peranan guru bagi meningkatkan kesedaran murid supaya dapat memupuk muhibah dan tolerensi di...

9
EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran 12 Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah dan Tolerensi di Kalangan Murid. 3.0 Pengenalan Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem pendidikan. Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia ini memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid tanpa mengira latar belakang dan kaum.. Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional dalam pekerjaannya. “Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of teaching skills. They have excellent instructional strategies supported by methods of goal setting, instructional planning and classroom management. They know how to motivate, communicate and work effectively with students who have different levels of skills and come from culturally diverse backgrounds. Effective teachers also understand how to use appropriate levels of technology in the classroom.(Santrock, 2006) Guru perlu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran murid supaya dapat memupuk muhibah dan tolerensi dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan lebih berkesan. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan serta keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajarnya.

Upload: byn6115

Post on 13-Aug-2015

137 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

EDU3106 Budaya & Pembelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah Dan Tolerensi Di Kalangan Murid

EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran

12

Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk

Muhibah dan Tolerensi di Kalangan Murid.

3.0 Pengenalan

Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem

pendidikan. Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia ini memberikan cabaran kepada

guru untuk memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakannya

dapat diterima oleh semua murid tanpa mengira latar belakang dan kaum.. Ini dapat

dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap

professional dalam pekerjaannya.

“Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of

teaching skills. They have excellent instructional strategies supported by methods of

goal setting, instructional planning and classroom management. They know how to

motivate, communicate and work effectively with students who have different levels

of skills and come from culturally diverse backgrounds. Effective teachers also

understand how to use appropriate levels of technology in the classroom.“

(Santrock, 2006)

Guru perlu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran murid supaya

dapat memupuk muhibah dan tolerensi dalam memastikan ruang pembelajaran

murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum

masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka. Contohnya, guru akan

memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan

yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang

kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya

mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan

masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini

dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan lebih

berkesan. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah

didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang

keselamatan serta keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan

psikososial murid-murid yang diajarnya.

Page 2: Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah Dan Tolerensi Di Kalangan Murid

EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran

13

3.1 Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred

Steele (1973) sedemikian “the effects of physical setting in a classroom is a setting

for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”.

Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang

menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana

pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang

lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Terdapat 2 kriteria yang perlu diberi perhatian untuk mewujudkan persekitaran bilik

darjah yang mesra budaya:

a.) Aspek Fizikal

Dari aspek fizikal, untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya ini, guru

hendaklah menyusun atur semula tempat duduk murid-murid dalam bilik darjah

supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid yang terdiri daripada

pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya kepada satu kumpulan etnik

dikelompokkan dalam satu kumpulan. Rasionalnya, apabila ada perbincangan

kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan, ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai

kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu

kumpulan dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana bilik darjah yang mesra

budaya.

Selain daripada itu, aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural-mural

boleh juga dilaksanakan oleh guru dengan bantuan murid-muridnya. Tema lukisan

mural itu hendaklah berkisar tentang perayaan-perayaan serta kebudayaan pelbagai

kaum etnik yang terdapat di negara ini. Perbincangan serta persediaan untuk

membuat lukisan mural ini secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai-nilai

serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama di antara satu sama lain. Secara

tidak langsung guru juga telah berjaya memwujudkan persekitaran yang mesra

budaya.

Page 3: Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah Dan Tolerensi Di Kalangan Murid

EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran

14

Guru juga boleh mewujudkan satu ruang khas iaitu ‘ruang bekerja’. Murid-

murid pelbagai latar belakang dan budaya ini dapat berbincang untuk mendapatkan

jawapan atau fakta untuk menyiapkan tugasan mereka di ruang bekerja ini. Secara

tidak langsung ini akan memupuk nilai kerjasama dan tolong-menolong antara

murid. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh

Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian “ the physical environment of the

classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to

shape classroom culture”

b.) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan

Selain daripada sudut-sudut pembelajaran dan bacaan yang biasa, guru juga

boleh mewujudkan satu sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut

patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama,

adat resam, pantang larang dan budaya dari pelbagai kaum etnik yang terdapat di

negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni

seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen

penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga boleh menyediakan

pelabagai aktiviti-aktivti yang membabitkan penggunaan multimedia atau interaktif di

setiap sudut pembelajaran tersebut untuk lebih menarik minat murid. Tindakan

mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong ini oleh Morrow dan Weinstein

(1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in

your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”.

Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan

sudut bacaan di mana bahan-bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau

risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi

informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik di negara ini. Guru juga

perlu mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik. Sudut-sudut sebegini akan

meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan diantara kaum-kaum.

Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik

darjah.

Page 4: Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah Dan Tolerensi Di Kalangan Murid

EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran

15

3.2 Guru Sebagai ‘Physical Enviroment Designer’.

Untuk mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya, guru hendaklah

berperanan sebagai ‘Physical Enviromet Designer’. Guru perlu mengambil perhatian

terhadap kepelbagaian dan perbezaan individu dalam bilik darjah. Seorang guru

yang berperanan sebagai ‘Physical Enviromet Designer’ perlu mengambil perhatian

tentang perkara-perkara seperti berikut:

- Mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu

- Faham dengan mendalam perasaan setiap murid

- Mengkikis pra sangka

- Mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap muridnya

dengan mendalam.

3.3 Pengurusan Sosio-emosi

Peranan guru dalam pengurusan sosio-emosi adalah sangat penting.

Penekanan hendaklah diberikan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk

berinteraksi dengan rakan di dalam kelas, terutamanya bagi sebuah kelas yang

mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang. Guru mesti

menguruskan soal sosio-emosi murid-muridnya ini secara berkesan. Kegagalan guru

berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid-muridnya. Antara

perkara yang akan berlaku akibat kegagalan guru dalam pengurusan sosio-emosi ini

terdiri daripada yang berikut:

i. Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.

ii. Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap

prestasi kesuluruhan

iii. Memberi tekanan mental kepada murid dan guru

iv. Murid rasa tergangggu dan tidak selesa

v. Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

Belajar melalui bermain adalah diantara strategi yang boleh digunakan oleh

seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid-

muridnya secara semulajadi. Belajar melalui bermain ini amat berkesan dalam

membantu mengeratkan hubungan diantara murid pelbagai latar belakang.

Page 5: Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah Dan Tolerensi Di Kalangan Murid

EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran

16

3.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Releven Budaya

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti

merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk

penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira

latar belakang pelajar dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi

dan fizikal pelajar. Seorang guru yang menguruskan pengajaran dan pembelajaran

boleh juga digelar ‘pengurus’. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan

pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk :

i. Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling.

ii. Sistematik dalam merancang dan menilai.

iii. Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang.

iv. Bijak mengurus masa.

v. Berpandangan jauh.

vi. Bersedia untuk berubah dan fleksibel.

vii. Berkomuknikasi dengan berkesan.

Apabila seorang guru berhadapan dengan murid-murid yang terdiri daripada

pelbagai budaya, guru perlu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan

sesi pengajaran dan pembelajarannya. Dalam konteks pengurusan pengajaran dan

pembelajaran ini, peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran itu

adalah berkaitan persediaan guru seperti yang berikut:

i.) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang

pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi

aspek-aspek :

- Hasil pembelajaran yang tepat

- Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid

- Sumber pengajaran yang mencukupi

- Bahan bantu mengajar yang berkesan

- Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas

Page 6: Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah Dan Tolerensi Di Kalangan Murid

EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran

17

Seorang guru yang kreatif dan inovatif akan menyesuaikan isi pelajaran dengan bahan

bantu mengajar (BBM) supaya murid-muridnya mudah memahami serta menguasai konsep

abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh Mayer & Gallini, (1990); “Guru perlu menerangkan

dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan

pengajaran“. Manakala Slavin (1994) menyarankan “guru perlu menyediakan pengajaran

yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah

pengajaran dan bahan bantu mengajar.”

Bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer,

video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah, audio visual, model, prototaip atau

bahan-bahan sejarah adalah merupakan contoh-contoh bahan bantu mengajara yang boleh

digunakan oleh guru. Ciri-ciri bahan pengajaran yang efektif pula adalah yang berbentuk

maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut untuk

menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan lebih berkesan.

Semasa merancang pengajaran, guru perlu mendapatkan seberapa banyak yang

boleh input daripada pelbagai sumber setiap kali sebelum sesi pengajaran

dimulakan. Guru yang telah bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber ini

bukan sahaja akan berjaya memberi penerangan yang jelas tetapi juga mampu

membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar

minda pelajar untuk berfikir pada aras tinggi .

Oleh itu, pelbagai sumber pembelajaran seperti buku teks, buku rujukan, internet,

maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal, prospektus,

brosur, laporan penyelidikan, statistik rasmi, hasil temu bual dan soal selidik boleh

digunakan. Sumber yang tepat, sesuai dan mencukupi akan mampu mencabar

minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran

dengan lebih berkesan.

ii.) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Pemilihan strategi pengajaran yang tepat dan releven pelbagai budaya mampu

membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih

berkesan terutama sekali aktiviti yang melibatkan interaksi aktif diantara murid yang

terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.

Page 7: Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah Dan Tolerensi Di Kalangan Murid

EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran

18

Aspek-aspek berikut perlu diikuti semasa guru melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajarannya iaitu:

- melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang

- mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai

- menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

- menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan

fizikal untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza

- mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid

- mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan

iii.) Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Sebagai seorang guru, kita seharusnya sedar tentang kepentingan sesuatu

pengujian atau penilaian untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana

pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan seseorang

pelajar dalam pembelajaran mereka. Maklumat yang diperolehi melalui pengujian

sangat berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran

dan pembelajarannya.

Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”,

beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan serta

memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Gay

(1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan

menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu

telah tercapai.

Menurut Cronbach (1979), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati

perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala

bernombor atau system yang berkategori.

Penilaian prestasi merupakan satu proses yang meliputi aktiviti mengumpul

maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran

bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang

disampaikan oleh guru. Hasil dari penilaian ini, guru akan dapat merancang aktivti

Page 8: Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah Dan Tolerensi Di Kalangan Murid

EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran

19

selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan membuat penambahbaikan

dengan mengambil tindakan susulan jika perlu.

Setelah selesai melaksanakan penilaian dan pengukuran, penambahbaikan perlu

dilakukan oleh guru. Seorang guru yang proaktif dan berkesan akan mengambil kira

penambahbaikan sama ada yang berbentuk pemulihan, pengayaan atau penilaian

semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

Murid-murid pelbagai budaya akan mendapati diri mereka berpeluang untuk

melibatkan diri dalam aktiviti atau tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar

melalui penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan

pensel. Ini amat relevan dan bermakna kepada murid kerana menghubungkaitkan

situasi sebenar dalam mata pelajaran. Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira

oleh guru dalam penilaian berasaskan budaya termasuk:

(a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid

belajar. Ia harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman

pembelajaran murid

(b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam

pembelajaran. Ia harus berasaskan objektif–objektif dan membolehkan murid

mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara.

Dalam konteks ini, pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan

kandungan seharusnya melambangkan budaya murid, latar belakang

murid, bahasa utama, keluarga dan komuniti. Pengetahuan kandungan dan

kemahiran perlu diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran

sepanjang masa. Dalam hal ini, tugasan atau aktiviti terdiri daripada jenis

koperatif, aktif dan berasaskan inkuiri.

(c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus

merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan

ini harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau

kumpulan murid. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk

penilaian. Bahasa inklusif juga perlu digunakan untuk mengelakkan bias

dari segi gender, perkauman, budaya atau bahasa.

Page 9: Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk Muhibah Dan Tolerensi Di Kalangan Murid

EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran

20

3.5 Kesimpulan

Kepelbagaian budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus

diutarakan dalam proses dan kandungan pengajaran oleh guru. Kepelbagaian

budaya ini membentuk dan dibentuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran sepanjang hidup manusia, keluarga,

bilik darjah dan komuniti. Maka guru perlu memainkan berperanan untuk menangani

isu-isu kepelbagaian budaya setiap kali mereka mengajar atau membina item

penilaian. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa kepelbagaian budaya bukan

sahaja melibatkan amalan-amalan harian (pola tingkah laku, tradisi, tabiat atau adat

resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan membina makna terhadapnya

setiap hari. Perkara ini amat penting untuk guru sebagai landasan untuk proses

pengajaran dan pembelajaran serta penilaian untuk meningkatkan kesedaran,

memupuk muhibah dan tolerensi di kalangan murid. Dalam memastikan

perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya

masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri

dan sebagainya bagi memastikan kejayaan tersebut.