penyediaan dan perancangan aktiviti

61
PENYEDIAAN DAN PERANCANGAN AKTIVITI

Upload: others

Post on 13-Mar-2022

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENYEDIAAN DAN

PERANCANGAN AKTIVITI

Pengurusan Aktiviti Melibatkan…

TATACARA PENGENDALIAN AKTIVITI

Aktiviti yang dirancang perlu memenuhi pengisian pembangunan

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) pelajar.

•Setiap perancangan aktiviti yang dijalankan perlu disertakan dengan kertas kerja.

•Semua permohonan aktiviti hendaklah melalui Pengerusi atau Pengarah Program, disemak oleh Tenaga Pengajar, Diperakukan oleh Penyelaras Pusat Kokurikulum

dan diluluskan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum.

Aktiviti yang berisiko tinggi, perlu mematuhi syarat-syarat

tambahan iaitu…

Mesti diiringi oleh jurupandu yang berkelayakan dalam pertolongan cemas.

Mendapat kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Membawa alat komunikasi seperti walkei-talkei.

Membawa peralatan secukupnya.

Mendapat kebenaran daripada Balai Polis dan Pihak Berkuasa berhampiran di mana aktiviti dijalankan.

• Tiada sebarang aktiviti yang dijalankan dalam tempoh berikut…

⌛ Dua (2) minggu sebelum peperiksaan semester.

⌛ Minggu Suaikenal.

⌛ Tempoh Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar

PROSEDUR PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI

✔ Setiap permohonan menerusi kertas kerja perlu dikemukakan ke Pusat Kokurikulum selewat-lewatnya SATU (1) BULAN sebelum tarikh aktiviti

dijalankan.

✔ Tenaga Pengajar, Penyelaras Pusat Kokurikulum atau Pengarah Pusat Kokurikulum boleh memanggil Pengarah Program untuk berbincang, memberi

khidmat nasihat serta penambahbaikan kertas kerja.

✔ Kertas kerja yang tidak mendapat kelulusan atau terdapat sebarang pindaan, perlu dikemukakan dengan kertas kerja yang baru.

PANDUAN PERMOHONAN MENJALANKAN

AKTIVITI

1.1 Tujuan1.2 Pengenalan/Mukadimah1.3 Objektif1.4 Justifikasi1.5 Tarikh dan hari1.6 Tempat1.7 Tetamu Kehormat/Perasmi1.8 Penceramah

1.9 Bilangan peserta1.10 Maklumat peserta1.11 Tentatif program1.12 Struktur organisasi1.13 Anggaran perbelanjaan (termasuk kos langsung dan tidak langsung)1.14 Keperluan peralatan1.15 Penutup

Pastikan kertas kerja/cadangan mengandungi butiran berikut:

PANDUAN PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI (KERTAS KERJA)

1.1 Tujuan Dikemukakan untuk mendapat pertimbangan, kelulusan

dan sumbangan kewangan daripada Jabatan Pusat Kokurikulum, UPSI.1.2 Pengenalan/Mukadimah Melibatkan penyataan latar belakang

program yang dijalankan serta menghurai kepentingan pihak yang terlibat.1.3 Objektif Melibatkan penyataan matlamat yang hendak dicapai.1.4 Justifikasi Memberi penjelasan mengenai keperluan menjalankan program.1.5 Tarikh dan Hari Menyatakan justifikasi aktiviti yang dijalankan

berdasarkan ketetapan tarikh dan hari.1.6 Tempat Menyatakan justifikasi aktiviti yang dijalankan berdasarkan

ketetapan tempat yang dipilih.

1.7 Tetamu Kehormat/Perasmi Senaraikan nama TETAMU KEHORMAT dan PERASMI (sekiranya melibatkan individu yang berbeza)

1.8 Penceramah Melibatkan maklumat lengkap berkaitan penceramah yang terlibat.1.9 Bilangan peserta Memaklumkan jumlah peserta yang terlibat.1.10 Maklumat peserta Menyatakan status peserta (Pelajar/kakitangan/agensi luar)1.11 Tentatif program Cadangan aktiviti yang dilaksanakan dari awal hingga akhir program.

1.12 Struktur organisasi Melibatkan kewujudan AJK (ahli jawatan kuasa) yang berperanan dalam melicinkan pelaksanaan aktiviti.

Antaranya :

✵ Penasihat✵ Pengarah Program✵ Timbalan Pengarah Program✵ Setiausaha Program✵ Bendahari Program

✵ AJK-AJK

❖ Persembahan

❖ Peralatan dan Teknikal

❖ Persiapan Tempat

❖ Logistik

❖ Pengangkutan

❖ Keselamatan

❖ Jemputan

❖ Publisiti

❖ Jamuan

❖ Protokol dan sambutan

❖ Sijil dan Cenderamata

❖ Buku Program

PANDUAN PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI (KERTAS KERJA)

1.13Anggaran perbelanjaan (termasuk kos langsung dan tidak langsung)

Melibatkan penyataan secara terperinci dan logik berkaitan pendapatan dan perbelanjaan keseluruhan.

1.14Keperluan peralatan Senaraikan keperluan peralatan (Sekiranya perlu)

1.15Penutup Penyataan ucapan terima kasih dan memohon pertimbangan serta kelulusan.

Panduan

Kertas kerja hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan font Arial bersaiz 12 point.

Kertas kerja hendaklah dijilid kemas dan disediakan sebanyak TIGA (3)

salinan bagi aktiviti dalam kampus dan TUJUH (7) salinan bagi aktiviti luar kampus.

Lampirkan minit mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan dengan aktiviti yang dicadangkan.

Semua permohonan perlu mendapat sokongan/ulasan daripada Unit Kokurikulum.

Laporan lengkap perlu dihantar dalam tempoh SATU (1) MINGGU selepas selesai program dijalankan.

PROSEDUR TEMPAHAN ALATAN DAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

1.1 Perkhidmatan dan kemudahan boleh diperolehi daripada pihak

Pusat Kokurikulum dan Universiti. Kelulusan tempahan tertakluk kepada kelulusan daripada pihak Pusat Kokurikulum dan pihak Universiti.

1.2 Antara kemudahan pengangkutan yang disediakan adalah seperti:1.2.1 Kereta1.2.2 Van1.2.3 Bas

3.0 Poster dan Kain Rentang3.1 Setiap poster, bunting dan kain rentang untuk tujuan promosi perlu mendapat pengesahan Pusat Kokurikulum.3.2 Permohonan untuk menggantung atau menampal poster/kain rentang/bunting di kawasan universiti mesti mendapat kelulusan JPPHB. 3.3 Proses menggantung atau menampal poster/kain rentang/bunting di sekitar kolej perlu mendapat cop pengesahan di Pejabat JPPHB

4.0 Jabatan-Jabatan Lain yang berkaitan

4.1 Jabatan-jabatan lain yang terlibat dalam pengurusan aktiviti adalah:

4.1.1 Pejabat Keselamatan

4.1.2 JPPHB

4.1.3 Unit Perhubungan Awam

4.1.4 PTPM

4.1.5 Unit Kenderaan BSM

SENARAI KEPERLUAN BORANG DAN SURAT-SURAT PENGURUSAN

2.0 Antara surat-surat yang terlibat seperti:

2.1 Surat Kebenaran

2.1.1 Dalaman

2.1.2 Pihak Luar

Bentuk-Bentuk Aktiviti

Program Anjuran Bersama Dengan

Agensi Luar

Program Anjuran Kolej

(Program berbentuk Pembangunan Sahsiah / Bakti

Siswa)

PEMANTAPAN PIMPINAN PENGURUSAN

KOKURIKULUM SEKOLAH

JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar

GPK Kokurikulum

Setiausaha Kokurikulum

PenyelarasPasukanPakaian Seragam

PenyelarasKelab /

Persatuan

PenyelarasKelab Sukan/

Permainan

Setiausaha Sukan

GuruPenasihat

GuruPenasihat

GuruPenasihat

GuruRumah Sukan

GuruPasukan Sekolah

Pengerusi Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan, Ketua Rumah Sukan Dan Kapten Pasukan Sekolah (Murid-Murid)

JBPS (Jawatankuasa Bimbingan Pelajar

Sekolah)

Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah o Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah.

o Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. {Rujuk Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2hb. Januari 1985}

o Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. (Visi dan misi sekolah dalam

bidang kokurikulum ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa

Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan Jawatankuasa Bimbingan

Pelajar Sekolah).

o Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam, dan sukan/permainan.

o Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya untuk merumuskan dasar dan pendekatan serta kaedah baru pelaksanaan.

o Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar dan pendekatan serta kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan.

• Menyediakan keperluan asas pentadbiran (termasuklah fail; dokumen-dokumen rujukan berkaitan prosedur, undang-undang atau peraturan dan tatacara pelaksanaan; kurikulum kegiatan; borang-borang penilaian dan sijil-sijil).

• Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas.

• Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan, seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan atau kewangan dan kecendorongan pelajar.

• Memperolehi dan mengemaskini inventori ,bekalan pejabat, dan harta modal bidang kokurikulum.

• Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah.

• Menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru penasihat. {Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Hb. Mei 1998 Jil. 42/No. 11 : PU (A) 196}

• Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab.• Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepadas

guru-guru.

• Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/badan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah, dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri.

• Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum.

• Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap persatuan/kelab, badan beruniform dan persatuan/kelab sukan dan permainan.

• Melaksanakan Skema Penilian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar.

• Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan.

• Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa.

• Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.(Lampiran Laporan)

Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum

▪ Menyediakan ruang, peluang, kesempatan, dan kemudahan pembelajaran merentasi kurikulum untuk membantu murid/pelajar mengikuti, dan mengalami alam persekolahan dalam keadaan persekitaran sekolah yang kondusif▪ Merancang, menganjur, dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang

berbentuk aktiviti.▪ Penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan

kemahiran.▪ Penekanan diberi secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah

memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi kesejahteraan masyarakat, bangsa, dan negara.▪ Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi dengan

mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum ▪ Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian,

dan kepemimpinan dalam setiap bidang kokurikulum

▪ Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur, dan dikelolakan memberi peluang dan kesempatan kepada murid/pelajar mengembangkan minat, bakat kreatif dan inovatif masing-masing

▪ Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar memperagakan kepada khalayak bakat dan kebolehan dalam bidang yang diminati

▪ Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur dan dikelolakan.

▪ Seberapa boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan pihak yang terlibat

▪ Mewujudkan peluang kepada pelajar mempertingkatkan daya saing dan daya tahan di samping memperteguh semangat kesukarelawanan dan kekendirian.

▪ Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur dan dikelolakan.

PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM

• Kelab Judo

• Kelab Karate

• Kelab Taekwondo

• Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(Darat, Laut dan Udara)

• Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat

• Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA 3)

• Pasukan Kadet Polis

• Pasukan Kadet Remaja Sekolah

• Pasukan Pancaragam/Okestera Sekolah

• Pergerakan Briged Putera/Briged Puteri

• Persatuan Ekonomi Rumahtang

• Persatuan Geografi / Sejarah

• Persatuan Kebudayaan

• Persatuan Kemahiran Hidup

• Persatuan Sains & Matematik

• Persatuan Sains Kemasyarakatan

• Persatuan Agama Islam

• Persatuan Bahasa

PERSATUAN

• Kelab Kebajikan• Kelab Keceriaan Sekolah• Kelab Kembara• Kelab Koir Sekolah• Kelab Komputer• Kelab Koperasi • Kelab Memancing• Kelab Menaip• Kelab Pembimbing Rakan

Sebaya• Kelab Pencinta Alam• Kelab Pengguna• Kelab Perpustakaan / Pusat

Sumber• Kelab Rekreasi

• Kelab Alat Pandang Dengar• Kelab Astronomi• Kelab Bina Badan• Kelab Binaan / Bangunan• Kelab Elektronik• Kelab Equestrian• Kelab Motor Mekanik• Kelab Muzik dan Seni Suara• Kelab Seni Foto• Kelab Seni Tampak/Halus• Kelab Seni Tari• Kelab Pandu Arah

ARNE SUZILA/PENGURUSAN AKTIVITI/10

Kelab Hobi dan rekreasi

Kelab Permainan

Olahraga:

• Kelab Berbasikal

• Kelab Olahraga

• Kelab Memanah

• Kelab Merentas desa

• Kelab Motor / Go KartSukan Air :

• Kelab Berkeno / Kayak

• Kelab Luncur Air

• Kelab Perahu Layar

• Kelab Perahu Naga

•Kelab Badminton•Kelab Bola Baling•Kelab Bola Jaring•Kelab Bola Keranjang•Kelab Bola Sepak•Kelab Bola Tampar•Kelab Bowling•Kelab Bowling Padang•Kelab Catur•Kelab Dart•Kelab Gasing Pangkah•Kelab Gimnastik

KELAB SUKAN KELAB PERMAINAN

FUNGSI AKTIVITI KOKURIKULUM • Pengukuhan dan Pengayaan (perkhemahan, kawad kaki dan sukan

bola sepak)

• Khidmat Masyarakat (bergotong-royong, membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar, mengadakan minggu kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu)

• Hobi dan Rekreasi (membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga, menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik)

• Kerjaya (Asas kerjaya contoh Kadet Polis, Kadet Bomba )

• Perkembangan Diri Individu

• Kesihatan

• Peningkatan Disiplin

Ciri-Ciri Pelajar/Murid Yang Dihasratkan Melalui Aktiviti Kokurikulum

• Celik huruf dan menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

• Menguasai kemahiran dan kaedah asas belajar.

• Menyedari dan memahami kepentingan dan faedah pengetahuan dan kemahiran bagi diri sendiri.

• Mengetahui dan mengamalkan pelbagai kaedah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran.

• Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mengurus hal-hal berkenaan kehidupannya.

• Mampu dan berkebolehan menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan bijaksana.

• Berusaha mencari dan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran baru.

• Memikir dan menemukan ilmu pengetahuan, kemahiran, pendekatan dan teknologi baru.

PERANCANGAN STRATEGIK

• Pendahuluan : Perancangan Strategik merupakan satu perancangan jangka panjang yang boleh diubah suai dan dinilai dalam tahun yang berkenaan. Terdapat beberapa langkah dalam menghasilkan perancangan ini.

• A. Cadangan Visi : merupakan pernyataan cita-cita / harapan / impian / arah tuju sesebuah sekolah dan perlu mempunyai tahun sasaran untuk mencapainya.

• B. Cadangan Misi : Untuk mencapai visi (cita-cita) apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapainya. Misi mesti mempunyai 6 elemen penting iaitu,

Pernyataan Kurikulum

Pernyataan Kokurikulum

Pernyataan Hal Ehwal Murid

Pernyataan Pengurusan Sekolah

Pernyataan Persekitaran Sekolah

Pernyataan Hubungan dengan Masyarakat

C. Matlamat Strategik

Matlamat strategik merujuk kepada tujuan dalam jangka masa panjang dan diperincikan mengikut sub unit di sekolah. Antara terlibat mengubal matlamat ini seperti Pen. Kanan Kurikulum, Pen. Kanan HEM, Pen. Kanan (Kokurikulum), Guru-guru Kanan, Ketua-ketua Panitia, S/U Peperiksaan, Ketua unit-unit HEM dan Kokurikulum serta Penyelaras Pusat Sumber. Matlamat Strategik setiap unit berbeza mengikut pernyataan di dalam cadangan misi. Setiap matlamat strategik perlu diperincikan kepada beberapa pembahagian.

D. Objektif Khusus

Objektif khusus merujuk kepada objektif yang ingin dicapai dalam jangka masa satu tahun. Senaraikan objektif ini kepada beberapa bahagian mengikut keutamaanE. Pelan Tindakan Pelan Tindakan merupakan satu rancangan bertindak yang akan menjalankan program-program yang dirancang. Untuk memudahkanpemahaman pelan ini dibuat dalam bentuk jadual yang mempunyai 8 item

Bil Huraian Aktiviti

Pegawai Bertanggungjawab

Anggaran Kos Tarikh Jangkaan Tarikh Laksana

Petunjuk Kejayaan

Catatan

Contoh Jadual Pelan Tindakan

Kertas Projek (berdasarkan huraian aktiviti) perlu dibuat sekiranya aktiviti yang hendak dijalankan memerlukan penglibatan ramai guru & kos yang tinggi.

F. Penilaian Penilaian sesuatu aktiviti/ program boleh dibuat sama ada selepas selesai sesuatu aktiviti (post mortem) atau selepas 1 tahun kemudiannya.Terdapat beberapa kaedah untuk membuat penilaian seperti:

Rajah Tulang IkanPenandarasan (benchmarking)Sumbangsaran (brainstorming)

Carta dan GrafCarta Gant

CONTOH SMK SG ACHEH• Visi Sekolah

• Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh Mencapai Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 2010.

• Misi Sekolah

• Untuk menjadi Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan, warga sekolah akan berusaha :

• Kurikulum sentiasa cemerlang

• Semua pelajar aktif dalam kokurikulum

• Menerap nilai murni pada semua pelajar.

• Mengurus dan mentadbir dengan telus dan tulus.

• Mewujudkan persekitaran yang kondusif

• Menjalin hubungan mesra dengan ibu bapa dan komuniti.

• Matlamat Strategik

• Misi Kedua : Semua pelajar aktif dalam kokurikulum

• A) Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit beruniform.

• B)Memastikan setiap unit beruniform, persatuan dan kelab mempunyai sukatan dan perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka sepanjang tahun.

• C)Menggalakkan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan permainan, kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

• D. Objektif Khusus :

• Pada akhir Januari 2005 semua unit beruniform, kelab/persatuan dan sukan permainan mempunyai pelan tindakan/perancangan untuk aktiviti sepanjang tahun.

• Pada akhir Mac 2005 sukan olahraga peringkat sekolah telah pun selesai diadakan.

• Pada bulan April dan Jun perkembangan staf untuk guru dapat dilaksanakan khususnya sukan permainan.

• Pada akhir Jun 2005 Karnival Kokurikulum telah selesai dijalankan.

• Pasukan bola sepak, bola jaring dan bola baling sekolah menjadi johan di peringkat zon Nibong Tebal pada tahun 2005

• Pada akhir bulan September 2005, aktiviti unit beruniform dan Kursus Kepimpinan Unit Beruniform selesai dijalankan.

PELAN TINDAKAN A :

•Perancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan MISI (A)

•Matlamat Strategik : Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit beruniform.

•Objektif khusus : Pada bulan April dan Jun perkembangan staf untuk guru dapat dilaksanakan khususnya sukan permainan

PELAN TINDAKAN KOKURIKULUM MISI (A)

Bil. HuraianAktiviti

PegawaiBertanggungjawab

Anggaran Kos

Tarikh Jangkaan

TarikhLaksana

Petunjuk Kejayaan

Catatan

1. Mesyuarat Induk Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah

Pen. Kanan Kokurikulum dan ahli-ahli Jawatankuasa Kokurikulum

- April Penguasaan guru dalam sesuatu permainan

2. Klinik Bola Tampar

Setiausaha SukanEn. Roslan

RM 300.00(tajaan)

9/4/05 Terbentuk satu pasukan bola tampar sekolah

3. Klinik Bola Baling

Setiausaha SukanPn. Salmah Saad

RM 300.00(tajaan)

25/6/05 Pencapaian Pasukan Bola Baling Tempat 1 Zon N. Tebal.

PELAN TINDAKAN B :

•Perancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan MISI (B)

•Matlamat Strategik : Memastikan setiap unit beruniform, persatuan dan kelab mempunyai sukatan dan perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka.

•Objektif Khusus : Pada akhir Januari 2005 semua unit-unit beruniform, persatuan dan kelab telah mempunyai perancangan aktiviti untuk dijalankan pada tahun 2005

PELAN TINDAKAN KOKURIKULUM MISI (B)

Bil. HuraianAktiviti

Pegawai Bertanggungjawab

AnggaranKos

TarikhJangkaan

TarikhLaksana

Petunjuk Kejayaan

Catatan

1. Mesyuarat Perancangan Aktiviti Tahunan

Pen. Kanan Kokurikulum dan J/K Kokurikulum

- November 2004

Aktiviti semua unit berjalan lancar

2. Pemantauan Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum & Pertandingan Papan Kenyataan Kokurikulum

Pen. Kanan Kokurikulum dan J/K Kokurikulum

Sepanjang Tahun

Buku dihantar pada masa yang ditetapkan

3. Pertandingan Papan Kenyataan

Pen. Kanan Kokurikulum dan J/K Kokurikulum

RM 100.00 Ogos Papan Kenyataan Terkini dan ceria

4. Pemilihan Unit-unit Kokurikulum terbaik berdasarkan perancangan dan pelaksanaan program

Pen. Kanan Kokurikulum dan J/K Kokurikulum

RM 100.00 Ogos Penglibatan dan Pencapaian di peringkat daerah dan negeri

PELAN TINDAKAN C :

•Perancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan MISI ( C )

•Matlamat Strategik : Menggalakan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah,zon. Negeri dan kebangsaan.

•Objektif Khusus : Pada akhir bulan Jun 2005 Karnival Kokurikulum telah selesai dijalankan dengan penglibatkan semua pelajar

PELAN TINDAKAN KOKURIKULUM MISI (C)

Pelan Tindakan PERMAINAN

•Perancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan Permainan

•Matlamat Strategik : Menggalakkan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

•Objektif khusus : Pasukan bola sepak, bola jaring dan bola baling sekolah menjadi Johan di peringkat Zon Nibong Tebal.

PELAN TINDAKAN PERMAINAN

PELAN TINDAKAN PASUKAN BERUNIFORM

•Perancangan Strategik Kokurikulum dan Pelan Tindakan Pasukan Beruniform

•Matlamat Strategik : Menggalakkan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

•Objektif Khusus : Aktiviti Unit Beruniform Lebih Mencabar dan Membentuk Sahsiah Pelajar yang Bertanggungjawab dan Bekerjasama

PELAN TINDAKAN PASUKAN BERUNIFORM

SURAT PEKELILING PENTING

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 – Penubuhan Jawatankuasa

Bimbingan Pelajar Sekolah

- 3.4 Jenis Gerak kerja Kokurikulum3.4.1 Pasukan Pakaian Seragam; seperti Pasukan Anak Serigala,

Pasukan Pengakap, Kadet Polis.- Hingga Kini Pasukan Badan Beruniform yang telah diperkenalkan ialah

seperti:

1.Pasukan Kadet Pertahanan Awam2.Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat3.Kor Kadet Polis4.Pasukan Kadet Remaja Sekolah5.Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah6.Persekutuan Pengakap Malaysia

7.Pergerakan Puteri Islam Malaysia

8.Persatuan Pandu Puteri

3.4.2 Kelab/Persatuan; seperti Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Geografi/Sejarah, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Komputer.

3.4.3 Sukan (Olahraga dan Permainan)

5.1 Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu gerak kerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.

5.2 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.

5.3 Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah, gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

7. Pengecualian:

7.1 Kes-kes perubatan – pelajar-pelajar yang disahkan oleh doktor seperti mengidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian.

7.2 Kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri. Sekiranya kecacatan itu tidak membahayakan pelajar tersebut digalakkan mengambil bahagian.

7.3 Untuk pelajar yang mengikuti kelas agama pagi/petang, penyesuaian jadual kegiatan hendaklah dilaksanakan.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1985 – Penubuhan Jawatankuasa

Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat.

4.2.1 - Penglibatan Ibubapa dan Masyarakati. Aktiviti Sukan (Olahraga dan Permainan)ii.Hari Penyampaian Hadiah/Hari Terbuka/ Hari Guru/

Majlis Keraian.

iii.Sumbangan meterial dan tenaga terhadap bahan-bahan pengajaran, Kemudahan gerak kerja Kokurikulum dan

Kebajikan Murid. 4.2.2 - Penglibatan Agensi-Agensi Kerajaan dan Pihak

Swasta.5.2.3 - Membawa kepakaran masyarakat kepada pelajar-

pelajar semasa gerakerja kokurikulum.

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1985 – Rancangan Mencantik dan

Mengindahkan Sekolah dan kawasannya (Landscaping)

4. Untuk tujuan ini, pihak sekolah boleh mengenalpasti dan mengadakan pelbagai usaha mencantik dan mengindahkan sekolah dan kawasannya seperti:-

4.1 Menanam pokok bunga dan pokok yang rendah. 4.2 Membina taman sains, rock garden, taman botani dan kolam

ikan.4.3 Mengadakan kawasan ‘camping’, kawasan permainan4.4 Melukis mural di dinding bangunan dan arca di tempat

tertentu4.5 Menghias kawasan jalan masuk sekolah4.6 Menyediakan bangku-bangku rehat4.7 Memelihara dindaing dan bangunan sekolah dan lain-lain.

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986 – Rekod Penglibatan Murid dalam

Aktiviti Kokurikulum (Ulangan Surat Edaran KP(BS/HEP) 8586/083 Jld. IV / (80)

bth. 3 Januari 2006.

1. Ketetapan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November 2003 berhubung pemantapan Pengurusan Kokurikulum KPM. Jemaah Menteri bersetuju supaya merit 10% dari markah keseluruhan diperuntukan kepada prestasi penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum untuk penilaian pemilihan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – Garis panduan disediakan.

2. Sekolah diminta supaya melaksanakan urusan merekod prestasi murid dalam kegiatan kokurikulum secara sistematik dan teliti.

3. Dasar ini dilaksanakan bagi pemilihan calon- calon ke IPTA mulai tahun 2006.

4.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000 – Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan di Luar Kawasan Sekolah.

Guru Kokurikulum dan Sukan

4.2.1 Guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.

4.2.2 Memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

4.3 Murid

4.3.1 Setiap murid perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga dan Pengetua/Guru Besar untuk mengambil bahagian dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.

4.3.2 Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain.

4.3.3 Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.4.3.4 Murid yang berpenyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian.

4.3.5 Bagi semua aktiviti lasak,murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. 4.3.6 Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti. Sekiranya terdapat

murid perempuan seorang guru perempuan mesti ada bersama.4.3.7 Murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak dibenarkan mengambil bahagian.

4.4 Sekolah diwajibkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua

murid yang merangkumi perkara berikut:-a) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.b) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.c) kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.d) kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih

dalam ‘warranty’.

4.9.1 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat, atau petir.4.9.2 Tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir sama ada di padang atau kolam renang.4.9.3 Berhenti kegiatan sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana nak hujan.

4.12Guru pengiring mestilah membuat Laporan Bertulis kepada pihak sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 17/2000 – Penubuhan Kelab Rukun Negara

Di Sekolah-Sekolah.

2. Sehubungan dengan itu semua Sekolah Menengah diminta menubuhkan Kelab Rukun Negara mulai tahun 2001. Antara kegiatannya:-

2.1 Menjalin kerjasama dengan agensi tertentu seperti JPNIN, Sektor Rukun Tetangga, komuniti setempat, Aktiviti berfokus kepada peningkatan perpaduan dan integriti di kalangan pelajar yang berbilang kaum.

2.2 Menggalakkan sekolah satu kaum bergabung dengan sekolah lain.

2.3 Pelbagaikan aktiviti menjurus kepada penghayatan semua prinsip Rukun Negara.

3. Sekolah Rendah juga adalah digalakkan berbuat demikian.

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2006 – Panduan Perbelanjaan

Peruntukan Kokurikulum Sekolah

2. Peruntukan ini ditukar daripada PeruntukaN Kokurikulum/Motivasi/Sukan kepada Peruntukan Kokurikulum.

3. Kadar baru peruntukan seperti berikut:-3.1 Sekolah Rendah

i) 151 murid ke atas RM 10.00/seorangii) 101 – 150 murid RM 1,500/sekolahiii) 51 – 100 murid RM 1,000/sekolahiv) 1 – 50 murid RM 500/sekolah

3.2 Sekolah Menengah RM 12.00/seorang

4.1 Kegiatan Kokurikulum Kegiatan yang dirancang dan dilaksanakan hendaklah dianjurkan

oleh pihak sekolah dan peringkat seterusnya yang diiktiraf oleh Bahagian Sekolah KPM.

4.2.1 Pembiayaan adalah meliputi urusan makan, penginapan, sewaan, perjalanan, salinan dokumen dan cetakan bahan-bahan edaran.

4.2.2 Pembelian peralatan untuk aktiviti kokurikulum seperti aktiviti Pasukan Unit Beruniform, aktiviti kelab/persatuan serta aktiviti kelab sukan/permainan.

4.3 Jenis Kegiatani) Kegiatan kokurikulumii) Kegiatan Sokongan Pembentukan, Pemupukan dan

Pembangunan Sahsiah Murid.

(Nisbah perbelanjaan ialah 4 : 1 ( 4 kokurikulum dan 1 sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah)

(Setiap peruntukan mesti dihabiskan pada tahun semasa).

Kegiatan Kokurikulum – meliputi kegiatan Persatuan Badan Beruniform, Kelab/Permainan dan

Kelab Sukan yang bercorak untuk semua Antaranya:

kegiatan yang boleh dianjurkan termasuk perkhemahan, seminar, kursus bengkel dan pertandingan.

Kegiatan Sokongan Pembentukan, Pemupukan dan Pembangunan Sahsiah Murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan. Contoh: Kursus pemimpin kelab/persatuan, perkhemahan dan seminar kepimpinan murid dan kolokium kecemerlangan pengurusan organisasi tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik.

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2007 – Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan

Kokurikulum Di Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah.2. Subperaturan 3(3) Kurikulum Kebangsaan, dalam Peraturan

Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, telah dinyatakan bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan hendaklah

mengandungi:

2.1 penyertaan dalam sukan dan permainan.2.2 penyertaan dalam persatuan dan kelab.2.3 penyertaan dalam badan beruniform; dan2.4 lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

3. Kegiatan kokurikulum merupakan komponen penting dalam dasar pendidikan kebangsaan dan hendaklah dilaksanakan oleh sekolah.

4. Oleh yang demikian kegiatan kokurikulum hendaklah dirancang dengan teratur dan teliti sepertimana perancangan aktiviti kurikulum.

5. Bagi memantapkan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi.

5.1 Sekolah RendahTahun 3 dan Tahun 4 60 minit seminggu.Tahun 5 dan Tahun 6 120 minit seminggu.

5.2 Sekolah MenengahJurusan Teknik dan Vokasional 120 minit seminggu.Sekolah Menengah Harian SBP, SMA dan Lain-Lain 180 minit

seminggu.

9. Surat Pekeliling Ikhtisas 8/2007 – Garis Panduan Pemakaian Pakaian

Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum.

2. KPM telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan.

2.1.1 Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Selasa/Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan.2.1.2 Murid hendaklah seboleh-bolehnya memilih untuk memakai pakaian seragam pasukan badan beruniform yang lengkap atau sebahagiannya seperti memakai baju – T berkolar yang melambangkan pasukannya.2.1.3 Murid juga boleh memilih memakai pakaian seragam kelab/persatuan sama ada dalam bentuk baju layang (seni bela diri) atau

baju-T berkolar.2.1.4 Jaket, baju layang atau baju-T berkolar hendaklah dicetak dengan

nama pasukan atau kelab/persatuan di bahagian belakang dan logo (jika ada) di bahagian hadapan (dada kiri).

2.1.5 Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum ini secara terancang dan beransur-ansur supaya tidak menimbulkan bebanan kepada ibu bapa.

2.2 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

2.2.1 Perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama

minggu ketiga setiap bulan.

2.2.2 Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid. Aktiviti lazim seperti ucapan pengetua.guru besar dan guru-guru diambil

alih oleh murid dengan bimbingan dan panduan guru.

10. Surat siaran KPM (bahagian Sekolah) KP (BS – HEP) 8586/139 Jld / (31) bth. 13 November 2007- Asas Penggunaan 10% Markah Kokurikulum Sebagai Syarat Kemasukan ke IPTA Sesi 2008 Bagi Calon-Calon SPM dan STPM.

1. Pentadbir Pengurusan Sekolah (Menengah) diberi tanggungjawab penuh untuk mengira dan menentukan markah kokurikulum calon-calon tersebut sama ada dari segi keesahan dan kebolehpercayaannya.

3. Pihak sekolah diminta supaya mengambilkira perkara-perkara berikut:-

3.1 Markah kokurikulum hendaklah disediakan sebelum 15 Januari 2008.

3.2 Markah kokurikulum calon SPM dan STPM hendaklah dihantar kepada Bahagian Sekolah melalui JPN dan PPD.

3.3 Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2008 jumlah markah yang dikira adalah himpunan markah (CGPA) bagi tiga tahun terakhir (2005,2006 dan 2007).

3.4 Senarai ringkas markah kokurikulum bagi setiap sekolah perlu dihantar bersama.

3.5 Pihak sekolah diminta menyediakan Sijil Pencapaian Kokurikulum kepada

setiap calon peperiksaan SPM dan STPM bagi memudahkan mereka menunjukkan bukti pencapaian.

3.6 Penilaian adalah berdasarkan “ Buku Panduan Penilaian Kokurikulum

Sekolah Menengah – Edisi 2007” yang disediakan oleh Bahagian Sekolah KPM (semua sekolah diwajibkan menggunakan sistem penilaian ini)

Sumber asal: ARNE SUZILA