalui pengambilan makanan.

5. Air – asas bagi hidup Air merupakan komponen yang penting dalam badan kita serta zat yang paling penting dalam badan kita serta zat yang paling penting dalam pemakanan. Segala fungsi dalam badan manusia memerlukan air untuk berjalan dengan lancar. Air bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga, malah juga mempunyai fungsi-fungsi penjagaan kesihatan dan rawatan.

6. Serat makanan – membersihkan badan manusia. Serat makanan tidak mengandungi zat tetapi ia berupaya merangsang pergerakan usus, menakala serat larut air boleh membersihkan saluran darah dalam badan. Jadi, serat makanan merupakan agen pembersih yang dapat membersihkan badan dengan menyeluruh serta menurunkan kolesterol dan lipid darah. Selain itu, serat pemakanan juga berfungsi menurunkan paras gula dan mengawal kegemukan.

Page 2: Peranan Lemak Dalam Badan

7. Vitamin – agen pemangkin metabolisme

Vitamin merupakan bahan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan, terutamanya menyelaraskan metabolisme dalam badan. Tidak kira apa jua jenis vitamin, kekurangan pengambilan vitamin akan menyebabkan kemerosotan tenaga badan seterusnya memudaratkan kesihatan. Vitamin terbahagi kepada 2 jenis utama iaitu vitamin larut air dan vitamin larut lemak.

Dari mana asalnya lemak? Lemak terbentuk daripada trigliserida, setiap molekul trigliserida terdiri daripada tiga molekul asid lemak. Badan kita akan membakar asid-asid lemak untuk menghasilkan tenaga apabila perlu. Lemak mempunyai keupayaan penyimpanan tenaga yang amat tinggi. 1.0g lemak berupaya menghasilkan lebih kurang 9.0 kilokalori jika dibandingkan dengan protein dan karbohidrat yang hanya dapat menghasilkan 4.0 kilokalori. Jadi, tenaga berlebihan daripada apa-apa yang kita makan akan ditukar kepada lemak dan seterusnya disimpan dalam tisu-tisu lemak badan. Lemak dalam badan berkumpul terutamanya di bawah tisu kulit, abdomen, paha, usus besar, usus kecil dan mengelilingi bahagian luar organ dalaman.

Peranan Lemak Dalam Badan Selain membekalkan tenaga, salah satu fungsi utama lemak dalam badan adalah menghasilkan sel membran untuk melindungi organ dalaman badan dan mengurangkan geseran antara organ-organ. Lemak juga amat penting untuk bahagian otak. Lemak dalam badan digunakan untuk melawan keradangan, membekukan darah dan bertanggungjawab dalam pengecutan dan pengembangan saluran darah. Kita juga memerlukan lemak untuk mengekalkan fungsi keimunan yang normal, meningkatkan pertumbuhan kulit dan menyelaraskan fungsi fisiologi wanita. Golongan wanita yang kekurangan lemak akan mengalami masalah haid, sementara kadar kemandulan juga akan meningkat. Jadi, lemak bukanlah unsur yang tidak baik sepenuhnya.