EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran
12
Peranan Guru Bagi Meningkatkan Kesedaran Murid Supaya Dapat Memupuk
Muhibah dan Tolerensi di Kalangan Murid.
3.0 Pengenalan
Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem
pendidikan. Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia ini memberikan cabaran kepada
guru untuk memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakannya
dapat diterima oleh semua murid tanpa mengira latar belakang dan kaum.. Ini dapat
dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap
professional dalam pekerjaannya.
“Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of
teaching skills. They have excellent instructional strategies supported by methods of
goal setting, instructional planning and classroom management. They know how to
motivate, communicate and work effectively with students who have different levels
of skills and come from culturally diverse backgrounds. Effective teachers also
understand how to use appropriate levels of technology in the classroom.“
(Santrock, 2006)
Guru perlu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran murid supaya
dapat memupuk muhibah dan tolerensi dalam memastikan ruang pembelajaran
murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum
masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka. Contohnya, guru akan
memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan
yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang
kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya
mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan
masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini
dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan lebih
berkesan. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah
didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang
keselamatan serta keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan
psikososial murid-murid yang diajarnya.
EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran
13
3.1 Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred
Steele (1973) sedemikian “the effects of physical setting in a classroom is a setting
for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”.
Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang
menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana
pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang
lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Terdapat 2 kriteria yang perlu diberi perhatian untuk mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya:
a.) Aspek Fizikal
Dari aspek fizikal, untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya ini, guru
hendaklah menyusun atur semula tempat duduk murid-murid dalam bilik darjah
supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya kepada satu kumpulan etnik
dikelompokkan dalam satu kumpulan. Rasionalnya, apabila ada perbincangan
kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan, ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai
kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu
kumpulan dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana bilik darjah yang mesra
budaya.
Selain daripada itu, aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural-mural
boleh juga dilaksanakan oleh guru dengan bantuan murid-muridnya. Tema lukisan
mural itu hendaklah berkisar tentang perayaan-perayaan serta kebudayaan pelbagai
kaum etnik yang terdapat di negara ini. Perbincangan serta persediaan untuk
membuat lukisan mural ini secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai-nilai
serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama di antara satu sama lain. Secara
tidak langsung guru juga telah berjaya memwujudkan persekitaran yang mesra
budaya.
EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran
14
Guru juga boleh mewujudkan satu ruang khas iaitu ‘ruang bekerja’. Murid-
murid pelbagai latar belakang dan budaya ini dapat berbincang untuk mendapatkan
jawapan atau fakta untuk menyiapkan tugasan mereka di ruang bekerja ini. Secara
tidak langsung ini akan memupuk nilai kerjasama dan tolong-menolong antara
murid. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh
Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian “ the physical environment of the
classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to
shape classroom culture”
b.) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan
Selain daripada sudut-sudut pembelajaran dan bacaan yang biasa, guru juga
boleh mewujudkan satu sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut
patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama,
adat resam, pantang larang dan budaya dari pelbagai kaum etnik yang terdapat di
negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni
seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen
penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga boleh menyediakan
pelabagai aktiviti-aktivti yang membabitkan penggunaan multimedia atau interaktif di
setiap sudut pembelajaran tersebut untuk lebih menarik minat murid. Tindakan
mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong ini oleh Morrow dan Weinstein
(1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in
your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”.
Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan
sudut bacaan di mana bahan-bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau
risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi
informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik di negara ini. Guru juga
perlu mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik. Sudut-sudut sebegini akan
meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan diantara kaum-kaum.
Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik
darjah.
EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran
15
3.2 Guru Sebagai ‘Physical Enviroment Designer’.
Untuk mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya, guru hendaklah
berperanan sebagai ‘Physical Enviromet Designer’. Guru perlu mengambil perhatian
terhadap kepelbagaian dan perbezaan individu dalam bilik darjah. Seorang guru
yang berperanan sebagai ‘Physical Enviromet Designer’ perlu mengambil perhatian
tentang perkara-perkara seperti berikut:
- Mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu
- Faham dengan mendalam perasaan setiap murid
- Mengkikis pra sangka
- Mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap muridnya
dengan mendalam.
3.3 Pengurusan Sosio-emosi
Peranan guru dalam pengurusan sosio-emosi adalah sangat penting.
Penekanan hendaklah diberikan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk
berinteraksi dengan rakan di dalam kelas, terutamanya bagi sebuah kelas yang
mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang. Guru mesti
menguruskan soal sosio-emosi murid-muridnya ini secara berkesan. Kegagalan guru
berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid-muridnya. Antara
perkara yang akan berlaku akibat kegagalan guru dalam pengurusan sosio-emosi ini
terdiri daripada yang berikut:
i. Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.
ii. Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap
prestasi kesuluruhan
iii. Memberi tekanan mental kepada murid dan guru
iv. Murid rasa tergangggu dan tidak selesa
v. Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran
Belajar melalui bermain adalah diantara strategi yang boleh digunakan oleh
seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid-
muridnya secara semulajadi. Belajar melalui bermain ini amat berkesan dalam
membantu mengeratkan hubungan diantara murid pelbagai latar belakang.
EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran
16
3.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Releven Budaya
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti
merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk
penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira
latar belakang pelajar dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi
dan fizikal pelajar. Seorang guru yang menguruskan pengajaran dan pembelajaran
boleh juga digelar ‘pengurus’. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan
pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk :
i. Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling.
ii. Sistematik dalam merancang dan menilai.
iii. Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang.
iv. Bijak mengurus masa.
v. Berpandangan jauh.
vi. Bersedia untuk berubah dan fleksibel.
vii. Berkomuknikasi dengan berkesan.
Apabila seorang guru berhadapan dengan murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai budaya, guru perlu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajarannya. Dalam konteks pengurusan pengajaran dan
pembelajaran ini, peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran itu
adalah berkaitan persediaan guru seperti yang berikut:
i.) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang
pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi
aspek-aspek :
- Hasil pembelajaran yang tepat
- Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid
- Sumber pengajaran yang mencukupi
- Bahan bantu mengajar yang berkesan
- Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas
EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran
17
Seorang guru yang kreatif dan inovatif akan menyesuaikan isi pelajaran dengan bahan
bantu mengajar (BBM) supaya murid-muridnya mudah memahami serta menguasai konsep
abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh Mayer & Gallini, (1990); “Guru perlu menerangkan
dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran“. Manakala Slavin (1994) menyarankan “guru perlu menyediakan pengajaran
yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan bahan bantu mengajar.”
Bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer,
video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah, audio visual, model, prototaip atau
bahan-bahan sejarah adalah merupakan contoh-contoh bahan bantu mengajara yang boleh
digunakan oleh guru. Ciri-ciri bahan pengajaran yang efektif pula adalah yang berbentuk
maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut untuk
menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan lebih berkesan.
Semasa merancang pengajaran, guru perlu mendapatkan seberapa banyak yang
boleh input daripada pelbagai sumber setiap kali sebelum sesi pengajaran
dimulakan. Guru yang telah bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber ini
bukan sahaja akan berjaya memberi penerangan yang jelas tetapi juga mampu
membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar
minda pelajar untuk berfikir pada aras tinggi .
Oleh itu, pelbagai sumber pembelajaran seperti buku teks, buku rujukan, internet,
maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal, prospektus,
brosur, laporan penyelidikan, statistik rasmi, hasil temu bual dan soal selidik boleh
digunakan. Sumber yang tepat, sesuai dan mencukupi akan mampu mencabar
minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran
dengan lebih berkesan.
ii.) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pemilihan strategi pengajaran yang tepat dan releven pelbagai budaya mampu
membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih
berkesan terutama sekali aktiviti yang melibatkan interaksi aktif diantara murid yang
terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.
EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran
18
Aspek-aspek berikut perlu diikuti semasa guru melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajarannya iaitu:
- melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang
- mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai
- menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
- menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan
fizikal untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza
- mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid
- mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan
iii.) Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Sebagai seorang guru, kita seharusnya sedar tentang kepentingan sesuatu
pengujian atau penilaian untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana
pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan seseorang
pelajar dalam pembelajaran mereka. Maklumat yang diperolehi melalui pengujian
sangat berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajarannya.
Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”,
beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan serta
memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Gay
(1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu
telah tercapai.
Menurut Cronbach (1979), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala
bernombor atau system yang berkategori.
Penilaian prestasi merupakan satu proses yang meliputi aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran
bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang
disampaikan oleh guru. Hasil dari penilaian ini, guru akan dapat merancang aktivti
EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran
19
selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan membuat penambahbaikan
dengan mengambil tindakan susulan jika perlu.
Setelah selesai melaksanakan penilaian dan pengukuran, penambahbaikan perlu
dilakukan oleh guru. Seorang guru yang proaktif dan berkesan akan mengambil kira
penambahbaikan sama ada yang berbentuk pemulihan, pengayaan atau penilaian
semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
Murid-murid pelbagai budaya akan mendapati diri mereka berpeluang untuk
melibatkan diri dalam aktiviti atau tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar
melalui penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan
pensel. Ini amat relevan dan bermakna kepada murid kerana menghubungkaitkan
situasi sebenar dalam mata pelajaran. Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira
oleh guru dalam penilaian berasaskan budaya termasuk:
(a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid
belajar. Ia harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman
pembelajaran murid
(b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam
pembelajaran. Ia harus berasaskan objektif–objektif dan membolehkan murid
mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara.
Dalam konteks ini, pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan
kandungan seharusnya melambangkan budaya murid, latar belakang
murid, bahasa utama, keluarga dan komuniti. Pengetahuan kandungan dan
kemahiran perlu diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran
sepanjang masa. Dalam hal ini, tugasan atau aktiviti terdiri daripada jenis
koperatif, aktif dan berasaskan inkuiri.
(c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus
merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan
ini harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau
kumpulan murid. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk
penilaian. Bahasa inklusif juga perlu digunakan untuk mengelakkan bias
dari segi gender, perkauman, budaya atau bahasa.
EDU3106 Budaya Dalam Pembelajaran
20
3.5 Kesimpulan
Kepelbagaian budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus
diutarakan dalam proses dan kandungan pengajaran oleh guru. Kepelbagaian
budaya ini membentuk dan dibentuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran sepanjang hidup manusia, keluarga,
bilik darjah dan komuniti. Maka guru perlu memainkan berperanan untuk menangani
isu-isu kepelbagaian budaya setiap kali mereka mengajar atau membina item
penilaian. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa kepelbagaian budaya bukan
sahaja melibatkan amalan-amalan harian (pola tingkah laku, tradisi, tabiat atau adat
resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan membina makna terhadapnya
setiap hari. Perkara ini amat penting untuk guru sebagai landasan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian untuk meningkatkan kesedaran,
memupuk muhibah dan tolerensi di kalangan murid. Dalam memastikan
perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya
masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri
dan sebagainya bagi memastikan kejayaan tersebut.