peranan dan tugas guru

8
Peranan Dan Tugas Guru Guru Sebagai Pengamal Ilmu Guru bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid – murid. Guru perlu memupuk sendiri segala aspek nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid – murid mencontohi. Seterusnya membentuk budaya ilmu sebagai amalan utama dalam kehidupan mereka. Ilmu yang diperolehi oleh guru mesti diamalkan untuk manfaat diri, masyarakat dan Negara. Jadi, guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid serta memberi petunjuk ke arah jalan yang benar. Guru perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru. Mempraktikkan dan memperkembangkan ilmu untuk tujuan-tujuan kebajikan, perkhidmatan dan sumbangan. Guru Sebagai Pengamal Kemahiran Profesional Guru yang memperolehi kemahiran professional adalah guru yang bertauliah & cekap menjalankan tugas – tugas spt pengajaran, bimbingan & aktiviti kokurikulum berlandaskan amalan teori – teori pendidikan. Seorang professional adalah orang yang mempunyai Sijil Perguruan atau Sijil Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. ciri – ciri profesionalisme keguruan ilmu pengetahuan yang lengkap & mendalam, menguasai

Upload: nurul-amirah

Post on 01-Sep-2015

988 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Peranan Dan Tugas Guru Guru Sebagai Pengamal IlmuGuru bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid murid. Guru perlu memupuk sendiri segala aspek nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid murid mencontohi. Seterusnya membentuk budaya ilmu sebagai amalan utama dalam kehidupan mereka. Ilmu yang diperolehi oleh guru mesti diamalkan untuk manfaat diri, masyarakat dan Negara. Jadi, guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid serta memberi petunjuk ke arah jalan yang benar. Guru perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru. Mempraktikkan dan memperkembangkan ilmu untuk tujuan-tujuan kebajikan, perkhidmatan dan sumbangan.

Guru Sebagai Pengamal Kemahiran ProfesionalGuru yang memperolehi kemahiran professional adalah guru yang bertauliah & cekap menjalankan tugas tugas spt pengajaran, bimbingan & aktiviti kokurikulum berlandaskan amalan teori teori pendidikan. Seorang professional adalah orang yang mempunyai Sijil Perguruan atau Sijil Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. ciri ciri profesionalisme keguruan ilmu pengetahuan yang lengkap & mendalam, menguasai kemahiran mengajar, kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, dan sikap yang positif terhadap pekerjaanGuru yang mempunyai kemahiran professional yang tinggi dapat menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan falsafah pendidikan negara.Cekap menjalankan tugas-tugas pengajaran, bimbingan dan aktiviti kokurikulum berlandaskan amalan-amalan teori pendidikan. Selain itu dapat mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapannya dalam pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesionalnya.Tidak mengabaikan tugas-tugas sosialnya terhadap masyarakat.

Guru Sebagai Pendidik & Pakar RujukGuru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Guru dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar & diberi tugas menyampaikan ilmu kepada murid muridnya. Oleh itu, guru mesti menyedari tugas dan amanah adalah untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Usaha utama pendidik adalah menyediakan seseorang individu memainkan peranan yang positif & berkesan dalam masyarakat. Pendidikan menjadi agen dalam usaha ini. Guru sebagai pakar rujuk kepada murid muridnya hendaklah melengkapkan diri bukan sahaja dalam bidang kurikulum sekolah tetapi juga dalam bidang kerohanian dan emosi manusia serta pengetahuan am.

Guru Sebagai Agen SosialisasiGuru juga berperanan membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut arus perkembangan masa kini. Antara peranan guru ialah Sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan, pembentuk sahsiah sesuai dengan norma & nilai masyarakat, pembentuk masyarakat penyayang, role model kepada murid & masyarakat dan penghubung di antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dengan masyarakatGuru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja, tetapi perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat. Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli masyarakat. Guru perlu memastikan bahawa perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid adalah sejajar dengan nilai dan norma serta kehendak masyarakat.

Guru Sebagai Agen PerubahanGuru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan di mana harus mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara berikut, mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi pemusatan murid, mengamalkan sifar penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah serta guru perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.

8. Guru Sebagai Penyebar Ilmu mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan berkemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah memiliki sifat:a) amanah, b) dedikasi, c) komited pada tugas, d) ikhlas, e) sanggup berkorban masa dan tenagaf) sikap suka membantug) menyampaikan ilmu kepada murid-murid

9. Peranan Guru Penyayang dapat mewujudkan murid yang mengamalkan budaya penyayang melahirkan murid yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui perdedahan hidup masyarakat sejagat bertimbang rasa dan penyayang dapat melahirkan murid yang bersahsiah matang.

10. Guru Sebagai MentorGuru merupakan pembimbing atau penasihat yang arif dan berpengalaman seseorang dalam bidang pendidikan. Selain mengajar, guru juga sebagai pembimbing untuk membantu murid murid mengatasi masalah yang mereka hadapi. Peranan guru sebagai mentor: Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid murid Bersikap adil tanpa mengira jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama Membimbing dan mengajar tanpa meminta hadiah atau bayaran Memberi contoh teladan yang baik11. Guru Sebagai Pengurus Tugas guru sebagai pengurus: Mengurus rutin bilik darjah Mengurus murid murid supaya bertugas mengikut jadual tugas Mengurus murid murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif Mengurus bahan bahan bacaan supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan Mengurus aktiviti aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan secara teratur mengikut rancangan

12. Guru Sebagai PenyelidikGuru hendaklah menyelidiki faktor faktor yang menyebabkan masalah murid murid dan menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, mengguanakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyelidikan tindakan: Mengenal pasti masalah Merancang aktiviti yang akan dijalankan Melaksanakan rancangan Membuat renungang ( analisis & kesimpulan )

13. Guru Sebagai PatriotPembentukan sikap kenegaraan bermaksud menyemaikan perasaan cinta terhadap negara. Sikap kenegaraan mempunyai ciri ciri berikut:1. taat setia kepada raja dan negara.2. rela memberi sumbangan untuk kemajuan dan kemakmuran negara.3. rela berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.4. meluhurkan Perlembagaan dan mendaulatkan undang undang negara.5. berdisiplin dan bersopan santun.6. mempunyai semangat kekitaan.7. sentiasa sanggup bekerjasama dengan orang lain.

Di peringkat sekolah, perteguhan pembentukan sikpa kenegaraan boleh dilaksanakan melalui tiga cara, iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan aktiviti budaya sekolah.

14. Guru Sebagai Pengamal Reflektif sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam supaya murid-murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif Pengertian: satu aktiviti pengajaran yang dirancang oleh guru untuk menggalakkan murid-muridnya untuk membuat pemikiran inkuiri dan kritis serta kreatif Proses pengajaran : Guru melibatkan murid dalam proses penyelesaian masalah yang spesifik Murid mengaitkan idea yang hendak dikaji dengan pengalaman yang sedia ada Murid mengemukakan soalan kendiri dalam menyelesaikan masalah Murid mengusuli hipotesis dan andaian berkaitan dengan situasi penyelesaian masalah Murid mengemukakan kemungkinan penyelesaian yang wajar Murid menilai kemungkinan penyelesaian masalah secara kritis dan kreatif Tindakan susulan Guru menyuruh murid menyediakan portfolio refleksi untuk menyimpan maklumat mengenai soalan penyelesaian masalah Murid membuat penulisan reflektif dan mencadangkan tindakan susulan yang sesuai Murid mendapat bimbingan daripada guru Maka, wujud kolaborasi antara guru dan murid dan pakar dalam bidang tertentu