peranan guru

4
7.1 Guru sebagai pendakwah Guru bukan sahaja berperanan sebagai pengajar, mereka juga adalah seorang pendakwah. Guru di samping mengajarkan ilmu pengetahuan mereka juga perlu memastikan bahawa anak didik mereka nanti menjadi insan yang berakhlak mulia. 7.2 Guru sebagai pendidik Mendidik merupakan tugas hakiki seorang guru. Guru perlu memastikan anak didik mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang dinyatakan dalam FPK. Walau bagaimanapun, menurut Dr Abdullah Sudin, tugas mendidik ini adalah tugas semua pihak, bukan sahaja kepada guru. 7.3 Guru sebagai pemimpin Guru adalah pemimpin. Mereka adalah pemimpin kepada anak murid mereka. Jika guru memegang jawatan sebagai Guru Besar atau Pengetua, maka mereka adalah pemimpin kepada kakitangan sekolah dan pelajar di sekolah tersebut. Sebagai seorang pemimpin, guru perlu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Nabi SAW

Upload: adzeilla-yaacob

Post on 11-Aug-2015

253 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan guru

7.1 Guru sebagai pendakwah

Guru bukan sahaja berperanan sebagai pengajar, mereka juga adalah seorang

pendakwah. Guru di samping mengajarkan ilmu pengetahuan mereka juga perlu

memastikan bahawa anak didik mereka nanti menjadi insan yang berakhlak mulia.

7.2 Guru sebagai pendidik

Mendidik merupakan tugas hakiki seorang guru. Guru perlu memastikan anak didik

mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual

seperti yang dinyatakan dalam FPK. Walau bagaimanapun, menurut Dr Abdullah Sudin,

tugas mendidik ini adalah tugas semua pihak, bukan sahaja kepada guru.

7.3 Guru sebagai pemimpin

Guru adalah pemimpin. Mereka adalah pemimpin kepada anak murid mereka. Jika guru

memegang jawatan sebagai Guru Besar atau Pengetua, maka mereka adalah

pemimpin kepada kakitangan sekolah dan pelajar di sekolah tersebut. Sebagai seorang

pemimpin, guru perlu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Nabi SAW

berpesan ‘setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan bertanggungjawab

di atas apa yang dipimpinnya’.

7.4 Guru sebagai pekerja

Guru juga adalah seorang pekerja yang terikat dengan peraturan dan amanah yang

telah ditetapkan oleh majikan mereka. Tidak patut bagi seorang pekerja melakukan

tindakan yang boleh mencemarkan nama baik diri dan majikannya. Anggaplah tugas ini

merupakan amanah yang perlu dijaga dengan baik.

Page 2: Peranan guru

7.5 Guru sebagai pengusaha

Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Untuk menjadi pengusaha

yang terbaik, mereka perlu memiliki kemahiran, berinovatif dan kreatif bagi memastikan

produk yang terhasil nanti memiliki nilai yang berkualiti tinggi. Produk bagi seorang guru

ialah anak didik mereka.

7.6 Guru sebagai professional

Guru perlu memiliki sikap professional. Sikap ini boleh ditonjolkan melalui cara mereka

bekerja. Seorang yang professional selalu menjaga disiplin, menepati waktu,

berketerampilan menarik dan lain-lain lagi. Dengan melakukan kerja secara

professional, ia mampu memartabatkan kembali kerjaya ini agar terus dipercayai dan

dipandang mulia oleh masyarakat.

7.7 Guru sebagai pengikut

Menurut Dr Abdullah Sudin, setiap guru perlu menjadi pengikut yang baik. Untuk

menjadi pemimpin, seseorang itu perlu menjadi pengikut terlebih dahulu. Kerana

dengan menjadi pengikut, seseorang itu akan lebih mengetahui perasaan dan bebanan

tugas orang yang di bawahnya. Seorang pengikut perlu patuh kepada arahan daripada

ketua mereka. Jika anda seorang guru, ketua anda adalah guru besar dan pengetua.

Manakala ketua bagi mereka pula adalah pengarah jabatan negeri.

7.8 Guru sebagai pejuang

Guru sebagai pejuang bermaksud, guru hendaklah melakukan tugasnya dengan

bersungguh-sungguh. Seorang pejuang tidak seharusnya melakukan tugasnya dengan

Page 3: Peranan guru

cuai dan sambil lewa. Umpama di medan perang, para pejuang berudaha

meminimumkan kecuaian dan kelemahan bagi memastikan mereka memperoleh

kemenangan. Medan perjuangan bagi guru ialah di sekolah. Matlamat perjuangan

mereka pula ialah ingin mendidik anak bangsa. Musuh mereka pula ialah segala anasir

yang mempu menggugat kepada kejayaan mereka.

7.9 Guru sebagai penyokong

Menuruut Dr Abdullah Sudin, guru hendaklah menyokong kepada perkara yang boleh

mendatangkan faedah dan memanfaatkan anak didik mereka. Beliau juga turut

menegaskan bahawa sokongan tersebut juga mestilah berdasarkan kepada kebenaran

dan berprinsip bukannya sokongan secara membuta-tuli.

7.10 Guru sebagai seorang yang produktif

Guru perlu menggunakan segala sumber tenaga dan masa dengan bekesan sama ada

di sekolah dan selepas waktu persekolahan. Tugas guru bukan hanya tertakluk kepada

waktu sesi persekolahan. Mereka sebenarnya menjadu guru sepanjang masa. Seorang

guru akan tetap dipanggil guru walau di mana mereka berada hatta walaupun mereka

sudah bersara.