peranan guru dan ibu bapa-ponteng

10
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH http://falsafahetika.blogspot.com/p/ponteng.html Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah agak sukar untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan gejala ponteng sekolah. Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, antara salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran di pusat membeli- belah dan pusat cafe siber. Guru seharusnya mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik. Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga perlulah mewujudkan suasana persekolahandan pembejaran yang kondusif, dinamik dan memberangsangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan dan strategi serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan

Upload: yus

Post on 08-Dec-2015

61 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ponteng

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Dan Ibu Bapa-ponteng

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH

http://falsafahetika.blogspot.com/p/ponteng.html

Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah agak

sukar untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan

secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan

gejala ponteng sekolah.

Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan

peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, antara

salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang

membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau

berpeleseran di pusat membeli- belah dan pusat cafe siber. Guru seharusnya

mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu

agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik.

Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah

tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah

juga perlulah mewujudkan suasana persekolahandan pembejaran yang kondusif,

dinamik dan memberangsangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan dan strategi serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui mengikut

untuk menjana perkembangan kognitif pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan

Bahan Bantu mengajar yang kreati dan menarik dan mempergiatkan aktiviti

berpusatkan murid sesuai dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi

berpusatkan murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta

sesuatu yang baru dan bijak dalam membuat menyelesaikan pemasalahan yang

dihadapi. Hubungan interpersonal degan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu

menjadi mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap

pelajarnya. Ini bermakna guru perlu menjadi ‘role model’ yang baik kepada pelajar.

Pada masa yang sama pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti

Page 2: Peranan Guru Dan Ibu Bapa-ponteng

perkehemahan, Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah

wajib disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah disamping

memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Malah pelbagi kempen perlu giat diadakan

sama melalui media massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi

kesedaran kepada pelajar akan kesan negetif gejala ponteng sekolah.

Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkahlaku dan pergerakan pelajar denagn

meluangkan sedikit masa, biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun,

untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan

tingkahlaku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini, mungkin

dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan yang

bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus

hanyut dan dibiarkan sendirian. Di samping itu, pendekatan bimbingan dan kaunseling

perlu diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka memberontak.

Malah, semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa, guru disiplin

bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah tunggu dilantik

sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang

latar belakang dan masalah pelajar. Janganlah ditunggu arahan ketua bidang,

pengetua, pegawai pendidikan bahagian, pengarah, lakukan sahaja apa yang baik

untuk pelajar. Semua warga sekolah perlu sama-sama mewujudkan suasana yang

positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.

Kesedaran dan komitmen semua pihak akan membanteras gejala ponteng sekolah

secara berkesan. Malah tanamkan suasana ‘”Sekolah syurgaku” untuk mewudkan rasa

kepunyaan dan keselamatan di sekolah.

Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari semua pihak di sekolah. Adalah

wajar sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain

Page 3: Peranan Guru Dan Ibu Bapa-ponteng

yang wujud di sekolah. Relevennya kerana pencapaian seseorang pelajar dalam

sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung

kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan

sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin. Pembentukan disiplin di sekolah

dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin

harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik bagi membendung

masalah yang akan timbul, seperti kata pepatah “membendung dan mencegah adalah

lebih baik daripada mengubatinya” .

Langkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu memastikan anak-

anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya sekali-sekala ibu bapa menghubungi

pihak sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah

ataupun sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi

kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu bapa tetapi

sebaliknya di sekolah. Masing-masing ketakutan apabila mereka ditangkap atas

sesesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka merayu agar jangan diberitahu kepada

ibu bapa mereka. Ibu bapa pula sering tidak percaya dan menafikan anak mereka akan

melanggar peraturan sekolah. Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan

membawa dua perwatakan berbeza ; baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu,

ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa

depan anak mereka sendiri.

Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang

amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga, maka

akan membawa pincangnya negara. Keluarga memberi keadaan persekitaran yang

mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika yang seterusnya akan berkembang

baik dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri dan

wawasan bagi seseorang insan dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan

bangsa dan negara yang cemerlang.

Page 4: Peranan Guru Dan Ibu Bapa-ponteng

Melalui institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak kehidupan

anak-anak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru yang pertama

dalam hidup seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Ibu bapa

berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ibu bapa

seharusnya mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kasih

sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak tetapi

perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti

serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi oleh ibu

bapa.

Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia mengakui

akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan ekonomi

dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan mereka

sangat rapuh dan terdedah dengan segala penyakit sosial. Kita mahu dalam

keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi

kekeluargaan tidak harus dikesampingkan.

Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang ketiga ialah dilihat melalui

aspek sikap pelajar di mana pelajar sendiri perlu sedar betapa pentingnya pelajaran

terhadap masa depan mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang tidak akan

dapat pekerjaan yang baik dan masa depan yang kurang terjamin. Tambahan pula,

kelulusan akademik yang cemerlang menjadi penanda ukur utama mendapat pekerjaan

yang baik. Malah, persaingan sengit untuk mendapat pekerjaan kerana semaik banyak

pelajar yang pandai pada zaman ini. Oleh itu, sekiranya mereka ketingalan, jelaslah

akan merugikan mereka sendiri. Dengan keadaan semasa sekarang di mana setiap

orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan ianya dicapai dengan pengetahuan,

usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu, bagaimana seseorang pelajar yang sering

Page 5: Peranan Guru Dan Ibu Bapa-ponteng

ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal mereka sendiri sudah

ketinggalan ilmu pengetahuan.

Malah, pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi supaya

mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka perlu

pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif. Pelajar

juga perlu menolak ajakan rakan-rakan untuk melakukan perkara negatif kerana ianya

hanya akan membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar

bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik mungkin.

Sewajarnya, ketika masa usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat

tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang

asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang

baik, ikuti ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya

bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah dan

memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap. Usia remaja tidak akan kembali lagi.

Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja ini sebaik mungkin demi masa

depan yang terjamin.

Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah peranan pihak yang

tertinggi dlam sistem Pendidikan Negara iaitu Kementerian Pendidikan dalam

menangani masalah ponteng sekolah ini. Sepertimana dalam keratan akhbar yang

dilampirkan, kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap pelajar

yang ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam

membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini

mungkin akan terlibat dengan kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut.

Dengan adanya bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.

Page 6: Peranan Guru Dan Ibu Bapa-ponteng

Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan lebih

banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan

proses p&p. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan penyampaian ilmu

pengetahuan. Kementerian juga dapat membantu guru dengan mengurangkan

bebanan kerja sampingan supaya guru dapat fokus kepada proses p&p dan

perkembangan pelajar. Pada masa kini, tugas guru bukan setakat mengajar malah turut

dibebani lima tugas lain iaitu pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan;

kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan

kelima; urusan hal ehwal murid. Dengan kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat

membimbing pelajar dengan lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar hanyut

dengan permasalahan mereka.

Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan

sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah

lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan

sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah

berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.

Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum

nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna

pada masa hadapan juga, maka langkah drastik daripada semua pihak patut

dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi,

sama-samalah kita berganding bahu untuk menangani masalah ponteng sekolah.

Meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah

ponteng sekolah ini, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau

seminar. Sememangnya terdapat pelbagai program yang dirangka untuk remaja dan

pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan

lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding

Page 7: Peranan Guru Dan Ibu Bapa-ponteng

bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para

pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat

melalui interaksi mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan

pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan

negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan

penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian,

masalah disiplin di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada

sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.

Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di

atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset utama yang

merupakan sumber modal insan yang selaras denagn falsafah pendidikan negara yang

akan yang akan mempastikan kelansungan kemajuan dan keharmonian negara.