laporan aktiviti-aktiviti tahunan - surau al-furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan...

10
SURAU AL-FURQAN لفرقانراوا سوTAMAN SEKAMAT KAJANG LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN DARI 1HB JUN 2013 HINGGA 31HB MEI 2014

Upload: others

Post on 18-May-2020

118 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

SURAU AL-FURQAN

TAMAN SEKAMAT KAJANG سوراوالفرقان TAMAN SEKAMAT KAJANG

LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN

DARI 1HB JUN 2013 HINGGA 31HB MEI 2014

Page 2: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

Mukasurat - 1

LAPORAN AKTIVITI SURAU SESI 6/2013 – 6/2016

1. MESYUARAT AGONG TAHUNAN SURAU AL-FURQAN BERAKHIR PADA 31

MEI 2013

Mesyuarat Agong Tahunan Surau Al-Furqan yang berakhir pada 31 Mei 2013 telah

diadakan pada 8hb Jun 2013. Mesyuarat Agung ini telah dihadiri oleh 49 ahli Qariah

Taman Sekamat bagi melantikan Ahli Jawatankuasa Baru Sesi 6/2013 hingga 5/2016.

Mesyuarat Agung ini telah dipengerusikan oleh Tn Hj Noradzmi Bin Hj Nordin, Nazir

Masjid Sg Sekamat.

Senarai Ahli Jawatankuasa Surau Al-Furqan Taman Sekamat bagi sesi 2013-2016

adalah seperti berikut:

Pengerusi : Hj Othman Bin Ahmad

Imam : Hj Kamaluddin Bin Sulaiman

Bilal : En Ahmad Bin Suntong

Siak : Hj Taib Bin Zainal

Setiausaha : Hj Md Hasim Bin Sani

Bendahari : Hj Dr Megat Mohamad Hamdan Bin Megat Ahmad

Wakil Pemuda : En Azizi Bin Mohamed

Wakil Muslimat : Hjh Rokiah Binti Mohamed

Hjh Maedah Binti Baharom

AJK 1 : Hj Mohd Din Bin Deraman

AJK2 : Hj Abdul Rahim Bin Manan

AJK3 : Hj Hamidon Bin Abdul Jalal

AJK4 : Hj Fa’eek Bin Ahmad

Pemeriksa Kira-kira I : En Mohd Shawal Nasrul Bin Abu

Pemeriksa Kira-kira II : Ust Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohamed Zabidi

Dari perlantikan AJK-AJK di atas, Tiga Biro telah diwujudkan bagi melancarkan

pentadbiran Surau. Biro-biro berkenaan adalah seperti berikut:

i. Biro Pembangunan dan Pengurusan Harta

Tn Hj Fa’eek Bin Ahmad telah diberi amanah untuk menjalankan

tanggungjawab di biro ini. Diantara tugas utama biro ini adalah untuk

memastikan keaadaan fizikal Surau Al Furqan sentiasa berkeadaan baik dari

sebarang kerosakan.

ii. Biro Dakwah dan Kebajikan

Biro ini di ketuai oleh Tn Hj Hamidon Bin Abdul Jalal dan dibantu oleh Tn Hj

Mohd Din Bin Deraman. Diantara tugas utama biro ini adalah mengaturkan

program ilmu termasuk penjadualan kelas pengajian bulanan di surau ini.

Page 3: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

Mukasurat - 2

iii. Biro Jamuan dan Keraian

Tn Hj Abdul Rahim Bin Manan telah diberi amanah untuk menguruskan

semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program

yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun, Tn Hj Abdul

Rahim telah meletak jawatan pada 10hb November 2013.

AJK-AJK lain yang telah meletak jawatan adalah:

a- En Mohd Syawal Nasrul Bin Abu – Pemeriksa Kira-Kira I (1hb Januari 2014)

b- Ust. Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi- Pemeriksa Kira-Kira II (20hb

Februari 2014)

2. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMBANGUNAN SURAU

BARU AL-FURQAN

Diantara tindakan awal yang telah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Surau Al-Furqan

sesi 2013-2016 ialah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi pengurusan

Pembangunan Surau Baru Al-Furqan. Tindakan segera ini diambil bagi tujuan untuk

segera mengerakkan aktiviti pembinaan Surau baru ini setelah mengambilkira

kelewatan yang berlaku dari tarikh ianya mula dicadangkan. Kerja-kerja

menggerakkan aktiviti-aktiviti pembangunan Surau Baru ini adalah bagi

menyambung usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa terdahulu.

Ahli Jawatankuasa Teknikal yang dilantik adalah juga dari kalangan ahli Qariah

Taman Sekamat yang mempunyai latar belakang pengetahuan serta pengalaman

dalam bidang berkaitan dengan pembangunan. Ahli Jawatankuasa yang dilantik

adalah seperti berikut:

Pengerusi : Hj Othman Ahmad

Ahli : Hj Hussain Bin Yaacob

Datin Hjh Kamsiah Bt Ibrahim

Hj Ir Ahmad Azlan Bin Ahmad

En Ahmad Bin Suntong

Hj Samsudin Bin Mahasan

Hj Roslan Bin Kasim

Hj Mohamad Salleh Bin Talib

Hj Kamaludin Sulaiman

Hj Md Hasim Bin Sani

Diantara tugas utama Ahli Jawatankuasa Teknikal adalah bertanggungjawab untuk

merancang, merekabentuk dan seterusnya membangunkan Surau Baru Al-Furqan

dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Page 4: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

Mukasurat - 3

3. PROGRAM SAMBUTAN MALAM NISFU SYAABAN

Program ini telah diadakan pada 23hb Jun 2013 bersamaan 15hb Syaaban 1434H.

Pada program kali ini, pengisian dibuat dengan ceramah agama yang telah

disampaikan oleh Ustaz Hj Hanafi Hanafiah.

4. PROGRAM GOTONG ROYONG

Program gotong royong ini telah dijalankan pada 6hb Julai 2013 seminggu sebelum

kedatangan bulan Ramadhan 1434H. Aktiviti gotong royong ini adalah merupakan

aktiviti tahunan menjelangnya bulan ramadhan. Tujuan program gotong royong ini

adalah untuk membersihkan Surau dan persekitaran bagi menyambut kedatang

bulan Ramadhan yang mulia. Pada program kali ini, YB Chin Chen Cheh, wakil

rakyat ADUN Kajang telah melapangkan masa untuk hadir serta beramah mesra

dengan ahli jemaah.

Page 5: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

Mukasurat - 4

5. SAMBUTAN BULAN RAMADHAN Al MUBARAK 1434H

Pada setiap tahun kedatangan bulan Ramadhan, Surau Al-Furqan akan merancang

dan menyediakan program disamping solat tarawih dan witir yang dijalankan.

Diantara pengisian pengisian program pada Ramadhan 1434H kali ini adalah seperti

berikut:

i. Tazkirah Ramadhan yang dijalankan selepas solat Witir dan kekerapan adalah

dua (2) kali seminggu.

ii. Tahlil Arwah selepas solat Isyak dan sebelum solat tarawih dijalankan.

iii. Program Tadarus Al-Quran selepas selesai solat Witir dan Tazkirah.

iv. Program Qiamullail pada sepuluh (10) malam terakhir Ramadhan yang

dipimpin oleh Ustaz jemputan.

v. Majlis Khatam Al-Quran

6. PROGRAM KULIAH ILMU HARIAN

Surau Al Furqan terus melaksanakan program kuliah ilmu setiap hari bagi

meneruskan kesinambungan program-program yang telah diaturkan oleh ahli

jawatankuasa terdahulu.

Program ilmu ini termasuk kuliah Suboh yang

dijalankan pada setiap pagi Sabtu dan pagi

Ahad. Walaubagaimanapun, tayangan video

ceramah agama akan dibuat jika sekiranya

ustaz yang dijadualkan tidak dapat hadir.

Majlis Khatam Quran bulan Ramadhan ini

telah dijalankan pada 3hb Ogos 2013

bersamaan dengan 25 Ramadhan 1434H.

Seramai 30 ahli Jemaah telah mengambil

bahagian pada program kali ini. Ahli

Jemaah akan diletak secara berkumpulan

dan konsep tadarus telah dijalankan dimana

baca, semakan serta terjemahan dibuat.

Page 6: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

Mukasurat - 5

7. SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2013

8. SAMBUTAN HARI RAYA QURBAN 1434H

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Surau Al-Furqan tidak ketinggalan telah

menjalankan ibadah Qurban bagi memenuhi tuntutan agama bagi ahli qariah Taman

Sekamat. Program Qurban ini telah dijalankan 10 Zulhijjah 1434H bersamaan 15hb

Oktober 2013. Enam (6) ekor lembu telah diqurbankan pada tahun ini termasuk

satu (1) ekor yang telah disumbangkan oleh En Johari. Setiap peserta Qurban telah

menerima daging Qurban sebanyak 3.3 kg bagi setiap bahagian qurban manakala

setiap bungkusan agihan daging korban sebayak 900gram.

Program Sambutan Hari Raya

Aidil Fitri pada tahun ini telah

diadakan pada 31hb Ogos 2013.

Perkarangan Surau Al-Furqan dan

Jalan 2 Taman Sekamat telah

dijadikan tapak program.

Ahli Qariah telah bergotong

royong bagi menyediakan juadah

serta menerima sumbangan

makanan untuk dihidangkan

kepada hadirin. Jemaah juga

menyumbang wang tunai untuk

pembelian makanan.

Majlis telah diserikan dengan

persembahan qasidah dari

kumpulan Qasisah Al-Bazari yang

mana ahlinya terdiri dari anak-

anak qariah Taman Sekamat.

Page 7: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

Mukasurat - 6

9. PROGRAM KELAS PENGAJIAN TAJWID

Program kelas pengajian Tajwid ini dijalankan pada setiap hari Isnin dan Selasa yang

mana telah dipimpin oleh ahli Qariah Taman Sekamat sendiri iaitu Ustaz Mohd Yani

Bin Zakaria. Kelas Tajwid ini adalah terbuka kepada semua ahli Qariah.

10. PROGRAM ZIARAH AHLI QARIAH TAMAN SEKAMAT YANG UZUR

Pada tahun ini, Ahli Jawatankuasa telah menjalankan aktiviti ziarah ke rumah ahli-

ahli qariah Taman Sekamat yang telah dikenalpasti uzur atau sakit. Tujuan ziarah ini

adalah untuk melahirkan tanda kasih sayang dan perihatin sesama ahli qariah.

Setiap kali ziarah dijalankan, Ahli Jawatankuasa akan menghulurkan saguhati

sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja). Sehingga 30 Jun 2014,

ahli-ahli Qariah Taman Sekamat yang diziarah adalah seperti berikut:

i. Hj Borhan Idris, Jln 10 – 11 November 2013

ii. Encik Md Ali Ab Rahman (Allahyarham), Jln 4–Sakit buah pinggang - 14 November

2013

iii. Hj Ismail Harun, Jln 3 – Sakit Lelah – 12 Disember 2013

iv. Hj Hashim Husin (Allahyarham), Jln 4- Kanser Darah – 20 Disember 2013

v. Isteri Kol (B) Hj Akhbar Khan di Hospital Serdang

11. PROGRAM CERAMAH MAAL HIJRAH 1435H

Program ceramah Maal Hirah pada tahun ini telah dijalankan pada 13hb November

2013 dan telah disampaikan oleh Ustaz Dr Hj Nassaruddin Hussin.

12. PROGRAM BANTUAN AL-MASAKIN, KEDAH

Pada 13hb Julai 2013 , Surau Al-Furqan telah menjalankan aktiviti menyalurkan

bantuan kepada penduduk miskin di kampong Padang Terap, Kedah melalui

sumbangan barang-barang terpakai termasuk pakaian, barangan elektrik serta

perabut. Disamping itu bahan makanan seperti beras, minyak masak, susu dan

sebagainya turut disumbangkan oleh ahli Qariah

Tempoh seminggu telah

diperuntukkan untuk proses

pengumpulan kesemua

sumbangan dan sambutan

amat menggalakan telah

diterima dari ahli qariah.

Kesemua barangan ini telah

diserahkan kepada Ustaz

Hamizan, wakil badan

kebajikan Al-MASAKIN kedah

untuk diserahkan kepada

penduduk-penduduk miskin

Kampung Terap, Kedah.

Page 8: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

Mukasurat - 7

13. PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H

Program Sambutan MaulidulRasul ini telah diadakan pada 14hb Januari 2014

bersamaan 12 Rabiulawal 1434H. Program sambutan diisi dengan aktiviti perarakan

disekitar Taman Sekamat yang dipimpin oleh Tn Hj Osri, Ceramah Maulidurasul yang

telah disampaikan oleh Ustaz Hj Hanafi serta persembahan Qasidah dari kumpulan

Qasidah Al-Bushiri di mana ahli-ahlinya terdiri dari anak-anak Qariah Taman

Sekamat.

Program sambutan Maulidur Rasul pada kali ini disertai kira-kira 300 orang ahli

Qariah dari semua lapisan.

14. KUTIPAN DERMA MEMBANTU ANAK USTAZAH DAYANG SAFIAH BT HJ

SULAIMAN

Kutipan derma kilat ini dijalankan pada bulan Disember 2013 bagi membantu

Ustazah Dayang Safiah untuk merawati anak beliau yang mengalami penyakit

Leukemia. Jumlah kutipan yang Berjaya diperolehi adalah berjumlah RM 750.00.

Page 9: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

Mukasurat - 8

15. PROGRAM BANTUAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM PERIBADI MULIA

TAMAN SEKAMAT

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Furqan telah menerima permohonan bantuan keperluan

dari Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia. Beberapa orang AJK yang diketuai oleh

Pengerusi telah membuat tinjauan ke Rumah Anak Yatim ini untuk melihat keadaan

sebenar serta mengenalpasti keperluan tambahan yang boleh disumbangkan oleh

pihak surau, Setelah melihat segala kekurangan yang ada, AJK telah bersetuju

untuk menyalurkan wang tunai berjumlah RM200.00 setiap bulan bagi menampung

keperluan di rumah anak yatim ini. Saluran ini telah bermula dari bulan Disember

2013.

16. PROGRAM MERAIKAN JEMAAH HAJI 1434H

Satu majlis meraikan bakal-bakal Jemaah Haji bagi ahli Qariah Taman Sekamat bagi

tahun 1434H telah diadakan dengan pengisian program berupa bacaan Yasin, Doa

Selamat dan Solat Hajat telah diadakan dan disusuli dengan penyampaian

cenderahati berupa sepasang kain ihram untuk Jemaah lelaki dan sepasang telekung

untuk Jemaah perempuan. Pada tahun ini seramai 7 orang Jemaah bakal

menunaikan Fardhu Haji.

17. PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN

Program solat hajat dan bacaan Yasin ini diadakan bagi memenuhi permintaan dari

Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Sekamat bagi mendoakan semua

pelajar-pelajar dari anak qariah Taman Sekamat yang bakal menduduki peperiksaan

Sijil Rendah Agama pada tahun 2013. Selain dari memenuhi permintaan SRA Sungai

Sekamat, ia juga merupakan program rutin tahunan Surau Al Furqan untuk

mendoakan pelajar-pelajar dari kalangan anak-anak Qariah Taman Sekamat yang

bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Sekitar 60 orang ahli Qariah

telah mengambil bahagian dalam program solat hajat ini yang mana telah dipimpin

oleh Imam Hj Kamaluddin.

Page 10: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN - Surau Al-Furqan · semua keperluan penyediaan makanan dan minuman bagi sebarang program yang dijalankan di Surau Al-Furqan. Walaubagaimanapun,

Mukasurat - 9

18. DERMA KILAT UNTUK ADIK MOHD NUR IZZAT BIN RAMLAN

Derma kilat ini telah dijalankan pada 10hb Mei 2014 bagi membantu salah seorang

anak ahli qariah iaitu adik Mohd Nur Izzat Bin Ramlan, anak kepada Encik Ramlan

yang akan melanjutkan pelajaran ke Jordan

19. PEMBACAAN SURAH ALKAHFI

Pembacaan Surah Al-Kahfi selain dari bacaan Surah Yasin pada malam Jumaat telah

mula dijalankan pada Bulan Januari 2014. Bacaan Surah Al-Kahfi ini adalah

cadangan dari AJK sendiri dan dijalankan pada setiap malam jumaat minggu terakhir

pada setiap bulan.

20. BANTUAN KERJA DAKWAH KOMITE DAKWAH SUMATRA BARAT, PADANG

Surau Al-Furqan telah dikunjungi oleh Komite Dakwah Sumatera Barat Padang

Indonesia yang mana badan ini telah memfokuskan kerja-kerja dakwah mereka di

kepulauan Mentawai Indonesia. Majoriti penduduk kepulauan Mentawai ini pada

asalnya adalah beragama Islam. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka telah

dimurtadkan oleh gerakan pengkristianan. Pihak Surau Al-Furqan telah turut serta

membantu Komite ini dengan memberi ruang kepada mereka menyampaikan

penerangan aktiviti-aktiviti yang mereka jalan kepada Jemaah surau Al- Furqan bagi

tujuan pengumpulan dana bagi membantu pergerakan kerja dakwah mereka.

Sehingga Bulan Mei 2014, Komite Dakwah Sumatera ini telah berkunjung di Surau

Al-Furqan ini sebanyak empat (4) kali.

- Tamat Laporan –

Pelawaan kepada anak ahli Qariah untuk

melanjutkan pelaran ke Jordan ini telah

diusahakan sendiri oleh Ustaz Dr. Ahmad

Kamal. Beliau sendiri telah menguruskan

pendaftaran dan membawa pelajar ke

Jordan bagi tujuan pengajian. Derma kilat

yang dijalankan berjaya mengutip sejumlah

RM 880.00.