peralatan dalam bilik snoezelen

7
Peralatan dalam bilik Snoezelen : Pemain muzik, lampu, kamera video, untaian gentian optik bersalut vinil 12 wangian aromaterapi yang menenangkan pelatih apabila berada di dalam bilik Snoezelen Peppermint, lavender, geranium, rosemary, tea tree, ylang ylang, sweet oren, grapefruit, bergamot, eucalyptus, may chang, ho wood, Bilik Snoezelen Bilik Snoezelen adalah sebuah bilik yang unik dan dipenuhi stimulasi yang dicipta khusus untuk menenangkan, merehatkan, merangsang, mendatangkan minat dan penguasaan kepada semua kanak - kanak mahupun dewasa yang mempunyai keperluan khas. Snoezelen adalah gabungan 2 perkataan Ducth: Snuffelen(Mencari kesenian dan menjelajah) dan Doezelan (Menenangkan) Bilik Snoezelen dapat memberikan pelbagai faedah antaranya :- 1. Kepada Pelajar a) Lebih tenang dan merehatkan b) Lebih fokus dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang diberi c) Meningkatkan tumpuan d) Mengurangkan masalah tingkahlaku e) Meningkatkan kemahiran komunikasi, pergerakan, kognitif dan sensori f) Menjalinkan hubungan yang lebih akrab g) Mampu membuat pilihan sendiri 2. Kepada Guru a) Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pelajar - pelajar b) Dapat mengenal pasti dengan lebih jelas reaksi dan tindak balas pelajar c) Memudahkan perancangan pelan pembelajaran pelajar d) Dapat menguruskan pelajar dengan lebih sistematik dan teratur PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM BILIK SNOEZELEN 1. BILIK a) Bilik hendaklah sentiasa kemas dan bersih sebelum dan sesudah digunakan b) Semua peralatan mestilah diperiksa sebelum dan sesudah digunakan c) Digunakan bagi tujuan latihan atau aktiviti sahaja d) Setiap sesi terapi tidak boleh melebihi 30 minit bagi setiap pelajar e) Dilarang membuat bising, makan, minum dan tidur dalam bilik ini.

Upload: yu-yong-

Post on 18-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Peralatan dalam bilik Snoezelen : Pemain muzik, lampu, kamera video, untaian gentian optik bersalut vinil12 wangian aromaterapi yang menenangkan pelatih apabila berada di dalam bilik Snoezelen Peppermint, lavender, geranium, rosemary, tea tree, ylang ylang, sweet oren, grapefruit, bergamot, eucalyptus, may chang, ho wood, Bilik SnoezelenBilik Snoezelen adalah sebuah bilik yang unik dan dipenuhi stimulasi yang dicipta khusus untuk menenangkan, merehatkan, merangsang, mendatangkan minat dan penguasaan kepada semua kanak - kanak mahupun dewasa yang mempunyai keperluan khas. Snoezelen adalah gabungan 2 perkataan Ducth: Snuffelen(Mencari kesenian dan menjelajah) dan Doezelan (Menenangkan)Bilik Snoezelen dapat memberikan pelbagai faedah antaranya :-1. Kepada Pelajara) Lebih tenang dan merehatkanb) Lebih fokus dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang diberic) Meningkatkan tumpuand) Mengurangkan masalah tingkahlakue) Meningkatkan kemahiran komunikasi, pergerakan, kognitif dan sensorif) Menjalinkan hubungan yang lebih akrabg) Mampu membuat pilihan sendiri

2. Kepada Gurua) Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pelajar - pelajarb) Dapat mengenal pasti dengan lebih jelas reaksi dan tindak balas pelajarc) Memudahkan perancangan pelan pembelajaran pelajard) Dapat menguruskan pelajar dengan lebih sistematik dan teratur

PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM BILIK SNOEZELEN

1. BILIKa) Bilik hendaklah sentiasa kemas dan bersih sebelum dan sesudah digunakanb) Semua peralatan mestilah diperiksa sebelum dan sesudah digunakanc) Digunakan bagi tujuan latihan atau aktiviti sahajad) Setiap sesi terapi tidak boleh melebihi 30 minit bagi setiap pelajare) Dilarang membuat bising, makan, minum dan tidur dalam bilik ini.

2. GURUa) Hanya guru yang terlatih sahaja dibenarkan menjalankan latihanb) Memastikan pelajar membuang air kecil dan air besar terlebih dahuluc) Mengenalpasti peralatan yang digemari dan tidak digemari oleh pelajar sebelum latihan dimulakand) Setiap aktiviti yang dilakukan perlu direkodkan oleh guru selepas tamat latihane) Pelajar perlu ditemani oleh guru, ibu bapa atau penjaga

Menerusi peralatan pemulihan yang terdapat di bilik snoezelen, kanak-kanak istimewa yang menjalani latihan di PDK dapat menikmati program terapi yang lebih efisien dan selesa. Bilik snoezelen dilengkapi beberapa perkakas khusus untuk kanak-kanak istimewa daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Autisme dan Dyslexia.

Pelatih akan menjalani dua jenis terapi dalam satu masa iaitu terapi mental dan fizikal melalui rawatan Multi Sensory Therapy yang memberi penekanan kepada sistem motor halus dan motor keras dalam anggota badan golongan istimewa terbabit. Pelatih akan menggunakan peralatan secara berkala dan berjadual bagi membolehkan proses pemulihan dijalankan secara berperingkat. Antara peralatan tersebut ialah bola, lampu serta objek khas yang boleh digunakan bagi merangsang mental dan fizikal secara berkesan dan dijamin selamat.

Menerusi ransangan empat deria utama termasuk deria lihat, bau, sentuh dan dengar, penggunaan bilik snoezelen yang kerap boleh membantu perkemabangan minda dan fizikal pelatih - pelatih di PDK ini dengan memberi ketenangan, memperbaiki kadar tumpuan dan membantu mengurangkan hiperaktif, selain meningkatkan minat belajar mereka. Bilik snoezelen juga boleh dijadikan alat pengajaran tambahan guru dan pakar terapi untuk meningkatkan keupayaan deria kanak - kanak dan pelatih.

Untaian gentian optic bersalut vinil yang boleh berubah warna boleh melegakan otot tegang pelatih cerebral palsy, dinding dinding yang diterangi lampu berwarna - warni dengan paparan gambar bergerak, bau - bauan yang lembut serta aluan muzik yang menenangkan dapat dirasai dalam bilik snoezelen.

Istilah snoezelen diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu snuffelen yang bermaksud mencari atau meneroka dan doezelen yang bermaksud relaks. Terapi ini digunakan untuk kanak-kanak masalah mental, autisma, cedera otak dan masalah perkembangan fizikal.Terapi ini dirancang untuk memberi stimulus pada pelbagai pancaindera dengan menggunakan efek lampu,suara,muzik,bau dan sebagainya. Suasana bilik atau tempat terapi ini bersifat kondusif, tenang, rekreasionalis dan tidak mengancam. Terapi ini dapat membina kawalan diri yang lebih baik ,dapat meningkatkan rasa percaya kepada diri dan seterusnya mengurangkan stress.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :oBerbaring,bermain dan memeluk bantaloMenikmati buaianoDengar muzik instrumentaloBuat suara lucu dgn alat khususoBermain dgn tangga/cerminoPerhatikan pola lampu berkelip-kelipoMenyelam di kolam mandi

Terapi ini telah dikembangkan sebagai aktiviti waktu senggang untuk murid bermasalah pembelajaran dengan persekitaran yang memberangsangkan dan menyenangkan. Mereka boleh memilih, mengawal dan meneroka rangsangan yang terdapat di persekitaran mereka. terapi ini. Terapi ini telah berkembang diseluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia terutama dalam bidang perubatan.

Tujuan Terapi Snoozeland

Its aim is to be a relaxing activity, designed to create a feeling of safety, novelty and stimulation which is under the users control (Ashbyet al, 1995) and in which there are no expectations for performance"(Baillon, S. , Diepen, E. V. & Prettyman, R. (2002

Terapi ini telah direka bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi:

Pergerakan motor kasar--->Mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang lemah

Pergerakanan motor halusmenggunakan alat permainanmenggunakan tangan dalam sebarang aktivitimemegang pensel untuk melukis dan mewarnabermain dengan permainan yang terlalu banyak

Masalah pembelajaran:lemah tumpuangelisahlambat dan lembabtidak teratur dan tidak kemastumpuan amat sedikithiperaktiftidak boleh mengikut arahan

Kebolehan kendirimenyuap makananmemakai bajupergi ke tandasmenjaga kebersihan diri

Kebolehan bermain:tidak pandai memanipulasi alat permainantidak faham cara bermainmengenal alat permainankebolehan bermain terhad

Kognitif dan konsep asaswarnabentukbendatempatrasanomborhuruf

Membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah:Pemikiran yang lemahTidak menerima, memahami dan mengikut arahan

PsikososialMengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti.

Kemahiran hidup dan vokasionalMembantu kanak-kanak menambah keyakinan, keberanian dan kemahiran hidup berdikari serta kebolehan seperti berkebun, membeli barangan harian dan menaiki kenderaan awam.

Faedah Terapi Snoozeland

1) Bagi murid bermasalah pembelajaran: Murid dapat belajar menggunakan pelbagai ransangan seperti muzik (audio) dan warna- Meningkatkan tumpuan terhadap tugasan- Meningkatkan kesedaran kendiri- Memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi- Meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan- Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran- Meningkatkan morality- Mengurangkan kelakuan yang stereotype- Membina tingkah laku positif- Membina keseronokan

2) Masalah Tingkah Laku

Meningkatkan kegembiraan dan keterujaan- Mengurangkan ketakutan dan kesedihan- Meningkatkan tumpuan- Meningkatkan komunikasi- Mengurangkan tingkah laku yang bermasalah- Membaiki moral

3) Kesakitan Mengurangkan tahap kesakitan- Mengurangkan tekanan dan kesakitan- Mengurangkan tekanan dan depresi- Membantu pesakit sembuh- Mengurangkan ketidakfungsian anggota badan

Peralatan Terapi Snoozeland

PERALATANBilik yang dicat dengan warna putih atau warna pastel.Tiada tingkap.Mengurangkan kesan cahaja yang dipantulkanMengurangkan cahaya luarTempat duduk beanbag atau kerusi khasTUJUANMemberikan keselesaaanLantai yang lembut atau mempunyai cahaya dan pad yang sensitif pada tekananMemberikan keselesaan dan ransangan pada kaki

PERALATANCermin dan spotlight berwarna >Memancarkan bentuk-bentuk berwarna yang bergerak dalam bilik

PERALATANProjektor>Memancarkan objek abstrak yang bergerak atau imej pada dinding

PERLATANFiber-optic spray atau langsirWarna yang boleh bertukar dan dipegang oleh pesakitPeralatan dan pemain muzikTUJUAN Memainkan muzik yang menyenangkan serta digemari

PERALATANPenyembur aromaterapiMemberi ransangan bauObjek yang boleh dipegang atau disentuhTUJUANMemberikan ransangan deria sentuhan dan penglihatan

PERALATANTiub buih (buih yang bergerak dalam tiub air yang diterangi dan telus cahayaTUJUANMemberikan rasa bergetar apabila disentuh dan ransangan penglihatan

PERALATANSample makanan >Memberi ransangan rasa dan bauKawasan soft-play, ball pools atau spa pools >Memberikan pengalaman bermain dengan selesa dan selamat

Cara Pelaksanaan Terapi Snoozeland

a)Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pesakit

Masalah pesakit perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi terapi. Ia bertujuan untuk membolehkan ahli terapi untuk memilih jenis terapi multisensori yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi pesakit seterusnya terapi yang dijalankan akan memberikan kesan yang maksimum. Tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan terapi multisensori. Berikut merupakan jenis-jenis masalah yang boleh mendapatkan perkhidmatan terapi multisensori.oIndividu dewasa yang bermasalah pembelajaranoPesakit dementiaoKanak-kanak berkeperluan khasoPediatrikoIbu bersalin

b)Peralatan yang digunakan

Dalam merancang dan melengkapkan persekitaran multisensori, pertimbangan yang teliti harus diambil kira agar mampu memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Peralatan yang digunakan adalah agak berbeza berdasarkan jenis persekitaran namun terdapat juga peralatan yang sama digunakan bagi persekitaran yang berbeza.

c)KeselamatanFaktor keselamatan yang perlu diambil kira ialah dari segi pengurusan dan kawalan pesakit, peralatan, dan kawasan persekitarani)Pengurusan dan kawalan pesakit. ii)Keselamatan peralataniii)Keselamatan kawasan

d)Kepakaran staf mengendalikan peralatan dan sesi terapi. Staf yang melaksanakan sesi terapi haruslah seseorang yang betul- betul mengenali pesakit dengan baik iaitu dari segi latar belakang, kesihatan, masalah yang dihadapi dan cara pesakit meluahkan ketidakselesaan dan keutamaan mereka. Hal ini penting agar staf tersebut dapat mengurus keperluan pesakit dengan baik dan tidak akan menghadapi sebarang masalah berat semasa menjalankan sesi terapi