borang pengesahan status tesis’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. tetapi yang...

24
PSZ 19:16(Pin.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PKPGB) AMBILAN 1, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya RAFIE BIN MD DALI No. Matriks BP060100 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 103, Jalan Cekal 16 DR ABDUL RAHIM HAMDAN Taman Sri Lambak 86000 Kluang, Johor. Nama Penyelia Tarikh: 17.11.2008 Tarikh: ________________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: vankhanh

Post on 29-Aug-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PKPGB) AMBILAN 1, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya RAFIE BIN MD DALI No. Matriks BP060100 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 103, Jalan Cekal 16 DR ABDUL RAHIM HAMDAN Taman Sri Lambak 86000 Kluang, Johor. Nama Penyelia Tarikh: 17.11.2008 Tarikh: ________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

ii

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Khas Guru Besar.

Tanda tangan :............................................................................... Nama Penyelia :DR ABDUL RAHIM BIN HAMDAN Tarikh : 17 November 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

iii

PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PKPGB) AMBILAN 1, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

RAFIE BIN MD DALI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

November 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

iv

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : .......................................................................................... Nama Penyelidik : RAFIE BIN MD DALI Tarikh : 17 November 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

v

SEKALUNG BUDI

Aku

&

Isteri

&

Anak-Anak

&

Terima kasih semuanya!

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

vi

PENGHARGAAN

Saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana rahmat dan izinnya

kajian ilmiah ini dapat dilaksanakan. Dan salawat salam ke atas junjungan nabi

Muhamad s.a.w.

Setinggi-tinggi penghargaan dan lafaz terima kasih tidak terhingga kepada

penyelia prihatin, didikasi dan teliti Dr Abdul Rahim bin Hamdan yang membimbing

serta memberi tunjuk ajar dan saya mohon keizinan menggunakan ilmu yang

dicurahkan, idea yang diberikan, panduan yang dititipkan, roh dan jasadnya sekali di

dunia dan di akhirat.

Terima kasih kepada semua pensyarah UTM atas curahan ilmu dan idea serta

tunjuk ajar yang diberikan, roh dan jasadnya sekali. Juga mohon keizinan

menggunakan ilmu yang dicurahkan di dunia dan di akhirat

Terima kasih jua buat rakan-rakan atas apa jua bantuan, sokongan, nasihat, idea

dan tunjuk ajar sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan dan

memperkemaskan kertas Projek Sarjana Muda ini.

Wassalam Terima Kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

vii

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan masa bagi pelajar

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Ambilan 1, dari aspek

menguruskan masa untuk pelajaran, mengurus masa untuk mengurus sekolah dan

mengurus masa untuk bersama keluarga. Seramai 56 orang pelajar PKPGB Ambilan 1,

namun responden yang dilibatkan hanya 50 orang sahaja. Satu set soal selidik yang

mengandungi 45 soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang

diperlukan untuk kajian. Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science versi 12.0

dan penghuraian berdasarkan kepada frekuensi, peratus dan min. Nilai kesahan dan

kebolehpercayaan soal selidik kajian ialah alpha = 0.83 . Hasil kajian menunjukkan

tidak terdapat perbezaan yang signifikin aspek pengurusan masa untuk pelajaran,

pengurusan masa untuk mengurus sekolah dan pengurusan masa untuk mengurus

keluarga dengan perbezaan jantina. Semua pelajar PKPGB Ambilan 1 telah dapat

menggunakan dan menguruskan masa mereka dengan baik dan cemerlang untuk

belajar, mengurus dan mentadbir sekolah dan bersama-sama keluarga. Hasil kajian

mendapati bahawa pengurusan masa pelajar PKPGB Ambilan 1, adalah di tahap tinggi.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

viii

ABSTRACT

The objective of this study is to identify the time management for the Post-

Graduate for Headmaster Special Program’s student -first batch (PKPGB), in division

view of time to study, time to administer and manage school and family time

management. A total number of 56 PKPGB first batch but only 50 respondents

involved in it. A set of questionnaire that contains 45 questions to acquire information

that needed for the research. All the information data were being processed and

analyzed by using the Statistical Packages for the Social Science version 12.0 and the

data were presented in term of frequency, percentage and min. The authentic value and

significant value of this questionnaire is alpha = 0.83. Finding of this study shows that

there is no significant differences for the aspect of managing time for studies, school

and family regarding the gender distinctiveness. All the PKPGB’s students had

efficiently and excellently used and managed their time during their study,

administering the school and family management. The result of the research was the

PKPGB’s students (first batch) time management are at their optimum level.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

ix

PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR(PKPGB) AMBILAN 1, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

RAFIE BIN MD DALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

x

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA

BORANG PENGESAHAN PENGAKUAN PENSYARAH STATUS PENYELIDIKAN PENGAKUAN PELAJAR SEKALUNG BUDI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT TAJUK PENYELIDIKAN KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN

MUKA SURAT

ii

iii

iv v

vi

vii

viii

ix x

xi

xvi

xviii

xix

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

xi

BAB I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

3

1.3 Pernyataan Masalah

5

1.4 Objektif Kajian

6

1.5 Persoalan Kajian

6

1.6 Hipotesis

7

1.7 Kepentingan Kajian

7

1.8 Skop Kajian

8

1.9 Batasan Kajian

8

1.10 Definisi Terminologi

9

1.10.1 Pengurusan

9

1.10.2 Masa

9

1.10.3 Pengurusan Masa

10

1.10.4 Pelajar

11

1.10.5 Pelajar PKPGB 11

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

xii

BAB II

SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan

13

2.2 Prinsip Pengurusan Masa

13

2.3 Mengawal Masa

14

2.4 Kepentingan Pengurusan Masa

14

2.5 Teknik Pengurusan Masa

22

2.6 Pengurusan Masa Mengikut Pendekatan Islam

23

2.7 Pengurusan Masa dan Strategi Pembelajaran Berkesan

22

2.7.1 Mengenali Kepentingan Sesuatu Perkara

23

2.7.2 Kategori Keutamaan

23

2.7.3 Mewujudkan Keutamaan

24

2.7.4 Merancang Jadual Kerja

25

2.7.5 Jadual Harian

26

2.4.6 Jadual Mingguan

26

2.8 Langkah-Langkah Dalam Pengurusan Masa

27

2.6 Teknik Pengurusan Keluarga

27

2.7 Permasalahan Dalam Pengurusan Masa

29

2.9 Kesimpulan

30

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

xiii

BAB III

BAB IV

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Rekabentuk Kajian 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 3.4 Instrumen Kajian 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Kajian 3.7 Analisis Data 3.8 Kesimpulan DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Analisis Data 4.3 Analisis Data Bahagian A- Maklumat dan Profil Responden 4.3.1 Taburan dan Peratusan Reponden Berdasarkan Jantina 4.3.2 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Taraf Akademik 4.3.3 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan 4.3.4 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa

31

31

32

32

34

35

35

37

38

38

39

39

40

41

42

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

xiv

BAB V

4.4 Analisis Bahagian B 4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1: Tahap Pengurusan Masa Belajar 4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2: Tahap Pengurusan Masa Mengurus Sekolah 4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3: Tahap Pengurusan Masa Bersama Keluarga 4.4.4 Analisis Ujian –t 4.5 Kesimpulan PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan 5.2.1 Aspek Biodata Pelajar PKPGB 5.2.2 Pengurusan Masa Pelajar PKPGB Terhadap Pelajaran 5.2.2 Pengurusan Masa Pelajar PKPGB Terhadap Sekolah 5.2.3 Pengurusan Masa Pelajar PKPGB Bersama Keluarga 5.3 Rumusan 5.4 Cadangan 5.5 Kesimpulan Rujukan Lampiran

43

47

52

57

59

60

61

61

61

64

66

67

68

70

71

75

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

xv

NO

3.4.1

3.4.2

3.4.3

3.7.1

3.7.2

3.7.3

4.3.1

4.3.2

4.3.3

4.3.4

4.5

4.6

4.7

SENARAI JADUAL

TAJUK

Item Soal Selidik Skala Likert 5 Aras Nilai Kolerasi dan Interprestasi Penggabungan Skala Likert Formula Matematik Khoo Cheng Tahap Bagi Setiap Nilai Min Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Taraf Akademik Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa Taburan Responden Mengikut Tahap Pengurusan Masa Belajar Taburan Responden Mengikut Tahap Pengurusan Masa Mengurus Sekolah Taburan Responden Mengikut Tahap Pengurusan Masa Bersama Keluarga

MUKA SURAT

33

33

34

36

36

37

39

40

41

42

44

48

53

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

xvi

4.8 4.9

4.10

5.0

Analisis Ujuan – t Menunjukkan Tidak terdapat Perbezaan Masa Belajar Yang Signifikan Antara Jantina Analisis Ujuan – t Menunjukkan Tidak terdapat Perbezaan Masa Mengurus Sekolah Yang Signifikan Antara Jantina Analisis Ujuan – t Menunjukkan Tidak terdapat Perbezaan Masa Mengurus Keluarga Yang Signifikan Antara Jantina Kesimpulan Keseluruhan Min dan Tahap Persoalan Kajian I, II, III.

57

57

58

59

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

xvii

NO

4.3.1

4.3.2

4.3.3

4.3.4

SENARAI RAJAH

TAJUK Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Taraf Akademik Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa

MUKA SURAT

39

40

41

42

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

xviii

SENARAI SINGKATAN

PKPGB - Program Khas Pensiswazahan Guru Besar UTM - Universiti Teknologi Malaysia SPSS - Statistical Package For Social Sciencs

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Masa itu Emas. Emas sesuatu yang paling berharga. Menggambarkan betapa

berharga dan bernilainya masa. Mengejar masa, bererti kita sudah ketinggalan. Justeru

itu masa sangat berharga dalam kehidupan harian kita. Sebagai manusia yang diberi

akal dan fikiran, kita mestilah bijak menguruskan masa secara lebih berkualiti dan

berkesan, iaitu dengan menyusun atur aktiviti mengikut konsep Utama Yang Utama.

Melakukan sesuatu aktiviti yang memberi impak yang cemerlang kepada diri sendiri,

keluarga, kerjaya kehidupan dan sebagainya. Ini memerlukan kemahiran tinggi dalam

pengurusan masa untuk lebih berkualiti.

Masa sangat pantas peredarannya dan tidak akan kembali semula. Masa sangat

berharga dan tidak boleh dimiliki oleh manusia. Sesungguhnya masa adalah aset

penting untuk setiap usaha yang dibuat. Tanpa pengurusan masa yang cekap, sesuatu

pekerjaan itu tidak akan berjaya, sama ada pekerjaan itu dilakukan secara individu

mahupun secara kumpulan. Oleh itu sesiapa yang tidak tahu menghargai masa ketika

hidup di dunia, akan menyesal di akhirat setelah mengetahui tingginya nilai masa.

Kita memerlukan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti dan kegiatan dalam

kehidupan harian secara teratur, efektif dan efsyien. Dalam zaman serba canggih dan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

2

kompleks ini kita merasakan masa terlalu suntuk, semakin sedikit dan sentiasa tidak

mencukupi. Sebagai ahli masyarakat, kehidupan kita dikelilingi dengan kepelbagaian

aktiviti, kepelbagaian tugas dan tanggungjawab, memerlukan kita bijak menyusun dan

mengurus masa.

Kemahiran mengurus masa membolehkan kita selesa untuk belajar, bergaul

dengan sahabat handai dan rakan taulan, bersama keluarga, isteri dan anak-anak serta

saudara mara, dan sebagai seorang guru besar mengurus masa perlu disesuaikan dengan

aktiviti rakan sejawat, tugas dan tanggungjawab, berbincang dengan staf dan

kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan

banyak masa membersihkan roh dan jasad dengan beribadat kepada Allah.

Sebagai pelajar pada usia yang sudah senja dan berumur, kita tidak boleh lari

dari melakukan aktiviti biasa sebagai seorang manusia. Justeru itu, kiranya kita gagal

menseimbangkan dan membahagikan masa, kita akan merasakan masa sentiasa tidak

cukup, kekalutan dalam membuat keputusan, emosi tidak stabil dan komunikasi tidak

menentu. Salah satu petua yang menjadi rashia untuk memperoleh kejayaan cemerlang,

gemilang dan terbilang ialah pengurusan masa yang efektif dan efisyen.

Minat dan keperluan seseorang kepada kepelbagaian aktiviti dan kegiatan,

kadang kala menyebabkan seseorang itu menghadapi kecelaruan masa dan waktu.

Pengurusan masa yang bijak, baik, efektif dan efisyen dapat merencana keputusan yang

akan kita buat dan sentiasa mempunyai ruang waktu untuk melaksanakannya.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar merupakan program yang

dikhususkan kepada penyandang jawatan Guru Besar atau kepada sesiapa yang pernah

menjadi Guru Besar. Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menaik

taraf dan memperkasakan pendidikan yang berkualiti melalui kepimpinan.

Menjadi pelajar atau mahasiswa yang berkeluarga, sebagai pengurus dan

pentadbir sekolah dan bekerja, pada masa yang sama terus belajar . Atau dalam konteks

lain, guru besar adalah individu yang bekerja dan pada masa yang sama juga, belajar.

Gabung jalin kehidupan sebagai seorang pelajar, sebagai seorang ketua keluarga dan

sebagai seorang pemimpin, pengurus dan pentadbir sekolah memerlukan kebijaksanaan

dan daya fikir tinggi dalam mengurus masa, khususnya bagi memastikan ketiga-tiga

tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan dengan berhemah, cekap dan berkesan.

Sebagai seorang pelajar atau mahasiswa, ia membekalkan ilmu pengetahuan

untuk mengurus. Sebagai seorang penjawat awam atau pengurus sekolah, ia

membekalkan pengetahuan dan pengalaman membantu kecemerlangan organisasi dan

sebagai pelajar atau mahasiswa ia mendidik kita supaya leih berjaya. Sebagai ketua

keluarga ia membekalkan cabaran dan modul kepada pendidikan anak-anak dan

kesanggupan sebagai pelajar mengecapi kecemerlangan. Ketiga-tiga situasi ini

memerlukan pengurusan masa yang bijaksana.

Pengurusan masa bermaksud mengatur atau mengurus masa dengan sebaik-

baiknya. Pengurusan masa yang berkesan dapat memberi manafaat kepada semua pihak.

Islam begitu menitikberatkan soal ini kerana ia akan mewujudkan suatu disiplin dalam

diri seseorang, meliputi setiap aspek kehidupan manusia. Hubungan manusia dengan

Allah atau hubungan manusia sesama manusia. Kalau dilihat dalam konteks hubungan

manusia dengan Allah, kita diajar untuk mendisiplinkan diri dengan meluangkan masa

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

4

sebanyak lima waktu sehari semalam untuk menunaikan ibadah solat, begitu juga

mendisplinkan diri untuk tidak makan dan minum di bulan Ramadhan.

Sementara dalam konteks hubungan sesama manusia, disiplin dalam pengurusan

masa ini dapat dilihat dalam aspek menepati janji dan pelbagai lagi;

Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang

yang beriman dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran,

(Surah Al-Asr Ayat 1-3)

Namun, apa yang menyedihkan ialah pelajar dan mahasiswa yang dipandang

tinggi oleh masyarakat kebanyakannya terlalu lemah dalam aspek pengurusan masa.

Ramai mahasiswa yang mengeluh disebabkan kekurangan masa untuk belajar

termasuklah mahasiswa Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Matni

Suwantri, (2006) dan Sharifah Hassan,(2007) menyatakan bahawa satu masalah yang

paling utama dihadapi oleh mahasiswa ialah kesukaran mengatur waktu belajar.

Sebagai mahasiswa yang melakukan dan memikul tiga tanggungjawab serentak

iaitu sebagai pelajar, pengurus sekolah dan ketua keluarga (Pelajar PKPGB),

memerlukan lebih komitmen dan kecekapan dalam mengurus masa. .Mengejar masa

bererti kita sudah jauh ketinggalan. Pengurus masa yang bijaksana, bermakna dia dapat

bergerak dan berlari seiring dengan masa.

Justeru itu, Penyelidik berusaha melaksanakan satu tinjauan dan kajian ke atas

pengurusan masa pelajar PKPGB, Ambilan 1, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

5

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada Kajian Prestasi Pelajar di UTM oleh Najib dan rakan-rakan

(1977), menunjukkan terdapat mahasiswa yang tidak mempunyai masa untuk

mengulangkaji pelajaran kerana terlalu banyak tugasan lain. Kajian Omardin (1998) dan

Mohamad Ghani (1992) juga mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai masalah dan

kelemahan dari segi pengurusan masa pelajar.

Hasil kajian penyelidik terdahulu Ahmad Fadzli Yusof (2004), Hassan (1996)

dan Sharifah Hassan, (2007) mendapati terdapat beberapa kelemahan dan halangan

yang terpaksa dihadapi oleh pelajar dan mahasiswa dalam pengurusan masa belajar

khususnya yang telah berkeluarga .Justeru itu, penyelidik mengambil inisiatif untuk

menjalankan penyelidikan berkaitan amalan pengurusan masa khusus bagi mereka yang

telah bekerja dan bekeluarga. Dan sebaik responden adalah pelajar PKPGB Ambilan 1,

UTM, Skudai.

Penyelidikan berfokus kepada bagaimana pelajar PKPGB mengurus masa untuk

belajar, mengurus masa untuk bekerja, mengurus masa untuk bersama keluarga dan

faktur persekitaran yang mempengaruhi pengurusan masa pelajar.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my · kakitangan, ibu bapa dan masyarakat. Tetapi yang paling penting kita memerlukan Tetapi yang paling penting kita memerlukan banyak

6

1.4 Objektif Kajian

Melalui kajian ini, penyelidik berharap akan dapat mencapai objektif berikut;

a. Mengenalpasti tahap pengurusan masa belajar sebagai pelajar PKPGB Ambilan 1

b. Mengenalpasti tahap pengurusan masa mengurus sekolah pelajar PKPGB

Ambilan 1

c Mengenalpasti tahap pengurusan masa mengurus keluarga pelajar PKPGB

Ambilan

d. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan pengurusan masa belajar antara

Jantina pelajar PKPGB Ambilan 1

e. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan pengurusan masa mengurus sekolah

antara jantina pelajar PKPGB Ambilan 1

f. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan pengurusan masa mengurus keluarga

antara jantina pelajar PKPGB Ambilan 1

1.5 Persoalan Kajian

a. Apakah tahap pengurusan masa belajar pelajar PKPGB Ambilan 1

b. Apakah tahap pengurusan masa mengurus sekolah pelajar PKPGB Ambilan 1

c. Apakah tahap pengurusan masa mengurus keluarga pelajar PKPGB Ambilan 1

d. Apakah terdapat perbezaan pengurusan masa belajar antara jantina pelajar

PKPGB Ambilan 1

e. Apakah terdapat perbezaan pengurusan masa mengurus sekolah antara jantina

pelajar PKPGB Ambilan 1

f. Apakah terdapat perbezaan pengurusan masa bersama keluarga antara jantina

pelajar PKPGB Ambilan 1