peranan ibu bapa sangat penting

4
Peranan ibu bapa sangat penting dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Bincangkan pernyataan di atas. ANALISIS SOALAN: TEMA : Masalah sosial dalam kalangan remaja[AR] CONTOH MASALAH SOSIAL : Penagihan dadah, pergaulan bebas dan gejala vandalisme [AC] KATA KUNCI SOALAN - (KKS) : Peranan ibu bapa [AA] IDEA UTAMA - (IU) : 1. Mencurahkan kasih sayang 2. Memberikan didikan agama 3. Memantau pergaulan anak-anak 4. Menjadi suri teladan kepada anak-anak TIPS DALAM MEMBINA AYAT DEMI AYAT MENGIKUT PERENGGAN. PERENGGAN PENDAHULUAN : TEKNIK A-RCA AR = AYAT RANGSANGAN (Kaitkan dengan TEMA) #AR-PU = Pernyataan Umum @ # AR-D = Definisi @ # AR-T = Ayat Tanya} AC = AYAT CONTOH AA = AYAT ARAH (Kaitkan dengan KKS) PERENGGAN ISI : TEKNIK ATAH - ACAP AT = AYAT TOPIK (KKS + IU) AH = AYAT HURAIAN (5 W + 1H + 2I) 5W=Apa+Mengapa+Siapa+Di mana+Bila 1H=Bagaimana 2I=Kesan + Jika/Sekiranya AC = AYAT CONTOH / PERIBAHASA AP = AYAT PENEGAS (Tegaskan Tema + IU) PERENGGAN PENUTUP : RCPH

Upload: twin-sis

Post on 14-Apr-2017

177 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan ibu bapa sangat penting

Peranan ibu bapa sangat penting  dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.Bincangkan pernyataan di atas.

ANALISIS SOALAN:

TEMA                                              :  Masalah sosial dalam kalangan remaja[AR]CONTOH MASALAH SOSIAL    :  Penagihan dadah, pergaulan bebas dan gejala vandalisme  [AC]KATA KUNCI SOALAN - (KKS) :  Peranan ibu bapa  [AA]IDEA UTAMA -  (IU)                     :  1.  Mencurahkan kasih sayang                                                            2.  Memberikan didikan agama                                                            3.  Memantau pergaulan anak-anak                                                            4.  Menjadi suri teladan kepada anak-anak

TIPS DALAM MEMBINA AYAT DEMI AYAT MENGIKUT PERENGGAN.

  PERENGGAN PENDAHULUAN  :  TEKNIK  A-RCA

  AR = AYAT RANGSANGAN (Kaitkan dengan TEMA)         #AR-PU = Pernyataan Umum @      # AR-D = Definisi @      # AR-T = Ayat Tanya}

  AC =  AYAT CONTOH     AA = AYAT ARAH (Kaitkan dengan KKS)

  PERENGGAN ISI  :  TEKNIK  ATAH - ACAP

  AT = AYAT TOPIK  (KKS + IU)  AH = AYAT HURAIAN  

(5 W + 1H + 2I)  5W=Apa+Mengapa+Siapa+Di mana+Bila1H=Bagaimana2I=Kesan + Jika/Sekiranya

  AC = AYAT CONTOH / PERIBAHASA  AP = AYAT PENEGAS (Tegaskan Tema + IU)

  PERENGGAN PENUTUP :  RCPH  Rumusan         =  Rumusan bagi semua IU +  KKS + TEMA  Cadangan        =  PIHAK + USAHA + PERIBAHASA   Pendapat         =  KEPENTINGAN KERJASAMA SEMUA PIHAK  Harapan          =  HARAPAN / KESAN DARIPADA CADANGAN

KARANGAN LENGKAP

            [AR-PU] Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negaramerupakan kata-kata hikmat  yang sinonim dengan remaja yang menjadi aset penggerak dan tonggak wawasan negara.  [AR-PU] Namun kini, masalah sosial yang melanda

Page 2: Peranan ibu bapa sangat penting

golongan remaja sangat membimbangkan masyarakat mahupun negara.  [AC] Antara masalah sosial yang sering kali dikaitkan dengan remaja ialah pergaulan bebas, gejala vandalisme dan penagihan dadah.  [AR-T] Siapakah yang bertanggungjawab dan berperanan dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ini?  [AA] Oleh itu, peranan ibu bapa yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan lebih terperinci demi kebaikan bersama.

            [AT] Pada realitinya, dewasa ini peranan ibu bapa sangat signifikan dalam mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.  [AH-M] Kasih sayang yang secukupnya bagai Menatang Minyak Yang Penuh perlu dicurahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak remaja agar mereka tidak berasa disisihkan dan berseorangan.  [AH-B] Ibu bapa sepatutnya memberikan perhatian terhadap perkembangan anak-anak, menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan anak-anak.  [AH-K] Impaknya, kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa dapat melahirkan anak-anak yang seimbang emosi dan tenang jiwanya.  [AP] Jelaslah bahawa kasih sayang akan dapat mencegah anak-anak remaja daripada terlibat dengan masalah sosial yang kian meruncing.

            [AT] Umum juga mengetahui bahawa ibu bapa juga berperanan dalammemberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. [AH-M] Didikan agama penting untuk dijadikan sebagai benteng yang kukuh, sekukuh Tembok Besar China dalam menangkis segala anasir luar yang dapat menggoncang keimanan seseorang.  [AH-B] Jadi, ibu bapa hendaklah menghantar anak-anak ke kelas agama sejak kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. [AH-K] Kesannya, didikan agama yang mantap akan menyebabkan remaja terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.  [AP] Izharlah, dengan didikan agama yang sempurna sudah pasti remaja tidak tergamak untuk terlibat dalam kancah sosial yang menghinakan.

            [AT] Kita dapat menyaksikan betapa ibu bapa berperanan penting dalam memantau pergaulan anak-anak mereka.  [AH-M] Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu memantau pergaulan anak-anak mereka bagi  memastikan anak-anak mereka tidak bergaul dengan rakan yang rosak akhlaknya.  [AH-M] Dalam konteks ini, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada remaja.  [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah mengetahui latar belakang rakan-rakan mereka.  [AP] Daripada realiti ini, dapat kita katakan bahawa peranan ibu bapa penting dalam memantau pergaulan anak-anak supaya mereka tidak terpengaruh dengan rakan yang durjana ini.

            [AT] Suatu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan ialah ibu bapa sewajarnya menjadi suri teladan kepada anak-anak.  [AH-B] Ibu bapa hendaklah bertutur kata dan bertingkah laku yang mulia di hadapan anak-anak.  [AH-K] Secara tidak langsung, perbuatan ibu bapa tersebut dapat membentuk peribadi yang unggul dalam diri anak-anak remaja.  [AC]Tidaklah seperti Ketam Mengajar Anak-Anaknya Berjalan Lurussebaliknya menjadi idola untuk dicontohi oleh anak-anak kerana Bapa Borek Anak Rintik dan Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya.  [AP] Dengan adanya ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak-anak, peratus kebejatan sosial dalam kalangan remaja dapat diturunkan.

Page 3: Peranan ibu bapa sangat penting

            [R] Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang sangat vital dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.  [C] Jika semua masyarakat berganding bahuibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah masalah sosial dalam kalangan reamaja dapat dibendung hingga ke akar umbi.  [P]Sesungguhnya, dalam menangani masalah ini, semua pihak perlulah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bukannya digalas tanggungjawab ini di puncak ibu bapa sahaja.  [H] Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan memberikan komitmen yang padu agar prakarsa menangani masalah sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi.                                                                                                                                             

 (120 patah perkataan)