apakah peranan anda selaku apa itu … peranan anda selaku orang awam dalam penyediaan rancangan...

1
APAKAH PERANAN ANDA SELAKU ORANG AWAM DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PEMAJUAN? i. Aktiviti penyertaan awam dalam penyediaan RS adalah di bawah peruntukkan seksyen 9, Akta 172. ii. Bagi kajian semula RS penyertaan awam diperuntukkan di bawah seksyen 11A dan pengubahan RS diperuntukkan di bawah seksyen 11B. Rancangan Struktur (RS) Publisiti ditakrifkan sebagai usaha-usaha dan langkah- langkah pemberitahuan kepada orang awam oleh pihak berkuasa yang berkaitan semasa menyediakan rancangan pemajuan. Publisiti turut bermaksud pemberitahuan kepada seberapa ramai orang awam atau kumpulan sasaran bagi meneliti cadangan-cadangan laporan dan memberi pandangan atau bantahan sepertimana yang dihasratkan oleh penduduk setempat untuk dipertimbangkan sebelum merumuskan laporan akhir. Publisiti dan penyertaan awam dalam penyediaan RKK hendaklah sama seperti penyediaan RT sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen 16B(3). APA ITU PUBLISITI MENGIKUT PERUNTUKAN AKTA 172? i. Terdapat tiga peringkat, aktiviti penyertaan awam iaitu peringkat publisiti awal [seksyen 12A], peringkat draf RT [subseksyen 13(1), 13(2), 15(1) dan peringkat pengubahan RT. ii. Bagi pengubahan, pembatalan dan penggantian RT, penyertaan awam diperuntukkan di bawah subseksyen 16(3). Rancangan Tempatan (RT) Akta 172 telah memberi asas panduan kepada tatacara, kaedah mahupun pelaksanaan bagaimana sesuatu publisiti dan penyertaan awam diadakan sama ada di peringkat RS, RT dan RKK. KEPERLUAN PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DALAM RANCANGAN PEMAJUAN Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah menetapkan dalam melaksanakan publisiti, beberapa langkah perlu diambil seperti berikut : i. Memberi kesedaran bahawa orang awam mempunyai peluang dan hak untuk membuat representasi dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 1 bulan untuk RS dan 4 minggu untuk RT dan RKK. ii. Menyiarkan dalam tiga keluaran daripada sekurang- kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, suatu notis yang menyatakan bahawa salinan rancangan itu boleh didapati untuk diperiksa. iii. Menyediakan salinan rancangan itu untuk diperiksa di tempat yang dinyatakan dalam notis. iv. Tempoh untuk membuat bantahan boleh dilanjutkan kepada 1 bulan bagi RS dan 4 minggu bagi RT dan RKK. PELAKSANAAN PUBLISITI DALAM RANCANGAN PEMAJUAN Penyertaan awam ditakrifkan sebagai penglibatan awam membantu pihak berkuasa mengenalpasti masalah- masalah dan peluang-peluang masa kini dan akan datang di dalam kawasannya serta memeriksa dan memahami kandungan rancangan pemajuan seterusnya mengekemukakan bantahan dan membuat representasi (cadangan atau pandangan) Anda boleh menyumbangkan pendapat sebagai input dalam perancangan bandar melalui penyertaan pada peringkat publisiti dalam proses penyediaan rancangan pemajuan. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah memperuntukkan hak kepada orang awam melibatkan diri di dalam penyediaan rancangan pemajuan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan. Penyertaan anda merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti Rancangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat awam. Rancangan Kawasan Khas (RKK)

Upload: hadiep

Post on 10-Jun-2019

279 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: APAKAH PERANAN ANDA SELAKU APA ITU … PERANAN ANDA SELAKU ORANG AWAM DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PEMAJUAN? i. Aktiviti penyertaan awam dalam penyediaan RS adalah di bawah peruntukkan

APAKAH PERANAN ANDA SELAKU ORANG AWAM DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PEMAJUAN?

i. Aktiviti penyertaan awam dalam penyediaan RS adalah di bawah peruntukkan seksyen 9, Akta 172.

ii. Bagi kajian semula RS penyertaan awam diperuntukkan di bawah seksyen 11A dan pengubahan RS diperuntukkan di bawah seksyen 11B.

Rancangan Struktur (RS)

Publisiti ditakrifkan sebagai usaha-usaha dan langkah-langkah pemberitahuan kepada orang awam oleh pihak berkuasa yang berkaitan semasa menyediakan rancangan pemajuan.

Publisiti turut bermaksud pemberitahuan kepada seberapa ramai orang awam atau kumpulan sasaran bagi meneliti cadangan-cadangan laporan dan memberi pandangan atau bantahan sepertimana yang dihasratkan oleh penduduk setempat untuk dipertimbangkan sebelum merumuskan laporan akhir. Publisiti dan penyertaan awam dalam penyediaan RKK

hendaklah sama seperti penyediaan RT sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen 16B(3).

APA ITU PUBLISITI MENGIKUT PERUNTUKAN AKTA 172?

i. Terdapat tiga peringkat, aktiviti penyertaan awam iaitu peringkat publisiti awal [seksyen 12A], peringkat draf RT [subseksyen 13(1), 13(2), 15(1) dan peringkat pengubahan RT.

ii. Bagi pengubahan, pembatalan dan penggantian RT, penyertaan awam diperuntukkan di bawah subseksyen 16(3).

Rancangan Tempatan (RT)

Akta 172 telah memberi asas panduan kepada tatacara, kaedah mahupun pelaksanaan bagaimana sesuatu publisiti dan penyertaan awam diadakan sama ada di peringkat RS, RT dan RKK.

KEPERLUAN PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DALAM RANCANGAN PEMAJUAN

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah menetapkan dalam melaksanakan publisiti, beberapa langkah perlu diambil seperti berikut :

i. Memberi kesedaran bahawa orang awam mempunyai peluang dan hak untuk membuat representasi dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 1 bulan untuk RS dan 4 minggu untuk RT dan RKK.

ii. Menyiarkan dalam tiga keluaran daripada sekurang- kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, suatu notis yang menyatakan bahawa salinan rancangan itu boleh didapati untuk diperiksa.

iii. Menyediakan salinan rancangan itu untuk diperiksa di tempat yang dinyatakan dalam notis.

iv. Tempoh untuk membuat bantahan boleh dilanjutkan kepada 1 bulan bagi RS dan 4 minggu bagi RT dan RKK.

PELAKSANAAN PUBLISITI DALAM RANCANGAN PEMAJUAN

Penyertaan awam ditakrifkan sebagai penglibatan awam membantu pihak berkuasa mengenalpasti masalah-masalah dan peluang-peluang masa kini dan akan datang di dalam kawasannya serta memeriksa dan memahami kandungan rancangan pemajuan seterusnya mengekemukakan bantahan dan membuat representasi (cadangan atau pandangan)

Anda boleh menyumbangkan pendapat sebagai input dalam perancangan bandar melalui penyertaan pada peringkat publisiti dalam proses penyediaan rancangan pemajuan.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah memperuntukkan hak kepada orang awam melibatkan diri di dalam penyediaan rancangan pemajuan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan.

Penyertaan anda merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti Rancangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat awam.

Rancangan Kawasan Khas (RKK)